Monday, January 31, 2011

Maarof Dicabar Pulangkan Wang Gaji

Komen Pembaca

Saya simpati kepada Cikgu Mala. Bukan kerana dia cantik dan menarik, tetapi kerana menjadi mangsa keadaan. Saya terfikir mungkin pengorbanan beliau dengan meletak jawatan sebagai penjawat awam adalah kerana desakan suami atau sayangnya beliau kepada suaminya. Saya ada mengikuti ceramah beliau yang menampakkan seolah2 beliau dipergunakan.

Dimana pun Maarof dilihat 'lebih kuah dari sudu'.
Saya terlebih simpati, kerana selepas ini beliau sudah tiada pendapatan tetap dan bergantung pada suami. Maaf cakap, ada kemungkinan Maarof akan mencari "cikgu lain" untuk dipertaruhkan dalam PRU akan datang. Berhati2lah cikgu Mala. Kalau dulu dia berani ambik isteri orang, tak mungkin ke dia boleh ambik anak gadis, janda atau isteri orang?. Berhati2 ye Cikgu Mala.

RBF

Saya setuju dengan anda.

Yang lebih-lebih adalah si Maarof MC.

Saya difahamkan Mala dan keluarganya dulu adalah orang Umno. Keadaan berubah setelah dia berkahwin dengan Maarof. Tetapi emaknya masih lagi ahli Umno yang aktif sekarang. Sini

Maarof adalah Pas totok dan saya juga difahamkan dia pernah ditendang keluar dari UM satu masa dulu. Selepas itu dia masuk Maktab Perguruan Tuanku Bainun..

Maarof inilah manusia yang merakam video ucapan Pengarah Pendidikan Johor, Hj Markom Giran kemudian dimasukkan ke dalam you tube.

Selepas itu Allah bayar cash kepada dia, apabila kita dapat MC dia dan masukkan ke dalam blog.
Padan muka !

Maarof, buanglah kopiah atas kepala. Tak guna kamu bercakap berdegar-degar pasal Islam atau pun nak berjuang untuk Islam, kalau sakit pun nak menipu.

Malulah sikit oiiiii, MC tapi gaji jalan, kau pula pergi berkempen politik, bukannya berehat di rumah. Makan duit haram oiiiii.......

Kalau nak berkempen, ambil cuti tanpa gajilah oiiiiii....

Orang Umno yang Nik Aziz kata jahiliah pula terpaksa nasihatkan kamu pasal hukum hakam, tak malu ke ?

Oiiii Maarof, dapat gaji cukup bulan ni, tolong kira berapa gaji kamu dan tolak berapa hari kamu tak pergi kerja, kemudian pulangkan duit itu kepada kerajaan semula. Jangan makan duit haram oiiiii....

Kalah Di Tenang, Harakah Balun Pas

15 Faktor PAS Kalah Besar Di Tenang

UMNO mendapat 6699. PAS cuma mendapat 2992. Majoriti menang ialah 3707 meningkat 1215 berbanding 2008. Jika tidak banjir mungkin UMNO boleh mendapat majoriti yang lebih besar mungkin sehingga 5000. PAS bukan hanya gagal mengurangkan majoriti tapi majoriti UMNO menang meningkat tinggi lagi. Harapan PAS untuk buat kejutan berkecai sebaliknya PAS yang terkejut beruk. PAS tidak tenang di Tenang.

Faktor Setempat

1. PAS sendiri kata awal-awal tidak yakin menang. PAS cuma ingin kekalkan undi 2008 dan juga cuma kurangkan majoriti UMNO. Ertinya PAS masuk bertanding tapi ingin kekal kalah.

2. PAS mainkan isu jenazah. Tapi yang jadi target PM. Mungkin ingin tembak kepala biar cepat UMNO rebah. Malangnya ia mudah ditangkis. Akibatnya PAS pula yang seperti jenazah di Tenang.

3. PAS mainkan isu tanah. PAS cuba gambarkan calon UMNO cuai. Padahal calon UMNO hanya laksanakan tugasnya. Sebenarnya tiada sebarang isu di sini. PAS yang kena tanam dalam tanah.

4. PAS mainkan isu Felda. Wakil PAS ingin debat tapi tidak mahu pula dialog bila dipelawa oleh wakil UMNO. Bukankah dialog lebih selesaikan masalah dari debat yang panas. PAS nampak tidak jujur.

5. PAS tiada agenda yang menarik. Bagaimana ingin menarik hati ramai pengundi tanpa tarikan. Rakyat kini lebih bijak untuk bezakan antara realiti dan fantasi. Rakyat ingin wakil yang boleh bela nasib mereka.

6. PAS pertaruhkan nasib calon wanita di kubu kuat UMNO. PAS patutnya letakkan calon lelaki sebab calon UMNO pun lelaki. Lagipun kawasan banjir. Bukannya apa. Lelaki lebih sesuai memimpin di kawasan berisiko.

7. PAS mulakan serangan peribadi. Akibatnya calon PAS diserang juga. Walaupun peribadi tapi bila masuk politik pasti kelemahan akan dicari oleh pihak lawan. PAS biasa lakukannya.

8. PAS terjerat dengan isu MC 21 hari. Memang bukan calon PAS tapi suami calon PAS yang sering mengiringinya. Orang MC tempatnya di rumah berehat dan calon PAS lebih molek menjaga suaminya yang MC dari berkempen.

9. Ada pemimpin PAS berkempen “Haram Syarii Undi UMNO”. Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.

10. Ada pemimpin PAS berkempen “Siapa tak undi PAS jahiliah”. Ini seperti penjual samseng marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.

Faktor Semasa

11. Kejayaan UMNO merampas kerusi Galas baru-baru ini memberi lebih keyakinan. Sebaliknya PAS semakin kurang yakin. Sebab itu tidak hairanlah awal-awal lagi PAS sudah mengaku kalah.

12. Kajian menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat dari masa ke semasa. Sokongan kepada PR pula semakin merundum. Tambahan pula ada parti utama PR yang nampak kritikal ibarat retak menanti belah.

13. Ada pemimpin PAS yang menyatakan bahawa hudud bukan agenda utama bersama PR walaupun PAS ada kuasa mutlak. Padahal dulu PAS gebangkan hudud sampai umat Islam berpecah. Tapi bila ada kuasa lain pula bicara.

14. Johor kubu kuat UMNO. Budaya Johor mungkin tiada atau kurang chemistry dengan budaya PAS. PAS digambarkan sebuah parti yang suka memusuhi sesama Islam. Orang Johor cintakan hidup yang damai.

15. PAS tiada tujuan jelas. Prinsip PAS sering bertukar. PAS kini pula terjerat dengan DAP. Sokongan Melayu kepada PAS semakin hilang. PAS mungkin terpaksa bersama DAP selamanya. PAS seperti tiada jalan pulang. PAS IS DEAD.

Dipetik dari : Harakah Online

Berjaya Keluar Dari Labis

Semua rakan-rakan blogger telah berjaya keluar dari Labis seawal jam 7.00 pagi tadi melalui jalan Chaah ke Yong Peng dan seterusnya memasuki Lebuhraya PLUS ke KL atau JB.

Hanya satu laluan itu sahaja yang boleh dilalui setakat ini.

Malam tadi kami terputus bekalan makanan di Labis. Semua kedai habis makanan dan roti serta biskut di kedai-kedai juga habis. Sebahagian kedai di pekan Labis pula ditutup kerana ditenggelami air.

Pagi tadi semasa saya dalam perjalanan pulang saya bertembung dengan 5 lori roti Gardenia sedang dalam perjalanan menuju ke Labis.

Lebih malang lagi, bekalan air juga terputus di Labis semalam, naik mandi pun tak boleh. Sampai rumah baru boleh mandi.

Sekitar jam 10 pagi terima panggilan daripada Parpukari yang memaklumkan Pekan Labis sesak teruk kerana semua petugas-petugas prk dan pelancong politik berebut-rebut hendak keluar dari Labis kerana mereka bimbang air akan naik balik dan jalan ditutup semula.

Dengar cerita Tan Sri Muhyiddin juga terpaksa berjalan kaki mengharungi air banjir untuk pulang ke rumahnya di Taman Perling, Labis malam tadi.

Semua peristiwa ini akan tercatat dalam sejarah sebagai kenangan prk yang tidak dapat dilupakan.

Penyokong-penyokong Pas pula awal-awal lagi sudah cabut semalam kerana tak mahu terperangkap dalam banjir.

Cakap berdegar-degar, kononnya perjuangan, pengorbanan dan sebagainya. Apabila banjir semua pakat-pakat cabut dan tak tolong orang tempatan.

Bab tolong menolong tinggallah kepada orang-orang Umno yang buat, termasuklah menolong orang-orang Pas yang tersangkut dalam banjir.

Maarof apa cerita hari ni ?

Sambung mc lagi ke hari ini atau dah pergi mengajar ?

Sunday, January 30, 2011

Hu...Hu...Hu...Tak Boleh Balik

Saya kini terkepung di Labis.

Ketiga-tiga jalan keluar dari Labis, melalui Segamat, melalui Chaah dan melalui Chempelak semuanya tak boleh dilalui oleh kenderaan ringan kerana dinaiki air.

Silap-silap pekan Labis pun boleh tenggelam malam ini kerana hujan masih lagi turun.

Dimana saya nak tinggal malam ini ?

Rumah sewa dah tenggelam banjir. Harap-harap Cikgu Mala sudi tumpangkan rumahnya. Amacam Maarof MC , boleh ke ?

Tan Sri Muhyiddin pun datang ke tempat pengumuman keputusan naik trak tentera.

Cikgu Mala Angkat Sumpah Esok

Ribuan orang dengar ceramah Pas. Sini

Pas menang besar di Tenang

Kawasan Felda Mazlan Aliman sapu bersih

Ahmad Maslan lari balik Pontian

Salahuddin Ayub melompat riang

Mahfuz Omar gembira tergolek-golek

Esok hari Maarof mc lagi

Esok juga Cikgu Mala akan angkat sumpah

Angkat sumpah di mana ?

Di depan Nik Aziz.....

Wa kah kah kah kah kah kah lah kah......


Sedih Dari Tenang, BN Kalah, Cikgu Mala Menang

Dengan rasa berat hatinya aku menulis artikel ini untuk memberitahu kalian semua yang BN kalah di Tenang dan Cikgu Mala berjaya ditabalkan sebagai YB.

