Wednesday, September 7, 2011

Mat Indera: Antara Budak 4 Tahun dan Abdullah CD, Siapa Anda Percaya ?

Hari ini seorang pakcik yang berusia 65 tahun , bernama Baharum Shah , adik kepada 'pejuang kemerdekaan' bagi parti Pas , Mat Indera, muncul bersama dua budak hingusan Pas membuat kenyataan mengatakan abangnya bukan ahli Parti Komunis Malaya.

Dia juga menuntut agar kerajaan membersihkan nama adiknya. Sini

Saya punya pandangan senang sahaja.

Pas sekarang dalam keadaan terdesak untuk memastikan mereka tidak tewas dalam perdebatan yang sedang berlaku.

Jadi mereka harus guna apa sahaja jalan yang ada untuk menunjukkan kepada rakyat mereka di pihak yang benar. Sekiranya tidak menang sekali pun, dapat mengelirukan rakyat pun sudah cukup baik bagi mereka.

Adik kepada Mat Indera yang muncul bersama dengan budak hingusan Pas hari ini sebenarnya telah pun digunakan oleh Pas. Tidak mustahil wang ringgit juga telah digunakan untuk memujuk beliau agar mengadakan sidang media tersebut hari ini. Blog Screw Kuat ada maklumat tersebut. Sini

Kejadian Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950.

Adik Mat Indera yang muncul hari ini berusia 65 tahun. Maknanya dia lahir pada tahun 1946.

Semasa peristiwa Bukit Kepong dia berusia 4 tahun.

Logikkah budak 4 tahun yang masih menghisap botol susu dan bersunat pun belum lagi tahu apa kegiatan abangnya pada masa itu ?

Kalau nak menipu kerana terima upah pun biarlah logik sikit.

Kita tak pelik dan mungkin kita juga boleh percaya cerita daripada adik Mat Indera yang muncul hari ini sekiranya beza usianya dengan Mat Indera pada masa itu tidaklah jauh sangat.

Dia kata abangnya bukan anggota PKM.

Dia pada masa itu umur 4 tahun.

Abdullah CD pula adalah bekas Komanden Rejimen Ke 10 PKM terang-terangan dalam bukunya (Memoir Abdullah CD,bahagian ke 2) mengatakan Mat Indera adalah anggota PKM.

Dalam buku tersebut, Abdullah CD bukan sahaja mengesahkan Mat Indera sebagai anggota PKM, malah beliau juga mengesahkan Mat Indera bersama orang-orang cina dan melayu mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Jika Komanden Rejimen PKM sendiri pada masa itu yang berusia 34 tahun mengesahkan perkara tersebut, adakah kita nak percaya kepada budak yang berusia 4 tahun pada masa itu ?

Petikan dari buku Memoir Abdullah CD (ms 115)
Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor.

Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.
Kenapa Mat Sabu membangkitkan isu ini ?

Jawapannya mudah sahaja, kerana dendam Mat Sabu kepada polis akibat pembohongannya dibongkar oleh polis.

Dia kata kena rempuh dengan Land Rover polis.

Bila muncul video, jangan kata Land Rover, bayang Land Rover pun tidak ada di tempat kejadian.

29 comments:

Anonymous said...

mat sabut kata : isu ini akan bawa kemenangan pada pas di negeri johor dalam pilihanraya akan datang.

aku kata : poddah!! JOHOR itu BN, BN itu JOHOR!!

ruang bicara faisal said...

dia silap, bukan nak menang, tapi kerusi yg ada pun akan terlepas. org johor lg menyampah dgn pas

Anonymous said...

Orang Johor dah lama menyampah dengan kaki auta ni....gila apa angkat komunis sebagai pejuang.

Ko tanya la pada sesapa kecuali PAS totok, pasti menyirap punya. Johor itu unik. Nampak lembut dan malu berkata-kata. Tapi paling hangin kalau ada bangsat pengkhianat bangsa.

Kalau dah pemimpin pun buduh macamtu, pengikut apakan lagi. Tak caya kalau jumpa kelompok PAS sedang lepak ngeteh kutuk kerajaan. Cuba puji cucuk puji UMNO...mau melompat-lompat macam beruk ada la. Kesimpulan aku orang-orang johor golongan ni sebenarnya perasan bagus dalam masyarakat yang tak dapat kedudukan.

Sungguh, dulu respek pada PAS tapi sekarang dah macam sampah.

halim said...

Sampah adalah sampah..takkan boleh jadi permata..

Mat Sabu + PAS = Sampah

Anonymous said...

KELAM KABUT MAT SABU...


