Sunday, November 20, 2011

Khabarnya Rafizi Ramli Tertelan Air Kencing Lembu Masa Kecil-Kecil Dulu

Perkembangan lembu fidlot semakin menarik. Jawapan balas daripada Pengerusi NFC, membuatkan saya menunggu-nunggu serangan seterusnya daripada 3 Serangkai PKR iaitu Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin.

Seperti yang seringkali saya katakan, setiap kali ada hujah atau isu baru yang dicetuskan oleh PKR, biasanya mereka pasti sedang berusaha untuk melindungi kelemahan mereka daripada diperkatakan. Apabila isu NFC dan lembu fidlot dijaja dan Sharizat Jalil didesak meletak jawatan ekoran kononnya NFC telah gagal ekoran laporan Ketua Audit Negara, pastinya ada isu besar yang PKR tidak mahu ianya diperkatakan dan disebut-sebut.

Ternyata telahan awal saya itu benar. Program NFC tidak gagal sebagaimana yang disebut-sebut oleh PKR dan sekarang ini mulai menarik suara Mahfuz Omar dan Idris Ahmad, dua orang pelawak dari PAS yang lebih banyak mempamerkan kebebalan hujah mereka berbanding kebijaksanaan selaku orang berjawatan.

Dari muka surat 139 sehinggalah 147 laporan berkenaan NFC, tidak ada langsung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara bahawa program tersebut gagal. Sebaliknya yang dinyatakan gagal adalah beberapa perkara berkenaan urusan prasarana melibatkan agensi kerajaan tertentu selain kegagalan pihak kontraktor utama pertama sehingga menyebabkan berlakunya pengambialihan oleh pengurusan NFC sekarang.

Namun fakta itu langsung tidak disebut oleh tiga orang pemimpin PKR berkenaan. Sebaliknya ditekankan tentang 60,000 ekor lembu yang sepatutnya telah disembelih pada tahun 2010 tanpa mereka juga menyebut tentang rumah penyembelihan berskala dan berkapasiti besar, kawasan seluas 5000 ekar yang telah dikecilkan menjadi 1500 ekar sahaja, masalah padang ragut dan sebagainya yang masih belum disiapkan.

Sebaliknya, ada satu isu besar yang juga melibatkan pertanian tetapi projek pertanian itu di Selangor. Hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja projek tersebut dijalankan, Kerajaan Pakatan Selangor telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi. Bukan kerana gagal mendapat pinjaman, sebaliknya kerana pengurusan, pentadbiran yang tidak cekap serta ada niat tersembunyi menerusi banyak perkara yang digelapkan.

Program yang dimaksudkan adalah Projek Pemprosesan Salad Dan Jus Buah-Buahan Tropika serta Projek Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Sisa Buangan Kepada Bentuk Baja Organik Dan Makanan Ternakan. Jumlah keseluruhan pinjaman dari Kementerian Kewangan untuk projek berkenaan hampir mencecah RM50 juta.

Projek tersebut telah dihentikan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada Februari 2010 setelah mengalami kerugian besar. Paling menarik ialah apabila pihak pengurusan yang terlibat dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan projek telah tidak lagi berkhidmat. (BACA DI SEL13.C0M)

Timbul pertanyaan, mengapa perkara ini langsung tidak disebut dan diterangkan punca serta sebab musabab kerugian yang dialami selain faktor yang mendorong kepada penghentian operasi program berkenaan. Bukankah projek tersebut melibatkan wang rakyat? Masakan PKR dan Pakatan yang begitu prihatin tentang dana rakyat, boleh melelapkan mata begitu sahaja terhadap wang rakyat berjumlah hampir RM50 juta?

Saya tertunggu-tunggu jawapan dan suara daripada Rafizi Ramli. Walaupun dalam isu fidlot, dia sebenarnya didorong oleh Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, tetapi apabila dia  membuka mulut, maka dia juga bertanggungjawab untuk membuka mulut tentang isu perlecehan dana rakyat yang membabitkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Takkanlah kerana fidlot melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet lebih diberikan keutamaan berbanding program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor, sedangkan program fidlot terbukti berjalan lancar dan sedang mencapai matlamat 60,000 ekor lembu pada tahun 2015, manakala program pertanian di Selangor pula, telah terkubur begitu sahaja bersama-sama duit rakyat!

