Saturday, August 13, 2011

Saya Dah Kata Puak-Puak Itu Tak Boleh Dipakai

Baru beberapa hari lepas saya dah kata, puak-puak Pas kalau bercakap bukannya boleh dipakai. Sini.

Cakap sahaja berdegar-degar sampai nak keluar kerongkong, tup...tup...tak berapa hari tukar balik apa yang dicakapkan.

Manusia yang dalam gambar di atas. Dua tiga hari lepas bukan main lagi bercakap pasal darah dan nyawa sampai meremang bulu roma kita membacanya. Esoknya pula pergi jumpa Hasan Ali dan istiharkan secara terbuka menyokong Hasan Ali dan JAIS. Tiba-tiba semalam dia kona baring pula apabila Utusan Malaysia siarkan apa yang dikatanya dan apa ditulisnya di facebook dan di blognya. Sini

Katanya Utusan Malaysia memanipulasi kenyataannya dan hendak melaga-lagakan dia dengan pemimpin dalam Pas dan Pak-khatan Rakyat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.

Akhbar Umno itu juga cuba membayangkan wujud percanggahan antara pendiriannya dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja.

Menjelaskan dakwaan itu kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata tindakan Utusan itu sengaja untuk melaga-lagakan pemimpim dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya tidak bertanggungjawab dengan ulasan Utusan tersebut. Saya tidak pernah membuat kenyataan kepada Utusan, ini sengaja untuk melaga-lagakan.

harakah...kah...kah...kah...daily

Halo bro, buanglah serban dan ketayap atas kepala kalau pendirian dan iman tidak kuat. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Dua tahun dulu dia juga yang usung bini orang atas pentas ceramah semasa PRK Permatang Pasir, sehinggakan runtuh rumahtangga orang dibuatnya.

Jika kamu konsisten mempertahankan akidah sepertimana yang kamu katakan beberapa hari lepas, surat khabar mana sekali pun hatta surat khabar israel yang lapor ianya tidak menjadi masalah. Yang penting pendirian kamu kukuh. Bukannya sekejap begitu, sekejap begini. Apa yang nak takut sangat dengan laporan Utusan Malaysia sedangkan dia melaporkan apa yang benar yang kamu katakan dan kamu tulis ? Kenapa pula kamu tidak pertikai apa yang dilaporkan oleh Malaysia Insider ?

Soal kamu buat kenyataan atau tidak kepada Utusan Malaysia tidak timbul. Yang penting mereka lapor apa yang kamu tulis dan kamu kata. Sepatutnya kamu berterima kasih kepada Utusan Malaysia yang menyebarkan pendirian kamu kepada orang ramai. Kalau Utusan Malaysia tak bagi ruang dikatakan pula media tidak adil dan kebebasan media dikawal. Apabila diberi ruang di muka depan dikatakan pula hendak melaga-lagakan kamu, dan media pula dipersalahkan.

Bagaimana kamu nak bercakap soal darah dan nyawa , jika belum terluka lagi pun kamu sudah kluk-klek ?

Kepada rakan-rakan pembaca, lihatlah apa yang terjadi ini. Itulah sikap Pas yang sebenarnya dalam perjuangan politik. Perjuangan mereka bukannya perjuangan islam atau perjuangan kebajikan. Perjuangan mereka adalah perjuangan undi untuk bergelar YB , Exco ,MB dan seterusnya.

Satu-satunya parti dalam Malaysia yang tidak tetap matlamat perjuangan adalah Pas. Sekejap begitu , sekejap begini. Sekejap nak hudud, sekejap tak nak hudud. Sekejap nak tutup kilang arak, sekejap nak besarkan kilang arak dan bermacam-macam lagi. Dan yang paling besar sekali mereka sanggup menukar matlamat asal perjuangan mereka daripada Negara Islam kepada Negara Kebajikan demi kerana undi. Lebih malang lagi dikatakan pula dalam Quran tidak dinyatakan Negara Islam, sedangkan dulu merekalah yang menjaja ayat Quran di atas pentas ceramah untuk menubuhkan negara Islam. Dah tua-tua bangka semuanya baru habis baca Quran dan baru sedar tiada Negara Islam dinyatakan dalam Quran.

