Thursday, July 28, 2011

Kakitangan Kerajaan Selangor Boikot Majlis Kerajaan Negeri ?

Join FB RBF Online, click here

Gambar kerusi-kerusi kosong di atas di rakam di Majlis Penerangan dan Pelancaran Logo Negeri Selangor di Stadium Melawati Ahad lepas.

Kerusi-kerusi yang diletakkan di barisan depan itu dikhaskan untuk Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri. Bagaimanapun di saat-saat akhir orang awam telah dikerah untuk memenuhi kerusi tersebut akibat ketidakhadiran orang-orang yang sepatutnya duduk di situ.

Maklumat yang saya dapat mengatakan kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri memboikot majlis itu kerana ia majlis politik dan majlis syok sendiri.

Selama ini kita sering mendengar Pas, PKR dan DAP berkata BN menyalahguna jentera kerajaan untuk kepentingan politik.

Yang di atas apa cerita ?

Tidakkah itu program politik namanya ?

Siapa Hj Hadi di Selangor ? MB, Exco, Adun, atau Ahli Majlis ?

Siapa Wan Azizah di Selangor ? MB, Exco, Adun, atau Ahli Majlis ?

Jika program Kerajaan Negeri mengapa mereka berada di atas pentas dan menyampaikan ucapan kerana mereka berdua tidak ada apa-apa sangkut paut dengan pentadbiran negeri Selangor ? Mereka hanyalah presiden parti-parti politik.

Semua kos untuk majlis berkenaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Itulah buktinya mereka pun tidaklah sesuci mana. Ada peluang untuk seleweng mereka pun sapu.

Sebagai Presiden Parti ISLAM Semalaysia apakah Hj Hadi tidak takut dosa kerana bersekongkol dengan mereka yang menyeleweng harta kerajaan negeri untuk tujuan politik ?

Atapun dosa penyelewengan atau salah guna kuasa hanya untuk BN dan Umno sahaja, untuk Pas penyelewengan atau salah guna kuasa boleh dapat pahala ?

31 comments:

Anonymous said...

pas buat sikit sahaja.umno buat lagi besar.itu pun nak kecoh.







ahli pas seumur hidup
parit buntar
perak

Anonymous said...

pas buat sikit sahaja.umno buat lagi besar.itu pun nak kecoh.







ahli pas seumur hidup
parit buntar
perak


----- Tue pasal pas buat org2 kerajaan tak mau datang..hahahaha politik memanjang.. keje tak buat... baguslah ko jadi org pas seumur hidup... xperlu ko baiah talak tiga bro... bodoh punya pas...

UMNO SELAMANYA!

anwaribrahimmmgpembohong --- cari aku kat fb..

Anonymous said...

SETUJUUUUU.... dengan RBF. Hapa ke jadah menjemput Hj Hadi ngan Wan Azizah utk program Negeri Selangor. Diorang bukan ada kena mengena dengan Selangor.

Buat Anon July 28, 2011 10:04 AM. Ini bukan persoalan sikit banyak atau kecik besar. Ini persoalan prinsip. Pembangkan kata selama 54 tahun BN pegang semuanya tak betul. Jadi selama 54 tahun pembangkang dapat belajar dari kesilapan orang BN dan tidak akan mengulanginya. Tapi kenapa pembangkang buat juga? Baru pegang kuasa sikit dah cuba tunjuk belang dan cuba menghalalkan apa yang diorang laungkan selama ini.

Kalau pembangkang memerintah negara tak tahu lah siapa yang dijemput di atas pentas. Madeline Albright? Paul Wolfowitz? George Soros? Al Gore? Cuba bayangkan tuan2.

akuantiLEMBUPAKATAN

Anonymous said...

sikit ke besar ke semuanya salah. mula2 sikit lama2 besar

Azman said...

"pas buat sikit sahaja.umno buat lagi besar.itu pun nak kecoh"

malang betul orang PAS ni, kata tak tau hukum karang marah. sikit ke besar ke sama je hukumnya.

Hukum orang mencuri : Curi kereta dengan curi basikal, sama je hukumnya tetap mencuri, mana ada kira benda tu kecik ke besar...BONGOK...

ajai62 said...

Assalam Bro

Bagi mereka semua mereka akan jemput.. halal depan belakang.. Tu belum kira sedara-mara lagi tu...hehehe... Sekarang ni apa yang kerajaan Selangor buat tak dpt sambutan dari rakyat... cuma yang hadir penyokong mereka aje... sian... tak lama lagi reputlah tu..

