Wednesday, September 21, 2011

Kenapa Husam Halang Kita Bercakap Mengenainya ?



Saya tidak mahu bercakap sangat tentang tindakan saman yang diambil Husam terhadap Kickdefella kerana itu memang kehendak Kickdefella. Yang saya nak bercakap lebih pasal injuksi yang dipohon. Sudah lama sebenarnya Kickdefella mahu ke mahkamah kerana banyak perkara yang mahu didedahnya dalam perbicaraan. Ini kerana keterangannya dalam mahkamah akan menjadi kenyataan umum. Tidak ada siapa yang boleh halang dari orang bercakap dan pihak media juga bebas menulis kerana ianya telah menjadi keterangan mahkamah dan ianya juga akan dilihat lebih berkreditbiliti.

Sebelah pihak Kickdefella tidak menjadi masalah kerana beliau telah bersedia. Yang menjadi masalah sekarang sebelah pihak Husam. Dia nak saman Kickdefella tetapi writ saman tidak diserahkan sehingga ke hari ini kepada beliau. Sebaliknya pihak Husam galak menghantar salinan writ saman kepada pihak media. Pelik tak ?

Jika begitu keadaannya bermakna Husam bukan benar-benar serius hendak saman Kickdefella , dia hanya mahu mendapat liputan media kononnya dia berani saman dan dalam masa yang sama dia cuba menjadikan mahkamah sebagai alat politik dia.

Semalam (rabu 20.10.2011) akhbar Sinar Harian edisi Kelantan , Trengganu, Pahang, Melaka/NS dan Perak melaporkan di bahagian muka depan tentang tindakan Husam tersebut, tetapi orang yang disaman sampai ke saat ini pun tidak diserahkan writ saman oleh Husam atau peguam-peguamnya atau mana-mana wakilnya walaupun orang yang di saman telah 24 jam membuat kenyataan rasmi di blognya meminta writ saman diserahkan kepadanya.

Bab saman tidak menjadi masalah kerana Kickdefella telah bersedia dan akan lawan, yang peliknya writ saman tidak diserahkan kepada beliau. Satu perkara lagi yang benar-benar pelik adalah apabila Husam akan memohon satu perintah injuksi bagi menghalang Kickdefella atau ejen-ejennya atau pembantu-pembantunya atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Nak halang kebebasan bersuara pula ke ?

Selama ini bukankah mereka yang sering melaung-laungkan kebebasan, ketelusan, demokrasi dan sebagainya ? Tetapi apabila kena atas batang hidung dia terus dapatkan injuksi.

Sekiranya Husam kata apa yang ditulis Kickdefella mengenai dia adalah fitnah , kenapa dia saman kerana tiga artikel sahaja ? sedangkan mengikut Kickdefella dia telah menulis lebih 100 artikel mengenai Husam termasuklah pemberian wang RM 350 ribu kepada Kickdefella tanpa pengetahuan Nik Aziz, Ariffahmi, Nik Amalina dan Nik Abduh semasa beliau diberhentikan dari PMBK ?

Kawan-kawan semua, Allah maha kaya dan Allah maha adil. Anda semua lihatlah sendiri bagaimana teruknya musuh-musuh politik Pas dikerjakan mereka dalam dunia cyber sebelum PRU 2008. Sekarang mereka pula merasakan bagaimana perit dan pedihnya dikerjakan oleh musuh-musuh mereka dalam dunia cyber sehingga terpaksa memohon perintah injuksi. Allahuakbar !

Difahamkan semasa bekerja dengan Husam , Kickdefella sendiri pernah diminta oleh Husam untuk menulis perkara-perkara yang tidak benar. Tetapi apabila Kickdefella menjawab dengan mengatakan itu fitnah, lantas Husam terus membaca ayat Quran untuk menghalalkan perbuatan itu. Benarkah atau tidak benar ? Mohon Husam jawab...

Sebelum ini ada pemimpin-pemimpin Pas atau orang-orang mereka yang berkata kehadiran kami blogger-blogger pro kerajaan tidak memberi kesan kepada mereka atau kami hanya sekadar blogger picisan ternyata mereka telah menipu diri mereka sendiri serta penyokong-penyokong mereka.

