Monday, August 22, 2011

Ali Setan Putus Wayar



Bercakap sejam lebih sampai berbuih mulut kata orang melayu bodoh kerana taat kepada orang asing tetapi tidak taat kepada Allah.

Kalau dia kata melayu bodoh, dia pula bodoh nak mampus.

Dia sendiri 'mengajar agama' guna komputer buatan Amerika letak depan mata.

Itu tandanya dia sendiri pun taat kepada orang asing.

Kalau dia taat kepada Allah , dia akan letak Quran depan matanya.

35 comments:

MMR said...

RBF,
Ya betol tu.......dia balik mai malaysia dgn apa......upeh pinang kot....tak pun naik unta dari syria...cermin mata yg dia pakai tu dia buat sendiri kot....kerusi roda yg dia duduk tu bini dia reka kot.....apa punya turrrr

Anonymous said...

ustaz azmil... kalau semua belajar agama tolak ilmu lain, sapa nak jadi doktor? pakar ekonomi? apa punya pemikiran laa.. ilmu Allah tu luas la ustaz... tak semestinya blaja agama tak boleh blaja ilmu lain...

ruang bicara faisal said...

artis2 malaysia yg bertaubat ni semuanya cap ayam.

muallaf 1000 kali lbh baik.

Anonymous said...

dalam apple tu ada arahan dari USA kot, ni geng berani mati bom diri sendiri kot.

Anonymous said...

aku tengok dia ni macam dah tak berdaya dah

Anonymous said...

Macam mana tuan boleh bertahan hingga 1 jam dengar dia bercakap? "Ceramah" macam ini pun orang melayu nak dengar. Patutla orang kata melayu bodoh.

Anonymous said...

rupanya doktor dan ilmu sains tu bukan ilmu Allah..dah sah merapulah pelakon ni

Anonymous said...

Kepala hotak dia lah..sekolah kepala bapak dia berjambul mane ajar Allah sama dgn kepala lembu..sah2 tarbiyah parti biul PAS..

Anonymous said...

BILA SETAN (SHAITAN) BERTAZKIRAH....

Anonymous said...

ni bru btl ali setan..
mmg btl2 ali setan la..
kan dah jd btul2 setan..

WB16250 said...

SUBHANALLAH...DUNIA AKHIR ZAMAN...SEORANG YG KONONNYA BERILMU AGAMA MENYAMPAIKAN PERKARA2 YG BAIK DENGAN BAHASA2 KESAT DAN MENGHINA SESAMA ISLAM...SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN JALAN YG LURUS DAN DIREDHAI OLEHNYA..

asrulkamarudin said...

apesal mukadimah dia mcm gud2 jek...riak semcm jek...org yg belajar ilmu lain tu dosa ke? ape ni? pemikiran ape ni?

anak kel said...

aku rasa dia ni dah riak takabur.memang sudah putus wayar. kalau tak belajar doktor sapa nak operation jatung dia. alfadil ustaz bob lokman nak operation belom apa dah mampus. taubat lah ustaz ali setan oii. nanti betul jadi setan.

ali baba said...

faisal,

azmil ni marah pada dirinya sendiri. dia x dapat hidup dengan aman di mesir sebab mesir tidak memberikan peluang kebahagiaan kepadanya dan keluarganya melalui peluang ekonomi yang baik seperti di malaysia.. dia balik ke tanah air menghina negara dan sistem yang berlaku adil bersama rezeki yang mencurah curah padanya.

suruh dia balik semula ke mesir yang kononnya lebih islam dari malaysia. dia ni sudah gila isim.

Anonymous said...

lepas ni baru dia tau langit tinggi rendah..kene belajar lagi dari tok guru yang bertauliah la en azmil oii...bukan main ikut ilmu akal je...

Anonymous said...

well said bro.. err aku gune ayat inggeris ni xpe kan Ali Setan.. hehehe

Anonymous said...

kasian deh lo ....x lama masuk sepital lagi lah tu......[rbs]

Anonymous said...

doctor tu bukan ilmu Allah ke? dah tu ak ni belajar sia2 jela...amenda ;aa ko ni??? ko sakit nak bedah jantung ko semua sapa yg responsible??? doctor jugak...adooyyy...rosak siot

Anonymous said...

