Baru-baru ini apabila Transparency International (TI) mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia semakin naik , maka menjerit-jeritlah pemimpin DAP menghentam PM. Anda boleh lihat di sini.
Dibawah ini adalah CPI Malaysia sejak 10 tahun lepas yang disiarkan oleh malaysiakini.
Saya nak ajak anda semua lihat jadual di bawah secara terperinci.
Harus diingat, kajian yang dilakukan oleh TI adalah untuk seluruh negara (Malaysia) . Bukannya hanya di negeri-negeri tertentu sahaja.
Anda lihat kedudukan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004. Bermula dari tangga ke 36 hingga ke tangga 39. Naik turunnya tak banyak, hanya 4 tangga sahaja.
Kemudian lihat pula dari tahun 2004 hingga 2007. Bermula dari tangga ke 39 hingga ke tangga 44. Naik turunnya juga tak banyak, hanya 5 tangga sahaja.
Lihat pula dari tahun 2008 hingga 2011. Bermula dari tangga ke 47 hingga ke tangga 60. Kenaikan yang mendadak, sebanyak 13 tangga. Teruk !!!
Sedangkan sebelum itu tidak pernah terjadi keadaan seteruk itu. Ini semua kerana selepas negeri-negeri yang diperintah oleh BN dulu diambil alih oleh pembangkang pada awal 2008. Merekalah yang penjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu. Pelbagai jenis rasuah dan salah guna kuasa , tidak kira kecil atau besar yang dilakukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. Mereka tak pernah memerintah, apabila dapat peluang memerintah semua benda mereka nak sapu.
Saya bukan cakap melawak atau bergurau. Angka-angka dalam jadual diatas itu semua adalah fakta. Anda semua pun boleh berfikir dan menilainya. Itu mereka baru perintah 5 negeri, kemudian jadi 4 negeri , gejala rasuah di Malaysia sudah sampai ke tahap itu. Cuba anda bayangkan apabila mereka memerintah negara kelak, maka sudah tentulah keadaannya akan berkali-kali lebih teruk dari apa yang ada pada hari ini.
Lim Kit Siang kata
Dia sedar atau tak sedar yang DAP menjadi penyumbang kepada ranking terburuk itu ?
Matinya Teoh Beng Hock kerana kegiatan rasuah DAP.
Semua benda DAP nak sapu, dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya. Lihat di sini.
Itu belum dikira lagi kegiatan-kegiatan underground di Selangor. Lihat di sini
Itu semua menjadi penyumbang kepada kenaikan CPI Malaysia.
Contoh terbaru adalah apa yang terjadi di Perak sehari dua ini.
Sebelum masuk bab apa yang terjadi di Perak sehari dua ini , saya nak ajak anda lihat ranking dalam jadual diatas sekali lagi.
Lihat pada tahun 2008 dan 2009. Kedudukan rasuah di Malaysia naik mendadak pada tahun berkenaan. Dari tangga 47 naik ke tangga 56. Sembilan tangga. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kita sampai begitu teruk sekali.
Puncanya senang, kerana DAP yang mengusai pemerintahan negeri Perak pada masa itu. Dan merekalah yang menjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu.
Dibawah ini adalah salah satu contoh dari puluhan kes lain yang berlaku di Perak pada masa itu. Puluhan kes lain akan didedahkan secara berperingkat-peringkat. Kuari , balak, lombong, tanah, pembekalan alat pejabat dan yang lain-lain lagi. Dimulakan dengan yang kecil dulu dan diikuti dengan yang besar dan besarrr dan besarrrrr....
Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan sebulan selepas DAP mengusai pentadbiran Perak , yang mana syarikat tersebut milik isteri pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming telah diberi kontrak untuk membekal pakaian kepada Majlis Bandaraya Ipoh.
![]() |
| Tarikh ditubuhkan: 23.04.2008 |
Sebelum itu jawatankuasa tender MBI telah bermesyuarat untuk memilih syarikat Goodman Tailor bagi membekal pakaian kepada ahli majlis MBI kerana syarikat itu telah menawarkan harga yang paling rendah (RM 450.00/pasang) daripada 5 syarikat yang mengemukakan sebut harga. Manakala syarikat milik isteri Nga Kor Ming menawarkan harga yang paling tinggi iaitu RM 650.00 sepasang.
Selepas itu dua saudara sepupu dari parti DAP, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham telah meminta agar kontrak tersebut di berikan kepada syarikat isteri Nga Kor Ming. Semua kejadian itu dicatatkan dalam minit mesyuarat MBI. Selanjutnya baca di sini.
Kalau DAP benar-benar jujur dan anti rasuah, sepatutnya Nga Kor Ming
pada masa itu sebagai exco yang menjaga kerajaan tempatan tidak
membenarkan sama sekali syarikat milik isterinya menghantar sebutharga.
Bukannya dia nak halang, dia pula yang suruh MBI pilih syarikat
isterinya. Niat untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa mereka telah pasang sebaik sahaja mereka perintah Perak. Sebab itulah mereka cepat-cepat pergi tubuh syarikat. Balun selagi boleh, tidak kira kecil atau besar.Sebab itu indeks rasuah naik mendadak antara 2008-2009. DAP Perak yang menjadi penyumbang utama.
Mana dia Khalifah Lim Guan Eng punya CAT (Competency, Accountability and Transparency) ?
Tak usahlah DAP nak bercakap pasal rasuah dan ketelusan jika diri sendiri penuh dengan tahi rasuah.
Kemudian dia kata isterinya hanya 'sleeping partner'.
Porahhhhhhhhh, kalau tiada apa-apa keuntungan kau ingat orang nak ambil ke isteri kau untuk tidur dalam syarikat ? Nak tipu dungu-dungu DAP, PKR dan PAS bolehlah oiiiii...... Sleeping partner dilantik sebulan selepas DAP perintah Perak . Kalau dilantik sebulan sebelum PRU 2008 logiklah alasan kau tu oiiiii.....
| Tarikh dilantik sebagai 'sleeping partner' sama dengan tarikh penubuhan syarikat |
Modus operandi kegiatan rasuah DAP adalah kaut yang kecil-kecil, tetapi kuantitinya banyak. Mereka rasuah tak banyak, hanya sekitar ribu hingga puluhan ribu sahaja, tapi banyak tempat. Bila dihimpun jumlahnya akan jadi banyak. Lihat contoh dalam kes Teoh Beng Hock.
Mereka guna cara sedemikian supaya orang tak nampak. Dan jika kantoi mereka kata itu hanya projek kecil-kecil berbanding dengan rasuah yang dilakukan oleh BN. Maka orang ramai pun percayalah kata-kata mereka.
Kecil besar, 10 sen, 1 ribu, 10 ribu, 10 juta, rasuah tetap rasuah dan ianya akan tercatat dalam rekod Transparency International.


31 comments:
good job bro.
Kupasan yang cukup bagus! Aku bookmark benda nih, peluru yang cukup bisa benda kepada PR.
Boleh tengok dilink berikut.. http://www.transparency.org.my/pdf/2011%20CPI%20&%20CB%20Presentation.pdf
LOUNGE SUIIIIIT....
Terbaik bro.
kompeni yg ditubuhkn khas utk kejar projek kerajaan.. haram jad tul.
kadang2 yg x terpikir tu yg jadi punca....!mgkn ini strategi PR utk menjahanmkan BN.....!kalo diikutkan kes rasuah atau penyelewangan ini...byk terletak dibwh kwalan PR.......
dah banyak kerajaan negeri PR kat Malaysia ni pun indeks rasuah tetap tak menunjukkan peningkatan yg memberansangkan, nmpk sangat la kerajaan PR lagi kuat hantu rasuah mereka tuu....
AKU HENSEM
Ko memang penganalysis terbaek
huh cantekk... barulah betul, fakta fakta.. Siapa yang kerjanya hulur rasuah sebelum ini? Kaum puak dia juga! thank bro
Salam perjuangan dari Sarawak..salutelah dgn article yg di tulis dari hasil kajian memyeluruh..bro tlg mintak linkkan ke blog terimakasih.. http://theunreportednews.blogspot.com/
Selama ni pun memang kaum cina yang bagi rasuah.
it's an open secret. masa zaman bijih timah dulu pun, kaum cina bayar pada sultan melayu untuk masuk.
podah chit. alih2 tuduh orang melayu kuat rasuah. mana tak melayu kuat rasuah, yang menghulur tu tak surut2.
aku bukan la nak ckp melayu tu bangsa paling baik, tp kalau di banding dengan kaum cina nie, busuk lagi diorang ni. dah buat rasuah tuduh orang melayu pulak. hakk tuihhhh..
tp tak semua cina la. ada cina yang baik. heheh
terbaeeekkkkkk dari ladang.....cina dapig
Superb bro...
Canggih!...teruskan bongkar...
canggih...teruskan brother...
Kong kali kong...2 x 5. Baik yang memberi dan juga yang menerima.Tapi yang memberi lebeh teruk sikit dari yang menerima. Yang si menerima pun satu....kenapa mesti ambil???? Tak ambil...tak leh ke???
Kapada si penerima...ingat ini:
Nikmat mengambil rasuah rasa nya hanya sementara saja...tapi balasan nya ......(dari Alah)....
sendiri lah jawab.
Good job bro...
Bravo RBF!!!!!!!!!!!!!Terbaekkkkkkkkkkk dari lu....
hanya melayu bangang je percaya bulat2 cakap cina2 ni..
Tulisan Hebat. Tahniah bro!!!
Marvellous analysis bro , ingat DAPig ingat Komunis/Kafir Harbi laknatullah
Yang paling dungu adalah menteri2 UMNO yg tidoq tak puas2 bg orang liwat bontot2 depa dengan fakta2.
Takdak sapa pon menteri2 yg nak pangkah DAP punya cakap. Depa dok sedap kerusi empuk menteri tu lg kot...
ambo gi penang baru2 ni. naikla satu teksi dari tapak pesta gi ko jelutong. bila cakap pasal state government vs federal government, kata dreba teksi tuh:
itu najib sekarang ada kasi rasuah bayak apa? 1 ratus sama semua budak2 skola, 5ratus sama org gaji kurang 3ribu apa?
ambo cakap:
encik, you tepuk sebelah tgn takkan berbunyi. it takes two to tango! kalu you rasa itu rasuah, you jgn ambik. kalu you tak ambik, ia tak jadi rasuah. boleh la government buat benda lain, baiki jalan ka, bagi air bersih ka...tp ramai orang nak jugak duit dari government. kalu buleh nak banyak duit tp kerja takmo!! encik buat kerja bawa teksi sudah cukup bagus. saya guna khidmat encik saya bayar... government pun macam tu jugakla. dia bayar kalu kita buat kerja baik2. yg tak kerja baik2 pun dapat jugak. itu depa jawapla nnt...
sebenarnya government mahu bagi sama dia punya pekerja saja. tp nnt orang cakap tak aci la. sbb tu dia offer semua orang...
hari tu penang chief minister kasi 1ratus, encik tak ambik ka?
dreba tu diam sajaaaaa....
*puas hati ambo!
Tulah
Rasanya Malaysia akan tergadai di bawah Pakatan.
Tengoklah apa terjadi kat Penang. Developer is King
Tak ada apa untuk kelas bawahan(low to medium cost development sebab profit margin ni kecik sikit)
Rakyat semua terlopong
org cina bengang sbb diorang jer yg huloq.. asik2 depa kena huloq..
tu yg depa kata x leh jd lgu ni..
tawran menarik klik sini
lah bukan time tu najib yang amik alih dari paklah ke? najib pon ble jadi sebab rangking jatuh nih!
Semua yg atas tu berotak zaman dinasaur, senang sgt dipengaruhi dgn laporan yg direka semata-mata utk menguji kematangan pembaca disini, tapi nampaknya pembaca diatas semuanya kabur matanya...sian.
Bongkar lagi Bro....Biar DAP tersungkur terus masuk Kubor
audit negara kata lain...kenape fakta ko x sama dgn auditor?...ke ko ni autar je lebih..yg aku baca dr audit negara...penang negeri yg terbaik lm pengurusan wang...xcaya ko p tengok audit negara punye statement pastu ko paste kan kt sini...itu pun kalu ko berani le...org umno ni dlm lubuk sendiri bukan main garang tp bila kluar lubuk menikus....
Post a Comment