Jika kami tidak memberi kesan atau sekadar blogger picisan , tak mungkin Husam akan ambil perintah injuksi. Perlu diingat perintah injuksi tersebut tidak terhad kepada Kickdefella sahaja, tetapi turut merangkumi kami semua kerana ianya disebut dengan jelas ejen-ejennya atau pembantu-pembantunya atau sesiapa sahaja. Ini bermakna termasuklah anda semua yang menghantar komen-komen serta seluruh rakyat Malaysia , kerana dia menggunakan perkataan SESIAPA SAHAJA.

Dia hanya nak orang tulis atau sebar berita yang baik-baik sahaja mengenainya, yang buruk baginya semua fitnah.

Jika begitu gayanya, siapa nak cerita pasal kegagalan projek padi organik di Kelantan, kegagalan projek Kelantan Koridor Depu, isu kamping jamnapari, isu Takaful Kifalah dan berbagai-bagai isu lain lagi ?

Itulah perangai orang-orang Pas, dia hanya nak yang baik-baik sahaja untuk mereka. Yang buruk semuanya hak orang lain. Contoh terdekat ialah berhubung isu bilangan pesakit HIV yang ramai di Kelantan. Nik Aziz kata kerana Tun Dr M tak benarkan hudud. Yang sebenarnya dia gagal mendidik rakyat yang di bawah naungannya.

Kalaulah media laporkan bilangan pesakit HIV dalam Malaysia paling rendah adalah di negeri Kelantan, maka pasti gegak gempitalah pentas-pentas ceramah mereka melaung-laungkan kejayaan itu adalah berkat pemerintahan seorang ulama yang bergelar tok guru yang berjaya mendidik rakyat melalui pemerintahan kerajaan islam Pas.

Sahabat-sahabat sekalian, Pas dengan penipuan sudah sebati. Ianya bagai irama dan lagu. Tanpa irama pincanglah lagu. Begitu juga dengan Pas , tanpa fitnah dan bohong pincanglah Pas. Tanpa fitnah dan bohong Pas dah lama longlai. Tanpa pembohongan-pembohongan yang direka cipta siapa lagi yang nak memenuhi ceramah-ceramah Pas ? Tanpa ceramah Pas tak boleh hidup beb.....Mana nak dapat duit ? duit yang diperah dari keringat orang ramai atas nama perjuangan islam.

Sampai bila pula anda semua hendak ditipu oleh Pas atas nama islam ?

Perlu dibuang apa yang ditanamkan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam minda anda iaitu Pas itu islam dan islam itu Pas.

Perlu diingat, agama islam adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah untuk umat-umatnya.

Manakala Pas pula adalah sebuah parti politik yang didaftarkan dengan pendaftar pertubuhan. dan kelulusan pendaftarannya ditandatangan oleh seorang pegawai bukan islam.

Bukankah jauh perbezaannya itu ? Islam adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah. Pas pula diluluskan penubuhannya oleh orang bukan islam.

Islam berpandukan Al Quran dan Hadis, Pas pula berpandukan perlembagaan yang dicipta mereka.

Wujudnya Pas kerana kekalahan Hj Ahmad Fuad merebut jawatan Yang Dipertua Umno pada tahun 1951. Kecewa dengan kekalahan, beliau membawa diri ke P.Pinang dan dicucuk oleh orang-orang inggeris pada masa itu untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi memecahkan orang-orang melayu. Akhirnya lahirlah Pas untuk pecah belahkan umat. Sebab itu sampai ke hari ini umat berpecah kerana Pas. Kerana dia memang dilahirkan untuk memecah belahkan umat.

Bukan setakat cara kewujudan islam dan Pas berbeza. Pemimpin juga berbeza. Nabi-nabi dipilih oleh Allah. Pemimpin-pemimpin Pas dipilih oleh ahli-ahli mereka yang kepala otak tiga suku.

Nabi berdakwah menyebarkan islam kepada orang-orang kafir dan mengislamkan mereka. Manakala Pas pula mengkafirkan orang-orang islam .