Salam,

Ustaz Azmil cuma manusia biasa. Memang lumrah syarahannya ada yang boleh diterima dan ada yg boleh dibincangkan lagi. Namun saya x nampak beliau menghina Yang Dipertuan Agong, cuma maksudnya kalau Yang Dipertuan Agong kita akur dgn segala protokol, apatah lagi Allah lebih patut kita ikut segala protokol dlm Quran dan Hadis. Namun x salah sebagai rakyat kita akur dgn perintah Agong selaku pemerintah tertinggi asalkan tidak menyalahi Quran dan Sunnah. Cuma bagi sesetengah orang, syarahan Ustaz Azmil agak kasar bahasanya, jadi ambil yang baik dan yang rasa kurang manis tu kita KIV. Mcm di BTN, penceramah akan memainkan isu sentimen perkauman untuk membangkitkan semangat orang Melayu Islam agar bersaing dgn bangsa lain. Begitu jugalah dgn Ustaz Azmil, kalau dia bercakap di khalayak masyarakat majmuk, rasanya dia akan faham untuk menjaga hati semua pihak.

Anonymous said...

Salam,

Memang ilmu kedoktoran, engineer itu penting, cuma yang Ustaz Azmil maksudkan ialah ada sesetengah orang mengganggap ilmu agama itu tidak penting sepertimana ilmu ini. Jadi yg lahir doktor yang pentingkan duit berbanding kemanusiaan, engineer yang rasuah dan lain-lain. Kalau doktor atau engineer yang berjiwa Islam, alangkah bagusnya. Ilmu agama fardhu ain, ilmu dunia fardhu kifayah, dua2 ilmu umat Islam kena kuasai. Cuma dari segi politik, saya rasa tidak salah PM berjumpa dgn Pope jika berniat utk tunjukkan toleransi umat Islam. Bagaimanapun, sebagai umat Islam, berusahalah cari ruang utk melaksanakan suruhan Quran dan Hadis sekadar termampu utk mentadbir negara rakyat berbilang agama dan bangsa.

Anonymous said...

Salam, Berilah peluang kpd Ustaz Azmil, kalau caranya berceramah tidak berhikmah, bolehlah tegur mana yang patut. Sedangkan 'Namawee' kita masih bertolak ansur dgnnya, dpt buat filem lagi, bertemu dgn Menteri di Parlimen, inikan pula sesama kita Melayu Islam. Jgn suka ambil tindakan, nanti akan timbul pemberontakan disebabkan rasa tertekan dan rasa dizalimi.Mcm kes Anwar, orang Melayu sanggup berada dijalanan krn pendapatnya Anwar dizalim. Yang baiknya ajaklah dan bawa berbincang, PM boleh beramah mesra dgn Tuan Guru Nik Aziz, boleh berjumpa dgn Pope, itu kira bijaklah sebagai pemimpin.

Anonymous said...

Kalau tak dak komputer di depan tu, saya percaya dia akan tergagap-gagap seperti mana semasa dia menjadi pengacara di sebuah stesen TV tempatan beberapa tahun yang lalu.

warga sebelum merdeka

Anonymous said...

Semua ilmu adalah datang nya dari Allah, bukan ilmu agama sahaja, matematik, sains, elektronik dan lain lain. Kalau tidak masakan Azmil boleh guna komputer yang begitu canggih hasil daripada perkembangan elektronik.

Anonymous said...

5:45 pm

Bukan semua melayu bodoh. Melayu yang mendengar ceramahnya dalam masjid tu yang "MELAYU BODOH".

Tambah tambah lagi yang "Takbitrrrrr".

Anonymous said...

diam lebih baik dr bercakap...

Anonymous said...

Semua ni juak Pas punya pasal,..melayu bodoh sbb ada melayu isle Pas yg bangang....

Pemimpin Pas ttg crita islam dashyat tapi kaki KHALWAT,pembohong,fitnah...

TakeBEERRR!!!

Anonymous said...

Pada saya En. Azmil Mustafa bukan penceramah agama, juga bukan penceramah politik tetapi lebih mirip kepada ceraman perkauman.

Tapi ok juga sesekali kita dikejutkan dengan kata-kata yang agak keras kerana selama ini kita sangat berlembut dengan - dengan izin "orang kafir " cuma menyampaiannya sedikit keterlaluan.

Jika penyokong pas anggap ceramah oleh En Azmil akan menambahkan ' plitical milage ' untuk mereka. Mereka salah. Ini adalah siri ceramah untuk orang melayu.

Anonymous said...

Ustaz Azmil pun manusia biasa juga tidak terkecuali dari salah dan silap.Saya tidak bersetuju banyak perkara Ustaz Azmil sentuh bagi saya Ustaz Azmil bukan mahir semua perkara.Satu perkara lagi jangan terperangkap dengan emosi sewaktu berceramah.Saya pun tersinggung tetepi saya maafkan.

Anonymous said...

