Wednesday, August 10, 2011

Dr Asri Sedang Membuat Masyarakat Membencinya

Semenjak dua tiga menjak kebelakangan ini Dr Asri kelihatan banyak mengambil pendirian yang populis terhadap sesuatu isu yang timbul.

Saya tidak berniat hendak berlawan, berhujah atau jauh sama sekali menghentam beliau kerana siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan beliau.

Saya masih ada perasaan hormat kepada beliau kerana ilmu-ilmu yang beliau ada dan yang paling utama sekali kerana dia seorang ulama yang berkecuali dari politik. Kalau dia ulama Pas dah lama saya maki dia.

Apa yang menjadi kebimbangan saya dalam beberapa hari ini ialah berhubung kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung isu Jais-gereja boleh membuatkan orang ramai tidak lagi menghormati beliau.

Kenyataan-kenyataan yang dkeluarkan beliau bertentangan dengan perasaan majoriti orang-orang islam yang rata-ratanya menyokong tindakan JAIS. Yang tak sokong hanya sebahagian islam Pas, sebahagian islam PKR dan sepenuhnya islam DAP.

Ramai orang berkata kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Dr Asri lebih kepada melepaskan geram beliau kepada JAIS kerana dendam peristiwa lama. Wallahualam....

Beberapa hari lepas Dr Asri mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan Pusat Zakat menjadi punca kepada orang islam mendapat bantuan dari gereja.

Secara peribadi saya berpendapat kenyataan Dr Asri itu akan membuatkan lebih ramai orang islam yang akan menjadi malas selepas ini kerana jika tiada wang mereka boleh pergi ke Pusat Zakat. Jika Pusat Zakat tidak beri mereka boleh ugut untuk pergi ke gereja.

Satu perkara yang kita harus ingat, menipu dan memutar belit adalah satu budaya buruk yang paling serius yang ada dalam diri rakyat Malaysia dalam soal meminta bantuan atau kebajikan.

Lihat sahaja contoh semasa skim pinjaman buku teks persekolahan satu masa dulu. Pada masa itu pinjaman buku teks hanya diberikan kepada pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM 2000 ke bawah.

Tetapi pada masa itu ada ibu bapa yang berpendapatan sampai RM 5-6 ribu pun sanggup berbohong pendapatan mereka kepada RM 1500 bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat pinjaman buku teks kerajaan. Lebih malang ada yang mengajar anak membohongi cikgu jika cikgu tanya soalan-soalan mengenai kehidupan mereka.

Anak kecil-kecil telah diajar berbohong oleh ibu bapa sendiri, selepas itu lekat sampai ke besar kerana telah tertanam dalam fikiran mereka ibu bapa kata bohong seperti itu (bohong kerajaan) tak mengapa. Akhir sekali budaya buruk itu jadi warisan dari generasi ke generasi.

Begitu juga dalam hal zakat. Bukan semua orang yang pergi ke Pusat Zakat itu jujur dan ikhlas. Ada juga yang kaki kelentong. Di Malaysia ini sebenarnya tidak ada alasan untuk rakyat hidup susah melainkan kerana malas dan tak pandai menguruskan kewangan. Kecuali orang-orang yang sakit kronik atau sakit berpanjangan yang tidak boleh bekerja atau menjaga ahli keluarga terdekat yang sakit. Orang-orang asing berebut datang cari kekayaan di negara kita dan kena bayar levi setiap tahun kepada kerajaan tetapi mereka masih lagi mendapat pendapatan yang baik.

Saya ulang sekali lagi, sebab utama rakyat Malaysia susah kerana malas dan tak pandai urus wang. Pendapatan sejengkal belanja sedepa. Lagi satu ramai yang sabar dan nak senang atau kaya cepat.

Kenyataan yang Dr Asri keluarkan dua hari lepas boleh menjadi satu masalah baru kepada kepada Pusat Zakat. Mereka akan menggunakan kenyataan itu sebagai ugutan. Kalau tak bagi kami pergi ke gereja atau kami keluar islam. Nauzubillah....

Sebagai seorang yang berpengaruh dan dihormati Dr Asri kena ingat setiap apa yang keluar dari mulutnya akan diambil berat oleh masyarakat. Mereka boleh guna alasan dari apa yang diungkapkan oleh mulut Dr Asri.

Hari ini pula Dr Asri sekali lagi keluarkan kenyataan di malaysiakini yang dilihat boleh memberi nafas baru kepada pihak gereja. Beliau seolah-olah mengejutkan harimau yang sedang tidur.

