Monday, September 12, 2011

Mampukah BN Tawan Selangor PRU 13 ?

Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon jawapan yang penuh ikhlas dari lubuk hati rakan-rakan pembaca sekalian kepada soalan yang di bawah ini.


Adakah BN akan berjaya menawan kembali Selangor dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan kelak ?


Jika ya , nyatakan alasan di sebalik keyakinan anda itu...

Jika tidak, nyatakan juga alasan di sebalik ketidakyakinan anda itu...






Mohon komen yang dihantar pendek, padat dan relevan dengan topik yang dibincangkan.....

109 comments:

YY said...

Tak mampu.

pandan voters said...

as of today BN x mampu mng.need to change local leader.noh omar gagal.byk lemak & terlena.pm
as a bn state leaders need to focus more.

Anonymous said...

Kalau asyik pancung memancung sahaja bagaimana nak tawan Selangor. BN mesti ubah perangai lama yang tidak membawa kebaikan kepada parti

Anonymous said...

Nope

Anonymous said...

zaman sudah berubah.utk menang perlukan pemimpin yang mengikut arus zaman- bukan pemimpin yang menentang arus zaman seperti noh omar.

Anonymous said...

xkan dapat balik sb org umno asyik kejar duit projek je> Org biasa asyik nampak diaorg melaram je> dah bosan.

Anonymous said...

bn tawan selangor ?

harap dpt dilupakan pd pru ke 13.buat kerja dari sekarang & tumpukan pd pru ke 14.







~jangan marah~

Anonymous said...

cuba org BN ni rapat dgn rakyat tanpa perlu adakan program baru nk jumpa rakyat...x salah kan jumpa kt surau, masjid, kedai kopi, pasar malam atau di mana je tanpa perlu formaliti..ni dok naik kete besar je rakyat tgok sumer tu...

Anonymous said...

Bersatu. Berat sama di pikul ringgan sama di jinging. Orang mesti membawa kembali ke arus. Jgn lupa jasa Dato' Khir Toyo

Anonymous said...

setuju dgn pandan voters.

noh omar banyak lemak
ketua pemuda umno banyak lemak
ketua wanita banyak lemak
ketua puteri lagi banyak lemak
ketua pembangkang banyak lemak
ketua penerangan banyak lemak
ketua-ketua bahagian banyak virus

semua lena dibuai mimpi.

perompak terus menerus rompak hasil selangor tanpa disedari mereka.

datang pilihanraya mereka menang lagi.

kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!

Anonymous said...

SUSAH SEBAB TAKDE YANG BETUL2 FAHAM KEHENDAK RAKYAT AKAR UMBI SEPERTI AKU. SEMUA FIKIR TEMBOLOK MASING2 JE.
HARAP SAUDARA RBF SAMPAIKAN KEPADA PEMIMPIN2 BN DI LUAR SANA.

Anonymous said...

anon 10.07-khir toyo dah x relevan

njah50 said...

Semuanya bergantung kepada pemimpin Umno dan bagaimana kerajaan menangani isu semasa yang menjadi igauan kepadan rakyat

meli said...

boleh.....tapi kawasan cina susah..sebab perkauman...cina tetap sokong komunis dap....

Anonymous said...

saya bersetuju dengan pandan voters.najib perlu beri banyak tumpuan kepada selangor.

zsk69 said...

Pasti boleh. Terlalu banyak issue semasa dan sebelum ini yang menunjukkan kelemahan PR di Selangor. BN perlu focus pada issue2 tersebut. Rakyat Selangor sudah nampak kelemahan dan cara pentadbiran yang terlalu over political oleh PR. Pengurusan ekonomi juga terlalu lemah disebabkan terlalu banyak berpolitik. Tak termasuk lagi issue2 sensitive bagi orang melayu di Selangor.

Anonymous said...

selagi najib harapkan noh omar,selagi itu bn tak menang di selangor

XPressMinda said...

Aku confident kita boleh tawan semula Selangor.

total kerusi 56, ada 41 kerusi Dun majoriti Melayu, BN takde masalah utk tawan sekitar minima 35 kerusi.

Kalau hubungan antara pemimpin lagi cantik dan gerakkerja ummpph, semua 41 tu pun boleh dapat.

* base pd result di 16 prk.

MMR said...

BN nak menang??
contoh d Bandar Saujana Putra..selama saya berpindah ke sini.....bukan takat batang hidung depa yg tak nampak...malah wakil depa pun tak dak sekoq yg mai tanya penduduk tentang permasaalahan yg di hadapi tapi WAKIL RAKYAAT DAP dah mai lebih dari 3 kali(dalam 1 tahun) dan dapat menyelesaikan issue yg di hadapi penduduk .RENUNG-RENUNGKAN

Anonymous said...

zsk69,maknanya hari ini BN selangor hidup atas kelemahan/kebodohan kerjaan yg perintah selgr?

boleh menang ke hidup dengan cara itu ?

utk menang kita perlu ada kekuatan sendiri + kesilapan musuh = menang.



~jangan marah~

Anonymous said...

bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?
bn menang ?

menang ikut cara mana ?

cher cerita !
cher cerita !
cher cerita !


bak kata ~jangan marah~ bn cuba lagi di pru ke 14.

bye !

khairul said...

kalah jika sekali lagi,bn terlepas pandang, kekuatan sebenar milik 'anak muda' selangor..perlukan pemimpin 'radikal' spt khairy di selangor bagi meneraju minda dan jiwa perjuangan belia. Sekian.

Anonymous said...

Tidak mungkin.
Tidak Mungkin.
TIDAK MUNGKIN.

BN tidak lagi wujud di peringkat akar umbi dan juga dikalangan masyarakat umum.

Sebagai penyokong BN saya cuba juga untuk mendekati mereka khususnya UMNO (bukan mereka mendekati penyokong ye). Malangnya kita boleh nampak betapa lesunya mereka. Kita boleh rasa bagaimana di kalangan ahli UMNO sudah tiada lagi semangat juang.

Yang kita lihat masih lagi muka-muka letih yang sama. Lebih malang lagi yang ada pun hanyalah diperingkat bahagian.

Melalui 2 NGO dan juga persatuan penduduk saya terlibat secara tidak langsung dengan 4 Bahagian UMNO di lubuk Tsunami PRU 12 lalu.


Terus terang mana ada lagi cawangan UMNO yang hidup? Cawangan-cawangan yang dahulu banyak berkerjasama dengan kami kini tiada langsung yang terlibat. TIADA LANGSUNG!

Begitu juga dengan biro-biro berkenaan di peringkat Bahagian. Langsung tidak lagi melibatkan diri malahan mengikut kata salah seorang setiausaha bahagian biro tersebut pun sudah tidak bergerak.

Persoalannya di mana gerakan di kalangan ahli UMNO di lubuk Tsunami PRU 12 lalu.

Berterus teranglah. Masih ada lagikah UMNO di Lembah Kelang ini?

