Friday, September 23, 2011

Hudud: Beranikah Pas Bawa Usul Ke Parlimen Sekarang ?

Isu hudud yang telah lama disimpan rapi oleh Pas kerana takutkan DAP tiba-tiba terlepas semula minggu lepas, gara-gara kenyataan Nik Aziz berpuncanya dari bilangan pesakit Aids yang paling tinggi di Malaysia di catatkan di negeri Kelantan.

Nik Aziz salahkan Tun Dr M kerana tidak dapat melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya jika ditanya oleh Allah kenapa tidak laksanakan hudud , dia akan jawab kerana Tun Dr M tak benarkan.

Nik Aziz sering menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dalam usaha dia mengembangkan politik Pas. Malah sampai satu tahap untuk menghalalkan dia mencarut satu masa dulu, dia kata Nabi pun mencarut.

Nabi Muhammad SAW menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha menyebarkan syiar islam. Pernahkah anda dengar dari mana-mana ustaz atau mana-mana hadis yang mengatakan Baginda putus asa dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan Abu Lahab atau Abu Jahal sebagai halangan untuk Baginda menyebarkan islam sekiranya ditanya Allah ?

Nabi tidak pernah putus asa, bukan satu, bukan dua dan bukan tiga rintangan yang Baginda hadapi dalam usaha mengembangkan islam. Bermacam-macam rintangan yang Baginda hadapi.

Nik Aziz baru sekali hadapi rintangan dalam usaha untuk menjalankan hukum hudud, terus kecewa dan akan jawab dengan Allah itu salah Tun Dr M.

Nik Aziz oh Nik Aziz, selama ini aku ingatkan engkau pejuang islam tulen , rupa-rupanya engkau lebih takutkan Tun Dr M dari takutkan Allah. Ikuti ulasan Spy Leman di sini.

'Pejuang' hudud
80 tahun (1931 -2011)
Bertongkat
'Penolak' hudud
86 tahun (1925 - 2011)
Tanpa tongkat dan boleh betulkan kain sarung dengan sebelah tangan sahaja

Daripada dulu lagi kita dah kata, Pas tidak pernah serius untuk jalankan hudud. Hudud hanya dieksploitasi oleh mereka untuk keuntungan politik.

Sekiranya Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila bawa usul ke Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah dipinda bagi membolehkan kuasa diturunkan kepada negeri-negeri.

Pada masa sekarang kuasa yang melibatkan undang-undang jenayah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Belum ada mana-mana negeri yang mempunyai kuasa tersebut di negara ini. Negeri-negeri hanya ada kuasa melibatkan syariah. Manakala hudud pula ada melibatkan jenayah seperti mencuri, merompak, bunuh dan jenayah-jenayah lain.

Setakat Dun Kelantan yang meluluskan hudud ianya tidak membawa apa-apa makna selagi Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda untuk memberi kuasa kepada negeri menjalankan sendiri undang-undang jenayah.

Cara yang betul adalah selepas diluluskan oleh Dun Kelantan , Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari Pas perlu mengemukakan usul kepada Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan dipinda. Pernahkah anda dengar atau lihat ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara dari Pas bawa usul berkenaan dalam Parlimen ?

Apa yang Pas Kelantan lakukan dulu adalah mereka serahkan draf yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan kepada Tun Dr M. Sudah tentulah jawabnya tak boleh dan kena tolak. Bukannya Tun Dr M yang ada kuasa mutlak untuk meluluskannya. Ianya kuasa ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara kerana melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Jika ianya tidak melibatkan kuasa ahli-ahli dewan, sudah tentulah hudud yang digubal oleh Pas di peringkat negeri Kelantan tidak perlu diluluskan di Dun Kelantan. Di peringkat negeri pun Nik Aziz tak boleh pakai kuasa dia seorang diri nak luluskan hudud sehingga terpaksa bawa ke dalam Dun, begitulah juga diperingkat persekutuan, bukannya kuasa PM seorang diri.

Sebab itu kita kata Pas tidak serius untuk laksanakan hudud. Cara yang dia buat pun dah tak betul kerana dia mahu perkara itu ditolak dan akhirnya dapatlah dijadikan modal politik mereka.

Sekarang jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila minta ahli-ahli parlimen mereka bawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah supaya kuasa tersebut diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

Pas ada lebih 20 orang ahli mereka dalam Dewan Rakyat termasuklah presiden dan dua orang naib presiden mereka yang boleh bawa usul berkenaan. Jangan asyik memalu tong kosong di luar sini, masuk dalam dewan dan buktikan keseriusan untuk laksanakan hudud.

57 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

FIRST LAGI

NIK NAJIS
U R DOOM

Anonymous said...

Biarkan Dewa Nik aziz buat hudud,kita nak tngk mcm mana hudud ciptaan Pas sendiri....

kelantan pun tak mampu nak urus ni plak nak buat hudud,porahh!!

Gula gula Hudud pilihanraya dah mula broo...

maharajazhou said...

Bro GAP,

Karpal dah bg isyarat maut sama Anwar, tapi Harakah dan Malaysiakini tak report.

Tolong linkkan!

Hudud: Karpal Berdehem Pada Anwar!! Malaysiakini Tak Report!

Anonymous said...

Mintak penyokong2 Pakatan Rakyat berarak di Dataran Merdeka, Bkt Bintang tuntut hudud dilaksanakan... please mat sabu.. please suruh ambiga lead perarakan nie...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

Pade pendapat saye yg x seberape ni, kerajaan pusat (jike pekare ni dibentang kat parlimen) harus melulus dan laksanekan hukum hudud ni.

