Thursday, June 23, 2011

Mahu Dapatkan Buku Kisah Penyelewengan Tabung Memali ?

Beberapa hari kebelakangan ini ramai yang bertanya saya baik melalui komen, e mel, sms dan juga panggilan telefon yang bertanyakan bagaimana hendak dapatkan buku di atas ?

Ada yang minta saya scan dan letak dalam blog dan sebagainya. Cara itu tidak sesuai dilakukan, itu dah ibarat mencuri barang orang.

Dipendekkan cerita, sesiapa yang ingin tahu bagaimana kisah Pas selewengkan Tabung Memali sila dapatkan buku berkenaan. Untuk mendapatkannya, sila hubungi nombor di bawah untuk urusan pembelian dan penghantaran terus ke lokasi anda.

012 621 3431-Azran

Harga: RM 26.00 sebiji termasuk kos penghantaran bagi kawasan KL, PJ dan Shah Alam.

RM 30.00 untuk kawasan-kawasan dan negeri-negeri lain.

Pas halang buku berkenaan dijual.

Klik di sini , sini , sini

Pas bercakap bukan main lagi berdegar-degar, kebebasan media dan sebagainya. Bila kena atas batang hidung mereka terus sekat daripada dijual. Itu belum bentuk kerajaan lagi, seandainya mereka memerintah kelak, habislah media di Malaysia dirantai kaki, tangan,hidung, mulut dan telinga.

13 comments:

Anonymous said...

biasala pembangkang..
demokrasi terpimpin kepala hotak depa!

Anonymous said...

nak beli
nak beli
nak beli

Anonymous said...

..Timb. Presiden PAS, Mat Sapu akan mengerakkan seluruh ahli-ahli PAS untuk perarakan BERSIH 2..ketahuilah wahai seluruh ahli PAS, perarakan ini tidak akan dapat membersihkan Mat Sapu yg telah SAPU BERSIH wang dalam TABUNG MEMALI yg berjumlah jutaan RM..kutipan selama 15 tahun seluruh negara..agak2nya berapa juta RM ??? ..

..sebelum nak buat Negara Berkebajikan bersama DAP, lihat dulu apa nasib balu dan anak-anak yatim korban Memali akibat 'Amanat Hj Hadi'..usahkan nak derma atau sumbang wang dari poket sendiri, derma orang ramai pun puak-puak ni tergamak SAPU BERSIH... nikampok punya olang..

Pak Kadok

Anonymous said...

buku tu memang tak rugi dibeli. Kandungannya byk benda2 yg mengejutkan yg diluar jangkaan kita selama ini

Anonymous said...

time wa outstation ke shah alam dan kl hari tu..
wa cari gak buku ni...
tapi mmg tak jumpa...

mmg minat nak beli buku ni bro..
tq sebab letak no hp org untuk dihubungi...

aku amir

Anonymous said...

tq bro RBF, selain tu kita membeli dan dapat membantu penulis tersebut...

rasanya pasal tu hadi tukar dari negara islam ke negara kebajikan nak cover duit memali, nnt orang bising dia kata duit tu utk kebajikan perjuangan PAS...

bukan kebajikan la PAS bongok... KEBAJINGAN!!!!

Anonymous said...

rbf,aku dah dpt buku tu.pas memang sial.geram betul aku dibuatnya

Anonymous said...

KEJADIAN MEMALI MUNGKIN DAPAT DI ELAKKAN JIKA ADA YANG MENASIHATKAN IBRAHIM MAHMUD UNTUK SERAH DIRI PALING LAMA DI TAHAN 2 TAHUN.LEPAS ITU DIBEBAS DGN INI TIDAK AKAN BERLAKU ISTERI KEHILANGAN SUAMI DAN ANAK KEHILANGAN BAPA. TAPI SEMUA INI BERLAKU DGN KEHENDAK TAKDIR.

Anonymous said...

