Thursday, August 11, 2011

Golongan tuduh tidak adil, sebenarnya telah menang pilihan raya

SEBELUM Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan ini.

Selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.

Ini kerana sistem dan proses pilihan raya yang adil yang telah memberi kemenangan besar kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Agenda politik ‘kotor’ melalui penyebaran fitnah dan pembohongan telah menunjukkan hasil. Maka agenda yang sama perlu diulangi untuk menghadapi PRU yang akan datang.

PRU Ke-13 akan menjelma. Taktik dan strategi semasa menghadapi PRU Ke-12 dan beberapa PRK selepasnya akan berulang. SPR sekali lagi menjadi sasaran dan ‘punching-bag’ oleh pihak tertentu untuk meraih simpati rakyat dengan menggunakan isu pilihan raya tidak adil.

Seperti yang berlaku sebelum PRU Ke-12 apabila parti politik tertentu menyertai demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat dan hasil perbuatan itu memberi kemenangan besar kepada mereka. Pada 9 Julai 2011 mereka sekali lagi mempergunakan strategi yang sama, iaitu menyertai demonstrasi jalanan menggunakan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan berjaya mendapat liputan media antarabangsa.

Terdapat parti-parti politik di negara ini yang ketandusan isu untuk memikat hati rakyat dalam menghadapi PRU akan datang. Cara lain yang digunakan adalah menyebar fitnah memburukkan kepimpinan SPR supaya rakyat benci dan simpati. SPR dijadikan ‘kambing hitam’ dalam memperjuangkan cita-cita mereka.

Parti-parti politik di mana jua akan melakukan apa sahaja untuk mencari kemenangan dalam pilihan raya. Tetapi yang ketara berlaku di negara ini adalah perbuatan fitnah dan pembohongan yang menjadi perkara wajib dalam usaha mencari sokongan. Tidak cukup dengan kecaman terhadap parti lawan, SPR turut dijadikan sasaran kecaman dan fitnah. Mereka membuat kesimpulan atas sesuatu isu yang berbangkit semata-mata berasaskan andaian dan tuduhan yang tidak terbukti di mahkamah.

Melalui ceramah dan tulisan, tanpa rasa berdosa SPR dikecam semata-mata kerana buruk-sangka terhadap badan ini. Kebencian rakyat terhadap SPR dan pilihan raya diharapkan menjadi undi simpati yang memihak kepada mereka dalam pilihan raya akan datang.

Pilihan raya demokratik

Pilihan raya demokratik memberi hak dan kebebasan kepada rakyat untuk bertanding sebagai calon dan hak mengundi dalam pilihan raya. Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak dan kebebasan tersebut. Sesiapa jua rakyat yang layak di bawah undang-undang boleh mendaftar sebagai pengundi dan bebas membuat pilihan.

Tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan, calon dan parti politik yang bertanding bebas menjalankan aktiviti kempen dan bertemu pengundi. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia di mana parti-parti politik berkempen sepanjang tahun, sama ada melalui ceramah, media dan sebagainya. Akhbar-akhbar milik parti bebas membuat laporan termasuk fitnah dan pembohongan serta mengedarnya di seluruh negara.

Pada hari pengundian, kenderaan parti-parti politik bebas mengangkut para pengundi dan bebas meraih undi walaupun undang-undang melarang berkempen pada hari mengundi. Di tempat mengundi, rakyat bebas membuat pilihan dan undi adalah rahsia, tiada siapa yang tahu. Selepas tamat pengundian, jam 5 petang, setiap kertas undi sah akan dikira dengan disaksikan oleh wakil calon-calon yang bertanding.

Calon yang mendapat undi terbanyak di isytihar menang dan menjadi wakil rakyat. Apa lagi yang mereka kata pilihan raya tidak bebas dan tidak adil? Adakah apabila menang semua kerusi baru mereka akan menganggap pilihan raya di negara ini bebas dan adil?.