Jangan kata yang Bahagian masih wujud. Jangan kata ya Ketua Bahagian masih ada. Jangan kata ya AJK bahagian masih hidup. Jangan kata masih ada beratus-ratus cawangan UMNO di lubuk Tsunami PRU 12.

Hakikatnya UMNO sudah hilang di kalangan masyarakat.

Tidak faham mengapa UMNO pusat masih tidak faham aspirasi rakyat yang sebenarnya masih menaruh harapan kepada mereka.

Tidak faham mengapa UMNO pusat masih tidak lagi faham keadaan sebenar UMNO di peringkat akar umbi dan juga penglibatan mereka dengan masyarakat umum.

Tidak faham mengapa UMNO pusat tidak boleh sedar yang pemimpin tempatan UMNO hanya duduk selesa di kalangan mereka sahaja dan juga pemimpin parti komponen lain tetapi tidak dengan masyarakat setempat.

Tidak faham mengapa UMNO pusat tidak sedar bahawa pemimpin tempatan UMNO di lubuk Tsunami PRU12 lalu bukannya di kalangan penduduk setempat yang secara langsung menyisih mereka dari pengundi.

Tidak faham mengapa UMNO pusat masih lagi bergantung kepada UMNO tempatan dengan cara dan kaedah yang mungkin membawa kejayaan pada PRU 10 dan PRU 11 tetapi terbukti gagal pada PRU 12.

Tidak faham mengapa Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak faham dan namapak apa yang berlaku.

Jangan salahkan orang lama tertidur kalau anda sendiri lena dibuai mimpi.

Dalam keadaan yang ada sekarang, BN tidak akan mampu tawan kembali Selangor walau pun rakyat muak dengan politiking PKR-DAP-PAS.

pengundi atas pagar said...

sebagai pengundi yang tidak menjadi mana2 ahli parti politik saya merasakan pada kedudukan hari ini situasi 50-50. tetapi bn harus berusaha utk menang kembali kerana ramai yang kecewa dengan kerajaan selangor dan pimpinan mereka yang ada pada hari ini.

Anonymous said...

NOH OMAR PUN TAK NAK BN MENANG.APA KITA NAK KALUT ?

Anonymous said...

Tak kan menang...gerak kerja yang dilakukan tidak menujukkan minat untuk menawan kembali selangor...BN perlukan pemimpin muda yang berani kedepan...cuba senaraikan berapa ramai ketua pemuda UMNO dalam selangor yang betul2 berkerja untuk memastikan kemenangan BN semula di selangor...semuanya kaki projek...
UMNO hanya akan berubah bila tidak lagi menjadi kerajaan persekutuan...masa itu pemimpin2 umno yang ada sekarang akan tinggalkan umno..maka naiklah kembali pemimpin seperti zaman UMNO menuntut kemerdekaan..ketika itulah UMNO akan disegani semula oleh rakyat...

BLADE-SELAYANG

Ariff Kassim said...

difahamkan jawa selangor marah kerana khir d "zalimi" oleh musuh dalaman umno. mereka akan belot sbg sokongan kpk khir toyo. sulit bg bn

Anonymous said...

boleh menang..dgn syarat..tukar semua pemimpin yang kaki cantas mencantas..cari pemimpin baru yang ada ummph..sebenarnya ada..

Anonymous said...

Aku cadang rbf buat soalan terbalik, Adakah Kerajaan Pakatan Selangor akan tumbang pada pru 13? Analisis 2 perspektif ini dan dapatkan jawapannya.

wmu350 said...

berpolitik ni bila org dok bercakap selalu jgn ingat org tu semua bodoh2...ramaio org diluar menguji...tapi ramai juga yg tidak akan bercakap utk menyedarkan pemimpin,tapi sampai hari ni tak nampak gerakan pemimpin yg betul2 ada aura utk menyatukan,cantas mencantas ada..!

last round tunggu line up najib....kalau najib pun tak beranai hanya ikut saja...sendiri kita tahu jawapannya...!

ingat dulu tsunami sapa yg tahu...sb?...jentera?...cehh!

Anonymous said...

Anwar ibrahim mmg ada aura walaupn dia KOtor,tpi pemimpin2 BN telampau buta, banyak yg nak sangat Formal,asik2 nk show kemewahan. Nak bedepan dgn tuduhan ppembangkng pn takut,kalau nak jelaskan pun x sampai ke golongan sasar,gunala taktik pas masa nk menyerang, ni semua pakai media arus perdana,dah x power berita rtm n s.kabar tu

Anonymous said...

Adkh semua tuduhan pembangkang ,BN dah jawap n bagi info kat setiap rakyat,atau seronok sendiri je?
Pada pemimpin yg agak memeluatkan adakah kmu dah cermin diri dan ubah penampilan? Istri PM sendiri x pakai tudung,sdngkn artis2 dah ramai pakai, kan ini menambah ISU utk pembangkang mainkn, Kurangkn Isu Mantapkan Hubungan. Baru bleh menang

Anonymous said...

Takkan dapat rasanye selagi UMNO Selangor dipenuhi dengan pukimak-pukimak dan kepala-kepala butoh......takde perkataan lain yg lebih sesuai.

tukarlah kpd generasi yg muda, byk idea, telus, jujur dan yg penting amanah dalam perjuangan.

Anonymous said...

Tak yakin. Tetapi mengharapkan keajaiban supaya BN menang.

KLExpress said...

http://klxpress.blogspot.com/2011/09/what-is-so-special-about-namewee.html why must give first class attention to him...???

Anonymous said...

Saya kurang setuju dengan kenyataan MMR.Seingatsaya Ketua Bahagian telah beberapa kali turun ke Surau Saujana Putra bertemu dengan penduduk disana bagi mengetahui permasalahan penduduk disana.Kalau perlukan kepastian,bukalah FB Ketua Bahagian.Semuanya ada disana.Tuan,InsyaAllah kita akan menang kalau kita sama sama bekerja.

Anonymous said...

Kita mampu menang jika orang UMNO tidak bercakaran sesama sendiri.Yang buat kita kalah ialah kita sama kita asyik bercakaran disebabkan sesuatu kepentingan.

Anonymous said...

kat selangor aku tak tau la...sebab aku bukan org selangor.
tapi kat tempat aku cukup pasti umno akan menang. Insya Allah.

timun said...

apa nak kalut BN boleh menang ka x di Selangor ?
PR dah berak merata2 seluruh Selangor...pencacai n pemimpin BN dok cium busuknye taik depa tanpa sedar taik sendiri lagi busuk n meloyakan...
Noh Omar dah x relevan lagi...pemimpin pemuda mmg kaki projek..
Beri peluang orang baru yang berwibawa..peluang mmg 50-50...so BN pusat mesti berani buat perubahan drastik.
Kalau perlu bogelkan je pemimpin2 rakus yg masih ada di Selangor, secara x langsung depa akan undur dengan sendiri..

mash5909 said...

