Monday, December 12, 2011

Anwar Ibrahim Labelkan Papagomo Sebagai Ancaman Negara

Saya tertarik dengan beberapa berita tentang kejayaan Menteri Pertahanan membungkamkan mulut Ketua Menteri Pulau Pinang yang banyak bercakap sebelum ini tentang kedua-dua buah kapal selam TLDM. 

Biarpun ia masih tidak mampu menutup mulut Guan Eng sepenuhnya, sebaliknya Guan Eng mula mempertikaikan beberapa perkara lain, termasuklah kos sebenar kapal selam tersebut, ia sebenarnya sudah pun menunjukkan bagaimana Lim Guan Eng telah kena check-mate oleh Zahid Hamidi.

Namun itu bukanlah cerita yang menarik kerana kita semua tahu, Lim Guan Eng dan pasukan pembangkang di negara ini sentiasa melihat sesuatu dari sudut salahnya. Apa-apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan, semuanya salah, semuanya rasuah dan semuanya penyelewengan. 

Saya lebih tertarik apabila buat kali pertama dalam sejarah blogging di negara ini, Anwar Ibrahim yang selama ini begitu gah dan berbangga kerana kejayaannya banyak disumberkan daripada penguasaan alam siber, tiba-tiba menunjukkan kebimbangan yang teramat sangat tentang seorang blogger yang dikenali sebagai Papagomo. 

Sebelum ini, salah seorang konco Anwar, Amin Iskandar atau Amin Black telah membuat laporan polis terhadap Papagomo dengan ditemani oleh salah seorang blogger yang mengaku dirinya sebagai blogger pro-UMNO tetapi ramai yang tahu, Anuar Mohd Noor atau Anuar Reform adalah serigala berbulu biri-biri.

Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu tetapi saya lebih berminat untuk memperkatakan tentang Anwar Ibrahim dan DAP terutama sekali Tony Pua dan Lim Guan Eng yang kelihatan terlalu takut dengan kehadiran seorang blogger pro-UMNO. Walaupun sebenarnya ketika di dalam helikopter, Lim Guan Eng ditemani oleh seorang lagi blogger pro-UMNO yang sebelum ini pernah mencetuskan kekecohan terutama sekali melibatkan DAP dan Pulau Pinang menerusi cerita pemurtadan dan ikrar janji untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian dalam sebuah majlis tidak lama selepas DAP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi di Sarawak, namun kebimbangan Guan Eng lebih terarah kepada blogger yang bernama Papagomo.

Timbul persoalan, apakah sebenarnya Lim Guan Eng gentar sekiranya dia tidak boleh berbohong lagi? Manakala Anwar Ibrahim pula menjadi pembantu untuk memenangkan Guan Eng dengan melabelkan Papagomo atau lebih tepat lagi blogger pro-UMNO sebagai ancaman kepada negara. 

Di mana sebenarnya ancaman kepada negara yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim? Adakah dengan melakukan pendedahan terhadap kepincangan dan penyelewengan hidup peribadi Anwar Ibrahim yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri, dianggap sebagai ancaman terhadap negara? Bilakah pula masanya Anwar Ibrahim tiba-tiba sahaja bertukar menjadi Negara Malaysia?

Secara ringkasnya, saya melihat kebimbangan pasukan Pakatan terutama sekali dari kalangan pimpinan tertinggi Pakatan seperti Guan Eng dan Anwar Ibrahim ialah kewujudan blogger pro-UMNO yang merakamkan segala gerak laku dan kemudian menghebahkannya tanpa pemimpin-pemimpin seperti Guan Eng dan Anwar dapat menjawabnya, melainkan memberi alasan, semua itu hanyalah fitnah. 

Walaupun selama ini, Pakatan seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah juara medan siber dengan pelbagai bantuan dan sokongan diberikan, tetapi nampaknya sekarang keadaan sudah berubah sama sekali. Justeru semakin ramai pemimpin Pakatan yang mencari-cari jalan untuk 'membunuh' setiap blogger atau pejuang siber UMNO dengan apa cara sekalipun.

Cuma, melabelkan blogger sebagai ancaman kepada negara, berbanding ahli-ahli politik seperti Anwar Ibrahim dan Guan Eng yang tidak segan silu membuka rahsia negara di negara asing, dilihat seperti sudah sangat terdesak. Bukan terdesak untuk menang pilihanraya, tetapi terdesak kerana ruang membohong semakin terkatup rapat.