Pengorbanan Cikgu Mala meletak jawatan sebagai guru serta merta berbaloi.

Tahniah diucapkan Mahfuz Omar....

Ternyata apa yang disalakkan oleh Pas di atas pentas ceramah di depan ribuan orang yang rakyat menolak BN semuanya benar sama sekali.


Langsung Keputusan TIDAK RASMI PRK Tenang

Untuk kemaskini terkini sila tekan butang refresh atau F5


BN - 6698

PAS - 2963

MAJORITI
- 3735


1) KAMPUNG REDONG: BN-462 Pas-105

2) PEKAN AIR PANAS : BN-451 Pas-83

3) LADANG LABIS UTARA: BN-152 Pas- 40

4) BANDAR LABIS TIMUR: BN-669 Pas- 632

5) BANDAR LABIS TENGAH: BN- 365 Pas-851

6) LABIS: BN-269 Pas- 219

7) FELDA TENANG: BN-955 Pas-160

8) SAWAH BARU:BN-212- Pas-55

9) TENANG STESEN: BN-744 Pas-352

10) LADANG BUKIT DATO: BN-351 Pas-99

11) CHEMPELAK BARAT: BN- 838 Pas-142

12) CHEMPELAK: BN-985 Pas-135

13) UNDI POS: BN- 115 Pas 3



Khabar Dari Tenang

Peti undi telah ditutup

Peratusan keluar mengundi 71.71 % atau 10,579 orang.

Insyaallah saya akan kemaskini keputusan dari masa ke semasa...

Tenang : BN Tidak Boleh Mengharap

Maaf kerana lambat kemaskini.

Tersangkut dalam banjir, kemudian terima panggilan rumah yang kami tinggal dinaiki air. Bergegas balik ke rumah, kemas barang dan keluar.

Sekarang kawasan rumah kami sudah boleh naik bot.

Pesanan kepada penyokong BN, jangan terlalu mengharap bulan bintang.

Kita dalam keadaan tidak selamat sekarang kerana ramai penyokong dan pengundi melayu tidak dapat keluar mengundi kerana banjir.

Peratusan pengundi yang rendah kebiasaannya tidak menyebelahi kita.

Hujan lebat pada awal pagi menyebabkan sesetengah pengundi merancang untuk pergi mengundi sebelah petang. Tetapi di sebelah petang keadaan makin teruk dan air mula naik di banyak tempat.

Mereka sibuk mengalihkan barang-barang di rumah masing-masing dan di sebahagian tempat ada yang telah dipindahkan. Malah ada tempat yang terputus hubungan.

Kalau ada rezeki kita, menanglah BN.

Kalau tiada rezeki nak buat bagaimana...

Laporan Dari Tenang (3)

Sehingga jam 11 pagi 38.66 % dari 14'753 orang pengundi Dun Tenang yang telah keluar mengundi.

Calon BN telah keluar membuang undi pada jam 8.45 pagi di peti undi Kg Paya Merah.

Calon Pas pula hanya boleh lihat orang pergi mengundi sambil telan air liur. Kerana dia bukan pengundi di Dun Tenang.

Laporan Dari Tenang (2)

Felda Chempelak

Jentera Pas lumpuh kerana jentera BN yang dikendalikan oleh bahagian angkat Sri Gading, Sembrong dan Simpang Renggam mencecah 1000 orang.

Segala urusan pengangkutan untuk mengangkut pengundi keluar mengundi diatur dengan rapi dan teratur.

Akhirnya orang-orang Pas pun naik kereta BN untuk pergi mengundi,

PENTING !!! UNTUK HEBAHAN SEGERA

Pihak Pas telah menyebarkan SMS kononnya SPR telah menangguhkan proses pembuangan undi dun Tenang hari ini kerana hujan lebat.

Pihak SPR menafikan laporan itu.

Proses pembuangan undi berjalan seperti biasa. Tidak ada sebarang penangguhan.

Oleh yang demikian, kepada pengundi-pengundi Dun Tenang, jangan percaya kepada SMS yang disebarkan itu.

Mereka tidak mahu orang ramai keluar mengundi kerana jika peratusan keluar mengundi yang tinggi keputusan bakal menyebelahi BN.

Jika peratusan keluar mengundi yang rendah, ianya bakal memberi keuntungan kepada mereka.

Laporan Dari Tenang (1)

Hujan turun sejak malam tadi. Ada kalanya lebat,

Satu jam pertama selepas pusat mengundi dibuka, kira-kira 10.68 % pengundi telah keluar mengundi.

Di SRJK Tamil Ladang Voules sekumpulan geng-geng pemuda PKR memakai jaket BN dan provok pengundi supaya jangan undi BN. Mereka telah dihalau oleh pihak SPR.

Saturday, January 29, 2011

Itu Juga Bahaya, Jika Wakil Rakyat Suaminya Begitu

Video dibawah memaparkan komen Datuk Ahmad Maslan berhubung penyakit yang dialami oleh suami calon Pas.

Katanya penyakit itu merbahaya.

Dengan penyakit yang dialami suaminya itu tentu menyukarkan Normala melakukan tugas-tugasnya sebagai wakil rakyat.

Oleh yang demikian adalah lebih baik pengundi-pengundi dun Tenang tidak memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka sekiranya tidak mahu timbul masalah kemudian hari. Bimbang nanti masalah rakyat tidak dapat diselesaikan kerana dia sibuk menjaga suaminya yang sakit.


Penjelasan Isu Tanah Calon BN

Pas telah menjadikan isu sekeping tanah milik seorang lelaki yang telah dilelong sebagai modal utama kempen mereka di prk Tenang.

Malam tadi saya telah mendapat gambaran sebenar kes tersebut dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua perkara yang sebenar.

Seorang lelaki bernama Mansor adalah pemilik tanah di Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Mansor telah membuat pinjaman dengan bank CIMB dan menjadikan tanahnya sebagai cagaran.

Mansor telah gagal membayar balik pinjamannya kepada bank.

Berkali-kali Mansor diberi peluang oleh bank dengan cara baik agar menjelaskan pinjamannya.

Bagaimanapun Mansor tetap gagal menjelaskannya walaupun peluang demi peluang telah diberi.

Akhirnya bank menyerahkan kes Mansor kepada peguam panel mereka untuk tindakan undang-undang.

Peguam panel kepada bank bernama Firdaus. Peguam ini orang Pas.

Setelah kes diserahkan kepadanya, maka peguam yang juga orang Pas meneruskan tindakan undang-undang terhadap Mansor. Tindakannya ialah membuat urusan untuk melelong tanah milik Mansor bagi membolehkan bank mendapat balik wang mereka.

Untuk melelong tanah tersebut pihak bank melalui peguamnya perlu mendapat kebenaran pejabat tanah sebagai pentadbir.

Setelah bank menunjukkan segala bukti-bukti dan hujah-hujahnya mengapa tanah tersebut perlu dilelong, maka pihak pejabat tanah tidak ada alasan untuk tidak membenarkannya.

Lalu pejabat tanah telah memberi kebenaran bank untuk melelong tanah tersebut berdasarkan segala bukti dan hujah yang diberikan oleh peguam yang mewakili bank.

Beberapa hari sebelum tanah tersebut di lelong, Mansor telah datang ke bank dan berbincang dengan bank serta membuat bayaran kepada bank sebanyak RM 10 ribu bagi mengelakkan tanahnya dilelong.

Setelah menerima bayaran dari Mansor, peguam (orang Pas) yang mewakili bank TIDAK memaklumkan kepada pejabat tanah agar urusan lelongan tanah Mansor ditarik balik atau ditangguh kerana dia telah membuat bayaran kepada bank.

Pejabat tanah yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut telah meneruskan lelongan tanah Mansor pada hari yang telah ditetapkan untuk melelongnya.

Akhirnya tanah Mansor telah dilelong kerana KEGAGALAN peguam (orang Pas) memaklumkan kepada pejabat tanah agar urusan lelongan ditangguh atau dibatalkan kerana Mansor telah membuat bayaran kepada bank.

Tanah tersebut telah dibeli oleh seorang wanita. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan Mansor, maka Mansor telah mengambil tindakan mahkamah terhadap pejabat tanah.

Akhirnya mahkamah memutuskan agar tanah tersebut dipulangkan kembali kepada Mansor dan bank pula diminta membayar kembali wang kepada wanita yang membeli tanah tersebut.

Wanita tersebut tidak berpuashati, katanya beliau telah mengalami kerugian kerana selepas membeli tanah itu beliau telah bercucuk tanam atas tanah tersebut.

Akhirnya wanita tersebut saman pula pejabat tanah, bukannya beliau saman Azhar Ibrahim secara peribadi sebagaimana yang dicanang oleh juak-juak Pas yang otak kemetot seperti Shamsul Iskandar Mat Akin.

Perkara ini telah dijelaskan oleh blogger MIK beberapa hari lepas. Klik di sini

Kesimpulannya, dalam kes ini Azhar Ibrahim (calon BN) tidak melakukan sebarang kesalahan.

Beliau menjalankan tugasnya mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Orang yang perlu dipertanggungjawab dan bersalah dalam hal ini adalah peguam yang mewakili bank, Firdaus yang juga orang Pas.

Dia perlu dipersalahkan kerana gagal memaklumkan kepada pejabat tanah supaya urusan lelongan ditangguh atau dibatalkan.

Saya difahamkan Firdaus yang membocorkan perkara ini kepada Pas untuk didedahkan dalam kempen prk ini.

Friday, January 28, 2011

Normala Lakukan Dosa Depan Nik Aziz

Di bawah ini adalah kenyataan Nik Aziz berhubung suara wanita.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, kerajaan negeri juga mengambil keputusan tidak membenarkan wanita menyertai tilawah al-Quran yang diadakan setiap tahun.

Katanya, usaha tersebut dilakukan bagi menjaga aurat wanita dari segi suara.

Beliau juga berkata, walau pun ada pendapat mengatakan suara wanita itu khilaf pada pendapat sesetengah ulama, namun kita memilih mazhab yang berpendapat suara wanita itu aurat.
Sumber : Harakah Daily

Wanita baca Quran tak boleh kerana suaranya aurat.

Wanita berceramah apa hukumnya ?

