Sunday, August 7, 2011

Isu JAIS-Gereja: Adakah Umno dan Media Akan Menjadi Mangsa Pas Lagi ?

Setiap kali timbul isu yang membuatkan Pas tersepit antara kepentingan agama dan bangsa dengan kepentingan undi untuk mereka , maka pendirian yang paling selamat sekali mereka lakukan adalah menyalahkan Umno dan media masa.

Isu kandang babi mega di Morib, isu rampasan arak di Shah Alam, isu kuil juga di Shah Alam, Isu Kalimah Allah, isu pemimpin DAP masuk Masjid dan Surau, isu pemimpin DAP mempermainkan ayat Quran, isu negara kristian di P.Pinang, isu pemimpin DAP tak pakai songkok dan macam-macam lagi. Semuanya disalahkan Umno sedangkan yang mencipta masalah adalah mereka dan rakan-rakan mereka.

Isu yang terbaru yang masih segar dalam ingatan kita ialah isu penutupan kelab malam di Kedah sepanjang bulan Ramadhan. Yang buat keputusan untuk menutupnya adalah Kerajaan Pas Kedah dan yang buat keputusan untuk membatalkannya adalah Pas Pusat. Tapi tak semena-mena Umno dan media masa pula yang menjadi mangsa dalam isu berkenaan. Umno pula yang dipersalahkan semata-mata nak tutup 'kemaluan' mereka.

Hari ini Pas sekali lagi tersepit antara kepentingan agama dengan kepentingan mendapatkan undi dalam isu JAIS-gereja yang sedang hangat di Selangor.

Pas dijangka akan mengadakan mesyuarat pagi ini dan akan umumkan pendirian mereka selepas mesyuarat berkenaan.

Pada jangkaan anda adakah Umno dan BN atau pihak media masa sekali lagi akan menjadi mangsa Pas ?

Saya berpandangan , ya.

Jika tidak banyak , sikit pun mereka akan cuba sedaya upaya untuk memalitkan Umno dan BN atau media masa dalam konflik berkenaan sepertimana konflik-konflik yang lain sebelum ini.

27 comments:

Anonymous said...

As salam,kita dh nampak dh sebelum kejatuhan pas, Allah tunjukkan satu persatu kelemahan pas mempertahankan agama Allah yang suci ini, mereka ni sentiasa menyalahkan umno sb mereka ni ingat mereka selalu betul dan umno sentiasa salah,tp mereka x ingat Allah tu sentiasa memerhatikan perbuatan mereka,lg pun org2 pas ni selalu perasan yg Allah hnya sayangkan mereka sj tu sb mereka blh buat apa sj n setiap kesalahan wpun dicipta oleh mereka, pasti mereka akan menuduh umno,utk makluman org2 pas, Allah pasti akan beri kemenangan kepada umno/bn pd PRU13,untuk memerintah negara Malaysia.

ZK said...

post seterusnya daripada rbf bertajuk ramalan rbf tepat!!

zahari1950 said...

Yang suruh buat serbuan Hasan Ali - salah seorang pemimpin tertinggi PAS di Selangor.

Siapalah agaknya yang akan menjadi mangsa yang akan dipertanggung jawabkan.

Adakah UMNO/BN/Utusan/Media yang menjadi puncanya?.

Bolehkah PAS dan Melayu/Islam dalam pembangkang menerima kenyataan bahawa orang Islam telah ditaja mengadakan majlis berbuka puasa di dalam gereja dan telah dihadiahkan dengan bible yang terjemahan bahasa Melayu. Apa maksudnya?.

Tidak adakah lagi masjid,surau, rumah kebajikan Islam, rumah anak yatim Islam atau sekurang-kurangnya menyewa dewan atau hotel untuk mengadakan majlis berbuka puasa selain dari dalam gereja?.