Sistem perundangan kite sekarang ni terlampau2 LEMBAB dlm melaksanekan undang2 yg sedia ade. Satu2 kes ambik mase betahun2 utk selesai.

Memandangkan penjenayah2 pade la ni semakin kejam dan ganas, hanye hukum hudud saje (yg dah termaktub mengikut nas2 al-Quran) dapat membendung kekejaman dan keganasan ni. Dan jugak tanam perasaan takut pade org2 yg berniat melakukan jenayah.

Tu hah, kes keling2 yg katok dan bakar 3 org mangse (itu mangse2 yg kite tahu) pancung aje. X kirelah dia org tu muslim ke tidak, kalau dah pembunuh, hukum pancung aje.....

Anonymous said...

ahaaa dok nganga apa lagi pi buat la demonsterasial dok melalak tak habis-habis buatnya enggak ... apakan daya macammana hamPAS kelapa dibuang setelah diperah santannya begitulah seadanya totok hamPAS ....

wa tak takut mati tapi wa tak nak mati siallllll...

Anonymous said...

HUKUM HUDUD BERDASARKAN HADITH DAN ALQURAN KA ATAU HUDUD BODO PAS, ORANG BUKAN ISLAM NAK PAKAI KITAB MANA??????????

SEMUANYA ANAK HARAM JADAH PAS CELAKA MANUSIA. UNDANG2 YANG DIGUNAPAKAI DAN DAPAT DITERIMA OLEH SEMUA ORANG ADIL DAN SAKSAMA, ISLAM DAH TU.

Anonymous said...

aku ni kesian kat depa. Mula aku ingat depa ni tak dak kerja, tak dak kelulusan, tak boleh cari makan, tak boleh beribadat, tak dapat khidmat kesihatan, tak dapat jalan tar kat depan rumah, tak dapat bersekolah pasai tak mampu, tak cukup salinan pakaian, tak dapat air bersih, tak dapat khidmat pembentungan, tak dapat siaran TV, tak dapat akses to telefon, dan macam-macam yg kat Indo tu. Rupanya aku salah. Depa nak jadi PM, he he he.....woWWWwwwwwww

hafizahmad said...

Nampak sangat kau ni tak faham nmacam sesuatu undang2 diluluskan di Parlimen. Pas sebagai pembangkang tak boleh mengusul kan sesuatu pindaan undang2. Sesuatu pindaan undang2 ataupun undang2 baru MESTI dilakukan oleh MENTERI dalam kerajaan. Jadi hanya kerajaan memerintah yang boleh mengusul kan sesuatu pindaan undang2. Dan seterusnya diundi untuk mendapat majoriti dlm Dewan Rakyat. Jadi sepatutnya yang mengusul kan pindaan undang mesti la dari BN melalui menteri yg berkaitan.kalau UMNO serius, usulkan la pindaan undang2 utk hudud. Atau takut MCA dan GERAKAN keluar parti???. Jgn bodohkan pembaca blog ko yg memang bodoh sejak lahir dgn bgi fakta tak btul tntng protokol pindaan undang2, Bro pegi belajar dulu protokol pindaan undang2. Jagn la nak berlagak macam pandai.

Anonymous said...

Semale ambo mimpi, dapat petunjuk PRU13 dekat doh! Mimpi dok molek. Bulan hok terang, lamo2 jadi gelap gugup!

Tu yg ambo wak tubek smula kes hudud ni... Nik Az.

Anonymous said...

Semua org kene main ni...wahahaha
Semua ni wayang jer.
Pakatan fikir sudah dekat dgn PRU 13.tp sokongan org melayu sudah mula kurang.
Semua isu libatkn sentimen org melayu spt. arak,penggunaan kalimah,murtad, org melayu di penang,negara kebijakan semua itu perlu ditutup.
Pas sekali lg akn jd lembu utk tutup iau ini utk tarik sokongan melayu.
PKR x seswai krn isu anwar tiada kredibiliti lg.
Pas Konon2 mahu hudud dilaksanakn.
Setelah 20 thn takotkan mahathir dr tuhan tetiba mahukn hudud.
Ini utk kelihatan juara d mata rakyat menentang DAP.
Hakikatnya Pas sudah tau DAP xkn restui hudud.
Hakikatnya mereka hanya lawan mulut mcm anjing rebut bangkai tp tidak pula benar2 tinggalkn pakatan jika benar krn mahu tegakkn hukum Allah s.w.t.
Harus diingat persetubuhan pas,dap pon bukanlah benar2 formal sgt.
Hari ini gaduh,tp esok baik semula,dan dapat mengelirukn org melayu.
Apa yg halal sgt psl pas pon,kalimah pon boleh kongsi.inikan pula bpura2 gaduh.
Licik sguh cara ini.
BN akn kelihatan kekal zalim,kufur menolak hudud.
Pakatan lbh untung.
BN tetap jatuh.
bila menang besok percayalah sehingga subuh x ade sesiapa dhukum hudud dan mahu menghukum Anwar dahulu krn video sex nya krn ia besi...

hamdan said...

anon 4.23...

kalau kau harap hudud Pas boleh selesai penjenayah zaman sekarang..malang le kau.

AZkan ada satu keadaan dimana jenayah rogol, berzina akan tiada kes secara rasmi tetapi bertambah2 secara tak rasmi.
Sebabnya?.
keadaan;

1. Mana kau nak cari saksi yg tak buat dosa/
2. video..kamera..CSI ni semua besi semata@
3. Silap2 yg mengandong kena rogol dituduh berzina
4. Tu belum saksi dari orang kapir yg nampak orang islam rogol orang islam
5. Tu belum lagi orang bukan islam rogol orang islam.
6. Mana boleh orang islam kena potong tangan yg bukan islam setakat penjara...

hudud bukan ibadah untuk orang islam sahaja tetapi merangkumi juga yg bukan islam sebab ainya undang2 jenayah..

hehehehe....

