Monday, February 28, 2011

Kantoi ! Calon Pas Merlimau Tipu Pengundi

Dalam profail di atas calon Pas Dun Merlimau menyatakan beliau pernah memegang jawatan bendahari Gerakan Belia 4B Chinchin yang terletak dalam kawasan Jasin.

Sebagaimana yang kita tahu, kalau tak menipu bukan Pas namanya. Penipuan dan fitnah sudah menjadi makanan harian Pas. Penipuan dan fitnah dengan Pas sudah sebati sejak zaman-zaman berzaman. Bagai irama dan lagu, tanpa irama pincanglah lagu. Tanpa penipuan dan fitnah pincanglah Pas.

Tidak cukup pepatah itu kita boleh guna pelbagai pepatah lain lagi untuk menggambarkan betapa eratnya Pas dengan penipuan. Bagai aur dengan tebing atau isi dengan kuku atau boleh juga kita katakan bagaikan Anwar Ibrahim dan Ky Jelly.

Sah terang-terang calon Pas menipu yang beliau pernah pegang jawatan berkenaan. Jawatan itu sengaja diletak-letakan untuk menggambarkan dia seorang yang hebat. Sudahlah diplomanya diragui , lepas itu menipu pula pernah pegang jawatan dalam Belia 4B.

Mengikut penasihat Gerakan Belia 4B Jasin , Datuk Hasan Rahman calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli Belia 4B seperti yang didakwanya.
Gerakan Belia 4B Jasin hari ini menafikan calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, pernah menjadi ahli pertubuhan itu.

Penasihatnya, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli seperti yang didakwanya dalam sebuah akhbar hari ini.

“Dakwaan beliau (Ruhaizad) pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B di Jasin adalah tidak benar. Kita telah teliti keahlian di peringkat cawangan memang namanya tidak ada.

“Saya tidak pasti bagaimana beliau boleh mendakwa pernah menjadi ahli pertubuhan ini. Mungkin beliau cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Merlimau,” katanya.
Sumber: Umno Online

Baru jadi calon, belum lagi jadi wakil rakyat sudah pandai menipu. Inikah ajaran parti islam Pas ? Parti islam atau Parti Amalan Syaitan ?

Lihatlah wahai orang-orang Merlimau sekalian, lihatlah bagaimana penipunya seorang calon dari parti islam.

Mahukah anda semua mengangkat penipu sebagai wakil rakyat kawasan anda?

Nizam Isa: RBF Jawab Tulisan Blogger ABITW

Saya ingin menjelaskan tentang apa yang ditulis oleh blogger ABITW minggu lepas.

Dalam tulisannya itu beliau telah mengatakan setiausaha akhbar kepada MB Perak, En.Nizam Isa seorang yang sombong dan gagal menjalankan tugas beliau dengan sempurna.

Petikan dari ABITW,
Zambery does not have an effective communication machinery to deflect any bad news against him.

With a press secretary whose arrogance and scheming had isolated Zambery from the local press corp and pro-UMNO bloggers that helped defend him against opposition onslaught, and raised eye brow within the UMNO and public, Zambery could be facing it alone when the chips are down this time around.
Saya menghormati blogger ABITW sebagai pemain lama dalam dunia cyber serta juga menghormati ketajaman-ketajaman tulisan beliau. Tetapi dalam hal ini saya merasakan ABITW telah tersilap terima maklumat atau mungkin juga beliau tertukar orang.

Setahu dan seingat saya saudara Nizam Isa bukan seorang yang sombong. Boleh dikatakan diantara setiausaha-setiausaha akhbar yang ada dalam negara kita saudara Nizam adalah antara setiausaha akhbar yang mudah untuk pihak media bekerja. Sentiasa memberi kerjasama yang baik dari segenap sudut. Dari sudut mana blogger ABITW boleh kata dia seorang yang sombong dan berlagak saya pun tak tahu.

Mungkin dalam hal ini saya merasakan ada bilangan kecil orang-orang tertentu yang sering berurusan dengan saudara Nizam dan beliau gagal memenuhi kehendak mereka, maka mereka pun jaja cerita buruk dan cerita inilah yang sampai kepada ABITW.

Pada pandangan saya, dikalangan pegawai-pegawai MB Perak saudara Nizam adalah antara pegawai terbaik yang Dr Zambry ada.

Saya tahu sikap dan perangainya kerana saya mengenali beliau sejak beliau bertugas di The Star, kemudiannya ke DPMM , berniaga sendiri dan kemudiannya dengan Datuk Azalina Othman sebelum bekerja dengan MB Perak. Beliau bukanlah orang seperti yang dinyatakan oleh blogger ABITW.

Sekarang beliau bertugas di Perak, setiap kali beliau balik ke PJ beliau tidak akan lupa memanggil kawan-kawan untuk duduk minum-minum sambil makan itik panggang di Kelana Jaya.

Apa yang saya boleh katakan Nizam yang saya kenal dulu itulah Nizam yang ada pada hari ini. Tiada perubahan dari segi sikap. Kalau ada perubahan pun dari segi rambut sahaja. Jika dulu rambutnya jarang-jarang, sekarang pula sudah kadang-kadang.

Calon Pas Merlimau Tipu Taraf Pendidikan ?

Demi untuk menandingi taraf pendidikan calon BN di PRK merlimau, Roslan Ahmad yang memiliki diploma pentadbiran perniagaan ITTAR calon PAS, Yuhaizad Abdullah yang hanya memiliki pendidikan peringkat SPM telah menipu kononnya dia memiliki DIPLOMA dalam jurusan tasawwur islam tanpa mengemukakan dari IPT manakah dia memperolehi diploma tersebut.

Sijil kemahiran MARA kejuruteraan mekanikal juga satu penipuan memandangkan tiada bukti jelas dari IKM cawangan manakah dia dianugerahkan sijil tersebut.

Dikhabarkan, kebanyakan ahli PAS yang memiliki tahap pendidikan rendah dan memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya peringkat diploma untuk sesuatu urusan, akan mendapat 'diploma segera' dari akademi ini.

Mungkin Mahfuz juga telah mendapat ijazah kehormat kelas pertama berserta anugerah dekan dari akademi tajaan PAS ini... tahniah YB Mahfuz yang bengap!!

Dipetik dari : http://1peluru.blogspot.com

Sekarang lubang telah pecah, rupa-rupanya Pas ada akademi sendiri untuk ahli-ahli mereka dapat diploma. Yang lebih mengejutkan lagi akademi tersebut hanya untuk ahli-ahli Pas sahaja.
Klik di sini

Tak tahulah sudah berapa ramai ahli-ahli Pas yang telah dapat diploma dari akademi tersebut.

Harap pihak berkuasa dapat menyiasat dengan segera.

Sunday, February 27, 2011

Pas Terus Menerus Tipu Duit Rakyat

Dipetik dari mykmu.net

Kalau sebelum ni PAS melancarkan kempen Tabung Buluh kononnya bagi mengutip dana Pilihanraya dikalangan ahli-ahlinya, cara licik untuk mengaut duit rakyat bawahan ini diteruskan juga sewaktu hari Penamaan Calon di PRK Kerdau.

