Gambar ini hanya sekadar hiasan semata-mata
Perhatian: Apa yang saya nak perkatakan dibawah ini BUKAN melibatkan semua restoran-restoran mamak, tetapi hanya segelintir sahaja. Daripada segelintir itu pun BUKAN semua kegiatan perkerja-pekerja mereka diketahui oleh majikannya. Di bandar-bandar besar restoran-restoran mamak adalah tempat yang popular untuk kita menjamu selera bersama keluarga atau bersama rakan-rakan. Restoran mamak juga tempat kita selalu berkumpul menonton perlawanan bolasepak.
Kenapa kita pilih restoran mamak ?
Berniaga ikut jadual, semua makanan ada, kedai besar, cerah dan pekerja-pekerjanya tidak pernah merungut kalau kita minta itu ini. Pekerja kedai mamak , kalau kena maki dengan pelanggan sekali pun mereka tetap senyum atau buat bodoh.
Kedai melayu, kalau kita meragam sikit mulalah mereka tarik muka dan silap-silap makanan atau minuman kita diludah atau dicelup dengan jari atau hujung kain buruk. Terutama sekali kedai-kedai tomyam yang dikendalikan oleh orang-orang Selatan Thai.
Bukan semuanya bersikap begitu, hanya segelintir sahaja, ada juga yang ok.
Lagi satu sikap buruk tukang-tukang masak kedai tomyam adalah merasa makanan pelanggan yang dimasak dengan sudu yang sama. Terutama sekali masakan-masakan berkuah seperti tom yam atau sup.
Mereka masak, kemudian mereka ambil sudu yang diletak di tepi dapur, kemudian kaut sikit kuah yang dimasak untuk dirasa (kecap). Kalau tak cukup bahan , mereka tambah, kemudian sudu yang sama tanpa dicuci dicelup lagi ke dalam kuali untuk merasa lagi makanan itu. Satu sudu yang sama tanpa dicuci digunakan berpuluh-puluh kali semalaman untuk merasa makanan yang dimasak kepada puluhan atau ratusan pelanggan satu malam.
Balik kepada kisah kedai mamak, saya nak kongsi dengan rakan-rakan semua satu perkara. Apabila kita siap makan, kebiasaannya kita akan panggil pekerja untuk kira.
"Macha kira..."Maka marilah pekerja itu bawa kertas dan pen.
"Oney, rendey, mune, nalu, angi, are bla...bla...bla.... lapan belas ringgit lima puluh sen bos", kata pekerja tersebut sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Tanpa bercakap banyak kita pun hulurlah duit. Lepas itu datang pula pekerja bagi duit baki dan tanpa bercakap banyak kita pun ambil tanpa mengiranya terus masuk ke dalam poket.
Kita tak sedar yang kita telah ditipu oleh pekerja tersebut.
Dengan kita mereka kira RM 18.50, masuk laci tauke mungkin Rm 17.00 sahaja. RM 1.50 lagi masuk poket mereka. Jumlah yang mereka balun bergantung kepada berapa banyak yang pelanggan makan. Daripada sekecil-kecil 20 sen hinggalah ke dua tiga ringgit.
Katakanlah secara purata mereka balun pelanggan 50 sen seorang. Kalau 50 pelanggan sehari dah RM 25.00. Kebiasaannya tukang kira akan berpakat dengan orang yang jaga kaunter. Kalau tauke sendiri yang jaga kaunter mereka tidak berpeluang melakukan silap mata tersebut, tetapi mereka main silap mata dengan duit baki pula.
Sebab itu sesetengah kedai mamak yang mana tauke yang baik-baik tidak membenarkan sebarang pembayaran dilakukan di meja makan. Pelanggan mesti pergi ke kaunter untuk membayar, untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi.
Seperkara lagi, tolong kira wang baki yang dihantar oleh mereka kepada kita. Kadangkala wang tersebut tidak mengcukupi kerana telah dibalun oleh si tukang kira tersebut.
Ramai diantara kita malu untuk nak lihat satu-satu apa yang mereka kira. Saya tak kata orang lain , saya pun begitu juga dulu. Bukan apa, takut orang kata kita terlalu berkira sangat. Tapi selepas saya melihat seorang cina pernah kena main silap mata begitu dengan pekerja kedai mamak di Puchong, saya pun mula berhati-hati selepas itu. Cina itu kena tipu 30 sen sahaja, tetapi dia punya kecoh satu kedai dengar. Siap suruh pekerja kedai itu telefon tauke kedai dan datang ke kedai dengan segera.
Saya akan ambil kertas yang dia kira kemudian saya padankan dengan makanan atau minuman yang dimakan atau diminum. Sejak saya amalkan begitu sudah beberapa kali pekerja kedai mamak di beberapa buah restoran kantoi dengan saya. Apabila kantoi kita tanya, mereka buat-buat bodoh dan garu kepala, kemudian buat-buat kira balik dan pergi ambil duit yang mereka buat silap mata beri kepada kita kembali. Jumlah yang mereka buat silap mata tak banyak , kebiasaannya 50 sen sahaja. Lebih kurang sajalah RBF dengan cina diatas. Cina diatas kena tipu 30 sen kecoh satu kedai, RBF kena tipu 50 sen tetapi beberapa kali siap masuk blog dan kecoh satu dunia. Ha...ha...ha...ha....ha.....
Bukan 50 sen itu yang kita nak berkira, tapi penipuan yang dilakukan itu yang membuatkan kita marah. Kalau nak dua tiga ringgit kita boleh kasi, tapi mintalah dengan elok. Orang buta yang jual tisu kita boleh beri sampai lima orang satu malam sepanjang kita lepak di kedai mamak. Tak kan setakat mereka nak makan 2-3 ringgit kita tak boleh beri kepada mereka jika mereka benar-benar tidak cukup wang.
Jangan pula rakan-rakan menghukum semua kedai mamak berperangai sedemikian. Yang saya maksudkan hanya
segelintir sahaja. Kalau nak tahu, cuba pergi uji. Kalau dah dua tiga kali uji di kedai yang sama, tetapi tiada masalah. Maknanya kedai itu ok lah.