Monday, June 13, 2011

Lawak Saksi Pendakwa Beterusan Di Mahkamah Tinggi Shah Alam Hari Ini

Kes Dr Khir Toyo

Peguambela Dr Khir hari ini mencelah ketika pendakwaraya menyoal saksi ke 3, Nasir Ismail, katanya mengapa saksi ke 3 itu ingat segala apa yang ditanya oleh pendakwaraya, tetapi asyik-asyik menjawab lupa dan tidak ingat kepada soalan yang ditanya oleh peguambela Dr Khir.

Mungkin dia boleh ingat soalan yang ditanya oleh pendakwaraya kerana semuanya telah diajar oleh mereka. Bukan setakat ajar mungkin juga sudah hafal skrip. Soalan yang hendak ditanya oleh peguambela Dr Khir mana dia tahu. Sebab itu dia hanya jawab saya lupa dan saya tak ingat.

Saksi ke 3 berkata dia dibayar Dr Khir untuk ubahsuai rumah RM 6 juta. Hari ini apabila ditanya oleh peguambela dia kata , dia menerima 4-5 pembayaran dari Datuk Shamsuddin yang mana setiap pembayaran itu bernilai RM 500 ribu.

Kalau dia terima 4 kali maknanya RM 2 juta yang diterimanya.

Kalau dia terima 5 kali maknanya RM 2.5 juta yang diterimanya.

Tetapi apabila masuk giliran Datuk Shamsuddin memberi keterangan sebagai saksi ke 2 petang tadi, dia berkata dia membuat pembayaran kepada Nasir sebanyak RM 1.5 juta sahaja.

Pening tak ?

Minggu lepas dia (nasir) kata Dr Khir bayar tunai RM 6 juta untuk ubahsuai rumah berkenaan.

Hari ini Nasir kata Datuk Shamsuddin bayar RM 2 - 2.5 juta.

Petang ini pula Datuk Shamsuddin kata dia hanya bayar RM 1.5 juta.

Dulu DAP kata RM 24 juta.

Mungkin inilah yang dikatakan oleh Peguam Negara yang mereka ada cukup bukti dan bukti kukuh untuk mendakwa Dr Khir.

Wahai rakan-rakan ku sekalian, orang yang berbohong tidak akan bercakap benda yang benar setiap waktu kerana dia tak ingat skrip pembohongannya. Dia jumpa orang lain dia akan cakap lain atau pun apabila ditanya di waktu lain dia akan jawab lain.

Apabila benda yang benar, seseorang itu akan bercakap benar sepanjang masa kerana benda itu memang benar.

Untuk ikuti laporan secara langsung dari mahkamah sila klik di sini.

8 comments:

Anonymous said...

ah!itu semua memang plot nak kenakan khir toyo. dia terpaksa dikambing hitamkan.moga khir toyo terus lawan sampai ke titisan terakhir.

Anonymous said...

dr khir,lawan tetap lawan.saya doakan kemenangan beliau.

Penerima Penyapu Toyo said...

Apa nak dihairankan? Memang ini se buah sandiwara. Pendakwaraya bukan berniat nak menang kes ini. Mereka memang rancang nak kalah. Ia hanya nak memberi persepsi Kerajaan adil dan tak pilih bulu. Pirrrrah! Macam rakyat bodoh sangat!

Anonymous said...

cit...aku kadang pelik n meluat betui.yang kes anuwar berahi tu sengaja lengah dan tangguh.yang dr khir toyo ni wpn tak brapa kuat,laju je dakwa

siol betui la

ataupun kes ni sebenarnya nak cover kes anuwar berahi jugak.jadi kes anuwar tu tenggelam dengan kes khir toyo ni.

Anonymous said...

Inilah kekuatan AG kita ... tak teliti ... AG ingat org lain akan tanya macamana dia tanya !!!

Dulu ... Batu Putih pun boleh kalah ... tak teliti jugak.

Anonymous said...

AKU PUN JADI PENING..

usin said...

lawak siot!!! pendakwaraya menampakkan dirinya bodoh!! apa kes ni bro! x buat homework la tu. asyik2 lupa, x ingat. tarik balik kes jelah. bosannn...

Anonymous said...

Lawak tu lawaklah juga tapi darimana Khir Toyo dapat duit juta juta tuh????Jangan perkecilkan pendakwa nanti di charge pula si Khir tu di bawah akta AMLA..iaitu anti money laundering act...duit haram lah.Kalau bawah akta tu jenuhlah kena cari bukti untuk mengesahkan pendapatan.Jadi baik diam jangan komen apa apa sehingga perbicaraan selesai.