Dalam hal konsisten mempertahankan matlamat perjuangan, DAP dan PKR boleh dipuji. Daripada dulu lagi DAP memperjuangkan anti negara Islam. DAP konsisten dengan perjuangan itu dan mereka telah pun berjaya kerana tiada lagi pihak yang berhajat menubuhkan Negara Islam di Malaysia sejak Jun 2011.

Manakala PKR pula sejak ditubuhkan sehingga ke hari ini masih lagi konsisten dengan perjuangan mereka untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai PM. Perjuangan mereka tidak pernah luntur atau pudar walaupun Anwar menghadapi pelbagai masalah sehinggalah air maninya dijumpai dalam lubang dubur Saiful dan alat sulitnya tersebar ke seluruh dunia. Orang-orang PKR tidak pernah patah semangat dan mereka sedaya upaya memulihkan imej Anwar bagi membolehkan dia menjadi PM. Tidak pernah kedengaran orang-orang PKR pergi jumpa pemimpin Umno untuk menawarkan menjadi pemimpin utama mereka bagi menggantikan Anwar.

Manakala Pas pula yang bercakap berdegar-degar dan mereka sahaja yang baik serta maksum dalam negara ini. Yang buruk semuanya Umno dan BN sehingga tiada satu pun yang baik dan dicanangkan di atas pentas ceramah mereka selama 365 hari setahun tentang keburukan dan kejahatan Umno. Tetapi dalam diam-diam mereka pergi jumpa pemimpin Umno dan minta orang itu mengetuai mereka. Ptuiiiii....

Umno juga yang dicarinya. Mereka sendiri pun tak percaya kepada kemampuan mereka atau lebih tepat lagi, tidak percaya kepada diri sendiri.

Jika Ketua Pemuda Pas yang tidak konsisten dalam perjuangannya berhubung isu JAIS-gereja,itu hanya perkara kecil wahai rakan-rakan ku sekalian. Banyak lagi benda-benda lain yang lebih besar yang Pas tidak pernah konsisten selama ini. Dulu kata berkawan dengan kafir haram, sekarang mereka penjilat tegar kafir harbi. Yang paling besar sekali adalah penukaran matlamat perjuangan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan.

Setakat Pas menipu perkara-perkara lain kepada kita termasuklah isu Mismah, dilanggar Land Rover dan sebagainya hanya perkara biasa wahai rakan-rakan ku sekalian. Pas tipu kita apa nak dihairankan ? Tuhan pun Pas sanggup tipu, apa nak hairan dia tipu kita ? Itu perkara kecil sahaja.

Dulu siang malam mereka berdoa memohon kepada Allah minta supaya memberkati dan merestui perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam. Allah bagi sedikit kuasa kepada mereka sebagai ujian. Tiba-tiba sekarang bila ada sedikit kuasa mereka tukar pula permintaan (doa) dengan Allah daripada negara Islam kepada negara kebajikan. Anda nampak tak ? Nampak tak ? Dulu lain yang dia minta dan berjanji dengan Allah, sekarang lain pula yang mereka minta. Teruk beb....Tuhan pun mereka tipu.

33 comments:

j-maya said...

Harakah adalah alQuran yg sudah diubahsuai... Sama macam kitab Injil skg ni.


JENDELA MAYA
jendelamy.bogspot.com

Anonymous said...

itu kan anjing DAP. nanti DAP ckp suruh duduk dia duduk la.
suruh konar dia konar la. bapak aning DAP paling besar si pork nik, tentu akan marah kalau mamat bengap ni tak ikut

Faith Ajar said...

Benarlah kata2 presedin pas sendiri, pemuda depa nih umpama buih pepsi cola aje.....elok semua dikasi dan dipakaikan baju kebaya..
mulut bau longkang...

Anonymous said...

perjuangan pas ialah pejuangan yg dh sesat dan menyesatkan orang lain,ini adalah balasan drp ALLAH kerana mereka byk sgt buruk sangka dgn org2 umno,mereka selalu ingat yg mereka itu maksum,sepatutnya klu benar2 nk perjuangkn islam mereka perlu berdakwah kepada org2 islam yg dh terpesong dgn penuh hikmah dan kasih sayang sesama islam,bukannya menghentam org2 yg buat silap,sy x suka pas sb mereka byk sangat mengumpat dan menghina org lain seolah2 mereka x pernah melakukan kesilapan,wahai org2 pas adakah ini yg ALLAH suruh? Ingatlah ahli2 pas kita semua pasti akan mati,tidakkah kita takut apabila kita berada d alam barzakh nti? Jadi sebelum ALLAH tarik nyawa kita hendak lah kita taat kepada perintah ALLAH,berbuat baik le sesama islam.

