Wednesday, June 15, 2011

Pemuda Umno, Turunlah Berentap Dengan Mereka

Timbalan Presiden Parti ISLAM Semalaysia dan Peguam ANTI ISLAM di Malaysia

Sehari dua ini ramai yang bercakap pasal perhimpunan yang hendak dianjurkan oleh Pas dan seorang peguam yang anti islam bernama Ambiga.

Laporan demi laporan polis yang dilakukan oleh pelbagai pihak dan juga Umno terhadap perhimpunan yang bakal diadakan bulan depan.

Perkasa juga menggerakan ahlinya bagi menghalang perhimpunan berkenaan.

Laporan di blog-blog tentang perhimpunan berkenaan juga semakin meriah.

Saya minta maaf kalau ada pihak yang terasa hati atau tidak setuju dengan apa yang saya kata ini. Saya tak mampu nak bisik dari telinga ke telinga. Tiada pilihan lain, saya terpaksa menulis secara terbuka supaya ianya tersebar luas.

Ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju.

Mula-mula laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno di Kuala Lumpur. Umno ni biasalah, kalau satu buat laporan polis, maka yang lain pun akan berduyun-duyun ikut buat laporan polis. Semuanya tidak mahu ketinggalan. Yang paling melucukan sampai ke Umno di Kedah dan Umno di Perlis pun buat laporan. Halo brother, perhimpunan tersebut Mat Sabu dan Ambiga nak buat di KL, bukannya di Kangar atau Alor Setar. Kalau Umno di Selangor atau WPKL buat laporan boleh dikira logik kerana itu dalam zon mereka.

Seolah-olah Umno sudah tidak ada cara lain hendak berdepan pembangkang. Sikit-sikit laporan polis. Macam budak kecil bergaduh, sikit-sikit beritahu ayah. Pangkat ada, jawatan ada, duit ada, gunalah cara lain untuk berdepan dengan pembangkang. Bukannya dengan cara bergantung kepada polis. Polis tu polis punya pasallah mereka nak bertindak ikut cara mana. Polis bukan parti politik. Polis bukannya lawan Pas. Yang lawan Pas adalah Umno. Jadi Umno kenalah berlawan cara politik dengan Pas, bukannya heret polis terjebak dengan politik. Kalau tak mampu nak berlawan duduk diam-diam. Datang p/raya kita bagi Pas perintah pula.

Ajaklah pembangkang berdebat ke, atau Umno sendiri yang menggerak ahli-ahlinya untuk turun berdepan dengan Mat Sabu dan gerombolannya. Jangan bagi alasan kami hormat dan patuh pada undang-undang. Itu politik cara lama. Dalam hal politik Pas dah bergerak 4-5 tapak ke depan dari Umno, tapi Umno masih lagi dengan rentak lama.

Umno sebuah parti politik, maka kena bergerak cara politik dan setiap gerak perlu dipolitikan. Itulah yang Pas lakukan. Maaflah kalau saya cakap sebenarnya dalam politik pemimpin-pemimpin Pas adalah real politician berbanding dengan Umno.

Ramai pemimpin Umno masih lagi mengamalkan politik kuno zaman tok kadok. Itu tak boleh, ini tak boleh dan sebagainya. Politik nak lawan pembangkang mereka out, tapi politik sesama sendiri di bahagian mereka champion. Itulah padahnya apabila pemimpin yang diangkat bukan kerana perjuangan tetapi kerana berjuang untuk dapat projek.

Kalau Pas nak himpunkan 300 ribu orang dalam perhimpunan tersebut, apa salahnya kalau sayap-sayap umno gerakkan ahli mereka 400 ribu orang untuk lawan Pas. Itu baru betul. Kalau orang Pas kena sembur air dengan FRU, biarlah orang Umno pun kena sembur juga. Kalau orang Pas kena tangkap, biarlah orang Umno kena tangkap. Itu baru pejuang.