BTAMBAH MALU SIOT


J. BAHRU: Anak perempuan Allahyarham Koperal Abu Bakar Daud, salah seorang anggota polis yang cedera parah dalam serangan komunis di Bukit Kepong, 61 tahun lalu, enggan menemui Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang datang bersama rombongan ke rumahnya di Bandar Baru Uda, di sini semalam.

Jamilah Abu Bakar yang ketika itu baru berusia empat tahun dan melihat sendiri bapanya ditembak bertubi-tubi, tidak dapat menerima kenyataan pemimpin PAS itu yang mendakwa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan, adalah pejuang kemerdekaan kerana menentang British yang menjajah negara ketika itu.

“Tak payah datang, saya tak mahu berjumpanya. Ia amat keterlaluan hingga menyebabkan luka lama berdarah kembali. Macam mana saya boleh terima kedatangan orang yang menafikan pengorbanan dan perjuangan bapa dan rakan-rakannya mempertahankan maruah bangsa dan negara hingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri, sedangkan dia (Mohamad) boleh pula mengagungkan komunis.

“Kata-katanya tidak boleh dimaafkan. Saya ketika itu berusia empat tahun, menyaksikan sendiri arwah bapa berusia 29 tahun, cedera parah terkena tembakan di badan. Saya juga melihat ibu, Fatimah Ya’aba, mengambil alih mengangkat senjata sehingga dia terbunuh ketika berbalas tembakan dengan komunis. Adik lelaki saya berusia dua tahun juga mati tertembak.

“Kenyataannya (Mohamad) seperti mengungkit kembali sejarah hitam yang terpalit dalam hidup saya selama ini. Saya tidak mahu ia dikenang lagi kerana ia membuat saya tertekan,” katanya yang kini berusia 65 tahun ketika ditemui selepas menolak hasrat rombongan pemimpin PAS untuk berkunjung ke rumahnya, di Persiaran Barli, Bandar Baru Uda.

Bapanya meninggal dunia pada 1979 akibat penyakit barah. Rombongan Mohamad atau Mat Sabu yang menaiki beberapa kenderaan, termasuk sebuah Proton Exora berwarna merah hati tiba di jalan masuk menuju ke rumah Jamilah kira-kira jam 2.30 petang.

Menyedari kehadiran tidak dialu-alukan keluarga dan jiran Jamilah, kenderaan yang membawa Mat Sabu yang dipandu Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat, beredar dari situ sementara seorang wakilnya bersemuka dengan keluarga Jamilah di surau berdekatan. Di surau itu, sepupu arwah suami Jamilah, Raja Zainal Abdullah, 74, dan jirannya, Mokhtar Jalok, 72, bersemuka dengan Naib Yang Dipertua PAS Pulai, Zaaba Ibrahim dan menyampaikan keputusan Jamilah menolak kunjungan itu.

Zaaba yang dihubungi selepas itu, mengesahkan Mat Sabu terpaksa beredar berikutan keengganan keluarga Jamilah menerima kunjungannya. Sebelum rombongan tiba di laluan menuju ke rumah Jamilah, seorang wakil PAS beberapa kali menghubungi anak bongsunya, Raja Zamzura Raja Buntat, 32, bertanyakan jika wakil Berita Harian dan TV3 berada di rumahnya. '

Raja Zamzura mendakwa, wakil rombongan itu agak marah apabila diberitahu wakil media turut berada bersama kerana sudah meminta keluarga Jamilah tidak memaklumkan kepada media dan penduduk kampung berhubung kunjungan itu.
.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EnggantemuMatSabu/Article/

Anonymous said...

hudud dah dibuang, islam dah ditinggalkan...
sekarang komunis dipuja...
maka jadilah..
Pas - Parti angkat sampah

Anonymous said...

budak 4 thn pun turut sama menyerang balai polis...

rasanya Jamilah Abu Bakar
SERTA WARIS2 Lain buleh buat report polis....
saman juta2 ni dlm.court..

HIDUP LAGI PENGKIANAT2 Negara ni....

timun said...

jom kita ramai-ramai ludah mat sabu..x pun kita sengetkan mulut dia biar sengau....

Anonymous said...

pas dah banyak kali kantoi, kali ini kantoi lagi. [roy]

Anonymous said...

Mat Sabu Sial ni punorang PAS lantik jadi pemimpin. Manusia paling bangang ni yang dipuja oleh golongan yang terlebih Islam ni. Apa la contoh baik kat Babi Gemuk sekor ni. Kena tangkap khalwat, kuat mengumpat keji orang, badan macam badak air, rupa hodoh, perut busuk, hati jahat, kuat penipu, pendidikan pun tak ada...tapi itu la yg dipuja oleh puak hamPAS ni. Pegi mampus la kau Mat Syabu Syabu.

manjung said...

apalah nak di harapkan budak 4 tahun dan 2 ekoq budak hingusan HamPAS yang belum lahir lagi masa tu...