Anonymous said...

hamPAS dah layak dipanggil parti FLIP FLOP... arini cakap lain, esok cakap lain... sesuai dengan peredaran otak Pork Nick ketua militan mereka tu...

Anonymous said...

dia ni belum masuk jawi lagi...belum memaiz...maapkan ajo la....tungau pun selalu dok gayot kat teloq dia...

whiteorange said...

"Justeru harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Perlimen mahupun DUN (Dewan Undangan Negeri), demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, "Taruhannya adalah darah dan nyawa", kata beliau" KONON KONONNYA

Kan gua dah kata bro

Puak puak ni semua tak boleh pakai dan tak boleh percaya

Mereka inilah puak penipu, hipokrit dan malaun paling sundal dalam abad ini ....

Perjuangan mereka semua perjuangan kerusi empok DUN dan Parlimen!!!

Tuhan pun PAS perlekeh, siapa kita bro??????

bRO!

Malaon ni ada tak d Mesjid Shah Alam bersama YB Zul?????

usin said...

apa lg yg boleh dipercayai bos anak muda pas ni. balik2 nk salahkan pihak lain sdangkan dia sendiri yg konar baring. fb dia tu sapa yg update, utusan ke? aku ingatkan dia konsisten dalam perjuangan spt apa yg awal dia perkatakan. rupa2nya demi jawatan & kuasa yg sedikit itu, dia u-turn. patutlah dia mohon ampun dgn tuhan dlm fbnya, sbb x dpt berjuang utk Islam, untuk pas sahaja... serban sebesar bakul bukan penentu kekuatan iman seseorg. hasan ali x pakai serbanpun...

Anonymous said...

tu pasal la dia kena. penganut pas kena tunggu n.ajis sampaikan wahyu dulu baru boleh bersuara. bab ni, n.ajis lambat sikit. tak ada orang bagi maklumat kat dia, dia tak tau. tu yang tak keluar wahyu lagi. syaitan sembunyi maklumat ni kot.

presiden pas pulak baru nak jumpa paderi dan jais. sebab nak jumpa,amik masa la nak bentuk ajk perjumpaan dengan paderi. yang dia cepat sangat jumpa hasan ali, cari nahas la. patutnya jumpa dr rani atau kalid samad. pesuruhjaya penganut pas selangor. jawatan tertinggi tu. hasan ahli tu, ahli biasa je, exco tak setaraf dengan pesuruhjaya.

bila kena sound, ketaq lutut la. kalu menang pru 13 nanti tak dapat jadi menteri macam ketua pemuda umno. apa lagi, darah dan nyawa untuk jawatan tu lebih penting. agama kita cakap kat mulut jer. untuk syok telinga dengar.

Anonymous said...

ckup myedihkan....sanggup gadaikan agama demi undi...Bgitu malang nya ahli PAS mpunyai pmimpin spt nie...pmimpin yg seolah2 bacul untuk mmpertahankan agama islam...smata2 demi undi mreka snggup ketepikan agama islam...inilah produk keluaran PAS...tp bg ak..dlm2 bnyak2 pmimpin PAS...yg paling "xberguna" ialah khalid gereja...tindakannya seolah2 lebih kristian dr pnganut kristian...semoga mreka2 nie dbukakan pntu hidayah...

anok mudo kelate..

Aliffnajmi said...

PAS semakin jauh menyimpang. Penganut PAS harus bertaubat.

manjung said...

Tu la pasai pemimpim2 HamPas semua tak ada teloq...macam haram...

Anonymous said...

KAUM KERABAT SEPUPU SEPAPAT JEMBALANG TANAH,SERBAN SEBAKUL TEMPAT SETAN BERGAYUT,JANGGUT SEJEMPUT TEMPAT PUAKA BERPAUT..
ITULAH DIA ORANG PAS PIS PUS.
LAKNATULLAH.

tokgaru said...

Memang mengeciwakan. Baru saja aku puji sikap Nasrudin. Tapi last sekali dia buat U Turn juga.

