Monday, September 5, 2011

Kisah Sebenar Misi Ke Somalia

Post mortem-post mortem dari pakar-pakar yang tidak bertauliah memang laju di Malaysia jika terjadi sesuatu kemalangan besar dalam negara kita atau kemalangan yang melibatkan rakyat negara kita.

Pelbagai jenis ayat yang bermula dari perkatan 'kalau' akan dibina oleh pakar-pakar yang tidak bertauliah.

Kalau begini, bla....bla....bla.....bla......bla.....

Kalau begitu, bla....bla....bla.....bla......bla.....

Ayat-ayat yang dibina dari perkataan 'kalau' yang terakhir kita dengar sebelum kemalangan yang melibatkan jurukamera Bernama TV adalah semasa kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim di Hulu Langat beberapa bulan lepas.

Sekarang biar saya pula bina ayat dari perkataan 'kalau'.

Kalau sudah ajalnya, dimana-mana sekali pun kita akan menemui ajal.

Hidup, mati dan jodoh semuanya telah ditentukan oleh maha pencipta.

Sebenarnya nama Noramfaizul tidak disenaraikan oleh majikannya (Bernama) untuk menyertai misi kemanusiaan ke Somalia. Majikannya telah menghantar nama kakitangan lain.

Arwah meminta bantuan ketua misi,Datuk Azeez Rahim agar berbincang dengan majikannya supaya beliau dihantar dengan alasan beliau telah mengikuti beberapa misi sebelum ini dan sudah biasa dengan situasi-situasi di tempat yang tegang.

Saya tahu tentang perkara ini kerana saya turut terlibat dengan kerja-kerja persiapan sebelum misi berlepas. Tiga hari terakhir saya berada di pejabat Kelab Putera 1Malaysia(KP1M) sehingga lewat malam membantu apa yang patut.

Pada peringkat awal saya juga sepatutnya turut serta dalam misi berkenaan, tetapi atas halangan ibu dan isteri , saya membatalkannya kerana ada urusan keluarga di kampung yang perlu diselesaikan semasa Aidilfitri. Lalu saya mengambil keputusan untuk membantu kerja-kerja persiapan misi sehingga misi berlepas. Selepas sahaja misi berlepas , barulah saya pulang ke kampung halaman.

Saya akan berkongsi dengan anda apa yang saya tahu sepanjang persiapan dilakukan.

Awal Ramadhan kita di Malaysia dilaporkan dengan berita tentang umat-umat islam di Somalia yang terpaksa berpuasa selama berpuluh-puluh jam kerana tiada makanan untuk berbuka puasa. Kita di Malaysia puasa hanya 14 jam sehari dan makanan berbuka puasa pula terpaksa diisi ke dalam tong sampah kerana sudah tiada tempat untuk diisi dalam perut.

Bertitik-tolak dari situ setelah melihat kesengsaraan mereka, Datuk Azeez mula memikirkan untuk menggerakkan misi bantuan ke Somalia. Pelbagai kerja-kerja kajian dan risikan yang dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman misi dilakukan.

Bukannya, hari ini terfikir nak pergi, esok terus umum dan kumpul orang kemudian pergi.

Pelbagai fakta-fakta dan bahan -bahan yang dicari dan dikumpulkan terlebih dahulu , termasuklah dari Yayasan Kepimpinan Perdana pimpinan Tun Dr M.

Setelah semua fakta dan laporan yang diterima menunjukkan tanda positif barulah Datuk Azeez mengumumkan misi tersebut.

KP1M menghantar jemputan kepada pihak-pihak media Malaysia yang berminat untuk menyertai misi tersebut. Mereka tidak memaksa atau mengheret media pergi, sekadar menjemput. Mana-mana media yang merasakan hendak ikut mereka boleh pergi. Mana yang tidak mahu ikut tidak dipaksa. Sebagai contoh, The Star dan NST tidak menghantar wakil mereka walaupun mereka juga dijemput.

Selain media, ramai juga sukarelawan-sukarelawan rakyat Malaysia dan juga rakyat Somalia yang tinggal di Malaysia yang mendaftar untuk menyertai misi berkenaan.

Mereka-mereka semua telah dimaklumkan tentang risiko yang berkemungkinan akan dihadapi memandangkan Somalia tergolong dalam golongan negara berbahaya bersama-sama Iraq.

Lebih 100 orang yang mendaftar untuk mengikuti misi berkenaan termasuk pasukan perubatan, media, blogger , sukarelawan dan barisan j/kuasa KP1M.

Mengikut rancangan awal, semua ahli rombongan akan berlepas dengan pesawat khas Air Asia bersama barang-barang makanan, ubat-ubatan dan pakaian untuk sumbangan kepada rakyat Somalia.

Menghampiri saat berbuka puasa pada petang khamis (25.08.2011) Datuk Azeez menerima panggilan dari pihak Air Asia yang memaklumkan mereka tidak boleh membawa ahli rombongan ke sana kerana tiada syarikat insuran yang hendak melindungi pesawat mereka kerana keadaan yang merbahaya di sana. Akhirnya kerajaan memutuskan untuk menggunakan pesawat TUDM bagi melaksanakan misi berkenaan.

Timbul pula satu masalah baru, iaitu kapasati tempat duduk. Bilangan tempat duduk pesawat Charlie TUDM tidak sama dengan pesawat Airbus milik Air Asia. Ditambah pula dengan barangan bantuan yang dibawa. Difahamkan hanya 40 orang sahaja yang boleh dibawa oleh pesawat Charlie TUDM.

