Wednesday, August 10, 2011

Buta-Buta Haji Hadi Diperleceh Oleh Pemuda Pas

Haji Hadi kata Pas tidak akan membuat pendirian sehingga mereka berjumpa dengan JAIS dan gereja. Katanya itu untuk keadilan.

Dalam kes Saiful tak mahu pula dia jumpa Saiful. Dengar cerita Anwar Pas terus saja jatuh hukum itu fitnah.

Dalam kes video seks Anwar tak mahu pula dia jumpa Datuk Eskay. Dengar cerita Anwar dia kata video tak boleh jadi bukti kerana ianya besi.

Hasan Ali selaku wakil Pas dalam kerajaan Selangor pun Pas tak percaya sehingga terpaksa aturkan perjumpaan dengan gereja untuk dapatkan penjelasan dan nyatakan pendirian.

Manakala Pemuda Pas pula bersikap berlainan semalam. Mereka tak perlu jumpa JAIS atau jumpa pihak gereja. Selesai jumpa Hassan Ali sahaja mereka terus umumkan pendirian menyokong Hasan Ali dan JAIS. Malah turut menggesa pihak -pihak lain turut sama menyokongnya. Tak perlu mereka nak jumpa paderi atau gereja.

Petikan di bawah dari malaysia insider, bukan Utusan Malaysia ya.

Ulang sekali lagi, dari malaysia insider. Kalau dari Utusan nantikan mereka kata kenyataannya telah diputar belit.
Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang tadi.

Jelas beliau, Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya dengan berlandaskan kepada prinsip dan tanggungjawab agensi penguatkuasaan itu untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Nasrudin, dalam pertemuan kira-kira sejam itu Hasan juga memberitahu Jais mempunyai bukti kukuh untuk mengambil tindakan ke atas gereja itu.

“Beliau (Hasan) menyebut Jais ada asas yang kukuh untuk memeriksa gereja dan (mempunyai) bukti kukuh untuk (mengambil) tindakan itu,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak agar menyokong tindakan itu Jais agar tidak timbul sebarang keraguan.

Apa cerita Hj Hadi ?

Esok lusa dia bagi jawapan...

1) Perselisihan pendapat perkara biasa dan ianya sesuatu yang bagus.

2) Media telah mesensasikan keadaan dan memutar belit kenyataan. Malaysia insider tu beb..... nak kata gitu juga ke ?

3) Ini semua kerja Umno.

Selebihnya sila tambah di ruangan komen.....


24 comments:

sandokan said...

Hanyir nya mulut Hadi Awang dibulan puasa ni!

MMR said...

RBF,
Saya tambah sepinggan;
Blogger UMNO cuba memecah belah kesepak katan parti kunyit hangit. depa dah hidup tunduk aman kat DAPig tapi Blogger UMNO dengki....hehehe......hidup BERS**T

Anonymous said...

Hadi:Saya rasa tantawi masih muda dan otak bercelaru dan kenyataan tantawi bukan pendirian PAS. Kenyataan tantawi itu adalah BESI.

Anonymous said...

Gedebe Gemuk Sekor ni elok letak je jawatan sebagaio Presiden Parti Islam. Kalau Khalifah Omar Al-Khattab masih hidup, pemimpin macam ni pasti akan dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya kerana melacurkan agama demi harta dunia dan ingin jadi pemimpin. I shame with u Budak Hadi.

Anonymous said...

ini cuma semangat buih pepsi cola!!

Anonymous said...

itu cuma pendapat peribadi beliau, tiada kena-mengena dengan parti - hadi

Anonymous said...

nasrudin akan matang

PASPISPUS said...

Haji Hadi sebenarnya bingung kerana diasak oleh Khalid Gereja bertubi-tubi sampai pening-pening lalat.
Gereja pula dah cakap, mereka takkan menghadap PAS.
Makin pening Haji Hadi..

PASPISPUS said...

Haji Hadi akan kata, itu bukan pendirian rasmi PAS. Itu pendirian budak semangat Pepsi Cola..

Anonymous said...

Sebenarnya ini kenyataan untuk menutup telor2 pemimpin pas yang tersepit..untuk menipu lobai2 hampas menandakan pas bukan lah balaci sperti dinyatakan oleh blogger2 penyokong kerajaan.
Jangan harap hadi akan jumpa gereja utk dapatkan pandangan depa.
Tak lama lagi pas as the whole ass tak perlu dah nyatakan pendirian dan issue ni jadi la macam buih pepsi cola. Masa tu pecacai2 pas akan pegang dirasuk dgn pendirian pemuda pas dan hadi bebas lah balik menjilat telur DAP...

Anonymous said...

rbf!

aku tak tahu apa yang nak aku tambah. yang aku tahu PAS ni:-

1) hipokrit
2) ular sawa. belit sana belit sini dgn ceramah mereka kemdian telan. banyak sudah orang islam yang terpedaya.
3) islam mereka tu islam suerficial. islam mereka hanya topeng untuk meraih undi.
4) parti yang tak boleh dipercayai.

itu aje yang aku tahu.

tokgaru said...

Syabash Nasarudin Hasan

Kau jangan lemah macam Hadi dan Nik Aziz. Kalau kau betul ustaz yang menegakkan islam, kau wajib percaya kepada cakap JAIS dan Hasan Ali sahaja.

Hina betul islam bila Hadi nak pi sembah pihak gereja untuk minta penjelasan.

Kalau ana jadi pihak gereja, ana perambat Hadi dengan penyapu lah. Siapa Hadi nak minta penjelasan dari pihak gereja ? Apa kuasa undang2 yang Hadi ada ?