Rakyat perlu sedar bahawa di negara ini golongan yang menuduh pilihan raya tidak adil terdiri daripada mereka yang telah menang dalam pilihan raya. Mungkinkah mereka menang jika pilihan raya dijalankan secara tidak bebas dan tidak adil?, atau jika proses pengundian atau pengiraan undi tidak dilakukan dengan telus dan bersih?

Pemimpin-pemimpin politik yang terlibat dalam demonstrasi jalanan pada 9 Julai 2011 kesemua mereka yang menjadi wakil-wakil rakyat melalui proses pilihan raya yang berlandaskan undang-undang yang adil dan saksama. Mereka telah menang dan menjadi wakil rakyat. Jikalau mereka kalah mungkin ada kebenarannya dakwaan yang pilihan raya tidak adil. Oleh kerana proses pilihan raya yang bebas dan adil, mereka telah berjaya mengisi kerusi-kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang bebas mengamalkan political dynasty di mana ahli keluarga boleh bertanding dan menang dalam pilihan raya jika dipilih rakyat. Ayah dan anak bertanding dan menang kerusi masing-masing. Kelantan telah 22 tahun diperintah oleh Pas berturut-turut tidak berjaya digugat oleh parti BN disebabkan pilihan raya yang adil. Pilihan raya di negara ini berasaskan undang-undang yang ditetapkan. Ada yang menang dan ada kalah, rakyat yang menentukannya. Apa lagi yang kotor dan tidak adil? Bersyukur sahaja kepada Allah SWT atas kejayaan itu.

Parti-parti politik tidak perlu menganggap SPR sebagai musuh dengan menabur fitnah dan kecaman yang tidak dapat dibuktikan. Dalam pilihan raya demokratik yang penting adalah proses pemilihannya bebas, telus dan adil. Siapa yang layak boleh bertanding dan calon yang dipilih rakyat akan menang dalam pertandingan. Parti yang mendapat jumlah kerusi majoriti akan menubuh kerajaan.

Pada 2003, saya menyertai kumpulan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya di sebuah negara di Asia. Saya berpeluang bercakap dengan beberapa pemimpin politik pembangkang yang bertanding. Mereka mengadu amat sukar parti-parti mereka menang walau pun satu kerusi kerana kata mereka proses pilihan raya di negara itu tidak telus dan tidak adil.

Sepanjang pemantauan itu saya berkesempatan melihat sendiri kebenaran perkara-perkara yang diceritakan. Dakwaan mereka terbukti benar apabila semua calon mereka kalah, hanya beberapa kerusi sahaja yang dimenangi parti-parti kecil yang tidak ternama yang dianggap boneka kepada parti pemerintah. Di Malaysia, mereka yang memberitahu kepada media asing bahawa pilihan raya di negara ini tidak adil, kesemua mereka terdiri daripada golongan yang telah menang dan menikmati kehidupan sebagai wakil rakyat.

Permainan politik memerlukan kepintaran ahli-ahli dan parti-parti politik memainkan isu untuk mewujudkan persepsi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat. Di negara ini ada pihak-pihak yang pintar dalam bidang berkenaan. Mereka mengaburi mata rakyat dengan menuduh pilihan raya tidak adil, tidak telus dan kotor. Pelbagai alasan diberi apabila mereka kalah.

Mereka tidak dapat menerima kemenangan orang lain. SPR yang menjalankan pilihan raya secara adil dan saksama yang telah memberi kemenangan kepada mereka, turut menjadi sasaran kecaman dan fitnah. Fikir-fikirlah.

DATUK WAN AHMAD WAN OMAR,

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya

Pilihan Raya Malaysia (SPR)



Utusan Online

23 comments:

Anonymous said...

Syabas Tan Sri diatas penulisan yang benar dan ikhlas.Tetapi yang sebenarnya ialah pihak pembangkang ingin berkuasa di negara ini. Oleh yang demikian mereka mesti mencari apa2 jalan juga pun yang dapat memenangkan pihak mereka.Ini kerana mereka cemburu dengan kejayaan BN yang telah memerintah selama 52 tahun.Namun saya rasa ummat Melayu sudah mula sedar diatas permainan kotor pembangkang ini dan INSYAALLAH GE depan akan mengembalikan kepercayaan orang2 Melayu terhadap BN.

