Tuesday, July 19, 2011

Sinar Harian dan SPR Iktiraf Pertubuhan Haram ?

Maaf cakap, soalan seperti tajuk di atas ditanya agar kemusykilan yang saya hadapi dapat dijawab oleh mana-mana pihak. Saya hanya menghadapi satu kemusykilan sahaja, tidaklah sampai tujuh sepertimana sindrom kemusykilan yang dialami oleh Ketua Pengarang Sinar Harian awal bulan ini.

Tindakan yang diambil Sinar Harian menganjurkan sesi-sesi wacana sejak kebelakangan ini adalah satu tindakan yang baik dan wajar dipuji. Sesi-sesi tersebut sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai atau penyokong-penyokong parti politik.

Bagaimanapun untuk sesi wacana yang bakal diadakan pada 26.Julai.2011 terdapat satu kemusykilan.
Sesi wacana itu melibatkan Wan Ahmad Wan Omar, S.Ambiga dan Professor Datuk Dr Shamsul.

Kemusykilan yang timbul di sini adalah berkenaan dengan S.Ambiga. Dia dijemput ke wacana tersebut sepertimana iklan yang disiarkan Sinar Harian atas platformnya sebagai Pengerusi Bersih 2.0 .
Sepertimana yang kita tahu, KDN telah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Jadi, bagaimana mungkin Sinar Harian selaku sebuah akhbar yang diberi permit oleh KDN boleh mengiktiraf seorang pengerusi pertubuhan haram dengan menjemputnya atas platform pertubuhan haram tersebut ?

Semasa kekalutan isu permit perhimpunan haram tempohari, pihak polis sendiri telah menunjukkan ketegasan mereka dalam hal ini apabila menyatakan mereka tidak boleh meluluskan sebarang permit perhimpunan atas nama bersih kerana mereka sebuah pertubuhan haram. Polis minta mereka mohon permit atas nama pertubuhan lain yang diiktiraf oleh kerajaan.

Jemput Ambiga untuk sesi wacana tidak menjadi masalah, tetapi dia tidak boleh dijemput atas kedudukannya sebagai pengerusi pertubuhan haram. Gunakanlah platformnya atas kedudukannya yang lain atau mana-mana pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Dalam hal ini KDN perlu bertegas terhadap Sinar Harian kerana menyokong sebuah pertubuhan haram.

Dalam hal ini pihak SPR tidak perlu untuk pergi berdepan dengan Ambiga selagi dia berada di atas platform pertubuhan haram tersebut. Sekiranya SPR melayan mereka maknanya SPR juga mengiktirafkan sebuah pertubuhan haram. Lainlah sekiranya Ambiga berada di atas platform lain atau pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan.

21 comments:

Anonymous said...

betul kata u.saya pun hairan bagaimana perkara ini boleh terjadi & yg lebih menghairankan spr menerima tawaran utk berdebat dgn pertubuhan haram.kdn perlu tegas

-jimmy-

ANAK BUKIT HIJAU said...

Salam.

Kalau penting sangat untuk Datuk ini hadir bagi menjaya program pun, janganlah sampai kerajaan secara diam-diam ingin menghalalkan pertubuhan "derhaka" ini yang diketahui dunia sebuah pertubuhan haram.

Jemputlah dia atas nama apa-apalah yang halal disisi undang-undang.

Kalau tidak dia dan gerombolannya tentu berasa besar dan keras kepala.

Anonymous said...

betul...betul....betul....
betul...betul....betul....
betul...betul....betul....
betul...betul....betul....
betul...betul....betul....
betul...betul....betul....
betul...betul....betul....
betul...betul....betul....

TAIK KAMBING BERKETUL-KETUL
SINAR NI KAN KER KAMBING AKU TAK PERNAH BACA PUN AKBAR SINAR KAMBING NIE ...wakakakakkakakakak

Anonymous said...

sinar harian adalah drpd karangkraf..........karangkraf banyak mengaji ngan wahhabi ...termasuk asri zainal abidin....

Anonymous said...

konon2 goh r tuan blog ni..mempropagandakan isu

orang hok kecik care ngat, hok besor xmoh care..

dohlah kantoi doh, slow2 bleh bla r bro

eXception said...

Biasalah tu, Sinar Harian skrg pun lbh byk berbaur Suara Keadilan dan Harakah... Sebelum PR 'menjajah' Selangor, Suara Keadilan kelihatan NEUTRAL, tak banyak cerita pasal politiking... Banyak cerita hal ehwal dlm dan luar negara... Tapi la ni, sudah berubah nada... Maklumlah... Karangkraf di dalam negeri Selangor... Kena la ikut ckp bos, Khalid Ga.. Ga... Ga... Gaa... Gapppp....

wakdanial said...

sinar harian dah jadi suara rasmi pembangkang.......kena bayar lebih rasanye......

Anonymous said...

Sinar harian nak cari untung lebih jualan surat khabar...

Sinar harian,HaraMkah,Suara Keldaian mmg sesuai tuk pembaca Pas dan Pkr yg suka berita yg tak kualiti dan berita bohong...

Anonymous said...

Kedudukan SPR jauh lebih tinggi dari BERSIH dan Ambiga sendiri. Lagi pun KDN telah mengesahkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram. Justeru SPR tidak perlu sama sekali berada satu pentas dengan Ambiga. Jangan jatuhkan martabat SPR. Lebih baik SPR memberi lebih banyak penerangan kepada rakyat akar umbi peranan sebenar SPR supaya rakyat memahami dan tidak mudah diperdaya oleh anasir2 jahat yang sentiasa mencari kesempatan untuk merosakan fikiran rakyat demi mencapai cita2 peribadi mereka.