Bezanya sewaktu di tempat penamaan calon Kerdau ini, PAS tak menggunakan Tabung Buluh. Sebaliknya mereka menggunakan bekas plastik @ Tupperware bagi mengaut keuntungan.

Menariknya, PAS tak lagi menggunakan perkataan derma untuk kutipan mereka, tetapi mereka kini menukar perkataan derma tersebut dengan perkataan “Infaq” pula. Mungkin ini dilakukan bagi menipu masyarakat sekitar yang tak tahu makna Infaq tersebut.

Bersambung, klik di sini

Pas Tidaklah Sesuci Yang Digambarkan

Kepada para pengundi Dun Melimau dan Kerdau, jangan sesekali termakan kata-kata Pas kononnya mereka pengamal dan pejuang Islam tulen serta tidak melakukan sebarang dosa, baik dosa kecil atau dosa besar.

Jangan pula apabila melihat serban atau kopiah atas kepala kemudian mulut pula disulami ayat-ayat Quran serta hadis maka anda pun terus cair. Itu semua adalah lakonan semata-mata. Semasa prk Tenang saya pernah menulis di blog ini bahawa taraf Pas sama seperti taraf ibu dan bapa ayam. Klik di sini.

Tulisan terbaru kickdefella benar-benar mengejutkan kita. Beliau menyatakan yang beliau telah diminta oleh Husam untuk mengambil sebahagian wang RM 1 juta dari seorang peguam.

Petikan dari blog kickdefella
Saya tidak lupa bagaimana pada pagi 18hb September 2008, isteri saya dengan seorang bekas ADUN PAS telah menemui seorang peguam di Kota Bharu dan mengambil wang tunai sejumlah RM160,000 yang dikatakan olehnya kepada saya sebagai 'sebahagian dari milik Husam'.

Wang itu adalah sebahagian daripada wang satu juta ringgit yang Husam minta saya pergi ambil dari seorang peguam.
Duit apakah itu ?

Dari mana datang duit itu ?

Moga-moga Ketua Penerangan Pas yang paling bebal dalam sejarah Pas iaitu Idris Ahmad boleh menjelaskan soalan diatas.

Ingatlah wahai pengundi-pengundi Merlimau dan Kerdau, Pas tidak sesuci yang mereka gambarkan.

Gempar ! Benarkah Pas Boikot Utusan Malaysia ?

Saya tidak mahu menulis apa-apa.

Dua gambar di bawah ini sudah cukup untuk memberikan kita jawapan kepada tajuk saya diatas.

Hi...hi...hi...hi...hi....
Mulut kata lain, tapi hati lain pula
Benci tapi rindu

Hai, tekun nampak...
Membaca atau mengeja ?

Ketua Pemuda Pas Melaka Belum Akhil Bahlil

Saya dapat rasakan Ketua Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik belum akhil bahlil lagi kerana dia bercakap macam orang yang tak cerdik. Dia bercakap tak pakai otak dan tak melihat kiri kanan.

Patutlah dari dulu sampai sekarang Pas tidak pernah menang satu kerusi di negeri Melaka sedangkan di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia Pas pernah menang. Semuanya kerana pemimpin-pemimpin Pas yang ada di Melaka jenis orang yang tak cerdik atau dalam bahasa kasar dipanggil bodoh.

Sekarang mari kita lihat kebodohan salah seorang pemimpin Pas Melaka. Petikan di bawah dipetik dari malaysiakini.
PAS mendakwa BN yang diwakili Umno mengamalkan sistem dinasti iaitu turun temurun jawatan pemimpin, dari bapa turun ke anak.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidik mendakwa, amalan itu sudah lama dipraktikkan Umno dan dibuktikan dalam pilihan raya kecil Merlimau.

"Ini telah lama berlaku dalam Umno. Dari bapa kemudiannya diserahkan kepada anak seolah-olah perlakuan dalam satu dinasti.

"Orang ramai yang saya temui pun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini," katanya hari ini.

Kamaruddin merujuk mengenai pemilihan calon BN bagi DUN Merlimau, Roslan Ahmad, iaitu anak kepada bekas ADUN Sungai Rambai, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin.
Itu kata dia.

Dia sedar atau tak sedar yang rakan-rakan dia dalam gabungan yang dinamakan pak-khatan rakyat lagi teruk.

Halo Kamaruddin,

Siapa dia Lim Kit Siang ?

Siapa dia Lim Guan Eng ?

Siapa di Betty Chew ?

Siapa dia Karpal Singh ?

Siapa dia Gobind Singh ?

Siapa dia Jagdeep Singh ?

Siapa dia Anwar Ibrahim ?

Siapa dia Wan Azizah ?

Siapa dia Nurul Izzah ?

Jawab yang itu dulu wahai Kamaruddin Bongok...

Saturday, February 26, 2011

Adakah Isteri Calon Pas Merlimau Ambil MC Juga ?

Mengikut laporan Selangor Daily isteri calon Pas bagi Dun Merlimau adalah seorang guru yang sedang berkhidmat dengan kerajaan.

Situasi hampir sama dengan kejadian di Tenang.

Adakah isteri calon Pas Merlimau juga mengambil MC untuk membantu suaminya berkempen ?

Di Tenang seorang cikgu yang sedang berkhidmat dengan kerajaan meletak jawatan dengan serta merta kerana nak berlawan dengan parti kerajaan dalam prk.

Di Merlimau pula seorang yang menetap di kuarter guru milik kerajaan masuk pilihanraya untuk menentang kerajaan.

Setiap hari Pas melaung-laungkan kerajaan BN mengamalkan rasuah, jahat, zalim dan sebagainya. Dalam masa yang sama ramai juga orang Pas yang masih bekerja dengan kerajaan.

Tak berdosa ke makan duit kerajaan yang mengamalkan rasuah dan zalim ?

Manakala calon Pas Merlimau pula muka tak malu kerana masih lagi tinggal di rumah kerajaan yang dikatakan mengamalkan rasuah dan zalim.

Untuk membaca cerita asal sila ke Selangor Daily. Klik di sini

Bantahan: Pas Harap Pencalonan Mereka Ditolak

Suasana di pusat penamaan calon gempar seketika apabila ada berita yang tersebar yang mengatakan BN akan menang tanpa bertanding kerana pencadang kepada calon Pas bukan pengundi dalam Dun Merlimau.

Bagaimana pun bantahan yang di kemukakan oleh BN ditolak kerana pencadang berkenaan adalah pengundi dalam dun Merlimau.

Masalah berpunca daripada nama. Nama pencadang Pas dalam daftar pemilih menggunakan nama bukan islam. Sementara dalam borang SPR hari ini pula beliau menggunakan nama islam.

Pada pandangan saya, Pas sengaja mencari jalan susah dengan meletakkan pencadang yang menggunakan dua nama yang berbeza.

Tujuannya tidak lain tidak bukan iaitu supaya pencalonan mereka ditolak. Mereka yakin mereka tidak akan menang di Merlimau. Daripada membuang masa dan wang ringgit untuk pertandingan yang sudah tentu kalah lebih baik mereka cari jalan supaya tidak berlaku pertandingan.

Kalau tak bertanding terus takut maruah hilang dan penyokong marah. Cara terbaik adalah buat begitu dengan harapan pencalonan ditolak.

