Saturday, August 27, 2011

Somalia ! Kami Datang....

Dirinya sering dicaci, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan tuduhan jahat , namun ianya tidak pernah melunturkan semangatnya untuk meneruskan kerja-kerja amal.

Dalam orang kecoh-kecoh memfitnah kononnya dia beli cincin yang berharga sehingga 24 juta, apa dia nak peduli dengan tuduhan itu kalau dia tak bersalah.

Selamba sahaja dia muncul di khalayak ramai dan terus dengan kerja-kerja amalnya. Terbaru Datin Seri Rosmah melalui BAKTI dengan kerjasama Kelab Putera 1Malaysia menggerakkan misi kemanusiaan ke Somalia.

Awal ramadhan perasaan kita semua sungguh tersentuh dan terharu apa melihat laporan-laporan media tentang kebuluran yang melanda Somalia. Kita puasa 14 jam sehari. Mereka puasa sampai berpuluh-puluh jam.

Sewaktu melihat gambar-gambar tersiar tempohari, hati saya bertanya, tiadakah orang yang hendak tolong Somalia ?

Tup....tup...seminggu dua selepas ini orang dari negara kita sendiri yang menggerakkan misi bantuan ke Somalia. Alhamdullilah....

Sepertimana yang kita tahu, semakin hari keadaan di Somalia semakin teruk. Setiap enam minit seorang kanak-kanak akan meninggal dunia. Lebih 300 ribu lagi kanak-kanak akan mati sekiranya tiada bantuan dihulurkan dalam masa terdekat. Selanjutnya sila klik di sini.


Lihat video ini bagaimana kanak-kanak mengunggu maut. Makan tiada, air tiada, ubat tiada. Memusing-musing tunggu mati.

Sekiranya semua berjalan lancar dan tiada masalah , Malaysia akan menjadi negara pertama yang menghulurkan bantuan secara terus ke Somalia.

OIC ? EU ? Semuanya hanya pandai berjanji....

PM Turkey datang melawat kem-kem penempatan pelarian Somalia, apa yang beri ? Datang berlenggang sahaja...

Insyaallah jika tiada aral melintang, esok rombongan kemanusiaan Somalia Bakti dan KP1M akan berangkat ke Mogadishu menggunakan pesawat TUDM.

Untuk pengetahuan semua, tidak ada pesawat komersial yang hendak terbang ke Somalia sekarang kerana tiada syarikat insuran yang hendak melindunginya kerana Somalia sekarang berada di kedudukan pertama negara yang paling ganas di dunia.

Seorang rakan blogger juga akan turut serta dalam misi yang penuh mencabar ini dan akan melaporkan dari sana.

Sama-samalah kita doakan agar semua ahli rombongan selamat pergi dan selamat kembali.

Terima kasih kepada BAKTI dan KP1M kerana mengambil tanggungjawab yang begitu berat untuk dipikul.




Lihat minit 1.56, kutip mayat kanak-kanak seperti kutip sampah.

7 comments:

mula bisnes said...

bantuan sesama muslim

saya minta untuk menghebahkan kepada sesiapa yang mengenali orang orang somalia dan rombongan malaysia(dato azeez) yg kesomalia supaya mendirikan solat hajat minta hujan.saya berasa sangat simpati dan sedih keatas nasib mereka.dimana negara somalia sudah lama tidak hujan mungkin mereka tidak tahu untuk sembahyang hajat minta hujan.tolong lah sesiapa tolonglah ajarkan mereka



Sewaktu ingin berperang dengan tentera Parsi, tentera islam dibawah pimpinan Khalid Al-Walid sukar mendapat bekalan air setelah semua kawasan sumber air dikepung oleh musuh.Tentera Parsi dibawah pimpinan Panglima Hurmuz sengaja tidak menyerang kerana mereka mahu melihat tentera islam mati kehausan tanpa menggunakan senjata. Disaat genting itulah Pahlawan Pedang Allah ini meminta Ibnu Abbas mendirikan solat hajat kepada Allah swt minta hujan.Doa Ibnu Abbas diaminkan oleh 20,000 orang tentera islam di makbulkan Allah.Cuaca yang cerah dan panas tiba-tiba redup lalu hujan pun turun dengan lebat selepas itu! Sehinggakan lembah tempat sumber air yang dikepung musuh menjadi banjir.Musuh menjadi kelam kabut malah ada yang mati lepas selepas itu.

Anonymous said...

Mana pejuang2 'negara kebajikan' PAS??
asyik Takebeer, Takebeer, Takebeer!!! je ke.
Memang tak boleh harap langsung, DUMC pon tak leh settle...

Anonymous said...

Puak2 Pas PKR memang dengki irihati pada ROsmah...mentang2 laa Rosmah tak pakai tudung Labuh macam depa..asyik buruk sangka sesajer !

Anonymous said...

Semoga rombongan Malaysia ke Somalia dapat melaksanakan tujuannya dan selamat kembali ke tanah air. Syabas diucapkan kepada BAKTI & Dato Azeez for the initiative.

Anonymous said...

Alhamdulillah...semoga usaha tuan tuan diberkati Allah dalam usaha membantu saudara seislam kita..

anti bohmau said...

jasa bakti derma sedekah & simpati tuan2/puan2 semua hanya Allah SWT shj yg membalasnya. manusia yg dengki hanya pandai mencerca tp gagal berbuat kebaikan sesama insan. jadilah mrk insan2 yg merugi. apatah lagi jika mrk hanya berceramah memanjang tanpa berbuat kebajikan spt ini...

Shahabudeen Jalil said...

http://www.hurriyetdailynews.com/n.php?n=chp-head--visits-somali--refugee-camps-2011-09-01