Kalau nak bercakap bab perbezaan islam dan Pas tiga hari pun tak habis. Itu hanya sebahagian contoh supaya orang-orang yang ditipu Pas sedar akan pembohongan Pas.

Islam adalah agama (Ad Din)

Pas adalah politik (As Siasah)

Pemimpin Pas bukan Nabi, mereka semua adalah binatang-binatang politik termasuklah Husam Musa. Nabi tak bagi wang RM 4 juta untuk jatuhkan umat islam, tetapi Husam ???

22 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEm

FIRST!!!!!!!!!!!!!

captmam said...

Ngko memang BODOH la husam....belajaq la dari BABI mcmana nak elak dari ditelanjang di mahkamah ke..!!!!!. Sb tu dia tk berani saman orang yang BABI kata konon fitnah dia!!!. Ngko ingat si kick tu cakap kosong macam orang pas ke..main sedap mulut jer nak cakap....heeerrrk pthuiiii!!!!

Anonymous said...

i like...good job rbf...

Anonymous said...

Terbaik bro. Saya salute you macam saya akan salute 'Out Syed the box', bila saya terserempak, satu hari nanti. 6~7 perenggan terakhir amat bernas & tepat sekali.

Saudara, sebagai sahabat Kick, boleh cadangkan dia bertanding atas ticket BEBAS, di mana2 kawasan yang BN tak ada peluang atau tiada calon BN. Kick pandai bercakap. Memang sesuai sebagai Ahli politik. Dua juga punyai ramai kawan (PapaG., GAP, Parpu., dll.) yang cerdik berhujah, seperti saudara. Dengan senang boleh jadi 'Penasihat politiknya kelak. Mana tahu suatu hari nanti, bila Kick jadi menteri, banyak la pula peluang masuuk. Pada masa tu, jangan la pulak jadi seperti pua-puak ini pula.

RD

Anonymous said...

Maaf Saudara, saya rephrase ayat.

Terbaik bro. Saya salute you macam saya akan salute 'OutSyed the box', bila saya terserempak, satu hari nanti. Terutamanya, 6~7 perenggan terakhir amat bernas & tepat sekali.

Saudara, sebagai sahabat Kick, boleh cadangkan dia bertanding atas ticket BEBAS, di mana2 kawasan, yang BN tak ada peluang atau tiada letak calon. Kick pandai bercakap. Memang sesuai sebagai Ahli politik. Dua juga punyai ramai kawan (PapaG., GAP, Parpu., dll.) yang cerdik berhujah, seperti saudara. Dengan senang boleh jadi 'Penasihat politiknya kelak. Mana tahu suatu hari nanti, bila Kick jadi menteri, banyak la pula peluang masuuk. Pada masa tu, jangan la pulak, orang UMNO, jadi seperti puak-puak yang ada sekarang ini, Dalam Kerajaan atau PR. Hanya mencari peluang masuuk, tanpa menghiraukan kebajikan rakyat, bangsa dan negara. Malah sehingga mungkir janji & menipu rakyat , selepas menang pilihanraya.

RD

Anonymous said...

aku memang benci dgn puak pas nih...suka memfitnah dan putar belit
pernah terkene kat batang hidung kuarga kami.

Anonymous said...

Kita suruh Sinar temuramah Kick pulak..lepas tu letak di muka depan.

Tak adil la kalu bagi kepada Husam dapat hit sorang2.

Ke kena bayar baru leh letak di muka depan..


Jam~

Anonymous said...

Husam

kalau ko nak ringin sikit dosa duk bohong orang, baik kau tinggalkan Pas. selagi ko duduk dalam Pas selagi tu lah ko duk bohong orang.

apa punya makhluk lah ko ni. sikit punya banyak ke Kick tolong naik kan ko, last sekali ko buat u turn ko tokak dia pula.

haiya dalam Pas ini macam punya orang pun ada ka ? lu mana baca ? oh pulau melaka baca ka. lu sama sapa baca ? haiya lu sama nik ajis baca ka, haiya gua apa pun tak mau cakap lor .. nanti losa busat, tak lapat masuk syurga hor.