Bila tiba masa Perhimpunan Agung Umno bukan main lagi bercakap sampai bergegar pentas. Tetapi sayang seribu kali sayang kerana takut nak berdepan dengan pembangkang. Jangan hanya berani menjerit-menjerit dalam rumah sendiri sahaja. Kalau nak berani kena betul-betul berani tak kira dalam gelanggang atau luar gelanggang.

Lihat sahaja contoh Pemuda Umno Kelantan. Buat demo bukan main lagi pasal isu ladang rakyat. Tapi apabila Pemuda Pas Kelantan ajak berdebat, senyap seribu bahasa. Pergilah berdebat dengan mereka. Ambil kesempatan untuk berdepan dengan mereka dan tutuh sebaik mungkin pasal ladang rakyat. Nak takut apa ? Dah memang Pas menipu rakyat pasal ladang tersebut dan anda ada cukup bukti, pergilah lawan.

Percayalah cakap saya, makin banyak liputan yang diberikan oleh media-media masa termasuklah blog-blog terhadap perhimpunan itu maka makin sukalah Mat Sabu dan Ambiga kerana itu yang mereka mahu. Mereka akan dilihat hebat dan orang-orang mereka pun semakin bersemangat untuk hadir.

Saya jangkakan esok , lusa atau tulat dan seterusnya makin hari makin bertambahlah laporan polis yang akan dibuat oleh Pemuda Umno. Tak payahlah nak buang masa polis untuk pergi buat laporan tersebut hanya semata-mata anda nak popular masuk surat khabar, tv , blog dan laman web. Polis tahu bagaimana cara mereka nak bertindak.

Dalam soal persatuan-persatuan peniaga atau pemandu teksi di KL buat laporan polis kita tidak boleh pertikai. Itu logik, kerana mereka berada dalam senarai paling atas orang yang mengalami kesan paling teruk di sebalik perhimpunan itu.

Lebih baik Pemuda Umno pergi buat road show atau ceramah-ceramah kelompok dan beritahu kepada orang ramai sistem p/raya yang ada sekarang sudah cukup bersih.

Kalau tak bersih mana mungkin mereka menang 4-5 negeri ?

Kalau tak bersih mana mungkin BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat ?

Kalau tak bersih mana mungkin mereka dapat pertahankan Kelantan berpenggal-penggal ?

Kalau tak bersih mana mungkin DAP boleh dapat berbelas-belas kerusi di Sarawak ?

Kalau tak bersih mana mungkin BN hilang 2/3 dalam Dun Negeri Sembilan ?

Kalau tak bersih mana mungkin Pas dan DAP boleh menang di Johor ?

Kalau tak bersih mana mungkin mereka menang berkali-kali p/raya kecil ?

Kalau tak bersih mana mungkin mereka boleh dapat undi pos ?

Kalau tak bersih sudah semua calon pembangkang yang bertanding akan hilang deposit ?

Cari semua fakta-fakta itu dengan tepat dan cari sejarah-sejarah yang membuktikan p/raya di Malaysia sememangnya bersih. Terangkan kepada orang ramai kenapa perhimpunan tersebut tidak perlu dilakukan. Cakap kepada mereka kerugian-kerugian yang bakal dialami serta bagaimana ianya menyusahkan rakyat serta negara.

Kalau malas sangat nak lakukan semua itu, himpun orang dan turun berentap dengan mereka di KL bulan depan. Tak payah nak mengadu-ngadu kat polis macam budak-budak kecil mengadu kat ayah atau emak.


61 comments:

Anonymous said...

nak buat macam mana rbf, kita cuma ada ketua pemuda pondan yang naik atas ehsan anak menantu

Anonymous said...

Aku setuju dengan RBF. Perjuangan perlu pengorbanan dan berhadapan dengan 'musuh'. Kalau musuh ajar 'perang', takkan nak duk dalam rumah. Keluar dan berperang face to face. Kalau diaorang main ganas, kitya main ganas.

Cukup2 la UMNO nie tunjuk baik la konon. Come ON UMNO, mana keberanian kamu. Jangan pandai cakap ajer.

hangkedee said...

