Wednesday, August 24, 2011

Khalid Jual Nama Sultan Lagi

Anjing kalau dah biasa makan tahi, maka tahi juga yang dicarinya...


Sultan S'gor Nafi Titah Bentuk Majlis Penasihat Syura Sebagaimana Yang Diumum MB


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita yang menyatakan penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas adalah atas titah perintah baginda.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda,Datuk Mohamad Munir Bani, pada Selasa, Sultan Sharafuddin menafikan bahawa baginda ada mengeluarkan titah perintah tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, apa yang sebenarnya berlaku ialah, Menteri Besar telah memohon pertemuan dengan Sultan Idris untuk memaklumkan kepada tuanku hasrat kerajaan negeri memanggil satu pertemuan dengan pengurusan DUMC berhubung insiden yang berlaku pada 3 Ogos sewaktu Jais membuat pemeriksaan mengejut.

Dalam pertemuan tersebut, kata Munir, Khalid turut membawa bersama Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sultan membenarkannya.

Bagaimanapun menurut Munir, Sultan juga turut menasihati Khalid agar turut membawa timbalan mufti Selangor supaya mereka dapat dinasihati berhubung hal ehwal Syariah.

Isu perbincangan mereka, menurut Munir tidak langsung menyentuh isu Jais dan DUMC.

Oleh yang demikian, jelas Munir, arahan yang mengatakan bahawa Sultan Selangor bertitah atau menasihati supaya kerajaan negeri membentuk sebuah Majlis Penasihat Syura berkaitan isu Jais dan DUMC adalah tidak berbangkit sama sekali.

Beliau menambah, pendirian Sultan Sharafuddin berhubung pembentukan sebuah lagi Majlis Penasihat Syura adalah tidak diperkenankan memandangkan Selangor sudahpun memiliki Majlis Agama Islam (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti.

Pada Isnin, media massa melaporkan, bahawa Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas.

M Star Online
Ini bukan kali pertama dia menipu menggunakan nama Sultan. Semasa isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor juga dia menipu guna nama Sultan.

Itu yang secara terbuka dan diketahui kita. Yang kita tak tahu entah berapa banyak sudah nama Sultan yang dijualnya.

14 comments:

Anonymous said...

Beruntunglah Rakyat Selangor dapat seorang MB macam Khalid Gagappp he he he

arcadia said...

dalam gagap² pun nak menipu lagi~

MMR said...

RBF,
Cakap banyak tak mau....tapi itu lah yang di namakan PARTI KELENTONG RAKYAT

pengundi atas pagar said...

pada pendapat saya mb khalid tu tak mampu membuat keputusan sendiri demi menjaga hati dap dan non muslim. lalu seboleh2nya dibiarkan keputusan seolah2 dtg dari pihak lain.

Otak Geliga said...

lepas ni nak pusing apa lagi?...mungkin kata ini KONSPIRASI BN/UMNO atau media massa putar belit ayat/salah faham????....yg menyokong PR pun akan terima bulat2 dgn tengkorak yg kosong sambil anggguk2 bengong. heh

Anonymous said...

orang selangor memang cukup 'bertuah' memilih mb seperti ini..'tahniah' rakyat selangor!!!

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian?? kena tunggu 4 atau 5 tahun lagi la jawabnya..hehehe

Anonymous said...

kalau agama sanggup digadai dengan harga yang murah makanya apa sangat ertinya ketua agama pada pandangan mata pakatan haramit ini.

hakikat ini perlu disedari oleh rakyat iaitu kalau agama telah dijadikan alat makanya lambat laun rakyat pula yang akan dijadikan alat.

nah untuk merampas kuasa, rakyat hanya perlu diperalatkan dalam bentuk sogokan 'kuasa rakyat' tetapi setelah manisnya habis maka pepahnya (rakyat) akan dibuang.

ketika itu nasi sudah jadi bubur, kampung sudah tergadai dan agama bukan lagi menjadi sebutan yang meniti dari bibir ke bibir kerana meritokrasi agama didokongi?

M.HAMDI said...

Aku tak pasti apa tujuan ditubuhkan majlis syura ni. Nak bincang apa lagi. Sepatutnya selain JAIS, DUMC juga perlu mengemukakan laporan kenapa terdapat 12 orang melayu didalam majlis tersebut.
Isunya mudah tetapi telah dibelitkan oleh Khalid dan PAS.

Anonymous said...

melayu memang bodo pun senang kena tipu psai dok bela tokong banyak sangat ... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh....... melayu bodoh.... NASIB BAIK AKU MAMAk wakakakakkakakakakakakaka

Anonymous said...

Jangan salahkan marhaen selangor, bro, kerana masa depa undi dulu, PKR, DAP dan Pas bukanlah satu pakatan yang halal di sisi pendaftar pertubuhan. Dalam kata lain depa undi individu tetapi bukannya pakatan harami.

Anonymous said...

Lihat apa yang berlaku di Libya dengan fikiran terbuka. Yang menang adalah Nato. Yang akan menikmati kemewahan hasil dari tumbangnya Muammar bukanlah marhaen sebaliknya Barat. Nampaknya apa yang berlaku di Iraq tidak dijadikan iktibar oleh ummah.

Anonymous said...

khalid, lu punya last card sudah habis guna... percaya la PR sendiri akan buang kamu nnt... sua pungkok utk kene tendang!!! nampak al-juburi terus KY Jelly...

Adi Kencana said...

Khalid Gagap nak kena sumpah jadi Khalid Bisu ke?

Nurul Izzah Kecut Telur Tengok Bayang Raja Nong Chik? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

tokgaru said...

Seruan Kpd Melayu Selangor

Sila jangan bagi peluang kepada Khalid untuk jadi MB lagi sekali lagi pada PRU 13 nanti. Cukup lah sekali ini. Walau pun dia sorang melayu. Walau pun dia sorang islam. Tapi tindak tanduk dia menghina melayu, menghina islam dan menghina raja2 melayu.

Tak menyesal kah korang yang undi dia pada PRU 12 dulu ?