Thursday, November 24, 2011

Pusat Zakat Sepatutnya Menyenangkan Bukan Menyusahkan

Setiap hari, kita akan mendengar, membaca, menonton mahupun diberitahu tentang penderitaan yang dialami oleh umat Islam di seluruh negara. Di sebalik keupayaan negara untuk berada di atas landasan ke arah sebuah negara yang penduduknya berpendapatan tinggi, ternyata penderitaan serta ancaman kemiskinan masih sukar dihapuskan.

Hampir setiap masa, kita akan diperdengarkan dengan dalil-dalil kononnya kemiskinan tegar telah dapat dihapuskan dan berada pada paras paling minima. Semuanya adalah berkat kesungguhan dan iltizam pihak kerajaan.
Sebagai umat Islam, ada satu kemudahan yang Allah Taala sendiri letakkan di dalam sistem kehidupan kita apabila ianya membabitkan wang ringgit iaitu ZAKAT. Di negara ini, pengurusan zakat merupakan antara yang terbaik kalaupun bukan di dunia, tetapi sangat teratur dan tersusun selain memberi kemudahan kepada pembayar-pembayar zakat melunaskan tanggungjawab mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh-Nya. 

Namun, apabila mendengar cerita tentang kesusahan dan penderitaan umat Islam, terutama yang bersangkutan dengan hospital serta perubatan, ia membuatkan saya tertanya-tanya di mana dan apa sebenarnya peranan zakat yang dikutip oleh badan yang dipertanggungjawabkan itu.

Kemiskinan mendekatkan kepada kekafiran... itu mafhum hadis yang sentiasa saya ingat. Saya tidak fikir, hadis ini dianggap sebagai hadis daif atau palsu sehinggakan Pusat-Pusat Zakat di seluruh Malaysia mengambil pendekatan yang kelihatan lebih mirip kepada bank-bank kapitalis.

Kemelut JAIS-DUMC yang lepas mempunyai sangkut-paut dengan amalan yang dilakukan oleh Pusat-Pusat Zakat. Kesombongan, kebongkakan dan kurang ajar serta biadapnya kakitangan Pusat Zakat menguruskan orang ramai yang datang mendapatkan bantuan, bukan cerita baru atau cerita dongeng. 

Saya tidak pasti, apakah sistem Zakat di Malaysia berada dalam kategori One-Off, memandangkan perkara terpenting zakat adalah CUKUP HAUL dan CUKUP HISAB. Pembahagian wang zakat kepada 8 asnaf pula, adakah berdasarkan CUKUP HAUL dan CUKUP HISAB atau ONE-OFF?

Tidak keterlaluan kalau saya membuat kesimpulan peribadi, setiap orang miskin yang menjadi kafir, keluar dari Islam dan menganggap Islam sebagai agama opressor, maka kesalahan tersebut jatuh ke atas Pusat Zakat dan Baitulmal memandangkan mereka inilah yang menguruskan DANA AWAM yang diperintahkan Allah Taala.

Perkara paling pelik untuk kita lihat menerusi amalan zakat di Malaysia ialah, tidak sedikit orang yang diamanahkan untuk menjaga wang zakat, melihat wang zakat sebagai modal perniagaan, membina bangunan, mencipta aset mahupun membina hospital yang kemudian mengenakan bayaran tinggi kepada para pesakit dan seandainya pesakit tidak mampu membayar, maka surat saman dari peguam akan menyusul.

Bagaimana atau atas pertimbangan apakah, anak Khalid Samad yang bapanya lebih dari mampu untuk menanggung pengajian ke luar negara, diberikan wang zakat atas asnaf fisabillah? Bagaimana pula dengan anak orang miskin yang tidak mampu menanggung pengajian dan lebih menepati asnaf, tetapi diabaikan oleh pihak yang menguruskan dana itu?

Sehingga sekarang, pihak Lembaga Zakat Selangor terus tutup mulut walaupun pendedahan telah dibuat. 

Itu hanyalah bilangan kecil masalah yang membabitkan pusat zakat dan baitulmal. Barangkali kalau dikumpulkan semua kes, barangkali sehingga pangkal akhirat pun, tiada sesiapa yang mampu menjawab segala permasalahan dan keciciran tersebut.