Penganjur tiada pilihan lain selain mengurangkan bilangan ahli rombongan. Lalu berlakulah rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang mendaftar untuk mengikuti misi berkenaan. Ada juga yang menarik diri secara sukarela dan ada yang merayu-rayu agar nama mereka tidak digugurkan serta tidak kurang juga yang marah-marah kerana tidak dapat ikut serta.

Akhir sekali 40 orang yang disenaraikan untuk pergi dengan pesawat TUDM. Jumaat malam sabtu (26.08.2011) semua ahli rombongan diminta berkumpul di pejabat KP1M di Jalan Kampung Atap untuk taklimat dan urusan suntikan vaksin yellow fever, typoid dan cholera.

Pada masa itu Datuk Azeez telah memberitahu ahli rombongan tentang risiko-risiko yang berkemungkinan akan dihadapi kerana tempat yang hendak dituju bukan sebarang tempat. Datuk Azeez meminta mana-mana ahli rombongan yang tidak bersedia menghadapi risiko agar menarik diri secara sukarela kerana beliau tidak mahu dipersalahkan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Seingat saya itu bukan kali pertama Datuk Azeez memaklumkan perkara tersebut. Sebelum itu beliau telah berulang-ulang kali bercakap perkara yang sama melalui telefon atau kepada mana-mana ahli rombongan yang datang berjumpa beliau di pejabatnya.

Perkara sebaliknya yang berlaku, bukan jumlah ahli rombongan semakin berkurangan, malah semakin bertambah. Akhirnya KP1M terpaksa bermesyuarat semula dan berbincang dengan TUDM tentang jumlah penumpang yang bertambah. Sehinggalah pada malam terakhir sebelum rombongan kemanusiaan tersebut berlepas keesokan paginya barulah jumlah senarai penumpang diputuskan.

Jumlah ahli rombongan dari 40 orang meningkat kepada 51 orang. Kiraan terkahir yang dilakukan pesawat hanya mampu membawa 48 orang sahaja. Tiga orang lagi diletakkan dalam senarai menunggu dan mereka diminta bersedia di Pangkalan TUDM Subang. Sekiranya ada yang tarik diri pada saat akhir atau yang tidak melapor diri mereka akan dimasukkan. Tetapi itu tidak berlaku. Semuanya tidak tarik diri dan semuanya melaporkan diri tepat pada waktu yang ditetapkan kerana bimbang tempat mereka akan hilang dan digantikan dengan mereka yang dalam senarai menunggu.

Salah seorang mereka yang dalam senarai menunggu merayu kepada Datuk Azeez sehingga beliau hendak masuk ke balai berlepas agar beliau dapat turut serta. Tetapi tidak lepas kerana keadaan pesawat yang telah padat. Pada masa itu juga timbul soal bagasi yang dibawa ahli rombongan yang berlebihan. Mereka diminta kurangkan beg kepada sebiji seorang sahaja kerana ruang yang terhad. Papa Gomo pun sampai tiga biji beg.

Malam terkahir sebelum berangkat, sekali lagi Datuk Azeez mengingatkan ahli-ahli rombongan tentang risiko yang berkemungkinan dihadapi. Ahli-ahli rombongan juga telah menandatangi borang indemnity (borang kebertanggungjawapan) sekiranya apa-apa yang berlaku tidak boleh disalahkan kepada KP1M.

Itu cerita sebenar sebelum pergi.

Selepas berlaku kemalangan, ada pula sok...sek...sok...sek....yang berlaku yang menyalahkan Azeez.

Ada yang kata tidak dibekalkan jaket kalis peluru.

Ada yang kata tidak dilindungi insuran.

Apakah sekiranya dilindungi insuran, seseorang tidak akan mati atau tidak lut peluru ?

Bercakap bab jaket kalis peluru. Benda itu sepatutnya disediakan oleh pihak media sendiri. Semua wartawan ada peraturan mereka sendiri sewaktu menjalankan tugas. Mereka dan majikan mereka lebih tahu tentang perkara tersebut kerana itu bidang mereka. Azeez bukannya tahu semua peraturan atau prosedur tugas pihak media kerana dia bukan dalam bidang berkenaan.

Saya mengenali dan berkawan dengan arwah Faizul semasa bersama-sama ke Chrsitchurch semasa kejadian gempa bumi awal tahun ini. Selepas itu saya ada bertemunya beberapa kali dan berhubung melalui telefon dan sms. Arwah seorang yang baik, peramah dan cepat mesra. Baru kenal beberapa bulan, seolah-olah dah kenal bertahun-tahun. Itulah sifat arwah...

Beliau seorang yang komited dengan tugas. Kamera tidak renggang dari tangannya. Aksi beliau rakan gambar juga menarik perhatian. Sekejap duduk, sekejap berdiri dan macam-macam aksi lagi.

Arwah menang minat dengan tugas-tugas yang mencabar. Arwah pernah ceritakan tentang keseronokkan cabaran yang dihadapinya semasa mengikuti rombongan Datuk Azeez ke Gaza tahun lepas.

Akhirnya beliau rebah dan pergi buat semasa lakukan kerja yang beliau minati.

