Tuesday, July 19, 2011

Sandiwara Khalid Gereja dan Khalid Lembu Untuk Pikat Undi Warga Shah Alam

Setelah tiga tahun Khalid Samad meminggir dan melukakan hati orang-orang islam Shah Alam kerana sibuk dengan agenda kristian bersama DAP kini dia cuba kembali untuk merawat luka tersebut.

Semasa dia dipilih menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, i City telah pun wujud.

Tetapi pada masa itu mana pergi suara Khalid Samad ?

Ketika itu dia sibuk memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kristian bersama DAP.

Kenapa tiba-tiba sekarang baru dia nak sibuk dengan i City ?

Jawapannya mudah, kerana pilihanraya sudah makin dekat dan dia nak pikat kembali undi orang-orang melayu yang dia telah lukai hati mereka termasuklah dalam isu pembinaan kuil di Seksyen 23.

Kepada penduduk-penduduk Seksyen 7 Shah Alam serta warga-warga Shah Alam yang lain , termasuklah seorang pembaca setia blog ini yang sering menghantar komen menggunakan nama Warga Shah Alam , tak usahlah anda semua nak percaya kepada Khalid Samad. Perjuangannya berhubung isu i City hanyalah lakonan semata-mata. Lebih syok lagi drama tersebut turut dilakonkan oleh Khalid Ibrahim.
Bagaimana dua Khalid itu berlakon ?

Khalid Samad buat kenyataan yang menggesa Khalid Ibrahim memperjelaskan status i City.

Katanya
“Apakah status i-City ini? Adakah ia sebagai entertainment city? Informatian city? MCS? tourism city? Ataupun international zone yang mana apa sahaja boleh berlaku di situ malah digunakan sebagai tapak untuk mengadakan program hiburan berterusan sepanjang tahun.

“Mengapa ia terus dibenarkan untuk menganjurkan program sebegitu kerana penduduk di Shah Alam, khususnya di Seksyen 7 membuat aduan demi aduan dan bantahan tetapi seolah-olah tidak ada apa-apa tindakan,”
Khalid Ibrahim pun menjawab seperti skrip yang mereka telah rancang bersama.Katanya, kerajaan negeri tiada hak menghalang sebarang penganjuran program berbentuk konsert hiburan di i-City memandangkan adalah kawasan komersial yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu.

BN juga yang jadi mangsa kerana nak melepaskan tengkok mereka.

Menurut mantan MB Selangor, jawapan Khalid Ibrahim dalam satu ayat seperti diatas telah ada dua pembohongan besar. Apa pembohongannya ? Klik sini

Cuba anda bayangkan bila Khalid Ibrahim buka mulut bercakap satu ayat sahaja sudah ada dua pembohongan, bagaimana pula kalau dia bercakap 10 ayat ?

Tidakkah itu telah ada 20 pembohongan yang dia lakukan.

Sekarang sudah tiga tahun lebih dia jadi MB, entah berapa puluh ribu ayat yang dia telah bercakap dan entah berapa banyak pembohongan yang dia lakukan. Tiap-tiap hari kerja mereka bohong, buka mulut sahaja bohong. Yang tak bohong apabila mereka buka seluar depan perempuan. Buka sahaja seluar terus tikam. Yang itu tak bohong.

Kepada Khalid Samad, tak usahlah nak bawa perjuangan palsu mu untuk penduduk Seksyen 7. Orang-orang Shah Alam masih ingat lagi bagaimana sikap kamu semasa isu kuil di Sekyen 23 dulu dan bagaimana kamu lacurkan kalimah Allah.

Bye-bye Khalid Samad dari Shah Alam PRU 13.

21 comments:

Anonymous said...

Kedua2nya berkongsi nama dan berkongsi pentas. Saekor dari PKR dan lagi saekor dari Pas. Maka sudah tentu dibawah pengarah yang samaiaitu DAP.

CIFUT said...

Pengarahan yg hebat, jgn lupa... pengarah yg sama ini (DAP) juga telah berjaya melahirkan seorang pelakon terbaek abad ini iaitu Nuar Al Juburi... ahaks!

Anonymous said...

tapi bro orang shah alam masih ada lagi yang buta dan tuli.

Anonymous said...

khalid digelar gereja kerana masuk dlm gereja jumpa paderi, najib apa pula bila masuk vartikan jumpa pope..jumpa dalam masjid kee??

Anonymous said...

kalo orang shah alam masih tidak sedar lagi, tak tahu la nak cakap. KS ni memang manusia paling ciba* pernah aku tahu..