Saya melihat reformasi terhadap sistem baitulmal dan pusat zakat perlu dilakukan secara besar-besaran. Selagi pusat zakat dan baitulmal ditadbir oleh golongan yang berkepentingan dan melihat wang zakat sebagai wang keuntungan, selagi itu, golongan sebenar penerima zakat terus dipinggirkan, golongan yang berkemampuan pula yang diberi kelebihan. 

Dan yang paling penting, reformasi besar selain terhadap sistem, juga terhadap kakitangan pusat zakat serta baitulmal sendiri. Seharusnya mereka keluar mencari-cari orang miskin bukannya hanya mengharapkan orang miskin datang ke pejabat, mengisi borang untuk diherdik dan disindir-sindir, walhal gaji mereka sendiri datangnya daripada zakat.

19 comments:

tiara said...

setuju dgn rbf..ini adalah karenah birokrasi pusat zakat..menyusahkan pada orang yang layak menerimanya tapi alih2 anak father khalid gereja yg dapat!

Anonymous said...

AKU HENSEM

Lama tk update ye
Wlcome Home

ibnrusd said...

pertama kalinya bersetuju dengan En. RBF. Mereka2 ini saban tahun berbangga dengan hasil kutipan yg berjuta2 tapi bila tiba bab pengagihan, asnaf seolah-olah jadi peminta sedekah yg hina.

Dalam pada kita bersyukur kerana banyaknya kutipan zakat bermakna makin ramai umat Islam yang berkemampuan, hendaklah jangan dilupa pada yang kurang. Itulah jua matlamat dan tujuan zakat dirukunkan.

Remy said...

Mcm-mcm method dibuat oleh pusat zakat utk umat islam bayar zakat. online, potongan gaji dan sebagainya... tp bila tiba bab nak bagi bantuan, org pulak yang kena dtg merayu pada pusat zakat.. isi borang berhelai2.. interview berjam2.. org pusat zakat buat apa??? goyang teloooo je tunggu.. pastu announce simpanan zakat berjuta2... yang dapat bantuan adalah org2 yang ada kabel dengan org pusat zakat.. aku dari dulu mmg tak percaya dengan institusi zakat ni.. kurang cekap.. turun la padang carik org2 miskin yg menepati asnaf zakat .. mcm mana bersamamu TV3 tu boleh jumpa.. drg tu buat program tu occasionally je.. pusat zakat ni dah mmg kerja carik org2 miskin leh terlepas.. haparaa.. memang goyang teloo..
Maaf kalau saya terlalu emo.. bukan semua org kat pusat zakat camtu.. tapi kebanyakkan mmg begitu la.. tim eterima zakat senyum lebar.. time org datang mintak bantuan..masam mencuka..
bodohhh.. takde unsur dakwah langsung.. tu amanah la... tak yah la cita2 nak buat pusat zakat dunia.. setel dulu masalah kat Malaysia ni...

Anonymous said...

Isu ni dah lama diperkatakan tapi hanya peringkat bawahan.. ramai yang susah tapi malu untuk ke pejabat.. ada juga mempunyai prinsip hidup "tidak mahu meminta2". harap pihak zakat lebih agresif membantu yang memerlukan..

AntaraPos said...

Perjuangan PAS Berubah- ubah | http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1017&type=%27news' | http://www.antarapos.com

Grand Marquis said...

Saya sentiasa mempunyai pandangan bahawa pusat zakat perlu pergi belajar dari negara sosialis barat seperti Austrialia, Norway, Denmark, termasuk UK untuk mempelajari cara mereka mengagihkan bantuan kepada orang miskin. Walaupun bukan kita tiru 100%, tapi banyak element boleh kita pelajari.

Di sana, sistem pengagihannya adalah cekap dan cara mereka tentukan "asnaf" bukan macam kita. Sebagai contoh, untuk masuk kategori menerima bantuan, mereka mengukur pendapatan seisi keluarga vs jumlah tanggungan. Seorang tu mungkin bergaji 3000 (yang amat normal di Australia), tapi kalau bilangan anaknya 10, dah tentu dia ni dalam kategori miskin. Begitu juga kalau suami isteri keluar bekerja dan kalau jumlah pendapatan tak setimpal, maka mereka akan dapat bantuan. Bezanya di Malaysia, kadang-kadang Isteri pun keluar bekerja, tapi gaji 1000. Lepas tu hantar anak 2 orang kat baby sitter harga 600. Tu belum kira mekup, tol dll. Jadi isteri yang keluar bekerja tu kerja buta aje. Gaji semua habis pada perbelanjaan untuk membolehkan dia keluar bekerja.