Apa yang berlaku kepada arwah Faizul ini mengingatkan kita kepada apa yang terjadi kepada Steve Irvin atau Crocodile Hunter yang meninggal dunia pada tahun 2006 semasa menjalankan tugas yang beliau minati.

Semasa hayatnya kita sering melihat di tv kehebatan Steve Irvin bermain dengan binatang-binatang ganas, tidak pernah ada masalah. Tetapi Steve meninggal akibat disengat ikan pari ketika sedang membuat dokumentari. Itulah yang dinamakan ajal.

Begitu juga dengan Arwah Faizul, beliau telah ke Palestin tempat yang peluru askar israel bersimpang siur seperti belalang terbang tetapi beliau tidak mengalami apa-apa masalah. Tetapi di Somalia, tidak tahu dari mana datangnya peluru, tiba-tiba terus merentap nyawanya.

Itulah yang dinamakan ajal sudah sampai. Nama beliau tidak pun tersenarai, tetapi beliau merayu-rayu untuk nak pergi juga. SMS yang dihantar beliau masih tersimpan di tangan salah seorang AJK KP1M.

Sebelum pergi beliau ada meminta kawannya membelikan kasut untuknya dan berkata mungkin apabila dia ke Somalia dia akan mati ditembak. Akhirnya itu menjadi kenyataan. Itulah yang dinamakan ajal.

Ada orang kata, kalau KP1M sediakan jaket kalis peluru Faizul mungkin akan selamat. Saya pula kata, kalau Faizul tak pergi dia lagi selamat. Sekarang kawan arwah yang sepatutnya pergi tetapi digantikan dengan arwah di saat akhir menarik nafas lega. Kalau dia pergi mungkin dia yang menjadi mangsanya. Akan tetapi kerana ajalnya belum sampai, namanya ditarik balik di saat akhir dan digantikan dengan arwah.

Kita semua termasuk saya tidak tahu bila ajal kita dan penyebab kematian kita. Saya sendiri pun, mungkin kerana minat saya dengan komputer, tidak mustahil satu hari nanti saya menemui ajal kerana komputer. Manalah tahu tiba-tiba satu hari nanti tengah-tengah syok menaip blog tiba-tiba terkena karan di keyboard komputer. Masa itu ada yang kata , patutnya rbf pakai pelapik getah. Kalau dia pakai mungkin dia tak mati. Maka adalah pula pengeluar komputer disalahkan kerana keyboard ada karan.

Cakap-cakap yang mengatakan Arwah Faizul tidak dilindungi insuran tidak benar. KP1M ada sediakan insuran berkelompok kepada semua ahli rombongan. Selain itu arwah turut dilindungi insuran yang disediakan oleh majikannya. Difahamkan pihak insuran akan membayar pampasan sebanyak RM 200 ribu kepada keluarga arwah.

Juga tentang cakap-cakap yang mengatakan penganjur tidak melakukan risikan keselamatan lebih awal juga tidak benar. Risikan telah dilakukan. Sepanjang di sana pasukan sukarelawan kita tidak mengamalami apa-apa masalah dengan rakyat atau pengganas-pengganas yang berada di sana. Pengganas pun bertoleransi dengan pasukan sukarelawan kita kerana kita datang nak tolong mereka. Yang buat hal adalah pasukan tentera Kesatuan Afrika (AU). Sepatutnya sebagai tentera mereka melindungi kita, tetapi sebaliknya telah berlaku.

Satu lagi tentang cakap-cakap yang mengatakan penganjur tidak terangkan SOP sekiranya berlaku kecemasan. Saya difahamkan perkara tersebut tidak benar. Semasa saya mengikuti misi bantuan gempa bumi di New Zealand, semua ahli rombongan diterangkan tentang SOP sekiranya berlaku gempa.

Pada satu petang telah berlaku satu kejadian gempa yang kuat semasa kami berada bilik penginapan masing-masing . Semua SOP yang ditetapkan dipatuhi dan semua ahli rombongan dapat berkumpul di tempat yang ditetapkan dalam sekelip mata termasuk arwah Faizul. Bilangan ahli rombongan dilakukan, dan setelah keadaan disahkan selamat, kami semua dibenarkan kembali ke bilik masing-masing.

56 comments:

Anonymous said...

tq atas penjelasan.
semua dah tahu risiko masing2 sebelum pergi.

Anonymous said...

azeez tak patut dipersalahkan dalam hal ini.tapi seperti biasalah, oleh kerana azeez itu umno maka salah harus dicari dan fitnah perlu disebarkan



~lan~

Anonymous said...

Aku Hensem

Celaka Kesatuan Afrika
Apalagi hantar Gerak Khas la

Susu yg diberi
Tuba yg dibalas

Brahim Nyior said...

Makaseh penjelasan.

Mengutuk, mengumpat memang mudah. Tak ramai orang yang sanggup menyabung nyawa seperti mana kumpulan petugas sukarela ke Somalia pimpinan Datuk Azeez.

Mohon share..

melayuangkat said...

Terima Kasih atas penjelasan panjang lebar. Memang tak patut nak disalahkan sesiapa dalam hal ini. Tetapi ianya patut diberi pujian kerana prihatin sesama insan.

InsyaAllah saya doakan rbf Selamat dan sentiasa dalam lindungan Allah swt dalam apa juga aktiviti.

Anonymous said...

Biasa Beb.. mencari kesalahan lebih senang dari kebenaran.....

