Sunday, July 24, 2011

Penjelasan Isu Wacana Sinar Harian dan Pertubuhan Haram

Beberapa hari lepas seorang kakitangan Sinar Harian menghubungi rakan saya dan mengeluh mengenai tindakan saya mempertikaikan program wacana anjuran mereka pada 26 Julai 2011 sepertimana yang saya tuliskan di sini.

Saya nak jelaskan apa yang saya maksudkan.

Saya secara peribadi amat-amat bersetuju dan memuji inisiatif yang diambil oleh Sinar Harian menganjurkan beberapa program siri wacana sebelum ini dan yang akan datang.

Saya juga amat-amat bersetuju dengan siri wacana yang akan diadakan Selasa ini dimana ianya akan menemukan Datuk Wan Ahmad dan Ambiga. Itulah sebaik-baik peluang yang ada yang harus disambar oleh SPR untuk membersihkan nama mereka secara terbuka dari tuduhan-tuduhan jahat Ambiga sebelum ini.

Saya boleh ramal dan saya boleh jangkakan apa yang bakal terjadi pada hari itu. Sebelum wacana berlangsung pun saya berani kata kemenangan akan menyebelahi SPR pada hari berkenaan.

Dengan penggunaan Bahasa Malaysia yang teruk dan beberapa kebodohannya semasa sesi perjumpaan tertutup dengan SPR sebelum ini, Ambiga pasti kena titik habis-habisan depan orang ramai pada hari tersebut.

Lawan Ambiga pun bukannya calang-calang orang. Datuk Wan Ahmad adalah orang lama di SPR dan sudah pastilah beliau penuh dengan pengalaman, ditambah pula dengan kebijaksaan dan kelantangan beliau berhujah seperti yang pernah kita lihat sebelum ini. Sebab itu saya kata Ambiga bakal dititik habis-habisan pada hari berkenaan.

Sekarang masuk pula bab apa yang saya pertikaikan.

Yang saya pertikaikan ialah tindakan Sinar Harian menjemput Ambiga atas platformnya sebagai Pengerusi Bersih sedangkan sepertimana yang kita semua tahu ROS, sebuah agensi di bawah KDN telah mengistiharkan Bersih adalah sebuah pertubuhan haram.

Sebagai sebuah akhbar harian yang berlesen dan lesennya dikeluarkan oleh KDN bagaimana mungkin Sinar Harian boleh menjemput seorang pengerusi sebuah pertubuhan haram untuk program anjuran mereka dan bebas mengiklan nama pertubuhan haram tersebut di akhbar mereka.

Kenapa Sinar Harian tidak jemput Ambiga di atas platform lain ? Contohnya atas nama pertubuhan yang sah. Atas nama apa sekalipun Ambiga dijemput selain atas nama pertubuhan haram tersebut ianya tidak menimbulkan masalah kerana semua orang telah kenal Ambiga sekarang. Ataupun mungkin Sinar Harian boleh letak jawatan Ambiga seperti berikut, Pengerusi Pertubuhan Haram Bersih 2.0.

Jika Sinar Harian sendiri musykil apabila PM memberi kebenaran kepada Ambiga untuk menganjurkan perhimpunannya di stadium, sampai tujuh kemusykilan yang dialami Sinar Harian, apakah salah sekiranya saya musykil satu perkara sahaja ?

Saya harap kakitangan Sinar Harian yang menghubungi rakan saya jelas dengan perkara ini. Saya tidak mempertikai atau membantah penganjuran wacana tersebut, malah menyokongnya seratus sepuluh peratus. Cuma yang saya pertikaikan tentang penggunaan nama sebuah pertubuhan haram.

Saya juga nak cadangkan kepada Sinar Harian, kalau boleh selepas ini anjurkan pula siri wacana yang menemukan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dengan Mazlan Aliman. Kita nak tengok sejauh mana kehebatan Mazlan yang selama ini cuba menjadi hero kepada Felda.

16 comments:

Pak Sulung said...

Salam 1Malaysia,
Bila pulak Sinar nak jemput Chin Peng bertemu dengan Hishammuddin?

liru said...

serabut je puak2 bersih ni

amri5205 said...

Sebutkan jawatan Ambiga tu..Bekas Presiden Majlis Peguam..pejuang IFC sekali.

Anonymous said...

