Tuesday, August 9, 2011

Pas Kantoi Beb...


Isu JAIS-Gereja

Pas kata mereka mesti adil dan mendengar penjelasan semua pihak berkenaan. Dengar sebelah pihak Jais dan dengar juga dari pihak gereja. Walaupun dah diterangkan panjang lebar oleh wakilnya sendiri yang berada dalam Kerajaan Selangor tetapi Pas kata mereka nak dengar sendiri juga dari JAIS dan gereja untuk KEADILAN.

Keadilan ya ?

Keadilan ya ?

Keadilan ya ?

Pandai pula Pas fikir pasal keadilan apabila timbul sesuatu isu yang boleh menjejaskan undi kepada mereka.

Tapi dalam kes Saiful dan kes Datuk Eskay kenapa pula Pas tak jumpa mereka-mereka untuk mencari KEADILAN

Dengar sahaja cerita sebelah Anwar , maka mereka terus jatuhkan hukum dan mulakan operasi memaki hamun Saiful dan Eskay walaupun kedua-dua mereka berani melakukan sumpah laknat.

Berikut petikan dari blog Zul Nordin
Yang teman pelik tu, kenapa Haji Hadi beriya-iya sangat nak dengar penjelasan daripada gereja? Tidak salah dengar daripada pihak gereja, tetapi sikap ini mestilah konsisten, dan samarata samarasa. Tapi kenapa hanya bila timbul isu membabitkan kafir harbi ini beriya-iya nak dengar dari pihak kristian, walaupun Dr. Hasan Ali, AJK PAS pusat sendiri dah berikan penjelasan. Ini sudah jelas sikap double standard, talam banyak muka! Kerana dalam isu Anwar dituduh meliwat Saiful, Haji Hadi langsung tidak berminat nak dengar penjelasan Saiful. Sedangkan Saiful seorang Muslim, yang sudah membuat sumpah muhabalah lagi. Mengapa Haji Hadi hanya mendengar dari Mat CD sebelah pihak sahaja, sedangkan Saiful dimaki hamun dengan tuduhan qazaf dan lain-lain?

Mengapa pulak Haji Hadi langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripada Datuk Eskay? Kenapa hanya mendengar daripada Mat CD sahaja? Sedangkan Datuk Eskay, rakan baik Mat CD itu bukan sahaja ada bukti dalam bentuk videoklip, malah sudah membuat sumpah mubahalah. Dan Datuk Eskay seorang Muslim, sedangkan gereja Damansara yang cuba mendakyah agama kristian kepada umat Islam itu terang-terang kafir, bukan kafir biasa, tapi kafir harbi. Bukan sahaja penjelasan Datuk Eskay tidak mahu didengar, malah beliau dimaki hamun dan disumpah seranah dengan pelbagai label daripada fasik kepada munafik, malah ada kaum anwarinas dan Koonyet:2 mengkafirkan Datuk Eskay!!! Dan Haji Hadi hanya mampu kata "tak jumpa negara Islam dalam Quran!".

Dengan kafir harbi Haji Hadi beriya-iya nak dapatkan penjelasan, daripada sesama Muslim bukan sahaja beliau tidak mahu mendengar penjelasan, malah Haji Hadi mengeluarkan pelbagai patwa dan ayat untuk mengelak daripada mendengar penjelasan Saiful dan Datuk Eskay, malah siap menjatuhkan pelbagai rupa hukuman keatas mereka. Adakah Haji Hadi juga takut kepada kebenaran sebagaimana Mat CD takut kepada kebenaran, sehingga sumpah mubahalah tidak berani buat, sehingga sampel DNA tidak mahu beri, sehingga jam Omega tetap kononnya dikunci rapi. Dan caci maki, sumpah seranah, dan maki hamun yang dihamput terhadap mereka oleh kaum Anwarinas dan Koonyet:2 langsung tidak diambil peduli oleh Haji Hadi dan yang sewaktu dengannya!!!

Video itu besi dan tak boleh dipercayai....

Paderi dan gereja Pas nak percaya pulak....

Pas oh Pas , semakin hari sakaratul maut semakin menghampiri mu....

13 comments:

Anonymous said...

Kupasan menarik dari RBF.

akuantiPAKATANRAPUH

Anonymous said...

ayat last tu kurang elok RBF walaupun sekadar perumpamaan..

sakaratul maut berada hampir dgn sesiapa sahaja...termasuk diri kita..

selamat beramal...

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Pas oh Pas , semakin hari sakaratul maut semakin menghampiri mu....

biarlah matiii dalam iman bukan dalam kesesatan... bertaubatlah semasa ada kesempatan wahai AHLI PAS

Cencaluk said...

Salam,

Kenapa banyak sangat yang bercakap dan mengutuk itu dan ini tanpa tindakan tegas dikenakan kepada mereka yang terlibat.

Sudah jelas dalam undang-undang menyatakan mereka boleh mengamalkan budaya dan agama mereka dengan bebas disini tapi tidak pula disebut mereka boleh menyebarkan dan menyeret sama Orang Islam dalam agama mereka.

Kenapa kerajaan tidak bertindak tegas dengan menghalau orang yang terlibat keluar dari bumi Malaysia ini.

Kita lihat sahaja satu isu yang mana sekumpulan sukarelawan Kristian dihalau keluar dari negara yang saya sudah lupa namanya kerana disyaki cuba menyebarkan agama kristian di sana.