Anonymous said...

Kedudukan SPR jauh lebih tinggi dari BERSIH dan Ambiga sendiri. Lagi pun KDN telah mengesahkan bahawa BERSIH adalah pertubuhan haram. Justeru SPR tidak perlu sama sekali berada satu pentas dengan Ambiga. Jangan jatuhkan martabat SPR. Lebih baik SPR memberi lebih banyak penerangan kepada rakyat akar umbi peranan sebenar SPR supaya rakyat memahami dan tidak mudah diperdaya oleh anasir2 jahat yang sentiasa mencari kesempatan untuk merosakan fikiran rakyat demi mencapai cita2 peribadi mereka.

Anonymous said...

aku sokong ko rbf. sedangkan pakai baju bersih pun dikira salah. inikan jemput betina ambiga atas label pengerusi bersih 2.0. mmg betul2 kurang ajar.. spr patut tolak. jgn dilayan sgt akbar bias yg kononnya telus tu.

Anonymous said...

apa dah jadi ngan patriot??
moral pemuda jatuh teruk disebabkan patriot...

video ahli patriot menyorok belakang fru masa kene sembur air oleh FRU benar2 memalukan patriot...

patriot terus senyap hingga ke hari ini....

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Kes sinar Harian adalah antara kes kes kecil yang perlu perhatian penuh oleh kerajaan, misalnya, kes amBABIga melanggar perintah YDP, kes Anwar dan konco konconya melanggar arahan polis untuk tidak masuk KL pada waktu yang telah diberitahu, kes NizarKomunuis pakai baju bersih sewaktu upacara pengkebumian jenazah DLL, kes penipuan kematian, kes kena tangkap makan free, ini semua menyumbang kepada kegelisahan rakyat terhadap kemampuan kerajaan mentadbir negara, ini belum lagi kes kes yang melibatkan integriti pemimpin pemimpin UMNO BN, spt Saifuldin Abdullah dan Hishamudin.

Aku harap kes kes seperti ini semua tidak akan dijadikan alasan oleh rakyat untuk menolak BN.

AKU SELALU TERINGINKAN KERAJAAN SETEGAS KERAJAAN LGE DI PP, WALAUPUN PENYOKONG , TETAP KENA. TAPI KITA TIDAK PERLU KERAJAAN SEZALIM ITU.

Anonymous said...

Entry ini menghina YDPA. Kenyataan anda menganggap penerimaan Sinar terhadap BERSIH adalah Haram seolah-olah YDPA menerima mengadap jugak salah. Penghinaan dan pengkhianatan terhadap Raja-Raja Melayu.

Anonymous said...

Blogger je yang betul.... golongan maksum!

Anonymous said...

aku tgk wacana melalui Sinar Harian ni secara tak langsung memberi kredit kepada kerajaan dan SPR itu sendiri... Ini menunjukkan SPR bukan saja pernah berunding dengan Bersih seperti yg SPR kata pernah jumpa/berbincang dgn ahli Bersih, malah SPR berani utk bersemuka secara terbuka... Dalam hal ni aku tgk SPR adalah betul dan melalui wacana ini menunjukkan SPR bukan menutup pintu rundingan seperti yg dikatakan golongan tertentu...

Untuk tu, syabas buat SPR dan Sinar harian yg secara tak langsung menunjukkan SPR dan kerajaan bukan sahaja pernah melakukan rundingan itu, malah sanggup berhadapan secara terbuka...

Bukan Sinar saja panggil Ambiga, malah sebelum ni pun byk pihak kerajaan termasuk YDPA panggil Agung. Kalau title pengerusi dipersoalkan, cuba belek paper arus perdana lain, semuanya letak title Pengerusi pada ambiga... so pasal dia haram, satu Malaysia tahu... takde kene mengena dgn title atau sokong dia kalo dipanggil dlm satu majlis...

Anonymous said...

yang lebih penting sekarang bukan siapa mengiktiraf siapa, tetapi penjelasan SPR tentang isu dibangkitkan Bersih.. jgn fokus kepada benda remeh sampai lupakan benda yang lebih penting. ISU UTAMA ADALAH TUNTUTAN BERSIH DAN PENJELASAN SPR. Blogger pro-gov yng narrow-minded mcm ni yg bnyk memusnahkan kerajaan sbnrnye, buat org jelek. Anda tidak membantu kerajaan, sebaliknya menjadi liabiliti.

Anonymous said...

sokong anon 7:42 PM

Orang mcm RBF ni yang menyebabkan BN rosak. sokong bawak rebah!

Anonymous said...

Perhimpunan 9 Julai telah diistiharkan haram, melainkan jika ia dibuat di Stadium. Tetapi Bersih sebagai sebuah pertubuhan NGO adalah sah, malah SPR mengikitiraf status nya.

anaklangkawi said...

Sinar ni menangguk di air keruh.. yg penting sale tinggi.. hehehe

Anonymous said...

Sebenarnya saya talah lama ketahui Sinar Harian lebih kepada PR..Ini adalah kerana ramai kenalan saya pernah menjadi wartawan di Sinar Harian serta memaklumkan bahawa Sinar Harian setiap berita yang disampaikan lebih memihak kepada PR