Saya mendengar apa yg Azmil sampaikan. Di awal2 tu mmg saya rasa mcm nak off jer, tapi saya sabarkan jugak mendengar sehingga habis. Pendapat saya, ada yg dikatakan oleh Azmil tu masih boleh dicerna dek akal. jika kita mendengar dengan fikiran terbuka, saya kira kita boleh filter; ambil apa yang boleh diterima dan tolak yang sebaliknya. Pandangan peribadi saya, Azmil seorang yang kasihkan bangsa, agama dan negara, tetapi kecewa dengan keadaan negara kita sekarang. the truth hurts.
-zas

aloya said...

GAP, kalau ko nak tau. Anak pompuan Si Setan ni junior aku masa kt UiTM Shah Alam tahun 2004 dulu. Anak dia pun huha huha jugak, ambil course Mass Comm plak tu. Apakah dia nak cakap anak dia bodoh jugak???

tokgaru said...

Ustaz Melayu Kantoi.

Orang panggil Azmil Mustafa ustaz. Aku kenal dia kerana dia berlakun jadi Ali Setan dengan Ogi Ahmad Daud.

Bila pula dia pi mengaji islam sampi dapat ijazah untuk di panggil ustaz. Kalau tak pi mengaji pun boleh pakai "ustaz", aku pun nak pakai "ustaz" jugalah.

Bab hukum hakam islam, aku tahu sikit2 sebab aku jadi islam sejak dalam perut ibu lagi. Bab hadis dan quran, eleh tajuk apa nak cakap maka korek lah hadis dan ayat berkenaan tajuk itu.

Senang kan jadi "ustaz" setakat nak bersyarah saja. Yang susah jadi "ustaz" untuk nak tarik orang bukan islam masuk islam. Yang ni lah yang ramai para ustaz melayu kita kantoi.

Bila lah agaknya cina2 dan india2 di luar sana akan ke mesjid bersama2 kita orang melayu untuk solat jumaat, solat raya dan solat tarawikh. Hendaknya satu hari nanti LKS, LGE dan KS teringin nak masuk islam.

Anonymous said...

Salam,

Bersyukurlah orang spt Azmil tidak berterusan dlm kehidupan yang melalaikan. Dia telah berusaha utk memperbaiki diri dan sudah tentu masih ada kelemahan.
Berkenaan ilmu Allah dgn Ilmu kafir, saya berpendapat Azmil faham maksudnya. Ini kerana dia masih guna Laptop jenama Apple walaupun teknologi ini direka oleh orang Kafir. Maksud yang hendak Azmil sampaikan ialah perbezaan fahaman di antara org Kafir dgn org Islam. Cth. Orang kafir kata "manusia berasal dari beruk' org Islam kata' Manusia berasal dari Nabi Adam", org kafir merekacipta bahan2 elektronik yang digunakan dlm teknologi komputer, tetapi org Islam faham Allah menciptakan manusia termasuk org kafir dan Allah jua pencipta bahan2 yg diambil dari perut bumi dan lautan utk dijadikan bahan2 elektronik dan bahan mineral. Sengaja Allah nk manusia berusaha memikirkan kejadian alam utk kegunaan manusia dan menjiwai kebesaran Allah SWT. Makanya tk bermakna kita beli laptop Apple kita kena sujud kpd org Kafir, tetapi sujud pd Allah yg menciptakan manusia, alam termasuklah bahan2 yg diproses sehingga terhasilnya sebuah komputer.

Anonymous said...

Alhamdulillah, ceramahnya menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak.

Yang jelas pengisian dari saudara Azmil boleh di terima pakai berdasarkan komen-komen ini kerana :

1. Ada yang mengatakan orang yang duduk mendengar ceramah dan mengucapkan takbir itu bodoh sedangkan dalil yang ada dah jelas tentang kebaikan perkara sedemikian.

2. Ada yang mengomen tentang beliau tinggal di Mesir. Sedangkan sebenarnya beliau di Syria, menunjukkan ramai nak mengomen tanpa mengkaji fakta dahulu.

Yang jelas, saudara Azmil adalah manusia jua dan ada pentafsiran pemikirannya yang boleh dan tidak boleh saya terima. Namun, pentafsirannya dibuat berdasarkan Quran, yang sememangnya patutu menjadi al-Huda, petunjuk bagi kehidupan kita.

Anonymous said...

Ustaz senang kelentong sebab one way traffic!

Apa kata, soal agama ini dalam bentuk soalan,

Tapi bukan macam soalan bodoh yang diterima Ustaz Azhar ..........

hamdan said...

salam.

kecik2 suruh belajaq sibuk berlakon
dah tu baru teraba2 nak cari ilmu akhirat...
minta sana sini....dah tak terdaya...balik maki orang melayu...

No wonder .....guan eng taraf khalifah..