Jika PAS dan Melayu/Islam dalam pembangkang tak bersetuju dengan UMNO sekalipun, ingatlah bahawa agama Islam di Malaysia pada masa ini sedang diganggu-gugat oleh kafir.

Yang lebih mengejutkan apabila MB Selangor dan Khalid Samad (Tim. Pesuruhjaya Pas Selangor)telah mengecam JAIS dan sebaliknya telah menyokong serta menyebelahi penganjur dan pihak Kristian (gereja)mempertahankan perbuatan yang menghina dan menggugat Islam tersebut.

Kafir telah begitu berani kerana pihak Islam yang memegang kuasa di Selangor sentiasa menyebelahi dan membela kafir walaupun perbuatan tersebut mengancam kepentingan agama Islam dan Melayu.

Anonymous said...

AKU TAK NAK ULAS SECARA CERDIK ATAU ILMIAH BERHUBUNG PERKARA INI KERANA SETAHU AKU MANUSIA DALAM PAS NI TAK CERDIK....CUKUPLAH AKU NAK KATA KALAU PEMIMPIN PAS NI TERKENTUT ATAU TERBERAK DI DEPAN ORANG PUN MEREKA AKAN MENGATAKAN KEAIBAN MEREKA ITU ADALAH DISEBABKAN OLEH UMNO......CUKUPLAH PERBANDINGAN MANUSIA DALAM PAS SAMA NILAI NYA DENGAN KENTUT DAN TAHI MEREKA SAMA TARAF SAJA......SEBAB ITU AKU GUNA PERBANDINGAN BODOH INI SEBAB MEREKA PUN BODOH MACAM BENDA ITU....

Anonymous said...

What can we expect from pas? Parti org bodoh. Skg dah tukar drpd parti Islam kpd parti ambiga Sreevanesan (PAS). Maka takbir bertukar takebeer

Anonymous said...

aku rasa la, majoriti penyokong pas takkan salahkan umno. yg akan salahkan umno atau bn cuma manusia2 bodoh je yakni manusia hati busuk yg mudah ditipu hidup2.
sebab, yg pergi ke gereja tu atas arahan hassan ali, org pas, dia bukannya org umno.

Sedarlah said...

Keluarga sendiri tak terjaga kemudian salahkan keluarga orang lain untuk menutup kesalahan. Akui sahaja kesilapan dan bekerjasama untuk bersatu. Walaupun bangsa Islam merupakan majoriti di negara ini tetapi akibat daripada perpecahan...bangsa Islam sebenarnya hanya minoriti kecil.

Anonymous said...

memang ini masalah JAIS, PAS dan gereja tapi perkara yang membawa kepada masalah ini ialah ibu tunggal dan oang miskin terpaksa terima bantuan gereja sbb badan kerajaan yang bertanggung jwb tak peduli masalah mereka.

siapa badan kerajaan yang bertggung jwb itu?

haa....masa ni la deme salahkan BN dan UMNO..

pusing2 pun salah UMNO jugak...

Anonymous said...

Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka,
sehari akhirat = 1000 tahun di dunia,
seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki,
1 - ayah kandung
2 - adik beradik lelaki
3 - suami
4 - anak lelaki kandung
SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.

P/s: buat kaum wanita, bantulah suami/ayah/abang mu dari azab neraka ALLAH YANG AMAT DASHYAT

tokgaru said...

Anonymous 1207

Kau silap masuk lah bro. Ini bukan tempat untuk kau berdakwah atau membawa cerita2 illusi. Orang lah ni dah kureng lah dengan cerita2 macam tuh.

tokgaru said...

Meluat Sangat Dah

Bila jadi benda2 tak elok berkenaan islam. Pas kata Umno punca. Umno pulak kata dekat Pas. Tapi kedua2nya tak pernah nak ambil tahu kenapa benda tu terjadi. Yang mereka tahu salah menyalah.

Tapi aku, tak mahu jadi bodoh nak masuk belah mana2 pun.