Gambar di bawah menunjukkan calon Pas, Normala sedang menyampaikan ceramah depan Nik Aziz dalam kempen prk Tenang semalam.

Apakah Normala berceramah tidak menggunakan suara ?

Itulah buktinya Pas tidak pernah tetap pendirian dan sanggup mengubah apa sahaja hukum asalkan memberi keuntungan politik kepadanya.

Buta-buta sahaja Nik Aziz dapat dosa semalam kerana mendengar suara (aurat) Normala berceramah. Normala pun berdosa juga kerana mempamerkan aurat depan Nik Aziz.

Malaysia Sudah Tidak Selamat - Normala


Lihat video ini terlebih dahulu


Dalam video diatas calon Pas berkata Malaysia perlu diselamatkan. Anda tahu apa maksudnya Normala Sudirman apabila dia mengatakan Malaysia perlu diselamatkan?

Sebabnya ialah keluarga Normala Sudirman sendiri pun penuh dengan masalah dan bukanlah keluarga contoh. Menuruti jejak langkah bapanya, Normala Sudirman sebelum berkahwin dengan suaminya sekarang, telah pun berkahwin sebelum itu dengan seorang lelaki lain. Sebab-sebab mereka berpisah tidaklah perlu kita utarakan sekalipun khabar-khabar angin mengatakan, Normala Sudirman bermata duitan. Ada pula skandal dia dengan suaminya sekarang, sehingga akhirnya diceraikan oleh suami yang pertama.

Bapanya dikatakan pernah mencekik duit peserta FELCRA Sekijang sewaktu dilantik sebagai Pengerusi dahulu. Dia dilantik sebagai Pengerusi pada tahun 1995 dan dalam akaun, terdapat setengah juta ringgit. Dia lepaskan jawatan sebagai Pengerusi pada 1999, koperasi pula berhutang setengah juta. Setengah juta ringgit hilang, sebaliknya pula hutang menjadi setengah juta atau dalam bahasa mudahnya, RM1 juta yang hilang buta-buta di bawah tangan bapanya.

Paling menarik ialah apabila bapanya sewaktu dilantik sebagai Pengerusi, telah ke Indonesia dan menikahi seorang lagi isteri. Namun yang terlebih-lebih menarik ialah, betapa bapanya tidak langsung menghormati perasaan isteri tuanya atau ibu Normala apabila meletakkan gambar pernikahannya dengan wanita Indonesia di ruang tamu rumah mereka.

Perangai bapa Normala Sudirman ini bukanlah asing di FELCRA Sekijang. Sebelum berkahwin dengan wanita Indon itu, mereka tahu siapa yang diusungnya pulang ke rumah.

Itu yang Normala Sudirman kata nak selamatkan Malaysia, nak bela nasib peneroka FELDA dan nak tingkatkan ekonomi rakyat? Katanya lagi, Malaysia dah tak selamat.

Dah tak selamat sangatlah sampai boleh pulak dia cerita macam mana dia bersekolah sampai boleh jadi cikgu. Kalau Malaysia dah tak selamat, bagaimana pula dia boleh belajar sampai jadi cikgu? Atau dia sememangnya adalah mangsa rogol, mangsa cabul, mangsa raba atau memangsai lelaki-lelaki lain sehingga menyebabkan dia melabelkan Malaysia sebagai ‘tidak selamat’?

Nak bela nasih Peneroka? Bela dululah nasib ibu sendiri yang disia-siakan oleh bapanya. Tak payahlah sibukkan hal orang lain, kalau keluarga sendiri pun penuh dengan masalah.

Siapa Dia Normala Sudirman ?

Cerita Normala Sudirman semakin menarik. Cerita tentang latar belakangnya, kini bagaikan cerita Upin dan Ipin yang mudah diperolehi bahkan anak-anak kecil di Tenang pun tahu juga cerita itu.

Nasiblah kau, siapa suruh kau tawarkan diri dan beriya-iya sangat nak jadi wakil rakyat. Sekarang mana-mana pun cerita kau gila kuasa,kau sombong dan kisah peribadi kau semakin kuat kedengaran.

Hari ini pula ada satu lagi kisah baru yang kami ingin kongsikan dengan anda. Bukan niat kami nak serang peribadi calon Pas, tetapi kami terpaksa melakukan setelah calon kami diserang bertalu-talu. Bukan kami yang mulakan dulu, Din Puduraya yang mulakan dulu.

Maka bermulalah kisah, Mala berjaya masuk ke maktab perguruan. Pada masa itu, dia sudah pun berkahwin dengan seorang lelaki bernama Abdul Rahman. Suaminya pada masa itu bekerja di restoran Marry Brown.
Masuk sahaja maktab, dia bertemu dengan Maarof. Mata bertentang mata, lidah kelu tak terkata, dari mata terus turun ke hati. Janji untuk sehidup semati bersama suaminya sudah lenyap. Abdul Rahman telah pun DIMADUKAN oleh Normala Sudirman. Normala terlupa statusnya sebagai isteri kepada Abdul Rahman, sebaliknya asyik masyhuk dengan jantan lain yang bernama Maarof.

Akhirnya rumahtangga yang dibina bersama Abdul Rahman runtuh. Normala Sudirman beralih ke dakapan Maarof dan mereka dapat tiga orang anak sampai sekarang.
Dalam keadaan seperti itu, biasanya orang yang bersalah atau berasa bersalah, akan cepat-cepat berada dalam lingkungan agama. Ubah penampilan seperti orang beragama, kemudian cerita tentang negara Islam, sebab dia mahu sejarah silamnya cepat-cepat dilupakan. Sebab yang paling utama, dia tidak mahu sesiapa pun mengungkit sejarah silamnya yang membuktikan betapa gediknya Normala Sudirman yang menjadi calon Pas di Tenang.

Maka tidak hairanlah Maarof si lakinya, macam orang jantan gila talak, berkepit ke sana ke mari. Berpegangan tangan dan sanggup makan daripada hasil yang haram dengan menipu sijil sakitnya walhal dia sihat sejahtera.

Isterinya baru jadi calon, dia dah bercuti sakit 21 hari. Belum lagi jadi YB. Kalau Normala Sudirman jadi YB Tenang, tidak mustahil Maarof akan jadi pencacai pengangkat beg tangan sebab dia tahu, anjing yang sudah biasa makan tahi, tidak dimakan, dihidu juga taik yang ditemuinya.
Normala tinggalkan suami pertamanya yang bernama Abdul Rahman untuk mengejar Maarof. Maka tidak mustahil juga suatu hari apabila pemimpin-pemimpin otai Pas yang gila mengira kepala bini ada-ada sahaja alasan untuk bersepi-sepian dengan isterinya atas alasan urusan parti.

Kesian Maarof, bersiap-sedialah kau untuk kehilangan seorang isteri yang tercinta. Dulu kau buat kat Abdul Rahman, sampai hancur luluh perasaan dia, sekarang, rasakan pula hasil daripada perbuatan kau dahulu. Cuma kali ini, tidaklah cikai sangat sebab Normala kali ini pasti mempunyai sasaran yang lebih tinggi dan lebih berprestij berbanding Maarof yang berwajah loyok... orang sakit ler katakan... cuti sakit 3 minggu pulak tuh.

Kepada pengundi-pengundi dun Tenang, itulah wajah sebenar calon Pas yang digambarkan sebagai orang yang baik dan suci. Pas siang malam ,pagi petang keliling negara memburukkan Umno dan sebagainya,kita ingatkan mereka suci. Rupa-rupanya mereka penuh dengan kurap juga.

**Baca balik cerpen yang digarapkan oleh kickdefella dua hari lepas. Ada persamaan atau tidak dengan kisah diatas. Klik sini

Apakah Rahsia Di Sebalik Gambar Ini ?

Apakah rahsia di sebalik gambar ini ?

Tunggu jawapannnya di blog ini pada jam 10 pagi ini.

Sebab itu saya dah pesan kepada Din Puduraya, jangan ingat kamu sahaja yang ada peluru, kami pun ada peluru juga. Lihat di sini

Kami dah pesan kepada kamu, tapi kamu tak hairan, sekarang kamu terimalah bahananya.

Tunggu jam 10 pagi....

Thursday, January 27, 2011

Tipu Cuti Sakit, Ibu Bapa Berang

Tindakan suami calon Pas, Maarof Abd Mutalib yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan serta kemarahan ibu bapa pelajar sekolah terbabit.

Yang menjadi persoalan serta kemarahan ibu bapa berkenaan adalah jika benar beliau sakit bagaimana beliau dilihat sentiasa bersama isterinya, Normala Sudirman berkempen di setiap pelusok di Tenang.

Seorang bapa yang menetap di Kg Tenang Station, Taib Abdullah, 51 berpendapat Cikgu Maarof bukan sahaja tidak amanah kepada Allah s.w.t, dirinya, malah kepada seluruh pelajar dan kerajaan.

“Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya. Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak. Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya.

“Tidak terfikirkan beliau duit gaji yang diambil itu adalah duit yang diragui. Tindakan beliau mengambil cuti sakit bukan saja menyusahkan pihak sekolah, guru malah turut menjejaskan pelajaran murid. Saya yakin ramai ibu bapa kecewa dan marah dengan tindakan suami calon Pas ini,” katanya.

Beliau seterusnya mempersoalkan jika beliau tidak sakit tetapi mengambil cuti sakit bermakna beliau telah melakukan penipuan.

“Bukan sehari dua dia ambil cuti sakit tetapi tiga minggu…. Dia sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar…. Jangan jadi cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

“Lagi satu, beliau secara terang-terangan menyokong parti pembangkang. Ini sewajarnya diambil tindakan yang sepatutnya oleh kerajaan. Menipu satu hal. Sokong pembangkang secara terbuka satu hal lagi. Kementerian Pelajaran wajib menilai tindak-tanduk beliau yang saya khuatiri boleh menjejaskan masa depan anak-anak sekolah di sini,” katanya.

Sementara itu, Rokiah Ali, 53 dari kampong yang sama mengingatkan balasan Allah terhadap mereka yang tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

“Tugas guru merupakan tugas yang mulia.Jangan jadi penipu. Beliau tidak sepatutnya buat begitu. Gaji yang diambil itu untuk kegunaan keluarga dan menjadi darah daging. Ingatlah balasan Allah.