Anonymous said...

Kesiannya PAS terpaksa cover kerosakan yang telah dilakukan oleh Mat Sabu

Anonymous said...

Tahniah Mat Sabu!!!! ANDA SUDAH MELETAKKAN PAS DAN PENGIKUT2 BUDUH DI TAHAP YANG PALING MEMALUKAN...TERUSKAN USAHA KUAT KAMU!!! NANTI RAMAI LAGI YANG AKAN SAPU TAIK2 YANG KAMU BUAT TUH!!!

Anonymous said...

kesian sungguh kat pas skrg ni, smp memori budak 4tahun waktu itu pun depa nak percaya?

pas oh pas...kamu semakin hari semakin lemah dan kelihatan amat bodoh. tak sedar2 lagi ke?

mungkin ini kesan solat hajat kamu wahai org2 pas. berkawan dgn syaitan lebih baik bukan? inilah akibatnya.

dulu, aku dan keluarga aku respect giler dgn pas nih. tp skrg mintak maaf le.

tokgaru said...

Sudut Tafakur.

Apa sebenarnya yang nak di perjuangkan oleh Pas ?

Adakah nak mengangkat darjat Islam ? Adakah nak mengangkat darjat Komunis ?

Orang melayu yang sokong Pas .. cuba lah cari kebenaran dalam menilai perjuangan Pas. Adakah anda mahu Islam ? Adakah pada masa yang sama anda juga mahu Komunis ?

Kepada askar dan polis pencen ..

Masa dalam tugas anda bermatian berlawan dengan komunis sampai ada yang mati dan ada yang cacat anggota seumur hidup. Kerana pada waktu itu anda melihat komunis sebagai musuh kerajaan, musuh orang melayu, musuh islam.

Tetapi bila dah pencen, anda pakai ketayap putih, takbir sana takbir sini, tandanya anda dah jadi penyokong Pas .. pada anda Umno dah tak islam lagi, kerajaan juga dah tak islam .. yang islam hanya lah Pas.

Sekarang Pas puja komunis sebagai pejuang kemerdekaan .. maknanya pada penilaian Pas anda polis dan askar pencen adalah "pengganas kejam" yang telah memerangi komunis yang dianggap pejuang kemerdekaaan oleh Pas .. dan secara tak langsung Pas nak bagi tahu memang patut pun ada di antara anda yang mati dan cacat seumur hidup kerana berlawan dengan " hero kemerdekaan " .. dan kalau di minta fatwa daripada Nik Aziz mungkin dia akan kata " pade muko askar dan polis, itu balase tuhe belako "

Jadi kalau anda askar dan polis pencen masih lagi nak sokong Pas .. memang padan lah muka korang semua.

usin said...

apa la bodoh hangit sangat mat sabu pegi angkat bekas pemimpin pkm jd wira. apa pejadah sumbangan 'kalau ada' mat indera dlm meningkatkan syiar Islam? ada? ada? bunuh polis kt balai bukit kepong tu sumabangan baik? bodoh! bodoh! bodoh!. kalau nk bercakap sempena bulan kemerdekaan, berilah syarahan bagaimana utk memperkuatkan iman, bagaimana nk mempertingkatkan & menjaga kemaslahatan ummah. ini tak lain buat isu kontroversi yg bukan2. kenapalah org pas ni pilih dia jd timbalan presiden. bodoh betul pilihan yg dibuat.

tokgaru said...

Sudara Usin

Mat Sabu nih dia adalah orang yang cerdik sikit daripada sekian banyak orang2 yang tak cerdik. Jadi puak2 yang tak cerdik nih dah tak ada pilihan maka sebab tu lah mereka angkat Mat Sabu jadi pemimpin mereka.

Bila angkat orang tak cerdik maka komunis pun dia kata pejuang lah manakala polis dan tentera pula di katakan pengganas.

Maka pengikut2 dia yang memang dah terkenal tak cerdik pun berkata "ya betul, betul, betul..."

Sekian guasalam kpd Mat Sabu.

tokgaru said...

Sekadar Untuk Renungan ...

Saya terjumpa posting oleh sorang ultra kiasu yang kata "Melayu Bodoh" dalam satu blog lain.

Mulanya nak marah juga. Tapi bila fikir balik, rasanya betul juga melayu nih memang bodoh.