Sekiranya pencalonan mereka ditolak, perkara itu akan diperbesar-besarkan dan akan dijaja keseluruh negara dan yang penting mereka akan gunakan isu itu untuk memburuk-burukkan kerajaan dan BN secara besar-besaran di Kerdau. Bagi mereka Kerdau lebih penting dari Merlimau.

Dari Merlimau

Sekitar kem BN di Pusat Penamaan Calon PRK Merlimau.

Maaf kerana gambar tidak sempat disusun atur elok-elok. Maklumlah buat kerja di tepi jalan.

Untuk berita sila ke Agenda Daily




YB baru dari Johor turut turun padang bersama orang kuat semasa prk Tenang, Cikgu Rosdin





Sejak 2008 dah berbelas kali SPR kendalikan prk, setiap kali calon, pemimpin dan penyokong nak masuk ke tempat penamaan masih lagi timbul 1001 masalah berpunca dari laluan yang sempit. Nampaknya pengalaman yang lepas-lepas gagal diambil diiktibar oleh SPR.
Gambar atas dan bawah, antara pemimpin-pemimpin wanita BN yang dihalang untuk masuk ke pusat penamaan calon kerana tiada pas SPR.

Penyokong-penyokong parti yang melacurkan agama



Kepada anggota polis yang tegur dan minta saya keluar tadi, saya hanya ingin merakam gambar anggota polis yang berdiri tegak di tengah-tengah panas untuk disiarkan di sini sebagai sumbangan kecil dari saya untuk menghargai tugas polis. Bukannya salah nak salah guna untuk tujuan bukan-bukan.
Penyokong-penyokong BN dari Selangor
Wanita Umno

Thursday, February 24, 2011

Exco Perak Disiasat SPRM, MB Juga Perlu Disiasat

Saya menyokong penuh tindakan SPRM Perak menyiasat seorang exco negeri Perak sebagaimana yang disiarkan oleh haraMkahdaily di sini.

Bukan setakat siasat exco, kalau boleh siasat semua exco, Menteri Besar dan para pegawai serta pemandu-pemandunya dan jika boleh siasat sekali pembantu-pembantu rumahnya.

Tetapi.....tetapi....tetapi.....kami nak pesan sikit kepada SPRM, jangan hanya berani dan nak tunjuk gedebe dengan orang Umno sahaja. Bila kena giliran pembangkang SPRM menikus bagai tikus melihat besi.

Apa cerita dengan laporan Fauzi Muda tentang 7 orang yang menjadi jutawan sekelip mata semasa 11 bulan pak-khatan rakyat memerintah Perak ?

Apa cerita kes Ariffahmi ?

Apa cerita kes pasir di Selangor ?

Tolong jawab wahai SPRM.

Ceramah Umi Hafilda Berjaya Tarik Orang Pas



Ceramah Umi Hafilda dalam video diatas dirakam semasa beliau berceramah di Batu Gajah Perak ahad lepas (20.Feb.2011).

Turut berceramah dalam program itu adalah Adun Sg Rapat Perak, Datuk Hamidah Osman selaku tuan rumah kerana tempat ceramah tersebut berada dalam kawasannya.

Saya juga turut hadir dalam program tersebut.

Saya ingatkan hanya orang-orang yang tidak berparti dan penyokong-penyokong BN sahaja yang datang mendengar ceramah itu. Rupa-rupanya tidak.

Ceramah itu berjaya juga mengundang kehadiran orang Pas. Lihat pada minit 00.30 video diatas apabila Umi meminta orang-orang PAs mengangkat tangan. Ada yang angkat mengaku mereka orang Pas.

Selain dari kehadiran penyokong-penyokong Pas, saya juga mengesan kehadiran seorang blogger pro Pas yang bertapak di Perak dalam program itu. Blognya tidaklah hebat sangat pun, bak kata pepatah hidup segan mati tak mau.

Saya nampak dia bergerak ke hulu ke hilir merakam gambar termasuklah ke depan pentas merakam gambar Umi. Dalam dia asyik merakam gambar dia tak sedar yang ada orang kita telah merakam gambarnya.

Selain daripada kehadiran orang-orang Pas dalam ceramah tersebut satu lagi sejarah tercipta dalam ceramah itu. Buat julung-julung kali satu majlis ceramah terbuka pendengar yang hadir diberi peluang menanyakan soalan kepada Umi Hafilda. Itu permintaan Umi sendiri kepada pihak penganjur.

Belum pernah berlaku sejarah dalam dunia ini penonton yang hadir ceramah umum diberi peluang bertanyakan soalan. Malah parti politik yang memegang Guinness World Records iaitu parti Pas selaku penganjur majlis ceramah terbanyak dalam dunia pun tidak pernah membuka ruang untuk penonton bertanyakan soalan dalam ceramah mereka.

Kenapa Umi berani memberi peluang kepada orang ramai untuk bertanyakan soalan kepadanya ?

Tidak lain tidak bukan kerana berani. Berani kerana benar, takut kerana salah. Bagi Umi tidak menjadi masalah untuknya pendengar bertanya soalan kerana dia berada di pihak yang benar.

Kenapa blogger Pas yang hadir dalam program itu tidak berani bangkit tanya soalan kepada Umi. Apabila diberi peluang tanya soalan duduk menikus dalam gelap, kemudian balik rumah tulis dalam blog Umi jalang, pelacur, dibuang keluarga dan sebagainya.

Kalau berani tanyalah pada waktu itu,

"Umi betul ke kau pernah lakukan hubungan seks dengan Baginda ? "

"Umi betul ke ayah kau tak mengaku kau anak ? "

Penakut ! Nate mu ! Celako ! Celako ! Celako !

Kita sama-sama tunggu ceramah Anwar dan Azmin di masa akan datang, beranikah dia memberi peluang kepada pendengar bertanyakan soalan.

Untuk gambar dan video ceramah sila klik di sini

Gempar: Zairil Bukan Anak Khir Johari

Sekali lagi rakyat Malaysia kena tipu dengan DAP.

Nama Khir Johari digunakan untuk memancing orang melayu menyokong DAP apabila seorang lelaki yang diumumkan sebagai anak Khir Johari menyertai DAP hujung tahun lalu dan baru beberapa hari lepas dilantik sebagai Setpol Lim Guan Eng. Sini

Media-media online dan blogger-blogger sebelah sana kecoh sekalian alam apabila dia dilantik sebagai setpol lge. Katanya lge telah melantik orang melayu sebagai setpolnya. Lihat di sini. Bukan main lagi mereka meraikan perlantikan 'melayu' itu.

1 Malaysia kena tipu dengan DAP. Zairil bukannya anak Khir Johari dan bukannya orang melayu. Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwininya pada tahun 1995.

Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa cina sebelum memeluk islam dan berkahwin dengan Khir Johari.

Zairil adalah anak tiri. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat DAP menggunakan taktik itu untuk menarik orang melayu menyokong mereka.

