Friday, November 25, 2011

Kena Jampi Betul-Betul Air Di Kelantan, Barulah Tampak Jernihnya


Beberapa blog sahabat telah menyiarkan video yang memaparkan kualiti air yang sangat teruk di Kelantan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini juga menegaskan kualiti air yang dibekalkan oleh AKSB kepada rakyat Kelantan merupakan yang paling teruk, mundur, tidak bertamadun dan membahayakan kesihatan, berikutan penemuan e-coli di dalamnya. 

Mungkin bagi sesetengah penyokong Menteri Besar Kelantan dan parti yang didokonginya, kenyataan ini amat sukar untuk diterima. Apatah lagi, setelah sekian lama mereka memberikan gambaran yang molek-molek kepada kepimpinan ulama di Kelantan, alih-alih perkara paling asas dalam kehidupan pun gagal dibentengi serta ditangani, menjadikan label kepimpinan ulama bertukar menjadi kepimpinan alamak!
Saya selalu terfikir, mengapa kualiti air di Kelantan sangat berbeza berbanding negeri-negeri lain, termasuklah di Sabah. Apa yang menyebabkan kepimpinan negeri langsung tidak prihatin kepada masalah yang sangat asas itu walaupun mereka seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah kelangsungan daripada ulama-ulama silam. Masakan ulama-ulama silam tidak mementingkan kualiti air, memandangkan di dalam Islam sendiri, pembahagian jenis-jenis air perlu dipelajari untuk mengenalpasti yang mana air yang boleh digunakan untuk berwuduk dan sebagainya. 

Ada pendapat dari kalangan penyokong Menteri Besar Kelantan yang menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak memberikan geran kepada Kelantan untuk meningkatkan kualiti bekalan air bersih kepada seluruh penduduk Kelantan. Saya melihat alasan ini sebagai alasan yang paling tidak munasabah. Kalau dibandingkan dengan Sarawak dan Sabah yang jauh lebih luas berbanding Kelantan, kualiti air di sana pun tidaklah seteruk di Kelantan. 

Penjelasan yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan ketika diwawancara oleh sebuah stesen televisyen juga menunjukkan dia tidak prihatin dengan masalah yang menimpa rakyat Kelantan itu. Sebaliknya Menteri Besar yang kerapkali diberikan jubah karamah itu sekadar menyalahkan pembangunan di Hulu Kelantan sebagai punca sebenar masalah kualiti air Kelantan yang sangat teruk.

Tidak keterlaluanlah kalau saya katakan, mungkin itu salah satu sebab mengapa PAS begitu bersusah payah membendung ahli-ahlinya daripada menonton televisyen selain televisyen internet PAS. Begitu bersusah payah menghalang ahli-ahli PAS daripada membaca berita selain Harakah, Keadilan Daily dan Roket Kini. Ketakutan yang rakyat Kelantan akan tahu punca sebenar mengapa bekalan air ke rumah-rumah dan premis-premis mereka sangat merbahaya, menyebabkan PAS dan Menteri Besar Kelantan lebih rela berceramah politik berbanding mencari jalan penyelesaian meskipun telah lebih 20 tahun mereka menguasai Kelantan. 

Berapa puluh tahun lagi agaknya PAS berkuasa di Kelantan, baru masalah ini akan selesai?

12 comments:

Anonymous said...

penyokong pas suka tengok gusti, tambah lagi kalau ada astro, tv1,2,3,7,8,9 dia tak jengok dah, tengok hiburan je.

Anonymous said...