Anonymous said...

korang silap besar lah, Hj. Hadi tu PM. Malaya, Wan Azizah, Wife Presiden of Malaya, tu lah dijemput.

HA HA HA HA

Anonymous said...

Bukan masalah majlis tu kecil @ besar tapi pembangkang kata dia bersih, jadinya jangan buat. Cakap tak serupa bikin.

hangkedee said...

Anon 10.04 Baiah Talak 3... selamat masuk suleger Pok nik.Kasihan mungkin terminum air kaki Ayah pin.pok nik.

Anonymous said...

ANAK MAT SABON
Untuk hali Pas seumor Hidop Parit Buntaq, apa sal aku tanya ko dlm psting RBF yg lepas ko tak jawab , pastu ko bley plak gunakan otak ko yang dungu tu untuk komen kat posting yang ini, kesian pon ada aku ngn ko nie, untuk pengetauan ko aku adalah bekas ahli PAS Titi Serong, ko nie memang ar buta hati , ko ingat PAS sekarang sama ke dgn PAS dulu? Ko tau kalo ikot amanat Hadi Awang, semua pengikot PAS da jatuh kapir sekarang nie sebab bersesongkol dgn kapir utk memerintah negara?

tokgaru said...

Berita Harian 27.7.2011

Ada 2 berita yang menarik perhatian saya. Kedua2nya cerita berkenaan tindak tanduk kerjaan DAP di Pulau Pinang.

Motifnya jelas. Menekan dan menghalau melayu secara halus.

Berita 1

Harga rumah di Balik Pulau, tak ada yang bawah RM500,000. Balik Pulau tu di anggap hulu dan majoriti penduduk adalah melayu, jadi nelayan atau petani.

Projek perumahan kos rendah atau harga sederhana yang orang melayu mampu beli langsung tidak ada di Balik Pulau.

Persoalan

1. mampukah orang melayu yang kerja nelayan dan petani nak beli rumah RM500,000 dan keatas.

Akibat

1. melayu tak mampu beli.
2. orang cina, mereka memang kaya, dan mereka lah yang akan beli.
3. bilangan orang cina di Balik Pulau akan bertambah, melayu yang dulu nya majoriti akan jadi minoriti.
4. melayu mungkin ada yang akan berhijrah keluar daripada Balik Pulau mencari tempat di Seberang Prai.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memaksa melayu keluar dari Pulau Pinang, tapi melayu sendiri yang buat keputusan keluar dari Pulau Pinang.

Kerajaan DAP Pulau Pinang secara halus dan terhormat menghalau melayu.

Strategi yang serupa juga diguna pakai oleh kerajaan PAP di Singapura.

Sudara2 ku penyokong Pas, jangan hanya baca Harakah saja, baca juga Berita Harian atau Utusan Melayu.

DAP yang dibuat kawan oleh Nik Aziz dan Hadi Awang .. modus operandi serupa ini lah akan digunakan jika PR berjaya pada PRU 13 nanti.

Demi Allah, kami sedikit pun tidak yakin Pas akan mampu mengawal DAP. Bukti dah ada :

1. di Pulau Pinang, DAP bermaharaja rela menekan dan menghalau melayu. Pas langsung tak bersuara.
2. di Selangor, DAP membantah tindakan rampas arak jualan dalam kawasan melayu. Hasan Ali terpelanting daripada jawatan exco.
3. di Kedah, DAP bantah penutupan pusat hiburan dalam bulan ramadan. MB Azizan tukar keputusan dalam masa 24 jam.

Kami bukan benci kepada Pas, tapi kami tak boleh terima bila Pas bekerjasama dengan DAP. Itu saja.

cahaya said...

tak silap kalau datang dapat "kupon" rm10...ada terpampang kat poster tempohari... mcm rasuah jer

kalau mendabik dada Pakatan Jahanam bersih - sekecik mana pun benda kotor - kotor lah jugak apatah lagi kalau menurut hukum islam

ya, kata urusan kerajaan negeri apahal kepala parti yg terpacak kat atas tu

Anonymous said...

UMNO pernah merasa situasi kosong ni..

tanya la jentera parti masa PRU12...

lebih kurang semua ceramah pilihanraya UMNO xde sambutan..

diseksyen 9,seksyen 11,seksyen 6..semua kerusi dipenuhi jentera parti dgn peserta konvoi bermotor yg dibekalkan RM10 setiap mlm...

ermm,RBF...gambar kerusi kosong tu masa program dah start ke belum??bukan Dato Hassan Ali duduk kat situ??