Sumber asal klik di sini

Rakyat Perlu Bayar RM 10 Ribu Seorang Untuk Makan Dengan Anwar

Di Kelantan Nik Aziz dan menantunya makan kek di pagi hari raya yang berharga RM 516.00 sebiji. Dua biji kek harganya RM 1032.00. Klik sini

Di Kuala Lumpur pula untuk makan malam dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah rakyat perlu bayar RM 10 ribu seorang. Manakala untuk makan malam bersama Azmin Ali dan Tian Chua pula rakyat perlu bayar RM 3 ribu seorang. Klik sini

Itulah wajah pemimpin yang menjerit siang malam kononnya berjuang untuk rakyat dan mempertahankan hak rakyat. Mempertahankan hak rakyat atau mencuri duit rakyat ?

Baru jadi ketua pembangkang rakyat perlu bayar RM 10 ribu untuk makan dengannya. Kalau dah jadi PM kelak tak tahulah berapa juta rakyat perlu bayar untuk makan dengannya.

Si tua dari Kelantan pula yang dulu sering berceramah menceritakan kejujuran Khalifah Umar Abdul Aziz tidak menggunakan pelita kerajaan ketika melakukan urusan peribadi. Pelita kerajaan dihembus apabila kerja kerajaan selesai dan nyalakan pelita sendiri untuk urusan peribadi. Dia nak menggambarkan perkara kecil seperti pelita pun kita perlu jujur sekiranya kita menjadi pemerintah.

Itu kata dia dulu, sekarang dah dua puluh tahun jadi MB jangan kata pelita, kek RM 516 sebiji yang dibeli dengan duit kerajaan pun dirembatnya. Projek-projek yang disapu menantu tak usah nak kiralah. Duit tiket kapal terbang dah pulang ke belum ? Klik sini

Rakyat nak percaya lagikah pemimpin penipu seperti itu ?

Sila jawab wahai saudara Idris Ahmad yang bebal sepertimana abangnya yang juga bebal yang membacanya doa untuk Lim Guan Eng dalam khutbah jumaat.

Apa lagi parpukari, cili kasik taruklah !

RBF Mohon Kes Liwat Anwar Digugurkan

Jangan terkejut apabila melihat tajuk diatas.

Saya akan memohon pihak pendakwaraya mengugurkan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim sekiranya Anwar berani melakukan ujian DNA secara sukarela dan keputusan DNA itu kelak menunjukkan ianya tidak sama dengan DNA lelaki Y yang dikesan di dubur Saiful.

Tunggu apa lagi Bung Anwar, serahkanlah sampel DNA mu kepada pihak berkuasa dan aku berjanji dengan mu Bung Anwar, aku akan menjadi kepala berarak ke pejabat peguam negara memohon kes mu digugurkan sekiranya DNA mu tidak sama dengan lelaki Y.

Tidak perlu Shamsul Iskandar, tidak perlu pemuda Pas, tidak perlu pemuda DAP yang melakukan semua itu. Serahkan sahaja kepada ku dan akan ku ganyang jabatan peguam negara habis-habisan supaya kes mu digugurkan.

Ayuh Bung Anwar, sambutlah cabaran ini. Masa sudah terlalu hampir, hampir dengan pilihanraya. Jangan biarkan maruah mu dan maruah keluargamu terus-menerus dirobek dengan kes liwat yang tak sudah-sudah.

Sekarang bukti, buktikan yang kamu bukannya peliwat Saiful. Buktikan DNA lelaki Y itu bukan milik mu.

Wednesday, February 23, 2011

Kenapa DNA Dinamakan Lelaki Y ?

Perkataan lelaki Y mula menjadi sebutan sejak minggu lepas selepas mula disebut oleh Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim VS Saiful Bukhari.

Sejak dari hari itu ramai orang yang tertanya-tanya siapakah lelaki Y. Malah ada yang berkata bukan Anwar yang meliwat Saiful tetapi lelaki Y yang meliwatnya.

Untuk membacanya sepenuhnya sila klik di sini

Terkini : Bulu Anwar Sama Dengan DNA Lelaki Y

Berita Ringkas

Misteri lelaki Y hampir terjawab

Selangor Daily melaporkan DNA lelaki Y sepadan dengan bulu Anwar Ibrahim.

Maklumat lanjut klik di sini

Tuesday, February 22, 2011

Rakyat Malaysia Di Libya Minta Pertolongan Kerajaan


bro rbf,
saya rakyat msia di libya yg kini tgh tenat menantikan bantuan dr pihak kerajaan msia...pihak kedutaan dah hantar lampu merah tapi bantuan terlalu lambat...tolong kami disini...negara turki dah mula keluarkan rakyatnya juga pihak EU...tapi msia mcmana ??? tlg bgtau kerjaan msia hantar batuan melalui laut sebab semua lapangan terbang dah tutup...kat luar semua takut nak keluar...bimbang dgn keadaan yg makin tenat....tolong kami disini...

Apa yang tercatit diatas itu adalah satu pesanan yang dihantarkan kepada saya melalui komen. Saya pun tak pastilah samada ianya benar dari Libya atau dibuat-buat oleh pihak tertentu sepertimana kerajaan kita kena gempak kononnya ada pelajar perempuan rakyat kita dirogol di Mesir tempohari.

Mendengar berita ada pelajar kena rogol, maka kelam kabutlah kerajaan kita hantar bantuan untuk punggah rakyat bawa balik. Padahal itu penipuan semata-mata yang direka-reka oleh juak-juak Pas yang nak balik free. 1Malaysia kelam kabut kena tipu dengan Pas.

Nampak gayanya tahun ini duit kerajaan habis untuk punggah rakyat bawa balik. Selepas Mesir, Libya pula, selepas Libya Bahrain pula, selepas Bahrain tak tahu mana lagi. Lepas balik sini tuntut pula kerajaan hantar semula ke negara berkenaan. Letih.....letih....

Kepada penghantar komen diatas. Saya dah angkat komen anda untuk ke laman utama. Saya dah jalankan tanggungjawab saya apabila anda minta tolong. Perkara selanjutnya terserah kepada kerajaan. Kalau boleh kalau ada apa-apa khabar dari sana sila e mel kepada saya di rbf_501@yahoo.com.

Siapakah Blogger Yang Dibayar RM 5 Ribu Sebulan Oleh Pejabat PM ?

Pada 15 Febuary 2011 satu forum tertutup telah diadakan untuk membincangkan bagaimana PKR dan pak-khatan rakyat dapat meningkatkan sokongan pengundi melayu.

Salah seorang pembentang kertas kerja dalam forum itu bersama dengan Nurul Izzah yang juga anak kepada seorang peliwat ialah wartawan Utusan Malaysia, Hata Wahari , orang yang sering mengatakan dia seorang yang bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Dia kata dirinya bebas, tetapi dia boleh bentang kertas kerja dalam forum PKR bagaimana cara nak jatuhkan Umno dan BN. Bebas kepala angguk dia !

Antara perkara yang dicadangkan oleh wartawan Utusan Malaysia itu ialah,
  • Potretkan masalah bahagian-bahagian Umno supaya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Umno.
  • Potretkan masalah PM dan TPM tidak sebulu dan PM akan mengenepikan TPM sekiranya BN menang besar dalam pru akan datang.
  • Serang isteri PM, Datin Sri Rosmah Mansor.
  • Wujudkan situasi isteri TPM tidak puashati dengan isteri PM.
Itu sebahagian cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh seorang wartawan Utusan Malaysia di mana Umno mempunyai kepentingan dalam syarikat itu. Boleh lihat dibawah ini cadangan-cadangannya yang lain. Double click pada imej untuk melihatnya dengan jelas.

