Monday, September 19, 2011

Cabar Pas Berdemo Untuk Desak Kerajaan Benarkan Hudud Di Kelantan

Mingguan Malaysia 18 September 2011

Semua di antara kita tahu Pas adalah sebuah parti yang tidak pernah tetap pendirian. Sekejap begitu...sekejap begini... Di Trengganu dan Kelantan mereka dipanggil Pas kluk-klek.

Bukan sekadar tidak tetap pendirian, Pas juga terkenal dengan sikap sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan kuasa. Menipu , memfitnah, lacur agama, jual bangsa sehinggalah ke tahap menjadikan isteri sebagai taruhan politik.

Semalam Nik Aziz bersuara meminta agar PM membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010. Untuk pengetahuan anda semua bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka. Sini

Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada Umno atau BN.

Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan pada 1993 kerana halangan dari PM ketika itu , Tun Dr M.
Sinar Harian 18 September 2011

Cuba anda bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV dalam Malaysia, apa mereka akan kata ?

Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaaan islam di Kelantan". Tetapi apabila akhbar laporkan Kelantan yang paling tinggi , terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr M. Mereka hanya nak yang baik-baik untuk mereka. Yang buruk semuanya milik orang lain.

Mengikut laporan dari Majlis Aids Malaysia bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang dari mereka menghidap Aids. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang jauh lebih ramai dari penduduk Kelantan, serta negeri mereka tidak dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara islam.

Mungkin akan ada yang berkata Pahang pun mencatatkan bilangan pesakit HIV yang tinggi juga, 24 orang bagi setiap 100,000 ribu orang. Ya benar, saya setuju. Tetapi MB Pahang tidak salahkan orang lain dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Yang lebih mustahaknya, MB Pahang tidak pernah mendabik dada mengatakan dia seorang tok guru yang menjalankan pemerintahan secara islam atau mencipta pelbagai slogan-slogan islamik untuk menggambarkan betapa islamnya dia.

Berbeza dengan Pas yang siang malam melaung-laung hanya mereka sahaja yang islam dan menjalankan pentadbiran secara islam yang berjaya sehingga Nik Aziz berkata jika Umno merampas Kelantan dari mereka melalui pilihanraya ianya tidak akan diberkati Allah kerana Umno menentang Islam (Pas).
Bilangan penduduk Malaysia mengikut negeri.
Kelantan berada di tangga ke 9 dengan bilangan penduduk sebanyak 1.54 juta orang, tetapi mempunyai penghidap HIV yang paling ramai dalam negara kita.
Sumber bilangan penduduk dari Jabatan Perangkaan Malaysia

Negeri Johor yang mempunyai penduduk seramai 3.35 juta orang iaitu yang kedua tertinggi di Malaysia, sekali ganda lebih tinggi dari Kelantan yang mempunyai penduduk 1.54 juta orang dan Johor tidak dipimpin oleh seorang tok guru juga tidak melaksanakan hukum hudud mencatatkan bilangan pesakit HIV 15.5 orang bagi setiap 100,000 ribu rakyatnya.

Wilayah Persekutuan KL yang juga tidak mempunyai MB seorang tok guru dan tidak pernah sama sekali menjalankan hukum hudud, kelab malam sana-sini dan mempunyai bilangan penduduk 1.67 juta orang tetapi mencatatkan bilangan pesakit Aids yang lebih rendah dari Kelantan, iaitu 18 orang bagi setiap 100,000 orang penduduknya.

Jadi dimanakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit Aids tinggi di Kelantan ?

Bukan hudud penyebabnya. Sebabnya kerana kegagalan dia dan barisan pentadbirannya mendidik rakyat sendiri. Begitulah buruknya perangai seorang tok guru, meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk menutup kelemahannya.

Di negeri Kelantan selama 365 sehari setahun Pas adakan ceramah. Tak kira bulan puasa atau bulan raya atau bulan lain-lain. Setiap malam bukan satu tempat Pas ceramah, berpuluh-puluh tempat. Pernahkan mana-mana orang yang pergi dengar ceramah Pas mendengar penceramah-penceramah Pas memberi nasihat kepada orang yang mendengar ceramah tentang bahaya HIV atau Aids ?

