Thursday, June 16, 2011

'Wali Allah' Ikuti Perbicaraan Dr Khir Toyo

Sebelum masuk bab cerita 'wali Allah' datang mengikuti perbicaraan Khir Toyo , kita berbicara terlebih dahulu mengenai keterangan bekas tertuduh yang kini menjadi saksi utama.

Dalam sesi soal jawab bersama peguambela semalam Datuk Shamsuddin berkata dia telah memberi keterangan tipu kepada SPRM sebelum ini.

Selepas dakwaan terhadapnya digugurkan, tiba-tiba dia menukar pula kenyataannya yang telah diberikan kepada SPRM sebelum ini. Sini

Hai dah kena rasuah ke ?

Baguslah kerana dia telah mengaku secara terbuka dia seorang kaki tipu.

Hari ini pula kerana tak tahan dengan soalan demi soalan dari peguam Dr Khir, tiba-tiba dia pusing cerita dan berkata Dr Khir yang menyuruhnya memberi kenyataan menipu kepada SPRM pada tahun 2009 kerana katanya Khir berjanji kes tersebut akan selesai dan mereka berdua tidak akan didakwa. Sini

Tahun 2009 Khir bukannya ada kuasa apa-apa. MB tidak, MT Umno tidak, pengerusi negeri tidak dan bertanding jawatan ketua pemuda pun kalah, tapi Datuk Shamsuddin masih lagi mahu mendengar katanya. Pelik tak ?

Kalau Khir yang tiada jawatan pun Datuk Shamsuddin masih lagi mahu mendengar katanya, tidakkah anda terfikir Datuk Shamsuddin boleh dengar kata SPRM yang ada kuasa lebih besar ?

Datuk Shamsuddin hendak lepaskan dirinya, dia sanggup buat apa sahaja asalkan dirinya dilepaskan. Tidak mustahil sekiranya SPRM telah meminta dia menukar kenyataannya dengan dijanjikan dia akan dibebaskan. Kemudian dia pusing cerita kata Khir yang suruh tipu.

Mengikut seorang rakan wartawan yang mengikuti perjalanan kes tersebut hari ini, Khir geleng kepala dan mengucap panjang apabila mendengar Datuk Shamsuddin memberitahu mahkamah beliau yang minta Shamsuddin memberi kenyataan bohong kepada SPRM.

Sekiranya benar Khir berjanji dengan Shamsuddin kes tersebut akan selesai dan mereka tidak akan didakwa, habis tu siapa yang sedang dibicarakan sekarang ? Khir atau siapa ?

Sekarang kita masuk bab 'wali Allah' pula.

Datuk Shamsuddin mula memasuki kandang saksi pada hari pertama perbicaraan iaitu hari rabu minggu lepas. Lebih kurang sejam dia berada di kandang saksi hakim terpaksa menangguhkan perbicaraan kerana dia tidak boleh memberi keterangan akibat tak ingat skrip yang dia diminta hafalkan.

Hari kedua (khamis) dia langsung tidak hadir ke mahkamah kerana sakit. Hafal skrip sampai sakit nampaknya.

Dia kembali ke kandang saksi pada isnin lepas dalam keadaan penuh yakin. Dia datang dengan dikawal lebih kurang 10 orang pengawal peribadi yang ala-ala bouncer kelab malam. Semasa dia berada di kandang saksi , kelihatan seorang lelaki tua yang memakai jubah dan ketayap serta mata buta dibawa masuk ke dalam mahkamah dan berada bersama-sama dengan ahli keluarga serta sahabat handai Shamsuddin.

Lelaki tua berkenaan berada di mahkamah setiap hari sehingga hari ini. Setiap hari dia dipimpin secara bergilir-gilir oleh pengawal peribadi Datuk Shamsuddin. Hari ini telah berlaku sedikit kekecohan apabila seorang orang awam yang mengikuti perbicaraan itu tidak berpuashati dengan lelaki tua itu dan pengawal-pengawal keselamatan Datuk Shamsuddin yang bebas keluar bilik perbicaraan sedangkan orang lain ramai yang tidak dibenarkan masuk kerana tidak cukup ruang.

Bukan setakat bebas keluar masuk bilik perbicaraan , malah mereka semua bebas keluar masuk atau berehat di bilik saksi, sedangkan mereka bukannya saksi. Kalau ikut peraturan mahkamah bilik saksi hanya dikhususkan untuk saksi sahaja. Sama sekali tidak dibenarkan orang lain berada di situ.

Seorang orang awam yang tidak berpuashati kerana gagal memasuki bilik perbicaraan berang melihat kebebasan mereka (lelaki tua dan pengawal keselamatan) keluar masuk mahkamah dan keluar masuk bilik saksi dan lelaki itu telah bertindak merakam gambar mereka semua.

Tiba-tiba salah seorang pengawal keselamatan Datuk Shamsuddin datang memberitahu lelaki tersebut dengan cara samseng meminta dia memadamkan gambar tersebut atau kameranya akan dirampas. Apa lagi ? buku bertemu dengan ruaslah. Kecoh sehingga terpaksa pihak polis masuk campur.

