Wednesday, September 28, 2011

Main Belakang: Penjelasan dan Permohonan Maaf

Berhubung tulisan saya sebelum ini yang menggesa Dr Mashitah Ibrahim meletak jawatan atau digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri JPM ekoran penggunaan perkatan 'main belakang' oleh beliau dalam rencananya sepertimana yang di siarkan Utusan Malaysia hari ini.

Setelah mengambil kira pandangan rakan-rakan pembaca, rakan-rakan blogger serta pandangan beberapa pihak lain yang menghubungi saya , maka saya ambil keputusan untuk menarik balik tulisan tersebut. Saya wajib, mesti dan kena mengaku ada kesilapan-kesilapan yang telah saya lakukan dalam tulisan tersebut.

Saya tidak pernah ada masalah dengan Dr Mashitah, dia tak kenal saya dan saya juga tidak mengenali dia secara peribadi. Saya kagum dengan kepetahan dia berhujah, berceramah dan berucap. Saya juga meminati tulisan-tulisan beliau.

Bagaimanapun kekaguman saya terhadap beliau berubah hari ini setelah membaca rencana yang ditulis beliau di Utusan Malaysia. Tiba-tiba saya rasa tersentak dengan penggunaan perkatan 'main belakang' yang digunakan beliau.

Saya tiba-tiba menjadi marah dan tanpa berfikir panjang saya terus mencapai komputer dan menulis dengan penuh perasaan marah. Pada masa itu saya juga terfikir sebelum pembangkang jadikan isu , baik saya yang mulakan dulu.

Apabila menulis dalam keadaan penuh beremosi, faham-fahamlah, semua akan keluar. Itu saya akui kesilapan saya kerana saya tidak berfikir panjang atau tanya pendapat rakan-rakan terlebih dahulu.

Pada masa itu saya rasa tidak boleh terima perkataan itu digunakan oleh seorang yang berimej warak, penceramah agama, timbalan menteri yang menjaga hal ehwal agama islam dan lebih-lebih lagi dia seorang wanita.

Oleh kerana terlalu marah , itulah keluar perkataan yang meminta dia meletak jawatan atau digugurkan dari jawatannya, dan beberapa hal-hal lain.

Saya bersetuju dengan seorang pembaca yang menghantar komen yang meminta supaya saya menilai hujah-hujahnya yang lain dan jangan hanya satu perkataan itu yang digunanya membuatkan saya mendesak supaya dia meletak jawatan.

Sepertimana yang katakan , saya mengaku kesilapan saya dalam hal itu. Tidak perlu untuk saya mendesaknya begitu. Lebih-lebih lagi apabila saya juga turut menyentuh peribadinya. Semuanya kerana saya terlebih emosi.

Oleh yang demikian saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada Dr Mashitah dan keluarga beliau sekiranya beliau terasa hati dengan perkara tersebut . Saya juga memohon maaf kepada rakan-rakan pembaca yang mungkin merasa marah dengan tulisan tersebut. Terima kasih kepada mereka-mereka yang memberi teguran.

Bagaimanapun saya tetap berpandangan Dr Mashitah tidak sesuai atau tidak manis menggunakan perkataan sedemikian kerana kedudukannya.

Bukannya saya bermaksud perkataan tersebut tidak sesuai digunakan terhadap Anwar Ibrahim. Cuma ianya tidak sesuai digunakan oleh Dr Mashitah. Jika untuk Anwar perkataan 'main belakang' itu amat-amat kecil untuknya. Kena guna yang lebih teruk dari itu lagi. Cuma tidak sesuai digunakan oleh Dr Mashitah.

Sebagai mengakhiri tulisan ini , sekali lagi saya memohon maaf kepada Dr Mashitah dan keluarga beliau kerana mungkin saya telah melukakan hati mereka semua atau mengaibkan mereka.

27 comments:

badrol said...

ular menyusur akar tak kan hilang bisanya....

Anonymous said...

saya setuju.dr mashitah tak patut guna perkataan tersebut.beliau perlu terima teguran ini.

Anonymous said...

Elok lah bermaaf-maafan. Ini menjadikan kita lebih toleransi dan beradab. Kalau orang putih boleh menjadikan perkataan sorry sebagai ucapan harian, mengapa kita tak boleh ye tak.

Bro RBF...lebih elok kalau nak tegur, cakap direct kepada orang yg nak ditegur....lebih mudah dan tak menyakitkan.

wmu350 said...

wa respect lu,tabikk springggg...!

orang batang berjuntai said...

bro rbf...perkataan main belakang tu lucah ke? atau berdosa kita sebut?
apa sama taraf perkataan lancau..butuh..pantat (sekadar sebut beberapa perkataan)
cecita bro...compius la..

praha2 said...

kadang kadang kito terlupo kedudukan kito. maklumlah manusia buaet salah jo. Kalo datuk ni nak guno perkataan tu bolih jo.ajis, hadi dan oran alim lain pun ado guno apotah lagi datuk ni.
dalam perasaan marah tu mungkin tak ingat jadi keluar lah. jangan buaet selalu dah lah.

rakab said...

Ooooookay ler tuh!!

Baguslah,..tak panjang cerita!