DI BAWAH RUMAH NIK AZIZ DAN EXCO PAS KELANTAN MENGALIRNYA TUJUH SUNGAI YANG PENUH NIKMAT LAKSANA SYURGA.....TETAPI HAMBA RAKYAT MARHEIN TERPAKSA MENEGUK AIR SUNGAI KELANTAN YANG KERUH UMPAMA TEH SUSU YANG MANGALIR DARI PILI YANG BERKARAT......SUDAH LEBIH 20 TAHUN FENOMENA INI BERLARUTAN DI BUMI SERAMBI MEKAH...SUDAH LEBIH 20TAHUN RAKYAT KELATE MENDERITA DI BUMI TADAHAN WAHYU YANG DIPIMPIN OLEH SEORANG ULAMA TERSEMPURNA DAN TERALIM SEUMPAMA NABI......TIADA TOLOK BANDINGAN NYA AKHLAK NIK AZIZ .....DIA MEMIMPIN SEADIL DAN SEBIJAK KHALIFAH.....RAKYAT DIDAHULUKAN DAN KEPENTINGAN DIRI TIDAK DIPEDULIKAN,,,,,,,,BELIAU ZUHUD,,,,,,DAN TIADA MEMILIKI WALAU SEKANGKANG KERA TANAH DAN HARTA.....KERETA BELIAU HANYA PROTON ISWARA.....RUMAH BELIAU HANYA BERATAP RUMBIA......BELIAU HANYA GUNA AIR TALAGA DAN SANGGUP SAMA SAMA MAMPUS DAN BERKUBUR BERSAMA RAKYAT DEK AIR KOTOR......INILAH PEMIMPIN RAKYAT ,,,,,,,CIS CELAKA...CELAKA...CELAKA BELIAU TIDAK ZUHUD SEBALIKNYA BELIAU GILAKAN KUASA DAN HARTA...RAKYAT DERITA PEDULI APA ASAL AKU TERUS KEKAL DI KERUSI EMPUK....CELAKA...CELAKA...CELAKA......MAAF SEBAB GUNA PERKATAAN TOK GURU..

Anonymous said...

DI BAWAH RUMAH NIK AZIZ DAN EXCO PAS KELANTAN MENGALIRNYA TUJUH SUNGAI YANG PENUH NIKMAT LAKSANA SYURGA.....TETAPI HAMBA RAKYAT MARHEIN TERPAKSA MENEGUK AIR SUNGAI KELANTAN YANG KERUH UMPAMA TEH SUSU YANG MANGALIR DARI PILI YANG BERKARAT......SUDAH LEBIH 20 TAHUN FENOMENA INI BERLARUTAN DI BUMI SERAMBI MEKAH...SUDAH LEBIH 20TAHUN RAKYAT KELATE MENDERITA DI BUMI TADAHAN WAHYU YANG DIPIMPIN OLEH SEORANG ULAMA TERSEMPURNA DAN TERALIM SEUMPAMA NABI......TIADA TOLOK BANDINGAN NYA AKHLAK NIK AZIZ .....DIA MEMIMPIN SEADIL DAN SEBIJAK KHALIFAH.....RAKYAT DIDAHULUKAN DAN KEPENTINGAN DIRI TIDAK DIPEDULIKAN,,,,,,,,BELIAU ZUHUD,,,,,,DAN TIADA MEMILIKI WALAU SEKANGKANG KERA TANAH DAN HARTA.....KERETA BELIAU HANYA PROTON ISWARA.....RUMAH BELIAU HANYA BERATAP RUMBIA......BELIAU HANYA GUNA AIR TALAGA DAN SANGGUP SAMA SAMA MAMPUS DAN BERKUBUR BERSAMA RAKYAT DEK AIR KOTOR......INILAH PEMIMPIN RAKYAT ,,,,,,,CIS CELAKA...CELAKA...CELAKA BELIAU TIDAK ZUHUD SEBALIKNYA BELIAU GILAKAN KUASA DAN HARTA...RAKYAT DERITA PEDULI APA ASAL AKU TERUS KEKAL DI KERUSI EMPUK....CELAKA...CELAKA...CELAKA......MAAF SEBAB GUNA PERKATAAN TOK GURU..

anti bohmau said...

jawabla kemudian hari...nak memerintah cara Islam?

biarkan rakyat menderita minum air kotor selama 20 tahun lebih & terus salahkan piohak lain, boleh masuk syurga ka?

ingat!

sbg pemimpin, walau hanya satu ketidakadilan berlaku kepada rakyat di bawahnya, pemimpin tu tak layak mengaku jalankan tugas Rasul! tidak maksum pun!!!

berapa ramai yg menderita & mengadu?

Ikrar Pemuda said...

patutlah umah mek tok aku kat wakaf bharu masih pakai perigi lagi...air paip nak amik air sembahyang pon tak boleh....jahanam nik aziz ni..

Anonymous said...