Terima Kasih diatas penerangan.... Al - Fatihah buat Allahyarham..

Anonymous said...

ajal maut ketentuan semuanya ditentukan oleh Allah

Anonymous said...

Saya rasa lega hati..terima kasih, pans hati kerana buat baik pun salah aptah lagi buat jahat..

Ada yg kata misi2 yg dijalankan mcm lupa org sendiri, mcm tanah runtuh etc...tp kalau kita fikirkan ini bukan misi yg bawa komunis, cari kaum komunis atau bawa anasir jahat masuk dlm negara mcm setengah pihak..sebenarnya itu satu perbuatan yg mulia, membantu manusia yg kebuluran (bukan mcm org msia, makan mcm tak pernah cukup buang makanan je yg lebih) serta kejadian alam mcm tsunami, gempa yg kita rasa ada rakyat m'sia tidak mengapa kita beri bantuan.

Saya pun kesal dgn cakap cakap tak serupa bikin terutama juak pembangkang, yg tahu cakap prop prep prop prep tapi satu apa kerja pun tak da buat, mulut saja mcm bertih jagung tp hati busuk.

Zek said...

Sepatutnya kita semua menyokong kerja yang dilakukan oleh semua ahli rombongan sukarelawan misi ke Somalia yang telah memberi khidmat yang cemerlang untuk meringankan kesusahan yang dialami oleh rakyat Somalia yang menghadapi kebuluran.

Terima kasih saudara RBF dengan penerangan yang jelas dan nyata.

Anonymous said...

Dato Azeez Abd Rahim adalah juga seorang wira negara.

Hendaknya ramai lagi rakyat negara ini yang ada semangat seperti Dato Azeez ini.

Tahniah Dato Azeez.

Anonymous said...

Salam bro,
News yang baru keluar pasal org ingat kita kibarkan bendera Amerika tu ape cerita bro? News tu dari Somalia mengatakan perasaan anti Amerika mmg kuat kat sana. Ye lah, bendera Amerika tu kan sebijik Amerika tiru bendera mcm Malaysia.

PAPA GOMO said...

agree bro, itulah realitinya...aku dalam misi bersama arwah dan memang apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

apa pun pembangkang cuba nak jadi hero. kimak depa ni. Teoh mati bunuh diri julang sebagai hero. Bapak depa semua ni tak ajar...

Anonymous said...

Terima ksih atas penjelasan.

Disini patut juga ditekankan bahawa persediaan yang dibuat oleh arwah sebelum pemergian beliau.

Saya pernah menyertai misi pengaman Untac, Unprofor sebagai wartawan, persediaan amat penting. Harus dinyatakan disini bahawa bukan mudah untuk mendapatkan jaket kalis peluru, biasanya yang digunakan oleh embedded pressmen di medan peperangan adalah ballistic helmet dan juga flak jacket. Tujuan peralatan tersebut adalah untuk mengurangkan risiko kecedaraan.

Tanya YAB PM sekarang sewaktu lawatan beliau pada tahun 90an ke Malaysian Contingent di Bosnia Herzegovina. Untuk lawatan beliau ke Sarajevo, YAB PM menaiki pesawat antonov dan YAB terpaksa menaiki Armoured Personnel Carrier serta menggunakan ballistic helmet dan flak jacket. Ketika itu beliau pergi sebagai Menteri Pertahanan tetapi semua persediaan dibuat dengan rapi oleh pihak Kementerian Pertahanan.

Seperkara lagi, salah kalau ada demand untuk mana mana pehak harus mengambil tanggungjawab. Yang utama sekali harus di ingat bahawa ini adalah pilihan arwah. Arwah boleh memilih untuk tidak pergi, tetapi sudah menjadi pilihan beliau untuk pergi jua. Sudah menjadi suratan takdir.

Sekurang kurangnya kita harus bershukur bahawa pengorbanan arwah tidak dilupai. Semua pihak telah menyatakan hasrat untuk membantu, maka bolehlah dianggap ada pihak yang mengambil berat untuk menentukan kebajikan keluarga arwah. Pada saya itu lebih penting daripada hendak menuduh misi tersebut sebagai perbuatan sia sia.

Al fatihah untuk arwah.

wartawan pencen

Mimie said...

Salam Brader RBF,

Terima kasih dgn penjelasan, saya rasa Dato Azeez tlh melakukan tanggungjawapnya sebagai seorang Ketua sebaik mungkin. Memastikan semua anak buahnya memahami segala prosedur sebelum melakukan sesuatu. Syabas Dato Azeez!

p/s syukur Papa Gomo selamat, kalau tak .......

Anonymous said...

memang dah ajalnya begitu, pergi tanpa sempat beraya bersama keluarga.

Anonymous said...

bercakap pakai kepala lutut mmg mcm tu la ayat dia. tu asri blm turunkan wahyu lg tu.

Anonymous said...

Tq atas penjelasan.
Dah terjawap semua bagi yg suka mengata "begitu", "begini".

Awal-awal dulu saya pun adalah antara orang yg menyoal apakah harus kita buat misi kemanusiaan ini.