Tujuan mereka cipta isu itu dan minta ianya disebarkan tidak lain tidak bukan ialah supaya timbul perasaan tidak puas hati dikalangan ahli-ahli Umno sendiri sehingga mereka berpecah. Apabila ahli-ahli Umno berpecah ianya akan terbawa-bawa sehingga dalam pru akan datang dan seterusnya membuatkan anda semua marah, tidak bekerja bersungguh-sungguh dan akhirnya BN yang terima kesannya.

Oleh yang demikian janganlah anda semua termakan propaganda-propaganda mereka. Jika anda termakan juga, maka terimalah padah dalam pru kelak. Anda merana, mereka yang untung.

Jika ada orang datang kepada anda dan cuba untuk berbisik-bisik atau cucuk-cucuk janganlah anda layan. Itu semua kerja ejen-ejen iblis untuk memastikan kita bergaduh sesama kita dan akhirnya BN tersungkur dalam pru akan datang.

Selain dari apa yang diperkatakan di atas, salah satu perkara lagi yang dibentangkan oleh Hata Wahari ialah tentang blogger-blogger pro Umno dan Kerajaan BN.

Hata berkata, blogger-blogger Umno yang ada sekarang adalah blogger upahan. Katanya mereka (blogger) dibayar tidak kurang RM 5000 sebulan oleh pejabat Perdana Menteri dan diuruskan oleh Setiausaha Akhbar PM untuk dua tujuan. Pertama jatuhkan pak-khatan rakyat dan yang kedua, jatuhkan pemimpin yang anti Datuk Seri Najib.

Saya dah bertanya dan berbincang dengan rakan-rakan blogger yang pro Umno dan Kerajaan BN sejak semalam lagi. Saya tanya samada mereka ada menerima bayaran sepertimana mana yang Hata dakwa. Semua mereka jawab tidak, termasuklah saya sendiri.

Satu keputusan telah dicapai diantara kami , iaitu mencabar Hata Wahari menamakan blogger yang dibayar RM 5000 sebulan oleh pejabat PM. Kita berani kerana benar dan takut kerana salah.

Kita bagi tempoh selama 48 jam kepada Hata Wahari untuk menamakan blogger yang dia maksudkan. Jika Hata gagal memberitahunya dalam tempoh 48 jam kita semua telah bersetuju untuk mencari beliau dan membaling air kencing kami yang akan dicampurkan dalam satu plastik ke muka Hata.

Kepada Hata Wahari, jika tidak mahu air kencing kami hinggap di muka kamu, sila nyatakan blogger mana yang menerima bayaran RM 5000 sebulan.

Kepada rakan-rakan pembaca, suka saya ingin menyatakan di sini. Cerita-cerita tentang blogger-blogger pro Umno dan kerajaan adalah blogger upahan bukan perkara baru. Cerita ini telah lama disebarkan. Juak-juak sebelah sana sekarang ini sukar menerima hakikat yang blogger-blogger pro kerajaan telah menguasai dunia siber yang selama ini dikuasai oleh mereka.

Mereka cuba potretkan blogger-blogger pro kerajaan berblog bukan kerana datang dari kemahuan sendiri sebaliknya hanya kerana duit yang diupah.

Sekarang saya pulangkan balik kepada pembaca untuk menilai. Sekiranya saya atau rakan-rakan adalah blogger upahan Umno tiadanya kami menghentam Umno sampai nak rak dalam blog masing-masing.

Anda semua yang membaca blog ini atau blog rakan-rakan saya setiap hari, anda boleh lihat bagaimana kami menghentam Umno atau kerajaan sekiranya ada perkara yang tak betul. Orang gila manakah dalam dunia ini yang sanggup bayar upah untuk orang hentam dia ? Orang gila seperti Hata Wahari mungkinlah.

Kau jangan cakap banyak lagi Hata Wahari, tempoh 48 jam untuk kau dedahkan siapa blogger yang menerima bayaran RM 5000 sebulan dari pejabat PM beserta dengan bukti-buktinya bermula dari saat ini. Sekiranya kau gagal , maka kau terimalah persinggahan air kencing kami di muka kau.

Pendedahan Pembohongan Hata Wahari

Semalam Hata Wahri berkata dia akan menjual tanah milik keluarganya untuk dijadikan modal bagi menerbitkan sebuah akhbar bebas yang bernama Utusan Rakyat.

Semua itu temberang semata-mata. Halo Hata Wahari, tak usahlah kau nak berselindung di sebalik nama bebas untuk mengabui mata orang ramai. Kami tahu dimana kiblat mu dan apa agenda sebenar kamu.

Kamu bersekongkol dengan PKR untuk menjahamkan Utusan Malaysia dari dalam kemudian kamu kata bebas. Khaikkkkk ptuihhhhhhh.....

Alasan jual tanah keluarga untuk dijadikan modal ? kau nak tipu siapa bro ?

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya rancangan penubuhan akhbar Utusan Rakyat adalah rancangan PKR. Untuk mengabui mata rakyat kononnya mereka tidak terlibat dalam penerbitan itu maka mereka gunakan si kitol Hata Wahari sebagai alat mereka.

Perkara ini telah dibincangkan dalam satu forum pada 15. Feb yang lepas yang mana dalam forum itu Hata Wahari yang kononnya bebas turut sama membentangkan kertas kerja bagaimana cara untuk menjatuhkan Kerajaan BN dan cara untuk menjahanamkan Utusan Malaysia.

Lihat di bawah,

Rumusan yang dibuat oleh seketeriat forum terhadap kertas kerja yang dibentangkan oleh Hata Wahari, seorang pekerja Utusan Malaysia.

Kenyataan Hata dalam malaysiakini semalam berhubung Utusan Rakyat
"Ini bukan akhbar politik. Kita mahu tunjukkan sebuah akhbar sebenar yang bebas, beretika dan profesional serta tidak memihak kepada mana-mana pihak," katanya yang menjadikan kebebasan media sebagai agenda utamanya di NUJ.
Bukan politik ya ? dicadangkan dan dibincangkan dalam forum PKR kemudian kata bukan politik.

Lihat perkara nombor tiga di tajuk Pandangan Yb Nurul Izzah

Sedang berusaha wujudkan Utusan Rakyat dan berharap Hata Wahari boleh menjadi CEOnya

Kau nak kelentong apa lagi Hata. Jual tanah ya ? Wa....kah...kah....kah....kah....kah....
Jual tanah konon, padahal jual bontot kepada PKR.

Sudah terang lagi bersuluh Nurul Izzah yang kata dia (PKR) sedang berusaha wujudkan Utusan Rakyat dan dia (PKR) berharap Hata boleh jadi CEO.

Nak tunggu apa lagi wahai Utusan Malaysia ? masih nak simpan lagi pekerja seperti itu ? dia kerja dengan Utusan dalam masa yang sama dia pergi nak kerja dengan orang yang anti Utusan.

Bersambung....