Masih berselimut di bawah tempurung...jumud pemikiran dan idea

Anonymous said...

saudara RBF,saya melihat pihak UMNO ni masih lagi teragak agak untuk 'menyerang balas' pihak pembangkang dalam banyak isu.Pihak pembangkang nampak lebih berani dan berjaya memainkan sentimen terhadap rakyat biasa sedangkan pihak UMNO lebih bersikap 'play safe'.Ramai pemimpin UMNO sekarang ni lebih takutkan kehilangan pengaruh dan jawatan berbanding di pihak pembangkang yang sentiasa berusaha untuk menarik rakyat meyokong perjuangan mereka.
Para pmimpin UMNO sekarang tidak seberani atau selantang pemimpin UMNO terdahulu dalam usaha untuk menangkis dakyah pembangkang.Lihat sahaja PERKASA,walau apa pun pandangan berbeza orangramai terhadap pertubuhan itu ianya konsisten dengan asas perjuangan nya yang berkaitan dengan orang melayu;tidak gentar atau takut dengan ugutan dari mana mana pihak.
Sepatutnya UMNO lebih bersikap begitu!

Anonymous said...

ada saper2 yg boleh fundingkan utk lawan Demo Bersih???

aku bukan jutawan.. kalau jutawan, aku akan buat T - Shirt "Anti Bersih 2.0" beribu2 helai dan bagi free kat org ramai...

wording, taruk = Gerakan Bersih akan bubar jika PR memerintah Malaysia..

sapa2 ada idea????

Anonymous said...

Konon masuk latihan askar Wataniah.Hebat sangatlah. Tanah air sekarang diserang disetiap sudut secara halus.

Mana semangat juang awak dan pengikut-pengikut tukang ampu.

Kalau macamnila lebih baik wassallam dari Wataniah...

Anonymous said...

bila pondan jadi ketua,
alamat yg dibuat semua suam2 je la..

Anonymous said...

DI MATA RAKYAT SKRG NI, TERUTAMA ORG2 MELAYU, PERKASA LEBIH JAGUH BERBANDING UMNO.
SEBAB APE? SEBAB DLM UMNO RAMAI TAKDE TELOR. KORANG TAU KAN SAPE ORANG2NYE TU?

Anonymous said...

nak pegi perhimpunan agung umno depa suka sgt la.berebut nak pegi, nak enjoy la katakan.
nak berpanas? makan gas pemedih mata? kena sembur air? sorry la.
itulah umno.
berbeza dgn perkasa.lebih lantang dan lebih konsisten dlm perjuangan. sokong perkasa!

Anonymous said...

BRAVO RBF.....

SETUJUUUUUUUUUUUUU 150%...
MANA PERGI KETUA PEMUDA UMNO..?? PLEASE DO SOMETHING .. ORG OXFORD MESTI BLEH FIKIRKAN SESUATU YG BAIK DEMI KESINAMBUNGAN UMNO...

** saya hanya org Cambridge...**

Anonymous said...

BUAT APA NAK DEMO? KAN KORANG ADA RAMAI WAKIL DLM DEWAN RAKYAT. APA LAGI? BINCANG JE LA. BERHUJAH LA WAKIL2 RAKYAT DLM TU SAMPAI TERKINCIT PUN TAK KISAH. ITU BARU DEMOKRASI BERPARLIMEN. BUKAN DEMOKRASI BERDEMO JALANAN.ADA FAHAM?
NI NAK BUAT DEMO APEHAL? SAJA JE NAK POPULARITI MURAHAN DAN SUSAHKAN ORG LAIN YG TAK NAK TERLIBAT. TAK KE BODOH NAMANYE TU?

Anonymous said...