Tapi lepas saya banyak membaca dan menengok video tentang negara2 saperti somalia ni, saya berkata: "WHY NOT?"
Takkan kita nak nak biarkan omputih je buat kerja kebajikan. Lama2 kita buat kerja ni akhirnya kita dapat lah experience kan?
Paling sedih bila kata baca
org yg mengatakan ini semua utk "glamour", "publicity". Kita tak tau nawaitu seseorang. Misal nya Datuk Azeez (kalau baca M. Insider dll teruk depa kata dia.)
At least he is trying to do good.

Tak duduk depan computer, menaip mcm kita aje hero, kita lah pandai.

Syabas Team Malaysia.

Al-Fatihah untuk arwah dan
taziah kpd keluarga nya.
Hidup dan mati kita ditentu Allah SWT.

Wassalam
H.J

Radzi said...

Assalamualaikum Tuan,

Terimakasih atas makluman yang terperinci. Saya hargai maklumat sebegini dan telah menjawab beberapa persoalan, yang malangnya tidak dinyatakan semasa keluar diBERNAMA TV.

Izinkan saya bertanya beberapa soalan dan mohon dijawab dengan hemah dan ilmiah. Ini demi memberi makna kepada perjuangan dan pemergian beliau untuk kita belajar dan perbaiki dimasa hadapan.


a) Di dalam zon konflik, tentera adalah sasaran pihak penentang. Kenderaan Arwah di escort oleh pihak tentera. Jika Tuan dari pihak penentang, melihat kenderaan 4wd yang diescort tentera, apa yang Tuan fikir? Mana mana NGO yang bekerja dilapangan konflik akan memberitahu yang mereka tidak mahu dilihat dan berada berdekatan dengan mana mana pihak bersenjata yang berkonflik (kecuali pasukan UN)

b) Waktu kejadian dikatakan pada pukul 17:40. Bukankah ia sudah melepasi waktu "curfew" rasmi kerajaan, iaitu 17:00? Bagaimana tu? 17:40 mereka sudah macam 20:00 kita. UN tertanya tanya kenapa mereka bergerak pada waktu tersebut?

c) Peluru rifle berkesan pada jarak 150-800m. Bendera Malaysia boleh disalahtafsir sebagai bendera Amerika, dan kenapa tiada pelekat Press pada kenderaan Arwah? Di dalam keadaan gelap, hanya jalur putih merah itu sahaja yang jelas dilihat.

d) Adakah pihak kelab berhubung dan menyelaras aktiviti dengan UN dan RedCross di sana? Mereka adalah badan neutral, dengan keupayaan logistik yang terbaik. Kenapa tidak bekerja bersama mereka?

e) Kenapa ramai ahli misi? Di dalam misi bantuan kemanusiaan, mandat kena jelas. Tidak boleh nak buat semua (makanan, perubatan, kesihatan) semua sekaligus. Kena focus pada kualiti. Wakil media bukannya dalam konsep jemputan, ia mesti dalam konsep keperluan sahaja. Lebih ramai yang menyerai misi, maka lebih ramai risiko yang hendak di urus. UN dan World Food Program (cabang logistik UN) pun tidak membawa ahli misi sebanyak itu.

Saya tidak menuding jari dan mencari salah orang. Aktiviti Kelab adalah mulia dan mesti diteruskan, tetapi ia tidak bermakna untuk tidak mengambil tanggungjawab jika ada elemen cuai.

Wassalam

Anonymous said...

Orang yang baik akhlak dan nawaitunya dalam hidup ini di pengakhirannya juga akan mendapat kebaikan.
Bak kata mantan mufti johor beliau mendapat syahid akhirat.

Moga Allah menerima segala amalan kebaikan arwah dimuka bumi ini dan di ampun segala dosa2nya.Amin..

Grand Marquis said...

Berkalau-kalau itu amalan syaitan

Cantik sekali tulisan RBF. Bersahaja dengan contoh yang sinis dan tepat.

Mereka, khususnya yang Islam itu patut check iman mereka sebelum mereka sibuk berkalau-kalau.

Anonymous said...

bro,lu punya penjelasan gua kira bagus sangat la. Tak ramai yang sedar keadaan yang sebenarnya.

tahniah Dato Azeez. Ini baru ketua yang mempunyai wawasan, berhati besar dan ikhlas nak membantu sesiapa sahaja. Banyak dah dato ni tolong walau tak sebesar mana pada pandangan pembangkang.

Aku yakin Dato Azeez layak di calonkan untuk menjadi Ketua Pemuda Umno satu hari nanti untuk membimbing anak muda bangsa dan membantu ramai orang tanpa sempadan politik. Dah terbukti dengan sumbangan beliau selama ini.

Syabas Dato Azeez. Saya mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang hayat agar beliau dapat terus menyambung kerja2 murni ini.

Salam.

njah50 said...

Ajal dan maut bukan kita yang menentukan, ini semuanya telah ditentukan oleh Illahi. Di mana-mana sahaja bila tiba masanya kita akan kembali kepada Allah jua, cuma kita tidak mengetahui bila! Seperti apa yang menimpa kepada arwah, perkara yang meragut nyawa juga berlaku kepada orang lain, cuma bezanya keadaan. Dalam perkara ini kita sebagai seorang Islam perlu reda. Tak perlulah kita nak berkalau, kalau lagi.

Anonymous said...

Ceritanya senang aje Nak glamor mana lah tahu kut2 dapat tiket untuk pRU13. Org miskin ramai lagi hoi kat malaysia nie.................