TAK APO DI AKHIRAT NANTI MUNGKIN DIA RAKYAT KELATE YANG TERAKHIR AKAN DIHISAB ALLH BAGI MENIMBANG DOSA DAN PAHALANYA DAN NIK AZIZ MUNGKI MUFLIS DI SANA NANTI KERANA TERPAKSA MAMBAYAR HUTANG KEPADA RAKYAT JELATA DENGAN AMALAN NYA YANG BELUM TENTU DITERIMA ALLAH.DIA TERPAKSA MANANGGGUNG DOSA AKIBAT DARI DOSA LIDAHNYA, DOSA DARI FATWA KARUT MARUTNYA, DOSA PERPECAHAN YANG DIBAWANYA, ITU BELUM LAGI DIKIRA DOSA AIR....KAH..KAH..KAH

Anonymous said...

Sambut lah Maal Hijrah ker, Maal Pindah ker, Maal Transfer ker atau Maal apa sakali pun .. Umno ngan Pas tak kan boleh bersatu sampai kiamat punya .. selagi ada ulamak yang tanpa sedar menjadi agen yahudi untuk memecah belahkan orang melayu.

Yahudi tahu. Ultra kiasu tahu. Yang anti melayu tahu. Yang anti islam tahu ... Jika :

1. Melayu bersatu .. malaysia akan terus menerus diterajui oleh orang melayu.

2. Melayu bersatu .. malaysia akan terus di terajui oleh orang islam.

Aku sedar dan ramai lagi melayu yang sedar .. tapi adakah Nik Aziz dan para ulamak dalam Pas sedar akan hal ini ??????

Aku tak pakai serban dan jubah macam Nik Aziz dan Hadi Awang .. tapi aku bangga kerana aku tidak menjadi agen yahudi .. aku tak mengkhianati bangsa aku sendiri.

Melayu Baru.

-eWe- said...

WAHAI RAKYAT KELANTAN!!!!

SUCIKAH DIRI ANDA DR HADAS BESAR MAHUPON YG KECIL???
BENARKAH ANDA DALAM KEADAAN SUCI KETIKA BERSALAT?? BENARKAH ANDA BERWUDU' DGN JENIS AIR YANG SUCI LAGI MENYUCIKAN?? BENARKAH AIR YANG ANDA GUNAKAN BOLEH MENYUCIKAN DIRI ANDA?? BENARKAH KERAJAAN "ISLAM" NEGERI KELANTAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN ANDA?? BENARKAH ANDA DALAM KEADAAN SUCI KETIKA INI?? BENARKAH SAUDARA2 ANDA YANG MENINGGAL DUNIA DIMANDIKAN DENGAN SEMPURNA??
TIDAK PENTINGKAH AIR PADA RAKYAT ISLAM NEGERI KELANTAN???

P/S: BENARKAH SALAH KERAJAAN PUSAT LAGI????

kak rosmah ku sayang said...

hahahahah............anjing2 UMNO menyalak lagi......ingat org kelantan nak sokong ke.......hahhahahahhah
cyba baca Sinar Harian dlm tulisan dato Dolah Kok Lanas......tentang peluang UMNO di kelantan......tu otai Umno cakap tu....hahahhahahahaha

Anonymous said...

KAK ROSMAH KU SAYANG ANTARA RAKYAT KELATE YANG TOLOL YANG PRO PAS....KALAU TENGOK REALITINYA PAS SUDAH HILANG PENGARUHNYA DI KELATE DAN INNSYAALLAH PAS AKAN KECUNDANG DAN KALAU MENANG PUN MAJORITINYA AMAT KECIL.....AKU PUN ORANG KELATE JUGA ORANG JELI YANG SEMAKIN MAJU DARI HARI KE HARI DI BAWAH KEPIMPINAN DATO MUSTAPHA MUSTAPHA....AKU BANGGA SEBAB JADI SEGELINTIR RAKYAT KELATE YANG PANDAI,CERDIK DAN BIJAK DAN TAK TERTIPU DENGANU ULAMA POLITIK NIK AZIZ YANG AHNYA PANDAI BERKATA TAPI TAK RETI GAPO SATU........

Ustaz Budak said...

Biar air paip tu keluar air taik pun orang Kelantan tak akan undi BN.Korang periksa ker dlm rumah diaorang. Silap2 pakai filter canggih. Sebab itu Kopiah dan Jubah diaorang lebih putih dari baju perwakilan UMNO kt PWTC tuari.Klau kerajaan pusat beri duit hasil Petronas yg patut Kelantan dapat...pasti masalah nih settle. Bila nak bagi...dosa tau klau tak bagi

Anonymous said...

ecoli kt perlis pon tinggi.. negeri bn, kecik saja pon xbole jaga. sama la terengganu dah ada kes hepatitis bersih sangat la negeri bn hampa