Friday, June 10, 2011

SPRM Pun Amalkan Rasuah Juga Ke ?

Soalan yang saya tanya hari isnin lepas telah terjawab pada hari rabu. Sini

Datuk Shamsuddin didakwa atas kesalahan rasuah bersama dengan mantan MB Selangor , Dr Khir Toyo, pada Disember 2010.

Bila tiba hari perbicaraan tuduhan terhadap Datuk Shamsuddin ditarik balik. Daripada situ saya dah boleh agak seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan perkara itu.

Akhirnya pada hari rabu lepas agakan saya telah menjadi kenyataan. Datuk Shamsuddin dijadikan sebagai salah satu saksi utama pihak pendakwaan (SPRM).

Bagaimana perkara itu boleh berlaku , sedangkan apabila SPRM mendakwa dia di mahkamah sudah tentulah SPRM telah lengkap segala bukti-bukti.

Mana mungkin orang yang didapati bersalah, cukup bukti dan telah didakwa kemudian dakwaan ditarik balik ? Gila ! Ingat main pondok-pondok ke ?

Secara mata kasar pun kita boleh nampak apa yang tak kena dengan kes itu. Tidak keterlaluan untuk saya katakan SPRM telah merasuah tertuduh itu.

"Kalau kamu boleh bantu kami untuk jadi saksi utama, maka kami akan tarik balik tuduhan terhadap kamu"- Mungkin itulah tawaran dari SPRM terhadap Datuk Shamsuddin.

Saya turut difahamkan kehadiran Datuk Shamsuddin di mahkamah juga turut dikawal ketat oleh pengawal-pengawal keselamatan dari SPRM. Baiknya SPRM...

Kalau begitulah cara SPRM, maka jangan haraplah rakyat nak percayakan SPRM lagi. Cukup bukti, bukti kukuh dan sebagainya dikatakan pada peringkat awal, kemudian apabila sampai hari nak bicara tiba-tiba tarik balik tuduhan. Terus teranglah saya katakan, mulai hari ini tahap kepercayaan saya terhadap SPRM sudah berada di tahap betis saya. Tinggal sedikit lagi untuk turun ke bahagian tumit. Mereka sendiri yang buat kita tak percayakan mereka.

Saya tidak berniat hendak mempertahankan Dr Khir, kalau dia rasuah dan cukup bukti, maka jatuhkan hukuman terhadap dia. Tapi kalau tak cukup bukti , hendak mereka-reka bukti dan merasuah saksi orang akan nampak tuduhan itu berniat jahat.

Pada hari pertama perbicaraan, Datuk Shamsuddin telah dipanggil sebagai saksi kedua pendakwaan. Apabila masuk ke kandang saksi dia tidak boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan yang ditanya oleh pihak pendakwaan. Setiap soalan perlu ditanya berulang-ulang kali sehingga ada masanya soalan terpaksa diulang oleh hakim. Cara dan kelakuan dia pada hari berkenaan seolah-olah gagal menghafal skrip. Soalan yang ditanya oleh pihaknya sendiri pun dia gagal jawap, apatah lagi kalau dia berdepan dengan soalan peguam-peguam Dr Khir ?

Melihat keadaan Datuk Shamsuddin yang panik dan gagal mengingati skrip , peguam pemerhati dia minta mahkamah tangguhkan prosiding selama dua minit. Mahkamah benarkan. Tetapi selepas itu prosiding tidak bersambung dan mahkamah ditangguhkan sehingga ke pagi khamis.

Pagi khamis pula, Datuk Shamsuddin tidak lagi dipanggil sebagai saksi. Tiba-tiba sahaja katanya dia tak sihat. Tak sihat atau tak selesai lagi hafal skrip ?

Masuk pula saksi ketiga. Yang ini ok sikit , dia boleh ingat skrip yang difahal walaupun tidak lancar. Tapi bila ditanya tentang invoice syarikatnya, dia tak kenal invoice itu . Macamana kau berniaga juta-juta tapi invoice syarikat sendiri pun tak kenal ?

Bila diasak dimana dia simpan duit juta-juta , dia mula panik dan akhirnya menjawab hanya tuhan sahaja yang tahu. Wa...kah....kah....kah....

Ramai orang tak tahu tentang perkara ini, tetapi bagi orang yang berada di mahkamah mereka semua tahu. Media hanya melaporkan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya oleh pihak pendakwa , tetapi tidak melaporkan jawapan saksi kepada soalan-soalan yang ditanya oleh peguam Dr Khir.

Untuk mengetahui apa yang berlaku selama dua hari di mahkamah sila klik di sini.

Sesungguhnya drama arahan SPRM ini memang menarik, kita sama-sama tunggu apa kesudahannya. Babak yang tidak boleh dilupakan apabila pelakon utama tak ingat skrip , kemudian pergi hafal skrip sampai sakit.

14 comments:

Anonymous said...

mesti gang penyiasat dan saksi adalah gang PKR, sebab modus operandi sama, orang yang bankrup lepas tu jadi kaya sebab nak jadi saksi. lepas tu jawapan dah lupa.

HA HA HA, maybe saksi ni masuk neraka sebab memfitnah. kat dunia takpelah nanti di akhirat tak cukup tanah lari..

akhirnya kes ini lepas sebab takde primafasie.

Anonymous said...

fenomena pkr sudha melanda SPRM, nampaknya perkataan suruhanjaya tak berapa tepat, hai pak lah macam mana ni?

Anonymous said...

staf2 bawahan dan atasan SPRM adalah penyokong Pakatan Rakyat..??????? Tidak Mustahil...

Banyak penyokong2 Pakatan Rakyat ni kerja dengan kerajaan...dengan GLC..dan akhirnya, yg dapat nama buruk ialah Kerajaan jugak....

xBALACI_UMNGOK said...