Anonymous said...

nik aziz tu dh xnk ngan DAP la,diorg kn dh lebih2 skng....nk ckp direct takut,dia wt la geng DAP marah... nk buang geng smpai cmtu skali,teruk btul pengurusan PASETAN ni...

aduhai papagomo said...

dengan kata lain...
"eleh, PAS pun main-main jer nak buat hudud, sama la dengan kami UMNO ni, tak buat hudud juga. jadi marilah kita sama-sama tak buat hudud, yeah!", betul tak? hahaha

p/s: apahal papagomo banyak buat link kat blog lain ni? tak best ar. aku suka blog papagomo jer, blog seks yang islamik... haha

ruang bicara faisal said...

saudara hafiz ahmad

mungkin benar kata awak saya bodoh, tetapi saya rasa saya tidak sebodoh awak. lain kali kalau nak kata org bodoh, sila pastikan kita cerdik.

utk bawa sesuatu usul yang melibat pindaan perlembagaan persekutuan ianya tidak terhad kpd menteri kerajaan yg memerintah shj. Cuma itu dijadikan amalan shj.

Mana-mana ahli dewan tidak kira dari parti mana2 sekali pun boleh dan berhak membawa usul yang dipanggil 'private bill'.

usul yang hendak dikemukakan oleh ahli2 dewan perlu dikemukakan dlm masa 14 hari. manakala usul dari menteri perlu dikemukakan 7 hari shj.

jgn ingat ahli2 dewan kecik anak punya org hingga tak blh bawa usul. kuasa ahli dewan adalah besar kerana merekalah yang menggubal undang2 negara. sebab itu kita kena pilih ahli dewan yg berkualiti serta cerdik dan bukannya ahli dewan seperti mahfuz omar, khalid samad, nizar jamaluddin.

apabila jadi ahli dewan kena serius, bukannya jadi budak2 menjerit sana-sini , pakai baju t kuning , pakai tali leher kuning dgn niat nak buat lawak di dewan rakyat. kualiti mesti ada bro...

bye....

XPressMinda said...

isu hudud ni lebih kepada nak carik undi orang Melayu Islam je.

Pas kalau serius depa dah lama akan bertanding di lebih 2 per 3 kerusi parlimen utk buktikan mereka serius utk pinda perlembagaan & gubal undang2 hudud

rekod Pas menunjukkan;-

1986 = Pas hanya bertanding di 98 kerusi dan menang 1 kerusi (total kerusi 171, majoriti 2 per 3 ialah 114 kerusi)

1990 = pas bertanding di 30 kerusi menang 7 kerusi parlimen (total kerusi parlimen 180, majoriti 2 per 3 ialah 120)

1995 = pas hanya bertanding di 46 kerusi menang 7 kerusi ( total kerusi parlimen ialah 192, majoriti 2 per 3 ialah 128)

1999 = pas bertanding di 30 kerusi, menang 27) 9total parlimen 192, majoriti 2 per 3 ialah 129 ke5rusi.

2004 = pas bertanding banyak skit di 84 kerusi, menang 7 kerusi (total kerusi parlimen 219, majoriti 2 pertiga ialah 146 kerusi)

2008 = Pas bertanding di 66 kerusi, menang di 23 parlimen (total parlimen 222, majoriti 2 per 3 ialah 148 kerusi)

base pd data-data tu, membuktikan Pas tidak pernah berhasrat pun utk pinda perlembagaan kemudian gubal undang2 Hudud.

hudud cuma mainan politik tarik undi atau utk elakkan lebih ramai penyokong Pas berpaling tadah kepada UMNO itu saja.

Anonymous said...

kepada hafiz ahmad....
hahahaha..kena atas batang idom sendiri la plak..muahahahaha
adios

Anonymous said...

pakai tongkat tu bukan ke sunnah nabi?

hafizahmad said...

Rbf bodoh
blogger rasuah
UMNO bodoh
UMNO rasuah

Anonymous said...

Membohong je kerja Bullshitul hamPAS N.Ajis ni.....ditakdirkan kaum PaLuT @ Pakatan Luar Tabi'e memerintah negara (selisih malaikat 44).....hudud entah ke mana, Islam entah kemana.

Anonymous said...

Membohong je kerja si Bullshitul hamPAS N.Ajis ni... Di takdirkan kaum PaLuT@ Pakatan Luar Tabi'e memerintah negara (selisih malaikat 44).....hudud entah ke mana Islam entah ke mana.....

Anonymous said...

hafizahmad>>> kebodohanpiyai anda terselah!!! wakakakaka

ruang bicara faisal said...

hafiz ahmad adalah contoh terbaik yg kita blh gunakan utk kita lihat bagaimana bebalnya tahap otak penyokong pas.

dia kata saya bodoh dan kata saya tulis tak betul. kemudian saya jawab hujah dia. bila dia rasa tak mampu nak jawab blk penjelasan saya mulalah dia meraban merata dan kata saya bodoh serta rasuah.

sebiji sama seperti perangai pemimpin2 dia. bila tak mampu nak jwb hujah terus pusing cerita rasuah, zalim , kerja umno dan sebagainya.

Anonymous said...

Beberapa tahun lepas saya pernah berfikir dan bertanya kepada diri saya sendiri, adakah saya berdosa kerana tidak menyokong PAS? Adakah saya berdosa kerana tidak menyokong hudud PAS. Berdosakah saya memangkah wakil rakyat BN bukan Islam?