Anonymous said...

setuju dengan Cencaluk...

badan berwajib kene berubah...

kita x boleh cakap,dgn terbinanya masjid kita dah berjaya memimpin umat islam di negara ini...

sebab itu perlu ditekankan aspek tauhid kepada kita setiap masa...perlunya peranan tok guru,alim ulamak untuk mendidik rohani kita..

susah mcm mana pun keadaan kita,yg penting akidah terjaga...

-Warga Shah Alam-

Aiman said...

Pas Pis Pus.
Pas Kluk Klek.
Parti Ajaran Sesat.
Sesat lagi menyesatkan.

Anonymous said...

isunya nak selamatkan akidah saudara sesama islam. jais cuma buat pemeriksaan setelah mendapat maklumat. serbu, 'raid' dan 'storm' adalah istilah propaganda media saja untuk perhangat keadaan.

kalau dah taksob dengan politik ni memang macam ni le jadinya. sesama islam bertelagah. orang lain bersorak.

warga shah alam juga

Anonymous said...

PAS tuduh UMNO jadi dalang kepala lembu tanpa siasat masalah sebenar penduduk Islam bantah. Pemimpin PAS buat lapuran polis simpati sangat kepada Hindu yang buat provokasi kepada peduduk Islam di Seksyen 19. Kenapa tak siasat sendiri masalah penduduk Seksyen 19?. Percaya habis cakap Khalid Samad yang pro Hindu dan pro Gereja. Depan mata penduduk Khalid bertegang leher dengan NGO pertahan Hindu kuil semasa NGO datang bantu penduduk Islam Seksyen 19. Bila Khalid Samad tulis artikel ada yang komen NGO orang UMNO nak rampas Selangor. Sepatut nya PAS simpati kepada penduduk Islam yang terpaksa dengar bunyi loceng kuil, pandang patung kuil Hindu tiap hari. MBSA dah arah kuil pindah tapi bila PR berkuasa mereka batalkan pula. Bila Hindu diberi muka mereka besar kepala sampai berani ugut penduduk. Mana ada pemimpin PAS nak tolong penduduk Islam? Mad Sabu duduk tak jauh dari kuil tak ambil kesah pun masalah jiran. Tapi bila Melayu bawa kepala lembu tanda protes,ramai orang PAS melenting konon hina Agama Hindu. Siap keluar hadis lagi. Mahfuz buat sidang media semak youtube kutuk pendemo kepala lembu. Tetapi semua senyap bila Hindu kuil Seksyen 19 berarak depan rumah orang Islam bawa patung sambil bergendang di tengah malam. Kenapa wakil rakyat tak peduli pun walaupun aduan sudah dibuat? tidak kah terfikir suasana begitu tidak sesuai dikawasan majoriti Islam?. Melayu sepatutnya bela Melayu bukan sebaliknya.

Anonymous said...

yg pasti, pas memang sudah lemah dan semakin busuk dlm arena politik sejak bersepakat dgn pkr dan dap..

Anonymous said...

Semasa jadi kuda tunggangan bersih bukan main cergas dan bersemangat puak-puak ni -- siapa lagi, si polan tu ler!

Apabila berdepan isu kristian anjur aktiviti bagi pihak ummah, tak sangka pula puak yang sama ini boleh berubah jadi pasif dan apologetik sekali.

Pun begitu, demi kerukunan hidup, diharap pihak gereja sedar bahawa tidak banyak maklumat yang boleh disembunyikan dalam era globalisasi!

Chinglot

Anonymous said...

semua yang dalam gambo di atas macam muka babi!

Anonymous said...

Puak=puak pas ni, kita tulis apa pun, kita bagi bukti apa pun, kita hujah mcm mana sekalipun, tak mungkin akan diterima oleh puak2 ni. Baca pun tidak... Dengar ceramah je...

Aku pun tersangatlah hairan, Nik Aziz ni terlalu dendam dan benci UMNO, tapi sangat menyokong Kafir DAP. Segala anak buah dan pengikut-pengikutnya memang itulah otaknya, dendam UMNO...

Jack said...

Salam .
Aku sekadar nak menyentuh mengenai sikap halal di pihak mereka haram di pihak Melayu Islam yang lain.

Mereka lompat parti .. halal untuk kebaikan tetapi haram bagi yang lain...

Mereka Membela Murtad.. konon kerana undang-undang sedia ada gagal mempertahankan Islam... Mufti Harunsani di julang di Masjid Wilayah bila mendedahkan isu ini, tapi bila Mufti tegur mereka, gelaran dipanggil Haramsani...

Melayu Islam yang lain ambil tindakan, mereka gelar menghina agama yang lain...

Gelaran Maha Firaun, Monyek , Celako , sial , pembela unta badwi ... dan macam2 gelaran, mereka kata halal digelarkan .. tapi bila yang lain guna.. kurang ajar...

Aku dari zaman remaja sehingga kini tak pernah respek 'benda' puak ni.. walaupun jiran kiri kanan puak ini.. sampah buang sampai rumah jiran... tak pe.. lembu kambing berak merata di laman orang , tak pe... kami Islam yang sebenar... betul ka...
Sembahyang di masjid puak diaorang .. tak pe Imam sana tu tak betul ..imam kami sini dapat tauliah Tok Guru..

ntahlah ...