18 comments:

Anonymous said...

besa la bro..dah besa merompak mane rase ape..nak tutup kes sendiri..balun org lain dulu..jng bimbang mesti projek yg gagal ni umno gak yg salah hahahaha

Halizan Puchong said...

Alhamdulillah..RBF sudah kembali..

Anonymous said...

Syukur pd Allah Hj RBF selamat pergi & balik!

Anonymous said...

Saya pelik pasal projek ni di bagi pada suami dia yg bernama Salleh. Dia ni ada Phd, thesis nya berkenaan budu. Sebab tu di panggil Salleh Budu.

Kalau projek budu mungkin ada logik nya,pasal itu kepakaran dia.

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Lama juga Pakcu dok tunggu tuan rbf menulis ingatkan...gi mana..???

Walau bagaimana pun selamat kembali menulis...dan nampaknya kes salad ni durinya tajam..jangan dok cucuk salah orang sudahlah.....walahualam

Anonymous said...

Alah mak..! api yang dinyalakan tebakar buntut sendiri, mulalah buntut terasa panas..wa'ima kalau duduk atas ais pun buntut akan menggelegak....!

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Haji RBF.......
Alhamdulillah.............
Selamat Berjuang Kembali...

Anonymous said...

Iklan : Anda teringin nak bergelar Ustaz ?

Caranya : Jadi lah ahli Pas, berani naik atas pentas ceramah maki orang, hukum orang Murtad. Anda kini dah layak memakai gelaran Ustaz.

Mereka yang telah berjaya : Ustaz Bob Lokman. Dulu seorang pelakon, kini sudah bergelar Ustaz.

Ciri2 diri yang diperlukan : Sanggup pakai serban dan jubah pada setiap masa. Ada memiliki tanda hitam (kematu) di dahi sebagai simbol orang kuat sembahyang.

Jangan lepas kan peluang keemasan ini. Bilangan yang diperlukan adalah terbatas. Siapa cepat dia dapat.

Yang berminat sila hadir diri di mana2 Ibu Pejabat Pas yang berdekatan dengan rumah anda.

kak rosmah ku sayang said...

hahahhaha.....RBF p haji? pastu balik mencarut dan tulis fitnah plak......anyway....itu antara RBF dgn ALLAH SWT.....oh ya...berkenaan isu NFC ini....ianya satu kemenangan pada pakatan sebenarnya......blogger dan Rafizi hanya membuka mukhadimah sahaja....tujuan supaya rakyat tahu dan bercakap...sekarang rakyat sudah cakap....apa penjelasan atau tindakan kerajaan x penting.....rakyat tahu, bercakap dan ulas secara negatif ...itulah matlamat......bila Bung Mokhtar pun balun dlm dewan rakyat...ianya satu sokongan moral .......jadi setakat sekarang blogger UMNO tewas.....mula dgn isu haji najib yg dikaakan x cukup.....sekarang ini pulak....isu rosmah adalah reserve point pada pakatan....mereka hanya mahu cetus kemarahan saja...sekarang siapa xmarah pada rosmah....seperti rakyat dulu marah pada khairy...tempiasnya pada pak lah....najib ? ...mungkin ada sejarah yg akan nerulang kot......hahahahhaha......sekarang isu yg dimainkan memihak pada pakatan......setakat bg duit belum tentu rakyat sokong beb ...hahhah......sebab tulah diwujudkan keputusan kajian populariti Najib yg kata dia meningkat baru2 ni.....hahahahah..tanya 1500 tp umum pendapat rakyat...kesian.....oh ya..dengar kata kem Muhyiddin semakin hebat cuba gulingkan PM...hahahha.....isu penahanan 13 orng dlm ISA setelah dimansuhkan memberi reputasi buruk dan isu cikgu kerja 9 jam yg ditarik balik juga kerana dibimbangi akan cetuskan amarah cikgu...hahahahh...kita tahu RBF di bayar utk sokong tp semua isu x memihak sekarang....jenuh tepis la camni.....x palah...asalkan bahagia...hahahahha

Semerah Cili! said...

