Friday, July 29, 2011

Pengawal Peribadi Anwar Menipu ?

Saya kagum dengan analisis yang dilakukan oleh rakan blogger AIDC berhubung insiden yang terjadi ke atas Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya dalam kejadian di KL Sentral tiga minggu lepas.

Mengikut analisisnya kecederaan yang dialami oleh pengawal peribadi Anwar bukannya akibat terkena kelongsong gas pemedih mata tetapi kerana terjatuh akibat tolak menolak yang berlaku di tempat kejadian.

Mengikut laporan malaysiakini sepertimana yang diceritakan oleh pengawal Anwar, sewaktu kejadian perarakan dari Hotel Hilton menuju ke Stadium Merdeka beliau dan Anwar berada di barisan belakang, manakala pemimpin-pemimpin lain penyokong berada di bahagian depan. Ketika itu dia nampak polis sedang membidik gas pemedih mata ke arah Anwar.

Cuba kita fikirkan,

Dia kata dan Anwar berada di belakang, manakala pemimpin lain berada di hadapan.

Bagaimana mungkin dalam keadaan orang ramai, kelam kabut dan dia yang berada di bahagian belakang boleh nampak polis yang berada di bahagian hadapan sedang membidik ke arah Anwar ?

Sekiranya polis melepaskan gas pemedih mata ke arah Anwar maka sudah tentulah kelongsong gas tersebut akan kena pemimpin-pemimpin lain yang berada di depan terlebih dahulu.

Tak tahulah saya sekiranya polis boleh set kelongsong itu agar berhenti tepat di muka Anwar atau pengawalnya.

Nampaknya 1Malaysia bukan sahaja ditipu oleh Mat Sabu, tetapi turut ditipu oleh pengawal peribadi Anwar.

Jika mereka boleh set biawak yang bernama Suhardi supaya berlakon mati, maka jawabnya tak hairanlah sekiranya Anwar dan pengawalnya sendiri turut berlakon. Ditambah pula dengan adanya media-media asing yang mengelilinginya pada hari itu, maka lagilah hebatlah lakonannya. Apatah lagi dalam keadaan 'cedera' seperti itu pun sewaktu bercakap dengan media asing Anwar boleh lagi sebut nama Najib. Nampak sangat skripnya semua telah tersedia dengan niat untuk memalukan Najib.

Ikuti analisis oleh AIDC di sini dan sini.

Thursday, July 28, 2011

Kenali Pemimpin Utama Parti ISLAM Semalaysia

Mursyidul Am Parti ISLAM Semalaysia

Selasa 26 Julai 2011 - SOKONG
Mursyidul Am terima sistem biometrik yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya asalkan pelaksanaanya bersih dan telus.

Rabu 27 Julai 2011- NAFI SOKONG
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.


Presiden Parti ISLAM Semalaysia

2003-NEGARA ISLAM
Sesungguhnya kewajiban menegakkan NEGARA ISLAM adalah sama penting dengan kewajiban menunaikan ibadat Haji yang lain berpandukan kepada kaedah fiqah yang makruf.

2011 - NEGARA KEBAJIKAN
Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Quran. Dia tak sebut negara islam. Dia sebut negara berkebajikan.


Timbalan Presiden Parti ISLAM Semalaysia

9 Julai 2011 - DILANGGAR KERETA POLIS
Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara.

11 Julai 2011 - LAND ROVER POLIS REMPUH SAYA
Ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Penipuan dan pembohongan adalah amalan wajib dalam hidup mereka.

Jika ketua-ketua di atas sudah kaki belit, anak-anak buah kat bawah lagilah kaki pusing. Tapi tak mengapa , mereka tak bimbang sebab 'penjaga syurga' pun berbohong , apa salahnya jika anak-anak buah turut sama berbohong.

Bohonglah mereka nak bohong tahap mana, tipulah mereka nak tipu sampai ke mana sekalipun, syurga untuk mereka telah terjamin.

Adakah Mereka-Mereka Ini Pelacur Yang Sertai Demo Bersih ?

Tahukah anda siapakah antara peserta demo bersih di KL pada 9 Julai lepas ?

Nasib baik Peguam Pas beritahu, kalau dia tak beritahu kita pun tak tahu.

Mengikut Peguam Pas antara mereka yang turut serta dalam perhimpunan itu adalah PELACUR.
Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya.
malaysiakini

Adakah mereka-mereka yang gambarnya tersiar di sini pelacur yang dimaksudkan oleh Peguam Pas ?

Kakitangan Kerajaan Selangor Boikot Majlis Kerajaan Negeri ?

Join FB RBF Online, click here

Gambar kerusi-kerusi kosong di atas di rakam di Majlis Penerangan dan Pelancaran Logo Negeri Selangor di Stadium Melawati Ahad lepas.

Kerusi-kerusi yang diletakkan di barisan depan itu dikhaskan untuk Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri. Bagaimanapun di saat-saat akhir orang awam telah dikerah untuk memenuhi kerusi tersebut akibat ketidakhadiran orang-orang yang sepatutnya duduk di situ.