Petikan dari malaysiakini
“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.
Bagaimanapun kenyataannya itu dipertikaikan oleh seorang pembaca yang bernama Rosdi Ismail melalui komen seperti berikut,
Setakat pemerhatian dibuat .. saya melihat komen-komen yang menekan JAIS adalah kebenyakannya TIDAK ADIL kerana :-

1- Menggunakan istilah "serbu" atau "ceroboh" adalah tidak tepat. Apa yang berlaku adalah pemeriksaan dibuat setelah mendapat kebenaran melalui perbincangan yang memakan masa hampir sejam. Komen Dr. Asri juga adalah keterlaluan dan partisan.

Sila perhatikan petikan ini = “Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,”. Jelas Dr. Asri telah menggunakan perkataan "diceroboh" dan "didakwa". Inilah adalah analogi yang bersifat menghasut. ia buka hujah, hanya lontaran akal.

2- Salahkah JAIS melakukan pemeriksaan di bawah peruntukan undang-undang yang ada. Kata-kata Asri = "sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang" adalah hujah akal yang tidak berpijak dibumi nyata. Undang-undang yang ada sekarang adalah bertujuan untuk mempertahankan akidah umat Islam. Apa yang cuba dipertikai sekarang ialah prosedur pemeriksaan tersebut, bukannya undang-udang. Oleh itu kita harus membezakan antara dua perkara yang berbeza. Jika kuasa Islam yang "sekakang kera" yang ada inipun cuba dipertikaikan oleh orang islam sendiri, apakah orang Kristian atau bukan Islam akan memberi peruntukan tambahan bila kita beriya-iya membela mereka? .. Renunglah sejenak.

3- Dr. Asri sepatutnya tunggu dulu laporan JAIS. Apa tujuan ulasan-ulasan mentah seperti ini. Lagipun beliau tak adapun sewaktu pemeriksaan dibuat. Makna nya gambaran sebenar kejadian tersebut tidak jelas. Beliau tidak berhak sama sekali untuk membuat ulasan awal seperti ini.

4- Dr. Asri seolah-olah beranggapan negara seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah lebih lunak dalam hubungan mereka dengan orang islam berbanding Malaysia. Wahai Dr. Asri apakah kamu lupa bagaiman orang islam di Takbai dibunuh dan ditembak seweang-wenangnya. Bagaimanakah makmum dalam Masji Krisik di tembak sewaktu sedang berjemaah, Bagaimana orang Islam bangsa Hugo di China dipakasa agar tidak berpuasa sekarang, Bagaimana etnik Albania mula ditekan kembali pada hari ini, Bagaimana Purdah atau Niqab tidak dibenarkan diPerancis dan macam-macam lagi. Mana pembelaan anda dalam kes seperti ini? Jangan lupa semua itu. Adakah JAIS telah bertindak sampai ke tahap itu?

5- TAHNIAH Saudara Haji Mohammad bin Jusoh .. saya sudah rasa mual dengan mereka yang tak habis-habis mempertikaikan kuasa Islam yang secarik ada di Malaysia ini hanya kerana bias atau simpati kepada aliran pemikiran kepartian .. Ingat hanya PATI ALLAH sahaja yang menang. Kepada mereka yang terlalu percaya kepada system parti hari ini, cuba kaji ciri parti anda sekarang adakah ia sudah menepati maksud firman Allah surah al-Maidah /51-56 dan seterusnya.
Apabila melihat kepada hujah saudara Rosdi Ismail yang logik itu, bolehkah kita membuat kesimpulan kenyataan yang dikeluarkan Dr Asri tidak lebih kepada dendam beliau terhadap JAIS ?

Jika ulama bebas yang tidak ada kepentingan politik dan penguasa agama islam sudah berdendam dan bertelingkah secara terbuka ianya sesuatu yang amat malang kepada umat islam di Malaysia, tambahan pula di bulan Ramadhan.

Mufti, ulama dan para cendiakawan islam yang bebas politik perlu bermesyuarat segera untuk mengatasi kemelut ini. Kerajaan pula perlu menerima saranan dan cadangan mereka tanpa mempertikaikannya kerana bimbang boleh menjejaskan sokongan dan sebagainya.

Benar kata Ketua Pemuda Pas harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun DUN (Dewan Undangan Negeri), demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,” katanya.

Soal niat atau apa maksud hati beliau berkata begitu perkara kedua. Yang penting ayat yang keluar dari mulutnya itu betul.

