Sunday, July 24, 2011

Semuanya Berpunca Dari Rasuah dan Penyelewengan DAP

Barua inilah dalang utama kepada kematian TBH
Apa pun kandungan dan rumusan laporan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock (TBH) yang diumumkan kelmarin, semua pihak perlu berlapang dada.

Berdasarkan laporan tersebut, TBH tidak dibunuh sebagaimana yang digembar-gemburkan secara luar biasa oleh pembangkang sejak Julai 2009.

Malah ia dimanipulasi menjadi bahan sentimen perkauman yang keterlaluan. Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya. Persoalan sebenar iaitu gejala rasuah yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tenggelam.

Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar. Inilah kejayaan DAP selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dalam kes tersebut. Jika diamati laporan tersebut, boleh dirumuskan wujud amalan kronisme, penyelewengan dan manipulasi melibatkan kewangan.

Awang setuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa DAP yang sepatutnya memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.

Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sewajarnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerajaan, SPRM dan keluarga TBH. Awang berharap tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik.

Kepada SPRM, usahlah goyah jika ada kandungan laporan suruhanjaya berkenaan yang tidak disenangi dan tidak menggambarkan realiti sebenar. Awang boleh faham, proses soal siasat bukanlah sesuatu yang mudah. Di kebanyakan negara termasuk di Barat, soal siasat suspek atau saksi kes rasuah juga sentiasa terdedah kepada kritikan.

Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. Satu dua insiden bukan cerminan kepada kelemahan atau kegagalan suruhanjaya itu. Awang berharap moral para pegawai dan petugas SPRM tidak akan terjejas. Langkah SPRM menggantung tugas operasi terhadap tiga pegawai yang dikatakan melakukan soal siasat agresif, membuktikan suruhanjaya itu bersikap terbuka.

Namun mereka juga perlu diberi keadilan. Apa pun, peranan mulia yang para pegawai SPRM laksanakan mesti diteruskan dengan penuh yakin, tabah dan profesional.

Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir. Halangan utama adalah daripada golongan korup minda yang mempolitikkan kes rasuah sebagaimana dilakukan pemimpin DAP. Pemikiran yang korup itulah yang akhirnya menjadikan SPRM sebagai kambing hitam dan mangsa politik.

Awang Selamat

Awang Selamat, DAP bukan sepatutnya lagi memikul tanggungjawab kematian TBH, tetapi DAP yang perlu dipertanggungjawabkan. Kerana merekalah TBH disoal siasat oleh SPRM.
Selepas ini kalau SPRM nak cari pegawai penyiasat sila cari mereka-mereka yang berpewatakan seperti adik angkat Anwar Ibrahim, iaitu Sukma Darmawan.

Tengah soal siasat, berhenti kejap, tonggeng punggung dulu. Kemudian sambung balik soal siasat , confirm SPRM akan dapat segala maklumat. Lebih-lebih lagi orang yang di soal siasat itu Anwar Ibrahim.

7 comments:

Anonymous said...

Tengah soal siasat, berhenti kejap, tonggeng punggung dulu. Kemudian sambung balik soal siasat , confirm SPRM akan dapat segala maklumat. Lebih-lebih lagi orang yang di soal siasat itu Anwar Ibrahim.

kalo pompuan tengah soal-siasat berhenti jap makan aiskrim hisap, sedup wakakakakakakak

Anonymous said...

just wonder how much of people's money was spent to pay for the RCI to investigate teoh's death. The real issue in teoh's death is the alleged corruption of his boss. what happens to that case btw? one more thing, what happens to the young man who was reported in comma after an accident with the opposition's state assemblyman sometime last year?

asawaku@yahoo.com said...

salam rbf, ada dapat tak email

Anonymous said...

PEMIMPIN DAP KAU JANGAN IANGAT KAU TERLALU BERSIH HINGGAKAN KOTORAN YANG KAU BUAT KAU SALAHKAN ORANG LAIN.APAKAH KAU TAK PUNYA NAFSU UNTUK MENJADI KAYA RAYA,BERPOYA-POYA,PERGI KERUMAH-RUMAH URUT ,MABUK,BERJUDI,MEMGUMPUL KEKAYAN TANAH DAN WANG RINGGIT,ADA PEREMPUAN SIMPANAN, TAMAK HALOBA TU MEMANG BERSARANG DALAM TUBUH BADAN KAU ORANG DARI DATUK NENEK KAU.ORANG PAS BOLEH KAU PERDAYAKAN DENGAN MEMBACAKAN SEBARIS DUA AYAT AL QURAN ATAU HADITH.

Anonymous said...

Jadi allahyarham Sarbbani pun meninggal dunia kerana bunuh diri?

Kes rasuah jugak ke dan nak menyelamatkan bos dia jugak ke?

Kalau betul-betul ada kes rasuah berlaku, mengapa kes perlu dihentikan? Tak ada lain saksi-saksi ke?

Mengapa?

Anonymous said...

Jadi allahyarham Sarbbani pun meninggal dunia kerana bunuh diri?

Kes rasuah jugak ke dan nak menyelamatkan bos dia jugak ke?

Kalau betul-betul ada kes rasuah berlaku, mengapa kes perlu dihentikan? Tak ada lain saksi-saksi ke?

Mengapa?

July 24, 2011 10:01 PM

dah mati macamana nak jawab .... hehehe

nonbal said...

Bagus soalan anon 10:01, begitulah bakat yang perlu ada jika nak jadi pemutar alam yang bertaraf dunia spt Anwar. Jangan hirau jika kita terjebak sebagai talibarut DAPig, asalkan kerajaan dpt disalahkan dan dpt kita tegakkan kote yang basah.
ini soalan balas, bila yang sharbani di tuduh bunuh diri?
satu soalan ini pun dah dapat menangkis soalan dari otak selut hang tuh.