Akhirnya saya membuat keputusan berani, PAS hanyalah sebuah parti politik sahaja bukan parti jaminan ke syurga. Syukur, telahan dan gerak hati saya benar belaka. Selepas PRU12, terserlah siapa PAS sebenarnya, hanya sebuah parti politik bermodalkan kopiah, jubah dan hudud rekaan mereka utk memancing undi.

Memang PAS hampas. Semakin lama semakin bodoh jadinya pemimpin mereka. Mereka sudah hanyut dan lemas dengan retorik "Membangun bersama Islam" serta impian dan cita2 menawan Putrajaya.

Suatu ketika dahulu UMNO dan PAS akan bersatu dalam soal Melayu dan Islam walaupun dalam politik UMNO dan PAS tidak sehaluan. Kini UMNO yang dikafirkan PAS, menjadi lebih Islamik dari PAS. Apa nak buat, PAS sudah kafir kuasa 2.

Kepada penyokong PAS yang masih sayangkan bangsa dan agama Islam, mungkin anda boleh membuat perubahan dengan tidak memangkah PAS semasa PRU 13 ini.

akuantiPAKATAN.

MANBANG TANAH KELATE said...

KAH KAH KAH....MEMANG TOLOL BETUL HAFIZ AHMAD NIH....TENGOK MUKADIMAH TULISAN DIA NAMPAK MACAM ADA KARISMA TAPI BILA BACA MASYAALLAH TOLOL DAN BEBALNYA DIA.....DEMI ALLAH KESELURUHAN PENGANUT PAS BEROTAK SAMA....TAK CERDIK DAN PERASAN LEBIH...APATAH LAGI PEMIMPIN PEMIMPIN SUCI MEREKA LAGI LAH BEBAL....TETAPI TETAP DISANJUNG TINGGI MELANGIT KAH..KAH..KAH NIK AZIZ PUN SAMA BODOH JUGA BERCAKAP LEBIH DAN TAK TAHU APA-APA CUMA PERASAN DIRI BAGUS ORANG LAIN SEMUA TAK BETUL.....SATU KERJA PAS DI KELATE PUN TAK BOLEH DITUMPANG DAN DIRASAI RAKYAT HAMBA YB DAN EXCO NYA SAJA YANG BERSENANG LENANG DENGAN RUMAH BESAR DAN KERETA MEWAH...HAMBA RAKYAT TOLOL SEUMPAMA HAFIZAHMAD NI CUMA JADI PANCACAI SAJA LA..KEPADA RBF TERIMA KASIH DAN TERUS KAN USAHA UNTUK MENELANJANG KAN SERBAN DAN JUBAH PEMIMPIN KHAWARIJ PAS AGAR TERSERLAH SEGALA PANAU DAN KURAP DI BADAN MEREKA SELAMA INI UNTUK DITONTON OLEH RAKYAT...SYABAS RBF

Anonymous said...

KALAU SETAKAT MANUSIA BEROTAK MACAM HAFIZAHMAD NI DIA TAK SOKONG BN PUN TAK RUGI SEBAB TAK BERAPA CERDIK...BIAR ORANG MACAM NI MASUK PAS RAMAI RAMAI DAN PAS AKAN JADI KEM TEMPAT BERKUMPULNYA MANUSIA BODOH DAN BEBAL TERMASUKLAH NIK AZIZ....

MymassaVoice said...

sekali dap berdehem, terkincit2 tok garu tu!

skandal seks DAP Penang http://mymassa.blogspot.com/2011/09/gempar-gambar-dan-video-skandal-porno.html

Mohon sebarkan!

Anonymous said...

kalau nk tengok tahap kebodohan pengikut,tengok dulu tahap kecerdikan pemimpin dia.aku rasa pemimpin penyokong2 PAS semua cerdik tp dikalangan penyokong PAS je la.tgk tahap kecerdikan pemimpin dia lak,contohnya mat sabu 'n'mahfuz....

Anonymous said...

PAS TERASA MAKIN DI SISIH PENGUNDI2 MELAYU...DAN MEREKA TAHU ORG MELAYU AMAT SENSITIF DGN ISU2 AGAMA..JADI MEREKA MENGGUNAKAN MODAL KEMPEN YG SAMA UNTUK MEMENACING KEMBALI UNDI2 MELAYU..SANDIWARA DAN SKRIP YG SAMA.

Anonymous said...

Anon September 23, 2011 4:12 PM

As-Salam,

Saya tertarik ayat anda 'Sistem perundangan kite sekarang ni terlampau2 LEMBAB dlm melaksanekan undang2 yg sedia ade. Satu2 kes ambik mase betahun2 utk selesai.'