Abang said...

Bagi saya tak salah atau keji pun penggunaan ayat tersebut. Elok kita berkeras dan tegas dari berlembut untuk perkara-perkara yang tak elok... Masalahnya maknusia ni, bile kita berlembut, nanti dipijakkan kepala kita balik.

Anonymous said...

Fucking malay pig

Anonymous said...

fucking malay dont eat pig one ma, only dirty apek tak cuci bontot mc lu ma eat piggy....ta fe kei man man

Anonymous said...

lancau lu anon 12.32AM cina apek makan babi manyak kotor lor, lu manyak musuk punya olang suka ta fei kei ali-ali, otak sudah losak ma.....

Anonymous said...

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Apa nak hairan dengan perkataan main belakang?. Lebih baik daripada daripada perkataan liwat yang bunyinya lebih kasar. Pemimpin PAS kalau kutuk dan maki hamun UMNO lebih bunyi kasar. Tak sesuai dengan jubah dan serban yang dipakai.

Keris 7 Lok said...

RBF terbaaik bang..salute for ur pride n dignity..

Anonymous said...

APA KENA ANA DALAM INI CERITA!!!

Anonymous said...

UMNO KUTUK PAS CARA HALUSSSS...LG HALUS DR RAMBUT DIBELAH TUJUH...SBB TU SAMPAI SEKARANG ORG MELAYU TAKSUB DGN UMNO NI...PEJUANG KONON!!!

MMR said...

emmmmmmm.................

Pakteh said...

Seseorang yang sanggup memohon maaf dan mengaku kesilapannya adalah insan yang hebat serta kuat jati dirinya.

Pakteh juga terkejut dengan perkataan main belakang. Bagi orang lain mungkin biasa tapi jika ianya nukilan seorang yang cun cantik molek, bersinar matanya, manis senyumnya, lembut tutut katanya, gemalai jari jemarinya dan tinggi imu agamanya, amat amat tidak sesuai.

Kalau perkataan tu keluar dari bukilan Noh Omar ka, Ibrahim Ali ka, Nazri ka, Zahid Hamidi ka, KJ ka waima Mukhriz sekalipun, ianya boleh diterima..apatah lagi jika terkeluar dari papagomo...

Tahniah....anda seorang yang berani

Anonymous said...

BERMAAF-MAAFAN ITU LEBIH MULIA..

BUKAN MACAM ANON 12:32AM BANGSAT KAT ATAS TU..

rakyat Malaysia said...

so apa pengajarannya drpd isu yg saudara rbf bangkitkan ni?

sepatutnya mereka2 yg berperwatakan warak apatah lagi seorang pemimpin mesti menunjukkan tingkahlaku, percakapan, penulisan dan akhlak yg baik. itulah persepsi rakyat kat bawah ni. jadi kena berhati2lah..jadikan teguran ini teguran membina.

bukan macam puak2 dalam satu parti tu. jubah dan serban dah molek dah..mengaku lebih beriman drpd org lain pulak tu, tapi kata2 dan tingkahlaku...Masya Allah..semua kerana politik pula tu..

Anonymous said...

bukan raya dah habis ke?

Anonymous said...

bagus bro, macam itulah berani akui kesilapan, semalam aku hentam kau macam-macam, aku harap kau pun maafkan aku walaupun kau tak kenal aku, sekarang fokus perkara yg lebih utama, ok, damai

irs-Hursaini said...

Terbaik Bro..

Mohon maaf juga kalu komen saya kelmarin bisa membuatkan saudara tak senang..

Maaf sekali lagi.

Anak Lenggong said...

Tahniah bro kerana berani mengeluarkan hujah dan mengakui akan kelemahan..kita sebagai umat yang baru tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan secara sengaja ataupun tidak sengaja..cuma yang kekal hanyalah allah s.a.w. Jangan menjadi seperti manusia yang tidak menagkui kesalahan sendiri tetapi semua kesalahan itu diletakkan kepada orang lain..

Anonymous said...

Pengajaran:

1. Mengaku kesilapan diri, bukan mcm puak2 Pembangkang dan kuncu2nya,
2. Ciri muslim sejati, konsep taubah
3. Manusia tidak sempurna
4. Sikap ego, angkuh ialah apabila tidak mahu menerima kelemahan diri.
5. Tegur menegur amalan mulia, tujuannya ialah berfikir dan membetukan amal...

Sekian.

Anonymous said...

tak salah menjilat semula ludah dan kahak yg telah jatuh ke tanah,,,,jadi ubat tu untuk org mcm tu

kueh batang buruk..ehh lucah ni.. said...

liwat = main belakang
mana perkataan lebih sopan??
dua2 x sopan..habis apa nak sebut..
kalo aku baik sebut zakar masuk bontot..
ha ha ha
ni pilihan yg ada dan tepat..mudah faham dan x keliru..

chowww..

Anonymous said...

Saya masih rasa yang mmg Dr Mashitah tak patut tulis begitu. Tapi saya juga rasa lega RBF cepat tersedar dari kesilapan menulis dengan emosi marah.

Teruskan tulisan2 yg bernas dan berspektif seperti sebelum ini. Yg ini anggap sejarah jela.