Semuanya bergantung kepada pemimpin kerajaan bagaimana untuk menangani isu semasa yang menjadi igauan kepada rakyat
1. Contoh yuran langganan Astro dulu ckp berapi-api Si Rais Yatim dan Ismail Sabri tapi skrng senyap rakyat yang tanggung bebanan.

2. Sekarang timbul pula isu charge 6% kepada pemilik telefon prabayar rakyat yang menanggung beban. Menteri menteri bercakap saja pandai tapi tiada penyelesaian.

Isu macam ini nampak kecil tapi impaknya besar

Anonymous said...

Agak susah ... seperti comment dari semua, kena tukar kalo nak Selangor kembali pada BN. perlukan seorang pemimpin yang sangat sangat bijak untuk "counter" pemikiran orang selangor yang selama ini di canangkan serta dihadiahkan dengan seribu impian .... pada orang-orang selangor yang sudah waras pemikirannya ... memang tunggu masa tapi mereka juga mahukan seorang pemimpin yang sangat berkaliber ... bukan macam lepas mulut buaya masuk mulut naga loch-ness .....

nie hanya my 2-cents worth thot saje .....

komen je said...

secara adilnya tak mungkin sama sekali..dari komen komen ternyata bn/umno kaki busuk diakui sendiri oleh rbf..tapi kalau cara busuk mungkin..sebab ramai kaki tipu dalam tu tipu baja, tipu padi, kaki projek, kaki rasuah, kaki 10%, 15% tapi ramai juga yang tak % ramai juga ngekor je manalah tahu cicir sehon dua..

Anonymous said...

Menang,tp menang sorak je la.hihihi

Anonymous said...

semua DUN & Parlimen bebas yang akan menang wakakakkakakaka sokonglah BEBAS untuk membebaskan dari belengu Pakatan Haprak Dan Barisan Ngantuk wakakkakakakakakakakakakakakakkakaka

dinadam said...

UMNO dan BN pasti menang besar dalam PRU 13 nanti. DS Najib akan pastikan semua jentera ( UMNO, BN dean Kerajaan Pusat ) berbelanja apa saja bagi mempastikan kemenangan BN. Jangan risau, PKR akan mampos. Apa yang ada pada Pakatan Rakyat? Kita pasti menang dibawah kepimpinan terbaik DS Najib, DS Noh Omar, DS Zin Mohamad, DS Dr. Satim Diman dan ditambah denga ketiadaan DS Dr. Khir Toyo.

Anonymous said...

Payah...dengo cite sembang orang perak yang bekeje dan menetap di selangor yang balik raye tahun ni...sembang pase BN nak dapat balik selango PRU 13...peghit...Pemimpin/ rakyat Melayu UMNO tak sebetoi...apetah lagi bangsa lain, cine banyak DAPnye...india 50/50 ateh pagor yang banyak....

Anonymous said...

aku bukan pengundi s'gor.
pd pndpt aku, bn mungkin menang dengan majoriti mudah utk membentuk kerjaaan negeri..
sekalipun plbagai isu nasional yg dilontarkan ke dalam minda rakyat, namun isu2 yg melibatkan kepimpinan negeri turut dipndg serius, malahan isunya lbih berat (gereja, derhaka, pasir, yayasan dll)
sekalipun kepimpinan umno negeri kurang bijak bercampur gaul dgn rakyat tempatan tp aku percaya anak melayu jati s'gor akan tetap pangkah BN di PRU 13.. yg xpgkh atau 50-50 mybe org mrntau(esp. kelantan) n org cina..
Hopefully dgn kuasa anak melayu jati selangor, BN akan kembali memerintah s'gor.. Org jawa johor sntiasa mendoakan agar jawa s'gor kembali gagah berdiri di negeri sendiri.. Amin.

Anonymous said...

BN akan menang di selangor PRU 13 nanti. org dah nmpk dah PR ini tak boleh pakai..org selalu kenang jasa BN dari dulu hingga sekarang. cuma BN kena jaga tentng harga barang je..kalau rakyat tak rasa beban mesti diaorg pilih BN. BN dah terbukti itu semua org tau..jgn risau bn boleh menang bergaya.

Anonymous said...

Tak perlu bersusah payah nak kecoh-kecoh boleh atau tidak. Kalau rakyat Selangor masih nak tersendat-sendat, terutama orang melayu sendiri macam sekarang sejak DAP-PKR-PAS memerintah 3 tahun yang baru sudah ni mereka akan pilih pembangkang. Nak tidur terus pun tak mengapa. Menjadi lebih baik untuk kaum-kaum yang mengaut keuntungan dengan pentadbiran Selangor sekarang lebih suka jika kerusi-kerusi dan kedudukan mereka tidak diganggu oleh BN. Tak sampai satu penggal memerintah dah boleh jadi kaya raya. Projek pasir, jamuan makan malam, turap jalan yang selalu rosak dan banyak lagi. Kenyang sampai buncit perut.. Hahahahaha..

Anonymous said...

MAMPU!

Insyallah kerja kuat serta tidak lalai tarik pengundi muda dikalangan UMNO, MCA dan MIC mampu merampas kembali Selangor.

AnwarIbrahimMmgPembohong!~

Anonymous said...

kerusi kawasan melayu..peluang cerah..unless ada taktik pecah undi...kerusi kawasan cina..payah banyak..sebab dia orang mmg akan support DAPigs punyaa maa...

wong kampung said...

boleh menang dengan syarat pemimpin BN jangan tidur lagi

Anonymous said...

Boleh menang jika bersedia untuk berubah... Saudara Faisal... Cuba tanya khabar-khabar di Perak... Mahu kekalkan atau tidak BN di Perak? Anak2 Perak yang bertugas di rantau bagaimana? tak rasa nak bawa pulang ke kerja di negeri Perak? Yang ada jawatan dalam UMNO, berpendidikan dalam UMNO dihantar kerja jauh2. Yang tinggal...orang2 Kelantan yang berfahaman pembangkang... jadi.. siapa yang nak mengundi nanti? nak balik jauh, kos hidup, perjalanan pun meningkat...fikir2kan wahai Pemimpin2 UMNO PERAK...

azman said...

Assalamualaikum rbf

Memang Melayu nih manusia istimewa.

1. Menilai melalui mate
2. Memberi pade yang ade
3. Kalau susah dihina
4. Kalau berade di ungkit
5. Menolong separuh jalan
6. Pandai menjadi sombong
7. Bodoh tak mahu belajar
8. Hasad denki mainan hidup
9. Bila dah mati baru berkenan.

mohd saleh said...

Masih susah BN nak menang. PM arah tranformasi UMNO di peringkat akar umbi tetapi tidak terlaksana semuanya. Orang dah meluat asyik mereka AJK Cawangan ke AJK Bahagian ke cuma sesama sendiri cerita projek sendiri. Perjuangan untuk bangsa terpinga-pinga nak jelaskan pada ahli.