Beli jgn tak tak beli lepas itu kita kasi sama promosi sama juak juak PAS ...tp kan kalau dah otak bebal bagi apa pun PAS kunu tak percaya Nik Ajis jugak depa percaya.

Anonymous said...

Salam bro
Ada beberapa perkara yang bermain diminda saya setelah membaca mengenai kisah penyelewengan TM.

Pertamanya ia keseluruhannya berkaitan pengkhianatan jenayah terhadap hak2 orang awam yang melibatkan berpuloh2 anak yatim dan balu mangsa Memali.

Yang keduanya ialah pengkhinatan amanah yang diletakkan kepada seseorang atau sesebuah organisasi.Ia juga merupakan hak para penderma yang saya percaya bukan hanya terdiri dari ahli2 Pas malah badan2 koprat atau organisasi yang berkaitan swasta atau kerajaan yang saya percaya ada resit yang dikeluarkan

Yang ketiganya ada lapuran polis dibuat berkenaan ugutan jenayah berkaitan atau bersangkutan dengan penyelewengan TM.

Yang keempatnya penulis buku tidak disaman dimahkamah kerana tuduhan beliau amat serius dan secara umumnya PAS terpalit dengan skandal yang bolih meruntuhkan kepercayaan masyarakat terhadap PAS.

Soalan saya.

Apakah tiada aduan dibuat kepada BPR ( SPRM )atau bukankah BPR sebenarnya tidak memerlukan aduan dibuat untuk membuka kertas siasatan sekiraanya sesuatu kes itu melibatkan kepentingan masyarakat teramai.

Adakah BPR pernah menjalankan siasatan.Kalau ada apakah hasil siasatan tersebut.

Rakyat perlu dimaklumkan kerana kami adalah pembayar cukai yang membayar gaji kakitangan kerajaan dan pak2 menteri.

Lapuran polis jugaa telah dibuat.

Apakah hasil siasatan polis yang bersangkutan dengan aduan jenayah tersebut.Atau adakah polis tidak pernah menjalankan siasatan.

Hak setiap warganegara perlu dibela walaupun dalam kes2 jenayah yang kecil2 kerana ia termaktub didalam perlembangaan.

Jika polis mendapati tiada kes dan tak cukup bukti ia sewajarnya diumumkan kerana semasa aduan dibuat ia diberi liputaan akhbar dan polis perlu buat kenyatan akhbar jika siasatan mereka tidak menemui sebarang unsur ugutan supaya pihak mangsa bolih memanjangkan kes tersebut melalui tindakkan sivil.

Disini sepatutnya pihak2 yang memberi derma secara rasmi ( punya resit dan dokumen spt salinan akaun bank atau cek ) membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya suatu siatan dapat dilakukan dan mengheret individu2 yang tak beramanah ke muka pengadilan.

Jika ini bolih dilakukan ( siaatan )terhadap individu seperti Dr Khir kenapa perkara yang sama tidak bolih dilakukan terhadap cicak2 mengkarung dan ular2 sawa dalam Pas.

Prinsip keadilan dalam perlembangaan menjadi sia2 selagi hak2 anak2 yatim dan rakyat2 miskin Memali tidak diberi pembelaan olih kerajaan.

Disebabkan isu ini telah terlalu lama saya tidak pasti apakah persoalan2 yang saya lontarkan ini telah pun pernah dilapurkan atau telah ada kenyataan dari pihak berkaitan undang2.

RBF perlu menyelidiki perkara ini.Menegakkan keadilan sebenarnya tiada batasan masa sehinggalah keadilan hakiki ditegakkan dihadapan Allah di akhirat kelak.

Muskil

Anonymous said...

salam bro rbf...

saya dah call en. azran untuk dapatkan buku ini besok....
tak sabar rasanya nak baca keseluruhan kandungan buku 'Airmata di Bumi Memali'ini...

tq so much for ur information...

whiteorange said...

Bro,

Satu je yang dia tak rantai, kote dia!

whiteorange said...

Depa ni masih jadi penyokong totok PAS lagi ke?