Tuesday, November 29, 2011

Anwar Hanya Perjuangkan Hukum Islam Yang Menguntungkannya Sahaja

Semenjak dituduh meliwat Saiful Bukhari pada Jun 2008 sehingga ke hari ini , iaitu kira-kira tiga tahun setengah Anwar Ibrahim dan penyokong-penyokongnya tidak putus-putus mendesak agar Anwar dibacarakan mengikut undang-undang Islam. Anwar sendiri membawa kes tersebut ke JAWI agar ianya dibicarakan dibawah jenayah syariah. Sini

Jika dilihat kepada apa yang mereka perjuangkan , maka sudah tentulah ianya menggambarkan betapa Islam dan alimnya mereka kerana bersungguh-sungguh mereka hendak menegakkan hukum Islam.

Tetapi percayakah anda semua kepada mereka ?

Jika ditanya kepada saya, sebesar kuman pun saya tidak akan percaya.

Apabila mereka lihat undang-undang Islam ada ruang untuk menyebelahi mereka, maka itulah yang mereka minta supaya dapat digunakan untuk mengelirukan orang ramai dan juga untuk menyelamatkan mereka. 

Apabila bab liwat bukan main lagi Anwar Ibrahim menyanjungi dan mengagung-agungkan hukum Islam, tetapi apabila bab hudud dimanakah Anwar Ibrahim ?

Dalam satu majlis di Subang Jaya awal bulan ini Anwar secara terang-terangan berkata hudud tidak ada tempat dalam pakatan. Anwar cuba berdolak-dalik dengan berkata dia menyokong hudud, tetapi keputusan untuk menyokong hudud perlu mendapat persetujuan ketiga-tiga parti dalam pakatan mereka. Sini

Jika Anwar betul-betul pejuang Islam dan ingin menegakkan hukum Islam sebagaimana dia bersungguh-sungguh mahu kes liwatnya dibicarakan secara Islam , maka dia juga harus bersungguh-sungguh memperjuangkan hudud. Bukannya bercakap seperti orang mabuk, "saya sokong hudud tetapi perlu mendapat persetujuan ketiga-tiga parti."

Itu baru bab hudud, belum lagi pendirian Anwar Ibrahim dalam kes-kes yang lain. Kes Lina Joy, kes forum memeluk islam, kes hukuman terhadap Kartika dan seksualiti merdeka. 

Islam hanya diambil yang mana dia rasa ada kepentingan untuknya. Yang dirasakan merugikan kepadanya dia letak di belakang.

15 comments:

Anonymous said...

Kepada Pas pun kami nak ingatkan, " awak jangan ingat Pas akan dapat durian runtuh dari DAP dan penyokongnya, yang kami takut sangat adalah Umno runtuh Pas pun runtuh "kena main wayang" dengan musang2 yang berbulu ayam "

Musang Umno.

Aliffnajmi said...

Klu benar ikhlas org tua kutuk ni sokong hudud, sbg ketua umum PKR sokong saja-lah hudud sepertimana yg PAS lakukan (kononnya). DAP tak boleh buat apa sbb itu keputusan majoriti.

Tp apa yg berlaku skrg ni, mulut PAS & PKR kata nak hudud tp hati takder niat langsung nak laksanakannya.

Anonymous said...

masa menyondol tak ingat pulak hukum Allah .... DUNIA AKHIR ZAMAN

Anonymous said...

Kalau dia sondol "apom" tak apa lagi, tapi yang dia suka sondol adalah "kilang kunyit" .. geli aku, nak muntah rasanya.

Musang Umno.

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

http://copypaste-tembakjerr.blogspot.com/2011/11/gambar-gambar-pau-2011.html

Anti PR said...

Bila cocok jubo baru nak guna hukum Islam sebab sial hidup jika menjadi saksi org cocok jubo. Itu sebab dia mahu guna mahkamah syariah.

Anonymous said...

Dahulu…

Sebelum belajar agama (berguru) dengan ulamak Pas : pemimpin DAP tak pandai dan tak berani nak maki hamun pemimpin melayu islam di hadapan orang melayu islam sendiri.

Sekarang….