REM said...

Kalau aku jadi PM, setiap kali pilihanraya aku suruh je SPR menangkan BN, biarlah lantak nak kata zalim ke, kotor ke, pengundi hantu ke.
Tengoklah apadah jadi pada BN sekarang, ape benda buat betul pun dikatakan salah. Nak ikut sangat pembangkang tu buat ape.
Kalu tak percaya kita tengok PRU 13 nanti. Jika ditakdirkan BN menang besar dan dapat rampas negeri yang dipegang PR, agak2 diorang akan cakap macam ni tak:
- BN menggunakan SPR
- BN guna jentera kerajaan
- BN pakai pengundi hantu
& macam2 lagi lah. Kalau BN kalah besar, macam PRU 12 lah:
- BN dah tak relevan
- BN dah tak diterima rakyat,
macam2 lagi, hilang pengundi hantu, hilang BN guna jentera rakyat. Diorang nak cakap apa? Bila diorang perintah lagi teruk daripada yang diorang kata BN buat.
Hanya orang yang buta hati, tuli perasaan je yang menyokong ni.
Opps mungkin diorang kata aku tak suka Islam. Ape dioarang ingat diorang tu islam sangat ke?
Nak dengar tazkirah pun pilih2 ustaz atau penceramah. Kalu ustaz tu cerita asyik cerita pasal keimanan, nak tinggikan keimanan, confirm 2, 3 kerat je yang dengar. itu pun orang2 tua. Cuba cerita politik, sumpah seranah, guna ayat alQuran dan Hadis cuit sana sini, Confirm penuh masjid.

Anonymous said...

memang la kita semua ketahui banyak kerusi BN tumbang pada PRU12. Kira dluar jangkaan. Maka dari itu kerajaan perlu mencari jalan bagaimana untuk mengembalikan kerusi2 yg tumbang itu kepangkuan BN. Bayangkan kalau SPR tak bantu untuk topup undi hantu dan undi POS pastinya lebih banyak kerusi tumbang. Ini bermakna nisbah kemenangan yg diperolehi oleh pembangkan sepatutnya 60-40, tapi atas bantuan SPR maka menang cuma 52-48. SPR dah berusaha, tapi topup sebanyak itu masih tidak cukup dan diluar jangkaan. Kalau dikelantan memang la agak susah sebab nisbah undi 70-30. Nak tambah pun nampak sangat. Maksudnya kalau 100 pengundi, hanya 30 org undi BN. So SPR kena la fikir mcm mana nak topup untuk PRU 13 nanti. Selamat berjaya.

zahari1950 said...

Saya syorkan supaya satu peraturan baru diwujudkan dimana wakil rakyat atau mana-mana individu yang melalak mendakwa bahawa SPR tidak telus dan tidak adil, tidak dibenarkan bertanding dalam PRU atau PRK. Atau mana-mana parti atau komponan yang mendakwa SPR tidak telus dan tidak adil tidak dibenarkan meletakkan calon mereka dalam PRU atau PRK.

Justifikasinya, buat apa masuk bertanding jika dah tahu SPR tidak telus dan tidak adil.

Jikalau mereka menangpun, melalui pengalaman yang lalu dan sekarang mereka tetap menyalak mendakwa SPR tidak telus dan tidak adil sehinggalah mereka menang atau hampir menang semua kerusi.

Di Kelantan SPR telus dan adil kerana sudah 22 tahun PAS memerintah Kelantan. SPR hanya akan jadi tak telus dan tak adil bila hampir kepada PRU atau PRK sahaja atau bila kerusi PRK dimenangi oleh BN.

Jika PAS/PKR/DAP atau parti bebas yang mereka sokong menang maka semuanya menjadi senyap sunyi. Pada masa itu SPR telah adil dan telus kerana PAS/PKR/DAP dan lain-lain calon yang mereka sokong dah menang.