Memang para ulamak Pas nih cukup2 barua betul lah .. itu lah jadi nya bila mereka belajar agama dengan Nik Aziz .. raja putar belit .. quran pun dia putar belitkan .. dalam quran mana ada negara islam kata Nik Aziz.

Kepada orang melayu yang masih setia dengan Pas .. kalau hangpa tolak Umno kerana Umno itu kapiaq .. tapi kami tolak Pas bukan kerana Pas islam, tapi kerana kami rasa Pas nih dah jadi yahudi .. Pas dah sesat berkat doa penyokong Umno yang menyebut PAS adalah Parti Ajaran Sesat.

Kami orang melayu sangat keciwa dengan para ulamak Pas mutakhir ini. Hanya Umno saja yang mendapat restu tuhan Allah untuk menjaga melayu dan islam.

Kepada sudara mara tokgaru yang mengenali diri ini, rayuan ku kepada kalian adalah " tinggal kan lah Pas, Pas dah karut, Pas dah sesat, Pas dah jadi barua DAP, letak lah harapan dan kepercayaan kita kepada Umno untuk menjaga melayu dan islam ".

paktua said...

Dia buat kenyataan awal tu sebab inginkan publisiti....
Kenyataan yang kedua pulak sebab nak kekal kan undi...
He3x...

Anonymous said...

Pehh.. sayang beb jawatan KP pas nie tiket jadi calon YB... klu silap congak terlepas... rugi habuan dunia elaun YB... lagi rugi klu 1 penggal jer jadi YB, tak dapat pencen YB...

Konar pun konar la, asal undi dapat kat dia...

Syurga takde masalah, jumpa Nik Aziz jer..

tokgaru said...

Syurga takde masalah, jumpa Nik Aziz jer..

betul kata kau tu beb. beruntung sapa2 yang sokong Pas. tak sembahyang dan tak puasa pun ada harapan masuk syurga. kunci syurga duk ada dekat nik aziz.

tapi kesian dekat depa yang dah pi dulu. nak masuk syurga tak leh lagi lah. lah ni pakat duk lepak dalam taman bunga luar syurga saja lah sebab nik aziz duk ada atas dunia lagi.

kelakor juga .. kalau terlalu bodoh sangat .. sampai orang boleh umpan kan syurga .. melayu alahai melayu.

Anonymous said...

UTUSAN KENA KELUARKAN BALIK STATEMENT TERBARU DIA NIE..HARI TUE DAH PROMOSI DIA SEKARANG KENA BAGI TAHU BALIK HAL SEBENAR KAT RAKYAT...

nonbal said...

Syabas Faisal atas posting ini, mantap dan mendesing telinga juak pakatan.
Yang herannya takde sorang pun juak pakatan yang berani komen, dah kena batang idung lah tu, he he he.
Nak tau, Pemimpin PAS x akan cari gaduh dgn presiden, mereka takutkan presiden dan DAP melebihi takutkan Allah.

Anonymous said...

kita kena penetrate haramkah daily... itu lar media yang diaorang percaya... indoktrin PAS adalah amat kuat, kalah ayah Pin... Quran ditafsirkan untuk memutarbelitkan rakyat... Orang PAS nih dah sesat dan gila kuasa... dari kecik sampai besar percaya dengan dakyah pemimpin PAS yang songsang... sudah tak boleh dirawat, kecuali mati...

Anonymous said...

Orang orang pas memang tak ada kote pun ......Tapi yang hairanya macam mana isteri isteri dia orang mengandung YEK!!

Anonymous said...

dulu ketika PRU 12 kebanyakan kita hanya nak cuba beralih angin nah ini hasil nya sunggoh menghampakan, apa yanh kita patut buat jagan mengulangan kesilapan lepas. PRU 13 kita pastikan merika semua tersungkor , apa pun di bulan puasa ini ada baik nya kita gunakan bahasa yang bersopan jangan ikut merika walau pun mengangku Islam sebenar nya Islam jahiliah.

tokgaru said...

PRU 13 kita pastikan merika semua tersungkor (anon)

Ya, itu tekat kita. Kita nak bagi tahu Pas, dimana juga bila kamu bedepan dengan Umno orang melayu tak akan beri peluang kepada Pas.

Jika Umno bertanding dalam 150 kawasan, kami orang melayu mahu Umno ada 150 wakil rakyat dalam DUN dan parlimen, minta maaf Pas itu jika anda menentang Umno. Bukan setakat melayu tak merestui Pas malah tuhan juga turut tidak merestui jika anda menentang orang yang sebangsa dan seagama dengan kamu.