Tidak ! Mula ceramah baca sepatah dua ayat Quran dan hadis nabi, kemudian kutuk dan fitnah Umno. Selepas itu buat cerita sedih dan diiringi selawat minta petugas bawa kantung untuk kutip derma. Penutup ceramah minta undi Pas. Habis ceramah duit derma yang dikutip masuk poket. Balik rumah peluk bini. Esok ceramah lagi. Dapat duit lagi. Selepas dua tiga bulan tambah bini lagi. Itulah rutin seorang pemimpin Pas. Kutip duit orang ramai sana-sini. Apabila kalah pilihanraya, salahkan parti lawan dan SPR. Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr M dan hukum hudud.

Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek wahai sahabatku sekalian. Tun Dr M mentadbir negara selama 22 tahun. Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr M jadi PM.

Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz ? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal. Tun jadi PM tak sampai 10 tahun kita semua dapat lihat bagaimana perubahan hidup rakyat Malaysia. Nik Aziz perintah Kelantan semakin hari semakin ramai rakyat Kelantan yang berhijrah kerana susah nak cari makan di Kelantan.

Sebaik sahaja Tun Dr M dilantik menjadi PM beliau terus mulakan langkahnya untuk menambah bilangan profesional melayu terutamanya doktor. Hasilnya boleh dilihat hari ini apabila ramai doktor-doktor melayu dilahirkan di era Mahahir Bin Mohamad atau di atas usahanya itu . Nik Aziz dan pemerintahan islamnya pula menambah bilangan pesakit Aids.
Cipta slogan Pas cukup hebat

Bercakap pasal hukum hudud pula.

Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat islam. Ianya hudud politik. Sengaja direkacipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah di jaja cerita Umno tolak islam. Mereka berjaya dan itulah yang mereka jaja sampai ke hari ini. Hudud politik Pas juga terdiam seketika pada tahun 1995 kerana peristiwa penangkapan khalwat Mat Sabu dengan Normah. Sini

Jika Pas kata Tun Dr M tolak hudud, kenapa selepas Tun Dr M berhenti Pas tidak pernah menghantar draf hudud yang baru kepada PM selepas itu ? Kenapa Pas tidak hantar kepada Pak Lah ? Kenapa Pas tidak hantar kepada Datuk Najib ? Itulah bukti mereka tidak serius dan ianya sengaja dicetuskan untuk tujuan politik.

Pas boleh berdemo untuk bersih 1, bersih 2 dan sekarang sedang mengancam akan berdemo untuk bersih 3. Pas boleh berdemo untuk ISA dan macam-macam demo lagi yang diadakan atau disertai Pas , tetapi mengapa Pas tak berdemo untuk mendesak kerajaan agar membenarkan mereka laksanakan hudud di Kelantan ?

Jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud, sila hantarkan draf hudud kepada PM yang ada pada hari ini. Belum tentu beliau akan tolak. Belum cuba belum tahu. Sekiranya Datuk Najib tolak hudud yang benar-benar berteraskan Al Quran dan bukannya berteraskan politik Pas, kita minta Pas adakan demontrasi untuk serahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Bukan hudud dan bukan Tun Dr M yang menjadi penyebab tingginya HIV di Kelantan. Puncanya kerana kegagalan Pas mentadbir dan mendidik rakyat. Mereka tiada masa nak fikir pasal rakyat. Masa mereka hanya diperuntukkan untuk mereka-reka fitnah, sebar fitnah, ceramah politik, cari kawasan balak, cari penaja haji dan macam-macam kepentingan peribadi yang lain lagi.

Sekiranya benar-benar rakyat Kelantan telah di didik dan diajar dengan ajaran islam secukupnya sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Pas , jangan kata pesakit Aids ramai di Kelantan, lokap-lokap polis pun dah lama kosong.

Kehebatan Pas di Kelantan hanyalah mencipta slogan-slogan sahaja. Selain dari itu semuanya sampah.

24 comments:

Anonymous said...

ambo setuju..

PAS memang banyak buat ceramah politik + agama (campur dua2). Tajuk ceramah memang gempak.. memang Islamic..tapi mereka tak cari golongan sasaran, mereka ceramah untuk orang yang sama..

Islam pas hanyalak slogan

Anonymous said...

Datok Najib tlg benarkan Nik Ajis dan pemimpin PAS yang lain melaksanakan Hukum Hudud di dalam negeri yang diperintah oleh PAS. Kita nanti tengok kalau Dap bergaduh dengan Pas. Umno yang akan jadi sasaran tak betul. Umno yang salah membenarkan Hudud dilaksanakan.

