Friday, September 9, 2011

Pada Pendapat Anda Wajarkah Orang Itu Ditolong ?

Anak mangsa (perempuan, tengah)

Berita dari Bernama

Kelab Putera 1Malaysia akan berusaha membawa pulang warganegara Malaysia, Normazawati Wong Abdullah, 49, yang terkandas di Vietnam selepas dibebaskan dari penjara ekoran dipercayai menjadi mangsa sindiket pemalsuan kad kredit.

Rombongan kelab itu, yang diketuai Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, dijangka berlepas ke Vietnam hujung bulan ini dan akan menguruskan segala permasalahan untuk membawa mangsa pulang, termasuk dari segi perbelanjaan dan urusan diplomatik dengan negara terbabit.

Abdul Azeez berkata, pihaknya telah mengumpul dana sebanyak RM20,000 bagi tujuan tersebut.

Menurut anak Normazawati, Siti Ansyakinah Zainal Abidin, 24, ibunya terkandas di negara itu sejak dibebaskan dari penjara pada 27 Januari lalu.

Mangsa mendakwa dianiaya sindiket pemalsuan kad kredit dan dipenjara atas kesalahan itu pada 2004.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan ibu sejak tujuh tahun lalu, biarpun telah dibebaskan dari Penjara Thu Duc wilayah Binh Thuan, Ho Chi Minh, ibu perlu membayar denda berjumlah VND 373,965,810 (RM60,000) kepada pihak berkuasa Vietnam untuk membolehkannya pulang ke tanahair," katanya dalam sidang media di ibunegara hari ini.

Siti Ansyakinah berkata dia telah berjumpa dengan pelbagai pihak bagi meminta bantuan, tetapi telah menemui jalan buntu.

"Akhirnya Kelab Putera 1Malaysia telah sudi membantu membawa pulang ibu serta menyelesaikan denda tersebut," katanya.

Pada 2004, Normazawati Wong Abdullah pergi ke Ho Chin Minh, Vietnam bersama empat orang rakan di mana dia telah dijanjikan pekerjaan untuk membuat tinjauan harga barangan elektrik seperti komputer dan sebagainya.

Apabila sampai di sana, mangsa telah diberikan kad kredit oleh sindiket berkenaan yang memintanya membeli peralatan elektrik dalam jumlah yang besar dengan menggunakan kad kredit palsu itu.

"Ibu telah diugut, sekiranya tidak berbuat demikian, keluarga akan dicederakan oleh sindiket itu. Kini keadaan ibu tidak sihat dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menampung kos rawatan dan kos sara hidup yang berjumlah lebih kurang RM2,500," katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Siti Ansyakinah Zainal Abidin, 164838012669 atau menghubungi pejabat Kelab Putera di talian 1300881113.

Apa macam rakyat Malaysia, perlukah orang itu ditolong ?

Kena tanya rakyat dulu, nanti ada pula yang tuduh macam-macam...

25 comments:

Anonymous said...

tolonglahhhhhhhh
kesian dia
kena ingat, suara yang menyokong usaha kelab putera lebih kuat dari suara yang membantah

Anonymous said...

ikut citer anak dia mak dia kena tipu jadi dah kena tipu patutla tolong tapi sekiranya ada sebaliknya tak tau la pulak ka ....????

Anonymous said...

suruh khalid gereja tolong...

Anonymous said...

emmm..
dulu mase nak pegi tak mtk pn tlg kite..
hihihihi

Anonymous said...

kena tolong..jangan bnyak cakap cam puak satu lg tu..perkara yg kecil tu sebenarnya nilai dia besar kepada seseorang...

Anonymous said...

AKU HENSEM

PEOPLE FIRST
PERFORMANCE NOW

PR LAST
MATSABU THE END

badrol said...

kalau cam ni aku pun nk cari sindiket2 yg buat kerja haram utk dptkan duit segera....pas tu kalau kantoi aku berlakonlah kena tipu. maka dtglah abang azeez tolong....
pesan aku satu jer...buat baik berpada2....jgn sampai org ambil kesempatan pulak nanti.

SJ said...

Betul point Badrul... Biar kerajaan jer tlg dia. X perlu la putera umno sibuk2 nak tlg.

putrarahman said...

Kalau orang dah bagi duit peruntukkan dan dana, tolonglah, buat apa nak fikir lagi.

Sebelum pergi tu bincanglah apa yang patut dengan anak beranak dan waris perempuan tu.

mae1000 said...

Tolong, tapi dia kena bayar balik duit tu.

usabukata said...

masalahnya ialah kalau nak tolong tak payah heboh satu dunia hari-hari masuk berita.

usabukata

Anonymous said...

bila org melayu nak cerdik. letih dgr cerita kena tipu kat luar negara. tak reti nak pikir ke sebelum buat keputusan.

Anonymous said...

usabukata

tak mau tolong tapi dok kompelin org lain tolong lagi masalah.

hilbert said...

anon 9:45am..dia tu bukan Melayu tetapi mualaf sama macam bini papagomo.. apa2pun saya setuju dengan komen anda, tak berat tak ringan,

Harap rakyat Malaysia rajin2lah belajar dari kesilapan orang lain dan kalu boleh tu belajar bagaimana caranya untuk hidup dalam kesyukuran..jangan dikejar sangat harta dunia...

Di Malaysia banyak ruang dan peluang untuk mencari rezeki halal tetapi kenapa ke negara lain juga yang dipilih..tu lah masalahnya... cuba fikir, kalau kena tipu di dalam negara sendiri senang cerita, banyak pihak sedia membantu, LGE, LKS, Karpal Singh, Nik Aziz, Nuar Berahim dan ramai lagi..jadi bahan politik modal kempen

Wak Jengkol said...

Salam RBF..

Kena selidik dulu dia ni atau keluarganya sokong siapa...buatnya sokong PAS (PR)...naya jer...

Ibarat melepaskan anjing tersepit, tak pasal2 kena gigit balik..

Selidik dulu yer latar belakang keluarga nih..org zaman skrg bukanya betul sngt...kikiki

timun said...

tolong boleh x tolong pun boleh...hihihi...
sdra. RBF ko postkan ko punya artikel ni kat blog2 pembangang...apa komen pencacai2 dia...

matmokhtar said...

Saudari Islam tu dah terima hukuman dan dah pun jalani hukuman. Sekarang ni saya berpendapat beliau telah pun menyesali tindakannya. Saya derma pada anak beliau Siti Ansyakinah Zainal Abidin untuk membawa pulang beliau dan memulakan hidup baru. Harap Normazawati Wong Abdullah betul2 menyesali tindakan beliau dan dapat memberi tunjuk ajar kepada kita semua agar kita juga tak terpedaya.
~gonjeng~

awie958 said...

la ni tok sah dok pikir dia orang umno ka pas ka dap ka pkr ka, dia rakyat malaysia warganera malaysia, muallaf pulak tu...ada anak ada saudara, muma yang dok komplen tu kalau muma la dok sana apa perasaan muma? mesti nak balik jumpa keluarga tergedik-gedik gak kan nak minta bantuan nak balik malaysia....

terima kasih kelab putera umno, sekurangnya ada gak inisiatif untuk bantu rakyat malaysia...biarlah hebah dekat akhbar...dekat media...untung2 ada gak yang menyumbang nanti..kalau tak hebah..kami pun tak tau..yang hampa dok bangkang ni apa sumbangan hampa? orang buat kebaikan pun hampa nak bangkang..tolong nye dak...bising ja lebih...

pembaca blog said...

sape nak tolong..dipersilakan. jika ikhlas, anda yg dapat pahala.
sape tak nak tolong..diam je la. toksah kutuk2 pulak. dosanya anda yg dapat.
sekian

Anonymous said...

Salam,

Kita bantu org dlm kesusahan nanti suatu hari kita kesusahan Insya Allah bantuan Allah mudah untuk kita. Cuma kalau depa tu org PAS/ PR.. buat istikharah dululah..bantu jd manfaat atau akan jadi mudharat.. yelah org PAS kan otak dajjal.. yg baik pun tetap jahat..

Apapun saya amat kagum dgn Kelab Putera 1Malaysia yang diketua oleh pemimpin yang ikhlas berkerja (dari banyak ckp) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim! Semoga Allah berikan berkat dan ganjaran dunia akhirat buat Dato dan kumpulan Dato'. AMINN
Usah jd mcm Khalid Gereja PAS..buat keja nk publisiti politik!!

anti bohmau said...

elok tulongla sesama Islam. yg jauh di palestin, somalia kita buleh pi tulong takkan yg asal dlm negara ni tak boleh tulong? tulongla saja, biarlah Allah SWT tentukan pahalanya...

usabukata said...

anon 9.46am,

tiada siapa komplen sebenarnya, membantu orang susah memanag dituntut dan digalakkan tetapi sifat menunjuk-nunjuk melampau melalui media itu yang buat ramai orang meluat. ramai orang lain yang membantu mereka yang memerlukan mengikut kemampuan masing-masing diluar sana. bukannya hanya satu pehak tertentu saja yang membantu orang susah.

usabukata

Anonymous said...

selidik dulu apa sebenarnya berlaku,,bila yakin dan pelu di tolong maka tolong dgn iklas tnpa ada motif politik pulak,,

Anonymous said...

baguslah nak tlg...tp mengenali azeez mamak..dia akan cari publisiti dulu...wei bangang, kalau nak tlg, tlg jer lah diam2..yg nak masuk media knepa..

Anonymous said...

ayah bekas tentera.. Sy pun keja PDRM tentunya sokong kerajaan barisan nasional,, tq...