Cuma aku nak tanya kepada Umno dan Pas. Ada pi jumpa tak yang 12 orang melayu yang dikatakan hadir majlis buka puasa di gereja. Pi tanya depa soalan berikut :

1. hangpa dah masuk kristian ke belum ?
2. pasai apa hangpa masuk kristian ?
3. siapa yang tolong kira bagi hangpa masuk kristian ?
4. apa yang depa janji dan depa dah bagi bila hangpa jadi kristian ?
5. sapa lagi dalam keluarga hangpa yang dah masuk kristian ?
6. sapa lagi di kalangan saudara mara dan sahabat handai yang dah masuk kristian ?
7. apa yang tak kena dengan islam sampai hangpa cabut lari pi masuk kristian ?

Dah tahu sebab musababnya, baru lah bertindak memperbaiki islam supaya yang duk ada tak lari keluar, yang di luar tak sabar2 nak masuk islam.

Ini pandangan aku. Kerana islam nih di tadbir urus oleh orang yang tak berapa ikhlas (guna islam untuk tujuan politik), premis ialam nih nampak macam sebuah dangau buruk saja .. bila hujan bocor, dinding pula berlubang2 sampai tak ada privacy langsung.

Aku tahu penganut agama lain duk gelak dekat hangpa. Aku pun nak tumpang sekaki lah .. kah kaahh kaaahhhhhhh.

Anonymous said...

anon 11:36am

tidak mustahil jugak yg keje dlm badan kerajaan yg sepatutnya bertanggungjawab tu penyokong2 pembangkang kan? so, saja je nak sabotaj kerajaan, mula la birokrasi itu ini smp nak mohon bantuan pun susah..

tokgaru said...

" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu "

Melayu Khalid yang sekor nih lebih kurang macam Pak Dol dulu lah, tak tahu lagi cerita yang sebenar dah hantar duta kita pi sembah Beijing konon nya pasal polis kita suruh amoi dari negeri buat ketuk ketampi sambil berbogel. Lah ni semua orang dah tau amoi tu sebenarnya seorang wanita melayu tempatan. Tak bermaruah punya Dolah Badawi .. mujur lah dia cepat berambus.

Apa nak buat, orang melayu tak undi pun bagi Khalid menang sampai jadi MB. Yang undi Khalid adalah bukan melayu. Kalau melayu selangor undi bagi Khalid naik jadi MB, memang korang sengaja cari penyakit lah.

Sekarang ni pun korang dah rasa kan, melayu sakit, islam pun sakit. Padan muka korang Selangor.

Anonymous said...

Saya cuma rasa hairan kenapa wakil Shah Alam beriya iya sangat mempertahankan gereja?

Wallahualam

RR

timun said...

hehehehe...nasib Selangor..ngor..ngor..ngor..lama2 jadi PENGOR..

Anonymous said...

kawe nok kata..puak2 pakyanggoat janggut sejemput ni kalu pelir dia mampus pun umno yang dipesalahkan.

Anonymous said...

kalau Pas nak kalah tergolek dog di PRU13 nanti, pecatlah Hassan Ali tu dan naikkan Ronnie Lau, Teressa Kok, Elizabeth Wong dan yang sewaktu dengannya tu. kalau pengundi Cina sahaja yang mengundi Pas di kawasan Melayu Pas akan hilang wang pertaruhan terus.

Khalid gagap, kau jual je Selangor ni kat DAP, kau pun cuma berminat melingkupkan semua sistem yang sedia ada je, negeri selangor ni dah jadi tunggang langgang jadinya, kau memang seorang Mb yang langsung tak boleh pakai, lepas PRU13 nanti fail peribadi kau akan diserahkan pada SPRM, kalau kau rasa takut, sembunyikanlah apa yang patut mula dari sekarang ni, takut nanti kena beristirehat di resort 5 bintang sungai Buluh pula bersama bos kau tu. pada masa tu duit kau yang banyak tu tak de gunanya langsung.

tokgaru said...