Anonymous said...

Ya,masyarakat yang buta sudah kembali celik...pkr,dap,pas tak buat apa-apa pun...sampah,longkang,habuk jalan raya di Selangor terutama di Rawang lebih 30% lebih buruk dari zaman BN memerintah.....sampah ,longkang pun mereka tak boleh atasi...siapa yang masih sokong tu memang dah buta dari orang yang buta...diorang dah tahu dah kemampuan hanya sepenggal sahaja dan bakal dipenggal pada PRU13...kalau buat kerja semua sekitar depan kawasan orang kaya ..kawasan rumah murah semua buat tak tahu sahaja...longkang akan dibersihkan bila hujan turun..jika hujan tak turun ulat pun mula turun merayap....ini dikatakan bagus...dulu kutuk BN macam-macam..rupa-rupanya mereka lagi sial..cakap aje lebih...buat apa pun tak jadi..Prahhhh..ingatkan diorang mampu buat macam singgapura...buat kotor saman...rupanya lagi lemah dan penakut...

Anonymous said...

Mmg takkan berjaya. BN selangor lemah, lembab, bangang!!!! Asyik bercakaran sesama sdri. Tengok jerlah Khir Toyo ngan Noh Omar, takleh bersua muka. Klu dah pemimpin teruk camtu, camna pengikut? Lg teruk, kan? Camna nak menang? Memang sakit hati kita penyokong BN ni.

hitch said...

BN akan menang walaupun tipis...!xpyh nak bising2 la.....!Fuckatan pun dah byk buat onar,dari mula pegang sampai skrg x abis2 dgn isunya.....isu yg timbul bukan kerana fitnah..tetapi mmg betol2 berlaku.!isu pasir,kandang babi,kes teresa kok,ronnie liu,TBH...rasuah berleluasa,kronisme,menggunakan company melayu sbgai kambing hitam,penghinaan Agama Islam dan Raja2,kes Murtad,cmpurtangan dlm kuasa raja2,Kes yayasan,PKNS,isu kuil,Isu UNISEL,isu YBK......aduhai byknya....ini baru 3 tahun...belum 30 tahun...!yg lain2 korg tambahlah....

BN AKAN MENANG....BUKAN SAJE DI SELANGOR MALAH DIPERAK,KEDAH DAN KELANTAN....CUMA DIPENANG PAYAH SIKIT...SBB CINA BYK SOKONG DAPIG...

Anonymous said...

salam all. masalah bn selangor ni masalah nasional. buat baik mcm mana pun tapi jika induk masalah x selesai tetap bn kalah. kita ada 5 punca masalah besar,, rosmah, utusan, hishamudin, rais yatim, nor yaakob. pru 13 nanti pembangkang tak yah teruk2 berkempen. cukup dgn tampal poster cincin berlian dan beg tangan dah cukup. sebelahnya letak gambar budak sekolah belajar atas lantai. nak jawab mcm mana. biar berbuih mulut pun kata fitnah selagi tak saman selagi tu org kata tu benar. entahlah bro. mereng otak aku fikirkan parti yg membesarkan aku ni..dia org ni patut berubah atau aku yg kena berubah... ehem2

Anonymous said...

bukan aja selangor, nak ulangi kemenangan pru lepas pun mcm susah. bkn pengundi atas pagar je, hardcore2 yang selalu undi BN pun rasanya akan undi PR. Alasan utama rasanya adalah bebanan hidup masa kini. Org dh tak kisah dh apa ideologi parti tu yang penting parti tu bagi rakyat senang dan BN pulak makin lama makin susahkan rakyat.BN juga dilihat tak matang berpolitik walaupun dh 50 tahun lebih memerintah. Mungkin masa tu pembangkang tak sekuat sekarang.

Anonymous said...

tak mungkin malah mungkin akan bertambah negeri lain yang jatuh ketangan pembangkang ada la pada PRU13 nanti

hitch said...

SKRG NI ORG BUKAN PIKIR PASAL BEBANAN..ORG SKRG DAH CERDIK...INGAT KALO SOKONG PR HARGA AKAN TURUN KER??..GAJI KORG AKAN NAIK KE??..KORG INGAT ANWAR AKAN TUNAIKAN JANJI AKAN TURUNKAN HARGA MINYAK KE??..PR DAH PERINTAH 3 TAHUN...TAPI JANJI MASA PR DULU MASIH BELUM BERJAYA...MALAH SKRG DITAMBAH DGN PELBAGI MISI DAN SLOGAN PULAK....!ORG PERLUKAN PERUBAHAN BUKAN HANYA CAKAP KOSONG...DGN PAS YG MAKIN BERCELARU DGN FATWA2 SONGSANG,DAP DGN ANTI MELAYU DAN ISLAM...DAN PKR DGN ISU PEMIMPIN DAN KRONISME.....JGN HARAPA LA PR DPT BERTAHAN LAGI....AKU JANGKAKAN UNDI ORG MELAYU AKAN MENINGKAT MENDADAK PADA BN,ORG CINA MUGKIN TURUN...DAN UNDI INDIA AKAN JADI PENENTU.....CUMA BN JGN TIDO.....

Anonymous said...

Lebih baik Umno yang pegang Shah Alam. Wakil Rakyat Pakatan Rakyat terlalu menjaga hati pengundi bukan Islam. Wakil Rakyat PR Shah Alam suka menuduh semua salah UMNO bila ada isu melibatkan penduduk. Salah silap sendiri tidak mahu mengaku. Janji lain buat lain.

hang rawang said...

rawang?tolong tanya tang see hang

Anonymous said...

aku rasa kerusi dimenangi BN akan bertambah, tetapi tak sure samada cukup untuk membentuk kerajaan. Walaubagaimanapun Shah Alam mesti ditawan balik oleh BN.

Anonymous said...

Berat nak tawan semula. Yang undi BN kebanyakan nya Melayu, tapi yang dibela dan dimanjakan bukan Melayu. Menteri pun takut bertindak terhadap nonmalay, tapi kalau melayu cepat je tindakkan nya. Namawee, apa tindakan kerajaan ?

Anonymous said...

payah la bn nk tawan selangor..umno& parti komponen yg lain xnmpk agresif nk mendekati rakyat..rakyat dah muak gan bn tp menyampah gan pr..

Anonymous said...

aku tak jamin bn boleh menang di selangor. apesal tiba2 najib nak jumpa namewee celaka tu? kalau dia rasa boleh tarik pengundi cina mmg najib silap penilaian. aku makin pening dgn tindakan najib.

Anonymous said...

Hakikatnya dalam setiap pertandingan 'Untuk meraih kemenangan adalah lebih mudah berbanding mengekalkan kemenangan' atau 'It is more difficult to stay on top than to get there' - Siapa cerdik dia menang

Anonymous said...

It is more difficult to stay on top than to get there - Siapa cerdik dia menang

Anonymous said...