Tak bodoh hapah nya kalau ....

1. bila ada calon melayu, masih juga mengundi calon bukan melayu.
2. bila ada kedai atau mini market melayu, masih juga berbelanja di kedai bukan melayu.
3. bila sudah ada bengkel membaiki kenderaan yang diusahakan oleh orang melayu, masih juga menghantar kenderaan ke bengkel bukan melayu.
4. bila ada kedai makan melayu, masih juga makan di kedai bukan melayu yang status halal nya di ragui.
5. bila sudah ada produk makanan keluaran orang melayu sendiri, masih juga menggunakan produk makanan keluaran bukan melayu.
6. bila diajak bersatu untuk masa depan politik melayu tak mahu, tapi sanggup bersatu dengan pihak yang memang hendak menjatuh kerajaan yang di pimpin oleh orang melayu sendiri.
7. bila sanggup berpakat dengan dengan parti yang tak pernah bersetuju dengan negara islam dan hukum Hudud untuk menang plihanraya yang kononnya akan melaksanakan islam di negara ini jika berpeluang membentuk kerajaan.
8. bila sanggup mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan, manakala polis dan tentera yang menentang komunis di katakan pengganas.
9. bila bukan melayu yang mencapai umur 21 tahun berebut2 mendaftar sebagai pengundi, tapi orang melayu yang mencapai umur 21 tahun buat tak kisah sahaja.
10. bila tindakan pihak berkuasa agama hendak menyelamatkan umat islam daripada di murtadkan, tapi ada parti melayu yang mempertikaikan.

Tapi saya bernasib baik kerana nampak "kebodohan melayu" itu lebih awal daripada orang melayu yang lain.

Saya pasti akan marah jika ultra kiasu itu kata saya "melayu bodoh" kerana saya sudah keluar daripada kebodohan itu sejak lama dulu.

Anonymous said...

umno pun talibarut british...hehe

Anonymous said...

tak peduli. yang aku tau umno memang talibarut british..sbb tu senang dpt kemerdekaan,itupun bersyarat. umno tak pernah bangkit menentang british..bacalah sejarah wei...

Anonymous said...

mat sabu sokong komunis ker?biollah ko orang ni..baca dulu ucapan dia...

Anonymous said...

Salam..

kepada anonymous September 9, 2011 8:20 AM..

Yg menyampah kat Mat Sabu tu bukan dgn baca ucapan dia.. ucapan dia tak de nada/tune.. orang tgk Youtube ucapan Mat Sabu.. tgk dgn mata kepala dia (walaupun tak leh bawak ketengah utk bukti hudud mcm puak2 hamPAS royat, tapi hukuman takzir boleh guna (tp puak hamPAS silent pulok bab ni). Boleh nampak condong ke arah mana.. org dah lama buat trending sikap Mat Sabu ni cam mana.. nasib baik Mat sabu tak ckp yg Mat Indera tu syahid mati kene hukuman British.. Kalu tak, sure set2 kominis tu pun masuk syurga naik eskulator..hehehehe.. ade kah menetang british je terus qualified jadi perjuang kemerdekaan.. pahlawan2 dulu, menentang british, semua lawan dgn org/tentera british.. yg ini, apsal Mat Indera bunuh org Melayu jugak.. apsal tak serang jer org british tu.. tu yg kene paham.. so, saudara/saudari sendiri yg kene paham sejarah tu sendiri tu bagaimana.. tapi kene ingat dan paham ape itu sejarah.. sejarah bukan fakta.. maksud perkataan sejarah adalah 'interpretation of event' atau terjemahan sesuatu kejadian/fakta yg berlaku/ada.. kesimpulan dari yg tersurat, yg ni tersirat.. dan oleh kerana itu utk kes mat sabu ni, sebab kejadian telah berlaku, maka org ramai telah menterjemahkan bahawa mat sabu sokong komunis, walaupun dia menafikan.. sebab dia berucap tanpa text, maka dia bercakap dgn sepenuh hati.. walaupun dia tak mengaku, tapi org lain tahu hatinya bagaimana berdasarkan apa yg diucapkan.. tak yah dolak dalih.. org lain pun tahu mat sabu tu cam mana.. memula nak tuduh polis tu yg buat dia cedera masa 'bersih' tu.. skang ni indirectly dia nak bagitau yg polis melayu yg keje dgn british tu tali barut british dan halal kene bunuh/serang..

Tok Janggut kelantan said...

Secara rasminya Yayasan Warisan Johor telah memberikan pengiktirafan kepada Mat Indera sebagai pejuang pembebasan negara dan Mohamad Sabu hanya bersama-sama mengakui hakikat ini.