Anon 937

Setuju biar Pas tergolek pada PRU 13 nanti. tapi biarlah dia tergolek abau di mana saja dia cuba menentang Umno. tempat yang Umno tak bertanding bagi lah kepada Pas supaya dia jadi pembangkang untuk memperkasakan islam.

PKR pula, jangan kasi chance langsung, biar dia menang kosong untuk DUN dan kosong juga untuk parlimen.

Okay tak kalau macam tu ?

tokgaru said...

Haa penyokong Pas.

kau tengok aku tokgaru, walau pun tak suka dengan Pas tapi masih juga mahu lihat Pas menang dalam kawasan tertentu.

korang boleh buat macam aku ? korang dengar nama Umno pun dah meloya sampai muntah keluar hijau.

itu lah perbezaan di antara yang sokong Umno dengan yang sokong Pas.
yang sokong Umno masih boleh berfikiran waras, tapi yang sokong Pas akal dah jadi jumut.

jangan marah no, kami habaq benda yang betoi.

Anonymous said...

Anonymous said... memang ini masalah JAIS, PAS dan gereja tapi perkara yang membawa kepada masalah ini ialah ibu tunggal dan oang miskin terpaksa terima bantuan gereja sbb badan kerajaan yang bertanggung jwb tak peduli masalah mereka. siapa badan kerajaan yang bertggung jwb itu? haa....masa ni la deme salahkan BN dan UMNO.. pusing2 pun salah UMNO jugak.

.. August 7, 2011 11:36 AM

-------

TKASIHLAH...KORANG2 Katalah Dua2 salah..pasngok dan umno ngok



KINI BARU PAS TAHU JULUNG2 KALINYA...

..SUKAR MENEGAKKAN KEBENARAN JIKA TIADA PERPADUAN DIKALANGAN UMAT ISLAM...

JIKA TIADA PERPADUAN ..BUKAN SJ KEBENARAN TAK DAPAT DIUCAPKAN..MALAH KESESATAN YG TERPAKSA DIUCAPKAN ....CUBA NILAI2 KATA PEMIMPIN2 PAS YG SUDAH LEMAS...

ia TELAH HILANG HIDAYAT YG MANA MUSUH ISLAM..MANA MUSUH POLITIK...

whiteorange said...

Nanti dalam Neraka pun mereka akan salahkan UMNO ???

Anonymous said...

Korang baca la dari blog Green Book, aku dah agak dah sikit nama Umno Dan BN pasti ada untuk menyelamatkan PAS.. KEsian BN jadi kambing hitam je selalu... Nah bacalah Dari GB:


PAS hari ini mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kotroversi terbaru.

Jelas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja itu.

“Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0.

“PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan dan selesaikan masalah ini,”katanya selepas pada sidang media di sini.

Beliau terlebih dahulu mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Tambah Hadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan program anjuran Harapan Komuniti bertujuan untuk memurtadkan umat Islam.

Hasan, sebelum ini mempertahankan tindakan Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu dengan alasan pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

“Hasan Ali telah memberikan penjelasan dan beliau bersetuju dengan cadangan kita (untuk adakan pertemuan dengan Jais dan gereja).

“Bila (maklumat daripada) media tak cukup kita perlu turun ke medan... tidak timbul masalah bukt,i sebab itu kita akan jumpa terus dengan kedua-dua pihak,” kata Hadi.

Tambah Ahli Parlimen Marang ini, PAS terpaksa mengadakan pertemuan dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama sebagai langkah selamat selain dapat memberi keadilan kepada semua pihak termasuk Hasan.

Surat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan Jais dan gereja akan dihantar esok melalui Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Kita mahu dapatkan penjelasan kedua-dua pihak, mesti daripada orang yang berkenaan daripada pihak Jais dan gereja sendiri... laporan media tak cukup.