Dua pertiga matlamat BN..

Anonymous said...

Walaupun PR mcm haram jadah,tp pemimpin umno kat selangor nih semua mcm pondan dan tak ada semangat juang langsung.ada tak ada pun satim diman tu nampak gak dia dlm gerak kerja di kinrara,puchong dan area sekeliling.
Yang lain?mcm dah takde telur.
Kat ampang nih nampak dah macam takde peminpin umno.tak abih2 muka ong tee keat aje. Mana pegi mat aris, mail kijo semua??dah hanyut di ulit dek bini muda semua. Itu sbb org menyampah dan baik la undi haram jadah pr punya org,buat ubat hati yg luka...
Nak nampak muka depa kat surau pun bole kerat jarti lah..bgnan umno baru dirasmikan kat ampang tu pun mcm takde aktiviti langsung..
Mmg umno kat selangor nih takda harapan,even klu pr bungkus sekalipun,mic ngan mca ada harapan yg lebih tggi nak menang..mmg patut kena maki aje depa ni yg dok harap aura najib semata mata nak dpt kemenangan...
Faithajar...

papaya said...

insyallah boleh menang..tapi dgn majority mudah.Masalah dalaman yg dihadapi oleh parti gabungan PR dan komitmen yg berterusan YAB PM mendekati rakyat menjadi faktor penyumbang kemenangan BN.

mustaqim said...

tak mampu kerana BN tidak akan dapat lebih dari 2 setiap 10 undi CINA......di selangor posisi kaum diselangor adalah Malayu 52.9%, Chinese 27.8%, Indian 13.3%, and other ethnic groups 6%..ambil cina 27.8 + others 3% dah 30% utk PR.tambah undi melayu pecah 2 dah 21%..belum kira 13.3 india yg kena bahagi dua...undi popular confirm kalah...so sejujurnya UMNO susah nak dapat selangor kecuali UMNO bersatu jgn langsung bergeser(imposibble sbb noh ngn toyo tgh gado)......so semua nie sbb ketamakan....kalau UMNO nak menang strategi dia mudah..kena buat manifesto praya anda janjikan MB adalah dari MCA....pilih satu calon masuk MCA dan mesti mualaf sejati....ataupun buat je janji..tunaikan buat sytyle PR.....sampai putih papan tanda 5 pakej rangsangan ekononi..hampeh...

apa2 pun bro...amat2 susah umno nak menang kecuali bersatu....win back chinese heart dan janjikan bulan dan bintang pada mereka...kalau tak mimpi laa...jgnlupa populasi celik IT selangor juga amat tinggi...so cybertrooper upahan umno kena la power bukan lembik cam skang..

Anonymous said...

Lantak korang la nak ulas apa2 pun..

Kalau BN berjaya menwan kembali Selangor dan menafikan kemenangan pihak lawan pula cam mana ??

Sama la juga seperti pihak lawan yang berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen pada PRU lepas..

Satu perkara yang difikirkan agak mustahil oleh para penganalisis sebelum mereka berjaya meraih kemenangan tersebut..

Pada masa tu aku cakap terus terang, aku pangkah pihak lawan walaupun calon dari PKR dan PAS, HARAM sekor pun aku tak kenal (di kawasan Pandan - tak sangka la plak ramai juga yang telah memangkah mereka)..

Puncanya ??

Nak bagi BN kembali berpijak di bumi nyata dan kembali berjuang demi kepentingan Negara, bangsa dan agama..


Faktor2 yang membentuk pola pengundian dari para pengundi susah untuk ditafsirkan..

Tengok je la keputusannya pada PRU akan datang..

Terus terang, aku makin meluat dengan karenah kepala2 yang mengetuai parti yang dahulu aku pangkah terutama sekali Pak Liwat..

PRU akan datang, aku nak swing !

Itu aku, orang lain aku tak tau..

- Pengundi Atas Tembok-

Anonymous said...

Aku cuma berdoa agar Malaysia ini tidak akan dipimpin oleh seorang peliwat..

Amin.. oleh sebab itu pada pru akan datang, aku mesti memastikan bahawa aku tidak akan bersekongkol dengan puak2 ini lagi..


Noktah!!

Anonymous said...

Aku cuma berdoa agar Malaysia ini tidak akan dipimpin oleh seorang peliwat..

Amin.. oleh sebab itu pada pru akan datang, aku mesti memastikan bahawa aku tidak akan bersekongkol dengan puak2 ini lagi..


Noktah!!

komen je said...

pastinya PRU 13 jadi longgokkan wang, pastinya magnum kena peruntukkan lebih banyak wang..tak de yang tanya dari mana yang pasti orang bn/umno rembat...takkan pakai duit rakyat kot sebagai rakyat pastinya tak halalkan...

Anonymous said...

Selagi setiap kali ceramah angkut banyak bas makcik dan pakcik felda serata dunia dan lepas tu bagitau kat media kata dapat sambutan , x payahlah nak mimpi wahai BN... x lama lagi berkuburlah korang... banyak lemak...

Anonymous said...

Salam Bro...
Sebagai manusia yg pernah bekerja di Slgr, dan secara lgsg terlibat dgn suasana politik Selangor... Sy melihat peluang utk menang amat tipis.
Benarlah kata2 rkn2 kat ats, banyak isu tapi x dgunakan sebaik mungkin oleh puak2 BN.
Sepekara lagi, budaya cantas mencantas dan membunuh pemimpin2 dlm UMNO Selangor cukup kuat skali..
Senang citer, takda sikap bersatu yg kukuh..
Apa2pun, manusia2 durjana seperti RAIS YATIM , DS Najib kena campak dia keluar dr senarai calon... Kalo tidak RTM akan makin hancur...... ( Nie yg dluar Selangor, tp juga melibatkan Selangor )

Anonymous said...

BN MISTI MENANG...CUBA TENGOK ORANG TERENGGANU,3 BULAN JER DIPERINTAH OLIH PAS DAH SERIK DAN DAH TOBAT TAK MAHU LAGI DIPERITAH OLEH PAS.AKU HARAP ORANG SELANGOR IKUT APA YANG ORANG TERENGGANU BUAT.

Anonymous said...

aku tak nampak pun kelebihan PKR.. sure BN dapat merampas kembali Selangor dan Kedah DAN KELANTAN!!!

mohd saleh said...

Aku memang hendakkan BN menang. Tapi pemimpin BN sendiri macam tak nak menang. Dia orang suka dapat peruntukan pusat terus kepada mereka. Kalau menang Menteri Besar yang akan uruskan. Berhentilah daripada bercakaran sesama sendiri. Utamakan parti daripada diri sendiri. Hidup BN selamanya.

Anonymous said...

Tukar Noh Omar.....bodoh sombong,
Satim....sama macam k. Toyo...hampeh,rasuah.......amacam cuba Ezam......anak jawa....harap harap tak macam k.Toyo...kayakan kroni aje.....Hapuskan Rasuah ...rakyat sokong.....