Lelaki bertanya kepada polis mengapa mereka semua bebas keluar masuk bilik saksi dan bertanya siapa lelaki tua berkenaan ? Belum sempat polis jawab pengawal keselamatan yang memimpin lelaki tua itu telah menjawab dengan penuh serius, 'ini wali Allah'.

Wow ! hebatnya Datuk Shamsuddin, sampai 'Allah' turunkan wali untuknya dan hantar ke mahkamah bagi membolehkan dia menjawab soalan-soalan peguam Dr Khir.

Sudahlah bohong, sekarang siap bawa bomoh lagi ke mahkamah. Apa ni Datuk Shamsuddin ? Yang peliknya bomoh boleh bebas keluar masuk bilik saksi. Apa halnya ? pendakwaraya pun tumpang sekaki juga ke dapatkan 'mukjizat' dari 'wali Allah' ?

31 comments:

Anonymous said...

perbicaraan khir toyo nie seperti berbelit,saksi tak berapa boleh dipercayai,senang disogok,kenyataan tidak konsisten,kita tunggu seterusnya silap haribulan saksi tu terkantoi jua nanti bila disoal bertubi2..

Anonymous said...

dah byk kali kantoi !

Anonymous said...

inilah kelemahan orang melayu,mudah sangat percaya kepada kuasa yang lain,selain dari ALLAH SWT..sebab itulah kebanyakan orang melayu sekarang ni semakin sesat akidah...saya percaya apabila timbulnya kebenaran yang bathil akan gugur dengan sendirinya...wallahualam..

Anonymous said...

Orang cuma interested nak tahu dari mana Khir Toyo dapat duit juta juta beli rumah tu .Kalau ratus ribu saja tak suspicious lah sangat.Kalau ye pun dia ada juta juta sebagai MB masa itu be humble lah sikit,tak adalah org sakit hati.

Anonymous said...

huh?

wali allah?mata buta?

hmm...dulu2 aku ada dgr2 juga pasal bomoh mata buta ala-ala wali yang orang corporate selalu guna yang tinggal di selatan tanah air..hmmm

kang kalu aku main petik je kang jadi fitnah pulak,bro faisal x ada ke gambar HAMBA ALLAH tu?

ley kita selongkar identiti die


/pengembala

mat said...

anon June 16, 2011 10:14 PM
dia buat pinjaman bank..bayar bulan2

Anonymous said...

Bangang punya orang..Khir toyo di bicarakan atas tuduhan membeli hartanah degn harga murah bukanya di bicarakan darimana dia dapat duit tu..nilah hari hari berbloging tapi tak tahu hujung pangkalnya,macam pak belalang ahlul nujum diraja..iaitu buat buat pandai tapi tak tau apabenda.

Anonymous said...

aq tgk macam khir ni kene naya plak.. xpela kalo betol die kene naya.. suro la khir tuh doakan yang org yang naya die tuh mendapat hidayah Allah.. sabar la yea...

BOCAH KAMPONG said...

ada sahabat yg di halau di dlm mahkamah sbb nak bagi tempat kat wali tu...

BOCAH KAMPONG said...

Dr Khir hanya berserah kebenaran akan terbukti dgn menunaikan umrah dan memohon pertolongan dari Allah.

Anonymous said...

lagi lama lagi bagus
esuk lusa tau la siapa mastermind

Anonymous said...

kalau nak komen, teliti fakta dululah, khir toyo bayar cash 500k, buat loan 3 juta, tak baca ke? apa! ingat setakat 500k tu byk sngat ke? aku yg tak jadi MB pun ada 300k! yg peliknya ada sorng YB pakatan dr selangor buat ceramah kata kalau KToyo simpan duit gaji sepanjang dia jdi MB tak akan ada duit sebanyak tu. Tak ke bodoh statement tu. Tapi nak buat mcmana, statement mcm tu pun org boleh percaya, dan yg percaya tu bukan org tak sekolah, cikgu sekolah! apa punya bodoh cikgu2 ni. tapi pokok pangkalnya, bila dah terminum air kencing, payah nak pulih.

Anonymous said...

tu la pasal khir masa kau atas kau hadiahkan penyapu kat org kan biadap@sial jadinya patutnya kau hempuk penyapu tu ka muka kit siang n karpal@putar tu. Apa pun moga kau selamat jika kau di pihak benar n buat amalan yg dituntut jagn kau join pas lak mereng dibuatnya. no 2 mat sapu esuk kit siang n karpal no 1. nik ajis n hadi pencacai ja la

usin said...

org tua dulu2 kata jgn main2 dgn penyapu. kalau nk sebat anak biar dgn rotan, jgn dgn penyapu. suwey katanya. bila mb bg hadiah penyapu kt do hulu selangor (sori kalau silap), itu dh jd suwey. tp jgn percaya sgt benda2 khurafat ni. tp, mcm betul pulak. ishh!! pening2. apapun, semuanya kehendak Allah..

anti bohmau said...

ya rabbi! siap pakai wali2 gitu...tak yakin dgn kuasa Allah SWT ka dia orang ni? dah jadi mcm ketua umum pkr la plak! selalu bawa bomoh2 & bodyguard ke mahkamah...

anti bohmau said...

kalau dah terdesak, semua membelit nak lepas diri..
namun dr khir sentiasa tenang...Insyaallah, yakinlah dgn kuasa Allah SWT...dr khir dah berdoa dpn kaabah... tawakkal 'alallah

whiteorange said...