Maklumat yang saya dapat mengatakan kakitangan-kakitangan Kerajaan Negeri memboikot majlis itu kerana ia majlis politik dan majlis syok sendiri.

Selama ini kita sering mendengar Pas, PKR dan DAP berkata BN menyalahguna jentera kerajaan untuk kepentingan politik.

Yang di atas apa cerita ?

Tidakkah itu program politik namanya ?

Siapa Hj Hadi di Selangor ? MB, Exco, Adun, atau Ahli Majlis ?

Siapa Wan Azizah di Selangor ? MB, Exco, Adun, atau Ahli Majlis ?

Jika program Kerajaan Negeri mengapa mereka berada di atas pentas dan menyampaikan ucapan kerana mereka berdua tidak ada apa-apa sangkut paut dengan pentadbiran negeri Selangor ? Mereka hanyalah presiden parti-parti politik.

Semua kos untuk majlis berkenaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Itulah buktinya mereka pun tidaklah sesuci mana. Ada peluang untuk seleweng mereka pun sapu.

Sebagai Presiden Parti ISLAM Semalaysia apakah Hj Hadi tidak takut dosa kerana bersekongkol dengan mereka yang menyeleweng harta kerajaan negeri untuk tujuan politik ?

Atapun dosa penyelewengan atau salah guna kuasa hanya untuk BN dan Umno sahaja, untuk Pas penyelewengan atau salah guna kuasa boleh dapat pahala ?

Wednesday, July 27, 2011

Video: Kecekapan Body Guard Melindungi PM

Video di bawah ini adalah tradegi bagaimana PM cuba diserbu oleh geng-geng PKR yang menggunakan alasan untuk memberi surat kepada PM. Kejadian berlaku di KL Sentral petang tadi.



Lihat pada minit ke 0.31 ketika samdol tersebut cuba menyerbu ke arah PM, dia masuk sahaja terus body guard PM pegang dan tolak dia. Pantas betul tindakannya dan kuat betul tenaganya dapat menolak samdol itu. Cekap, memang cekap.

Yang saya tak boleh tahannya apabila melihat samdol itu meraung-raung memanggil Datuk Najib, "Datuk Seri". Hari-hari kerjanya memaki Najib, tapi tak malu pula dia meraung memanggil Najib.

Lihat pula pada minit 1.59 apa yang dia kata. "Saya nak jumpa PM saya". Kepala otak kamulah. Tak payah nak berlakon baik. Kalau dah iblis tu iblislah.

Cuba anda semua bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya Anwar yang berada di tempat Najib ketika itu. Saya rasa dah tentu dia rebah dan diusung ke hospital.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pegawai keselamatan tersebut kerana bertindak dengan tegas dan cekap menjaga keselamatan pemimpin negara.

Kepada puak-puak PKR jangan marah sekiranya selepas ini ada pemimpin-pemimpin kamu yang akan diganggu sedemikian rupa. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

Update: Jawapan Kepada Komen Penyokong Pas Yang Bernama Warga Shah Alam

Update@6.16pm: Warga Shah Alam telah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia bukannya ahli Pas dan hanya rakyat biasa.

Baguslah kalau dia bersumpah, itu menunjukkan sumpah adalah sesuatu yang relevan dalam islam, bukannya seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kononnya tiada sumpah dalam islam melainkan antara suami isteri sahaja.

Warga Shah Alam kata dia ada pengalaman dengan Umno Shah Alam dan kecewa dengan mereka kerana banyak yang tidak betul dalam Umno.

Saya setuju dengan dia, saya tak kata Umno sempurna 100 %. Kalau Umno sempurna sepenuhnya taklah saya serta kawan-kawan membalun Umno dalam blog kami. Umno tidak pernah menghalang kebebasan bersuara di kalangan ahli-ahlinya. Saya dapat rasakan kemungkinan Warga Shah Alam kecewa dengan Umno kerana kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Sudahlah kalah kemudian ketua cawangan atau ketua bahagian tidak melantiknya sebarang jawatan lantikan hatta jawatan pemeriksa kira-kira sekali pun. Itulah kemungkinan-kemungkinan yang membuatkan dia kecewa.

Mengenai lesen rumah urut, katanya exco yang berkenaan (Exco PBT, Ronnie Liu) menjelaskan tiada satu pun lesen baru yang dikeluarkan.

Memang tiada lesen baru yang dikeluarkan untuk nak tunjuk baik. Tetapi bilangan rumah urut jauh berbeza dengan lesen yang ada. Itu menunjukkan rumah-rumah urut itu tidak berlesen. Ianya dibuka sesuka hati kerana mendapat perlindungan dari DAP dan MB Selangor.