Pemimpin2 UMNO membisu 1'000 kata takut tak dpt projek tuk mengkaya.Kalau pertandingan di Bahagian atau MT UMNO punya pulun lbh hebat lg dari p/raya.pasai ramai tokey2 UMNO tabuk duit.UMNO nampak mcm parti dpt projek je.ratus ribu jd ahli UMNO tp tak daftar pemilih apa jadahnya tak leh mengundi tp leh dpt projek.jgn2 ada Ketua Bahagian dan Ahli MT pun sama.

Anonymous said...

Ambik ko sebijik Pemuda Umno,

pakai skirt lagi baik le woi...!!
malu aku nak mengaku jadi Pemuda Umno, ada pemimpin pun bertaraf elit..

jangan le diharap dgn Pemuda Umno, bukan ada telor pun diorang tu..

ni Melayu kena bergantung harap dgn Perkasa, Pekida dan pertubuhan silat-silat je...

Pemuda Umno dah masuk arkib negara gamaknyer..!!!

serenity9260 said...

ape adehal,hahahaha


Ni best bro!!!
Cool Aje:Pejuang Libya Menggunakan Barang Buangan Untuk Mencipta Mesin Perang Seperti Machine Guns!!

Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Anonymous said...

setuju sangat..kalau PR boleh bayar budak2 utk demo UMNO apa kurangnya..duit ada, ahli ada, ayuh gerakkan..kalau PR pakai baju kuning..UMNO pakai baju merah..jumlah mesti sama banyak.. baru betul2 jantan..

Anonymous said...

pengalaman dgn umno sekitar tahun 2000-2004...

pegi la mana2 program,kalau xde tshirt dgn duit minyak,mmg susah nak tarik ahli umno turun...

lagi2 kalo budak2 moto...diorg ni la tulang belakang kalau nk meramaikan perhimpunan geng UMNO...

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Masa Bersih I dulu ... rakyat basah kuyup berarak dari Mesjid Negara ke Istana Negara ... tup tup DSAI sampai naik motor ambik memorandum beri kepada wakil Istana Negara.

Harini dilaporkan ... saman DSAI & KJ ... dah kow tim.

Bersih II ... pun kow tim sama kut ?

Anonymous said...

setuju!

sekian..

Anonymous said...

aku setuju dengan apa yang saudara RBF komen memang ternampak itu la yang berlaku kat pemimpin UMNO sekarang. semua nak jaga perut kerusi jer bukan nak pikir agama bangsa negara sangat. risau sokongan bangsa lain la ..
pegi jahanam bangsa tak kenang di untung tu bila dia tengok kita kuat tak ajak pun mereka akan sokong juga...
syukurlah masih ada NGO Islam seperti PERKASA PEKIDA juga akhbar Utusan Malaysia yang berani bangkit membela agama bangsa negara.
harapkan UMNO waktu mesyuarat Agung boleh la cakap itu ini tempik itu ini cium keris la ( itupun ditegur MCA terus kecut ) keluar jer dewan boroi kan perut balik. aku rasa mungkin PERKASA boleh memikirkan untuk tukar menjadi parti politik. aku percaya orang Melayu orang Islam golongan Bumiputra akan memberi sokongan padu kepada PERKASA. PERKASA juga boleh bergabung dengan semua NGO-NGO Islam untuk menjadi lebih berdaya saing. bukan itu jer aku yakin mereka yang didalam parti-parti lain yang masih sayang kan agama bangsa negara akan terjun kedalam PERKASA juga .....

karimbujang said...

Kebanyakan yang komen pakai nama anonymous. Tak ada telor ke? Cakap berdekah-dekah. Komen orang itu penakut, pengecut dan sebagainya. Kalau benar engkau orang penyokong UMNO, taruklah nama dan nombor keahlian. Jangan baling batu, sembunyi tangan. Tengok saudara rbf ini. Keberaniannya mengatasi segala mak anon, yang bercakap belakang saja pandai. Tahniah rbf online. Hidup UMNO, Hidup Melayu!

HBB said...

setuju dengan RBF... saya bukan ahli UMNO... Hidup Melayu

ramleideas said...

Tahniah rbf online.

