
Sogokan ?
Apa yang di dalam beg itu ?
Wang atau emas ?
Kata orang sekeping gambar boleh membawa beribu makna. Kalau dua keping gambar agak-agaknya boleh bawa berapa juta punya makna ?
Bagi saya pula dua keping gambar di atas telah menemukan saya jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini.
Sebelum ini saya pernah terdengar bahawa Pengarah SPRM Perak, Puan Hajjah Noraziah adalah orang Pas.
Benarkah ? betulkah ? itulah yang bermain dalam fikiran saya selama ini. Saya cuba juga risik-risik dan bertanya khabar sana sini. Ada yang jawab
"tak tahu" dan ada yang kata
"saya pun dengar begitu juga".
Tetapi, selepas melihat blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, maka saya rasa jawapannya sudah ditemui.
Gambar diatas menunjukkan Pemuda Pas Perak mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Hajjah Noraziah selepas beliau ditugaskan di Perak. Mengikut laporan blog Dewan Pemuda Pas Negeri Perak kunjungan tersebut dilakukan pada 23.Mac.2010 jam 3.30 petang.
Petikan dari blog
DPP PerakPada 23 Mac 2010 yang lepas, Dewan Pemuda Pas Perak yang diketuai oleh Saudara Salman Saleh dan exco dewan harian yang lain telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi Negeri Perak yang baru iaitu Hajah Nooraziah Bt Abd Manaf.
Kunjungan yang bermula jam 3.30 petang itu telah disambut mesra oleh Hajah Nooraziah dan para kakitangan Pejabat SPRM Perak.
Gambar kedua pula menunjukkan beliau menerima hadiah yang disampaikan oleh Pemuda Pas. Tidakkah itu boleh menimbulkan keraguan orang ramai terhadap beliau ?
Apakah yang di dalam beg hijau tersebut ?
Mungkin wang atau pun mungkin emas yang dihadiahkan oleh Pemuda Pas Perak sebagai sogokan untuk SPRM Perak tidak menyiasat aduan-aduan tentang salah laku pemimpin Pas, PKR dan DAP sepanjang mereka memerintah Perak.
Mungkin, saya kata
mungkin. Bila saya guna perkataan mungkin maknanya mungkin benar atau mungkin tidak. Sebab itu saya kata pemberian hadiah itu boleh menimbulkan keraguan orang ramai terhadap SPRM.
Rakan-rakan sekalian, saya nak ajak anda semua berfikir secara logik.
Mengapa dalam banyak-banyak agensi atau jabatan yang ada di Perak, Pemuda Pas memilih untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah SPRM Perak ?
Kenapa mereka tidak adakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Perak ? sedangkan Ketua Polis Perak pun orang baru di Perak.
Selama ini Pas menjadikan SPRM musuh mereka yang nombor wahid. Bermacam-macam tuduhan dan kejian yang mereka lemparkan terhadap SPRM termasuklah tuduhan yang paling jahat iaitu membunuh Teoh Beng Hock.
Dalam kes di Perak, tiba-tiba sahaja SPRM menjadi suci, putih dan bersih di mata Pas sehingga Pemuda Pas sanggup menghambakan diri mereka pergi mengadap bos sebuah suruhanjaya yang mereka kutuk, caci dan hina selama ini.
Apa maknanya semua itu ?
Sudah tentulah ada udang di sebalik batu.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah apa yang dikatakan orang selama ini. Kalau bukan Pengarah SPRM Perak orang mereka, jangan haraplah Pemuda Pas Perak hendak mengadap beliau. Mati hidup semula pun mereka tak akan pergi mengadap.
Saya difahamkan MB Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku ketua kerajaan di negeri Perak pun sehingga ke hari ini belum dapat bertemu dengan Pengarah SPRM Perak kerana beliau sering mengelak untuk berjumpa MB. Tetapi pemuda Pas senang-senang sahaja dapat bertemu dengan beliau.
Fauzi Muda pernah membuat laporan kepada SPRM Perak berhubung lapan orang pemimpin-pemimpin pak-khatan rakyat Perak yang menjadi jutawan segera semasa 11 bulan mereka memerintah Perak. Klik di
siniDibawah pentadbiran Puan Hajjah Noraziah sekarang adakah kita boleh percaya kes itu akan disiasat ? Saya rasa tidak mungkin. Kalau disiasat sekali pun hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat.
Tidak ada pilihan lain, ibu pejabat SPRM hendaklah menukarkan Pengarah SPRM Perak kerana beliau telah menimbulkan keraguan orang ramai terhadap SPRM.
***Dibawah ini saya print screen apa yang dilaporkan oleh blog DPP Perak sebagai bukti sekiranya mereka menarik balik artikel yang disiarkan. Kepada mana-mana rakan-rakan pembaca yang boleh cetak, harap dapat cetak cepat-cepat sebelum mereka tarik balik artikel itu dari blog mereka. Saya tak boleh nak cetak kerana berada di luar sekarang. Tolong cetak dan simpan. Benda itu mungkin diperlukan satu hari nanti sebagai senjata kita. Tolonggggggg....