Soalan saya,maknanya anda pertikaikan keLEMBABan perLAKSANAan ?
Jadi apa mungkin jika hudud diambil sebagai undang2 hukuman jenayah,dapat percepatkan sistem perlaksanaan hukuman atau undang2 ? kalau nak cepatkan kes dimahkamah,perangai DSAI patut dielakkan dengan menangguh2 perbicaraan...saya bukan pertikaikan hudud dilaksanakan,tetapi kenyataan anda menyatakan dengan hudud,perbicaraan akan cepat habis..jika kes DSAI asik tangguh2,lawyer sakitlah,nak tukar hakim la,hukum hudud mana pun takkan mampu percepatkan perLAKSANAan hukuman...kalau nak laksanakan undang2,itu namanya penguatkuasaan undang2..tapi berapa banyak penguatkuasaan undang2 ditempelak rakyat.road block,merobohkan setinggan,rondaan itu antara penguatkuasaan undang2..kita harus lihat,hukuman hudud byk melibatkan hukuman terhadap kesalahan jenayah asas,sperti mencuri,mmbunuh,zina,pemberontakan..sedangkan byk undang2lain di malaysia ini melibatkan soal ekonomi juge,akta cetak,akta melibatkan kenderaan,perniagaan dll lagi...jadi semua itu dalam undang2 takzir..jadi kalo ikutkan,hudud hanya 0.0001% bak kata hadi awang..soal jenayah sesama manusia..itu belum jenayah dengan Allah,seperti murtad,jual agama untuk undi mcm PAS,ajaran sesat..jgn ambil pukul rata je..sebab itu hudud perlu disesuaikan dalam undang2 negara..kalau UMNO & PAS bersatu,perlu ke DAP atau MCA untuk sokong ? tapi igt,hudud perlu dilaksanakan bila majoriti rakyat mahu,kondusif,pemahaman yang lengkap..bukan semborono mcm kelantan dulu...hudud dia bole pulak hanya utk Islam,sedangkan Rasulullah SAW laksanakan tanpa mengira Islam atau bukan diMadinah..bila semua pihak bersetuju...tp asas Rasulullah SAW membina negara Madinah adalah penyatuan umat,ekonomi barulah hukuman atau hudud...adakah kita sudah bersatu ? adakah ekonomi kita kuat ? renung2kan...hafiz ahmad,bila ada ilmu kaji,bukan ikut semborono...hudud PAS liwat isteri dibolehkan ? itukah keadilan ? malu le....

TG Nik Eng...

Anonymous said...

JIKA HUDUD HANYA 0.001%, AKU FIKIR PERSAUDARAAN ISLAM ITU JAUH LEBIH TINGGI PERATUSNYA BUKAN?
BUKANKAH NABI SAW MEMULAKAN KERAJAAN ISLAM MADINAH DENGAN MENGERATKAN TALI PERSAUDARAAN ANTARA MUHAJIRIN DAN ANSAR? ADAKAH BAGINDA TERUS MELAKSANAKAN HUDUD WAKTU ITU? TIDAK BUKAN?
AMBIL CONTOH MUDAH ITU SAHAJA, NAMPAK SANGAT PAS DAH KHILAF. PERSAUDARAAN DENGAN UMAT ISLAM UMNO DITOLAK HANYA KERANA POLITIK, MALAH RAMAI MENUDUH UMNO TERDESAK BUKAN? PAS HEBOH KONONNYA MEREKA LEBIH BERIMAN, TETAPI HULURAN TANGAN PERSAUDARAAN SESAMA AGAMA DISELANG SELI DGN BERMACAM2 SYARAT? TETAPI BILA BERPAKAT DENGAN PARTI KAFIR HARBI YANG NYATA, TIADA SYARAT!
KINI, ISU HUDUD DIBANGKITKAN SEMULA. MENGAPA TIDAK DIUTAMAKAN ISU2 PENYATUAN DAN PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA? TOLONGLAH UTAMAKAN YANG MANA LEBIH UTAMA..

Anonymous said...

Salam.

Mintak bro RBF ulas pasal artikel ni (jika ada pengetahuan):

Perkara 77. Kuasa baki perundangan.

Badan Perundangan sesuatu Negeri berkuasa membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang tidak disebut satu persatu dalam mana-mana Senarai yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan, iaitu yang bukan suatu perkara yang berkenaan dengannya Parlimen berkuasa membuat undang-undang.

1. Apakah perkara 77 ni tidak membenarkan DUN menggubal undang2 Syari'ah termasuk menetapkan hukuman jenayah mengikut Hukum Syarak ?

2. Apakah dalam perlembagaan persekutuan menghadkan kuasa Mahkamah Syariah maka perkara 77 ni tak boleh dipakai khususnya untuk menetapkan hukuman kesalahan syariah spt yang tertakrif dlm hudud ?

3. Jika tidak boleh, maka negeri2 yg diperintah pembangkang memang confirm tak boleh nak imlement hudud dan perlu mengubah perlembagaan persekutuan dengan persetujuan 2/3 parlimen.

4. Jika tidak boleh, maka wakil PAS perlu usulkan perkara ini di Parlimen.

5. Jika didapati undang2 Hudud yang dibentangkan PAS ini ZALIM spt yang enakmen hudud PAS skang ni, maka confirm ahli parlimen dari BN tidak akan bersetuju. Ahli parlimen kafir apatahlagi...

Terima kasih.

Yang benar,

Fakirullah.

tokgaru said...

Nik Aziz nak buat hudud di Kelantan. Kita yang beragama islam patut sokong. Tapi menyedihkan bila orang islam sendiri turut bersama2 dengan orang bukan islam membantah.

Siapa mereka orang islam yang membantah ? Mereka bukan orang islam biasa. Mereka adalah pemimpin besar di kalangan orang islam. Mereka adalah pemimpin tertinggi dalam Umno.

Adakah ahli Umno biasa membantah ? Kalau pun ada yang membantah, hanya segelintir saja iaitu yang jahil dan tak faham tentang hudud. Yang selebihnya tidak takut dengan hudud. Yang selebihnya mengalu2kan hudud.

Siapa sebenarnya yang takut kepada Hudud ? Mulai sekarang anda sudah boleh nampak. Jika anda seorang muslim, anda tak sepatutnya takut kepada Hudud macam orang takut kepada hantu.

tokgaru said...

Hudud untuk siapa ?

Hudud hanya untuk orang islam. Hanya orang islam sahaja yang akan di hukum di bawah Hudud.

Kalau begitu lah perlaksanaannya, tidak ada asas untuk bukan islam menentang Hudud.

DAP menantang, ugut nak keluar daripada PR. MCA dan Gerakan turut menentang, ugut nak keluar dari BN.