Apabila menyetujui kata-katanya itu bukannya kita perlu berperang atau bertaruh nyawa. Banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan. Selama ini berpuluh tahun BN perintah negara ini pelbagai kaedah yang kita gunakan dan terbukti ianya berkesan kerana tidak pernah timbul isu seperti hari ini. Isu-isu begini mula timbul selepas berlakunya perubahan dalam lanskap politik negara selepas 2008.

Bermula dari situlah musuh-musuh islam sejak azali yang sebelum itu menerima corak kehidupan dan pemerintahan yang ada di Malaysia telah mula berubah kerana mereka telah dibantu oleh iblis-iblis alaf baru yang muncul selepas PRU 13.

Lebih sedih lagi rasanya apabila seorang ulama bebas pula mengeluarkan kenyataan begitu hari ini seolah-olah memberi tenaga tambahan kepada mereka. Lebih malangnya lagi apabila ulama bebas itu membuat kenyataan kepada sebuah portal berita yang memang terkenal dengan sifat anti islam dan melayu.

46 comments:

Anonymous said...

Ulasan yang padat dan tepat RBF... Kesedaran masyarakat khususnya islam perlu timbul dengan segera agar tidak berlaku seperti di Ambon...

Azman75 said...

Itu pandangan saudara, saya berkecuali cuma dari apa yang nampak memang ada betulnya apa yang dicakapkan oleh Ust.Asri. Kita kena fikir secara menyeluruh baru bagi pandangan tapi saya nampak saudara lebih kepada fannatik dan luahan emosi. Saudara sepatutnya melihat sesuatu perkara dari semua sudut, baru ADIL, Islam itukan ADIL.

Anonymous said...

bhai,sejak bila plak asri tu ulama
sijil degree dia pun dia palsukan
apantah lagi nak harapkan kat agama Islam yang dia sampaikan
cuba tengok sini

http://al-hanief.blogspot.com/2011/07/kes-ustaz-zamihan-balas-saman-asri.html

Anonymous said...

salam,
ni pendapat saya je,
Dr. Asri tak patut alih isu menunjukkan kelemahan pentadbiran zakat tu walhal isu besarnya orang islam yang nak dimurtadkan tu bukan isu utamanya.
bukan semua mereka tu pergi ke pusat zakat. entah2 tak timbul pun idea untuk ke situ.

persoalannya sekarang...
gereja yang mencari mereka.. dengan cara2 bagi makan, jemput ke gereja dan lain2.
nak buka puasa makan free pun ade kat semua masjid kut bulan puasa ni.
persoalan disini... Niat utama laknatullah2 ini nak memesongkan umat islam.

Salah ke JAIS dengan kuasa yang ada nak check 'orang islam/orang kita/saudara kita/keluarga kita' di gereja tu.
Apa yang kau buat disitu?
Salah ke?..

Orang melayu ni makin lama makin bodoh..
bagi org kapir masuk masjid bg syarahan, ucapan...
maka dengan menunjukkan tanda 'persaudaraan' merelakan melayu islam ni melepak kat gereja..

Alquran dah lama bagitau, takkan ulama pas tak tau.

Apa pun saya menyokong pendirian pendirian Dr. Hasan Ali dan pemuda pas dalam hal ini.

Anonymous said...

Sebenornye antare masaaloh paling besor leening ialoh oghrang Islam doh tak kennal doh sape tu ulamok dang sape pulok hok bukang ulamok. Kalu ade je oghrang panggil sekor mamat tu ustaz habih 1 Malaysia panggil die ulamok. Ning lah kes asri...

Anonymous said...

Boleh tahan gak kan pendapat Dr.Asri tu.. cuma nak tanya, sedang dr.asri jadikan Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah tu sebagai contoh..satu persoalan yang ingin saya LONTARKAN untuk Beliau?

adakah negara tersebut "TELAH" MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG yang MENCEGAH USAHA PENYEBARAN DAN DAKWAH AGAMA ISLAM kepada penganut agama lain ?? Jika tiada..ternyata dr.asri tersalah bagi pandangan.

itulah bezanya di antara negara contoh dr.asri dengan negara MALAYSIA.

Sedeyyy..

Anonymous said...

AKU HENSEM

BANGSAT ASRI
MANA AYAT CAKAP ISLAM AGAMA HUJAH??

Anonymous said...

AKU HENSEM

ISLAM AGAMA WAHYU

Anonymous said...

aku setuju BEBENOR yob!!!