Selepas belajar agama (berguru) dengan ulamak Pas : cina2 kafir DAP dah pandai dan tak takut lagi nak memaki hamun pemimpin melayu islam di hadapan beribu “ekor” tok2 lebai dan pak2 lebai Pas dalam majlis ceramah Pas. Ada yang laung “takbir” semasa MB Zambri di maki “Haram Jadah” dan “Metalik Hitam” oleh cina DAP itu. (Sumber : berita jam 8 di tv 3 @ 30.11.2011)

Itu lah bukti keberhasilan Dakwah Islamiah yang di jalankan oleh Pas.

Anonymous said...

Terkejut dan beristighfar panjang saya bila saya terjumpa dalam blog Kickdefella :

Video 1 : "Sekor" ustaz namanya Ustaz Budak berceramah atas pentas Pas mendakwa Nik Aziz tu serupa Nabi Muhamad.

Video 2 : Nik Aziz berdoa minta Allah turunkan bala kepada Najib (dia sebut nama Najib dalam doa). Beribu "ekor" tok2 lebai dan pak2 lebai meng amin kan doa tersebut dengan begitu kuat sekali (mungkin nak bagi Allah dengar kut) .. doa disudahi dengan laungan takbir sebanyak 3 kali oleh beribu "ekor" yang hadir.

Pergi ke blog Kickdefella dan tengok lah sendiri ...

Mae said...

Suka dengan tajuk ni. Memang ramai sekarang ni orang yang mempergunakan ayat Quran yang sesuai dengan mereka untuk menguatkan hujah mereka tapi pada masa yang sama tidak peduli pada ayat Quran yang tidak menyebelahi mereka.

Anonymous said...

Melayu (Umno dan Pas) akan tertipu akhirnya ....

Pas berkawan dengan DAP .. harap2 pengundi cina akan undi Pas. DAP berkawan dengan Pas .. DAP tahu melayu yang tak sokong Umno (melayu Pas dan melayu PKR) wajib akan undi DAP bila DAP menentang calon BN bukan Umno.

Mai kita tengok siapa yang untung.

Jika Umno bertemu Pas :

Melayu Umno undi Umno. Melayu Pas undi Pas. Bukan melayu nak undi siapa ?.

Flashback .. bukan melayu terang2 sejak kebelakangan ini memang meluat dengan Umno kerana Umno itu melayu. Apa saja yang Umno buat untuk melayu mereka bantah. Umno pula mereka asak dengan berbagai2 tuntutan yang dulu tak pernah mereka minta.

Besar kemungkinan mereka akan undi Pas atas sebab mereka tak mahu negara ini terus menerus diperintah oleh orang melayu. Peluang menang Pas-Umno bergantung kepada sokongan melayu kepada kedua2 parti itu. Jika 75% melayu kawasan itu sokong Umno, maka menang lah Umno. Jika separuh saja melayu sokong Umno, maka peluang Umno menjadi sukar kerana undi bukan melayu mungkin memihak kepada Pas (bukan kerana suka kepada Pas, tapi adalah kerana mahu menjatuhkan Umno)

Jika Pas bertemu BN Bukan Umno :

Melayu Umno akan undi BN. Melayu Pas akan undi Pas. Siapa yang akan di undi oleh bukan melayu ??

Orang bukan melayu tak seperti orang melayu. Fanatik bangsa mereka tinggi. Ini lah faktor yang telah membuatkan PR hampir2 berjaya pada PRU 12. Mereka memilih PR bukan kerana mereka mahu Pas atau mahu Anwar Ibrahim. Faktor Pas dan Anwar adalah advantage kepada mereka dalam usaha mahu menumbangkan Umno (melayu) dari tampuk kuasa. Itu lah faktor sebenar yang membawa kejatuhan kepada Penang, Perak dan Selangor. Adakah Pas harap bukan melayu akan undi Pas untuk mengalahkan calon BN bukan Umno. Perlu di akui bahawa pengundi bukan melayu adalah jauh lebih berwawasan daripada pengundi melayu (melayu Umno dan melayu Pas). Dalam saat yang macam itu, BN atau PR bukan lagi pertimbangan, pertimbangan wajib adalah "adakah calon yang menang nanti akan berjuang untuk bangsa aku", itu lah pertimbangan mereka.