Begitu juga Mat Indera di anggap petualang kepada kerajaan penjajah British tetapi telah di anggap sebagai hero apabila negara kita mencapai kemerdekaan dan telah pun diakui oleh Yayasan Warisan Johor tentang perjuangan kebebasan negara kita.

Tidak usah kita berkelahi kerana isu persepsi ini. Tinggalkan sifat ke anak-anakan kita. Kita semua sudah dewasa dan saya berharap janganlah hendaknya membawa mana-mana pihak untuk menjadi budak-budakan dengan mengenengahkan isu yang tidak ada berkesudahan ini.

Jika UMNO mahu menyebelahi penjajah British, anggaplah Mat Indera ini sebagai petualang kepada kerajaan penjajah itu. Tetapi jika kita mahu menyebelahi semua pihak yang telah berkorban untuk kebebasan kita dari British anggaplah Mat Indera ini sebagai pejuang bangsa.

Bagi diri saya, saya menyebelahi pihak yang menentang penjajahan British dan saya anggap Mat Indera sebagai hero dan pejuang bangsa dan kemerdekaan negara.

isu rumah pasong bukit kepong berlaku bila?????


چاريله كبنرن دڠن جالن برفيكير،جاڠنله اندا سڤرتي اورڠ بوتا يڠ مڠيكوت تونتونن اورڠ. كراڬوان ايتله يڠ داڤت مڽمڤأيكن كڤد كبنرن، سسياڤا يڠ تيدق راڬو،مك دي تيدق برفيكير، سسياڤا يڠ تيدق برفيكير مك دي تيدق وسڤادا. بارڠ سياڤا يڠ تيدق وسڤادا مك دي تتڤ بوتا دان ترسست. رينوڠيله واهاي انسان

Anonymous said...

tok janggut kelantan yang bodoh sebab banyak makan taik gigi nik ajis..sebab tu duk sokong KOMUNIS

Anonymous said...

mat indera = komunis = pkm = mat syabun

Anonymous said...

Malaysia dilabelkan sebagai sebuah negara ISLAM..

Undang2 yang digunakan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang digubal oleh SURUHANJAYA REID (KAFIR LAKNAT)..

Parlimen bercorak WESTMINSTER (KAFIR LAKNAT)..

Malaysia adalah negara yang termasuk dalam keanggotaan negara KOMENWEL..negara yang masih dibawah NAUNGAN BRITISH (KAFIR LAKNAT)

Bentuk kerajaan bercorak DEMOKRASI..ciptaan manusia pada zaman YUNANI (KAFIR LAKNAT)..

INTERNAL SECURITY ACT (ISA) menangkap rakyat tanpa perbicaraan (cara KAFIR LAKNAT)..

SEMUA PM malaysia tidak pernah naik HAJI walaupun diketagorikan sebagai golongan yang berkemampuan (FIKIRLAH SENDIRI)..

dan banyak lagi untuk kau semua fikirkan..yang tahu mengelar manusia lain BODOH tapi hakikatnya adalah sebaliknya..

SEBUAH NEGARA ISLAM ADALAH YANG MENJALANKAN DASAR ISLAM SECARA MENYELURUH KERANA ISLAM ITU ADALAH MENYELURUH BUKANNYA HANYA MENGAKU NEGARA ISLAM TETAPI HAKIKATNYA MENGGUNAKAN DASAR DAN TELUNJUK KAFIR LAKNAT SEBAGAI PANDUAN (PEMIMPIN)..SAYA DENGAN INI MENGISYTIHARKAN MALAYSIA ADALAH NEGARA MUNAFIK..DIHADAPAN MENGAKU ISLAM TETAPI DIBELAKANG DAN HAKIKATNYA MENYOKONG KAFIR LAKNAT. . .

komen je said...

yg pergi layan mat sabu buat pe, umno hanya mengecohkan keadaan je..tapi hampeh ahli keluarga bukit kepong yg terkorban dapat apa pencen pon tak bagi...

Tok Beriu said...

Kebatilan akan terkubur, kebenaran akan terus menyubur

Anonymous said...

Orang Johor kena ingat perkara ini sampai bila2 , orang Johor kena ingat perbuatan mat sabu ini dan peghinaanya kepada orang johor sampai bila-bila !

PRU akan datang orang Johor jangan sesekali beri muka pada orang2 macam mat sabu ini , tolak Mat sabu ..Tolak PAS !!

Orang Johor ada maruah , jgn cabar orang Johor !! buruk padahnya !!