Malam tadi jam 11.02 malam saya menerima satu lagi panggilan dari nombor 01X-93XX 832 yang bercakap dengan lemah lembut dan penuh sopan serta membahasakan dirinya sebagai abang. Dia menceritakan masalahnya di Utusan kepada saya seolah-olah untuk menagih simpati supaya saya tidak menyiarkan apa yang saya janjikan pada hari ini.

Anwar, Azmin dan Shamsidar Tipu Sampel Darah ?

Jika benar Fara Afifa anak Shamsidar bersama Azmin, saya minta supaya anak itu dibawa ke Polis Bukit Aman untuk menjalankan ujian DNA dan bukanlah dengan hanya memberi sampel darah.

Demikian tegas Ummi Hafilda Ali, ketika ditanya mengenai persoalan siapakah bapa sebenar kepada Farah Afifa.

Menurut Ummi, hanya ujian DNA sahaja yang dapat menjawab sama ada Anwar atau Azmin adalah bapa sebenar kepada salah seorang anak Shamsidar itu.

Memang sebelum ini Tan Sri Musa Hassan ada meminta supaya sampel darah anak Shamsidar diserahkan bagi membuat ujian itu namun disebabkan helah Anwar dan kekasihnya yang ingin menyorokkan perkara itu mereka membawa sampel darah anak kedua Azmin iaitu Fara Shazliana.

Dipetik dari : Perak Today

Bersambung di sini

Monday, February 21, 2011

Hata Wahari Jual Tanah Atau Jual Bontot ?

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari yang sedang bergelut dengan siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu (M) Berhad, kini berazam untuk menubuhkan akhbar sendiri yang benar-benar bebas, beretika dan profesional.

Untuk tujuan itu, beliau malah menjual tanah bernilai RM1.2 juta seluas 5 hektar milik keluarganya di Mentakab, Pahang yang kini merupakan ladang ternakan lembu.
Sumber:malaysiakini

Soalan saya kepada Hata Wahari,

Kau jual tanah ya ?

Jual tanah ?

Wa...kah...kah...kah...kah...jual tanah....

Jual tanah keluarga atau jual bontot kau kepada PKR ?

Nantikan pendedahan pembohongan Hata Wahari jam 10 pagi esok (selasa) di blog ini.

Siapakah dalang sebenar di belakang Hata Wahari ?

Apabila keluar cerita yang saya dedahkan esok, Utusan Malaysia perlu pecat Hata dalam masa 24 jam. Tak perlu lagi nak buat siasatan dalaman.

Sampai bila UM nak kena tipu dengan si kitol itu ?

Pecat dia !

Sunday, February 20, 2011

Soalan Untuk Nik Aziz


Nik Abdul Aziz sebelum ini beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu juga menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam.


Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut menuduh Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk kepentingan politik Barisan Nasional (BN) semata-mata.
Utusan Online

LADANG RAKYAT DI KELANTAN SEMATA-MATA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SIAPA ?

Friday, February 18, 2011

Husam Perlu Ditahan Dibawah ISA



Ini sudah lebih...

Husam cuba menghasut rakyat supaya bangkit melawan kerajaan seperti di Mesir.

Dalam ceramah itu beliau menceritakan kisah seorang pemuda yang dipukul hingga mati oleh polis Mesir, kemudian rakyat bangkit melalui laman web menentang kerajaan.

Itulah yang cuba nak dibuat di negara kita sekarang apabila seorang lelaki mati di Kelantan semalam kerana serangan jantung kemudian diputar belit cerita kononnya mangsa mati kerana dibelasah UPP.

Dalam usaha mengikut apa yang terjadi Mesir, maka satu kempen melalui FB telah diwujudkan untuk kes berkenaan. Tidak mustahil FB tersebut ada kaitan dengan Husam atau orang-orangnya atau blogger belaannya. Perkara ini perlu disiasat secepat mungkin oleh pihak berkuasa kerana telah ada cubaan untuk menjadikan Malaysia seperti Mesir.

KDN juga perlu bertindak tegas mengambil tindakan kepada Husam berdasarkan ceramahnya dalam video diatas. Kalau perlu ditahan dibawah ISA , tahan sahaja. Walaupun tutur katanya dalam ceramah tersebut nampak baik dan lembut tetapi ianya penuh dengan hasutan.

KDN harus bertindak secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih parah. Dalam hal ini juga rakyat Malaysia boleh menilai tahap otak pemimpin-pemimpin Pas. Mereka cuba hendak huru-harakan Malaysia yang aman dan damai selama ini. Mereka mahu negara kita jadi seperti Mesir dan rakyat hidup dalam kesusahan.

Adun Pas MMS Gambar Kemaluan Kepada Wanita ?

Sungguh mengejutkan melihat pendedahan terbaru Papa Gomo dan Team Nadi Rakyat.

Kisah seorang adun Pas menghantar gambar kemaluan kepada seorang wanita.

Menurut Papa Gomo beliau ada bukti yang kukuh mengenai perkara berkenaan kerana telefon bimbit wanita yang berhubung dengan adun berkenaan berada dalam tangan dia dan rakan-rakannya sekarang.

Papa Gomo juga memaklumkan kepada saya sebentar tadi yang sebelum ini ada orang Pas yang cuba hendak 'settle' dengan beliau dan meminta telefon itu diberikan kepadanya. Tetapi Papa Gomo tidak melayannya.

Difahamkan kisah phone seks berkenaan bermula apabila wanita berkenaan yang juga isteri orang menghantar MMS gambar bogelnya beserta ayat-ayat lucah kepada adun berkenaan. Kemudian dibalasnya dengan gambar kemaluan lelaki dan ayat-ayat lucah. Hebatttt Pas..... Takbirrrrrr......

Itulah dia Pas, parti yang menipu orang ramai dengan perjuangan islamnya. Perangai mengalahkan iblis. Kopiah putih atas kepala hanya hiasan semata-mata.

Tunggu pendedahan selanjutnya dari Papa Gomo dan kita tunggu apa reaksi tuan punya badan.

Shamsidar Keluar Dalam Keadaan Lemah Longlai dan Berserabut

Pada 30.6.1997 jam 5 petang, Umi Hafilda menerima panggilan dari pemandu Shamsidar, Azizan Abu Bakar yang juga bekas pemandu Wan Azizah bahawa Shamsidar akan bertemu Anwar di Bangsar Shopping Complex (BSC).

Umi dan abangnya serta dua rakannya mengekori kereta yang dipandu oleh Nalla. Kereta tersebut menuju ke Kondominium Tivolli Villa yang terletak tidak berapa jauh dari BSC.

Umi berjaya masuk ke kawasan kondo tersebut kerana seorang rakan mereka mempunyai pelekat kenderaan kondo itu.

Setibanya di sana Umi dan abangnya melihat Shamsidar dan Anwar turun dari kenderaan dan berjalan masuk ke rumah.

Pada jam 7.40 malam Shamsidar keluar dari rumah tersebut dalam keadaan longlai dan rambut yang berserabut dan diikuti dengan Anwar beberapa minit kemudian.

Apa mereka buat dalam kondo itu ?

Nantikan jawapannya dalam ceramah Umi Hafilda dan Rahimi Osman seperti di bawah

Tarikh : 20 Febuary 2011 (ahad)

Masa : 9 malam

Tempat : Arena Square, Batu Gajah Perak.