ZK said...

mmg la dia bukan ulama pas rbf, tapi kecenderungan tu nampak sgt pd pas...

tindakan menyalahkan pusat zakat menunjukkan kedangkalan pemikiran dr asri. ya benar gerakan murtad dilakukan ke atas org yg kurg berkemampuan, tapi adakah hanya golongan itu? adakah org yg berkemampuan terlepas daripada dakyah ini?

kalau aku pegawai kat pusat zakat..mesti dalam hati aku cakap "eh jais gi siasat gereja. gereja berusaha memurtadkan org islam. alih2, aku yg kena??"

hanya org bodoh saja percaya pd kata2 asri ni

dan ini yg terbaru drpd dr asri:

"kita bimbang apabila orang Islam pergi ke gereja..bimbang mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian..namun kita juga melarang orang bukan Islam masuk ke dalam masjid..apakah kerana kita bimbang mereka terpengaruh dengan ajaran Islam?"

entah bila kita melarang bukan islam masuk masjid? masuk masjid dibenarkan, dgn syarat beradab.apa yg dr asri mahukan sbnrnya?nak org islam mesra gereja? begitu ke?

andai nilai sendiri la dr asri skrg. dah bukan asri yg dulu. syabas rbf atas artikel ini.

Shaari said...

ularmak lagi ramai dari ulama....

Anonymous said...

Benci sangat dia dengan JAIS tu bro, maklum la nak berceramah kat Selangor ni pun kene tahan... bile ade mengena ngan JAIS dia jadi kontra la...

Anonymous said...

Kalau pusat zakat yang salahpun itu keranamungkin ada pegawai yang diamanahkan tak pernah turun padang dan siasat.

Kalau nak tunggu orang susah datang, gamaknya macam yang RBF cakaplah, yang berada pun nak minta bantuan.

Anonymous said...

ustat asri tu bukan pandai mana pun..tgk muka dia pun kita dah tau..temberang je lebih. podahhh..

Anonymous said...

buat RBF...

PAS sendiri sebelum ini cuba membawa Rang Undang2 Murtad ini ke parlimen..

tp tiada sokongan dari ahli parlimen UMNO yg beragama islam...

maka tidak dpt dibahaskan...


bersepakatlah demi agama islam...

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

isu jais ni terlalu kuat utk disokong. tapi dr asri lebih minat utk berhujah kesilapan demi kesilapan dipihak jais & kerajaan. itu mmg style dr asri.

Anonymous said...

-Warga Shah Alam-

kalau time machine boleh digunapakai waktu ni aku percaya pihak kerajaan, zakat & jais akan guna utk ubah supaya kes ni tak berlaku.

kalau kita nak salahkan perkara sebelumnya atas kejadian hari ni maka sampai kiamat pun takan selesai.

Anonymous said...

aku kata lama dah, asri bangang! ilmu ada tapi akai tak dak!

Anonymous said...

dr asri jangan jadi macam pok nik ajis. otak bergelumang najis.

Anonymous said...

dr asri, lupakanlah dendam lama dengan JAIS. jangan ghulu' keluar statement mengkhinzir buta.

paktua said...

Rasanya beliau sedang mengambil peluang untuk menonjulkan diri disaat timbul krisis ini....?

Nim Yorza said...

Sudah sah pengikut tegar wahabi ni tidak boleh dipakai di Malaysia. Jangan ambil peduli dengan kata-katanya. Dia ni sebenarnya nak tunggu saja mana-mana parti tawarkan dia jawatan tinggi.

zahari1950 said...

Kekadangtu terfikir dibenak. Penceramah agama dan motivasi ni sesetengahnya macam pelakun film. Mana-mana pelakun film tentu nak berlakun jadi hero pada peringkat permulaanya. Tetapi lama kelamaan bila dah cukup popular, maka tetiba kononnya lakonan menjadi hero dah tak ada cabaran lagi lalu menukar jadi pelakun berwatak jahat yang akan membuat penonton membencinya.

Dulu2 Datuk Dr Hassan Ali, Datuk Ismail Kamus, Datuk Harun Din, Allahyarhan Datuk Ishak Baharum, Nazamudin Taib dan beberapa tokoh lagi pada peringkat permulaannya sangat popular. Sering keluar TV, Radio dan sering mendapat jemputan ceramah perdana yang dihadiri oleh semua lapisan masyarakat dan fahaman politik.

