Saturday, July 23, 2011

Ketua Pemuda Umno Guna Helikopter Genting Highland Datang Rasmi Mesyuarat Pemuda

Rencana dibawah ini ditulis oleh Saudara Roslan Latif,Presiden Alumni Melayu Amerika Utara. Rencana ini disiarkan di Utusan Malaysia hari ini di muka surat 12. Juga boleh dibaca secara online.

Saya letakkannya di sini adalah untuk tujuan sebaran. Mungkin ada rakan-rakan kita yang terlepas untuk membeli akhbar tersebut hari ini, mereka yang berada di luar negara dan juga kepada mereka yang memboikot UM. Ada beberapa perkara penting dalam tulisan tersebut yang mungkin tidak kita ketahui sebelum ini.

Penulis rencana ini adalah orang yang pernah terlibat beberapa demontrasi bersama Anwar Ibrahim di tahun 70an.
Pada minggu lepas penulis amat tertarik dengan dua artikel tulisan anak muda, satu di The Edge mempersoalkan tentang apa salahnya rakyat hendak berhimpun dan kenapa perlu takut pada komunis. Satu lagi artikel tentang hak rakyat untuk berhimpun, dibenarkan undang-undang negara dan beliau yang kebetulan lahir di negeri yang tidak beraja mempersoalkan tentang peranan Yang di-Pertuan Agong yang dianggap mencampuri urusan politik.

Kedua-dua pemuda ini tak dapat dinafikan memang cerdik, cuma kurang pandai membaca yang tersirat.

Kali pertama penulis ikut berdemonstrasi pada tahun 1973 di hadapan Bangunan AIA , di Kedutaan Amerika Jalan Ampang sempena lawatan Thanom Kittikarchorn. Pertama kali juga penulis dengar pidato Anwar dengan perkataan "imperialis," "Yahudi" disorak oleh pelajar-pelajar berambut panjang termasuk Hishamudin Rais, Kamaruzaman Yaakub, tak ketinggalan Mat Sabu, wakil Persatuan Siswa Utara.

Beberapa bulan selepas itu, kami dikerah lagi untuk demonstrasi kelaparan di Baling. Selang beberapa bulan selepas Demonstrasi Baling, sekali lagi kami dipaksa berarak ke Parlimen menuntut taraf Institut Teknologi Mara (ITM) ke taraf universiti yang disertai majoriti penuntut ITM.

Yang jelas, selepas 38 tahun orang yang sama kembali ke jalan raya, tunjuk perasaan - Anwar Ibrahim, Hishamudin Rais, Mat Sabu, Syed Husin Ali, Malik Husin dan beberapa muka lama yang nampak masih belum berubah dengan hobi lama mereka. Sebahagian besar mereka ini pun tidaklah 'bersih' sangat.

Namun bila matlamat sudah menghalalkan cara dan agama dijadikan barang dagangan, halal dan haram sudah tidak menjadi persoalan. Tambahan pula Pas sekarang dikuasai oleh golongan yang dikatakan profesional.

Anehnya beberapa pemimpin - ulama bukan, profesional pun bukan yang terpilih menerajui parti yang bercita besar menjadi alternatif, lupa bahawa mereka hanya bertanding 65 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Sememangnya berhimpun dan berarak untuk kebaikan tidak ada salah. Malah semasa 16 tahun dalam kerajaan pun Anwar sering berarak semasa Maulidur Rasul, bersalawat, pasti pahala yang melimpah ruah hinggakan dalam masa singkat mampu naik hingga menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Semasa berkuasa, Anwar begitu rapat dengan ramai lagi tauke besar. Penulis masih ingat semasa orang tersebut berkunjung ke Gerik merasmikan Persidangan Pemuda Bahagian tahun 1985, dia datang dengan helikopter Genting Highland, bukti betapa rapatnya hubungan pemimpin Islam itu dengan tauke-tauke besar.
Bersambung di sini

Itu baru helikopter Genting, belum dikira lagi berapa kali dia guna jet Magnum untuk melarikan not-not RM 1000 yang berjumlah berbilion-bilion ringgit ke luar negara.

