Tuesday, August 9, 2011

Kerana JAIS 12 Orang Terselamat Dari Dimurtadkan

Kisah sebenar di sebalik pemeriksaan JAIS terhadap orang islam di gereja methodist Damansara Utama. Klik di sini.

Soalan-soalan diatas sengaja diberi dan diminta jawapannya untuk menguji tahap keislaman orang-orang islam yang berada dalam majlis tersebut. Sebab itu soalan-soalan yang ditanya cukup mudah. Kalau dia lihat ada orang islam yang tak boleh jawab soalan-soalan mudah itu senang untuk mereka memurtadkan orang islam tersebut kerana orang itu asas islam pun tiada.

Kepada semua orang islam saya nak pesan, JAIS tidak ceroboh, tidak serbu dan tidak pernah rempuh gereja berkenaan.

JAIS ke sana dan minta dengan pihak gereja dengan cara baik untuk melakukan pemeriksaan ke atas orang-orang islam yang berada dalam gereja tersebut.

Saya ulang balik, JAIS hanya nak orang islam sahaja. Orang agama lain dia mereka tak peduli kerana itu bukan berada di bawah tanggungjawab mereka.

Akhirnya dapat 12 orang islam dalam gereja tersebut.

Cuba anda bayangkan sekiranya tiada tindakan oleh JAIS pada malam itu kemungkinan besar 12 orang tersebut telah murtad.

JAIS telah menyelamatkan 12 orang islam dari dimurtadkan , tapi seorang MB yang beragama Islam yang mana JAIS adalah sebuah agensi dibawahnya , boleh perlecehkan kerja yang JAIS lakukan dan pergi minta maaf dengan paderi.

Allahuakbar.....Allahuakbar.....Allahuakbar.....

Marilah kita semua umat islam di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada JAIS diatas sumbangan besar yang mereka lakukan iaitu menyelamatkan 12 orang islam daripada dimurtadkan. Tegak bulu roma saya wahai kawan-kawan sekalian.

Kita semua patut fikir untuk beri hadiah atau penghargaan kepada kakitangan-kakitangan JAIS yang terlibat dalam operasi menyelamatkan umat islam pada malam tersebut. Mereka sanggup korban masa berbuka puasa mereka bersama keluarga semata-mata hendak selamatkan 12 orang umat islam daripada dimurtadkan.

Seteruk mana sekali pun seseorang islam itu selagi dia mempercayai Allah (selagi islam) syurga untuknya telah terjamin. Tapi kenalah lepas ujian-ujiannya dulu ya. Jangan ingat mudah-mudah ja dapat masuk syurga. Soal penyokong parti Pas masuk syurga, penyokong Umno masuk neraka semuanya karut. Itu hanyalah mainan Pas untuk dapat undi.

Manakala bagi orang islam yang murtad dan menjadi kafir , tiada syurga untuknya. Di akhirat kelak mereka hanya menjadi kayu api.

17 comments:

Anonymous said...

bagi aku la,
sesiapa pun yg menyalahkan jais dan hassan ali dlm kes ini, memang memiliki selemah2 iman..
sekian

Anonymous said...

Antara tugasan menyelamatkan akidah individu agar tidak tergelincir dan rosak teruk, berbanding usaha selamatkan kafir daripada terjebak dalam aktiviti perjudian, mana yang patut diutamakan?

Anonymous said...

apalagi PASPISPUS, berarak la satu KL bantah murtadkan orang Islam. takebeer!

MMR said...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BESAR AKU 100% MENYOKONG TINDAKAN JAIS

Anonymous said...

nak highlight satu benda... MB selangor tu betul ke Islam?

-fd-

MOH said...

itulah bongoknya pakatan ni, bila tiba2 jadi tajuk utama akhbar "12 ORANG ILSAM MURTAD DI PETALING JAYA". pasti diorang akan kata, kakitangan awam lembab,tak amanah, tak sayang islam, nak buat macamana pemimpin BN pun bukan kisah sangat dan macam2 lagi seolah olah dialah hero. tapi bila JAIS buat langkah pencegahan awal,pun dihentamnya juga dengan diputarbelit seolah2 serbuan pengganas. Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah kepada kami dan mereka. politik apa yg diorang guna ni? demi akidah umat Islam apa salahnya bersatu.

Anonymous said...

Kerana UNDI!! Pas,Pkr sanggup jual maruah agama...

Hadi Awang Besi NANTI ko tlg jawab dlm kubur atas apa yg kau buat ttg isu ini !!!

