Sunday, October 2, 2011

Lompat Parti: Wayang Cina Persembahan DAP

Politik penuh dengan muslihat, strategi, persepsi dan tidak lupa juga tipu helah. Apabila dirangkumkan kesemua sekali ianya dipanggil seni politik. Siapa yang pandai menggunakan seni politik dia akan berjaya. Siapa yang tak pandai dia akan kecewa. Siapa yang tidak tahu langsung seni politik, lebih baik jangan masuk politik.

Apa yang dilakukan oleh Adun DAP dari Johor semalam adalah sebahagian dari seni politik. Cuma seni yang digunanya tidak berapa berseni. Seni seperti itu sesuai digunakan pada tahun 70 dan 80 an.

Semalam Adun Bentayan dari parti DAP membuat sidang media yang mengatakan dia ditawar habuan RM 150,000, tanah 50 ekar, elaun bulanan RM 5000 dan sebuah pusat khidmat serta pembantu. Sini

Pada pendapat anda logikkah perkara tersebut ?

Pada pendapat saya ianya tidak logik langsung. Apa yang dilakukan oleh adun berkenaan semalam tidak lebih kepada sesi memperbodohkan wakil-wakil media yang menghadiri sidang medianya dan juga sesi memperbodohkan ahli-ahli DAP.

Apa perlu dia ditawarkan untuk keluar parti dari 'wakil' PM di saat pru ke 13 sudah hampir tiba tidak berapa lama lagi ?

Apa gunanya dia ditawarkan lompat parti kerana Kerajaan Johor yang ada pada hari ini menguasai lebih dari 2/3 kerusi dun ?

Dua persoalan diatas sudah cukup untuk membuktikan apa yang dia katakan semalam adalah pembohongan semata-mata.

Kenapa perlu dia berbohong sedemikian rupa ?

Untuk menunjukkan kepada ahli-ahli DAP dia seorang ahli parti yang setia walaupun dia kini sedang digantung dan ada beberapa masalah lain.

Maklumlah pilihanraya dah dekat, baru sepenggal jadi adun tak puas lagi. Berharap supaya dicalonkan semula dalam pru akan datang kerana pengorbanan besarnya yang tidak mengkhianati parti walaupun ditawar dengan wang dan tanah 50 ekar.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, Gwee Tong Hiang adalah seorang Adun DAP yang sedang digantung kerana menyeleweng wang partinya RM 500,000.

Wang tersebut adalah hasil kutipan selama empat tahun semasa dia mengetuai DAP Bakri.

Pada tahun 2006 dia pernah dikaitkan dengan transaksi yang meragukan melibatkan pembelian pejabat DAP Muar.

Ketika itu 18 ahli DAP tampil membuat dakwaan mengenai pembelian yang meragukan itu, tetapi perkara itu didiamkan kerana campur tangan pemimpin-pemimpin DAP pusat.

Selanjutnya baca di sini.

Apa yang dilakukan oleh dia semalam tidak mustahil atas arahan pemimpin-pemimpin DAP pusat untuk tujuan membersihkan dia dari segala kekotoran yang dilakukannya sebelum ini. Maklumlah dia ada ramai kroni dalam DAP pusat.

Jika dia dilepaskan begitu sahaja atau dipilih semula sebagai calon tanpa ada sebarang 'pengorbanan' sudah tentu ianya akan menimbulkan kemarahan ahli-ahli DAP di Bakri, dan kemungkinan besar DAP akan kalah kerusi berkenaan dalam pru akan datang.

Percayalah cakap saya, tidak lama lagi jawatankuasa disiplin DAP akan umumkan samada penggantungan terhadap dia dikurangkan atau ditamatkan kerana dia telah menunjukkan sikap 'terpuji' kerana menolak tawaran dari 'wakil' PM.

Strategi Tony Pua gagal...

Sila cuba semula di masa akan datang....

5 comments:

Anonymous said...

setuju 100 %

Anonymous said...

Yang aku dengar dia ditawarkan untuk jadi ketua Kominis untuk menggantikan Chin Peng yang dah nak mampus tu....!

Anonymous said...

TENGOKLAH TU..
DAP LAGI TERUK DALAM KES2 KRONI DAN RASUAH..BOLEH PULAK PAS PELUK2 KAFIR HARBI YANG GANAS NI KAN?

Anonymous said...

anon 8.42 AM

Kalau dah Pelesit And Syaitan....memang sesuai sangat la dia orang berkawan dan berpeluk2 dengan Dog And Pig tu!....

Anonymous said...

INI TEKTIK DAP,CARA MEREKA UNTUK MENCERMINKAN YANG ORANG UMNO ADALAH KAKI RASUAH,SECARA TAK LANGSUNG DAP SUPAYA MAHU ORANG CINA TERUS BENCI PADA MELAYU.MERKA SURUH ORANG CINA BENCI PADA MELAYU