Mana Khir Toyo dapat duit?

Inilah sikap kita ...

Kalau "Ali" banyak duit kita pertikai

Kalau "Baba" banyak duit kita kata orang itu rajinlah, memang bangsa mereka pandai cari duitlah, padahal lagi besar bapak penipu, perompak dll ...

Salahkah orang Melayu banyak duit?

Orang Melayu suka war warkan rahsia orang Melayu sendiri, akhirnya Melayu terperangkap dengan rahsia bangsa mereka sendiri. Sebab itu aku rasa ada baiknya kalau Melayu tak tersenarai dalam senarai orang terkaya didunia atau di Malaysia atau di Asia. Biarlah kekayaan kita menjadi kerahsiaan bangsa kita, dan kita bangga dengannya.

Aku bukan nak pertahankan Khir Toyo, orang yang bersalah mesti dihukum, tapi aku cuma lemas dengan sikap Melayu yang tak sudah sudah cemburu dan iri hati dengan kelebihan Melayu lain. Korang pegi cekla , ada ke orang yang jadi MB atau KM ni papa kedana?

whiteorange said...

Bab bomoh ni, ini adalah standard kepada perangai orang Melayu.

Baru semalam aku didatangi teman suruh cari ubat kononnya kena bomoh gara gara berniaga pasar malam.

Orang Melayu ni nak bertanding Ketua Bahagian cari bomoh, nak berniaga cari bomoh, nak kaya cari bomoh, nak jadi YB cari bomoh, pendek kata bomoh itu adalah segala galanya bagi orang orang seperti ini. Yang lebih malang lagi cari bomoh untuk pekena orang lain.

Melayu ohhhh Melayu... bilakah kamu nak bersaing secara sihat dan berakal ,, ALLAH letak di mana?

whiteorange said...

anon 10:14

kenapa interested sangat nak tau dari mana Khir dapat duit?

Tak interested nak tau ke dari mana pegawai pegawai kerajaan lain banyak duit dan dapat dari mana?

Tak interested ke nak tau bagaimana pemimpin pemimpin pembangkang banyak duit walhal sumber pendapatannya pun tak jelas?

Tak interested ke nak tau bagaimana RPK, Rahim Ghouse (sekadar hiasan) boleh hidup luar biasa dengan kemampuan mereka?

Anonymous said...

kalau Zaman Khalifah Syedinna Umar al Khattab dua2 sudah kena pancung kepala ....

tak perlu SPRM mahu pun Mahkamah sekular ini ...

Anonymous said...

salam sahabat..

yang kamu cakap tu Sahabat Nabi SAW..
kamu yakin Syaidina Umar akan buat macam tu?
Syaidina Umar tu orang yang adil..tau mana yang halal dan yang haram..
jangan tuduh macam tu kawan.. para sahabat umpama bintang..kenyataan kamu tu xbetul..sekadar tegur..terima atas kamu..

salam...

Anonymous said...

anon 17june 7.23am
kau ingat Islam ni zalim ke...kau ingat khalifah umar tu kerja dia pancung orang...kalau bodoh jangan ajak orang lain jadi sama bodoh mcm kau..ok bro!!!

Anonymous said...

Nabi SAW bersabda,"Ada tiga tanda-tanda orang munafik. Pertama, bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir dan bila diberi amanah dia tidak tunaikan". KMK atau kawan makan kawan memang ada..oleh itu kenalah hati2.

Anonymous said...

ni mesti geng2 wali selipar ni wakakaka

Anonymous said...

Teringat bila orang semacam ni, pakai jubah, mata sebelah dan etc.. macam Dajal or Syaitan jer yang datang BUKAN wali Allah..

Anonymous said...

Apa nak pening kepala pikir Dr Khir dapat duit dari mana...

Sekarang ni, pegawai kerajaan gaji 6-7 ribu sebulan dah boleh beli rumah antara 500k - 800k?

Bayar bank saja... Apa nak pening kepala???

Bingai @ Bangang said...

biar mahkamah barai semua dulu. update jer kat blog. Nak tengok sapa yang terlondeh

Anonymous said...

yang pakai jubah mata buta tu adalah "SI BUTA DARI GUA HANTU" yang baru keluar dari pertapaan.

iblis hantar untuk jaga Datuk Shamsudin supaya akhirnya kantoi dalam perbicaraan Dr Khir Toyo.

peranannya sama macam si Karpala Poosing dalam perbicaan si Al Juburi.

Anonymous said...

migrain baca citer ni .... pasai tak ada yang saukkkk,...........

Anonymous said...

senang jer kalau khir toyo nak dibuktikan x bersalah....
masuk PKR or PAS...confirm org dia btl punya...hehe

nik ajis bodo said...

bodo betul sprm ni