Faith Ajar said...

Pembangkang2 nih menang lebih pada undi simpati dan undi protes terhadap pemerintahan dollah badawi dulu...
Setelah sekian lama tak dapat2 jugak kelebihan majoriti, sekarang depa dah tau kelemahan yakni hanya melayu boleh menikam melayu, hanya melayu mampu menjatuhkan melayu dan strategi nilah yg digunakan sekarang yakni menggunakan melayu untuk mengiakan segala dakwaan depa tentang ketidakadilan lah, rasis, zalim walhal dah puluh tahun BN memerintah, jauh sekali kaum2 dan agama2 lain dizalimi...

BN kena bersedia dan juga bersihkan UMNO sebersih-bersihnya sebelum PRU13, gandingkan diri dgn rakyat, sedarkan depa segala taktik dan cara kotor depa nih.

Semua wakil2 dalam UMNO yg dok nak cari makan semata mata sila minggir ketepi...sedar lah diri sikit...

Anonymous said...

anon 3:06 PM,

tak habis2 dgn fitnah kamu!
banyakla kamu punya top up!
ooo..di kelantan tu pas menang aganya krn TOP UP la ye? ckp bulan puasa pun nak fitnah!
agaknya pr yg pandai sgt top-up-top-up ni sampai kebanyakan pemimpin2 atasan pkr ialah keturunan pendatang asing tanpa izin..!

paktua said...

Kepada Anonymous 3.06pm
Tolong beri fakta/bukti dakwaan anda..
Anda boleh provok pihak lawan... tetapi anda tidak sepatutnya memfitnah pihak yang tidak mempunyai kepentingan apabila sesuatu pihak itu mendapat kejayaan..
Jangan membuat kenyataan tanpa bukti kukuh.. Itu fitnah namanya...

Anonymous said...

bila menang, spr adil.
bila kalah, spr dah kena beli.
apa punya mentaliti la. kata kuat agama, tapi tak percaya Qada dan Qadar Allah..lagi bukti tak sempurna iman..

Anonymous said...

tak yah nak fikir..memang takde otal pun mereka tu hehehe jangan mare ar bulan pose ni heheheh

Anonymous said...

pembangkang otak sekerat je..nak fikir untuk pelepas tembolok diorang je..rakyat takdapat ape2 pun..balik2 kerajaan gak yang tolong...yg kena tolong lak..bodoh sombong pulak tu..banyak ngat makan ceramah..sebab tu suma org tak betul..dia je betul heheheh

tokgaru said...

Hai SPR

Tok sah duk layan lah puak sasau tu. Yang turun berhimpun masa Bersih 2.0 itu hari, ada peguam tapi sasau, ada ulamak pun sasau juga, ada pemimpin politik lagi sasau.

Kalau SPR nak layan puak sasau tu, sampai kiamat pun tak akan terlayan punya.

Jika tuhan duk depan depa dan tuhan bagi tahu " hey manusia, SPR tak pernah tipu rakyat, yang duk tipu rakyat itu adalah hangpa " Mereka tetap akan kata SPR penipu.

Tapi mereka sure akan berhenti kata SPR Tipu jika mereka menang dan berjaya membentuk kerajaan pada PRU 13 nanti. Hee .... seram, nauzuibillah minzaliq.

Aku lah ni kalau Hadi Awang dan Nik Aziz mai duk baca hadis dan quran pun aku tak berapa nak pakai dah. Hadis hadis juga. Quran quran juga. Nak pakai tak pakai pun kena lah tengok juga muka orang yang baca dulu sebab lah ni Lim Guan Eng pun dah pandai, Lim Kit Siang pun dah pandai, Karpal Singh pun dah pandai .... mereka berguru dengan Nik Aziz dan Hadi Awang.

Tapi kalau hadis dan quran yang dibaca atau disebut oleh Nasrudin Hasan Tantawi dan Hasan Ali .. haaa depa dua orang nih boleh pakai lagi sebab tak pandai nak berputar belit lagi.