Anonymous said...

khalid digelar gereja sbb menjual khalimah allah & mengutamakan kristian daripada islam.

Anonymous said...

khalid samad + khalid ibrahim = pembelit

Anonymous said...

anon 6:57 dah mula nak spin.

najib jumpa pope sebab nak elakkan pertembungan agama

Khalid masuk gereja sebab nak sesatkan Melayu Islam

Jauh beza tu dungu PAS PKR....

Anonymous said...

Bro....compom Khalid Samad out kat SA. Tk caya tunggu PR13. Tak tau lah kalau dia bertanding tmpt lain. Mana2 yg aku jumpa org2 SA...100% nak pangkah dia! Pangkah bagi kalah.

Anonymous said...

anon 6.57..Hang ni memang bodoh betul la..awat akai hang pendek sangat..ada lagi orang macam hang ni zaman ni..macam P.Ramlee kata ... hati yang sungguh busukkkkk..kita kena ingat sejarah portugis dan belanda ..those were the people who started it all....their game plan sangat halus...kita kena pikir dalam-dalam. Tok nenek kita mungkin tak pandai macam kita sekarang, no real time news...tapi semangat depa kuat tentang penjajah untuk kita senang lenag sekarang.....tapi kita..PLEASE to BANGSAKU jangan jadi BODOH with those you know who... permainan mereka sungguh licik...

Anonymous said...

sorry to say la..
nk bandingkan khalid samad dgn aziz shamsudin(BN) jaga parlimen shah alam,bagus lagi khalid samad ni..

biar apa pun cerita pasal khalid samad ni,dia adalah seorang MP yg sangat rajin turun padang,mcm2 program dia slalu luangkan masa..

nk banding dgn aziz shamsudin dulu??huh,mmg sgt2 teruk...mmg MP yg sangat susah utk dilihar bersama rakyat...bila ada PRU,baru kelam kabut nak muncul sana sini...

tanya la jentera UMNO/BN shah alam masa PRU12..brape kerat jer rakyat yg muncul bila ceramah jentera BN yg dihadiri aziz shamsudin...
cube RBF and the geng tanye jentera UMNO yg digerakkan UMNO caw.seksyen 23...mcm mana keadaan UMNO time tu..sangat2 teruk,ceramah hanya penuh dengan jentera parti.rakyat???x berminat langsung dgn umno..sbb apa??sbb calon yg dipilih sentiasa jauh dari rakyat..

satu jerk nasihat,UMNO berpeluang rampas balik shah alam...tp tolong la,carik calon yg kuat turun beraktiviti dgn rakyat..rajinkan berjemaah di surau mcm khalid samad dgn yaakob sapari buat sekarang ni...

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

anon 11:29

Aku setuju dengan pendapat saudara. Ramai juga dikalangan teman teman aku diSA, termasuk yang dari UMNO punya pandangan sama.

Tetapi waktu itu tsunami politik ini bukan sahaja berlaku diSA, tapi ditempat tempat lain juga. Hasutan pembangkang disertai kelemahan pucuk pimpinan UMNO/BN banyak menyumbang kearah itu. Pemimpin BN terutama UMNO ego, sombong, dan hanya jaguh dikalangan sesama mereka sahaja. UMNO sudah ibarat syarikat SDN BHD.

Sekarang terserah kepada pucuk pimpinan BN dan wakilnya untuk nak menangi hati pengundi semula. Hope they learned a lesson.

Tapi aku rasa pengundi2 SA dan pucuk pimpinan BN dah waras kot. Kelambu dah pun dibakar. Kelambu baru harus dicari.

Bro, Masakan seorang wakil rakyat hanya diukur kemampuannya dari segi kehadirannya kesurau surau dan majlis majlis sahaja? Kriteria kriteria yang lainnya bagaimana?

Anonymous said...

saya warga shah alam juga. tak semua warga shah alam sokong kepimpinan sekarang. tak semuanya buta. saya bukan ahli mana2 parti. saya cuma pemerhati. apa yg saya lihat... walau sebaik mana pun seorg itu turun msk masjid berjemaah tp jika secara dasarnya dia sendiri telah melontar lumpur kpd agamanya sendiri... saya tidak rasa org sebegini layak utk menjadi pemimpin. jgn menilai seseorg itu baik bersih hanya krn dia bergaul mesra dan sentiasa dtg ke masjid. zaman skrg tidak mustahil pembunuh, perogol pun ada ke masjid sb agama skrg ini hanya dijadikan pakaian luaran menutup pekung di dalam badan. jika bersih baik apa yg ada di dalam badan maka setiap perlakuan, tindakan dan luahan juga pasti mencerminkan dirinya yg terbaik. maaf, jika saya katakan kedua2 insan bernama khalid ini tidak mencerminkan dirinya yg sebegitu.

jika quran, agama dan bangsa sanggup dilacurkan demi kuasa politik, maka apakah lagi yg tinggal sbg intergriti diri? saya tidak akan sesekali memilih calon yg sebegini. moga UMNO/BN belajar dari kesilapan lepas dan junjunglah amanah pemimpin2 lalu. jagalah maruah bangsa, jagalah sucinya al-quran dan agama.