“Kalau betullah beliau berbuat demikian, saya khuatir tindakan itu akan menjadi ikutan dan contoh kepada anak murid di sekolah terbabit.,” katanya.

Sementara itu, Robiah Majid, 47 yang turut mempunyai anak di sekolah berkenaan turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Cikgu Maarof yang sanggup mengabaikan tanggugjawab semata-mata berkempen untuk isterinya.

“Kalau betul apa yang orang kampong hebohkan hari ini itu betul tak eloklah…Makan gaji tidak berkat. Jadi darah daging.Kita orang Islam takkan beliau tidak tahu hal halal dan haram.

“Tak eloklah beliau buat begitu. Kalau dah begitu, apa lagi yang saya nak katakan. Kecewa tu memang kecewalah sebab dengar kata beliau ambil cuti sakit tetapi ikut isterinya berkempen. Tak eloklah cikgu buat begitu., Sebagai ibu saya tidak mahu anak-anak kita tiru perangai begitu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station, Pn Norani Saring mengesahkan Cikgu Maarof mengambil sijil cuti sakit.

Namun beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak Pelajaran Daerah untuk membuat sebarang ulasan.

Sumber: Umno Online

Masuk Kawasan Cina, Kopiah Pun Melayang

Kopiah atas kepala

Masuk tempat cina, kopiah pun melayang. Itulah buktinya Pas sanggup buat apa saja untuk dapat undi. Isteri dijadikan taruhan, agama pun diperdagangkan, kalimah Allah dijual buta-buta, ayat Quran dberikan cina baca dan kesucian masjid pun digadaikan.
Normala berpelukan dengan cina kesayangan Nik Aziz yang memberi tazkirah di sebuah surau di Kajang yang kini sedang mengandung anak luar nikah. Sini

Suami Normala Kantoi Lagi

Panazzzzzzzzz......

Suasana makin panas lagi.

Sijil cuti sakit diatas adalah milik suami Normala yang dikeluarkan oleh Pusat Perubatan Keluarga (klinik swasta).

Suami Normala diberi cuti sakit pada 6 & 7hb jan, iaitu pada hari khamis dan jumaat. Macam tahu-tahu pula dia nak sakit pada hari khamis dan jumaat, kemudian bersambung pula dengan sabtu dan ahad. Dapatlah cuti empat hari.

Cuti sakit diatas di keluarkan sebelum dia mendapat cuti sakit dari hospital kerajaan.

Apa yang saya nak kongsikan dengan anda ialah tentang klinik yang mengeluarkan sijil cuti sakit diatas.

Daripada risikan yang saya jalankan hari ini, doktor klinik tersebut adalah biras kepada suami Normala.

Adik kepada Normala iaitu Norhana Bt Sudirman adalah isteri ke tiga kepada doktor klinik berkenaan, iaitu Dr Jalil.

Mengikut maklumat yang saya dapat, suami Normala sering ponteng kerja kerana sering membawa isterinya ke sana sini untuk urusan politik. Maklumlah Normala pegang pelbagai jawatan dalam Pas, sudah tentulah dia sibuk dengan urusan politik.

Oleh yang demikian saya merasakan ini bukan kali pertama klinik di atas mengeluarkan mc kepada suami Normala. Pejabat Pendidikan Segamat boleh semak perkara ini. Saya yakin jika semakan dilakukan berpuluh-puluh mc dari klinik yang sama dapat dikorek keluar. Maklumlah biras sendiri doktor. Tak payah pergi klinik pun boleh, duduk rumah saja mc boleh sampai.

Dalam hal ini, saya rasa adalah lebih baik Kementerian Kesihatan juga menjalankan siasatan untuk mengetahui hubungan antara doktor yang bertugas di klinik swasta diatas dengan doktor klinik kerajaan yang mengeluarkan mc kepada suami Normala.

Tidak mustahil doktor tersebut mempunyai kenalan dengan doktor-doktor hospital kerajaan yang boleh 'kawtim' untuk keluarkan mc kepada suami Normala.

Minta maaflah kepada penyokong-penyokong Pas, kami sebenarnya tidak berhajat untuk menggunakan isu ini kalau tidak Pas yang mulakan dulu. Semuanya bermula dari pemimpin Pas.

Salahuddin Ayub@Din Puduraya yang mula serang calon BN. Tiga hari lepas saya dah pesan kepada Din Puduraya, jangan ingat kamu sahaja yang ada peluru, kami pun ada peluru juga. Lihat di sini

Esok akan ada pendedahan yang lebih panas lagi tentang Normala yang akan kami dedahkan.

Jadi sekarang kita semua boleh lihatlah perangai pemimpin Pas yang kononnya lebih baik, lebih islam dan suci daripada segala kekotoran serta kejahatan. Perangai lebih teruk dari jin tanah.

Sebab itu saya kata taraf Pas sama dengan bapa dan ibu ayam. Bapa dan ibu ayam lacurkan perempuan untuk kepentingan mereka. Pas pula lacurkan agama untuk kepentingan politik mereka. Sini

Sah ! MC Milik Suami Normala

Seorang rakan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah Segamat sebentar tadi bagi mendapatkan pengesahan Sijil Cuti Sakit suami calon Pas.

PPD Segamat mengesahkan mc tersebut adalah milik suami Normala yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat.

MC pertama diberi cuti selama 14 hari dari 10hb jan - 23hb jan

MC kedua diberi cuti 5 hari dari 24hb - 28hb jan (jumaat). Sabtu hari cuti, ahad hari mengundi pun hari cuti. Isnin boleh kembali bekerja, p/raya dah habis.


Sementara itu dianogsis yang dicatatkan pada mc ke 2 (garisan hitam) tertulis 'Repussive Mood'. Maksudnya lebih kurang 'mood agresif' atau boleh kita katakan menghadapi masalah psikologi atau dalam bahasa kasar dipanggil 'gila'.

Mengikut seorang doktor yang saya hubungi sebentar tadi, kebiasaannya untuk kes-kes sebegini hanya pakar psikiatri yang boleh mengeluarkan mc terus selama 14 hari. Dalam kes ini ianya tidak berlaku, hanya klinik kesihatan yang mengeluarkan mc tersebut. Kemudian disambung pula 5 hari lagi oleh klinik kesihatan yang sama. MC tersebut juga tidak diketahui ditandatangan oleh siapa, samada oleh doktor sendiri atau oleh pembantu perubatan (MA) kerana ruang nama dan jawatan telah ditutup

Bagaimanapun mengikut doktor yang saya hubungi itu, mc tersebut tidak boleh dipertikaikan kerana ianya sah.

Cuma dalam bab ini ianya seolah-olah telah berlaku pakatan antara suami Normala dan orang yang mengeluarkan mc.

Sekiranya suami Normala benar-benar sakit, maka dia harus berada di rumah dan tidak boleh mengikut isterinya berkempen. Tambahan pula penyakit yang dihadapinya adalah penyakit yang melibatkan otak kerana ianya boleh mengancam orang ramai. Buatnya dia datang 'mood agresif' kemudian tiba-tiba mengamuk dan pukul orang merata, tak ke haru biru jadinya.

Inilah perangai orang Pas, sana sini tuduh orang itu jahat, orang ini rasuah, orang itu menipu, dan sebagainya. Diri sendiri tak sedar. Kopiah putih atas kepala, tetapi mc pun menipu. Kalau nak tolong isteri berkempen, ambillah cuti tanpa gaji.

Tak malu ke, ambil mc, gaji jalan. Duit apa yang kau makan ? duit haram kerana menipu sakit, kemudian sibuk berpolitik, dapat gaji balun, bagi anak bini makan. Duit haram oiiiii.....

Buang sahajalah kopiah atas kepala tu, dasar parti penipu.

Kementerian pendidikan harus mengkaji balik kedudukan sebagai guru. Dia perlu dihantar untuk menjalani rawatan psikiatri untuk mengesahkan tahap mentalnya kerana bimbang ianya boleh mengancam keselamatan murid-murid.

Suami Normala Dapat MC Untuk Bantu Isteri Berkempen

Saya tidak mahu bercakap banyak atau menulis panjang. Cuma nak minta Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan menyiasat Sijil Cuti Sakit di bawah samada ianya benar-benar milik suami kepada calon Pas atau bukan.

Cerita mengenai perkara ini saya petik dari blog My Anger.

Jika benar mc tersebut miliknya bermakna dia telah menipu, berpura-pura sakit kerana hendak bawa isterinya berkempen.

Bagaimana pula doktor boleh memberi mc sehingga 19 hari kepada orang yang berpura-pura sakit. ?



Calon Pas Anak Derhaka ?

Nik Aziz pernah kata, kalau Pas nak pilih calon, mesti calon yang molek-molek, yang tidak ada masalah moral dan sosial dan tidak merokok. Nik Aziz tak pernah pulak cakap yang calon Pas mesti seorang yang patuh kepada ibu bapa.

Ibu kepada Normala Sudirman, calon Pas di Tenang bernama Mumini Yahya. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, ibu Normala adalah seorang ahli Umno yang masih aktif .

Mungkin ada dikalangan juak-juak Pas akan berkata , dia dah lama sokong Pas cuma Umno yang tak buang namanya. Oh tidak..... kalau ada yang beranggapan begitu ternyata mereka silap. Ibunya masih aktif bersama Umno, buktinya pada tahun 2010 beliau masih lagi datang ke mesyuarat cawangan Umno di tempatnya.

Nama : Mumini Bt Yahya
No keahlian Umno : 01117148
Cawangan : Felcra Sekijang
Bahagian : Sekijang
Negeri : Johor

Mak Umno, anak Pas, apa cerita tu? Biasanya kalau emak Umno, dan anak pula Pas, persengketaan dan perbalahan antara anak dan emak tidak dapat dielakkan. Tambahan pula, Normala Sudirman memang aktif dengan Pas sejak sekian lama.

Budak-budak Pas sudah biasa sangat dengan cercaan terhadap sesiapa sahaja yang mereka ketahui menjadi ahli parti Umo. Bahkan orang yang tidak jadi ahli Umno tetapi sependapat dengan Umno pun, dituduh sebagai Umno juga. Ahli-ahli Pas hanya tidak menderhaka kepada Tok Guru dan pemimpin Pas sahaja. Selain dari pemimpin Pas, mereka ‘dihalalkan’ derhaka walaupun orang itu adalah ibu bapa mereka sendiri.