Anonymous said...

SOALAN RBF SALAH! "MAMPUKAH BN TAWAN..." SEBENARNYA BUKAN BN KE ATAU PR YG MAMPU. KUASA PENENTU ADALAH PENGUNDI. INI BUKAN MCM MAIN BOLA REAL MADRID VS MU. DUA2 BAGUS, TAPI SIAPA YG LEBIH BAGUS BOLEH MENANG. LA NI DUA2 TAK BAGUS. NI LBH KRG MCM MAIN GOLF, KURANGKAN BUAT SILAP BARU BOLEH MENANG. SO RAKYAT YG "TERPAKSA" MENGUNDI WILL CHOOSE LESSER OF TWO EVILS.

Mengundi adalah proses meletakkan kepercayaan kpd seseorang (atau kumpulan) untuk mentadbir urus negara/negeri. So antara popularity dan sincerity, the latter will win.

dinKlang said...

bro rbf,

w/pun bn bkn kerajaan, tp poket ketua bhgn masyuuukk sbb peruntukan persekutuan dieorg jga...so, perlu ke bn menang utk pru 14 kalau skrg pun poket tetap kencang???

hang rawang said...

SETIUSAHA UMNO DAN KETUA PENERANGAN UMNO DI SELANGOR THE BEST.RARA BELIA DI BLKG KAMU BERDUA.INSYAALLAH.

Anonymous said...

Tukar semua colan yang nak bertanding PRU13 termasuk NOH OMAR

Anonymous said...

Tuan RBF

Walaupun saya bukan pro BN, tetapi dari isu terbaru yang riuh diperkatakan, saya rasa ada peluang untuk BN mendapat sokongan semula daripada rakyat khasnya para pengundi bangsa melayu.

Komunis sangat sensitif kepada orang melayu. Sebut komunis orang melayu terbayang orang cina, sebab itu orang melayu jika terlalu marah sangat kepada seseorang cina dia akan guna ungkapan "cina komunis", saya pernah mendengar ungkapan ini. Walau pun ada sebilangan melayu yang jadi komunis, tapi komunis tetap sinnonim dengan bangsa cina. Ini sejarah.

Wong

Anonymous said...

Tuan RBF

Mohamad Sabu Mengangkat Komunis sebagai Wira.

Kesannya.

1. Mohamad Sabu menjadi liabiliti (membawa masalah) kepada Pas.

Para pemimpin kanan Pas menyokong kenyataan Mohamad Sabu

Kesannya.

1. Parti Pas menjadi liabiliti (membawa masalah) kepada Pakatan Rakyat.

Walau pun Karpal Singh cuba membetulkan keadaan. Tapi Pas telah terlajak cakap, untuk mengatakan tersilap pun kena, untuk mengatakan tidak tersilap lagi lah kena.

Karpal Singh lebih awal sedar kesan yang akan di tanggung oleh Pakatan Rakyat bila para pemimpin Pas sebulat suara mengiktiraf komunis sebagai Wira Pejuang Kemerdekaan.

Mungkin DAP menyesal kerana mengajak Pas berada dalam Pakatan Rakyat. Tapi PKR nampaknya play safe, membisu seribu bahasa.

Yang pasti, sokongan bukan melayu kepada PR kekal, namun sokongan orang melayu kepada PR tidak lagi boleh di harapkan. Semuanya kerana gara2 Mohamad Sabu terlepas cakap.

Jika PR gagal pada PRU 13, Pas lah yang jadi penyebabnya.

Wong

Anonymous said...

Selagi orang2 macam Noh Omar, Zin Badak, Khir Toyo dan lain2 veteran UMNO ada dalam parti, sorry la! No way BN kuasai Selangor semula!!

Anonymous said...

Aku harap PRU akan datang majoriti senyap akan MENGAJAR parti yang borak tak serupa bikin yang sanggup mengangkat individu yang diragui moral dan akidahnya sebagai KEPALA mereka untuk memimpin rakyat negara ini..

Totok2 BN, PAS PUS, PKR dan DAP bagi aku tak penting mana pun kerana bagi aku majoriti senyap ini lah merupakan kelompok yang paling merbahaya dan sukar dijangka kerana mereka mampu untuk mengubah keadaan suasana politik semasa kerana golongan ini tidak terikat dengan mana2 parti..

Mungkin PRU dahulu mereka pangkah parti itu, PRU akan datang siapa yang tahu faktor dan isu apa yang menyebabkan mereka berubah pendirian..

PRU akan datang adalah merupakan satu acara yang amat menarik untuk diperhatikan..

penyokong tegar said...

boleh menang kalau kita guna tektik sekarang ni yakni rasuahkan pengundi dan buta kan hati mereka terutama orang melayu dan india.kita lalaikan mereka dengan hiburan dan kurangkan lagi tahap pemikiran mereka supaya kurang berfikir.yg lain tak perlu risau spt jabatan kerajaan,itu kita dah ok.

Anonymous said...

Daripada : Orang Lama.

Dulu lain, Sekarang lain.

Sebelum 2008, BN masih mendapat sokongan daripada orang cina melalui MCA dan Gerakan, daripada orang india melalui MIC.

Tapi pada 2008 orang cina telah menghantar isyarat bahawa mereka terpaksa mengeciwakan MCA dan Gerakan. Bukan mereka tidak mahu kepada MCA atau Gerakan, tetapi target sebenar mereka adalah Umno.
Berduyun2 undi mereka pergi kepada DAP.

Begitu dengan orang india, mereka terpaksa mengeciwakan MIC. Sama seperti orang cina mereka bukan tidak mahu kepada MIC, yang mereka tidak mahu adalah Umno. Beramai2 mereka pangkah PKR kerana Anwar Ibrahim menyokong Hindraft.

Pas setakat menumpang perasaan membuak2 orang bukan melayu yang mahu melihat Umno tersungkur. Pas mendapat undi bukan melayu bukan kerana mereka suka kepada dasar perjuangan Pas. Nampak sangat betapa bodohnya bukan melayu yang sebagian besarnya adalah bukan islam jika mereka bersetuju dengan perjuangan islam yang di bawa oleh Pas, yang mana akhirnya akan memakan diri mereka balik.

Dan nampak sangat betapa gopohnya pemimpin Pas bila mereka mendabik dada memberitahu kepada orang2 melayu yang tidak menyokong Pas bahawa sedangkan orang bukan melayu dan bukan islam memberikan sokongan kepada perjuangan Pas, tapi masih ada melayu yang menolak perjuangan Pas.

Pas tertipu sebenarnya.