Alih2 ditengah kemuncak populariti tiba-tiba sahaja mereka beralih angin menyokong pembangkang menyebabkan majoriti peminat menjadi marah dan mula tidak menyukainya. Itu yang saya katakan seperti pelakun film.

Dan kini nampak gaynya Datuk Dr Mohd Asri pula. Jika fenomena ini berterusan, yang ruginyanya adalah umat Melayu/Islam di negara ini. Mereka banyak ilmu tetapi dengan kelakuan mereka sendiri, majoriti rakyat hilang minat terhadap mereka. Wallahhua'lam.

adus bangannya dr asri mana roh islammu said...

betui tu


......
Apa baik China/Komunis Pada Kita

China larang Uighur berpuasa URUMQI 7 Ogos -Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian. Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.

Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan. "Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.

Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan. Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang. "Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid," katanya.

Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera. Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. -Agensi

tak boleh tahan !! said...

INI NEGARA KITA asri...KITA LAH JAGA TAKAN NAK BAGI DAP TENTUKAN DASARNYA...BODOHNYE Kamu ....MEMBUANG ROH ISLAM DARI JASADMU....

sepat said...

baliklah kepangkal jalan wahai Ustz Asri,ujian yg datang adalah untuk mematangkan kamu.

Anonymous said...

Mana lebih penting, akidah atau zakat?

Ibu tunggal yang miskin keparat boleh pakai loyer pulak sekarang...hmmm

Tak payahlah kita hormat pada Dr Asri ni. Isu murtad ni kena selesaikan dulu secepat mungkin. Bukan menyalahkan pusat zakat semata-mata.

Ramai lagi orang Melayu yang hidup susah dibawah tahap kemiskinan, tapi iman tetap kukuh.

Layak lagi ke nak panggil si Asri ni ulamak? Fikirkan...

izad70 said...

sesiapa saja tanpa mengira pangkat atau kedudukan,jika tidak menghormati undang2 tidak boleh dihormati.contoh golongan sebegini adalah asri sendiri.

zahari1950 said...

dus bangannya dr asri mana roh islammu said...
betui tu......
Apa baik China/Komunis Pada Kita

China larang Uighur berpuasa URUMQI 7 Ogos -

Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.
=========================
Saya amat tertarik degan komen saudara yang tidak bernama yang membawa isu seperti di atas.

Apakah penyokong PAS dan Melayu/Islam tidak pernah mengikuti macammana bangsa kafir Cina melayan saudara Islam kita etnik Uighur di Cina dan ditempat lain didunia ini.

Kafir Cina dan lain-lain etnik dan agama boleh hidup aman tenteram, kaya raya dan boleh amalkan upacara keagamaan masing-masing dibawah pemerintahan Melayu sejak beratus tahun yang lalu di alam Melayu.

Sebaliknya Cina kafir tidak memberi layanan sedemikian kepada orang Islam yang dibawah pemerintahan mereka. Itu di negara Cina.

Di Asia Tenggara, Cina Singapura yang dengan putar belitnya telah merampas sebuah negeri Melayu di alam Melayu. Baru 46 tahun merdeka dan memerintah, sudah tunjuk belangnya kepada bangsa Melayu/Islam saudara kita di singapura.

Azan di masjid tak boleh kuat, orang Melayu tak boleh jadi pilot jet pejuang, pangkat orang Melayu tak boleh melebehi major dalam Angkatan tentera Singapura. Kampung tradisi melayu di hapuskan. Istana Melayu, stesyen keretapi Tanah Melayu, sejarah Melayu di Singapura, kisah perjuangan Melayu di Singapura dan apa juga yang ada kaitan dengan Melayu atau yang mempunyai sejarah warisan Melayu dilupuskan dengan begitu sistematik seolah-olah Singapura itu adalah tempat asal pendatang Cina kafir. Bukan tempat asal orang melayu/Islam.

Di Malaysia pula PAS sebuah parti Islam yang majoritinya Melayu serta kelompok Melayu/Islam dalam pembangkang bekerjasama pula dengan parti rasis DAP bagi menjatuhkan kerajaan BN yang mana Melayu/Islam iaitu UMNO yang menerajuinya.

Apakah Melayu/Islam dalam pembangkang (PAS/PKR dll) fikir bahawa DAP akan memberi keistimewaan kepada orang Melayu jika mereka dapat menubuhkan kerajaan walaupun kemenangan itu dengan pertolongan Melayu/Islam sendiri. Wahai Si PAS dan si Melayu/Islam dalam pembangkang. Benda macam ni dah berlaku di Singapura. Didepan mata kita tetapi butake atau pintu hati yang dah jadi buta kerana termakan pujuk dan tipu muslihat puak Cina kafir harbi.