Pernah dengar Tok Guru Nik Aziz bagi ceramah, jangan lawan mak bapa? Pernah sesiapa dengar Nik Aziz beritahu, selagi mak bapa itu tidak menyuruh melakukan maksiat, maka wajib seorang anak itu akur. Yang selalu kita dengar, Nik Aziz beritahu, Umno bukan Islam. Jadi, secara tak langsung, Nik Aziz dah halalkan sebarang penderhakaan kepada ibu bapa yang jadi ahli Umno.

Walaupun Normala Sudirman tak cakap tentang kafirnya Umno, hilang akidahnya Umno, tetapi dengan bertanding sebagai calon Pas dan tidak menegah sebarang cercaan itu dengan bersungguh-sungguh, Normala Sudirman telah pun menyamakan ibunya seperti si kafir yang dimaksudkan.

Maka bayangkanlah seorang anak yang telah mengkafirkan ibunya, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung... jenis apakah anak itu?

Derita Abang Man Siapa Yang Tahu

Wow, Sheikh Kickdefella sudah mula kasi panas nampaknya. Walaupun cerpen panas yang ditulisnya dikatakan hanya rekaan semata-mata tetapi kita semua boleh faham apa maksudnya.

Ada beberapa bahagian dalam cerpen tulisan kickdefella ini mempunyai persamaan dengan cerita yang saya dapat sewaktu mengunjungi Felcra Sekijang pada hari selasa.

Jom kta sama-sama baca cerpen tersebut. Lebih afdal membacanya sambil mendengar lagu dalam video klip dibawaah.



Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Begitulah derita jiwa Abang Man yang kemudian membawa diri dari Felcra Sekijang dengan sebungkus hati yang remuk.

Tak pernah Abang Man sangka, jawatan pengurus yang disandangnya tidak akan dapat memuaskan kehendak material isterinya.

Ya, isterinya Kak Mal. Masih segar dalam ingatan Abang Man, saat Kak Mal mengucup tangannya tanda perpisahan di Maktab Tuanku Bainun Pulau Pinang. Sekali tidak Abang Man menyangka, perpisahan itu adalah perpisahan abadi dalam rumahtangga mereka.

Sewaktu memandu pulang seorang diri, Abang Man terkenang lagu Sudirman yang dinyanyikan bapa mertuanya sewaktu membawa pulang perempuan Siam dengan penuh bangga.

Ya, Kak Mal akan kembali. Tetapi tidak Abang Man menduga, Kak Mal akan menuruti jejak langkah ayahandanya dan membawa pulang sekeping hati yang telah dipangkah oleh mamat boria Pulau Pinang.

Tak dapat Abang Man ceritakan bagaimana perasaannya bila Kak Mal minta dilepaskan. Abang Man hanya mampu membungkus helai-helai uniform Mary Brownnya yang mana termampu dan berjalan buat kali terakhir di antara pokok-pokok sawit sambil berhenti membetulkan papan tanda koperasi penduduk yang habis duitnya dibelasah bapa mertuanya.

13 belas tahun peristiwa berlalu, dan kini hatinya terguris kembali menatap wajah Kak Mal yang sudah berjaya di dada akhbar. Kejayaan yang berpunca dari pengorbanannya melepaskan Kak Mal pergi ke Maktab Tuanku Bainun untuk belajar menjadi guru. Pengorbanannya yang dibalas dengan tuba oleh Kak Mal.

Tidak dapat Abang Man bayangkan, habis minyak hampas sawit Kak Mal campak begitu sahaja. Tak dapat juga Abang Man bayangkan, saat dia bertungkus lumus mencari rezeki menampung keluarga, Kak Mal berlari-lari dengan Mat Ouf Boria mengelilingi Komtar dan bercanda di pasiran Batu Feringghi.

Tetapi Abang Man tetap redha dan sesekali pun tidak pernah berdendam walau sekian lama dia berendam air mata. Dan bila rindu terus mencengkam, Abang Man akan nyanyikan lagu Maya oleh Sudirman sambil mengenang bekas bapa mertuanya yang kini sudah beristeri dua, satu di Malaysia dan satu di Indonesia.

Hati Abang Man sentiasa dengan bekas ibu mertuanya yang semakin tersiksa makan hati berulam jantung siang dan malam.


Benarkah calon Pas seorang anak yang derhaka kepada ibunya ?

Tunggu cerita lanjut jam 11.30 pagi hari ini.

Wednesday, January 26, 2011

Tenang: Tidak Mustahil Pas Menang

Hari ini sudah lima hari tempoh kempen berjalan. Bakinya hanya tinggal tiga hari lagi.

Mampukah BN menang dengan majoriti sepertimana yang disuarakan oleh PM dan TPM ?

Saya tidak mahu syok sendiri atau cuba menyatakan yang baik-baik sahaja. Saya akan memberi pandangan dengan sebenar-benarnya berdasarkan apa yang saya lihat.

Sebelum penamaan calon dan pada hari pertama kempen jika kita lihat diatas kertas, nampak seperti BN akan menang mudah. Itu pada ketika itu, dan jika anda tanya saya pada hari ini, saya akan jawab bukan senang untuk BN menang. Jangan salah anggap, bukan sukar untuk dapat majoriti 5 ribu, tetapi sukar untuk menang.

Saya melihat cara berkempen BN di sini lebih kurang cara berkempen di Sibu. Jentera kempen BN kelihatan selesa, mungkin kerana menjangkakan mereka akan menang dengan mudah. Ini berbeza dengan jentera kempen Pas yang kelihatan semakin kuat bekerja.

Petang semalam semasa saya sedang minum di gerai depan sekolah cina Labis, kelihatan jentera-jentera kempen Pas begitu agresif sekali bergerak mengedar risalah-risalah serta surat khabar cina sambil membawa loud haler memaklumkan lokasi-lokasi ceramah Pas.

Menurut peniaga di situ, dalam tempoh satu jam tiga kali mereka pusing tempat itu dan memaklumkan tentang program Pas. Saya tanya balik tuan kedai tersebut, orang BN berapa kali pusing seperti itu dan dijawabnya tak pernah ada sekali pun.

Itu adalah salah satu contoh.

Tidak boleh dinafikan sokongan kepada Pas nampak semakin meningkat terutamanya di kalangan pengundi cina. Semakin hari kehadiran mereka di ceramah-ceramah ajuran Pas atau DAP semakin meningkat.

Pengundi melayu pula susah untuk diramalkan. Setakat ini kelebihan boleh dikatakan berpihak kepada BN. Walaupun sokongan lebih kepada BN ianya tidak menjamin kemenangan kerana pengundi melayu hanya 47 .54 %.

Dipendekkan cerita, jangan terkejut sekiranya Pas mampu lakukan kejutan di Tenang, seperti apa yang terjadi di Sibu.

Kalau BN rasa nak menang, peluang masih ada. Semua jentera kempen harus 'all out' dalam tempoh bekempen yang berbaki tiga hari lagi, dan jangan hanya berharap pada wanita Umno sahaja. Jangan terlalu selesa sangat dan harus buang cara berpolitik lama. Sekarang zaman telah berubah, jangan lagi ingat sesiapa sahaja calon asalkan mewakili BN maka dia akan menang.

Mala Tak Boleh, Nizar No Problem


Sepertimana yang kita tahu, isu bersalam (berjabat tangan) telah menjadi kecoh dalam kempen prk Tenang. Pas terus pertahankan tindakan calonnya yang tidak mahu bersalam dengan lelaki-lelaki bukan Islam, kononnya mengikut tuntutan Islam. Ya benar, saya setuju.

Cuma saya ingin kongsi dengan anda tentang sikap kluk-klek Pas. Sana tak boleh sini boleh. Di Kelantan kaunter pembayaran pasaraya untuk wanita dan lelaki diasingkan. Di Selangor wanita dan lelaki boleh bersenamrobik bersama dalam kawasan masjid. Sini

Di Kelantan bukan Islam tidak dibawa masuk ke masjid, di Selangor boleh. Di Kelantan pusat-pusat hiburan dan kedai nombor ekor tidak dibenarkan. Di Kedah, no problem, semua boleh.

Dulu sebelum memerintah Selangor Pas kata, kalau malam ini mereka menang pilihanraya di Selangor , esok pagi-pagi lagi sebelum ayam berkokok kita (Pas) akan tutup kilang arak di Batu Tiga.

Sekarang apabila dapat kuasa di Selangor, kilang arak bukannya hendak ditutup, malah pemimpin Pas pergi melawat dan tanya samada terdapat rancangan untuk memperbesarkannya lagi atau tidak. Kalau ada rancangan untuk perbesarkan, mereka hendak bagi tanah lain yang lebih luas lagi.

Begitu juga dalam soal meletakkan calon wanita. Dulu Pas kata orang wanita tak boleh bertanding p/raya. Sekarang apa jadi ?

Itulah sebahagian contoh sikap kluk-klek yang dimiliki Pas.

Itulah yang terjadi di Tenang sekarang, Normala tidak boleh bersalam dengan lelaki-lelaki bukan islam. Haram !

Yang gambar di bawah ini apa ceritanya ?

Apakah lelaki berbaju batik dalam gambar di bawah bukan ahli Pas ?

Yang ini tidak haram ke ?

Penjilat-penjilat Pas dah berdendang sayang. Kata mereka, Umno jahil dan tidak reti nak ajar MCA macam mana nak hormatkan ajaran Islam. Umno tak macam Pas yang berjaya tarbiahkan DAP supaya hormatkan Islam. Kata merekalah...

Cuba ingat-ingat balik apa yang dikatakan oleh Nik Aziz dan para pemimpin Pas apabila pemimpin DAP kata sesuatu yang menghina Islam atau niat Pas untuk menubuhkan Negara Islam.Kata mereka, sebab DAP tu bukan Islam, tak hairanlah kalau dia buat salah.

Yang tegur Normala Sudirman tidak bersalaman dengan yang bukan muhrim adalah Chua Soi Lek dan Tan Lian Hoe. Kenapa tak samakan sahaja Chua Soi Lek dan Tan Lian Hoe macam pemimpin DAP lain yang juga menentang banyak nilai-nilai Islam? Kenapa salahkan UMNO? Sedangkan Pas pun bukannya hebat sangat mentarbiah DAP sampaikan Lim Guan Eng pun berani kata,undi Pas masuk syurga.