-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Tok Garu:

benar ke keadaan melayu teruk di Pulau Pinang sejak DAP amik alih??

ke 'sebahagian melayu'yakni geng2 UMNO??

sekitar tahun 90an dulu,cukup banyak tanah2 org melayu dirampas utk projek2 pembangunan...

di jelutong,di sungai ara,di bayan lepas...di mana UMNO ketika itu??

tokgaru said...

Kepada Sudara Yang Marah2

Tokgaru cuma nak bagi korang nampak strategi halus DAP nak halau melayu dari PP. Itu saja.

Tokgaru percaya pemimpin tertinggi dalam Pas nampak benda ni.

Tokgaru juga yakin pemimpin tertinggi dalam Pas sedar bahawa pemimpin DAP tak hormat pun dengan depa.

Tokgaru percaya pemimpin tertinggi Pas tahu DAP tak akan bersetuju dengan perjuangan islam yang di bawa oleh Pas.

Tokgaru sangat yakin pemimpin tertinggi Pas pun tidak begitu gemar dengan sikap kurang ajar DAP :

1. kepada Nik Aziz bila kata "langkah mayat aku" untuk penubuhan negara islam.

2. kepada Hadi Awang bila kata "never" untuk perlembagaan islam.

3. kepada MB Azizan bila ugut nak saman jika MB Azizan tutup pusat hiburan dalam bulan ramadan.

4. kepada Hasan Ali dalam isu penjualan arak dalam kawasan melayu.

5. kepada Nik Aziz dalam isu
pengharaman judi loteri di Kelantan.

Pemimpin sedar, tapi tak boleh nak bersuara kerana nak jaga hati kawan.

Yang tak mahu sedar ni adalah hangpa para penyokong Pas. Hangpa saja yang duk kata DAP bagus kepada islam dan melayu.

Anonymous said...

Tok Garu:

peruntukan utk guru KAFA naik..
juga utk MAIPP naik mendadak di Pulau Pinang sehingga 100% berbanding zaman BN...

zaman Gerakan dulu,guru KAFA dilayan bagai sampah...
ada siapa2 yg membela mereka ketika itu?

komen anda??

azman said...

Assalamualaikum rbf

Hallo anon 10:04:

Macam sial je statement ko kan?.Ko tu Islam ke kafir laknatullah? ce jawab ce jawab.

Anonymous said...

MB Selangor nak lancarkan program jom shopping raya bersama warga emas. Sapa dah 50 keatas bolehlah daftar nama. Pandainya mereka buat drama bila tenguk sokongan orang Melayu Selangor makin menurun. Macam mana Melayu tak marah? Pemimpin Melayu PR sokong kuil Hindu dikawasan majoriti Melayu, mereka bantah Datuk Khusrin jadi SUK, tak berani tegur Adun DAP yang rasuah, harga rumah sederhana di Selangor meningkat melebehi setengah juta, harga barang keperluan di Selangor tidak turun pun walaupun penasihat ekonomi Selangor bekas TPM. Akhirnya eluk baca blog YB Zulikifli Nordin hari ini tentang Perhimpunan Bersih 2. Ramai pemimpin PR Selangor yang sudah makan cili akan tersa pedasnya.

azman said...

Assalamualaikum rbf

anon 10:04

ce chek lesen masyuk shorge ko tu, nth da luput tarikh,klu da luput tarikh baik ko gi jumpe niky cepat, mane tau kang ko masuk tandas tepeleot lak, mati, astagaaa.lesen dah luput tarikh make ko pn di humban masuk nerake..hehehehehe

Anonymous said...

Sebelum PRU 12 memang ramai terpedaya mendengar ceramah PAS yang berapi-api untuk membela Islam. Kesilapan pemimpin UMNO memberi penyapu kepada penjawat awam salah satu sebab UMNO tumbang di Selangor. Namun begitu selepas PR berkuasa barulah terbuka tembelang mereka bila berkuasa. Cakap tak serupa bikin. Apa yang dijanjikan sebelum PRU 12 banyak yang tinggal janji sahaja. Sikap pemimpin PR yang ego, munafik dan amat suka menyalahkan UMNO dalam masa 3 tahun PR memerintah Selangor menyedarkan rakyat mereka juga tidaklah sebersih mana.

Anonymous said...

kupon SelangorKU tu lebih kurang dgn kupon tesco tak.. tau jasco.. kehkeh

Anonymous said...