Anonymous said...

jom pakat sokong najib buntal..meno la sangat, konsert sana sini, terdedah sana sini macam rosmah bro..
jom3, jom heboh2..wacaaaaaaaaaaa..

orang gila pun xmacam korang, kira korang tup tup lagi r..bereh bro

tq bagi aku komen sini, i like ur blog dammmmmmmmm

Anonymous said...

waduh2 pak..
aku enggap suka sama i2 punye pm malaysia, banyak jahat wooooooooo..

aku nakkan islam tapi aku lihat banyak syaitan wa, enggap ada majlis2 faedah er, adenya majlis2 rock n roll..
berat la ketua negara gini, menjadikan malaysia sebagai medan maksiat..
...............................................aku nakkan islam yang sebenar

Anonymous said...

salam bro..minta maaf la, aku xberapa setuju la dengan bro punya post kali ni..
aku macam pelik sangat, aku muda lagi n aku tengah semangat berpolitik ni tapi, aku tengok la, kenapa blog bro ni suka tabur fitnah er, aku sedih la coz aku suka baca blog bro ni..ade kawan aku terbuka n kutuk blog bro ni, ye cakap pemimpin umno klu saman xada la berita2 kurang enak keluar, macam yang blogger pembangkang kena tu..entahlah, kadang2 aku macam terfikir, kenape bro..tukarlah stlye blog ni, ok..

anti bohmau said...

sedapla tuan!

ala-ala kantoi, gitu!

kickdafella dah jd tebu...habis manis sepah dibuang!

husam kata orang lain semua tak betul tp dia sendiri mengata dulang, paku serpih!

injuksi ka apa ka, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia...

salah husam mcm bangkai gajah, mana boleh ditutup dgn nyiru

banyak lagi pepatah orang tua2 yg terkena ke batang hidung husam janapari nih...

Anonymous said...

aku suka r part ni bro tapi aku nak ubah skit..mintak dihalalkan ye..

Sahabat-sahabat sekalian, Pas dengan keadilan sudah sebati. Ianya bagai irama dan lagu. Tanpa irama pincanglah lagu. Begitu juga dengan Pas , tanpa agama pincanglah Pas. Tanpa agama n iman, Pas dah lama longlai. dengan pembohongan-pembohongan yang direka cipta oleh anjing2 islam, pas masih lagi dapat memenuhi ceramah-ceramah agama ? Tanpa ceramah Pas tak selesa hidup beb.....sebab motifnya nak bagi manusia cukup akal fikir pasal islam, jaga aurat, jadi pemimpin berdasarkan islam bukan berdasarkan konsert? duit yang diperoleh dari sumbangan orang ramai atas nama perjuangan islam, moga Allah menbalasnya dengan pahala, bukan dengan nama n pangkat didunia semata2..

Sahabat-sahabat sekalian, Pas dengan penipuan sudah sebati. Ianya bagai irama dan lagu. Tanpa irama pincanglah lagu. Begitu juga dengan Pas , tanpa fitnah dan bohong pincanglah Pas. Tanpa fitnah dan bohong Pas dah lama longlai. Tanpa pembohongan-pembohongan yang direka cipta siapa lagi yang nak memenuhi ceramah-ceramah Pas ? Tanpa ceramah Pas tak boleh hidup beb.....Mana nak dapat duit ? duit yang diperah dari keringat orang ramai atas nama perjuangan islam..renung2kanlah

Anonymous said...

Sampai bila pula anda semua hendak ditipu oleh Pas atas nama islam ??? ...........................................n sampai bila anda semua hendak melihat malaysia hidup dalam kemaksiatan, konon2nya negara islam............................................................................................tapi xmenjalankan hukum hudud, bacalah Quran n hayati, bukan sekadar menjadikan Quran itu pameran di rumah2 besar kamu tu..


sekian, fahamilah..:)

Anonymous said...

Pas yang sering mengunakan agama,

tengaok lah negata Islam yang lain? apa dah jadi? PAS, DAP PKR jangan hanya nak komen yang negatif apa yang diusahakan oleh pemerintah, sebagai pembangkang yang baik cuba bagi cadangan membina, bukanya menghina. bila kerajaan hapus ISA, ramai yang sindir dan pertikaikan niat serta memandang sinis, mana sifat berbaik sangka yang dianjurkan?

janganlah terlalu berpolitik buka mata dan lihatlah dunia.