Ambiga tu reti cakap Melayu ke?? Buang masa je kalau nak dengar hujah2 bodoh dari dia. SPR dah siap tulis satu bukti tentang rasional penolakan setiap tuntutan BERSHIT 2.0 tu...

Kalau nak berwacana jugak, pastikan Ambiga boleh menerangkan setiap tuntutan BERSHIT dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.... kalau tidak, sebut je SHIT TO AMBIGA!!!!!

Anonymous said...

Tersilap tulis *bukti = buku

Panglima Perang Cyber said...

SAya harap sesi soal jawab akan diadakan selama yang mungkin.

Kita perlu soal sebanyak mungkin soalan kpd Ambiga.

whiteorange said...

Gua sangat setuju bro

Jemput dia atas kapasiti lain bukan pengerusi BERSHIT.

Kalau itu dilakukan,itu sama juga kita mengiktiraf BERSHIT , kita terlalu memberi ruang dan muka kepada pesalah undang undang, dan puak puak yang sewaktu dengannya.

Cari cara lain untuk capai populariti. Pihak penganjur seolah olah jahil atau tidak peka kepada sensiviti orang lain.

Pada gua, Satu sahaja layanan yang layak untuknya iaitu lucutkan gelaran Dato dan kerakyatan ...

Anonymous said...

Habis tu kenapa saudara tak pertikai kesudian Agong bertemu Ambabiga ni...Agong pun sudi nak jumpa presiden haram tu...apa masalahnya kalau akhbar sinar ajak Ambabiga tu debat ngan SPR...

Anonymous said...

Erkk, amBABIga ade bertemu dengan Agong???

http://darulehsantoday.blogspot.com/2011/07/ambiga-menipu-dia-tak-jumpa-ydp-agong.html

Anonymous said...

sama la tu bro...pi istana jugok...jumpa Agong ke SU Sulit Agong ker...perjumpaan tetap diadakan...RBF kena pertikaikan jugok

ruang bicara faisal said...

kpd anon 4.34


Agung bukannya jemput atau panggil ambiga menghadap. ambiga dan beberapa org yg yg mohon utk menghadap Agung.

Sbg seorng pemerintah Agung sedia jumpa ditambah pula keadaan yg hangat ketika itu dan utk meredakan keadaan.

dlm kes ini, sinar harian yg jemput ambiga atas platform pertubuhan haram. bukannya ambiga yg tawar diri.

lg satu kita tak blh letak sinar harian setaraf dgn Agung. Baginda adalah pemimpin tertinggi, manakala sinar sebuah syarikat perniagaan.

lg satu, betul ke ambiga menghadap agung? difahamkan dia hanya jumpa pegawai istana negara shj.

Anonymous said...

bro RBF...tidak timbul nak samakan Agong ngan Sinar atau yang sewaktu dengannya...subjek matter is...saudara mempertikaikan kenapa kita perlu layan Ambabiga @ pertubuhan haram. Pertikaian perlu balance: Istana pun sepatutnya tidak layan Ambabiga ni...(jika saya rujuk kepada pertikaian yang diketengahkan saudara). Siapa nak jumpa atau siapa yang panggil adalah isu lain.

Sama ada Ambabiga ni jumpa Agong ke jumpa pengawal jer ke...Istana telah terlibat secara langsung...kenapa saudara tak mempertikainya sekali

Kalau ikutkan posting awal saudara...tulisan saudara juga seolah-olah bulih dianggap mempertikaikan Istana instead melabelkan Sinar dan SPR iktiraf pertubuhan haram

Kita tunggu jer selasa ni. SPR sedia jawab dan Ambabiga pun mungkin ghairah nak menghentam.

Hasilnya bulih kita nilai sendiri

anaklangkawi said...

terbaik bro

Anonymous said...

aku tak heran sinar jemput ambiga atas pengerusi bersih. sbb itu sinar harian. apa nak heran sgt.

kalau m'sikini dgn jalan dia sinar dgn jalan dia. dua2 menuju jalan yg sama.

Anonymous said...

Bro, nak tanya lu. berapa banyak NGO yang tumbuh mcm cendawan kat negara ni didaftarkan? bukan diorang pun pertubuhan haram jugak ke....... kalau sebut satu2, ada yang malu kang....

Anonymous said...

amendela sinaran ni. paper kampungan betul, tak boleh terima kritikan