Ada satu kata-kata ulama yang sangat terkenal. Dia kata, bila dia ke barat, dia nampak Islam, tapi tak nampak Muslim. Tapi bila ke negara Islam, dia nampak banyak Muslim, tapi tak nampak Islam.

Wallahualam.

Anonymous said...

bagus bro aku memang sokong artikel hang nie .... tak segan aku nak citer kat hang sini aku memang ada mohon bantuan zakat dalam bulan May 2011 alhamdulillah dalam tempoh 21 hari duit masuk ke dalam akaun itupun sebab aku orang yang ada pengetahuan menyiapkan semua dokumen yang depa tetapi ada juga terpikir aku macamana dengan orang yang susah betui-betui kurang pengetahuan dalam hal selok belok pengisian borang , cop sumpah bla..bla lagi tak kan ker tu menyukarkan. depa nie dapat gaji dok tunggu orang mai minta bukan nak keluar pi cari .... cukup tahun menteri umum kutipan zakat berbillion-billion dan pastu boleh komen tak ada orang mohon kepala lancaulaa... setakat dok peram duit dalam akaun tak pi cari orang susah apa citer ... pastu kalo sekali dah dapat nak minta kali kedua siap telinga laaa.... kesimpulannya keseluruhan sistem dalam pusat zakat tu harus di TRANFORMASI KAN... SETAKAT cakap dalam blog nie depa kurang layan ada lebih baik kita berpiket ....BOSAN ....

Anonymous said...

lepas ini tak payah bayar zakat malahan fitrah pun sebab kita lihat bukan orang miskin yang dapat....dosa...biar mereka tanggung...kereta sampai dua buah rumah dua biji...miskin apa ke bendanya...anak semua masuk belajar mintak dengan bantuan baitulmal....nanti tak takut ke mati muka hitam kata atuk aku lahhh...

cahaya said...

Salam RBF,

1. Tahun 1997 saya pernah interview orang zakat di negeri JAIJ, di mengatakan amil nie walaupun 1/7 dari asnaf tapi dia tak layak terima 1/7 kerana dia "memungut sahaja bukan mencari...", memungut atau menerima daripada pembayar zakat tetapi tidak mencari orang yang layak menerima zakat.

2. PERSOALAN
a) Adakah amil/pegawai zakat di malaysia nie menerima gaji mereka sepenuhnya 1/7 daripada jumlah zakat dengan keadaan mereka menerima wang pembayar zakat dan mencari penerima zakat?
b) Atau mereka hanya menerima sebahagian sahaja daripada 1/7 yang menyebabkan mereka tidak melaksanakan tugas mencari penerima zakat.
c) Atau mereka hanya melakukan tugas mengikut Job Spec yang diberikan kepada mereka.

3. SAYA ada terbaca buletin zakat selangor yang mengatakan secara "indirect" seolah2 anak Khalid Samad tu layak terima (kalau betul dia terima) kerana ia tidak melihat latar belakang keluarga (Kalau silap pemahaman saya - tolong betulkan bg sesiapa yang pernah baca buletin tersebut).

4. RBF, Saya rasa mereka dah jawab. Tapi bagi saya sendiri - wajarkah?

5. SEPERTI kata Grand Marquis, kalau suami isteri kerja, anak ramai - adakah dia nie tak layak dapat zakat?

6. Apa beza cth. no (5) dengan penerima no (3)

7. Apa yang penting kita semua (terutama yang comment nie termasuk saya) kena lah balik mengaji Bab Zakat nie.

Anonymous said...

dari apa yang saya tahu tidak kesemua duit zakat di gunakan untuk yang sepatutnya. ada hampir setengah mereka simpan untuk "emergency". pengurusan zakat sepatutnya dilaporkan kepada rakyat.

dan juga, di wilayah persekutuan kurang bayaran dibuat kepada yang perlu kerana tidak ramai yang memerlukan. tetapi duit tersebut tidak di agihkan ke negeri lain. kononnya sempadan lain. rasanya tidak masuk akal sebab di WP, antara gaji purata yang paling tinggi berbanding negeri lain.

jadi duit zakat tu buat apa? entah lah... mana tau nak buat menara zakat 150 tingkat... saya pon tak tahu...

imp

Anonymous said...

apabila seorang sahabat mualaf aku dilayan seperti pengemis oleh pusat zakat, aku tak bayar lagi pd pusat zakat bahkan aku salurkan terus kpd yg layak.

kpd pusat zakat :

anda diamanahkan utk menjaga dan pentadbir urusan mengumpul dan mengagihkan wang zakat..bukan membuat wang zakat itu seperti..