Siapakah Menteri Yang Bertengkar Dengan Anwar Di Telefon ?

Masih ingatkah anda kepada peristiwa 16 September 2008 ?

Satu dunia kecoh kononnya Anwar akan ditabalkan sebagai PM pada tarikh itu.

Dalam usaha mencapai misinya itu, Anwar telah menghubungi seramai mungkin ahli parlimen BN untuk melompat parti.

Salah seorang ahli parlimen BN yang dihubunginya ialah Datuk X yang juga menteri X.

Dalam perbualan telefon itu mereka telah bergaduh sakan hingga membuatkan Anwar naik angin.

Siapakah menteri X tersebut ?

Nantikan jawapannya dalam ceramah Umi Hafilda dan Rahimi Osman seperti di bawah

Tarikh : 20 Febuary 2011 (ahad)

Masa : 9 malam

Tempat : Arena Square, Batu Gajah Perak.

Thursday, February 17, 2011

Kes Tembak Di Kelantan Cuba Diputarbelitkan

Sepertimana yang kita tahu semalam telah berlaku satu kejadian tragis di Tumpat Kelantan berpunca dari salah faham.

Pagi semalam anggota UPP telah mengejar sebuah kereta kancil yang dipercayai membawa beras seludup (beras siam).

Ketika dalam episod kejar-mengejar itu tiba-tiba kereta kancil tersebut berhenti dan anggota UPP bergegas turun menuju ke kenderaan yang dikejar tersebut. Mereka terkejut apabila melihat lelaki yang memandu kenderaan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih. Lelaki itu dikenali sebagai Sa'aid Bin Mat Hassan berusia 56 tahun.

Atas rasa tanggungjawab walaupun orang itu sedang dikejar mereka anggota UPP mengangkat dan membawanya ke Hospital Tumpat. Tiba di hospital anggota UPP terbabit diminta menunggu di bahagian luar bilik rawatan.

Sementara menunggu, mereka mengambil keputusan untuk pergi bersarapan di sebuah kedai berhampiran hospital.

Ketika mereka sedang bersarapan tiba-tiba datang dua tiga biji kenderaan yang dinaiki oleh beberapa lelaki cuba menyerang anggota UPP tersebut dan salah seorang daripada mereka adalah anak saudara kepada mangsa.

Anak saudara mangsa mendakwa anggota-anggota UPP tersebut memukul bapa saudaranya sehingga meninggal dunia. Dalam keadaan kelam kabut itu tiga anggota UPP berjaya meloloskan diri. Hanya seorang yang tidak berjaya lari.

Yang seorang itu telah dikepung oleh kumpulan lelaki berkenaan dan untuk menyelamatkan diri , dia terpaksa melepaskan tembakan. Tembakan itu telah terkena anak saudara mangsa,Ahmad Nizamuddin 19 tahun.

Lalu lelaki yang terkena tembakan itu dikejarkan ke Hopital Tumpat yang berada berhampiran dengan tempat kekecohan itu. Oleh kerana keadaannya kritikal maka dia telah dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.

Itu yang sebenar-benarnya terjadi semalam.

Sekarang ini khabar angin telah disebarkan di Kelantan kononnya anggota UPP telah memukul lelaki yang memandu kereta kancil itu hingga mati dan menembak anak saudara mangsa kerana dia adalah saksi yang melihat kejadian itu.

Cerita itu telah dipusing. Ada pihak-pihak yang cuba menangguk di air negeri Kelantan yang sememangnya keruh dan kuning sejak berpuluh tahun lalu. Mereka cuba hendak pusing cerita sepertimana mereka menuduh SPRM membunuh setiausaha politik haram, Teoh Beng Hock.

Yang sebenarnya...

Lelaki yang dikejar oleh anggota UPP berkenaan meninggal dunia kerana serangan jantung. Rekod penyakit jantungnya memang telah ada di hospital.

Bukan sesuatu yang pelik dalam kedaaan terkejut kerana dikejar oleh anggota UPP beliau boleh terkena serangan jantung kerana terkejut. Tambahan pula usianya sudah 56 tahun.

Nak salahkan anggota UPP pun tak boleh, mereka bukannya tahu arwah ada penyakit jantung. Lainlah kalau di bahagian belakang kenderaannya tercatat 'pemandu berpenyakit jantung'.

Perkara ini tidak akan timbul sekiranya arwah tidak cuba lari ketika dikejar oleh UPP. Berhenti dengan cara elok dan selesaikan dengan cara elok.

Bagaimana UPP hendak pukul mangsa kalau mangsa berada dalam kenderaan ? Kalau nak pukul mestilah kena tarik keluar dan pukul.

Jika benar seperti cerita yang disebarkan kononnya anak saudara mangsa yang ditembak nampak bapa saudaranya kena pukul, kenapa dia tak serang anggota UPP yang memukul pada waktu itu ?

Semua itu karut semata-mata. Cerita asal telah ditokok tambah demi kepentingan politik Pas. Mereka cuba nak jadikan sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Aminulrasyid.

Tindakan anggota UPP melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri sehingga terkena anak saudara mangsa bukannya satu kesalahan. Memang mereka diberikan senjata untuk mempertahankan diri. Kalau dia seorang diri telah dikepung dan dalam keadaan cemas begitu tak logiklah dia nak buka silat pula sedangkan pistol ada. Apatah lagi dia mempunyai kebenaran untuk menggunakan senjata api.

Lagi pun tindakan anak saudara mangsa yang baru berusia 19 tahun cuba menyerang seorang penjawat awam yang sedang dalam tugas adalah satu kesalahan. Dalam kes ini cerita telah diputar belit, orang yang bersalah digambarkan tidak bersalah dan orang yang menjalankan tugas digambarkan sebagai penjahat.

Jangan bimbang dan jangan patah semangat wahai anggota-anggota UPP, teruskan tugas anda sepertimana yang diamanahkan. Ramai lagi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang anda.

Update: Berita yang baru diterima mengatakan juak-juak Pas telah berjumpa keluarga mangsa dan meminta mereka supaya ambil tindakan undang-undang. Pas akan tanggung semua kos guaman.

Projek Kerajaan Pusat, Orang PKR Yang Sapu ?


Setiap kali musim hujan di bulan Disember hingga Januari setiap tahun pekan Rantau Panjang di Kelantan pasti akan ditenggelami air. Pekan tersebut berada berhampiran dengan sungai golok.

Sungai tersebut tidaklah besar sangat. Kalau naik sampan tak sampai 10 kali kayuh pun rakyat Malaysia sudah boleh sampai ke luar negara. Sini


Apabila musim hujan sungai tersebut akan penuh dan airnya akan melimpah ke pekan Rantau Panjang.

Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan Kerajaan Pusat yang diterajui oleh BN maka mereka telah memasukkan dalam RMK 11 untuk projek tebatan banjir sungai tersebut. Sini

Walaupun Kelantan diperintah oleh Pas tetapi Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan negeri berkenaan demi kerana rakyat. Walaupun pelbagai projek dicurahkan kepada Kelantan, MBnya yang terkenal dengan sikap munafik masih lagi berkata Kerajaan Pusat tolak pelbagai projek pembangunan di Kelantan. Sini

Tujuan saya menulis ini sebenarnya pasal perkara lain. Apa yang tercatat di atas itu hanya pembuka bicara sahaja.