MEMANGLA IQ RENDAH BALACI2 UMNGOK NIH, DIN 6.5JUTA TU KAN JADI SAKSI PENDAKWAAN, KALO NAK BERI KETERANGAN PUN MENGELABAH & X BOLE DIPERCAYA, SAPA YANG UNTUNG? ALAMAT BUANG KES LA, SELAMAT LAGI TOYOL JAWA TUH... LAGI KORG NAK BABITKAN ORG2 LAIN PULAK..!

Anonymous said...

bodoh la korang ni..ini yg dinamakan PRIME witness..dimana saksi diberi kelonggaran utk mendakwa PRIME SUSPECT..

semua negara maju pun buat mcm ni..

kat amerika bila org2 mcm di setuju jadi saksi dia diletakkan dibawah FEDERAL WITNESS PROTECTION..

Anonymous said...

lupa lah pulak....apa kes azmin saham berjuta2? senyap jer...tup tup sprm announce diorg tgh siasat cm sarawak!

ruang bicara faisal said...

anon 1.53

betul , saya setuju.

tapi di amerika witness protection diberikan kpd penjenayah2 besar yang betul2 mengancam keselamatan.

kes ini mengancam keselamatan ke ?

senang cerita, ckp ja sprm tak cukup bukti utk nak dakwa tapi temberang mereka cukup bukti, bukti kukuh dan sebagainya.

cara nak selamat bg nak cover temberang mereka, maka mereka belilah tertuduh itu.

kalau nak banteras rasuah kena banteras pemberi dan penerima. tapi dlm kes ini org yang yg dituduh peringkat awal memberi rasuah, tiba2 dibebaskan oleh sprm kerana sprm tak cukup bukti.

bagaimana nak banteras rasuah, kalau sprm bersekongkol dgn pemberi rasuah. maka selepas ini pemberi rasuah semua tidak akan takut kerana mereka blh terlepas. siapa yg lepaskan ? SRPM sendiri....

Anonymous said...

Biasa berlakun jadi Pak Pacak, tetiba nak jadi hero pulak tentulah gabrah. Biasa tunjuk2 laa ni ada dialog pulak, camno????Hahahahahh...

Wanredone said...

SPRM ..... 10% SEMUA BOLEH JADI

Anonymous said...

rbf,

tolongla rbf jgn berfikiran mcm penyokong aljuburi..jgn letak persepsi begitu hingga kita terbawa2 mencari sesuatu itu menegakkan persepsi yg kite telah set upfront..

ingatlah, org yg teraniaya dilindungi tuhan, lambat laun, kebenaran akan terbukti juga..jd jgn letak pemikiran anda mcm penyokong2 aljuburi, membuat andaian2 yg tiada/kurang asas, membesarkan bukti2 yg kecil (janggut nipis, perut buncit etc) utk menegecilkan bukti2 yg besar(muka seiras, jam omega, eskay didlm video) etc..

beban pembuktian terletak ditangan pendakwa (dna, video, omega) dan biasanye org yg bersalah tidak akan berjaya nak membuktikan dirinye tidak bersalah hanye dgn menafikan tanpa bukti (tuduh UMNO konspirasi)

kalu benar khir toyo tak bersalah, insyallah dia akan dilindung dan beliau tahu ape yg perlu dilakukan dgn menafikan setiap pendakwaan dgn bukti2 kukuh..

sekian..

Anonymous said...

ah!itu semua memang plot nak kenakan khir toyo.

Anonymous said...

Ini menunjukkan peguam Shamsuddin, Tan Hock chuan, lebih bijak dari kamu budak Umno.

Tan Hock chuan, peguam yang tahu undang2. Munkin dia bagitahu Shamsuddin..nak masuk dalam Sungei Buluh bersama Khir Toyo dan didenda ...atau cakap yang benar dan jadi saksi pendakwa. Shamsuddin bila dengar nasihat peguamnya mestilah tak mahu penjara.

Punya lah bangang..ini kes pendakwaanlah..dibawah bidangkuasa Peguam Negara sekarang..dan bukan SPRM lagi, Kan peguam negara..Gani Patail..baruah Umno. Pi tanya dia lah mengapa Shamsuddin dilepaskan dan dibebaskan.

Anonymous said...

Bos...

Ada perkara yang lebih besar dari apa yang bos nampak di mahkamah tu.... Kat PKNS.

Ingat tak YB Sekincan kata kos renovation 24 mil + dia ada bukti? Inbois tuntutan? Info mana? Dari Madam Law bekas Pemangku GM PKNS... Dan 6 mil ni adalah sebahagian dari 24 mil tsb?

Dah di bayar inbois tu? dari mana duitnya? Khir tahu / tak? Betul2 ada buat kerja kat site tak? Berapa amount kerja sebenarnya?

Kalau Khir tak tau / kerja tak buat.. Kenapa ujud inbois2 tu? Siapa yang bawak inbois tu ke PKNS?
Mengapa pegawai2 atasan pkns percaya thdp inbois tu + minta kontraktor / pemaju pkns tlg bayarkan (payment in lieu)?

Hahahaha..... Siapa dah kena....????

Anonymous said...

Anon 11 Jun....

Nak tanya? Apa org2 ats pkns janji2 kepada org yang tlg bayarkan tu? Tanah2 pkns ke... Pjk2 pkns ke tp tak lepas sbb PRU 12 BN dah kalah... Hehehe...

Patut la sblm PRU 12 kita pun dengar yang Khir nak ke Parlimen (ganti MB) sbb tak nak luluskan "janji2 manis ni la"?

Setpol dia layak kuttttttt jd MB...