Emm...desas desus dalam Pakatan negeri kini mengatakan Selangor hampir mustahil untuk dikekalkan untuk next PRU..40% je tinggal.majoriti kakitangan kerajaan pun dah meluat dengan pentadbiran PR..jadi macam PAS perintah Trengganu dulu le...bukan senang nak tadbir negeri sebenarnya..setakat sambil lewa inilah padahnya...Kedah,Kelantan pun dah tak selamat la ni..mungkin ada puak PR tak puas hati dengan kenyataan ini..korang tunggu dan tengok je la...cuma aku harap BN ambil la kesempatan ni betul2..jangan terleka dah le...

T.Mohd fauzi manivanan said...

perlu profesional dalam mengendalikan sesuatu program.kalau itu program berjumpa dengan ketua ketua jabatan dan kakitangan kerajaan, maka perlu mengutamakan kakitangan kerajaan sahaja.nampak gaya sudah jelas tersasar dari matlamat program.

T.Mohd Fauzi Manivanan

whiteorange said...

anon 12:47 Berapa kira kira 100% tu ya? Gua jobless sekarang ni, setakat sikit ilmu agama tu adalah ...

Lu guru KAFA ke?
Jadi kalau kerajaan BN dulu tak naikkan gaji guru KAFA, orang Melayu lain harus dihukum sama lah ya!! macam marah nyamuk bakar kelambu gitu ya??

Jadi kalau kerajaan BN dulu tak bela Melayu, sekarang bawah DAP kamu nak Melayu lebih ditindas ya!! Jadi kalau dulu masa BN Melayu bodoh, sekarang bawah DAP Melayu lagi dibodoh bodoh ya? itu yang kamu mau ya? Selain dari guru KAFA, apa lagi yang DAP dah berjasa kat Melayu ek!! boleh senaraikan tak?

Hang lupa guru KAFA yang sedikit dibagi gula gula nelayan yang ramai dibagi tuba. DAP main silap mata dengan lu wehhh!!

Berhentilah jadi Melayu yang terus bodoh akibat dendam kesumat

whiteorange said...

anon 12:07

Maksud lu, Melayu PP dibawah DAP sekarang lebih terbela gitu? boleh tak jelaskan, kerana kalau Melayu dilayan begitu istimewa, aku pun nak berhijrah ke PP. Buat apa aku tinggal di negeri yang diperintah BN, Zalim, kafir !!!!

whiteorange said...

anon 12:07 betul ke tahun 90an banyak tanah Melayu yang dirampas?

atau Melayu sengaja jual tanah sebab nak cepat kaya?

sebab setahu aku, fenomena Melayu gadaikan tanah bukan perkara baru dan bukan di PP sahaja !!!!

So UMNO tak leh buat apa kalau dah tuan tanah sendiri yang gelojoh !!

whiteorange said...

to ahli PAS seumur !!!!

Kalau batang Nuar letak dicelah lubang , ditepi lubang atau didalam lubang , hukumnya tetap zina !! tak ada sikit atau banyak beb

eloklah lu jadi ahli PAS seumur hidup, sebab gua rasa parti lain pun malu nak tyerima ahli dungu macam lu

Anonymous said...

puak-puak ni 2 x 5 je
memang tak buleh diharap baik pr atau bn. masing-masing nak lepas tembolok sendiri je. adun bandar anggerik apa dia buat sekarang? mp shah alam apa dia buat sekarang? sama je dengan adun dan mp yang lepas.

isu masjid seksyen 7, ada sapa ambil peduli, semua sibuk berpolitik bukan buat kerja untuk rakyat.

warga shah alam juga

Anonymous said...

pas buat sikit sahaja.umno buat lagi besar.itu pun nak kecoh.







ahli pas seumur hidup
parit buntar
perak

Inilah MENTALITI AGAMA PAS. Sama ada mereka buat salah sikit atau banyak, mereka tetap x berdosa kerana tok guru N.ajis dah jamin mereka masuk syurga. Sebab itulah anon ni jadi ahli pas seumur hidup. Bila Umno buat salah sebesar kuman pun bg mereka tetap berdosa besar sebesar-besarnya. Bahkan x ada ampunan sama sekali, hukumnya Umno ttp ke neraka.

Selamat masuk syurga PAS hai si bongok goblok. FYR, aku pun bekas ahli Pas.

Anonymous said...

anon...ada ke pas ckp undi umno masuk neraka..?ahli umno sendiri mempertikaikan undang2 islam.lu pikirlah sendiri.

Anonymous said...

kakitangan kerajaan kenalah patuh pada kerajaan,bukan pada parti!!bukan dipaksa menyokong parti tertentu.