16 comments:

Anonymous said...

papagomo tak pernahnye kutuk negara sendiri..
korang anak beranak memang dah sahih selalu burukkan nama negara. sampai isu batik pun jadi asal dapat burukkan nama negara.
betul2lah keluarga celaka!

Anonymous said...

HUH???? apa yang Anwar dok merepek??Siapa sebenarnaya petualang Negara Malaysia?? Siapa yang membusukkan Malaysia di luar negara??? Asyik-asyik nak saman...berani ker saudara anwar saman papa gomo pasal video seks tu??? Be a getleman dont be a Pondan MAN..

Anonymous said...

raja jubur aka raja porno DA gila , sawan , bigau, mabuk, laklok,

Anonymous said...

si celaka nak menunjukkan dirinya seorang rakyat yg prihatin tentang keselamatannegara....cittt pergi jahanam anak beranak

Anonymous said...

selsesaikan dulu masalah moral peribadi tu dulu! ada hati nak bercakap soal keselamatan negara konon!

Anonymous said...

papagomo menjadi ancaman negara...sbb dia mendedahkan video china doll..ancaman tu..bahaya....bahaya kepada kerajaan 16 sept B.A.B.I ni...hehehehe

Anonymous said...

kalau dh jadi ancaman kenapa tak berani report polis pasal china doll itu?

Anonymous said...

Silap tuh. Yang jadi ancaman negara adalah Anwar Ibrahim .. dia jual negara, jual melayu dan jual islam.

Nak kah korang Anwar jadi PM dan Lim Kit Siang jadi TPM. Kalau Anwar dah terkehel tak boleh nak terus jadi TPM .. dah tentulah Lim Kit Siang secara otomatik naik jadi PM.


Haa haaa haaaa ..... padan muka dengan melayu yang NGOKNGAP.

Mama Carrie said...

Astagha.... repot polis pasal papagomo naik kapal selam? Apelah bingai sangat BABI (Bapak Anu Bin Ibrahim) tonyok tua sekor ni! Meroyan ke?

Oi BABI, tanyelah diri sendiri. Sape yg asyik buruk2kan negara sendiri? Sape yg dok jaje negara ni x betul sane sani? Sape yg asyik dok cakap Malaysia ni x ade quality? x selamat? Ko x kenal org tu ke? Oi BABI kau tak ingat? Sah BABI dah nyanyuk...

Nak saman papagomo sbb keselamatan negara? Buat aku gelak je.. Sebenarnya BABI tua tonyok ni jeles. Papagomo merase, LGE pun merase, dia ke LIMA pun org x jemput... so jeleslah tu. Yg kelakar tu org yg mengiring dia buat buat report tu pun bingai... yelah kalau dah bekawan dgn BABI tonyok, otak dia pun jadi monyok.. hahahaha...

Anonymous said...

Macamana dengan perbicaraan di mahkamah kota bharu hari ini? ok ker?

hadzrinaqmal said...

aku dah boring dengan drama anwar ni. elok pergi 'jalan' laa haha

Anonymous said...

Anonymous 12.11 PM

X yah tanya la pasal perbicaraan tu... Mamak RBF ni bukannya ada telor... Time menulis bukan main lagi, bila kena saman terus mengaku "saya bukan blogger RBF".

Wikikikikikkikikiki...

Telur dah masuk dalam dagu.

Anonymous said...

apa pun ceritanya kapal selam tu terbukti bole nyelam.. jgn nnt si mangkuk LGE ni ckp kapal selaM pegi langkawi naik kapal kargo lak.. bodo punya pembangkang.. ketua pembangkang takde telo, saman je la papagomo, eskay, sume skali.. Mmg pembangkang m'sia ni standard bawah tapak kaki je semua aka bodoh/bangang nak mampuih

Anonymous said...

Padahal yg menjadi ancaman negara ialah GUAN ENG tu...nuar takot nak sebut guan eng. kikikikikik

Anonymous said...

Spesis penakut jugak si babi RBF nie. hehehehe....

Anonymous said...

oo yang takut tu macam mahafiraun kelantan tak reti letak jawatan tu ker puak puak pencacai anuwar?