Tetapi jika Pas menentang orang lain, insyallah tuhan akan restui dengan pertolongan daripada kami yang tak berparti. Pas mungkin tak berterima kasih kepada kami, tapi kami tak harap ucapan itu kerana kami tahu orang Pas adalah spesis manusia yang tak reti berterima kasih kepada sesama manusia. Kami akan sedekah undi kepada Pas atas semangat satu bangsa satu agama.

Anonymous said...

dah jangka hassan tentaik akan pusing balik punya..darah dan nyawa konon...HAKKK!!!PTUIII!!!!

timun said...

iblis dok sembunyi di balik serban,jin dok bergayut di cuping telinga.segala nasihat yang keluar dari mulut pemimpin hamPAS adalah bercirikan pemimpin2 biaDAP...so jangan la hairan jika pakatan digelar "Parti Rakus"..
segalanya hanya keduniaan yang sementara...jika Firaun telah dijanjikan neraka jahanam maka pengikutnya juga akan mendapat habuan yang sama..
sanggupkah anda wahai pengundi/penyokong/pengikut parti hamPAS ?..

tokgaru said...

" iblis dok sembunyi di balik serban,jin dok bergayut di cuping telinga ".(timun)

betul kata awak. tapi hanya pada serban, janggut dan telinga puak ulamak Pas saja wei.

ulamak2 Pas nih, cakap2 mereka kata orang " dengar boleh lah tapi jangan di pakai, rusak iman ... " sebab mereka mengeluarkan fatwa dan menghukum mengikut arahan DAP.

kalau nak pakai dan percaya pun, hanya lah para ulamak yang tak reti main politik .. kalau yang pandai berpolitik itu adalah ulamak cari makan.

tokgaru said...

Yahudi tak bahaya kepada melayu kerana kita boleh kenal mereka dan kita boleh elak dari bertembong dengan mereka.

Tapi Pas yang bertopengkan islam hidup subur di kalangan melayu dan akan menghancurkan melayu dari dalam.

Pas sekarang dah semakin bahaya kepada orang melayu. Pas sekarang adalah Pas yang mendapat suntikan semangat daripada DAP.

Berhati2lah dengan setiap orang daripada mereka apa lagi yang bergelar ulamak.

Anonymous said...

aku langsung tak terkejut..

standard! manipulasi konon!

bukan malaysian insider yg report ke?

pesal utusan plak?

Mr Patalon said...

Cakap tak serupa bikin. Hari ini utusan petik kata2 beliau dari beliau sekali lagi. Nanti dia kata itu bukan ntulisan dia sebab tak selari dengan pendirian PAS.
Hampeh betul, ni contoh umat islam yang kononnya bertaruh dengan darah dan nyawa.
Kalau tak berani, diam2 je la. Jangan tunjuk berani. JIHAD konon.... munking darah dan nyawa tu darah ikan dan nyawa ikan yang dia tangkap dari kolam memancing aritu. Ohh mungkin...mungkin

anti bohmau said...

cali makan maaa!

ini hali tatak muleh cakap manyak oo! nanti kena hamput sama itu sister thelesa cock lhooo!!!!!

maae said...

Saya bagi kredit kat siamang ni dalam blog Perkasa kerana konon nya.... berdegar sekali "mati syahid nya"...

Sekarang sudah jelas golongan MUNAFIK yang sangat berbahaya kepada Umat Islam Malaysia? Mereka lah yang mesti kita perangi sepenuh nya.

Tidak mengapa, Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. Kita lihat sahaja dan berdoa secara ikhlas...

tokgaru said...

Ada kah orang melayu mahu mengakui.

1. Agama tidak kekal dalam hidup seseorang insan.

2. Agama boleh berubah2 dalam diri sesorang.

3. Seorang insan yang lahir dalam agama X, belum tentu lagi dia akan mati juga dalam agama X.

4. Tapi seorang insan yang lahir sebagai bangsa Y, dia mati juga sebagai bangsa Y sama ada dia suka atau tidak.

Orang melayu berpecah kerana agama yang memisahkan mereka .. isu nya cukup islam dengan kurang islam.

Anonymous said...

umno lagi tak boleh harap...tunggangan mca!!!