Hari ini dia nak bercakap pasal rasuah ?

Wa...kah...kah...kah...kah...kah....

Dialah bapa dan tahi segala rasuah....

13 comments:

DHIYAULHAQ HAMZAH said...

haha itulah akibat kalau banyak mencampurkan urusan peribadi dan kerapatan dengan orang tertentu dengan kerja!! bro..apakah mereka akan berdemo hingga ke tua?? apa pendapat bro??

Anonymous said...

Mereka ni tak mengimbau sejarah silam, cuba tanya Tun Mahadir kenapa Siddiq Ghouse di ISA kan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sedangkan Siddiq Ghouse adalah Setpol beliau ketika itu

ruang bicara faisal said...

dhiyaulhaq, mereka2 ni jenis org yg lahir di jalan raya, maka jawabya sampai ke tualah mereka berada di jln raya dan mungkin mati pun di jalan raya.

usin said...

teruskan penyebaran ini. war2kan terutama yg taksub gila babi kpd bekas tpm tu. tengoklah betapa rasuahnya org yg mereka sanjung itu.

Anonymous said...

Masa dia Finance minister macam "empire" dia sendiri dia buat nya kementerian itu..PM Mahathir telah memberi dia terlebeh muka kerana percaya sangat...Si Anuar ni bukan saja raja segala rasuah dan penyelewengan..semua kroni dia esp bebudak MCKK sampai hari ni taksub dgn dia..perangai main bontot jambu dia bawak dari zaman MCKK dia lah tu...

PAK Kadok said...

..BAPA RASUAH dan juga BAPA SEGALA LUBANG..AnuWar harus bertaubat...

Anonymous said...

malam nanti mulai jam 7.30 (sembahyang maghrib dulu tau ) kita lupa dulu cerita-cerita si anwar ibrahim (kalau boleh malas aku nak sebut nama dianya- bukan apa pasal dia sorang habis punah negara nie).Marilah kita memberi sokongan kepada pasukan Malaysia menentang Singapura (kawan baik DAP). Malaysia pasti memang.

Anonymous said...

kalau dah perangai macam anjing, anjing juga sebab kalau dia tak gigit, dia cium beb

Anonymous said...

Nuar Brahim entah keturunan mana pun tak tau? Sejarah keluarga entah dimana? Masa nak kahwin dengan Wan Jijah pun dihalang keluarga.
Warna kuning dipilih untuk BERSIH 2.0 (KOTOR) sebab Anuar Brahim minat lubang kunyit warna pun kuning. Otak dia pun kuning. Tengok muka langsung dah tak nampak Nur Islam kecuali Munafik.

Anonymous said...

Last-last note 1000 diisythar tak laku oleh Tun Mahathir. Terduduk dan ternganga depa. Padan muka!

Anon Permatang Pauh

Anonymous said...

La nak heran apa..itulah ujian nama nya.... Masa masuk UMNO dulu muka Bro Anwar poyo je..as time move on...grooming pun uptodate..stylish habis..sure dia kata he has to because of his position then...I question your principles..Bro Anwar...you lupa diri!!!! Look at people around him..Azmin??? stylish habis dulu...Bodyguard Anwar...three piece suit...siapa yang pernah deal dgn azmin...tau.. sombong nak mamposss..come on both you two...

Pemuda Kg Padang said...

lama mhilang Lan Latif.. Jd calon tak PRU13? hahaha...klo jd aku akan balik pangkah walaupun dok jauh...

Anonymous said...

adakah anuar saje yg menyalahgunekan kuase smase mjd pmimpin umno..pmimpin yg lain bersih ke? Maaf saje nak tau sb sya ni masih mude dan xtau sgt dgn prangai pmimpin2 ni..