Penulisan serta analisis tuan sangat mendalam dan bermakna. Semoga ianya menyedarkan bukan hanya Pemuda UMNO, tetapi sekelian ahli UMNO dari pelbagai umur dan jawatan.

Bertindaklah menggunakan akal fikiran, semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayahnya demi kejayaan semua umat melayu dan islam.

Anonymous said...

sayang seribu kali sayang..kalu ketua pemuda malaysia senyap,mana pegi ketua pemuda negeri...terutama ketua pemuda selangor...dulu nak sgt jawatan,bila dah ada jawatan sibuk nak penuhkan kocek aje...bangun la weiiii..pemuda sebenarnye x gentar,yg gentar adalah ketua2nya...mana peginye Johan,sibuk nak rampas selangor tapi perjuangan sebenar ntah apa2..malu woiiiii....
renung2kan dan selamat beramal....

Anonymous said...

Tahniah RBF kerana menyedarkan UMNO. UMNO disemua peringkat (dari pemimpin tertinggi hinggalah keakarumbi) mesti banggun dari saat ini kalau orang Melayu masih mahu menguasai politik negara. Kalau orang Melayu masih mahu mempertahankan hak-hak keistemewaan orang Melayu seperti mana termaktub dalam perlembagaan. Orang orang seperti Ambiga sudah lama merancang, menyusun stratagi dan sentiasa mencari jalan nak menghapuskan perlembagaan Negara. Mereka tahu hanya dengan penguasaan POLITIK saja segala cita-cita mereka akan berjaya tapi orang Melayu masih tidur lena diulit mimpi. BANGUN BANGUN mempertahankan MARUAH BANGSA.

Aliffnajmi said...

Setuju dgn RBF.
UMNO perlu lebih kerap berdebat dgn geng2 Penipu Rakyat nih. Sebaiknya siarkan secarang langsung dimedia perdana dan media2 pembangkang yg lain. Dgn debat UMNO/BN dpt menjawab seterusnya menangkis fitnah dihadapan rakyat jelata terutama juak2 PR yg rata2 kini telah memboikot media arus perdana.

Namun, saya agak kurang setuju dgn cara berdemo sbb jika kita berdemo, kita juga akan nampak bangang seperti mereka.

Anonymous said...

good bro aku memang suka bebenor ko bantai orang-orang UMNO ni depa ni dok asik mimpi projek jer tak habis-habis ... meting memanjang kerja tak jalan jugak ... semua kira nak SAUK jerrrr... hehehe

Anonymous said...

berani ke umno berdebat ngan PR

Anonymous said...

tv,media,rtm..sape pengang skrg..try la ajak puak pr berdebat ngan umno..kita tgk sape hebat..tul dak RBF

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Artikel tuan kali ini agak memanaskan punggung Mat Umno yang yang kaki angguk . Dan inilah strategi perjuangan dalam politik pembangkang.

Mereka bersedia memberi masa, diri dan harta untuk parti mereka biarpun imbalannya tak pernah dijanji secara realiti. Amat berbeza denga perjuangan Umno yang bergerak atas fulus.

Dan perkara ini perlu direnung bersama jika ingin Umno kekal. Jangan dianggap remeh strategi yang ingin dibuat oleh Mat Sabu. Begitu juga serangan peribadi yang dipaparkan hanyalah seperti senjata tupul yang tak terjejas kemana bagi penyokong taksub Pas.

Umno rebah di Kelantan dan dimana-mana bukan kerana Pas atau PKR tapi kerana orang Umno sendiri yang suka "cas keting" sesama sendiri disamping lagak sombong YB yang terpilih.....walahualam.

Anonymous said...

Kau orang jugalah salah, dah sah2 anak Tun M tu menang, di baginya percuma pondan tu jadi ketua pemuda, terus lingkup.

ruang bicara faisal said...

bravo karim bujang !
Tq very much. jgn salahkan anon2 tu,mungkin mereka tak tau bagaimana nak guna nama.

kpd kawan2 yg komen pakai nama anon, kalau blh sila letakan nama anda di hujung komen.

contoh:bla...bla...bla...bla....bla..
bla...bla...bla...bla....bla..-amin semerah padi.

ruang bicara faisal said...

pakcu rantau panjang, sila jawab dgn jujur, anda org umno atau pas ?

kalau awak org pas jgn risau , kami di sini tiada masalah.