Anonymous said...

saya setuju100% pendapat saudara..sebab hidup mati ini sebenar nya bukan urusan manusia...Allah yg menentukan....jadi yg byk cakap gitu dan bergini....sya berpendapat dia ini tak mengunakan akal logik....bab kata org..satu jari tunjuk kan org..tapi 3 jari diri sendiri yg tak betul...apa cerita pun Al Fatihah pada aruah..bukan semua org berani macam dia..dan di meninggal pun bukan lah sia2...Allah lah yg maha mengetahui,Kita sebagai manusia redhakan ketentuan Allah...bantu lah keluarga nya..itu yg terbaik.

khai said...

saya sokong abe rbf... saya merupakan salah seorang pelajar yg turut serta masa misi bantuan gempa di Christchurch awal tahun ni. Bukannya setakat team KP1M je yg diberi taklimat psal keselamatan dan SOP time tu, malah yang tak terlibat secara langsung seperti pelajar2 yang menolong dan drebar2 pon diberi taklimat. Siap lantik ketua kselamatan, ketua media dan ketua para drebar tu.. Dato' Azeez bkan nya antaq ikot dan ja.. tringat lg kat arwah time dia dtg Christchurch dlu, komited gila kot.. dia ngan team media lain sanggup p gagah jgak cari internet nak submit video time2 gempa tu... tambah la lagi kt Somalia tu.. Moga Allah merahmati Allahyarham...

p/s: tringat jugak kt abg rbf, asal p melawat dia ja mesti dia jamu biskot ngan kopi.. hehe..

ruang bicara faisal said...

khai, terima kasih kerana msih ingat saya.

kopi dgn biskut...ha...ha...ha....

Anonymous said...

radzi,
meh aku tulun jwb soalan kau.

a) kalau x escort lg teruk. penah dgr kata gajah sama gajah berjuang pelanduk mati tengah2? ingat boleh masuk somalia cenggitu je? silap2 jejak kaki kat somalia je trus kena tembak. walaupun somalia dikategorikan sbg negara yg gagal, tp kerajaan sementara tetap ada dan askar kesatuan afrika bawah kjaan sementara ni yg pasukan misi kena berhubung utk memudahkan kerja. kerajaan sementara ni pun disokong UN dgn kesatuan afrika.

b) tgk kau pun dah kontradiksi dgn soalan pertama td. skrg kata kerajaan bg curfew plak. kalau ada kerajaan, maksudnya mana2 pihak yg nak pegi tempat tu kena la berurusan dgn kerajaan betul dak? sblm kau bg soalan mcm tu, kau kena paham kerja wartawan mcm mana sbb semua nak story wpun melanggar curfew dsb. ada ke si azeez dlm 4wd tu? kalau xde maksudnya xkan benda tu pun nak salahkan dia.

c) kalau guna pelekat press konfem ke x kena tembak? assuming kita ambik la apa yg ko kata peluru rifle boleh tembak 150-800 meter nampak ke tulisan press yg cenonet? lgpun ko kena la ingat ini somalia, bukannye amerika ada coordination smp tahap gitu skali. itu kenderaan kerajaan sementara dia ingat boleh main suruh2 je ke puak gasar mcm tu. dah dpt naik keta pun dah cukup baik tau. kalau nak sgt letak stiker press apa kata ko derma keta ko utk diorg bawak pegi sana dgn stiker press tu.

d) pegi la cari sendri maklumat tu jgn ty dlm ni.

e) UN tu lain la doh. dia entiti satu pertubuhan antarakerajaan. ada belanjawan dan bajet mcm kjaan malaysia jugak. maka dah tentu ada faktor costing kena ambik kira. sama gak kalau misal kata ada satu rumah kat kl terbakar. takkan jbtn bomba antar semua bomba pi padam kebakaran tu. kan x kos efektif camtu. tp misi kemanusiaan ni lain. sapa2 nak turut serta masuk je la janji dah paham risiko. dlm keadaan darurat mcm tu, kualiti jatuh no 2. dkt somalia kpi, nkra nkea, benchmarking xde makna bg diorg. yg penting ubat dan makanan. maka kalau lg ramai sukarelawan, lg la bagus sbb kerja dpt diagihkan dan x terbeban dgn sumber manusia yg sikit. citer pasal media ko paham ke tak konsep media? ko ingat media tu mcm satu cabang mcm UN yg ko sebut boleh main arah2 'ha ko pegi, ko plak xyah'. media adalah third party dan selaku penganjur mmg jadi amalan utk jemput mana2 media yg primer. dan lepas dpt jawapan barulah penganjur ikut budibicara dia sape kena pi.

senang citer apa kata lps ni ko ikut jd sukarelawan plak. citer kat sini xde guna beb!

jentayu

Anonymous said...

masalahnya bukan UMNO tp masalahnya pada batang tubuh azeez tu...

getik aku...dan benarlah, azeez adalah 'wira agung'

hanizam said...

aku rasa kalau sape yang tak paham lagi, bolehlah tengok laman blog, agendadaily.com..kat sana ada cerita sama macam rbf tulis...

mungkin ada detail yang perlu kita pahami lagi masa kejadian tu...

bab pembangkang nak cakap ape, lantak depalah...menyalahkan memang mudah...

tahniah semua yang menjayakan misi tu..kalau ada misi lain, kalau perlukan pertolongan nak pack barang @ ape saje, aku sedia datang ke markas...janji ada hebahan kat maner nak buat aktiviti tu...

setakat bagi tenaga belakang tabir pun jadilah...boleh gak kenal-kenal dengan blogger yang dah taraf OTAI-OTAI ni...

admin said...

