Sunday, October 2, 2011

Bertaubatlah Sayuti Omar

Di kalangan rakan-rakan blogger cerita mengenai jutawan baru yang bernama Sayuti Omar sering kami dengar.

Cerita yang top mengenai beliau adalah kisah memeras ugut melalui tulisan. Pergaduhan dia dengan bekas rakan karibnya iaitu Datuk Ibrahim Ali juga berpunca dari aktiviti peras ugut.

Sayuti bukannya orang baru dalam bidang penulisan. Dia orang lama dan tahu segala selok belok serta cara hendak memeras ugut dalam penulisan.

Memakai ketayap atas kepala dan menggunakan gelaran ustaz adalah antara strategi Sayuti untuk menunjukkan dia orang yang baik-baik dan tulisannya boleh dipercayai. Padahal dialah raja bohong dikalangan otai-otai dalam bidang penulisan.

Bulan Mei lepas saya pernah menulis pembohongan Sayuti yang mengatakan Datuk Seri Najib berjumpa dengan Ketua Hakim Negara selama 6 jam bagi membincangkan kes Anwar Ibrahim. Sini.

Hari ini sekali lagi Sayuti berbohong pasal Datuk Seri Najib.

Dalam tulisannya yang terakhir di blog malam ini , dia mengatakan yang dia difahamkan pada malam ini Datuk Najib dan isteri mengadakan majlis sembahyang hajat untuk memohon agar keputusan mahkamah esok menyebelahinya dalam kes permohonannya mengenepikan sapina dari Anwar Ibrahim . Sini

Bagi kita orang islam melakukan sembahyang hajat bagi memohon sesuatu daripada Allah, itulah sebaik-baiknya.

Tetapi apa yang ditulis Sayuti malam ini bukannya dengan niat yang baik. Dia tulis dengan niat buruk. Dia nak beritahu kepada dunia betapa takutnya Datuk Najib untuk menghadapi keputusan mahkamah esok.

Padahal apa yang ditulis Sayuti tidak benar. Tidak ada sebarang majlis sembahyang hajat di rumah PM malam ini.

Pada malam ini Datuk Seri Najib tidak ada di rumah pun kerana menghadiri satu majlis perkahwinan di Hotel One World Bandar Utama.

Sudah-sudahlah Sayuti.

Kamu sudah tua....

Rumah kata pergi, kubur kata mari, bertaubatlah.

Sampai bila nak hidup dengan pembohongan dan nak sara keluarga dengan hasil menyamun ?

15 comments:

Mctheory said...

Ciss.. MSO lebai penyamun.. menyamun untuk sara anak bini..

Tukang Komen said...

Usia tinggal nyawa2 ikan buatlah bertaubat.

assaad said...

Salam

MSO ini kalau dikomen diblognya tetapi tidak menyebelahinya. Pasti komen itu tidak keluar.

Dulu saya minat baca buku penulisan beliau, tetapi sekarang malas benar hendak membacanya. Tak tahu kenapa tahu-tahu tak berminat.

"Betulkanlah yang biasa
dan Biasakanlah Yang Betul".


Saat Jais
http://saatjais.wordpress.com

Anwar Ibrahim said...

Akhirat akan ditanya. Kenapa kamu berbohong? Mungkin Jawapan MSO adalah: "Saya nak kaya cepat!"

anti bohmau said...

contoh musang ka bakbonka tak tahula..seangkatan belako!

akubekaspkr said...

Baik juga niat Lebai ni, iaitu nak kaya cepat melalui penulisan.

Saya Jamin 200% kalau dia buat research dan tulis tentang 'Internal needs' Anwar terhadap B dan J, pasti bukunya meletup.

Silap2 10 printer company dapat tumpang cari makan untuk mencetak bukunya.

Judulkan tajuk buku sebagai:

ANWAR: PERSEPSINYA TERHADAP BRT DAN JBR

Ayuh Lebai, cepat rebut peluang kekayaan ini.

Anonymous said...

Dia ni seangkatan dgn Samad Said, sasterawan tua tu, dua2 tua tapi masih cintakan dunia ... cari makan dan kumpul harta cara mudah walau pun terpaksa menggadai prinsip hidup ... TERSESAT DIPENGHUJUNG JALAN ...

zsk69 said...

Perawatakan alim tapi munafik macam Pork Nik.

Anonymous said...

INILAH YANG NAMANYA MUNAFIK!!!

