Saturday, November 26, 2011

Hijrah:Muhajirin dan Ansar Bersatu Untuk Kuatkan Islam



Beberapa jam lagi dari sekarang muslimin dan muslimat sekalian akan menyambut tahun baru 1433 Hijrah. Alhamdullillah kerana kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus menikmati kehidupan di muka buminya.

Setiap kali tiba sambutan Maal Hijrah maka kita pun akan teringatkan kisah bagaimana junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah dalam usaha meluaskan penyebaran agama Allah.
Masjidil Haram Mekah
Dalam usaha menyebarkan Islam pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa Nabi hadapi. Nabi dan Islam dilihat sebagai ancaman baru kepada orang-orang arab jahiliah di Mekah ketika itu. Berbagai-bagai rancangan jahat yang mereka lakukan dalam usaha untuk menghalang penyebaran Islam termasuk ke tahap untuk membunuh Nabi. Hinggakan ketika saat Nabi dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah pun masih ada lagi percubaaan untuk membunuh Baginda. Bagaimana pun Baginda dan Saidina Abu Bakar diselamatkan oleh sarang labah-labah yang menutupi pintu Gua Tsur hingga berjaya mengelirukan orang-orang kafir yang cuba membunuh Baginda.
Masjid Nabawi Madinah
Jika dikenangkan kembali pasti kita akan menitikkan air mata apabila mengenangkan bagaimana susahnya Rasullullah dan para sahabat memperjuang dan menyebarkan agama Allah. Jauh langit dengan bumi bezanya jika dengan apa kemudahan yang kita ada pada hari ini.

Contoh, dari Mekah untuk sampai ke Madinah Nabi memerlukan masa 6 hari untuk tiba. Ada pendapat yang mengatakan 8 hari. Jarak perjalanan hampir 400 km. Kenderaan yang digunakan adalah unta. 1432 tahun dulu tidak ada lebuhraya sebagaimana sekarang. Hari ini perjalanan dari Mekah ke Madinah hanya memakan masa 5 jam melalui lebuhraya yang di kiri kanannya hanya bukit-bukau dan padang pasir. Dengan unta itulah Nabi naik dan turun bukit sehingga sampai ke Madinah. Jika diberi seekor unta kepada kita hari ini dan kita diminta pergi ke Madinah dari Mekah, sanggupkah kita lakukan ? Saya tidak mahu hipokrit, terus terang saya katakan saya tidak mampu dan tidak boleh melakukannya.
Perjalanan dari Mekah ke Madinah. Kiri kanan hanya bukit bukau.

Kita sering diminta mengenangkan jasa-jasa pejuang kemerdekaan dan perwira-perwira negara dalam usaha membebaskan negara dari penjajah. Tetapi kita agak kurang diminta mengenangkan bagaimana susahnya Nabi, para sahabat dan orang-orang terdahulu memperjuangkan Islam sehingga ke tahap yang kita ada pada hari ini. Setelah susah payahnya Islam disebar dan ditegakkan , kini satu masalah baru pula iaitu perpecahan antara umat. Bukan setakat di negara kita sahaja, malah lebih parah di Palestin.

Jika di zaman dahulu orang-orang arab bergaduh dan bermusuhan kerana satu puak menentang Islam dan satu puak menyokong islam. Maknanya pergaduhan antara kafir dengan islam. Hari ini orang islam bergaduh dan mengkafirkan orang islam kerana politik. Lebih parah lagi apabila ada orang islam yang mendoakan laknat ke atas orang islam yang tidak sehaluan dengannya dan lebih-lebih parah lagi apabila ada pihak yang mengaku dirinya alim ulama mengatakan musuhnya yang juga orang islam akan ditempatkan di neraka.

Ada juga insan-insan yang mengaku mereka alim ulama dan mengikut sunah dan ajaran Nabi tetapi menolak salam persaudaraan yang dihulurkan oleh saudara seagamanya. Sedangkan di Madinah pada tahun pertama Hijrah kaum Muhajirin dan Ansar pun boleh bersatu kerana ingin menguatkan Islam. Di Malaysia pula ada pihak yang kononnya berjuang untuk menegakkan Islam tetapi pergi bersatu dengan pihak kafir. Tidakkah pelik ? Nak kuatkan islam tetapi menolak salam yang dihulurkan oleh orang yang mengadap Allah dan kiblat yang sama dengannya, sebaliknya menjalinkan hubungan dengan kafir dan mengagung-agungkan kafir tersebut. 

Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah. Semoga tahun ini akan membawa seribu satu keberkatan kepada kita dan negara kita.

6 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

FIRST
PEGI MATILA PAS

Anonymous said...