Anonymous said...

mantan pm yg lepas banyak membuat kesilapan,dia harus mohon maaf kepada ramai org melayu dan badan2 kerajaan. mereka dihina dan sengaja diperlekehkan supaya rakyat benci.[roy]

Anonymous said...

aku setuju sangat ngan REM... pada PRU akan datang pastikan BN menang di semua negeri... kerajaan negeri pembangkang merosakkan apa yang telah kita bangunkan selama ini... sampai yayasan boleh bankrap pun ada... kita mesti gagalkan dan musnahkan pembangkang ini dengan apa cara sekali pun... diaorang dah melampau... Islam diperlekehkan, kawasan dan perniagaan melayu di robohkan... tak boleh jadi... tak boleh jadi...

Anonymous said...

kalau ada 10 jiran, yang pasti sekarang ini, sorry to say, hanya 3 jiran berpihak kepada pakatan rakyat.

Anonymous said...

Kalau nak katakan SPR ikut cakap pemerintah makanya kenapa pula SPR tidak bolh dituduh dengar cakap Ambiga?

Bukankah pembangkang mengaku bahawa k/t SPR lebih ramai di pihak mereka berbanding Bn?

Makanya, kalau cam tu bukankah barisan yang satu lagi yang sepatutnya mengomplen kerana kehilangan banyak kerusi?

kah kah kah

awie958 said...

Menang kalah ketentuan dan ujian oleh ALLAH kedua pihak kena terima dengan redha terutama yang berugama Islam ni kena percaya Qadak dan Qadar

Anonymous said...

bro,
aku dulu tanya puak puak pr ni. kalau u all claimed yg spr tak telus tapi kenapa you all menang a few state masa GE dulu?.... dengan muka riaknya mamat tu bagitau " klu spr tu telus, pr sure sapu keliling punya!!!"

itu yg aku tak paham dengan diaorang ni....sama la dgn anon 3.06 tu...bodoh sombong!!!

zack

hanizam said...

susah bercakap dengan juak PAKATAN...depa ingat depa je betul...memang betul dulu BN jatuh sebab POK LAH punya hal...undi protes rakyat dah bagi...

dengan kehendak ALLAH, bila PAKATAN menang, kita disajikan pulak dengan cara PAKATAN memerintah...tengok je perbezaan antara BN & PAKATAN...

kat selangor ape dah jadi???kat perak, sempat diselamatkan, penang...memang kena teruk melayu kat sana...kedah, sama gak...

tang kelate, hhmmmmm......ikut depalah...bak kata orang, agama ditaati, kehidupan dunia kena seiring jugak....

sic6sic said...

hahahahah main topup topup plak ye skarang.. kepalo ayah kau..
yg ramai jd kerani undi tu sume cikgu2 yg bnyk sokong pembangkang..
dlm bilik mengundi pun ado ejen2 parti.. time undi & kiro undi..
palo ayah kau nak topup topup..

TEEBUKTI said...

PAKATAN HARAM DIPANGKAH WALAU 1 Undi

PKR DAN PAS TIDAK AKAN BERUPAYA MELETAKKAN AGAMA RESMI SBG ISLAM PUN....JGN CAKAP BANYAK!!!


..antara islam dan kristian pun mereka dah tak reti ambik keputusan !!!

Anonymous said...

BUAT JE UNDANG2 Setara...

JIKA SPR DITUDUH TANPA DAN TERBUKTI PALSU ..CALON YG MEWAKILI PARTI MENUDUH TERGUGUR SECARA AUTOMATIK...

Anonymous said...

ini cakap orang politik..dah bos dia pun orang politik..bukan soal menang kalah..BN menyalahkangunakan jentera kerajaan dan media. semua kakitangan mesti menjadi ahli bn ker?

Anonymous said...

spr kena fikir macamna nak menangkan BN dlm PR13.kalau tak datuk kena pecat nanti..