Anonymous said...

belum sempat berdemo,baru susun orang DAP dah datang bg penyepak

Anonymous said...

itu hari dah gugur hukum hudud.sekarang nak balik?

irs-Hursaini said...

PM Najib tak boleh benarkan kalu nampak PAS nk mainkan hukum Islam itu. TDM arah pas mansuhkan sebab nampak nak politikkan hukum itu. TDM lagi besar tanggungjawab depan Tuhan nanti. TDM dah nampak pas main-main lebih2 lagi soal mat sabu. Hudud Pas kebal bagi pemimpin PAS. Sebab tu TDM arah mansuh. TDM ada tanggungjawab juga.

PM najib kena pastikan pas benar2 serius dalam hal ni, jangan dekat nk PRU berkokok lagi hudud - ini dipanggil hudud pas.

PM najib tak boleh guna hudud ini untuk melaga2 pas dengan dap.. kalau hal ini timbul, pm najib sama dengan pas juga.

Kalu pas serius, tak boleh main bantai hari ni sebut nk buat, lusa dah siap buat.. pas kena ambil saranan dari dr. asri.

Anonymous said...

pas dah lama gagal laksanakan hudud dan skrg dia suruh pulak org lain (umno) laksanakan hudud,,,pas oh pas,,

pas parti yg tidak punya pendirian,,keja hudud kejap kebajikan,,,pas oh pas

pas nak berkabjikan dan suruh umno hudud,,,,dah terbalik pulak,,,,pas dah jadi umno dan umno jadi pas,,,,klu cam tu pas sudah gagal total,,,,tak terdaya laksanakan hudud sebagai mana dia hendak ddulu kini tugas dia hendak letak pula diatas bahu umno,,,,,

pas gagal dan terus gagal

Sudir said...

Sebenarnya penghidap-penghidap HIV kat Kelantan tu pun datangnya dari negeri-negeri 'Pemerintahan UMNO'.. Sebab nak sabotaj Kelantan.. Hurmmm

nonbal said...

Perlaksanaan hudud sebenarnya hanya ada dibibir Nik Aziz dan pemimpin pas lain sahaja, tiada di dalam hati mereka sebenarnya. Tambah2 pula dekat nak p/raya, lagi galak dan ligatlah bibir (penipu?) mereka itu akan berkata dusta. Kalau hendak seribu daya, x hendak seribu dalih.
Ancaman untuk melaksanakan hukum hudud kembali kedengaran bilamana p/raya hampir tiba. Bila sesiapa komen atau cakap sikit, maka mereka akan mula menyalahkan orang itu sebagai penyebab yang menyebabkan hudud x boleh dibuat, atau terus mengkafirkan seseorang sebagai menunjukan keiklasan kpd rakyat bahawa mereka sangat-sangat teruja untuk laksana hudud, ingatlah, Allah tahu apa sebenarnya maksud Nik Aziz dan pemimpin-2 PAS yang terbabit.

Anonymous said...

Pas tak perlu buat demo kerana Hudud. Kalau Pas nak buat Hudud di Kelantan kita bagi dia buat, kata orang kita test run undang2 islam ni di Kelantan. Kalau berjalan dengan elok dan berkesan, kita laksanakan secara beransur2 di negeri lain pula.

Apa masalah dengan Umno yang takut sangat dengan Hudud. Bukan nak buat satu Malaysia, nak buat di Kelantan dulu. Aku yang dari dulu sampai sekarang pro Umno pun naik pelik dengan perangai Umno ni. Takut kepada Hudud macam takut kepada hantu.

Kita minta Nik Aziz pergi jumpa Najib, ghoyak kepada Najib kata mu nak buat Hudud, rakyat melayu islam ni nak tengok apa respon Najib. Benda baik kita sokong walau pun kita tak berapa berkenan bila Pas berpakat dengan DAP untuk jatuhkan Umno.

Kita tak fanatik Umno buta tuli macam orang Pas fanatik kepada Pas.

Anonymous said...

Nik Aziz

Kami sokong Hudud di Kelantan. Usahakan sampai jadi. Jangan cakap saja. Jumpa Najib. Kalau dia tolak umum satu negara. Rakyat juga nak tahu kenapa Najib tolak Hudud.

Mu Nik Aziz jangan duk bohong rakyat. Mu kata Umno tolak Hudud. Tapi mu tak pernah pun jumpa Najib minta kebenaran nak buat Hudud di Kelantan.