Pas MUNAFIK!!

ruang bicara faisal said...

saya difahamkan hassan ali tidak tahu menahu mengenai operasi ini. dia hanya dimaklumkan selepas operasi dilakukan.

saya yakin kalau hassan ali tahu awal2 dia pun tak bagi jais buat operasi itu kerana takut kpd dap,pkr dan pas pusat.

selepas dimaklumkan setelah operasi selsai nak tak nak hassan ali terpaksa pertahankan anak-anak buahnya di jais.

jgn terlalu awal nak puji orang2 pas. mereka ni bukan blh percaya sgt. hari ni ckp lain, esok lain.

kalau hassan ali betul2 berani dah lama dia ketuai operasi bersama jais di kelab2 mlm dn rumah2 urut di negri selangor. dia pun penakut beb dan nak jaga politik dia.

bila dah tersepit sekarang baru dia nak ckp saya rela dipecat ,digugur dan sebagainya.

Alor Janggus said...

Selepas PRU 12, MAJORITI pemimpin Islam/Melayu dari PR kelihatan sangat lemah dalam membela Islam. Apa saja isu yg timbul, jika melibatkan konflik dengan Non-muslim mereka seolah-olah mengalah manjang. Saya sendiri malu menjadi ahli PAS. Nampak takut bebenor dengan Lim Kit Siang & Karpal Singh. Macam mana la nanti nasib Agama & Umat Islam, kalau ditakdirkan PR menang di PRU 13. Nampak macam gelap saja.

Anonymous said...

Dulu depa kata nak selamatkan peminum alkohol kalau dapat kuasa. Bila dapat kuasa depa senyap aje! Bukan saja bilangan penjamah alkohol berkurangan sebaliknya kalau statistik penggunaan dijadikan ukuran, ianya bertambah!

tokgaru said...

Tak apa

Mana2 yang masih rasa nak sokong Pas pada PRU 13 nih, masih ada masa lagi untuk pikiaq, buat sembahyang tahajut minta Allah tunjuk sapa yang Allah mahu diantara Pas dengan Umno.

Kalau untuk Anwar Ibrahim hangpa boleh sembahyang tahajut minta Allah tunjuk orang dalam video tu bukan Anwar. Pun Allah dah tunjukkan, tapi yang leceh nya hangpa tak mahu pakai pulak, hangpa kata macam Anwqar saja tapi bukan Anwar lagi.

Tak tau lah nak kata apa lagi. Orang Pas nih dengan Allah pun depa boleh duk layaq buruk lagi, mentang2 lah Nik Aziz tu Allah bagi jadi tukang jaga pintu syurga, eksyen habis depa.

paktua said...

Aset besar puak ini : mereka dibarisi ramai pakar 'loya' kaki putar, kepandaian memutar lidah yang boleh mengelirukan. Oleh itu sesiapa yang mahu jadi keldai mereka, akan dijanjikan khidmat 'loya' .. Itu yang menjadikan keldai-keldai mereka jadi liar mengalahkan singa..

tokgaru said...

Saudara Faisal

Anda kata Jais telah menyelamatkan 12 orang islam daripada dimurtadkan. Itu kata anda.

Tapi adakah Parti Kebajikan iaitu Pas sependapat dengan anda.

Mungkin, Pas panggil YB Hasan Ali untuk diberi amaran yang berbunyi " kenapa kau buat macam ni, kalau depa tak undi kita, habis lah kita "

Mungkin, Pas datang menyembah pihak gereja dengan kata2 " kami minta maaf, Hasan Ali sebenarnya memandai2, kami tak restu pun, tolong jangan ambil hati ya "

Hanya Hadi dan Khalid Samad saja yang tahu cerita sebenar.

Anonymous said...

Isu ini nampaknya telah diperbesar-besarkan, dipolitikkan dan disensasikan dengan hebat oleh pihak PR mahupun BN.

Janganlah sampai kita bertelagah spt di Ambon, Selatan Thai, India dan negara lain. Selesaikanlah masalah ini dengan baik. Berlapang dadalah dan tanamkan rasa hormat dalam diri ketika mencari penyelesaian..

Yang pasti kejadian ini, seolah-olah cuba untuk mengalih perhatian kita terhadap seorang "ANUgerah Tuhan" yang ketika ini sedang menghadapi perbicaraan..

Anonymous said...

Dr.Hassan Ali mmg tegas pendiriannya..tahniah...

beliau tidak seperti pemimpin lain dari semua parti melayu islam yg ada di malaysia ni..

beliau sgt komited dgn tugas yg dipikul...

saya harap,saudara RBF sudah faham kenapa saya sering pertahankan segala program dan tindakan beliau selama ini...

isu ini bukan lagi isu UMNO atau PAS..ini isu untuk semua umat islam di Malaysia

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

rbf...

Si Zul Nordin punya la puji Hasan Ali, dia la yang naikkan macam2 aktiviti keIslaman sampai si Zul terpegun dan bangga..

Tak tau lain lak sifat Hasan Ali bila jadi ahli pas... rupanyer bukan Hasan Ali join serbuan JAIS.. sekadar dapat report jer..

Hasan oh Hasan... nasib badan..

Anonymous said...

ini salah satu petunjuk dr ALLAH (setelah pihak-pihak PR mengadakan solat hajat), landasan mana yang harus dipilih rakyat.

kepincangan satu persatu ditunjukk..

tuh pun depa takda akai lagi..