Jangan jadi munafik. Bangga sangatkah Pas dengan dasar munafik dan bermuka-muka mereka? Kenapa double standard jadi amalan ‘terpuji’ dalam Pas?

Kena kat batang hidung sendiri, terus cakap, mereka bukan Islam.Kena kepada Umno, bukan main lagi cakap, Umno tak pandai tarbiah MCA. Dasar munafik !

Normala Tidak Layak Jadi Wakil Rakyat

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana tidak mengemaskini blog semalam. Bukannya saya hilang atau sudah kembali ke KL. Semalam sehari suntuk saya turun padang bagi mencari peluru.

Semalam saya ke Felcra Sekijang, kampung calon Pas. Dari pagi sampai ke petang saya berada di sana bagi mengorek cerita tentang calon Pas. Sebelah malam pula ke Felda Chempelak Barat untuk mendengar ceramah Pas.
Calon Berwibawa ?
Kah...kah....kah...kah....kah....kah....

Normala adalah anak jati Felcra Sekijang dan sehingga sekarang masih lagi tinggal di sana bersama ibu bapanya. Dia adalah anak pertama dari isteri pertama. Ayahnya mempunyai seorang lagi isteri warga indonesia dan ada seorang anak bersama isteri kedua. Mereka sekarang menetap di Indonesia. Yang hebatnya, selepas bernikah di Indonesia Wak Sudirman pulang ke Felcra Sekijang membawa sekeping gambar pernikahannya bersaiz besar kemudian diletakkan di ruang tamu rumahnya.

Mengikut cerita orang-orang Felcra berkenaan mereka pun terkejut apabila mendapat berita Normala diangkat sebagai calon Pas.

Bagi mereka Normala tidak layak sama sekali menjadi wakil rakyat kerana dia seorang yang sombong dan tidak pernah bergaul dengan masyarakat sekeliling rumahnya. Malah jika ada jiran-jiran membuat kenduri pun dia tidak pernah datang.

Menurut orang-orang kampung, bukan setakat Normala sahaja yang sombong malah suaminya juga seorang yang sombong dan tidak bercampur gaul dengan masyarakat.

Kepada pengundi-pengundi Dun Tenang, seandainya anda semua tidak percaya apa yang saya tulis ini, anda boleh pergi ke Felcra Sekijang dan tanya sendiri masyarakat di sana benar atau tidak apa yang tulis ini.

Monday, January 24, 2011

Pesanan Kepada Pengundi Dun Tenang

Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.

Kepada pengundi-pengundi Dun Tenang yang dihormati.

Ambo bukan nak ceramah, ambo juga bukan nak mengajar, cuma ambo nak berpesan-pesan dengan kebenaran.

Pakcik , makcik ,abang, kakak dan adik-adik sekalian. Pada 30hb ini demo semua nak pergi mengundi.

Jadi ambo ambil kesempatan ini nak pesan-pesan kepada demo semua supaya berhati-hati semasa memangkah kelak.

Nasihat ambo tak usahlah nak cuba-cuba untuk undi Pas, parti sampah dan pemimpin pemalas. Mereka hanya tahu menyalak memaki hamun orang serta memfitnah.

Kenapa ambo minta demo semua jangan undi Pas ?

Ambo bagi contoh mudah ja....

Kelantan adalah negeri yang diperintah Pas. Maknanya Pas adalah kerajaan di Kelantan. MBnya bernama Nik Aziz yang juga adun kawasan Chempaka.

Kalau di negeri yang mereka jadi kerajaan dan kawasan yang diwakili oleh MBnya sendiri masalah rakyat pun mereka tak boleh selesai, apa lagi kalau Mala yang dipilih menjadi wakil rakyat di negeri yang bukan Pas jadi kerajaan.

Apa masalahnya ?

Klik di sini

Tak usahlah demo-demo semua termakan kata-kata Pas, kononnya nak perjuangkan itu ini. Itu semua tipu. Yang mereka perjuangkan adalah perut dan poket mereka.

Mala sudah letak jawatan sebagai cikgu dan hilang gaji kurang-kurang pun RM 3 ribu sebulan semata-mata nak jadi calon pilihanraya. Itu pasallah sekarang bulan bintang, syurga neraka yang dijanjikannya semasa berkempen untuk memastikan kemenangannya. Apabila menang kelak, maka dia dapatlah gaji sebagai wakil rakyat. Boleh ganti balik gaji sebagai guru yang telah hilang.

Andai ditakdirkan dia menang dan bergelar yb, rakyat datang minta bantuan dia tidak akan bantu dan salahkan kerajaan negeri atau pusat pula. Akhirnya rakyat pulang dengan kosong. Mala peduli apa masalah rakyat, janji dia dapat gaji. Itulah perangai pemimpin-pemimpin Pas yang bergelar yb. Mereka lebih penting poket dan perut mereka.

Satu lagi contoh kegagalan Pas memerintah ialah apabila seorang wakil rakyat Pas di Kelantan terpaksa menebalkan mukanya pergi berjumpa dengan pemimpin BN untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah rakyat di tempatnya. Klik sini, sini dan sini.

Pesan saya, kalaulah anda jumpa Mala atau kuncu-kuncu Pas datang berkempen dengan anda,beritahu mereka supaya selesaikan masalah di Kelantan terlebih dahulu dan jadikan Kelantan negeri contoh sebelum nak melangkah ke Johor.

Pas Dulu dan Kini

Dulu bukan main melarang lagi wanita jadi calon.

Sekarang bukan setakat jadi calon, malah boleh duduk sebelah-sebelah lagi.

Awal-Awal Lagi Pas Sudah Tertekan

Belum sampai 24 jam tempoh kempen bermula Pas sudah mula tertekan.

Risalah dibawah dipercayai diedarkan pada sabtu malam ahad, kononnya penyokong-penyokong Ketua Wanita Umno Labis tidak berpuashati dengan pemilihan Azahar Ibrahim sebagai calon BN.

Yang kelakarnya pula kononnya risalah itu diedarkan Kelab Wanita Veteran BN Labis.

Pas oh Pas, kalau nak menipu pun biarlah boleh masuk syurga.

Kelab itu tidak pernah wujud pun wahai samdol.

Pas Kantoi lagi.



Laporan polis oleh bekas Ketua Wanita Labis

Laporan polis oleh Ketua Wanita Labis (Linda)

Pesanan Kepada Din Puduraya

Salahuddin Ayub@Din Puduraya yang telah lama mendiamkan diri tiba-tiba berkokok kembali di Tenang.

Katanya, Pas akan mendedahkan kepincangan calon BN dalam masa terdekat.

Petikan dari M Star Online
Pengarah jentera pilihan raya PAS , Salahuddin Ayub mendakwa parti itu akan mendedahkan kepincangan terhadap calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azhar Ibrahim dalam tempoh terdekat.

“Kita jangka dalam sehari dua lagi kita akan mendedahkan beberapa isu berkaitan calon BN sekaligus akan mengubah suasana dan suhu kempen Umno dalam pilihan raya kecil kali ini,” katanya.

Ketika ditanya adakah isu peribadi calon akan didedahkan oleh PAS nanti, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen berkata: “Tak ada , kita tidak akan serang peribadi calon itu bukan prinsip kita. Apa isunya kita tunggu sehari dua lagi.”
No problem Din, teruskan, kami tiada masalah....

Cuma satu kami nak pesan, kamu jangan ingat kamu sahaja yang ada peluru. Kamu tak tahu lagi peluru apa yang ada di tangan kami.

Jangan marah jika kami bertindak balas kelak. Macam-macam cerita tentang Mala dan lakinya yang sudah berada di tangan kami. Kami simpan semuanya terlebih dahulu.

Kami hanya tunggu kamu mulakan dulu. Sekarang kamu nak mula, silakan. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Kepada kawan-kawan sekalian, kita sama-sama tunggu. Ramai yang akan terbeliak biji mata kali ini. Jangan ingat Mala dan lakinya itu baik sangat.

Cuma saya sahaja saya nak berpesan, makin labuh tudung seseorang itu, makin banyaklah dirinya dikuasai iblis.

Sunday, January 23, 2011

Kah...Kah...Kah...Anwar Ibrahim Kena Boo Di Tenang

Ini kisah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Felda Tenang Sabtu malam.

Ceramah perdana beliau hanya dihadiri paling ramai 250 orang dengan separuh daripadanya orang luar.

Nak jadi cerita, semasa beliau tiba, beliau telah disambut dengan boo oleh sekumpulan budak muda Felda.

Ikut cerita seorang wartawan yang jadi saksi mata kejadian tersebut muka Anwar berubah serta merta lepas kena boo itu.

“Mana tidaknya, beliau bukan setakat di boo, ada juga juga sorakan dari budak-budak itu yang panggil beliau 'Peliwat', 'Kaki Bontot' dan macam-macam lagi…”cerita beliau.

Menurutnya, lebih malang lagi, mungkin kerana emosi beliau sedikit terganggu dengan 'usikan' budak-budak Felda itu sehingga beliau tersasul menyebut "orang Felda miskin"

“Apa lagi, bertempik lah perkataan boo di situ sekali lagi,”katanya.

Mungkin jumlah itu boleh jadi petunjuk memang ketua pembangkang itu tak ada ‘bisa’ di kawasan Felda.

Dipetik dari : Agenda Daily

Halo Nurul Izzah, apa cerita papa kau ni ?

Pesanan Kepada Nik Aziz Sebelum Datang Ke Tenang

Setiap kali pilihanraya gambar Nik Aziz menitiskan air mata buaya seperti diatas sudah menjadi menu tetap juak-juak Pas.

Selain itu, Nik Aziz juga akan di usung ke lokasi-lokasi pilihanraya bagaikan badut.

Sekarang kita nak nasihatkan kepada Nik Aziz sebelum dia datang ke Tenang, tolong selesaikan masalah di tempat sendiri dulu.

Tak usah nak mari jual Islam, syurga dan neraka.

Benda-benda asas tempat sendiri pun tak boleh selesai, sekarang nak mari jual minyak kat sini pula. Podahhhhhh......

Klik di sini

Pas Setaraf Bapa dan Ibu Ayam

Bila orang tanya Nik Aziz bila dia nak letak jawatan ? Jawabnya, Nabi pun pegang jawatan sampai mati.