Saya beranggapan orang bodoh dan tidak membaca sahaja masih guna 'soalan barang naik kenapa?' lihatlah negara luar, dulu memang barang murah, tetapi hari ini semua barang keperluan naik dan mendadak, dunia diambang krisis, makanaa dan ekonomi, cuba tanya diri kita berapa orang Malaysia yang mati tak makan?

Pas,

Islam dihalang disebarkan di Malaysia? masjid diruntuhkan? kita di bom waktu solat jumaat? tanya dan lihatlah apa yang kita miliki, jangan jadi ekstrim membuta tuli,

Pas,

Kebanykkan ahli pas adalah orang yang malas, ini kenyataan, mereka malas berusaha dan membaca. bahan bacaan hanya sekitar mereka, paling mereka suka dengar ceramah dan baca blog yang sama, bagi pakcik2 dah pandai bukak websita atau blog dah bangga, pernah mereka baca laporan writube? laporan badan badan bebas tentang kewangan dan pencapaian taraf hidup kehidupan masyrakat luar?

Pas, PKR dan DAP

Bbersedia untuk melihat negara kita hancur dan musnah suatu hari nanti, lihatlah indonesia, apakah mereka bangga dengan reformasi yang mereka jayakan? tanyalah mat indon yang pasang pagar rumah tuan, siapa lebih bermakna? sukarno, suharto, megawati, SBY atau Gus dur yang sering tertidur


Pas

Selamat Malam

Azizul

Horas! Hulu Langat said...

menarik komen azizul.

Anonymous said...

sejak bila pula blog ni suka tabur fitnah.

yang blog geng bangsat PR tabur fitnah pasal cincin rosmah,mamat mati hidup balik,najib dan sebagainya takde plak bangsat PR kata fitnah.takmau plak minta bukti.

jangan dok buat mengaku konon golongan muda la.ko n mmbe ko tak merangkumi keseluruhan golongan muda pun jadi jangan dok perasan pakai ayat 'golongan muda'

bila kena kat juboq sendiri mula panas bontot.nik ajih bila nak letak jawatan?dulu sedap suruh tun m letak jawatan sekarang apa macam?nak pegang jawatan sampai mati ker.ataupun kena balik setempek dengan gelaran 'mahafiraun'?bukannya masjid yang bertambah kat kelantan tapi berhala buddha lagi banyak.serambi buddha

Anonymous said...

yg geng pr tak tutup aurat tu takmau plak geng 'mahukan Islam' ni bising ye tak?

suruh la anuwar berahi tu settlekan kes dia cepat.liwat tak abih lagi pi bantai china doll plak.

lim kit siang, lim guan eng, eh... kroni betul...

anuwar berahi,ijjah anuwar, wan ajijah, eh....kroni betui....

nik ajih, nik adli, eh....kroni btui..

kepimpinan Islam cmtu kot...lantik anak beranak dlm parti

nonbal said...

Cukup bernas posting ni, kena pada tulang hitam. good job bro. untuk ahli pr yang membaca, jangan percaya dan hirau catatan rbf ni kerana ia akan menghakis ketaksuban anda kpd pemimpin pr. walaupun ini adalah satu kenyataan, sebagai ahli pr, anda wajib menolaknya kerana menerima kebenaran bukanlah menifesto dlm pr, wassalam

Anonymous said...

PERCAYALAH, NANTI PUAK2 PAS TETAP AKAN KATA ITU SEMUA KONSPIRASI NAK KENAKAN HUSAM..KONONNYA HUSAM TU ALIM..IMAN SETEBAL JABAL THARIQ..BLA BLA BLA

PUAK2 PAS NI TAK PERNAH DENGAR PERIBAHASA ALIM2 KUCING KE?

Anonymous said...

Isu Takaful Kifaalah di Kelantan
woo berat nanang

Anonymous said...

Semalam (rabu 20.10.2011) akhbar Sinar Harian edisi Kelantan , Trengganu, Pahang, Melaka/NS dan Perak

tarikh pun hang bohong
yang lain lagi la kuat hang bohong