Tetapi Najib nampaknya masih tidak mahu menerima kenyataan bahawa BN sudah hilang sokongan daripada bukan melayu. Umno masih menaruh harapan agar MCA, Gerakan dan MIC dapat menambat kembali hati bukan melayu. Maka MCA, Gerakan dan MIC pun menggunakan kesempatan itu sebaik mungkin untuk mendapatkan sesuatu yang sebelum ini mereka minta tapi tidak pernah dilayan. Tinggi menggunung harapan Najib agar bukan melayu yang sebelum ini menyokong MCA, Gerakan dan MIC balik semula ke pangkuan BN, maka walau pun kalah masih juga berpeluang menjadi menteri penuh. Hatta jika bukan melayu minta jambatan emas sekali pun Najib akan tunaikan.

Tabik kepada beberapa pemimpin MCA, Gerakan dan MIC yang awal2 lagi sudah memberitahu kepada Najib bahawa mereka rela tidak mendapat jawatan dalam kabinet BN jika parti mereka kalah pada PRU 13 nanti. Mereka ada maruah sebenarnya. Dan paling penting mereka sudah boleh baca isi hati orang2 mereka " walau apa juga yang Najib beri, umpan saja yang mereka telan tapi tidak mata kailnya "

Kalau tadi Pas tertipu, maka pada kali ini giliran Najib pula yang kena tipu. Umpan habis tapi ikan tak dapat2 sampai kesudah.

Bukan setakat Selangor BN tak dapat ambil balik, tapi rakyat Selangor bakal mendapat MB Melayu tapi yang bekerja mengikut arahan daripada DAP. Kalau 2008 Umno main kotor di Perak, tapi PRU 13 DAP pasti tidak akan gagal lagi.

Tidak mengapa jika Najib berillusi mengharapkan bukan melayu berpatah balik kepada BN asalkan jangan orang melayu sendiri turut berillusi bahawa bukan melayu masih seperti dulu juga.

Dulu lain, Sekarang lain.

Anonymous said...

Betul tu, kita gunakan camo berbentuk pemberian wang zakat untuk merasuah orang asli atau orang susah serta juga harus membiasakan diri hadir ke masjid2 atau surau untuk mendengar khutbah2 dan tazkirah berbentuk umpatan, kejian serta menghukum sesama muslim hinggakan tempat yang sepatutnya dijadikan tempat untuk umat bersatu talah menjadi tempat untuk umat melayu berpecah belah..

Anonymous said...

Daripada : Orang Lama

Penang walau pun di perintah oleh DAP tapi tidak di sisihkan - kata Najib semasa Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di Permatang Pauh kelmarin.

Najib bukan nak beritahu Lim Guan Eng, bukan nak pancing Lim Guan Eng. Tapi Najib nak beritahu orang Penang, nak ambil hati orang Penang, walau pun hangpa tak sokong BN kami tak lupa bagi peruntukan untuk supaya Penang bertambah maju.

Kenyataan itu sebenarnya membantu Lim Guan Eng. Maksudnya, pada PRU 13 nanti jangan bimbang walau pun DAP yang jadi kerajaan negeri, kerajaan pusat akan tetap majukan Penang seperti semasa Koh Tsu Khoon jadi KM. Maka rakyat Penang tak perlu lah menyerahkan balik Penang kepada BN kerana walau pun ia negeri DAP tetap mendapat layanan yang sama seperti negeri BN.

Jika Najib ada niat untuk merampas balik Penang, elok sangat lah jika niat itu disimpan dulu ditempat beku dalam peti ais. PRU 13 ini belum sesuai lagi untuk laksanakan niat itu.

Kena ingat. Selama 54 tahun mereka berjuang melalui DAP untuk mencari tapak. Tak kan lah setelah mendapat tapak yang sangat strategik, dengan mudah saja mereka nak serahkan balik tapak itu kepada tuan asalnya.

Dulu lain, Sekarang lain.

Anonymous said...

Mereka hanya mempergunakan Anwar untuk membusukan UMNO dan apa yang lebih ironi lagi, parti perkauman telah berlagak seolah-olah mereka bukan parti yang bersifat perkauman..

PAS hanya sekadar menjadi tukang karut je di dalam pakatan yang telah mereka bentuk..

Mereka saling kuda mengkuda antara satu sama lain.

Apa yang pasti perjuangan untuk meletakan kesamarataan harus didahulukan oleh sesetengah kelompok kaum cina di negara ini tanpa memikirkan kesan jangka panjang akibat dari desakan sedemikian..

Dahulu mereka mengharapkan komponen BN akan membawa perubahan sepertimana yang mereka inginkan, kini mereka telah beralih arah kepada DAP dan pakatannya untuk test market..

Ekonomi sudah mereka kuasai, sekarang mereka hanya inginkan kesamarataan sahaja dan apa yang lebih haru lagi, PM M'sia tidak semestinya harus datang dari kaum melayu (islam) kerana perlembagaan negara tidak pernah menetapkan perkara sedemikian..

Inilah akibatnya jika orang melayu berpecah-pecah, kaum lain akan cuba mengambil kesempatan darinya - dan aku tidak akan menyalahkan kaum lain jika mereka mahu mengambil kesempatan atas segala kekusutan yang sedang melanda kerana itu adalah hak merek sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya layak untuk mengundi. Begitu juga orang2 melayu, mereka juga berhak untuk menafikan desakan tersebut berdasarkan senario semasa.

Kaum lain tidak akan rugi apa2 walaupun kemana sahaja mereka mahu berpaut..

Aku harap Najib jangan la kerana terlalu mengejarkan undi kaum minoriti, sanggup pula dia mengabaikan hak kaum majoriti dan kehilangan undi penting ini..



PRU akan datang adalah merupakan satu agenda penting bagi menentukan jatuh bangunnya UMNO beserta komponennya.

Isunya bukan setakat mampu ke BN menawan kembali Selangor, Isunya skang, mampu ke BN menawan kembali negeri2 lain yang dikuasai pembangkang serta mengekalkan kerusi di negeri2 yang BN kuasai..

Mampu ke ??

Satu isu yang menarik untuk diperhati dan segala persoalan akan terjawab nanti apabila rakyat telah menterjemahkan hasrat mereka di atas kertas undi pada PRU yang akan bakal menjelang.

Anonymous said...

Aku rasa dulu ramai yang termakan dengan dakyah pembangkang kerana termakan dengan kata2 hasutan bahawa, cuba dahulu pangkah kami, kalau sama cam BN ubah balik..

Rasa2 nya lah..

Aku rasa bukannya sama, makin jahanam lagi tu ada la..

Sekarang bila dah mabuk kuasa, takde la plak terdengar ungkapan tersebut dimainkan..

Anonymous said...

Komunis Diangkat Sebagai Hero

Dengan timbulnya isu panas ini, peluang BN untuk terus menguasai politik negara melalui Umno adalah cerah.

Itu pun jika orang melayu terasa keciwa dengan pendirian Pas yang menggelarkan komunis sebagai Hero. Tetapi jika orang melayu tidak terasa apa-apa maka Pas masih ada peluang yang lebih baik daripada Umno. PR masih boleh meletakkan harapan kepada Pas untuk menyingkirkan Umno dari persada kuasa.