Anonymous said...

org UMNO nk 2njuk kt rkyat yg depa ni patuh pd undg2..tu yg depa dok snyap je..biarkan pmbgkang dok menyalak...xtaula sape yg atur 'game' politik UMNO ni..

Anonymous said...

sy bnci barua2 wakil rkyat UMNO yg xde keje..dok bohong politik..pakatan rakyat pun same..lg terok adelah..

Anonymous said...

musuh yang nyata..KJ..hahahahaha

atas pagar said...

even dlm paper pun selalunya ada juga wants to remain anonymous.
suka hati la nak anon ke, nak letak nama ke. contohnnye aku ni atas pagar, aku lebih selesa guna anon sebab aku boleh komen kedua2 belah pihak. yg salah memang aku condemn, yg benar aku sanjung.
daripada letak nama tapi bukan nama betul buat ape?

Anonymous said...

Siapa Ahli UMNO yg berani berdebat dgn PAS.Adakah Zul Nordin Kulim..bukan!! kerana dia bukan ahli umno..Ridhuan Tee..juga bukan ahli Umno..Ezam kotak Tak boleh sebab kotak tak jumpa cari lagi..Zahrain Penang..tak boleh juga kerana tak jumpa ayat power...Jadi siapa kah dalam UMNO yg pandai berhujah sehingga orang ramai boleh percaya kata kata mereka...eeellleek tak dak..nak ambik Beraghim Ali juaga tak boleh sebab bukan ahli UMNO lagipun dia di gelarkan sebagai 'clown'oleh Nazri...Jadi bila tak pandai berhujah gunakan kekuatan orang lain seperti polis dsb untuk memenangkan kita..ini sifat pengecut yg takdak telor.

karimbujang said...

Saudara rbf,

Cuba lihat Malaysian Insider hari ini berhubung kenyatan Dajal "Lim Kit Siang". Untuk makluman saya baru buat blog. Jemputlah melawat bila lapang. Terima kasih.

Anonymous said...

report polis lagi senang dr turun berdemo atau berdebat. boleh masuk paper jugak.

Anonymous said...

buat apa pemuda umno nak turun padang??
kan lagi selesa duk dalam umah berjuta ringgit. ke sana kemari dengan land rover setengah juta ringgit. cermin gelap tinted tebal.
makan kenyang2 pegi rumah kenduri, majlis sana sini...
balik tido,tgk buletin utama, besok baru hentam bergegar2...tp dlm tv jela...
mane berani siot bergegar depan2.
gila apa...berdepan...
panas,hujan,air pedih fru,asap,iskhhhh.....tak selesa lah nyah.
sebab itulah kalo saudara rbf tgk perjuangan semcm pengecut ini menyebabkan ramai org sokong kerajaan senyap2 jer...
tak berani ckp pape.
ada masanya nak baca utusan depan2 pon raas malu!!!
begitulah tiada maruahnya nk jd penyokong kerajaan...
tiada darah perjuangan dlm diri.
takot berdepan dgn agresif kwn2 yg sokong pembangkang.
tiada rasa patriotik...cuba tgk luar negara betapa mereka berani berdepan satu sama lain.
itu baru politik jantan.
bukan semestinya kita mahu bergaduh...
tapi ada masa kita juga biar ada maruah!