Salam, kepada tuan punya blog,Mohd Faizal bin Ahmad Roban hope dapat linkkan blog saya ke dalam blog tuan..saya sudah berbuat demikian..nice to noe u...

semerahcili.blogspot.com

Semerah Cili! said...

Salam, kepada tuan punya blog,Mohd Faizal bin Ahmad Roban hope dapat linkkan blog saya ke dalam blog tuan..saya sudah berbuat demikian..nice to noe u...

semerahcili.blogspot.com

Anonymous said...

ada aku kisah 2x5...

AntaraPos said...

Mustahilkah DAP Jadi Tauke Pakatan Rakyat Pasca PRU 13? | http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=997&type=%27news' | http://www.antarapos.com

Anonymous said...

Salam Haji,
Kalau UMNO nak selamat lagi kali ni, Si shahrizat kena berundur. Memang dah terang tak yah nak bersuluh lagi. Duit pinjaman guna buat beli kondo dan memang Salleh pun dah ngaku, tapi cuba nak buat spin untuk investment kunun, padahal jumlah perniagaan lembu belum mencapai matlamat lagi. Benda-benda bangang dalam UMNO macam ni la yang buat kalah undi PRU12 dulu, jangan ada denial syndrome lagi. Dah lama dah benda-benda bangang macam ni berlaku dalam UMNO dan dengarle kata TDM yang UMNO sekarang ni tak de kaliber dan bengap-bengap belaka, tu pasal asyik fumble dan kena attack je dgn pembangkang. Pakatan ni pun bukan reti buat kerja, tapi UMNO dok bagi peluru free kat diorang je atau pun bak kata kawan ko tu "self destruction mode" dah UMNO sekarang ni. You guys should be worried now, jangan jadi pembangkang pulak lepas ni macam melukut kat tepi gantang. Korang ingat pakatan tu mau kasi lepas senang-senang je ke korang ni semua kalau diorang dapat kuasa...lu pikir le sendiri.

Anonymous said...

Ada kah Salleh akan dapat projek ini jika tidak kerana kedudukan Shahrizat? Tak mungkin.
Memang tak salah jika keluarga Menteri berniaga tetapi mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM 250 juta dari segi moral tak bolih dipertahankan.
Kenapa tak pinjam bank? Kenapa harus meminta dpd kerajaan kerana nampaknya projek sudah nampak tanda2 tak bolih berjaya.
Bolihkah kita mempersalahkan rakyat yg bimbang wang negara dibazirkan?

Anonymous said...

tak payah la ko nak oertahan isu lembu ni RBF.. memang dah nampak sangat isu ni isu kebodohan dalam umno.. lagi ko pertahan lagi nampak kebodohan nye.. kondo yg dibeli pon dah di akui kebenaran nye.. org bodo jer yg kate bende tu logik untuk investment.. kalau dah awal2 dah beli kondo baik buat bisnes kondo jer.. sengal sangat gi nak invest ngan lembu buat ape? kalau dah invest kat lembu pastikan la gune duit yg di beritu kearah menjayakan projek tu!

Aliffnajmi said...

Pelik aku dgn juak2 pembangkang nih... kuman seberang laut dibesar2kan. Dah berbuih mulut cerita pasal lembu, kondo n pinjaman tu (mula2 dulu 3 stooges tu kata geran bukan pinjaman) pun masih ada yg tak fhm.

Yg tuan HJ RBF tulis pasal projek salad tak sorang pun penganut2 pembangkang kt ruang komentar ni yg berani ulas.

Saleh tak boleh tp Ariff Fahmi boleh .

Suami org Umno tak boleh tp suami isteri dan anak beranak boleh berkuasa dlm PKR n DAPig

Hakk tuiii!

Anonymous said...

najiss tak bau,balik haji buat budu .....