Adakah Umno menjadi panik ? Umno kata tidak menentang Hudud, tapi bahasa yang keluar dari mulut pemimpin tertingginya menunjukan mereka terpaksa berkata "tidak setuju" kerana takut hilang kawan setia iaitu MCA, Gerakan dan MIC.

Bagaimana gerak hati Najib dan Mahyudin ? Dalam hati berkata "setuju" tapi apakan daya kerana nak jaga hati "kawan setia".

tokgaru said...

Di negeri mana nak di laksanakan Hudud ?

Di Kelantan negeri yang di perintah oleh islam sendiri. Di Kelantan yang penduduknya 90% orang islam.

Apa halangannya ?

Perlembagaan negara perlu dipinda terlebih dahulu. Untuk pinda perlembagaan perlu kepada 2/3 sokongan ahli parlimen.

Pernah kah ada usul untuk pinda perlembagaan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Hudud ? Setakat ini kita tidak pernah dengar pun.

Jadi kepada ahli parlimen Pas, bawalah usul meminda perlembagaan dahulu. Kami rakyat muslim yang tidak menentang hudud nak tahu usul itu lulus atau tidak, siapa yang sokong dan siapa yang tidak sokong usul itu.

Jika ini tidak di buat, saya berani katakan Isu Hudud di Kelantan ini adalah sebagai modal politik Pas untuk menghadapi PRU 13.

tokgaru said...

Kepada yang celik politik.

Kita semua tahu. Untuk laksana Hudud di Kelantan, perlembagaan negra perlu di pinda. Kalau usul pindaan pun tidak ada, maka baca lah gerak hati orang yang beria2 nak buat Hudud di kelantan. Ikhlas kah dia ? Atau ada niat lain disebaliknya.

Sebagai orang islam yang faham islam, kita jangan cepat melatah menghukum kata "hudud tak sesuai kerana bla bla bla bla ...."

Orang politik akan guna apa saja yang dia boleh guna untuk menyelamatkan diri mereka daripada arus deras politik. Pemimpin Umno dan Pas adalah sama saja, mereka seperti orang yang hampir2 lemas.

Kita sebagai rakyat muslim jangan terikut2 dengan rentak mereka yang kononnya menjadi pemimpin kepada kita. Kita tidak lemas, yang hampir2 kelemasan adalah mereka.

Anonymous said...

Pas dan DAP sama je...hukum hudud dipermainkan yang mana Pas war-war untuk termia hudud dan DAP menolaknya, sekarang ini adalah polimik politik semata-mata kerana ketika dan saat ini bila2 je kerajaan akan bubar parlimen untuk PRU 13..so..dengan Pas terima hudud dan Dap tolak hudud semuanya adalah temberang je...semuanya untuk pancing undi je..Dengan aku tak usahlah nak kelantong, dengan orang2 lain leh lah nik aziz dan kerpal singh mangkuk ayon ni leh kelentong Jangan percaya langsung parti Pas Pis Pus dan DaPig ini..semuanya lakonan je.. Aku dah masak bebenor dengan kedua2 parti ini...UMNO adalah parti dari dulu, kini dan selamanya untuk rakyat malaysia. TQ Tun Mahathir...

Anonymous said...

Betul kata RBF kpd hafizahmad, inilah rupa pencacai PR, jika ada kelemahan diri, mula-2 salahkan lawan dulu atas kelemahan tersebut, kemudian ditanya kenapa BN tak buat, padahal mereka yang berkokok nak buat. Bila orang berhujah panjang, dan dah rasa x dak modal nak jawab, memaki adalah jalan terakhir. kalau PAS memerintah, ada yahudi mana nak rosakan ekonomo m'sia, cukup dgn memaki dan yahudi tu pun surrender dan terus x jadi nak buat. itulah tahap pemikiran pemimpin dan penyokong PR.
zarman a/s

Anonymous said...

dulu pernah kita dengar bahawa MCA, Gerakan dan MIC adalah golongan kafir zimmi (tidak menjadi islam tapi tidak menentang islam). maka di haruskan Umno bekerjasama dengan mereka.

tapi bila isu hudud timbul semula dan mahyudin kata Umno tidak menentang hudud. riuh mereka ugut nak keluar daripada BN.

ketahui lah wahai saudara2 ku yang ada dalam Umno. Mereka MCA, Gerakan dan MIC telah bertukar kulit daripada zimmi kepada harbi, sama macam DAP.

dulu para ulamak Umno mengatakan tidak mengapa kita angkat mereka jadi wakil rakyat kita kerana mereka adalah kafir zimmi. tapi kini mereka terang-terang dah jadi kafir harbi iaitu belang sebenar mereka.

sudah 54 tahun anda tersilap kerana mendengar cakap orang. tapi apakah selepas ini anda masih nak melakukan kesilapan yang serupa lagi ?

Anonymous said...

kita ingin bertanya kepada bukan islam.

apa kena mengena hudud dengan mereka ? hudud tidak akan mengusik mereka walau sedikit pun, tetapi kenapa mereka menentang. kita pun tak faham apa agenda mereka sebenarnya ? kita bertambah-tambah tidak faham kenapa para pemimpim islam dalam Umno juga turut menentang ?

nik aziz nak hudud di kelantan. kenapa pemimpin Umno yang riuh menghalang ? adakah rakyat islam kelantan yang meminta pemimpin Umno buat riuh ?

ahli Umno memang tak akan beralih. tapi penyokong Umno yang tidak menjadi ahli Umno bertambah-tambah kekeciwaan mereka kepada pemimpin Umno bila hudud pun dibantah oleh pemimpin Umno.

sepatutnya bila nik aziz mahu hudud di laksanakan di kelantan, najib atau mahyudin cabar orang tua tu buat usul untuk meminda perlembagaan persekutuan dulu. jika pindaan berjaya, buat lah hudud di kelantan sebab rakyat islam pun nak tengok juga sejauh mana hudud berjaya mendisiplinkan umat islam sendiri.

saya setuju bila nik aziz kata pemimpin Umno takut kepada hudud macam orang takut kepada hantu.

tokgaru said...