Anonymous said...

dosa paling besar

bila kita fitnah beribu yang percaya

wow !!!! senang betul nak masuk neraka

puteri irene adrieanna said...

dgn katakan lain hukum hudud pun tak mungkin dpt dilaksanakan walaupun PR memerintah..selamat parti PAS dari dikatakan tidak perjuangkan isu ini utk umat islam...sedangkan mereka sendiri sudah tahu kesudahannya.. ikhlas kah mereka2 ini..

anti bohmau said...

mso menfitnah:
Berita Malam
Najib, Rosmah Masih Berdoa
Untuk Tidak Hadir Ke Mahkamah Esok

BESOK Mahkamah akan menentukan sama ada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor kena hadir atau tidak ke mahkamah bagi menjadi saksi kepada kes liat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Dalam tempoh yang tinggal kira-kira 17 jam lagi Najib dan Rosmah dikhabarkan masih berdoa bagi memastikan dia tidak perlu hadir ke mahkamah.

Doa mereka laki bini tentulah meminta agar...
... Baik Anwar maupun Najib tenanglah menerima keputusan mahkamah.

Apapun kita tunggu esok saya tidak terniat untuk berkongsi tentang apa yang serba sedikit saya tahu kerana bimbang ianya akan dianggap contemp of the court, tak fasal-fasal pula saya yang masuk penjara. [wm.kl.8:16 pm 02/10/11]
Posted by mso.im at 7:42:00 PM 0 comments Links to this post
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Labels: Anwar dan Najib"

*ntahla tuan2..senang sgt kerja mcm mso ni! tulis buruk2 psl PM dah dapat duit..mudahnya!

betulla dia tak siarkan comment kita kalau tak sokong dia melambung2!!

Brahim Nyior said...

MSO, penulisannya layak untuk dibakulsampahkan jika tiada fakta.

Mendapat rezeki dengan menabur dan menjaja kisah yang tak tepat..

Bagaimana hasilnya? Anak-anaknya adakah yang berjaya?

Biasanya tidak..

Anonymous said...

Penulis pro PR memihak Hindu kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Islam Sek 19. Kuil bebrapa kali diarah pindah semasa BN tapi campur tangan MIC pemindahan sering tertangguh. Bertahun2 penduduk minta PKNS tunai janji pindah kuil. Kuil diluluskan BN pada 29/12/2007 pindah ke Sek 22 di batalkan selepas PR berkuasa alasan tapak itu jauh dikawasan kilang. Hindu kuil gantung bendera PAS dan PKR kata mereka dua parti sokong kuil tak payah pindah. Gangguan dan ugutan dihadapi penduduk hingga terpaksa minta bantuan NGO. AP Shah Alam tulis artikel Persoalan kuil Sek 19 Jan 2009 tersebar dlm blog pro PR yang menuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada Hindu kuil. Logikkah UMNO yang dituduh?.Hindu kuil disokong MIC tak jadi hal pulak? Campur tangan NGO minta kuil pindah. Pemimpin PR pilih kawasan penduduk Islam Sek 23. Penduduk 23 bantah tapi di paksa juga mereka terima kuil bermasalah. Bila ada protes kepala lembu penulis blog pro PR bukan membela penduduk Islam tetapi bela Hindu kuil.Kenapa tak salahkan pemimpin PR yang menyusah penduduk Seksyen 19 dan Sek 23? Konon kepala Lembu hina agama Hindu. Tapi bila Hindu kuil mengganggu ketenteraman diSek 19 aduan2 dibuat tiada tindakan. Kenapa ada sikap double standard dalam isu ini? Pada Julai 2008 Hindu kuil buat perarakan bergendang di tengah malam bawa patung depan rumah penduduk Islam. Penduduk tegur diugut bunuh, polis sampai mereka jerit Melayu bodoh. Kenapa tiada tindakan selepas aduan kepada pemimpin PR?. Malah pemimpin PR amat toleransi mereka ceroboh tanah PKNS di Sek 19 diganti tapak satu ekar dekat kawasan penduduk majoriti Islam Seksyen 23. Bila penduduk bantah mereka disalahkan. MSO juga menulis menyalahkan penduduk Islam dalam isu kepala lembu tanpa siasat masalah sebenar.

YB Raz said...

tak faham aku dengan pemikiran puak pas ni..kalau betullah DS Najib buat solat hajat, apa salahnya?

Adakah hanya puak pas je yang boleh solat hajat. solat hajat puak pas lagi teruk kalau nak dikira sebab tujuannya nak cover gayboy tua.