Di malaysia ianya SEDANG BERLAKU DI PULAU PINANG DAN DI SELANGOR.

Anonymous said...

oh dr asri, alangkah bongkaknya kenyataanmu. jangan samakan negara lain dengan malaysia. kita ada undang- undang islam yang termaktub bawah enakmen negeri masing2. tak baca perlembagaan ke, kuasa persektuan, kuasa negeri dan kuasa persekutuan bersama negeri. agama bawah kuasa negeri, tindakan jais tu betul, kita sebagai orang islam mesti halang sebarang gerakan untuk murtadkan orang islam. tu lah belajar tinggi sangat sampai keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan sendiri.

Anonymous said...

dr asri from hero to zero

Ulamaterompah said...

RBF, lu punya hujah sangat tepat dan jitu..puak-puak kafir terutama puak kristian telah naik toncang kerana perpecahan orang Islam sendiri dan kerana ada seekor Bapa Setan yg sedang meroyan gila kuasa nak jadi PM Malaysia, Ulama Politik yg gila 'kerusi' , dan sekarang terdapat pula seorang Ulama Freelance yg 'duduk atas pagar' tapi suka mengomen tetapi akhir2 ini lebih menguntungkan dan memberi suntikan semangat kepada puak kristian yg sudah tidak sedar diri dan mengambil kesempatan diatas perpecahan orang Islam.

Siapa lagi yg boleh diharap untuk jaga Islam di Malaysia. Nak harapkan UMNO, PAS kata orang UMNO tu dah jadi 'kafir' kerana bersekongkol dan MCA dan MIC dan mengekalkan perlembagaan kafir..Nak harapkan PAS, PAS pula bukan setakat sudah bersekongkol dgn DAP tetapi sudah jadi BARUA DAP..dan lebih menyedihkan lagi, PAS menjadi PEMBELA diatas setiap ajenda DAP dan Kristian yg merugikan Islam dan orang Melayu.

PAS sudah tidak layak untuk mengekalkan perkataan Islam pada nama parti mereka. Lagi pun tidak ada perkataan Islam pada PAS. Kalau tidak PAS akan jadi PIS. Oleh itu PAS sepatutnya stand for Parti Agama SeMalaysia kerana mereka membela semua agama seolah sudah setaraf..semata-mata kerana laparkan undi mereka..

Anonymous said...

dr. asri, lagi banyak berbicara, makin nampak jelas dendam kesumatmu terhadap JAIS.

nonbal said...

DR ASRI.....
beberapa catatan saudara didalam mkini sejak akhir-2 ni barulah membuatkan saya faham mengapa JAIS menahan Dr Asri. Dulu saya adalah orang yang melenting kpd Jais kerana menangkap Dr Asri, tapi inilah rupanya manusia yang saya sangka pembela islam itu....
Dr Asri, Kami rakyat sedang melihat dan meneliti keletah saudara. Semoga Allah selamatkan Malaysia daripada Ulamak Palsu (jika ada).

Anonymous said...

dalam politik kita berhak tidak memihak tetapi dalam mempertahankan Ugama kita wajib memihak kepada Islam, sekira ada kecacatan tak perlu di luahkan secara sembarangan sehingga musuh2 islam ambil kesempatan

Anonymous said...

Rbf dan kawan2 semua..

Saya syorkan satu penyelidikan terhadap latarbelakang makhluk DR MAZA dilakukan khususnya semasa riwayat dia di sekolah dan di Jordan. Saya cadangkan temubual dengan bekas pelajar2 di Univ. Jordan yang sempat bertemu dan bersahabat dengannya (1990-1996). Barulah kita kenal siapa dia yang sebenarnya...kerana manusia itu berfikir,bertindak dan meroyan mengikut latar dirinya. Batch beliau boleh dijejaki dengan merujuk kepada fail di JPA...

Faith Ajar said...

Orang2 islam sekarang tgh berlumba2 nak menunjukkan depa paling bertoleransi dengan agama lain berbanding sedara2 islam yang lain...
Apa2 yg menyentuh hak2 org kapir, depa lah yg jadi juara mempertahankan dan menyalahkan org2 islam. Bila dah berkawan dengan kapir depa jadi lebih kapir lagi dari org2 kapir.

Amat menyedihkan....in fact, depa nih yang akan mengepalai kafir2 nih kemudian untuk melenyapkan umat islam di tanah melayu nih...

so pathetic mangkuk mangkuk watdefak nih...

tokgaru said...