Untuk Nik Aziz

Kalau kamu ikhlas nak hukum tuhan ini di laksanakan di bumi Kelantan, sila lah bawa usul supaya perlembagaan persekutuan di pinda terlebih dahulu. Jika tidak ada mana2 wakil Pas yang berani bawa usul pindaan perlembagaan, kami rasa elok lah kamu berhenti daripada berlakun.

Nik Aziz. Kamu boleh tipu orang2 Pas tapi kamu tidak boleh tipu kami orang2 yang "Umno boleh, Pas pun boleh".

Anonymous said...

aku kasihan kepada sedara mara, kawan rakan dan orang kampong aku. mereka semua memang penyokong kuat Pas. kopiah putih tak lekang dari kepala. yang berjubah pun ramai. yang pompuannya tak tinggal tudung kepala. lebih dahsyat lagi ada yang berpurdah sampai biji mata pun tak nampak.

begitu bersungguh-sungguh mereka mahu kepada islam. marah teramat mereka kepada umno bila dua tiga kerat pemimpin umno bantah hudud nik aziz di kelantan. mereka tak marah kepada dap, mca, gerakan dan mic kerana mereka tu semua kafir.

yang mereka ungkit, kata umno juga islam tapi kenapa bantah hudud.

mereka tak salah. kerana mereka ingat nak laksanakan hudud ni macam mana najib buat keputusan nak buang ISA, mudah saja.

pemimpin pas sendiri pun tak cerita kepada mereka, nak laksana hudud kita kena ubah perlembagaan negara dahulu. kalau pas bawa usul adakah umno akan sokong ? kalau umno tak sokong tentulah tak dapat 2/3. bila tak dapat 2/3 maka pindaan tak lulus. bila pindaan tak lulus maka hudud tak boleh dilaksanakan. pemimpin pas sorok fakta ini daripada di ketahui oleh ahli-ahli pas yang bergelar PasNGOK.

yang pemimpin pas jaja kepada orang kampong aku adalah "umno kafir kerana umno tolak hudud"

PasNGOK betol orang kampong aku, termasuk lah adik-adik kandung aku sendiri. Bior lantak diorang lah .. memang NGOK pun.

Anonymous said...

kpd hafizahmad,
kalau dah tau pas tu pembangkang, dan xleh bawa usul kenapa sombong ngan umno yg semuanya islam? kenapa tolak kerajaan perpaduan? tapi berbaik ngan dap yg terang2an tolak hudud. cuba berbaik ngan umno untung2 dapat bincang utk laksana hudud di kelantan. Ini tidak dah la bodoh, sombong lak tu. Itu lah parti PAS. Mengambil agama sebagai modal politik sahaja.

ntahla said...

PAS nak laksana hukum hudud? nak jaga islam la kan?

tapi, pegi kedai elektrik orang kapir, (orang melayu islam kan ada),

pegi makan kedai kapir, (kedai melayu islam kan ada),

pegi beli keta kat orang kapir, (orang melayu islam kan ada jual keta jugak),

pegi workshop keta kat orang kapir, (workshop melayu islam kan ada).

kalau tak ada sgt melayu islam buat takpa la..

contoh: mcm beli komputer, ada tak orang melayu islam buat komputer? takpa la beli la komputer tu, tp carik la yang melayu islam yang jual komputer tu..

ada tak orang melayu islam buat aircond? kalau takda takpa la, tp beli la dari penjual melayu islam..

dan kalau takda, sbb tu la kerajaan suruh kita semua belajar, belajar buat sendiri, buat kereta sendiri, buat aircond sendiri.

apa asas nak belajar tu? belajar bahasa inggeris laa.. tp korang orang PAS nie nak menghalang lagi belajar bahasa inggeris.

Anak Lenggong said...

Sampai sekarang tiada sebarang komen daripada pemimpin PAS yang lain berkenaan dengan Hudud cuma komen daripada anak nik ajis jee itu pun cakap berlapik...Ini lah padah nya pabila tersilap cakap..ataupun kepala dah dipegang oleh cina DAP semua nya takut untuk bersuara..so wahai melayu PAS terima lah hakikat sebenarnya bahawa pemimpin kalian bukan pejuang islam tetapi hanya berjuang untuk perut sendiri serta tamakkan kuasa sahaja.

mohamed said...

Sdr RBF terima kasih diatas penjelasan. Disekolah dulu aku diajar juga tentang "private bills"

Aku setuju hafizahmad ni jauh lebih bodoh dari RBF. Sombong pun ada.

malunya!!!!!

komen je said...

apabila yg tak beriman berkata kata dan mengarang dan membuat komen.

Senyum :) said...

assalamualaikum.