Blog saudara amat menarik dan padat dengan info terbaru politik semasa.

Diharap sudi linkkan blog http://www.utaranews.com/ ke blog saudara untuk bertukar-tukar info. Terima Kasih.

Anonymous said...

Kelab Putera UMNO yang taja misi Allahyarham ke Somalia bawak berpuluh2 wartwan nakkan publisiti tanpa hiraukan bab keselamatan, tapi bila dah jadi macam ni (terbunuh ditembak ) Kerajaan Malaysia pulak kena tanggung pampasan....Pelik betul

tokgaru said...

RBF

Yang duk riuh tak tentu pasal nih ada lah puak pembangkang saja. Sebab Datok Azeez tu adalah pemimpin Umno. Kalau kita faham bab ini, kita tak payah layan, biar lah mereka menyalak macam anjing .. memang anjing pun puak2 tu.

Teoh Beng Hock mati kerana bunuh diri mereka menyalak riuh rendah kononnya Teo Beng Hock mati dibunuh oleh SPRM .. anjing2 peliharaan DAP iaitu Pas dan PKR tak berenti2 menyalak kepada kerjaan kerana kerjaan itu di pimpin oleh orang melayu iaitu Umno.

Anonymous said...

Salakan terbaru " Komunis Hero "

Yang ni adalah daripada anjing belaan DAP yang paling bahaya dan paling garang.

Anjing jenis ini kalau DAP suruh dia sapu .. dia sapu betul2 dia tak kira ada fakta sejarah atau tidak.

Pun ada orang yang sokong dia ni .. gila, gila.

Anonymous said...

senang citer apa kata lps ni ko ikut jd sukarelawan plak. citer kat sini xde guna beb!

jentayu
September 6, 2011 1:18 PM
Anonymous said... <- SETUJU NGAN LU BRO, SURUH MAMAT DOH NI NJDI SUKARELAWAN LAK LEPAS NI, JGN BAWAK2 RAMAI2, BIAR DIA BUT KERJA BANYAK SIKIT, SOALAN JE BERAPI.... HATI BUSUK NAK BUAT CAMNE !!!1

Anonymous said...

Anonymous said...
masalahnya bukan UMNO tp masalahnya pada batang tubuh azeez tu...

getik aku...dan benarlah, azeez adalah 'wira agung'

September 6, 2011 1:47 PM <- NGAN BTG PUNAI ALBONTOTI TAK GELI PLAK, BODOH PUNYA TONGONG PARIA....GEDIK MAK KAU LAH

Anonymous said...

Anonymous said...
Kelab Putera UMNO yang taja misi Allahyarham ke Somalia bawak berpuluh2 wartwan nakkan publisiti tanpa hiraukan bab keselamatan, <APA KE BODOH KAU NI, PENAT SI RBF TULIS PENJELASAN, MASIH LAGI BODOH, BERPULUH2 WARTAWAN? FAKTA BODOH NENEK KAU NI PUN DAN SALAH....APA PUNYA KOMEN, BODOH !!!!

Zek said...

TAHNIAH DAN SYABAS kepada seluruh peserta misi kemanusiaan ke Somalia. Anda semua telah berbakti kepada mereka yang memerlukan dan telah mengharumkan nama negara. Terima Kasih.

Anonymous said...

terima kasih sebab sudi share cerita sebenar.saya dah tengok kat bernama tv siaran pasal arwah faizul ni.adat la rakyat kite kalau bab mengata dan beri idea.ape pun arwah mati dengan niat yang baik,mungkin saya sendiri x sanggup nak buat perkara yg sama. ajal tetap ajal,kun fayakun,,xda siapa boleh halang..al fatihah

Zaza said...

Terima kasih atas penjelasan tersebut... Ajal di tanganNya.. ini lah dikatakan takdir.. takdir telah tertulis bahawa beliau akan menemui ajal nya disana.. Al-Fatihah :'(

Badut Rakyat said...

Tahniah bro kerana membuka kebenaran ini.mohon share artikel ini untuk pembaca blog saya.terima kasih...

Zaza said...

Terima kasih ats penjelasan.. Takdir telah tertulis ajalnya akan berakhir disana.. begitu juga kita semua.. ajal maut ditanganNya masa dan dimana ajal kita, hanya Allah yang menentukan.. AlFatihah

.ms.donut. said...

Setiap yg berlaku Tuhan dh tentukan..btpe kite nk lawan2 ckp,lawan mulut cmni sume..tiap hamba dia xkan tahu punca kematian msg2,so btper nk bising2..org yg dk bising ni sume xde iman y pnuh kt dada kot..dok bt mcm Tuhan plk,nk myoal itu ini sume...family dia xkecoh cmni,org luar plk y lebih2..heran ak...

Al-fatihah utk arwah..

Anonymous said...

orang sana cakap lain, org sini cakap lain. susah nak mendapatkan kesahihan zaman zekarang ni. masyallah.

riza said...

woii Anonymous said.. hang ni pun mamak gak ke?? ke hang ni kaki ampu azeez?? cara lu jawab soalan En Radzi cam budak sekolah yg xde akal? lebih baik hang diam je la.. buat malu diri hang je..Tunjuk pandai xbertempat.. ptuii..

riza said...
This comment has been removed by the author.
Jim Wau Jim Wau said...