Anonymous said...

Pas x boleh lawan Tuan Dapig nanti x boleg masuk syurga...

Anonymous said...

LAGI KERJA GILA KERAJAAN PAS KEDAH..!!

MADRASAH PUN NAK TUKAR GANTI DENGAN KOMERSIAL..KAFIR JUGA UNTUNG!!

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bantahambiltanahwakafkhas/Article

ALOR SETAR: Pemegang amanah Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak, di sini yang berusia kira-kira 100 tahun, terkejut dengan keputusan kerajaan PAS Kedah untuk mengambil alih tapaknya bagi membangunkan semula Plaza Tunku Yaacob yang terbengkalai pembinaannya sejak 30 tahun lalu.

baca lagi..

Anonymous said...

Jangan lupa apa Khalid Samad buat kepada penduduk Seksyen 19. Pada Disember 2007 MBSA sudah arahkan kuil pindah ke Seksyen 22 tetapi dibatalkan pada April 2008 selepas PR berkuasa dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Selepas itu gangguan kuil menjadi-jadi dan ada usaha membesarkan lagi kuil itu. Aduan penduduk kepada kedua2 wakil rakyat tidak ada tindakan. Penduduk ngadu NGO Islam tetapi kedatangan NGO pada 8/1/2009 diserang Khalid Samad. Depan mata penduduk dia sokong Hindu kuil dan tuduh NGO gerombolan UMNO yang datang buat provokasi kepada kuil Hindu. Tidak ada rasa simpati kepada penduduk Islam sekitar kuil yang ketika itu berhadapan situasi sukar. Gangguan bising setiap hari, keramaian besar hingga tengah malam, penduduk diugut apabila menegur, perarakan bawa patung depan rumah penduduk Islam, rumah penduduk, tanda jalan diconteng no kumpulan gensgter 303 dan pelbagai masalah lagi. Pada 10/1/2009 sebuah artikel ditulis oleh Khalid Samad "Persoalan Kuil Sek 19 dan Tindakan Pewaris" mendapat liputan meluas media pro pembangkang sehingga ada tuduhan ia-itu UMNO hendak rampas Selangor. Selepas campur tangan NGO kuil diarah pindah ke Seksyen 23. Penduduk Islam 23 bantah kerana mereka tahu masalah penduduk Seksyen 19. Bantahan tidak dipedulikan sehinggalah berlaku protes bawa kepala lembu depan bangunan SUK. Pada September 2009 kerajaan Selangor keluarkan risalah "Memahami Isu pemindahan kuil Seksyen 19 ke Seksyen 23". Risalah ini menyalahkan penduduk Islam Seksyen 19 dan Seksyen 23 dalam kedua2 isu ini. Pemimpin PR bela kuil Hindu dan amat simpati kepada mereka. Logikkah kuil kecil yang membesar depan mata penduduk dikatakan berusia ratusan tahun?. Kenapa NGO Islam dan penduduk dipersalahkan dikatakan provokasi oleh pihak UMNO?. Sebuah film dokumentari diterbitkan bertajuk "Tauke Mancis dan Minyak Tumpah" ditayangkan di Menara PKNS pada Oktober 2010. Filem itu mengesahkan betapa ekstrimnya penduduk Islam Seksyen 23 menentang kuil Hindu. Dalam filem itu Khalid Samad banyak menyalahkan UMNO. Kata Khalid Samad masalah penduduk di Seksyen 19 akan selesai sebelum Hari Raya Haji 2010. Tetapi kenapa sehingga hari ini kuil masih ditapak itu juga? Kenapa YB Khalid Samad tidak tunaikan janji untuk selesaikan masalah penduduk dalam tempuh setahun? Penduduk masih ingat janji itu dibuat pada malam 9/8/2008 didewan Masjid Ubudiah Seksyen 19. Mana janji hendak selesaikan isu pemindahan kuil sebelum November 2010 seperti yang diberitahu dalam filem dokumentari? Kenapa masih belum ada perubahan walaupun sudah masuk pertengahan tahun 2011?. Dalam sidang DUN Selangor baru-baru ini Adun India DAP buat usul rumah Ibadat sebelum 2008 tidak boleh dirobohkan. Adakah ini termasuk kuil haram di Seksyen 19? Mereka sudah dapat tapak baru disebelah Nitto Denko jadi tapak di Seksyen 19 mesti dipindahkan. Kuil itu kecil semasa penduduk pindah 1988 tetapi dibesarkan selepas tahun 2005. Dulu kuil digunakan penduduk setinggan, tetapi selepas setinggan pindah penduduk kawasan lain yang aktifkan kuil itu. Dalam filem itu juga Khalid Samad beritahu kuil di Seksyen 19 akan dirobohkan, tapak itu akan didirikan rumah teres sebanyak 16 unit seperti dalam pelan asal Seksyen 19. Sampai bila penduduk Seksyen 19 menunggu janji itu ditunaikan oleh YB Khalid. YB Adun Puan Rodziah juga sudah berjanji kepada penduduk untuk selesaikan isu pemindahan sebelum November 2010.