Ni sekor lagi. kalau dia rasa negara2 yang dia sebut tu selama ini adil dan sangat bertolak ansur dengan perkembangan agama islam.

Tak apa, boleh bawa anak bini hang pi lah duduk dan jalankan dakwah islamiah cara hang di sana.

Malaysia nih mengongkong, islam nak berdakwah kepada agama lain boleh. tapi agama lain tak boleh nak berdakwah kepada orang islam.

Itu hang yang kata Ustad Asri ooiii. Patut lah kerajaan Perlis tak mahu hang jadi mufti depa .. dulu kami tak nampak, tapi selepas isu 12 melayu nak jadi makloh kristian baru lah kami nampak dah sikit.

Anonymous said...

aku rase betul jugak ape yang dr asri cakap n betul jugak ape yang en rosdi tu cakap.. pengagihan zakat kat negara ni memang bermasalah. tak kire la kat johor ker perlis ker kelantan ker! kite ble tengok statistik kemiskinan yang ade tapi still kite ade berlambak2 lebihan zakat... tengok dari segi macam tu pon dah ble tau yang sistem pengagihan kite tak cukup sempurna, kalau tak macam mana ble lebih dengan banyak!

kenapa nak takut orang kaye terima duit zakat sampai yang miskin terabai? bende ni semua ble diatasi denagn penguatkuasaan jer..

bagi aku mungkin dr asri patut mengomen dengan cara yang lebih positif.. ayat2 dalam kenyataan yang dikeluarkan banyak unsur2 negatif samapai mesej positif yang di cube sampai kan pon tak tersampai.. kalau tengok dari kenyataan blog die memang tak de masalah jais nak 'serbu' gereja.. maslah die kenapa orang islam samapai sanggup nak pegi gereje utk terime bantuan..

leman decaprio said...

SALAM... ABOUT DR MAZA,READ HERE 4 MY HUMBLE OPINION (CLICK!)

Anonymous said...

Kristian ni setiap hari mencari peluang untuk memurtadkan kita orang islam, tak hairan la gerakan mereka menjelajah sana sini keluar masuk hutan menyebar dakyahnya..ustaz kita mana ada macam tu, asyik ceramah tembak kerajaan ja..sambil ceramah sambil cari populariti..kalau bab sembang jgn cakap la, dia sorang ja pandai dan lebih islam dari org lain..

Anonymous said...

nyanyuk dah tu ...
sebab apa

Anonymous said...

WordsOfPeace

Bagi pandangan saya apa yg Dr.Asri cakap tu betul...ISlam ni agama hujah,agama yg terbukti kesahihan nya.Dan negara kita malaysia negara islam tetapi kenapa kita harus takut dgn orang kristian(agama lain)??Apabila dikatakan agama hujah..kita boleh membawa agama kita keseluruh pelusuk dunia tanpa takut dgn agama lain dan berdakwah dgn orang bukan islam tentang kehebatan,kesempurnaan dan keadilan dlm islam..walaupun ada agama lain yg datang berdakwah kepada kita.Cuma masalah kes murtad ni..cuba saudara2 semua fikir adakah yg 12 orang tu murtad(kalau murtad lah)sewaktu duduk dlm gereja tu ke atau pun memang dah lama niat nak murtad???.Orang yg nak murtad bukanlah dia kena isytihar kat gereja dulu atau mahkamah dulu sebelum dia nak murtad atau keluar islam.Orang yg murtad...sebelum mereka isytihar tu mereka dah murtad dah(sebab mereka dah ada niat dlm hati/mungkin dah bertahun dah tak ikut atau tak percaya islam)..Kalau sekiranya JAIS serbu dan menghalang mereka pun sememangnya mereka dah murtad.Cuma persoalan nya....

Anonymous said...