Bila orang tanya lagi kenapa dia melantik menantunya ? Jawabnya, Nabi pun mengamalkan kronisme.

Sekarang mereka minta diberikan kemenangan dalam prk Tenang, sebagaimana menangnya para-para Nabi.

Oiiiii samdol, Nabi berperang dengan kafir.

Kamu pula melancarkan perang terhadap orang yang menghadap kiblat yang sama dengan kamu.

Oiiiiii samdol-samdol Pas yang berotak udang, mari sini aku nak beritahu kepada hangpa semua.

Dalam apa cara sekali pun sejak tersebarnya Islam hingga ke akhir zaman , Islam itu telah dijanjikan kemenangan. Yang tidak akan menang adalah parti politik yang melacurkan Islam untuk kepentingan mereka.

Taraf Pas sama seperti bapa dan ibu ayam.

Bapa dan ibu ayam lacurkan para pelacur untuk keuntungan mereka.

Pas pula lacurkan agama untuk kepentingan politik.

Jadi, jangan nak mengada-ngada nak menyamakan kamu dengan Nabi.

Tolong sedar diri sikit yang kamu semua adalah setaraf bapa dan ibu ayam.

Saturday, January 22, 2011

Sekilas Pandang Angka-Angka Dari Dun Tenang

Alhamdullilah, saya kini telah pun berada di kawasan prk Dun Tenang. Insyaallah saya akan berkampung di sini sehingga keputusan diumumkan kelak.

Sebagai salam pembukaan, mari kita lihat angka-angka di bawah untuk dijadikan panduan atau ukuran mata kasar keputusan akan menyebelahi parti mana kelak.

PRU 11 (2004)

BN - 7655 undi / PAS - 2138 undi
Majoriti : 5517 undi


PRU 12 (2008)

BN - 6367 undi / PAS - 3875 undi
Majoriti : 2492 undi

2004 - Jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 9793 orang dan BN menang dengan majoriti bergaya, 5517 undi.

2008 - Jumlah pengundi yang keluar mengundi sebanyak 10,242 orang dan BN menang dengan majoriti yang sedang-sedang sahaja, 2492 undi. Perbezaan sebanyak 3025 undi berbanding 2004. Satu petanda yang tidak baik.

Tak mengapa, kita biarkan yang itu kerana semua orang maklum pada tahun 2008 tsunami politik melanda tanahair kita.

Sekarang pula dalam prk kali ini mampukah BN menang dengan majoriti lebih dari 5 ribu undi seperti yang diwar-warkan.

Sekarang mari kita lihat angka-angka di bawah untuk sama-sama kita buat tafsiran berdasarkan realiti politik semasa.

Jumlah pengundi di Tenang (prk 2011) - 14,753 orang.

Wanita - 7523 orang (51 %)

Lelaki - 7230 orang (49 %)

Pecahan Pengundi Mengikut Kaum

Melayu - 7014 orang (47.54%)

Cina - 5766 0rang (39.08%)

India - 1780 orang (12.07%)

Orang Asli - 171 orang (1.16%)

Bumiputra Sabah - 6 orang (0.04%)

Bumiputra Sarawak - 5 orang (0.03%)

Lain-lain - 11 orang (0.08%)

Pecahan Pengundi Mengikut Umur

21 hingga 29 tahun - 1669 orang

30 hingga 39 tahun - 3271 orang

40 hingga 49 tahun - 3602 orang

50 hingga 59 tahun - 2788 orang

60 hingga 69 tahun - 1879 orang

70 hingga 79 tahun - 1188 orang

80 hingga 89 tahun - 268 orang

90 tahun ke atas - 70 orang.

Selepas kita melihat angka-angka di atas, sekarang mari kita sama-sama melihat pula realiti politik semasa samada angka-angka diatas mampu memberi kemenangan bergaya kepada BN atau tidak.

Pengundi melayu boleh dikatakan akan memberi undi mereka kepada BN, tetapi bukan kesemuanya.

Pengundi cina pula berdasarkan rekod prk yang lepas-lepas sukar untuk memberi undi kepada BN.

Pengundi india pula besar kemungkinan tidak menjadi masalah untuk memberi undi kepada BN kerana mereka telah serik dengan Pas , PKR dan DAP dan merekalah kaum yang memberi sokongan paling padu kepada Gagasan 1 Malaysia setakat ini.

Itu ukuran berdasarkan kaum, sekarang kita lihat berdasarkan umur pula.

Angka di atas menunjukkan bilangan jumlah pengundi yang paling ramai adalah pengundi muda dan pertengahan (21 - 49 tahun), iaitu seramai 8542 orang daripada jumlah keseluruhan pengundi 14,753 orang. Maknanya mereka menguasai undi lebih dari 50 %.

Realiti politik masa kini menunjukkan pengundi muda dan pertengahan agak kurang memberikan sokongan kepada BN.

Perkara-perkara inilah yang perlu diambil berat sekiranya BN ingin menang dengan majoriti lebih dari 5000 undi.

Secara mata kasar kita boleh kata BN mampu menang dalam prk ini, tetapi dalam politik macam-macam boleh jadi walaupun dalam tempoh 24 jam terakhir. Siapa sangka Selangor dan Perak boleh terlepas dari tangan BN pada pru 12 ?

Setelah melihat angka-angka di atas, sekarang saya lontarkan kepada rakan-rakan pembaca sekalian untuk menilai dan membuat rumusan serta mengemukakan pendapat-pendapat anda melalui komen.

Mampukah Pas membuat kejutan di Tenang ?

Mampukah BN menang dengan majoriti 5 ribu undi ?

Friday, January 21, 2011

Kini Sahlah Sudah DAP Ketua dan Pas Hanya Balaci

Berita asal dari blog Darul Ehsan Today

Lihatlah betapa kemaruknya orang-orang Pas dengan Teoh Ning Ching, ahli parlimen DAP kawasan Serdang.

Mungkin kerana sudah tidak tahan melihat tubuh Teoh yang montok dan gedik, maka tak dapat Teoh dapat gambar pun jadilah. Lihatlah bagaimana bangganya ahli Pas di atas dapat bergambar dengan bunting yang memaparkan gambar Teoh.

Tengok gambar sajalah pak cik oiiiiii, kemudian telan air liur.

Dalam bunting diatas tertulis program yang dihadiri Teoh adalah pelancaran Facebook Pas Kawasan Batu.

Maka benarlah apa yang kita katakan selama ini bahawa Pas kini telah berada dibawah cengkaman DAP. Pas kini dikawal oleh DAP sepenuhnya sehingga hendak lancar FB pun terpaksa bawa pemimpin DAP yang lancarkan, seolah-olah Pas sebuah parti yang telah wujud lebih 50 tahun tiada lagi pemimpin baik di peringkat pusat atau kawasan untuk lancarkan program itu.

Dari sebesar-besar benda hingga ke sekecil-kecil program seperti melancarkan FB pun DAP yang kawal Pas.

Patutlah setiap kali kita serang Teoh , Pas yang bangkit mempertahankan Teoh habis-habisan. Rupa-rupanya mereka telah ada perjanjian haram iaitu menjadi balaci kepada DAP.

Tak usahlah pemimpin dan juak-juak Pas nak temberang lagi kononnya mereka bukan menjadi balaci kepada DAP . Semua bukti telah terbentang depan mata sekarang sehinggakan nak lancar FB pun kena pemimpin DAP yang lancarkan.

Malulah sikit oiiiiii, malulah, kata parti kuat, tapi FB pun pemimpin DAP yang lancarkan.

Lihatlah Taraf Otak Seorang Naib Presiden Pas

Semalam ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, telah meninggal dunia pada jam 8.10 malam di Hospital Pakar Putra, Melaka, selepas mengalami serangan jantung. Namun, beberapa jam sebelum itu, sudah ramai yang telah mengemaskinikan di dalam blog, Facebook dan Twitter tentang kematiannya walaupun beliau masih lagi dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada mesin oksigen. Nampak gayanya ramai di antara kita yang mahu jadi terkenal dan mendahuhui Malaikat Maut dengan mengemaskinikan blog / Facebook / Twitter dengan melaporkan berita yang tidak benar.

Dalam semua orang sedang berdukacita dengan pemergian Allahyarham ADUN Merlimau, masih juga ada pihak yang cuba mempersendakan kematian beliau. Di antaranya adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Mahfuz Omar yang lebih terkenal dengan panggilan Mr Bean. Bersambung di sini

Wednesday, January 19, 2011

Penting: Sumbangan Anda Diperlukan

Saya berharap semoga tidak ada rakan-rakan pembaca yang tersalah anggap kepada saya kerana saya kerap menulis tentang mangsa kebakaran seperti dalam gambar diatas.

Saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mangsa dan tidak pernah mengenalinya. Saya hanya mengetahui nasibnya apabila membaca akhbar hari ini.

Perasaan simpati timbul dalam diri saya apabila melihat keadaannya, tambahan pula beliau seorang anak yatim piatu.

Lantas saya mengambil kesempatan ini untuk menolongnya melalui cara yang saya boleh tolong.

Petang tadi saya ke Hospital Klang bertemu dengan kakak mangsa bagi mendapatkan nombor akaun banknya bagi membolehkan para pembaca yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu.

Benar kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya betul-betul tak sampai hati melihat keadaan mangsa semasa melawatnya petang tadi. Dari rauk wajahnya boleh dilihat yang beliau berada dalam keadaan yang benar-benar sakit. Masyallah kawan-kawan sekalian, saya tak tahu nak tulis macam mana lagi nak gambarkan keadaan beliau.

Cuba anda semua bayangkan usianya baru 22 tahun, beliau telah menghadapi dugaan yang sebegitu dasyat. Beliau bukannya seorang remaja yang jenis mengarut, beliau seorang remaja yang baik.

Lihatlah masa kejadian menimpa beliau yang mana kejadian itu berlaku pada jam 9 pagi ketika beliau sedang bekerja. Itu sudah cukup untuk menggambarkan peribadinya. Jam 9 pagi kebiasaannya bagi remaja-remaja yang mengarut masih lagi berlengkor di atas katil. Tetapi tidak bagi beliau kerana jam 9 pagi beliau telah bekerja bagi mencari rezeki sesen dua.

Oleh yang demikian sukalah saya ingin menyarankan agar rakan-rakan pembaca atau pemimpin-pemimpin yang berkemampuan, hulurlah sedikit sumbangan anda sekadar yang termampu kepada beliau.