“Hasan Ali sudah jelaskan dan beliau juga dapat laporan itu setelah (serbuan) berlaku, sebab itu kita mahu dapatkan gambaran (sebenar) daripada kedua-dua pihak,” katanya Hadi.

Walaupun diasakan dengan pelbagai soalan berhubung tindakan Jais itu, Hadi bagaimanapun menekankan pihaknya mahu mendapatkan maklumat daripada kedua-dua pihak terlebih dahulu.

“Kita akan bertemu dengan kedua-dua pihak, pendirian ini sama... jadi tidak timbul sokong siapa yang penting penjelasan dulu, bagaimana dibuat, siapa yang bertindak... dah jumpa baru kita tahu.

“Kita perlukan penjelasan secara langsung, bukan daripada media,” katanya.

Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Tambah Hadi: “Semua perkara akan jelas selepas berjumpa dengan pihak gereja.”

Ekoran kontroversi itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu.

Beliau berkata langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor. -TMI




Ulasan GB

Kita harap ia TIDAK TERLALU LEWAT sebelum isunya berjaya dimanipulasi dan dieksploitasikan musuh.

Sekarang pun dah wujud tanda-tanda besar ianya telah dimanipulasikan sedemikian rupa oleh media massa arus perdana.

Anonymous said...

buat saudara RBF..
bagi saya lebih baik kita melihat sendiri keadaan semasa yg semakin runcing ni daripada kita melihat PAS-UMNO...

percayalah..makin ramai sedara2 Islam kita yg tersepit...

pernah terjadi di IJN baru2 ini..seorang bapa menangis bila permohonan utk mendapatkan bantuan dari JAWI bagi menanggung kos pembedahan anak beliau ditolak..

yg dtg membantu,NGO Kristian...

tu baru satu kes yg di depan mata saya...yg lain2??

mmg setuju dengan kenyataan trbaru ustaz MAZA...mana pegi duit zakat kita??

smpai begitu keadaan umat melayu islam kita skarang ini...

teruskan berjuang Dr.Hassan Ali.

-Warga Shah Alam-

Aliffnajmi said...

Menyentuh soal zakat ni, sy juga berhrp agar dpt diperbaiki lagi sistem pengagihannya.
Namun spt yg kita semua tahu, NGO2 Kristian di Malaysia ni kebanyakan dananya ditaja oleh persatuan2 Kristian dari seluruh dunia.
Sedah tentulah kekayaan dan keupayaan lebih tinggi berbanding dgn pusat zakat yg hanya bergantung pada pungutan zakat umat Islam seluruh Malaysia. Itu pun tak semua umat Islam Malaysia membayar zakat.

Oleh tu, marilah kita membayar zakat dan sama2 kita memberi idea utk perbaiki kelemahan2 yg terdapat pada Pusat Zakat bukan hanya di Selangor, tp di seluruh Malaysia.

Anonymous said...

saudara Aliffnajmi...

setuju dgn anda..

tiada siapa yg mampu kukuhkan agama islam kalau bukan kita..

mmg kerja kita utk membela kaum seagama kita...

kadang2 sedih bila tgk org yg x sepatutnya dapat bantuan,dibantu disebabkan ada cable..

bagi yg bernasib malang,makin susah...time ni la datang anasir2 yg agama lain yg masuk secara halus...


-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

UMNO PHOBIA????

gentingsena said...

Tu la panggil bukan islam bagi tazkirah kat, masjid, surau dan ceramah bersurah lagi, tok guru pun seronok, terlompat2, konon2 yang dap sudah paham tentang Islam, sekarang tiba masanya dia orang tarik dalam gereja pula baru padan muka2 pas tu, yang amat sedih ialah yang masih kuat Islamnya. Kepada orang Melayu dan bukan Melayu yang beragama Islam tolaklah pas agar Islam berkembang tanpa fitnah & maki hamun..