Tetapi adakah pertimbangan serupa itu ujud dalam diri pengundi melayu baik yang Pas mahu pun yang Umno ? Bertaruh RM setengah juta pun aku berani .. aku kenal bangsa aku .. bangsa aku lekeh jika dibanding dengan mereka .. terbukti sejak 54 tahun yang lampau.

Kalau begitu lah keadaannya, ada harapan kah Pas akan mendapat sokongan padu daripada pengundi bukan melayu ?? Ada harapankah Pas akan menang mengalahkan calon BN bukan Umno.

Biar Pas kena tipu, jangan kita pengundi melayu kena tipu. Soalan wajib sebelum membuat pilihan adalah "andai kata aku pilih dia jadi wakil rakyat aku, adakah dia akan mengabdikan dirinya untuk mempertahankan hak dan pekentingan orang melayu dan agama islam ?"

Jika soalan itu ada dalam benak setiap melayu (orang Umno dan orang Pas) .. PM Najib tak perlu merasa gusar, umat islam tak perlu gusar. Kerana kita umat islam adalah 70% daripada keseluruhan rakyat negara ini (banci 2010) ..

Sudah lama orang melayu Umno dan melayu Pas lekeh .. sudah lama orang melayu Umno dan melayu Pas "tak cerdik" .. selepas setengah abad atau 54 tahun baru kita sedar .. dan semua orang melayu panik nak menghadapi PRU 13 .. insyallah angka 13 tidak akan jadi angka sial (unlucky) jika kita "cerdik".

Musang Umno

Anonymous said...

PAS main politik Islam.Kalau menang pun strategy mereka hanya ISLAM,ISLAM dan Islam.DAP main politik BANGSA.Kalau menang strategy mereka BANGSA,Bangsa dan Bangsa.PKR main politik campur aduk BANGSA dan ISLAM..Kalau menang ISLAM temggelam sebab KETUA PKR ada strategy main belakang untuk diri sendiri atau keluarganya.Yang penting disini ialah MELAYU itu ISLAM..Hanya UMNO saja yang dapat memainkan semua peranan..ISLAM,BANGSA dan NEGARA..

Anonymous said...

Peringatan kpd melayu Pas

Melayu boleh hilang kuasa kerana Pas yang membantu DAP untuk nyahkan Umno dari tampok kuasa.

Orang melayu sendiri tidak yakin Pas boleh menjadi pentadbir yang sebaik Umno jika diberi peluang ke Putra Jaya.

Orang bukan melayu, jika mereka menerima Pas, tentu lah mereka tidak melatah bila Pas nak buat Hudud dan nak jadikan negara ini Negara Islam.

Orang melayu Pas harus sedar, jika ditakdirkan melayu hilang kuasa memerintah, anda lah yang patut dipertanggung jawabkan.

Orang melayu Pas. Fikirlah dengan fikiran yang waras. Jika benar DAP menerima Pas - kenapa mereka membantah Negara Islam dan kenapa mereka membantah perlaksanaan Hukum Hudud ?

Orang melayu Pas - anda jangan membodohkan diri anda sebagai mana para pemimpin kanan Pas telah membodohkan diri mereka.

Musang Umno.

AntaraPos said...

Berupayakah Najib Menukar Persepsi Negatif Terhadap Umno? | http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1240&type=%27news' | http://www.antarapos.com/

Anonymous said...

Persetan dengan hasutan pemimpin Pas dan pemimpin Umno. Jangan sekali2 termakan hasutan mereka semasa hendak memilih wakil rakyat.

Saya yakin Allah akan bersama dengan kita jika 2 perkara penting ini ada dalam perhitungan kita :

1. Aku mahu hamba Allah yang aku pilih ini mempertahankan dan memperjuangkan hal2 berkaitan agama islam dan penganut islam sama ada dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

2. Aku mahu hamba Allah yang aku pilih ini mempertahankan dan memperjuangankan hal2 berkaiatan bangsa melayu, bahasa melayu dan raja2 melayu sama ada dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

Anonymous said...

Nak buat hukum hudud kena tanya cina dulu.... ada baik punya cerita da,,,