mae1000 said...

Najib jumpa vatican tu ada bagusnya sebab Vatican tak guna nama Allah dalam bible mereka. Dengan adanya saluran resmi, Najib boleh minta tolong Vatican supaya betulkan aqidah orang kristian Malaysia supaya jangan guna nama Allah kerana Allah tak termaktub dalam agama Kristian. Hanya Kristian Malaysia/Indon yang memandai-mandai guna nama Allah sedangkan kristian asal (Barat) tak pun guna.

Anonymous said...

kriteria MP bagi aku perlu la berubah dengan gaya UMNO yg terdahulu...

aku pernah berada dalam jentera UMNO..so,mmg benar2 mengecewakan..

kalau terasa susah benar untuk berdamping dengan rakyat,kenapa terima diri tu jadi calon??

bagi aku satu la...kalo anda sebagai anak,lihat ayah anda rajin ke surau,dan rajin berjemaah bersama kariah...apa yg anda rasa??sejuk hatikan???mcm tu la bila kita lihat pemimpin kita...xkan la bila kite tgk org rajin berjemaah bersama kariah,hati kita jadik semakin panas??kalo jadi mcm tu,mmg ada yg somethin wrong...

x kisah la UMNO or PKR or Pas..bagi aku pemimpin kene rajin meluangkan masa brsama rakyat...BUKAN HANYA BILA TIBA HARI BERKEMPEN...time tu la baru sibuk nk ketuk pintu rakyat...what a shame

-Warga Shah Alam

Anonymous said...

MACAM BUDAK KECIK..SIKIT-SIKIT SALAHKAN ORANG LAIN BILA TAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH

nonbal said...

Untuk warga shah alam (anon10:17), sifat seorang pemimpin bukan hanya mau dilihat sentiasa berdamping dan melengkaq dgn rakyat je. Kalau mcm tu, serupalah dgn pemimpin pas kat kedah nun. Memang mereka pandai mengambil hati rakyat dan sentiasa bersama rakyat. Tapi bila kena berurusan dgn outsiders mereka tiada kualiti langsung. contoh mcm orang kampung yang x pernah tahu ekonomi, tapi bila kena suruh berurusan dgn jepun, korea yang rata-2 bijak ekonomi, apa jadi? gelabah bewak dan akhirnya kena jual. Kalau mereka yang kena jual x pe, ini urusan negeri yang merugikan kita. semata-2 nak wakil yg pandai ambil hati, itulah jadinya.

Anonymous said...

nonbal:

aku bercakap dalam konteks parlimen aku...
mmg perbezaan ketara antara MP BN dulu dengan MP Pas skang...

satu kebaikan PR menang di selangor adalah,BN mula bukak mata..betapa keperluan utk selalu turun rapat dgn rakyat adalah perkara yg amat penting...

dekat situ baru boleh selami masalah rakyat...

xde sape kat sini yg puji MP shah alam dulu..mmg terbukti beliau jauh dari rakyat...

dr segi pengurusan,selangor aku jadikan contoh...
x sampai 3 bulan PR perintah,ramai yg kata selangor akan muflis..
tp bila tgk keadaan semasa,dah lebih 3 tahun..sampaikan penang dan selangor dapat anugerah pentadbiran transparent oleh jabatan audit negara...so?jgn la perkecilakn negeri bawah PR...

mcm UMNO S.alam under estimate kemampuan PR masa PRU12 dulu...

undi belum lagi,tp dah sibuk2 celebrate karaoke ramai2 masa malam mengundi tu...
esoknya semua terdiam...

-Warga Shah Alam-