Semalam ada berita yang tersebar melalui panggilan telefon, sms dan fb mengatakan tender untuk projek tebatan banjir sungai golok telah pun dibuka.

Mengikut berita yang saya dan beberapa rakan lain dapat mengatakan salah satu kontraktor yang bakal terpilih untuk menjalankan projek tersebut difahamkan adalah sebuah syarikat yang ada kaitan dengan Saifuddin Nasution,ahli parlimen PKR Machang.

Sejauh mana kesahihan berita tersebut tidak dapat dipastikan. Saya juga difahamkan perkara ini telah kecoh di fb Nadi Rakyat malam tadi sehingga mengundang komen seorang menteri.

Harap kementerian yang berkaitan dapat menyemak betul-betul siapa di belakang tabir syarikat yang berjaya memenangi tender untuk projek tersebut. Jangan sampai projek terelepas kepada orang-orang yang menjadi musuh kerajaan.

Bab menyamar puak-puak sebelah sana memang cekap. Siang malam pagi petang mereka kutuk dan maki kerajaan, alih-alih bila ada tender dibuka mereka yang nombor wahid datang beli borang dan bida. Tanpa kita sedari, tiba-tiba mereka yang dapat. Buta-buta sahaja kita kena tipu.

Pak Mertua Dan Menantu Main Silap Mata

Hj.Latiff & Menantu Co Ltd

Hj Sponsor Aziz & Menantu Hantu Kelantan Ku Punya Sdn Bhd

Sebuah blog bernama Gelombang Merah mendedahkan kisah bagaimana cara Nik Aziz dan menantunya bermain silap mata di PMBK. Blog tersebut menyatakan apa yang berlaku di Kelantan hampir sama dengan adengan dalam filem Madu Tiga. Menantu bapakkkkkk.....

Mengikut khabar-khabar angin yang kami dengar sebelum ini mengatakan blog Gelombang Merah ada kaitan dengan Husam. Tetapi kami tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Mungkin benar, mungkin tidak. Blogger kickdefella juga pernah menulis khabar angin berkenaan dengan mengatakan pemilik blog itu berada bersama Husam selepas dia ditamatkan perkhidmatan dari PMBK. Sini

Kita lupakan soal siapa disebalik blog itu, tak kira ianya milik orang Pas atau milik orang Umno, selagi ianya menghentak dan melanyak Nik Aziz serta menantunya saya akan sokong. Dalam soal menjatuhkan munafikin yang bernama Nik Aziz dari takhta persada politik Kelantan dan menghantar munafikin yang bernama Abdul Ariffahmi ke penjara saya boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja kecuali dengan syaitan.

Mengikut laporan blog berkenaan Ariffahmi telah melakukan salah guna kuasa apabila mengeluarkan memo tuntutan elaun kerja luar yang berkuatkuasa sebelum tarikh dia berkuasa.

Tujuannya supaya dia mendapat tuntutan-tuntutan elaun kerja luarnya yang ditahan pembayarannya oleh CEO sebelum itu.

Blog Gelombang Merah juga menyatakan cara Ariffahmi main silap mata lebih kurang sama dengan cara pak mertuanya main silap mata semasa hendak melantik Arif sebagai CEO.

Nik Aziz diminta supaya membetulkan akhlak keluarga sendiri terlebih dahulu sebelum nak menentukan syurga neraka seseorang.

Baca selanjutnya di Gelombang Merah. Klik sini

Wednesday, February 16, 2011

Doakan Dr Lo Lo Cepat Sembuh


Saya turut terkejut melihat keadaan Dr Lo Lo seperti mana yang disiarkan oleh blog GAP.

Dia kelihatan uzur, mukanya sembab dan berjalan pun dah bertongkat.

Daripada saat saya melihat blog GAP pagi tadi sehingga ke saat saya menulis ini fikiran saya masih teringat-ingatkan Dr Lo Lo. Saya terbayang-bayang keadaan mukanya yang sembab.

Kenapa dia jadi begitu ?

Itulah soalan yang berlegar-legar di fikiran saya.

Adalah keterlaluan jika saya mengatakan itu semua balasan Allah terhadap orang yang bermulut laser.

Nak dinafikan pun tak boleh.

Sewaktu mula-mula menjadi ahli parlimen Dr Lo Lo begitu sombong dan angkuh. Setiap kali dia ke pejabat DBKL mulut lasernya tidak boleh dikawal. Macam-macam perkataan dan ayat yang tidak enak didengar dia hambur kepada kakitangan-kakitangan DBKL.

Bukan setakat DBKL sahaja, beberapa agensi lain juga tidak senang dengan mulutnya yang laser itu.

Lihat sahaja cara dia berdebat di Dewan Rakyat atau kenyataan-kenyataanya yang disiarkan di harakah, blognya atau twitternya.Dia begitu sombong dan angkuh. Allah SWT baru angkat dia sebagai ahli parlimen tetapi dia sudah bersikap sedemikian.

Melihat kepada keadaannya hari ini semoga dapat menyedarkan kita semua. Janganlah kita berlagak sombong bila kita ada jawatan.

Di kesempatan ini saya juga ingin menyeru kepada rakan-rakan pembaca agar sama-sama kita mendoakan supaya Dr Lo Lo cepat sembuh. Jangan sesekali anda mendoakan dia pecah perut.

Mana-mana orang yang pernah kena hamburan kata-kata laser yang keluar dari mulut dia, harap dapat maafkan dia.

Gegaran Politik Di Perak Hujung Minggu Ini

Benarkah Anwar dan Azmin berkongsi isteri ?

Bayi siapakah yang Anwar mandikan ?

Benarkah Afifa anak Anwar Ibrahim ?

Benarkah Anwar dan Azmin pasangan gay ?

Shamsidar dan Anwar berasmara dalam kereta ?

Shamsidar keluar Tivolli Villa dalam keadaan longlai ?

Anwar tutuh perempuan bulan puasa ?

Nurul Izzah terserempak Anwar sedang meliwat dalam bilik bacaan ?

Anwar hantar 50 orang polis untuk serbu dan tangkap saya ?

Mereka bahagi-bahagikan saham seperti bahagi kacang goreng ?

Azmin tawarkan wang berjuta kepada saya ?

Saya yang bawa Saiful bekerja dengan Anwar ?

Saiful mengadu kepada saya dia diliwat ?

Orang-orang Umno jumpa Anwar di tengah malam ?

Siapakah dia 31 orang Ahli Parlimen BN yang nak lompat parti ?

Kenapa saya tinggalkan PKR ?

Azmin panggil orang-orang india paria ?

Pemilihan PKR penuh dengan penipuan ?

Dan macam-macam lagi....

Nantikan kemunculan tiga jam Umi Hafilda, Rahimi Osman dan N Gobalakrishnan bersama-sama anda di Perak hujung minggu ini.

Tarikh : 20.Feb.2008 (ahad)

Tempat: Arena Square, Batu Gajah Perak

Masa : 9 malam

Anda akan dengar perkara yang tidak pernah anda dengar selama ini.

Anda semua akan tahu siapa dia Anwar dan Azmin.