Salam Bro, apa yg dijelaskan amatlah saya puas hati kerna itulah yg sering meniti di bibir saya dan dikalangan ahli keluarga yg makin naik rimas dgn umpatan dan kejian Rakyat lain ttg kisah arwah ni.

Sebelum ada penjelasan sudah kami faham sudah semestinya wartawan dan ahli misi tahu apa yg mereka akan hadapi,bukan pergi berseronok2 tapi impian utk dpt berbakti sesama muslim,cara melindungi diri pun sudah diketahui oleh diri ahli misi sndri juga.

Keluarga dan saya amat2 menyokong sgala usaha kalian semoga Allah merahmati dan mempermudahkan tugas kalian semua. Keberkatan atas keluarga ahli2 misi. Terima kasih kerana sudi berbakti dan menjadi suara,tgn dan kaki pd kam iyg tdak berpeluang berbakti spt anda.

Anonymous said...

tak perlu penjelasan sebegini..
yg pergi sbb ajalnya..biarlah..
yg pasti Allah lebih mengetahui...
lagi dok buat penjelasan lagi ramai yg menyampah

charlynn maslinda said...

To me it's very simple... bagi yg nak berkalau-kalau tu, go back to the rukun Iman, slh satu, percaya pada qada' & qadar.... Sesiapa yg mengakui mereka org beriman, jgn persoalkan ketentuan Allah terhdp Noramfaizul... Ajal maut ditangan Yang Maha Esa... Lagipun, misi arwah misi kemanusiaan, jika boleh saya anggap di sini, beliau telah syahid...berbahagialah beliau dgn pilihan beliau didunia utk mengikuti misi tersebut dan berbahagialah beliau di akhirat kelak dgn pilihan yg beliau telah ambil.Insya Allah. And, for his family, pemergian arwah tidah sia-sia, walaupun bantuan kewangan tidak boleh menggantikan nyawa, tetapi arwah tidak meninggalkan sebarang kesusahan kepada keluarganya, yg ditinggalkan hanya kesedihan yg akan terubat bila semua yakin itulah qada' dan qadar Allah..Arwah pergi dgn nasib anak & isteri terbela... And, last but not least, Allah tahu itu yg terbaik, sentiasalah bersangka baik dgn setiap ketentuan-Nya.

mimosabi said...

X paham dengan zaman sekarang nie... suka cari salah n buat fitnah... suka kutuk n caci orang....ape yg umno or kerajaan buat semua salah... semua pembangkang yg betul..pembangkang x ppernah nak puji ape kerajaan or BN buat.. asik kutuk kutuk kutuk n keji..... ade juga kerja fardhu kifayah yang dia org sumbangkan untuk umat manusia.. pembangkang x buat..... tapi kerja dia mengkeji n fitnah..... cer tanya kat pembangkang ape yg korang buat.. cer cite cer cite.....

Anonymous said...

Dulu saya sokong pembangkang.... sekarang x..menyesal dulu undi pas n keadilan..... lepas nie no more pas n keadilan........... org yg dah x ade pun nak di politikkan... ajal tuhan yg tentukan..... org yg balik raya xcdent mati ade korang bising.... buat x kisah ade la....

Anonymous said...

Dead man tell no tales...
Orang dah mati tak dapat mempertahankan diri...
bolehlah mengaku mcm mcm bg pihal simati

tapi kalu wat royal commission bolehlah tau sumo cite sebenar...

ismikhair said...

Semoga yang menegakkan yg haq akan dirahmati Illahi. Terimalah ini sebagai qada' dan qadar yang kita lafaz2 selama ini.


Daripada 'Adiy bin Hatim r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan
potongan kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah
bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik."

(Muttafaq 'alaih)

ismikhair said...

Semoga yang menegakkan yg haq akan dirahmati Illahi. Terimalah ini sebagai qada' dan qadar yang kita lafaz2 selama ini.


Daripada 'Adiy bin Hatim r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan
potongan kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah
bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik."

(Muttafaq 'alaih)

Anonymous said...

riza,
aku bukan anon la baghal. aku dah bg initial jentayu kat bwh tu. nampak sgt ko x abis baca apa aku tulis. kalau aku jwb mcm budak sekolah, radzi pulak ty mcm budak baru nak masuk sekolah. jd betul la aku bg jwpn tahap budak sekolah je pd dia. ada paham bahlol?

jentayu

Anonymous said...

lamanyer ko nk buat penjelasan, selepas azeez buat baru ko jelaskan sama je ayat...

Anonymous said...

bosan betul dgn sesetgh org tu...bila ada je bantuan ke negara lain, sibuk la cakap x patut sebab kat m'sia ni ramai lagi org miskin....masalahnyer..negara kita ni makmur...berbanding ngn kat somalia tu...nak bercucuktanam x leh..kemarau...ada perbalahan puak plak tu...
mana2 org miskin kat m'sia ni...gi lah minta bantuan kat jab kebajikan masyarakat tu...dok kat mana2 masjid ke..tadah tgn insyalah ada org bagi sumbangan..x pun panggil pihak aduan rakyat...org gelandangan pun ada pihak bagi makan free...
kalau asyik fikir diri sendiri..bila masa nak tambah saham akhirat dgn membantu jiran tetangga????