Anonymous said...

hari ini aku nak cabar semua pemuda-pemuda dalam BN turun sama menghalang BERUK 2.0 NI ... dan buat T-Shirt bertulis KAMI BERSEDIA DI ISA, SUPAYA NEGARA INI AMAN ... baru la real jutawan kan ker banyak dalam BN sponsorler tshirt, banner apa bala semua barulah anjing-anjing DAP kembang tengkok tengok ... amacam semua pondan-pondan ketua pemuda BN ada BERANI ker gegarkan Kuala Lumpur ... saukkkkkkkkkk la woiii

ps : karim bujang ...!!!
punya pasaila nak pakai anon ker hapa ker lu nak sebok melalak pahal , kelam kabut la lu nie .. mangkuk betui .... wakakakka

Nim Yorza said...

Tulisan dan idea ini sangat mantap. Inilah lidah pejuang yang sebenarnya...

Anonymous said...

betul, betul betul, kalau ketua pemuda umno ada telur nak wat demo akupun nak join. ape nak takut dgn Penipu Rakyat. dia bawa 300k kita bawa 1Juta.Tp ada telur ke pemuda umno 1Malaysia ni..kalau pemuda umno tak turun pasni aku masuk Pas lg baik.

Melayu Sokong DAP said...

RBF - hang ajaklah Parpukari dan geng2 bloggers hang turun lawan Demo Bersih. Takat tulih dlm blog akupun boleh. Minta MB Zamry Keling(yang pak ghaib pi mana tak tau atau anak haram kot)sponsor.

Hang kalau tak turun. Kerat telor bagi kat anjing.

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Terima kasih diatas respon dan pertanyaan tuan. Saya orang biasa. Penulis blog picikan kampung. Saya menulis atas rasa hati dan kesedaran.Bukan pengamal mana-mana parti.... yang betul tetap betul yang salah tetap salah...walahualam

Anonymous said...

Md Sabu adalah penduduk di Seksyen 19 Shah Alam. Rumah beliau tidak jauh dari kawasan kuil bermasalah itu. Sebagai pemimpin parti Islam beliau sepatutnya peka masalah penduduk Islam. Tapi beliau tidak pernah ambil peduli masalah jiran-jiran berhampiran kawasan kuil itu. Penduduk sekitar kuil di Seksyen 19 sudah begitu lama diganggu masalah kuil haram yang dijanjikan Khalid Samad akan selesai. Beliau dan Khalid Samad sama sahaja terlalu menjaga hati bukan Islam.

halim said...

Tuan RBF

Kenapa Ambiga bersungguh-sungguh untuk membuat demonstrasi haram tersebut? Jawapan mudah : untuk mendapatkan perhatian pihak pimpinan atasan PKR atau DAP untuk meletakkan baliau sebagai calon pilihanraya ke 13 nanti..ini semua untuk mendapatkan political mileage je..semua tengah kemaruk nak ambil kesempatan..padahal dia seorang peguam, pengamal undang2 yang faham undang-undang..semoga dia terkorban semasa demonstrasi tersebut..orang bodoh selalu buat benda bodoh..ambiga + mat sabu = bangang..

Anonymous said...

bagus la melayu bangang,,pi la demo..dah aman lebih 50 tahun tak sedar diri..bodo..jadi keldai DAPig..

Anonymous said...

berani ke umno nk demo...ngan puak pr..

ajai62 said...

Assalam bro

Masalah UMNO ni, nak sangat jaga hati bangsa lain hingga suara bangsa Melayu Anak Malaysia di Tanah Melayu tidak diambil peduli. Pembangkang cakap dan buat apa saja... menteri KDN jadi pekak dan bisu... Cuba bila orang Melayu mempertahankan Bangsa Melayu abis diberi AMARAN DAN DIKATAKAN RASIS... Itu ke cara UMNO membela orang Melayu???

PEMBACA BLOG said...

lebih molek digantikan seorang menteri KDN yg baru..yg ada maruah diri, yg tahu bertegas dan tahu berlembut pada waktu yg sesuai.
secara peribadi, sbg org awam, saya fikir bekas ketua polis negara lebih sesuai menyandang jawatan menteri KDN ini.
sekian

Anonymous said...

wakakakakaka....nyalak ka main...tapi suma bacul...ckp je pandai....suma sama la..hakkkkptuiiii...babi sial punya pas,pkr,dap...