PR berjaya atau tidak pada PRU 13 nanti banyak bergantung kepada sokongan pengundi melayu. Mood pengundi bukan melayu mudah dibaca. Mereka tidak lagi meletakkan harapan kepada MCA, Gerakan dan MIC untuk menjadi jurucakap, mereka lebih yakin dengan DAP.

BN hampir2 kecundang pada PRU 12 adalah kerana bukan melayu beralih sokongan, dan bukan kerana pengundi melayu. Pas menang banyak kerusi bukan kerana orang melayu tidak lagi menyokong Umno. Pas menang banyak kerana bukan melayu tidak mahu lagi kepada Umno. Bukan melayu harapkan bila MCA, Gerakan dan MIC tersungkur maka Umno juga akan turut tersungkur, tetapi cubaan mereka pada 2008 nampaknya tidak menjadi. Mereka tidak akan berhenti, pasti pada PRU 13 nanti mereka akan bekerja lebih keras lagi.

Umno tidak boleh menafikan bahawa talian hayat BN sekarang ini berada dalam tangan pengundi melayu. Najib tersilap besar jika masih menaruh harapan kepada bukan melayu, yang pasti dan Najib kena akui bahawa bukan melayu Dulu lain, Sekarang lain.

mat sabun said...

kadang2 kita bukan nak bersandarkan pandangan sesetengah pihak terhadap teori RAHMAN....tp kadang2 ada betulnya.......ada pihak kata bahwa teori ini bermula dr pandangan tasawwuf datok kpd tun pak lah....abdullah fahim......tp kalau benar susunan qada @ qadar ALLAH.....tiada apa mampu menghalang.... waalahualam

Nanang Kesuma said...

No my friend, coz ini adalah misi senyap nak jatuhkan YAB PM sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor...

Anonymous said...

assalam RBF

susah nk ckp chances BN nk menang since banyak GILER bola tanggung yang diberi oleh PR selepas 3 thn memerintah... jarang sekali kita mendengar BN 'MEMBELASAH' PR.

saya bukanlah pengundi di selangor tp corak politik sekarang tidak membawa sebarang makna kepada 'KAUM MELAYU' khususnya kerana kita telah berpecah belah kepada 3-4 ideologi politik...

kebanyakkan rakan2 sy semuanya pengundi atas pagar dan isu2 spt kenaikan kos sara hidup dijadikan alasan untuk MENGHUKUM BN khususnya UMNO yg mereka ibaratkan sebagai PARTI RASUAH DAN KAYA DGN PROJEK...

Cubalah kita lihat selama PR 'BERKAMPUNG' di selangor, setiap saat, minit dan jam mereka mengadakan 'TAZKIRAH a.k.a. CERAMAH politik demi kelangsungan survival mereka di selangor.. setiap masa kita bole nmpk ada shj BANNER, KAIN RENTANG dan juga POSTER2 yg dipaparkan setiap jalan kampung, jalan BANDAR... seolah2 kini tiada lagi undang2 selain dipegang oleh PR..

saya ambil contoh di persekitaran kajang... beratus2 kain rentang PR 'memancing' RAKYAT bagi mendapatkan undi... sudah tentu RAKYAT terpesona dgn cara sebegini kerana pada mereka 'bagus juga PR ambil berat hal rakyat'. walaupun pada hakikatnya 'CAKAP BANYAK HABUK PON TARAK'.

saya berani jamin... apa sekali tindakan BN selepas ini yg memberi kebaikkan kepada rakyat dipandang sepi.. skrg sudah kedengaran CAKAP2 NAKAL dari rakyat bahawa skrg cukai 6% perkhidmatan PRABAYAR ditangguhkan buat sementara... ttp PASTI AKAN dikenakan selepas PRU 13... dan pelbagai andaian yg dibuat bahawa kos sara hidup pasti NAIK slps PRU 13 jika UMNO/BN memerintah negara...

rakyat skrg lebih suka isu2 politiking daripada berfikir hal ehwal survival mereka pada 100 tahun akan datang... mereka tidak endah dgn apa2 amaran, teguran sehingga dibutakan hati utk menerima kebaikan yg diberi oleh parti kerajaan skrg...

apa lah sangat sumbangan PR pada masa ini... selain menghabiskan WANG buat hari terbuka sana-sini, hari bertemu YB.. tp dari segi ACTION..?? sori to say... PR mmg pakatan haprak...

adakah BN bole menang di selangor??

pada saya BOLEH... UMNO pasti BOLEH...

Anonymous said...

adakah BN bole menang di selangor??
pada saya BOLEH... UMNO pasti BOLEH...
Anon, September 14, 2011 12:28 PM

Saya kata tidak boleh. Kamu kata boleh. Boleh kamu justified ?

NAMAWEE.

whiteorange said...

Menang kalah terletak kepada kejujuran dan keikhlasan UMNO negeri Selangor.

Kalau masih bercakaran untuk menang 50 / 50

Kalu terus gaduh pasti kalah

kalau ikut perangai lama konfirm kalah

so wake up UMNO

Rakyat selangor dah sedia nak pilih UMNO atau nak kekal undi protes

Anonymous said...

BN Mau menangkah dekat Selagor? Tara nampak UMNO atau BN ada buat kerja.Cawangan sama bahagian semua sudah tutup jugak.MCA sama Gerakan lagi terok, mereka semua pegi bikin filem X.

Dei porahla!!!!

Anonymous said...

selagi rakyat melihat pemimpin umno dan bn kaki balun duit rakyat, smpi kiamat pun takkan dapat rampas semula...rakyat dah meluat diperbodoh bodohkan..rakyat selangor berupaya menilai secara professional...

datuk said...

Kalau BN mahu menang hanya dengan cara mengutuk serta membuka aib orang lain tanpa memperbaiki serta menncerminkan diri sendiri........jangan haraplah nak menang. Jangan asyik suruh orang buat baik tapi kita sendiri buat jahat.

JARUM MAS said...

satu je cara BN bolih menang..henti tabiat melalak meroyan dan membuat fitnah, buruk sangka dan memuji parti sendiri dan menidakkan orang lain buat kebaikan: contoh mmenidakan semua 100 peratus kebaikn yg dibuat PR yg memrintah sekarang...guna media cetak, media letroni untuk hentam PR...guna harta kerajaan seperti sekolah buat himpunan kutuk PR...
BUAT DEMONSTARI DAN perhimpunan haram tanpa permit tapi polis x kacau..kalau pembangkang buat mereka guna polis supaYa halang...ini semua membuat rakyat menyampah dan meluat....sEMENTARA ALLAH MURKA DAN BILA ALLAH MURKA MAKA JADI X BERKAT DAN BILA X BERKAT MAKA ALLAH XKAN IZNKAN BERIKAN KEMENANGAN

Anonymous said...

Kesian . . . ! ulasan bangang dari orang buta . .