USAH BERCERITA TENTANG SEJARAH PERPADUAN DAN KASIH SAYANG UMAT ISLAM LAMPAU UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR KERANA SEMUA INI TIDAK MAMPU UNTUK MELEMBUT DAN DAN MENGHIDUPKAN SEMULA HATI NIK AZIZ DAN HAJI HADI YANG TELAH SEKIAN LAMA MATI.PERASAAN KASIH SAYANG SERTA PERSAUDARAAN ISLAM TELAH LAMA DILONTAR OLEH DUA PEMIMPIN PAS TERSEBUT KE LEMBAH YANG PALING GELAP DAN DALAM.SUDAH TIADA RUANG LAGI UNTUK INSAN MUSLIM SELAIN DARI PENGIKUT PAS UNTUK BERMUKIM DI HATI MEREKA SEMUA NYA TELAH DIHAPUS, SEMUANYA TELAH LENYAP DAN SUDAH TIADA LAGI KASIH DIJIWA MEREKA TERHADAP KELOMPOK LAIN WALAU SEBESAR ZARAH.....API KEBENCIAN DISEMARAK SEBESAR BESARNYA BAGI MEMBAKAR TALI PERSAUDARAAN YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA,PERASAAN KEBENCIAN TERUS DISOGOK DAN DITANAM SEDALAM DALAM NYA DI HATI DAN DI SANUBARAI PENGIKUT PAS AGAR TERUS MEMUSUHI INSAN LAIN ATAS NAMA IDEOLOGI DAN KEPARTIAN...SUDAH TERLALU LAMA PERSAUDARAAN ISLAM ROBEK DAN CARIK ANGKARA MEREKA BERDUA.SUDAH BERPULUH TAHUN HIJRAH DI SAMBUT NAMUN IRONINYA IA TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG KESAN KE ATAS DUA PEMIMPIN MELAYU HEBAT INI, SEBALIKNYA PERSAUDARAAN ISLAM TERUS DIKNIANATI.

Anonymous said...

USAH BERCERITA TENTANG SEJARAH PERPADUAN DAN KASIH SAYANG UMAT ISLAM LAMPAU UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR KERANA SEMUA INI TIDAK MAMPU UNTUK MELEMBUT DAN DAN MENGHIDUPKAN SEMULA HATI NIK AZIZ DAN HAJI HADI YANG TELAH SEKIAN LAMA MATI.PERASAAN KASIH SAYANG SERTA PERSAUDARAAN ISLAM TELAH LAMA DILONTAR OLEH DUA PEMIMPIN PAS TERSEBUT KE LEMBAH YANG PALING GELAP DAN DALAM.SUDAH TIADA RUANG LAGI UNTUK INSAN MUSLIM SELAIN DARI PENGIKUT PAS UNTUK BERMUKIM DI HATI MEREKA SEMUA NYA TELAH DIHAPUS, SEMUANYA TELAH LENYAP DAN SUDAH TIADA LAGI KASIH DIJIWA MEREKA TERHADAP KELOMPOK LAIN WALAU SEBESAR ZARAH.....API KEBENCIAN DISEMARAK SEBESAR BESARNYA BAGI MEMBAKAR TALI PERSAUDARAAN YANG DIANJURKAN OLEH AGAMA,PERASAAN KEBENCIAN TERUS DISOGOK DAN DITANAM SEDALAM DALAM NYA DI HATI DAN DI SANUBARAI PENGIKUT PAS AGAR TERUS MEMUSUHI INSAN LAIN ATAS NAMA IDEOLOGI DAN KEPARTIAN...SUDAH TERLALU LAMA PERSAUDARAAN ISLAM ROBEK DAN CARIK ANGKARA MEREKA BERDUA.SUDAH BERPULUH TAHUN HIJRAH DI SAMBUT NAMUN IRONINYA IA TIDAK MENDATANGKAN SEBARANG KESAN KE ATAS DUA PEMIMPIN MELAYU HEBAT INI, SEBALIKNYA PERSAUDARAAN ISLAM TERUS DIKNIANATI.

Anonymous said...

Sambut lah Maal Hijrah ker, Maal Pindah ker, Maal Transfer ker atau Maal apa sakali pun .. Umno ngan Pas tak kan boleh bersatu sampai kiamat punya .. selagi ada ulamak yang tanpa sedar menjadi agen yahudi untuk memecah belahkan orang melayu.

Melayu bersatu .. malaysia akan terus menerus diterajui oleh orang melayu.

Melayu bersatu .. malaysia akan terus di terajui oleh orang islam.

Aku sedar dan ramai lagi melayu yang sedar .. tapi adakah Nik Aziz dan para ulamak dalam Pas sedar akan hal ini ??????

Melayu Baru.

Anonymous said...

Dahulu…

Sebelum belajar agama (berguru) dengan ulamak Pas : pemimpin DAP tak pandai dan tak berani nak maki hamun pemimpin melayu islam di hadapan orang melayu islam sendiri.

Sekarang….

Selepas belajar agama (berguru) dengan ulamak Pas : cina2 kafir DAP dah pandai dan tak takut lagi nak memaki hamun pemimpin melayu islam di hadapan beribu “ekor” tok2 lebai dan pak2 lebai Pas dalam majlis ceramah Pas. Ada yang laung “takbir” semasa MB Zambri di maki “Haram Jadah” dan “Metalik Hitam” oleh cina DAP itu. (Sumber : berita jam 8 di tv 3 @ 30.11.2011)

Itu lah bukti keberhasilan Dakwah Islamiah yang di jalankan oleh Pas.

Lebai Malang said...

...ramai manusia belajar sejarah tetapi manusia terutama pemimpin PAS sebenarnya tidak belajar apa-apa dari sejarah. Orang Islam zaman Nabi bersatu untuk kuatkan Islam sebaliknya ulamak dalam UMNO keluar parti dan berpecah untuk tubuh parti PAS bagi lawan sesama Melayu/Islam hingga kini..

..Nabi ajar umat Islam bersatu tetapi ulamak PAS yg kononnya dikatakan 'pewaris nabi' dan kini pula disamakan dgn nabi mengajar penganut PAS untuk melawan sesama Islam, malah sanggup bersokongkol pula dengan orang kafir...

..pada mulanya PAS guna slogan 'Membangun Bersama Islam'...kini 'Membangun Bersama Tokong Gergasi'..atas semangat setiakawan dengan DAP kapir harbi..