..MAK BAPAK KORANG PUNYA

Aku Peduli Apa @ APA said...

ASSALAM TUAN HJ FAIZAL.
SELAMAT KEMBALI KETANAH AIR SEMOGA BEROLEH HAJI MABRUR,AMIN

Far Lungeng said...

Pusat Zakat setiap negeri pada setiap tahun berkempen supaya umat membayar zakat termasuk zakat harta,zakat emas, zakat pendapatan dan macam2 lagi zakat selain zakat fitrah. Siap beri contoh hadith dan amaran seksaan diakhirat jika tak bayor zakat. Apa pula balasan pada mereka yg diamanahkan menjaga duit zakat terkumpul..sedangkan masih ramai yg susah,merempat dan mengemis sehinggakan ada yg terpesong akidah. Bukan sedikit duit zakat yg terkumpul. Yang diamanahkan ini tak rasa berdosakah. Sepatutnya duit zakat yg dikumpul dibahagi2kan kepada yg layak sebelum pungutan duit zakat tahun seterusnya.Bukannya kumpulkan duit zakat tu bertahun sampai mencecah ratusan juta. Pandai pula cari hadith yg mengatakan dahi dan dada mereka diselar dengan cairan panas emas dan harta sedangkan hasil dipungut tak diagihkan mengikut sepatutnya.

Anonymous said...

nak senang hapuskan jer cabang2 institusi agama kat mesia nih.. buat ape la ade banyak2 jakim, jais, jaip ikim, pusat islam, pusat zakat, majlis mufti bla bla bla.. padahal isu bukan besar pon.. letak semue bawah satu jabatan pastu regulate seluruh negara ngan satu misi.. ni setiap negeri ade visi n misi2 tersendiri yg kekadang mengarut..
pada aku la, zakat ni bukan payah korang nak kene pegi kat pusat pengumpulan tu pon utk bayar.. pegi cari sendiri lagi elok.. kite lagi kenal org2 kampung yg susah tu dari sesetegnah org jabatan2 agama yang makan gaji buta tu..

johnlabu said...

tumpang link blog tuan..

http://si-putar-alam.blogspot.com/

CucuAtok said...

Salam... tuan tuan sekalian..... jawapannya mudah jer sebab depa ni sanggup tanggung kubur berasap....dari bawah sampailer ke atas.... ltu ajer.....
Bagi taulah pada tuan guru ker ustaz ker atau sapa sapa yang terrer ler bab agama sebab bagi saya yang singkat ilmu ni rasa sangat besar dosanya kalu makan harta anak yatim nie.

Anonymous said...

Tak adillah kalu nak salahkan pusat zakat je bro,pe guna ada ketua kg jkkk imam & jawatan kuasa masjid pemimpin akar umbi dan msykt sekitar patut jadi ejen pusat zakat ni kalu da info pun tak jln taktau nak ckpla

pembayar zakat said...

maaf..saya tidak setuju..saya rasa ramai penerima bantuan zakat telah mendapat hak mereka..cuma masih ada segilintir yg belum mndpat.pihak zakat selalunya tidak MENGHEBAHKAN berita penerima bantuan zakat seperti rancangan BERSAMAMU TV3..jika saudara RBF ingin melihat senarai penerima bantuan zakat,boleh pergi ke pejabat zakat berdekatan.

kerana setiap kali saya membayar zakat di pejabat zakat, saya meminta utk melihat senarai penerima bantuan di kampung saya..mmg sgt ramai yg sudah dpt..itu hak kita sbg pembayar zakat.lg satu,ketika saya membayar zakat,saya selalu membawa list nama org miskin di tempat saya utk perhatian pihak zakat.ternyata mmg ada follow up bantuan selepas itu..

jadi sebelum saudara menghentam,eloklah saudara kunjungi pusat zakat dan lihatlah senarai penerima bantuan zakat..sekadar pandangan saya..maaf jika saudara tidak bersetuju dgn pendapat saya..