Hadi boleh minta penjelasan dari Hasan Ali sebab Hadi cheif dalam Pas. Tapi kalau Jais tak layan Hadi, Hadi nak buat apa kepada Jais. Menteri kah Hadi tu ? Kuasa bawah undang2 mana dia nak guna untuk paksa Jais bagi kenyataan kepada dia ?

Yang sebenarnya saudara Nasrudin ooiii. Bos hang tu bukan nya reti undang2. Dia main redah jer ikut sedap dia nak cakap. Nampak sangat bodohnya Hadi Awang.

Hmm .. tu pun lambat siang teringin nak jadi PM, nak ganti Najib konon. Huuuu ... tak rela teman.

tokgaru said...

Pasar isu gereja nih. Naper Nik Aziz diam jer ?

Entah2 dia suruh Padri Ho buat cam tu. Nak test Umno punya reaksi.

Dalam politik ni macam2 boleh jadi bro.

Anonymous said...

Tambah lagi satu kes nak kenakan UMNO hihihi

Anonymous said...

2 x 5 hari ini cakap lain esok lusa bila kena cili sama DAP or ketua umun jadi lain pula jgn pecaya mereka ini.

Tak nak buat solat hajat perdana ke kat stadium melawati ke.

Anonymous said...

aku tak rasa haji hadi yg akan bagi respon pasal ni.

tp dewan pemuda akan "memperbetulkan" salah fhm tentang "sokongan" pemuda PAS yg dikatakan telah di"salahtafsirkan" oleh media..

jd ayatnye "PENJELASANYA" ialah:

"Dewan Pemuda PAS "akan" menyokong penuh tindakan JAIS sekiranya bukti2 yg diterima jelas membuktikan perkara tersebut mmg telah berlaku, SELEPAS mengambil kira penjelasan dari kedua2 belah pihak"..

nota kaki:

kalu media UMNO, sila tukar ayat "disalahtafsirkan" diatas kepada "diPutarBelitkan"..

P/S : penambahan ayat spt "AKAN" dan "SELEPAS" baru ditakuktambahkan, jd dgn ayat diatas, pandangan PEMUDA PAS selari dgn PAS PUSAT..

Tima KAsih..

dari,

Biro Perhubungan Awam & Media, PAS JOHOR..

Anonymous said...

malam tadi sempat jugak ustaz politik kempen dalam tazkirah kat surau taufiqiah ahah alam 2.. nak bagi dia kempen solat teraweh ditangguhkan hingga dia abis tazkirah.. lepas dia tazkirah dan takbeer kalamkabut nak p kempen kat surau alfurqan pulak... dia kata nabi muhamad ambil masa 10 tahun tegakkan undang2 islam di madinah tapi malaysia 54 tahun merdeka tak ada komitmen nak tegakkan undang2 ialam... dia nak undang2 islam macam mana tah... cakap la jelas2 dan tunjuk perlembagaan mcm mana yg dia nak... pas memerintah kelantan 20 tahun pun x tegak undang2 islam mcm dia nak... kelantan, selangor kedah n penang pun tunggang langgang pengurusan islampengurusan islam... dulu fitnah tun mahathir x bagi tegak undang2 islam, napa tak buat masa dolah badawi atau najib ni... buat la... najib x kacau kot... cakap pandai... kokok berderai-derai bontot bergelumang tahi...

Anonymous said...

dengan adanya Pemuda PAS begini, PAS masih ada peluang untuk memperkukuhkan lagi panji2 Islam dinegara ini... tapi apa nak buat, pemimpin2 PAS sekarang macam Hadi, NikAjis sudah jauh menyimpang sesat kerana mahukan kuasa didunia... hancur lar PAS...

Anonymous said...

mungkinkah hj hadi akan berkata seperti ini?
hadi : kita hormat pandangan pemuda pas. kita akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu depan.perkara ini akan dibincangkan secara tertutup..
hehehe

Anonymous said...

kes anwar, saiful dan eskay lebih beresifat dalaman sesalam Islam. kes ini boleh melibatkan antara org islam dan bukan Islam. biarlah HH nak bercermat sedikit disini. yang penting kite tgk selepas 15 dan 16 ogos nanti. beberapa hari saja lagi. sabar kerana sabar ini jamilah.

Anonymous said...

Kalau sebuah premis dimasuki secara tidak sah oleh pihak berwajib sudah tentu pihak yang diceroboh akan buat laporan polis! Justeru boleh tak tuan pemblog siasat sama ada pihak GMDU telah buat apa-apa laporan?

Anak Lenggong said...

Tambah sikit jee...

Itu pendapat individu tidak mewakili pendapat PAS

Anonymous said...

Haji Hadi akan kata, itu sebenarnya pendapat peribadi Tantawi, jangan campur adukkan dengan PAS, PAS sangat menghormati ugama lain dan pengundi2 bukan Islam, Malaysia negara kebajikan, pengundi Islam ni tak boleh percaya sangat, banyak yang atas pagar, kalau kita cakap berbukti jelas pun bukan mereka percaya, lagi2 kalau pasal ugama Islam ni, orang Melayu ni akan emosi semacam. Pas mesti menjaga hati pengundi2 cina, mereka memang amat setia dengan DAP ala komunis ni, kalau kita menang Dap boleh ambik alih semua urusan kerajaan termasuk agama Islam, sebab Dap ni memang ada minat yang sangat mendalam dalam politik sejak zaman datang Malaya naik tomngkang lagi, maklumlah mereaka melarat di Negeri asal mereka. so kita tak perlu bergaduh2 lagi, boleh hidup dengan aman damai, poket pun sentiasa penuh, lantaklah orang melayu nak merempat di tanah air sendiri.

Anonymous said...

kenyataan DPPP bukanlah mewakili PAS walau bagaimana pun kami akan menyiasat sama ada benar beliau berkata demikian-PAS pusat