Rakyat dah celek Tokguru wei, rakyat dah tahu siapa bohong siapa.

Anonymous said...

Kalau Najib kata tak boleh, PAS cakap BN yang salah.Kalau Najib kata boleh pun diaorang cakap BN salah.
Kaki putar diaorang ni.Ptuih.

Anonymous said...

Actually, aku ni kesian kat depa. Mula aku ingat depa ni tak dak kerja, tak dak kelulusan, tak boleh cari makan, tak boleh beribadat, tak dapat khidmat kesihatan, tak dapat jalan tar kat depan rumah, tak dapat bersekolah pasai tak mampu, tak cukup salinan pakaian, tak dapat air bersih, tak dapat khidmat pembentungan, tak dapat siaran TV, tak dapat akses to telefon, dan macam-macam yg kat Indo tu. Rupanya aku salah. Depa nak jadi PM, he he he. wowwwwwwwwwwwww

r0. said...

dlm statistik selangor tu. Berapa ramai penyokong nikaziz yg jadi perogol? peliwat etc etc?

Anonymous said...

NIK AZIZ MU NI DOK SLAHKAN ORANG LAIN SEBAB MU GAGAL NAK BUAT HUDUD....HUDOH BENAR PERANGAI MU..MU NI JENIS MANUSIA PENIPU KECEK PELAWAK (BOHONG)MENIPU RAKYAT...AKU TAHU JAK DULU LAGI MU NI TAK MINAT SANGAT BUAT HUDUD...DAN BUKAN NYA MU NAK KE ISLAM SANGAT,,,MU SEBENARNYA NAK GUNA ISLAM SEBAB NAK KAUT HARTA DAN GILAKAN PANGKAT.....MENATE TOK GURU...AKU SEBESAR KUMAN PUN TAK RESPEK MU SIKIT HABUK BASA TO GARU PENIPU...BAPAK PERPECAHAN...KALU MU NAK BUAT SANGAT BUAT LAH AKU PUN DAN RAKYAT KELATE NAK TENGOK SETARA MANA...DAH 20 TAHUN MERINTAH TAPI MASIH TAK CERDIK...DOK MENIPU DAN SALAHKAN ORANG TAK HABIS-HABIS.....AKU NAK TANYA MU BERAPA BANYAK DAH MASJID MU BUAT DI KELATE......AKU NI DOK KL TAPI HARI HARI AKU AKU JUMPA AJK MASJID KELATE KUTIP DERMA DI SINI SEBAB NAK BUAT MASJID.....AKU RASA MALU BULEH METERI BESAR MACAM MU..TAK BERTANGGUNG JAWAB LANGSUNG.....LEPAS TU KENA BODO KE DAP SEPATUTNYA ORANG ISLAM YG MEMERINTAH TAPI MU KENA PERINTAH....MALU..MALU

Anonymous said...

Ala apa nak heran...kalau di Kelantan takde kerja boleh pergi cari kerja di negeri lain mcm Selangor and Penang. Esok lusa bila PAS menang PRU13..rakyat negara ni yang takde kerja boleh pergi negara jiran yg maju mcm Singapore, Thailand..Dok gitu?tu lah di pikiran pemimpin PAS agaknya...

Anonymous said...

Kepada Anda Yang Pro Umno

Jangan kita bantah Nik Aziz nak buat Hudud di Kelantan. Mari kita semua bagi sokongan kepada dia. Sokong dia pergi jumpa Najib minta kebenaran nak buat Hudud Kelantan saja lah. Aku bukan minta korang sokong dia dengan mengundi Pas. Undi kita tetap kepada Umno selagi calon Umno bertanding. Kalau calon Umno tak bertanding, korang tepok lah dada dan tanya lah kepada kepala lutut korang sendiri.

Aku ni walau pun jadi pengundi tetap calon Umno, dah 5 - 6 kali dah, tapi tetap aku setuju kalau Pas nak buat Hudud. Apa buruknya Hudud yang korang nak bantah ? Saman ekor lagi teruk sampai warga emas umur 85 tahun dah jalan bertongkat pun tak pasal2 dapat saman speed trap. Kelakar lah.

Anonymous said...

puak puak tu bohong nak laksanakan hukum hudud itu semua topeng cari undi kalau tak caya cuba kerajaan pusat benarkan aku yakin 1000 peratus takkan buat punya sebab apa bila buat pemimpin mereka kena hukum dulu sebab kuat bohong.