@Hamdan
---------------------------------
AZkan ada satu keadaan dimana jenayah rogol, berzina akan tiada kes secara rasmi tetapi bertambah2 secara tak rasmi.
Sebabnya?.
keadaan;

1. Mana kau nak cari saksi yg tak buat dosa/
2. video..kamera..CSI ni semua besi semata@
3. Silap2 yg mengandong kena rogol dituduh berzina
4. Tu belum saksi dari orang kapir yg nampak orang islam rogol orang islam
5. Tu belum lagi orang bukan islam rogol orang islam.
6. Mana boleh orang islam kena potong tangan yg bukan islam setakat penjara...

hudud bukan ibadah untuk orang islam sahaja tetapi merangkumi juga yg bukan islam sebab ainya undang2 jenayah..
----------------------------------

Masalah2 ni sume dah ada solution cume ko je yg xblaja abes lg. Semua permasalahan ni dah berlaku berabad2 lamanya dan ada banyak option. Klu nk taw lebih dalam ko ley spent mase ko utk kaji bnd ni dgn secara mendalam(ataupon percaya kepada pemerintah yg berkuasa)utk melaksanakan hudud. Tapi janganlah sampai nk pertikaikan credibility HUKUM ALLAH tu samada dapat berlaku adil atau tidak. SesungguhNya dia lg amat mengetahui.

http://www.youtube.com/watch?v=ZmGi77cf7IU

-----------------------------------

http://www.malaysiakini.com/news/176760

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

....seolah-olah kenyataan tu mcm 'hudud memang undang2 Allah..tetapi terpulanglah, kalau nak buat boleh.. xnak pun xpe.. x menjadi kesalahan..

Kalau macam tu, kita pun boleh abaikan solat disebabkan sibuk tak gitu dato' najib?

:)

Senyum :) said...

Maaf saya lupa nk tambah.

"Hudud: Beranikah Pas Bawa Usul Ke Parlimen Sekarang ?"

Alangkah lebih baik jika "Hudud: Beranikah kita Umat Islam sama2 menguatkuasakan undang2 Allah iaitu HuDud di Malaysia sekarang?"



bukankah ahli2 umno dan pas adalah umat islam? xsalah kan sama2 perjuangkan hukum Allah? pas ke umno 2 2 dapat pahala.

Anonymous said...

aku setuju bila ada sorang mamat cadangkan pas buat demo desak najib benarkan hudud di kelantan.

masa ambiga nak buat demo bersih 2.0 aku sokong najib minta dia guna ISA tangkap ambiga, mat sabu dan anwar kerana nak selamatkan negara dari huru hara. memang masa tu aku sokong najib habis2an.

so bila tiba bab hudud ni aku rasa wajar jika ambiga, mat sabu dan anwar memimpin rakyat buat demo besar2an untuk menyerahkan memo mendesak yang dipertuan agong membenarkan hudud di kelantan.

aku gerenti penyertaan rakyat adalah berlipat kali ganda daripada Bersih 2.0. aku juga akan bawa sedara mara dan anak isteri untuk sama2 berarak jika diadakan. nak takut apa, lagi pun sekarang ni ISA pun dah tak ada lagi, najib dah tak ada taring lagi dah.

aku gerenti sebahagian ahli umno juga akan turut berarak dengan membawa sepanduk "Kami Mahu Hudud".

aku adalah ahli umno yang dah mula nampak kebaikan hudud.

Anonymous said...

soalnya berani ke pemimpin umno nwk usul hudud ke parlimen? atau pun berani ke pemimpin umno totok nk sokong hukum hudud?umno ni balaci mca dgn gerakan? awal2 dah kena gertak...bila lg umno nk nk bg penerangan ttg hudud kpd mca dgn gerakan..?what the hell...kalau ko orang tak sokong hudud, tepuk tnya tanya iman...jgn sampai tergelicir akidah...

Anonymous said...

so, kesimpulan rbf ialah hukum manusia lebih baik dr hukum allah...astaghfirullah...kalau tak faham, bertanya pd para ulamak...

Anonymous said...

Anon 800 am

kenapa minta umno bawa usul hudud. tak relevan nak minta umno buat usul. Pas lah yang sepatutnya bawa usul hudud ni sebab Pas yang nak laksanakan di kelantan.

kita rakyat melayu islam ni nak tengok adakah umno nak sokong atau bangkang usul hudud itu.

bila usul pun tak bawa lagi jangan lah nak buat penghakiman kata umno mesti tak sokong punya. tak adil kepada umno. Pas kena bawa usul ke parlimen dulu.

lepas tu kita akan tahu wakil rakyat melayu islam dari parti mana yang sokong hudud dan dari parti mana pula tak sokong hudud.

Senyum :) said...

anon 2:09

najib for sure la kan xnak hudud coz da ade official statement yg dia xkan benarkan hudud di laksanakan di Malaysia.

"kenapa minta umno bawa usul hudud. tak relevan nak minta umno buat usul. Pas lah yang sepatutnya bawa usul hudud ni sebab Pas yang nak laksanakan di kelantan.

kita rakyat melayu islam ni nak tengok adakah umno nak sokong atau bangkang usul hudud itu.

"

kenapa xrelevan plak? orang umno bukan umat Islam ke? undang2 Allah ni bukan tertakluk kepada parti mana2 pon. memandangkan umno adalah parti yg memerintah jadi tak salahkan kalau umno teros melaksanakan hudud. ok kata la pas xmampu nk bwk sebab ada sekatan dll tapi still tggungjawab pemerintah bawak hudud jugak kan. Allah yg cakap bukan saya yg cakap. xkan la sume benda yg ala2 islamik je nk harapkan pas je. umno pon kene la bertindak.

Anonymous said...

Fucking melayu got nothing better to do.

Go fuck your cousin.

Anonymous said...

KITA TUNGGU HUDUD UMNO PULAK LAH...UNTUK 1 MALAYSIA...KALAU MCA DGN GERAKAN NK KELUAR..HALAU AJER...UMNO KAN KUAT!!!

Anonymous said...

X PAYAH BWK KE PARLIMEN? NAJIB KAN BOLEH BG GREENLIGHT PD KERAJAAN KELANTAN UTK LAKSANAKAN HUDUD APA!!SEDANGKAN TANAH KTM PUN DIA BOLEH BAGI KT SINGAPORE TANPA MEMBAWA USUL KE PARLIMEN..INI MASAALAH KECIL PD NAJIB...