Wednesday, December 21, 2011

Siapa Di Belakang Ramasamy dan Siapa Di Belakang Hasan Ali ?


Dalam dua minggu kebelakangan ini kita dihidangkan dengan drama-drama terbaik persembahan pemimpin-pemimpin Pas dan DAP.

Pertamanya, krisis dalam DAP antara Karpal Singh dengan P Ramasamy.

Kedua, krisis dalam Pas antara Hasan Ali dengan kepimpinan Pas Selangor dan Mustafa Ali.

Seperti biasalah, sepertimana yang kita kenali Pas sejak azali, apabila ada masalah sesama mereka Umno dan Utusan Malaysia yang akan menjadi mangsa untuk disalahkan. Begitulah dalam kes Hasan Ali. Haji Hadi menyalahkan Utusan Malaysia dan mengatakan itu semua fitnah Utusan Malaysia. Sini

Sedangkan media yang pertama melaporkannya adalah malaysiakini. Sini

Apa punya ulama main tuduh sembarangan, tak takut dosa ke ?

Nasib baik Utusan Malaysia bukan kaki saman. 

Kalau Husam Musa dah tentu saman tu....kah....kah...kah....kah....kah...

P Ramasamy adalah seorang ahli politik yang masih junior. Baru kali pertama bertanding dan pegang jawatan. Bak kata orang cop jari pun belum kering lagi. Adakah anda fikir dia berani nak berentap dengan Karpal Singh, seorang otai,   jika dia tidak mendapat lampu hijau dari orang-orang yang berkuasa dalam DAP ?

Permainannya mudah, orang-orang tertentu dalam DAP yang bengang atau nak tendang Karpal menjadikan Ramasamy sebagai kambing hitam . Jangan ingat mereka dalam DAP tiada masalah. Mereka pun berserabut macam kita juga. Ramai cina-cina harbi DAP Penang tak sukakan Karpal kerana ketegasannya. Mereka memang nak cari jalan untuk tendang Karpal menjelang PRU 13 nanti. Mereka tahu banyak masalah akan timbul dengan Karpal dalam soal calon-calon pilihanraya. 

Siapa kepala yang nak tendang Karpal ?

Siapa yang naik kapal selam bersama Ramasamy ?

Begitu juga dalam hal kelantangan luar biasa Hasan Ali kebelakangan ini. Adakah anda fikir tidak ada rancangan tersembunyi disebalik keberanian itu ?

Bukannya saya hendak menuduh atau memandang serong terhadap Hasan Ali, cumanya saya pelik keberanian luar biasanya semenjak kebelakangan ini. Sehinggakan malam ini beliau akan menunjukkan keberanian luar biasanya itu di TV 3 jam 11 malam. Kebiasaannya orang-orang Pas tidak mesra media pro kerajaan, tapi kali ini lain macam nampaknya.

Pas sekarang sedang ketandusan undi melayu dan mereka tahu mereka akan kalah teruk di kawasan-kawasan melayu dalam PRU akan datang. Undi cina tidak menjadi masalah bagi mereka kerana dalam apa cara sekali pun cina tetap tidak akan undi BN. Tetapi undi cina tidak banyak mendatangkan hasil kepada Pas kerana ianya lebih menguntungkan DAP dan PKR.

Tidakkah anda terfikir keberanian luar biasa Hasan Ali kebelakangan ini sebahagian daripada strategi Pas untuk menarik undi melayu ? Mereka hendak tunjuk kepada orang-orang melayu bahawa pemimpin mereka masih mempertahankan islam, melayu serta raja-raja melayu.

Ataupun....

Ini sebahagian dari strategi Pas untuk membentuk perpaduan dengan Umno setelah mereka berkali-kali menolaknya sebelum ini. Pas dah sedar sekarang, nasib mereka akan kelam dalam PRU 13 kelak kerana terlalu banyak kerosakan yang telah mereka lakukan selepas PRU 2008. Jadi sebelum mereka hanyut dibawa arus dalam PRU 13 adalah lebih baik mereka menjalinkan kerjasama dengan Umno. Mereka nak hulur tangan perpaduan kepada Umno sudah tentu mereka malu kerana selama ini dengan angkuh mereka menolaknya. Lalu diletakkan bola di kaki Hasan Ali untuk menyepaknya terlebih dahulu. 

Seperti yang saya katakan diatas , saya bukan hendak memandang serong atau curiga terhadap usaha Hasan Ali. Kita kena bersangka baik. Kalau nak bentuk perpaduan pun kita alu-alukan, cuma dalam politik kita kena berhati-hati. Politik penuh taktik, teknik dan strategi. Politik juga penuh dengan kepuraan-puraan, lakonan dan penipuan. Sebab itu orang yang betul-betul alim dan hatinya suci dia tidak akan masuk politik, kerana mereka takut kepada dosa.

13 comments:

Anonymous said...

aku setuju! semoga media tidak terperangkap dgn mainan pas.

njah50 said...

Apam jua alasan yang diberikan, perpaduan Melayu adalah keutaman agenda yang perlu diberi penekanan. Jika orang Melayu masih bercakaran sesama sendiri disebabkan agenda politik pemimpin mereka, di penghujung jalan orang Melayu juga akan menanggung kerugian Pemiompin datang dan pergi. Ada pemimpin yang yang bertanggungjawab memikirkan rakyat dan Malaysia amnya, tapi ada juga pemimpin yang hanya pandai membangkang asalkan suara mereka didengar. Pemimpin seperti ini perlu ditolak, dan rakyat perlu matang dengan agenda politik yang tidak menguntungkan.

Anonymous said...

inilah dinamakan politik, penuh dengan taktikal, jangan kita terperangkap, ia umpama kerak nasi

Anonymous said...

siapa pun di belakang hasan ali dan ramasamy, kita tak kisah selagi bukan anwar ibrahim.

kalau anwar ibrahim di belakang .. bahaya !!!

Anonymous said...

NOK
Kalo di belakang mereka nie semua Brother Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I) ..memang bahaya babe...ahaksss..

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

1-kes DAP Ramasami
2-kes PAS Hasan Ali
3-kes Adam bawa turun bendera DS Najib

dari awal lagi aku nampak isu nya cuma nak tunjuk kat Rakyat Malaysia yang terlalu cerdik pandai yang kononnya depa nie DEmokrasi sangat la ataupun nak mengalihkan perhatian dan atur startegi untuk 9 January 2012 .... tembakjerrr woha..

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

minta pemimpim & orang UMNO jangan terpedaya dengan GAMES depa nie .... merbahaya woooooohaaa

Anonymous said...

Masih ku ingat janji2 Hassan Ali di PRU 2008 yg lalu.....

Anonymous said...

memang bener pak
ini mainan pas pis pus
tengok nik abduh pon nak tumpang semangkuk ..
katanya jangan di bedal kekandanya nasaruddin ...

kita jangan lupa selama ini siapa yg banyak bedal si nasaruddin tu?

bukankah bapaknya yang banyak bedal si nasaruddin tu?

selama ni masa bapak dia dok bedal si nasa tu dia buat apa?

Anonymous said...

boleh jadi betoi apa yang hang kata. dan boleh jadi tak betoi.

tapi aku tengok strategi DAP ni lain sikit. depa parti cina tapi macam mana boleh tersesat sorang banggali pi jadi depa punya ketua. aku pun pelek. patutnya lim kit siang yang jadi pengerusi baru lah kena.

ini strategi nak tarik melayu dengan hindu saja supaya orang tak la nampak DAP parti cina. kalau melayu dengan hindu tak undi DAP depa tak akan menang punya.

Far Lungeng said...

Aku sokong Hasan Ali tetap dengan perjuangan asal PAS. Tak payah tukar parti selagi tak dipecat. Masuk UMNO pun tak guna sebab UMNO pun sedang memperbaiki imej dalaman partinya yg terkenal dengan budaya cantas mencantas, tikam belakang dan asal ada duit dan Tshirt...baru buat kerja. Mudah2an satu hari nanti PAS dan UMNO akan bergabung demi menegakkan syiar Islam, hak2 orang Melayu dan kedaulatan Raja2.

Anonymous said...

PRINTKAN GAMBAR ADAM ADLI YG DALAM KEADAAN BOGEL DAN TUT TUT TUT TU DAN BUAT BUNTING ATAU BANNER DAN GANTUNG DI SEMUA TEMPAT PUAK2 JAHANAM TU NAK BUAT PERHIMPUNAN DAN HANTAR SATU KEPADA BAPAK DIA.NASRUDIN PAS,AWANG HADI,NIK AZIZ DAN SEBARKAN DISEMUA MASJID DISELURUH MALAYSIA.. ADAKAH INI MANUSIA BERIMAN ? ADAKAH UMAT ISLAM WAJIB BELA KEPADA INSAN KUFUR INI? ADAKAH PAS SANGGUP BERSUBAHAT DENGAN PENGAMAL HOMOSEKSUAL?

kak rosmah ku sayang said...

hahahah...hsmps syok sendiri la AMENO woi...hahaha....tau dak kat Kedah ni Umno nak kena pancung dah...wa cakap lu.....Ustaz Azizan kuat gila sekarang nih......kalau berani kita lawankomen dgn tunjuk fata....org Kedah dan luar pun boleh....hahahha...undi melayu akan semua pergi pada UMNo...hahahhahahah