Tak dapat Rm 100 bagi RM 50, tak dapat RM 50 bagi RM 20, tak dapat RM 20 bagi RM 10. Tak dapat juga nak bagi RM 10 bagi RM 5. Tak mampu juga nak bagi RM 5, tolonglah doakan agar beliau cepat sembuh dan panjang umur.

Kalau semua pakat-pakat tolong yang berat akan jadi ringan. Itulah adat kita hidup bermasyarakat. Hari ini hari orang, mungkin hari esok hari kita. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita pula. Allah maha kaya.

Apatah lagi orang yang kita tolong ini adalah anak yatim piatu. Besar ganjaran yang kita dapat kelak.

Saya tidak memaksa anda semua menderma untuknya. Semuanya terpulang kepada diri anda serta kemampuan anda. Saya hanya tukang sampai sahaja.

Kepada yang ingin menderma, di bawah ini adalah nombor akaun kakak mangsa.

NAMA : MARYUNI BINTI MISKON

BANK: CIMB

NO AKAUN : 1257 0000 203529

Untuk melihat gambar-gambar kecederaan yang dialami mangsa sila klik di sini

Kepada sesiapa yang ingin melawat mangsa, sila ke Wad 5B Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Tetapi itu untuk hari ini, saya jangkakan kemungkinan besar beliau akan dipindahkan ke wad lain selepas keluar dari Dewan Bedah.

Tak payah susah dan pening kepala. Sistem rekod dan data hospital-hospital di negara kita memang mantap. Semuanya hasil usaha kecekapan pemerintahan BN. Hi hi hi , jangan marah ya,iklan sikit.

Anda tiba sahaja di Hospital Klang, tuju ke kaunter pendaftaran masuk wad, atau kaunter pertanyaan dan tanya nama Mohamad Haruman Bin Miskon, pasti kakitangan di sana boleh beritahu anda sekelip mata sahaja di wad mana beliau berada.

Waktu melawat HTAR Klang adalah pada jam 12.30 tgh - 2 petang dan jam 5 ptg - 7 ptg. Hari biasa, hari cuti umum, hari ahad atau pada hari lahir rbf sekali pun waktu melawatnya sama sahaja.

Sekian dahulu, setakat itu sahaja maklumat yang saya boleh beri setakat ini untuk pengetahuan, makluman dan kemudahan anda semua.

Tangan Mangsa Kini Dipotong

Tangan mangsa kebakaran yang badannya melecur teruk kini mungkin telah siap dipotong.

Beliau telah dimasukkan ke Dewan Bedah HTAR Klang pada jam 5 petang tadi.

Petang tadi Presiden Kelab Putera 1 Malaysia yang juga ahli MT Umno, Datuk Azeez Rahim serta Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor dan Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh sempat melawat mangsa dan menyampaikan bantuan kepada kakak mangsa sebelum beliau ditolak masuk ke Dewan Bedah.

Datuk Azeez juga mengumumkan Kelab Putera 1 Malaysia akan mengambil mangsa sebagai adik angkat dan akan menanggung segala kos rawatan sehinggalah ke proses membuat tangan palsu kelak serta mencari kerja yang bersesuaian untuk mangsa apabila pulih nanti.

Berita lanjut dan nombor akaun kakak mangsa bakal menyusul kelak.




Untuk melihat gambar kecederaan yang dialami mangsa sila klik di sini

Lihatlah Perangai Pemimpin PKR

Mari kita sama-sama lihat perangai pemimpin PKR.

Mereka-mereka ini jenis manusia yang sekelas dengan iblis.

Apabila sesuatu tidak menyebelahi mereka maka mereka pertikai habis-habisan dan apabila perkara itu menyebelahi mereka maka mereka puji.

Contohnya, keputusan pilihanraya atau keputusan mahkamah. Kalau tidak menyebelahi mereka maka mereka akan melalak bagi nak rak tuduh spr tipu undi, mahkamah dibeli oleh Umno dan sebagainya.

Sekarang ada satu lagi contoh yang baru.

Pada awal bulan januari Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan yang menegur MB Selangor berhubung kemelut perlantikan SUK Selangor. Kenyataan Tuanku dikeluarkan melalui Setiausaha Sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani. Sini

Seolah-olah telah dirasuk iblis, tiba-tiba Khalid Ibrahim bangkit dan mempertikaikan kenyataan yang menegurnya itu serta berkata itu bukan kenyataan dari Tuanku dan mengatakan itu adalah kenyataan peribadi Datuk Mohamad Munir Bani. Sini

Semalam pula sekali lagi Datuk Mohamad Munir Bani membuat kenyataan akhbar mengumumkan yang Sultan Selangor telah memberi perkenan untuk persidangan dun pada 24 januari akan datang. Sini

Apa kata Khalid pula apabila mendengar kenyataan itu ?
Kerajaan Negeri ucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana memberi perkenan untuk diadakan sidang Dewan Negeri
Lihat di sini


Kenapa dia tak kata kenyataan yang Datuk Mohamad Munir Bani keluarkan semalam itu adalah kenyataan peribadinya ?

Ugutan MP Serdang: Juak-Juak Pak-khatan Rakyat Buat Drama Lagi



Malaysiakini melaporkan,
Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima ugutan ke atas keselamatannya hari ini.

Menurut pembantunya, Chen Fan Dao, pada jam sekitar 8 pagi, pejabatnya dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa seekor ayam tergantung di luar pejabat pusat khidmat DAP di Sungai Chua, Kajang.

“Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh.

Di luar pagar juga tergantung poster yang tertera 'Ingat!!! Ini satu Peringatan,Teo Nie Ching, Tentera Jihad', “ katanya.
RBF pula melaporkan

Ha....ha....ha...ha...ha...ha...ha...ha....ha...ha...ha...ha...ha...ha....ha...ha...ha...ha...ha...ha....

ha...ha...ha...ha...ha...ha...ha....ha...ha...ha...ha...ha...ha....


Juak-juak pak-khatan rakyat buat gimik murahan lagi.

Minggu lepas mereka sendiri buat dan gantung kain rentang di Shah Alam, kemudian mereka sendiri yang pergi buat repot polis.

Tidak mustahil apa yang dialami oleh MP Serdang ini juga adalah mainan juak-juak pak-khatan rakyat sendiri untuk menarik undi kaum cina dalam prk Tenang.


Faekah Bebal Tunjuk Bodoh Lagi

Sepertimana yang saya pernah kata dulu, setiap kali setpol MB Selangor, Faekah Hussin buka mulut maka akan terpamerlah kebodohannya.

Itulah yang kita mahu sebenarnya, biarkan dia terus menunjukkan kebodohannya supaya rakyat tahu siapa dia yang sebenar dan rakyat tidak akan memilihnya dalam pru akan datang yang mana dia sedang memasang impian untuk bertanding di dua kerusi. Untuk parlimen dia sedang bercita-cita untuk bertanding di Kuala Langat dan untuk Dun dia memasang impian bagi bertanding di Batu Tiga.

Semalam dia buat kenyataan akhbar kononnya untuk membantu pihak berkuasa menyiasat mantan MB Selangor dalam kes yang sedang dihadapinya.

Pada bulan disember 2010, Peguam Negara telah memberi amaran kepada Dr Khir Toyo agar jangan membuka mulut berhubung dengan kes yang sedang dihadapinya kerana dikatakan boleh menimbulkan subjudis. Sini

Dalam kes ini adalah tidak adil kepada beliau. Pihak musuh boleh buka mulut untuk menyerangnya, tetapi beliau tidak boleh menjawab balik kerana telah diberi amaran keras oleh Peguam Negara. Kita tunggu apa komen Peguam Negara.

Berhubung kenyataan Faekah semalam kononnya Dr Khir semasa menjawat jawatan MB Selangor telah meluluskan lima projek kepada syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Wahai Cik Faekah yang bodoh binti bebal, sekarang mari saya ceritakan kepada kamu amalan yang digunakan oleh kerajaan BN semasa memerintah Selangor dulu.

Tender Terbuka

Jawatankuasa tender terbuka dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan ahli-ahlinya terdiri dari ketua-ketua jabatan seperti JKR dan sebagainya. Ada sesetengah tender yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan sendiri, bergantung kepada nilai projek.

MB dan exco-exconya tidak dibenarkan sama sekali berada dalam jawatankuasa tender.

Projek Runding Terus

Untuk projek runding terus pula jawatankuasanya dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri dan ahli-ahlinya yang lebih kurang sama dengan jawatankuasa tender tertutup. Dalam hal ini juga MB dan exco-exconya tidak pernah terlibat sama sekali dan tidak dibenarkan berada dalam mesyuarat berkenaan.

Itulah amalan yang diamalkan oleh kerajaan BN semasa memerintah Selangor, ianya berbeza dengan kerajaan PKR sekarang dimana semua jawatankuasa tender, baik yang terbuka atau runding terus saya difahamkan ianya dipengerusikan oleh MBnya sendiri. Ini sama sekali tidak berlaku di zaman BN.

Sebab apa MB PKR perlu pengerusi sendiri ? supaya senang nak rembat projek untuk kroni-kroni sendiri.

Inilah masalahnya dengan PKR, apabila dia mencuri maka dia pun ingat orang lain mencuri sepertinya.

Semoga di lain kali Faekah semak betul-betul dahulu segala fakta sebelum bercakap. Malulah dengan aku kerana segala kenyataan kau sering dipatahkan oleh aku.

Sekarang aku cabar kau Faekah, kau dah keluarkan senarai projek yang diberikan kepada syarikat Shamsudin Hayroni. Sekarang aku cabar kau keluarkan senarai jawatankuasa yang memutuskan untuk memberi projek-projek runding terus kepada syarikat tersebut.

Jangan nak berdolak dalik lagi. Berani kerana benar takut kerana salah.

Dalam masa yang sama juga kita lihat sejauh mana seriusnya Peguam Negara dalam mengendalikan kes ini. Kita lihat samada dia akan memberi amaran atau tidak kepada Faekah. Kalau dia tidak beri amaran maka Dr Khir perlu jawab tuduhan yang dilemparkan oleh Faekah kepadanya.

Semoga Peguam Negara tidak hanya tunjuk berani kepada orang-orang Umno dan BN sahaja, tetapi takut kepada orang PKR.