Anonymous said...

TDM menolak hudud ketika itu kerna itu bukanlah hudud Islam, tapi hudud ala PAS. lepas tu, PAS langsung xde usaha utk melaksanakan hudud. haji hadi sendiri mengatakan hudud hanyalah 0.001% dalam Islam. azizan pula berkata hudud bukan keutamaan...

munafiknya puak2 PAS...

berbalik kpd masa sebelum TDM menolak hudud ala PAS, dia dah mintak draf hudud drp PAS. apa PAS buat?

PAS mintak tangguh!!!

sebab jangankan perlembagaan, draf pun xde!!

PAS lantas hire bbrp professor dan pensyarah utk menyiapkan perlembagaan hudud. akhirnya professor2 ini tarik diri kerna draf pun xde lagi.

bikmama said...

hampa ingat bising kat sini kelantan
buleh at UMNOAPCO
ka
......hahahhahhahhahah
wat la apa pun ....org kelantan gelak sajakat BEE END nih...hhahahhahha...syok tgk UMNOAPCO
meroyan nih...hahahahah

Anonymous said...

Pehhh... Artikel RBF masuk Utusan hari ini. Ruangan khas lagi..

Memang Class.... Tahniah.

Din.

Anonymous said...

BIKMAMA NI HIDUP DAN MATINYA HANYA UNTUK hamPAS......NAK SYURGA FREE KATAKAN...PADA AKULAH NIK AZIZ TU TAK ADA KELEBIHAN APA-APA CUMA DIA ADA MULUT LASER DAN DOA PECAH PERUT YANG MAMPU MENGGERUNKAN SIAPA SAJA...DAH RAMAI DAH ORANG MATI KERANA DOA NIK AJIS?...PADA PENGAMATAN AKU LAH PAS NI DAH LAMA DITOLAK OLEH MANUSIA YANG BERAKAL...DI KELATE PUN PAS SEMAKIN DIPANDANG KEJI DAN KOTOR OLEH MEREKA YANG ADA MATA HATI....KALAU UMNO TAK MENANG PUN PAS PASTI AKAN HILANG MAJORITI YANG BESAR ITU ADALAH PASTI DAN AKU TERAMAT YAKIN.....INI BERDASARKAN KEBENCIAN DAN PENOLAKAN RAKYAT TERHADAP KEJAHATAN DAN KESESATAN PAS....KEPADA BIKMAMA TOLONGLAH BUAT SURVEY DAN KAMU AKAN TERKEJUT DENGAN MAKLUM BALAS YANG DITERIMA NANTI......dan aku selaku rakyat Kelantan apa yang amat aku rindukan adalah kejatuhan REJIM PAS DI BUMI CIK SITI WAN KEMBANG.....

Anonymous said...

Hudud yg pernah dibawa PAS tu dibuat oleh pakar2 dan alim ulama negara timur tengah. Tp kalau rasa hudud tu xcukup baik, elok puak2 UMNO bawakan hudud sendiri. Aku rasa sama je, sbb dlm Al-Quran dh jelas psl hukum hudud ni.

njah50 said...

Seolah-olah hanya orang Pas sahaja yang lebih Islam dari orang-orang Islam lain yang tidak menyokong mereka. Tiap-tiap hari Jumaat khatib mengingatkan jemaah agar berpegang kepada tali Allah. Tapi apabila keluar dari masjid pendirian telah berubah. Maki hamun dan menyalahkan orang lain telah menjadi mainan penceramah Pas. Semua orang salah, semua di kalangan mereka sahja yang betul. Kalu kita perhatikan apa yang berlaku sekarang telah berbalik kepada batang hidung sendiri. Manusia tidak lupa! Dulu apa yang dibuat oleh Barisan Nasional semua tak betul dan haram. Sekarang apa dah jadi. Pas hanya memainkan hukum Allah untuk kepentingan politik mereka. Kalau di dunia kita menang, tunggulah masa apabila berhadapan dengan Allah kelak.

demak said...

Muhyidin Yasin terima hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.

Nk sedia camna, umat Islam Malaysia ni sering disogokkan hiburan yg melampau2 dan budaya yg xselari dgn islam. Pastu ada kerajaan kempen bab2 hudud ni?? Tak heranla, jenayah yg dahsyat2 dan pelik2 dh berlaku kt Malaysia skrg. Masalah sosial remaja Islam, huh, makin teruk!!