ZULKIFLY W Pengerang said...

Aku pun naik rimas dengan perangai sesetengah pemimpin UMNO nih. Cakap berdegar-degar bontot penuh tahi. Buat report tu saja nak populariti sebab lepas PRU13 nih ada pemilihan parti plak. Tahniah kepada PERKASA dan NGO'S yg lebih kehadapan dlm isu 'BERSIH' yg tak bersih. Inilah jadinya klau buat kerja kena ada tshirt free ngan duit minyak. Tak dapat.. boikot parti dan merajuk. Asyik-asyik minta jawatan dlm kabinet. Plak tu suruh orang lain ugut PM. Ada plak wakil rakyat UMNO takut nak sokong PERKASA pasal takut tak dapat undi Cina dan India nanti. Hampehlah pemimpin macam ni. TAHNIAH kepada PERKASA yang mempunyai keahlian yang semakin ramai dan lebih ikhlas dalam memperjuangkan nasib orang melayu di Tanah Melayu nih.

Anonymous said...

kalau macamni,gantikan ketua pemuda pondan dgn Bro GAP...barula UMNO kuat...

Anonymous said...

Pemuda Umno macam bangsat bila dapat ketua yang lagi bangsat

ambiklah masa lagi 2-3tahun

pemuda,belia akan hanya caci maki pemuda

kita perlukan fighter

/less talk more action


-pengembala

Anonymous said...

aku mencadangkan,kepada sesape yang boleh mendapatkan funder yang best kita keluarkan

-t-shirt merah

-badges

-sticker kereta

-memorandum anti-perhimpunan bersih kepada semua peniaga di Jalan TAR

-bendera anti-perhimpunan bersih 2.0


macam ni baru betul,kepada perkasa,lancarkan all-out war!



/pengembala

Anonymous said...

Orang PAS berjuang kerana ingin memerintah walaupun perjuangan mereka nampak bodoh

Orang UMNO berjuang sebab nak dapat projek dan penuhkan kocek , yang balaci balaci UMNO pun sama juga menadah tangan dan bawa tempurung dengan harapan adalah mana mana yang meleleh keluar.

Bro

Orang UMNO jangan kata nak lawan pembangkang , nak tegur ketua pun tak berani, takut hilang jawatan , orang UMNO gila glamour dengan jawatan, yang ketua bahagian oklah sebab dapat lesen merompak harta negara, yang jadi AJK bahagian ni? gaya je lebih, habop pun tarak !!! jadi kuda ketua bahagian je !!!

Aku pun orang UMNO tapi aku macam RBF juga kena cakap walaupun tak suka kerana aku sayang UMNO ...

Anonymous said...

UMNO...dah tak relevan dah,will be expired soon.. perlembagaan pun ikut penjajah...

penakut !

Anonymous said...

..setuju sangat dgn RBF bahawa UMNO berpolitik cara kono zaman tok ku tonggek kata orang Kelantan..si pemuda UMNO pula lembik nak mampus macam pondan, Anuwar tengok pun naik steam. Jenis ayam daging kerana banyak sangat makan'projek'. Ketua dia si Kitol pula masuk askar wataniah kerana nak tunjuk dia tu keras tapi yg keras tu 'benda' lain.Anak omak katakan...

..kalau macam ni la lu main politik, PRU 13 ni bungkus kain balik kampung le...heheheheheh

Pak Kadok

Anonymous said...

Aduhai semua yang bernama alat perkakas Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga. Rentikanlah dijadikan papan tempat berpijak pengkhianat agama bangsa dan negara.

Saya malu teramat sangat dengan Melayu-Melayu yang masih bodoh tak sedar diuntung menyokong Nuar dan "rakan penjenayahnya". Melayu yang tidak pedulikan keamanan negara umpama telah dirasuk jin dan syaitan. Bodoh mengalahkan unta padang fasir dan biawak gurun.

Adik Sayang said...

Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2 ( Kejam Dan Teraniaya ).. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa