Monday, September 19, 2011

Saman 5 Juta:Akhirnya Husam Masuk Perangkap Kickdefella

Dipetik dari harakah...kah...kah...kah....daily
KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT’ pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel ‘SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN’ yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel ‘HUSAM ITU PEMBOHONG’ pada hari Ahad 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suaimanfaat.
Nampaknya Husam semakin panas dengan bekas orang kuatnya satu masa dulu.

Mungkinkah agaknya Husam tahu sekiranya mulut Sheikh Kickdefella tidak ditutup ianya akan membawa malang kepada karier politik dia ?

Tindakan Husam menyaman Kickdefella hari ini berhubung 3 artikel di atas menemukan kita kepada jawapan pemberian wang sebanyak RM 350 ribu kepada Kickdefella semasa beliau diberhentikan dari PMBK.

Sebelum ini Kickdefella pernah mendedahkan dia dibayar sebanyak RM 350 ribu oleh Husam melalui orangnya.

Husam menafikan pendedahan Kickdefella dengan mengatakan dia seorang yang bodoh sekiranya memberi wang sebanyak itu kepada Kickdefella.

Kickdefella berulang-ulang kali meminta Husam menyamannya sekiranya berita tersebut tidak benar. Sini

Setelah puas menunggu surat saman kes RM 350 ribu dari Husam yang tidak kunjung tiba, pada bulan Julai sekali lagi Kickdefella mencabar Husam supaya menyamannya berhubung tapak stesen teksi di Pasir Puteh. Sini

Husam menyahut cabaran Kickdefella yang tersebut dengan meyamannya hari ini berhubung tanah stesen teksi , tetapi Husam tidak menyahut cabaran Kickdefella supaya menyamannya berhubung pemberian wang RM 350 ribu.

Kenapa Husam tak berani saman berhubung RM 350 ribu ?

Jeng....jeng....jeng....

Akhirnya Husam masuk perangkap Kickdefella....

Maka bertemulah kita kepada jawapan berhubung pemberian wang RM 350 ribu kepada Kickdefella. Tidak ada yang tidak benar melainkan ianya memang benar.

Jika Husam ingat tindakan dia menyaman Kickdefella untuk menutup mulut beliau ternyata Husam silap. Tidak boleh guna blog Kickdefella, boleh pula wujud blog Kickdefella A, Kickdefella B atau nama-nama lain. Apa nak hairan ?

Rileks kawan-kawan semua, banyak lagi rahsia Husam ada dengan Kickdefella termasuklah gambar-gambar dan rakaman video serta rakaman suara. Jika Kickdefella dihalang dari mendedahkannya, banyak lagi medium lain yang boleh digunakan.

Yang penting Husam akan bungkus PRU 13....

7 comments:

Anonymous said...

RBF pun sama suka kacau husam.aritu kena cari dgn orng husam tak gentar ke?keh keh keh.sungguh bernas kupasan RBF.logiknya patut husam saman gak kes 350k.

Anonymous said...

husam bodoh

Anonymous said...

kickdefella pakai jerat bikah ko jerat lube jambe ni

Anonymous said...

husam kambing pun mcm kepala gangster gak ehh, hantar orang pi sergah RBF....cayalah kambing kelate hidung kembang bulu hidung terjulur....muahahhahahaha

anti bohmau said...

husam ni termasuk perangkap mcm idola dia jugak ka, rbf? kick pasang perangkap guna kulit pisang apa ya?

Anonymous said...

husam ni naib presiden parti kebajikan tu kan? apasal nak saman2? tak kebajikan langsung!
hehehe

Anonymous said...

Penduduk Seksyen 19 terkejut bila dapat tau ada cubaan bakar rumah Mad Sabu malam semalam. Ramai reporter datang jam 10 pagi tadi. Mungkin ia perbuatan sabotaj. Kasihan jiran-jiran jadi panik sebab kawasan disini rumah teres. Pengajaran kepada pemimpin politik agar jangan cakap ikut sedap mulut saja.