WordsOfPeace

kenapa mereka ni nak murtad(keluar Islam)?Pasti ada sebab..mungkin pemahaman agama nya kurang.Orang yg akidahnya dan iman nya kuat..susah mcm mana pun dia takkan murtad sebab dia tahu yg berkuasa itu ALLAH.Jadi masalahnya.. mungkin cara pemahaman dan pendidikan islam dinegara kita ni ada masalah sehingga mereka(yg murtad)merasakan agama islam itu susah/payah atau agama mitos dll..Cuba bagi pendedahan kepada islam yg tulen...pasti mereka akan kembali kepada islam.Dan satu lagi..sepatutnya pusat zakat membantu orang ramai yg memerlukan.Kita jgn kata nanti ada yg tipu(orang kaya ambik zakat dll atau orang malas kerja)..yg tipu tu antara dia dgn ALLAH.Walaupun dia terlepas didunia tetapi diakhirat Allah akan membalas perbuatan mereka.Tugas pengurusan zakat bantu mereka yg memerlukan(jln kan kewajipan..yg lain tu serah kepada ALLAH)Adakah saudara2 semua ni(yg bagi komen) masih RAGU2 dgn kebesaran/kekuasaan ALLAH..Sebab itulah Dr.Asri kata ISlam agama hujah.CUma cara pendidikan dan pemahaman tu yg kita harus tekankan.

Anonymous said...

WordsOfPeace

...kepada mereka yg merasakan agama ini susah dan payah.KAdang2 kita cuma melihat 12 orang ni yg murtad(kalau betul2 murtadlah)tetapi dlm masyarakat islam dimalaysia ni mungkin RAMAI YG DAH MURTAD..yg mana mereka tidak mengisytiharkan mereka murtad.Mungkin ramai yg dah tak percaya kepada agama islam(dimalaysia)dan sememangnya mereka telah murtad walaupun tak diisytiharkan secara lisan atau bertulis kerana mereka takut nak bagitau(isytihar)kepada ibubapa atau masyarakat..hanya ISlam pada nama..tetapi disisi ALLAH mereka ni tetap murtad.Kalau agama lain nak berdakwah..berdakwahlah..kita lihat agama mana yg betul..hujah mana yg betul/kuat..Kalau kita melihat konsep yg luas..mcm Dr.Asri kata..kalau negara lain juga menggunakan kaedah yg sama menghalang orang islam berdakwah..islam tak akan berkembang..Dan perlu ingat kaum muslimin hendaklah berdakwah menyebarkan agama Allah kesetiap pelusuk dunia..Jangan ingat Islam itu hanya utk orang melayu sahaja atau orang timur tengah sahaja..Islam adalah agama utk semua kaum dan masyarakat tanpa batasan..Kalau negara bukan islam menyekat dakwah islam..orang islam tak ramai dimuka bumi ini..Dan akan ditindas saban hari..kita kena kuatkan islam dan mengislamkan manusia dimuka bumi ini.. kita para ulama/ustaz/ibubapa kena didik anak2 kita tentang tauhid dan akidah yg betul..sebab itulah dr.asri dan sama juga dgn Haji Abdul Hadi Awang selalu kata tentang sifat 20 yg tak sesuai diajar..kerana ia tidak menekan kan tauhid dan akidah dgn kuat.KaLAU setakat percaya tuhan itu ada,tuhan melihat dll..semua agama mengikhtiraf benda yg sama...kembalilah kepada tauhid yg betul seperti zaman rasulullah saw...orang yg murtad kita tak boleh halang(sebab memang dah murtad dlm hati-niat)tetapi kita harus berdakwah kepada mereka ni dan tanya kenapa mereka murtad?Kalau tak faham tentang islam ajarkan islam yg tulen...bukan yg ditokok tambah dan cerita karut marut/mitos/israeliat dll..bagi mereka faham.Saya nak tanya saudara2 sekalian..sekiranya saudara2 sekalian diberi kitab bible..beranikah saudara2 baca atau adakah saudara2 sekalian takut akidah terpesong???.PAsti ramai yg akan kata "mana boleh baca..lari akidah"Saya nak bagitau saya dulu pun kristian khatolik..alhamdullilah sekarang saya islam dan syukur kepada Allah swt.Kalau setakat nak baca bible tu takkan menjejaskan akidah...tapi bagi saya kita kena baca dan kena tahu jugak tentang agama lain..barulah kita boleh berhujah..sebab itulah islam ni agama hujah..kalau kita tak tahu agama lain kita tak boleh berhujah melawan hujah mereka...DAn berapa ramai diantara kita membaca Al-quran dan terjemahannya(dlm bahasa melayu)saya ingat segelintir saja yg baca..Terjemahan al-quran pun orang melayu/islam malas nak baca ni kan pula nak baca bible...Nak baca bible lagi pening/boring..ceritanya berulang2...ishh penatlah tulis..cukuplah..dan fikir2kan lah

Anonymous said...

Alhamdulillah...

Akhirnya ada juga yg komen yg saya tunggu2... saya setuju dgn Wordsofpeace, cakap kena ada ilmu...