Beginilah Warga Shah Alam, boleh atau tidak anda pergi jumpa Khalid Ibrahim, Ronnie Liu dan Hasan Ali dan minta mereka bertiga turun serentak bersama-sama dengan Penguatkuasa PBT dan JAIS menyerbu rumah-rumah urut tidak berlesen dan kegiatan-kegiatan sundal di rumah urut sebagaimana yang selalu dilakukan oleh Khir Toyo dan Rahman Palil di zaman BN. Agak-agak anda berani mereka lakukan ? Percayalah cakap saya , mati hidup balik pun mereka tak akan berani lakukan.

Warga Shah Alam, saya tidak mempertikaikan kredibiliti Hasan Ali atau mencemuhnya. Saya puji kalau dia dapat kumpul 2-3 ribu orang untuk ceramah agama walaupun yang hadir itu adalah orang-orang Pas yang dikerah hadir dari setiap daerah di Selangor.

Yang saya pertikaikan adalah sikap DAP yang mengganggu Hasan Ali melakukan tugasnya kepada orang-orang melayu dan islam sehingga Pas Pusat pun terpaksa gugurkan jawatan Hasan Ali di Selangor kerana menurut kehendak DAP.

Apa guna jadi Exco yang menjaga Adat Melayu dan Agama Islam kalau kerjanya hanya setakat menganjur dan menarik orang datang dengar ceramah agama ? Kerja itu tidak perlu sampai tahap level exco yang lakukan. Tugas itu perlu diserahkan kepada tok siak, tok bilal dan tok imam. Paling kuat pun kalau exco nak campurtangan sangat, berilah kepada pegawai khasnya yang uruskan. Exco ada tugas lain yang lebih besar lagi.

Tapi apakan daya di Selangor exco yang menjaga hal ehwal islam telah dinafikan pergerakannya untuk tugas-tugas lain oleh DAP. Tugasnya hanya mengatur ceramah agama. Program Kerajaan Negeri pun dia diletakkan di tempat duduk biasa bawah pentas.
Tulisan asal sebelum kemaskini


Berhubung dengan tulisan saya sebelum ini tentang penghinaan kepada Hasan Ali telah mengundang beberapa komen dari seorang pembaca warga pembangkang yang menggunakan nick name Warga Shah Alam. Saya rasa individu tersebut adalah penyokong Pas.

Beliau bukannya orang baru di blog ini. Telah lama beliau mengikuti blog ini dan sentiasa menghantar komen-komennya. Saya tidak menyekat komen-komen dari beliau dan sentiasa berfikiran terbuka menerima kritikan darinya. Saya menghargai kehadiran beliau sepertimana saya menghargai rakan-rakan pembaca yang lain.

Saya tertarik dengan satu komennya yang dihantar hari ini berhubung penghinaan yang diterima Hasan Ali.

Dibawah ini adalah komen yang dihantarnya...
RBF..

saya tidak melihat apa2 yg salah tentang gamba yg anda siarkan..

biar dimana Dato Hassan Ali diletakkan,itu bukan penghinaan untuk beliau...
yg penting,hanya Allah yg dapat menilai sumbangan Dato Hassan Ali pada rakyat di negeri selangor ini...

beliau telah menjaga portfolio agama islam di selangor dengan baik sekali..

lebih efektif jika dibandingkan dgn Dato Rahman Palil dulu..

ingat,kerusi di dunia ini xdelah sebsar mana jika dibandingkan dengan 'kerusi' di Atas Sana wahai saudara RBF...

Jika UMNO ditakdirkan mengambil alih semula selangor,tolong la teruskan legasi Dato Hassan Ali...

demi masyarkat Islam...

-Warga Shah Alam-
Brother, bagaimana anda boleh kata itu bukan penghinaan sedangkan terang-terangan Hasan Ali sebagai exco senior dari parti Pas dalam barisan pentadbiran Kerajaan Selangor diletakkan di tempat duduk biasa di bawah pentas. Manakala exco yang mempunyai nama buruk seperti Ronnie Liu dari DAP dan exco dari PKR diletakkan di tempat duduk VIP di atas pentas.

Hasan Ali sepatutnya diletakkan sebaris dengan mereka sebagai mewakili Pas dalam pentadbiran Selangor. Jika anda kata itu bukan satu penghinaan, adakah itu namanya satu penghargaan ?

Jika anda kata tidak kisah atau bukan satu penghinaan dan hanya Allah yang menilai , sekarang anda minta Hasan Ali pindahkan pejabatnya dari Tingkat 2 Bangunan SSAAS ke tempat letak kereta bangunan tersebut . Boleh ?

Tidak salah dan tidak hilang maruah kita jika kita mengakui kebenaran walaupun ianya disuarakan oleh musuh kita. Demi mempertahankan ego anda dan hendak menafikan kebenaran yang saya katakan anda boleh kata itu bukan penghinaan sedang ianya terang-terang satu penghinaan.

Anda kata Hasan Ali telah menjaga Portfolio Agama Islam dengan baik dan lebih efektif jika dibandingkan dengan exco dari BN dahulu.

Anda silap, Hasan Ali bukan jaga dengan baik. Dia cuba jaga dengan baik apa yang ditinggalkan BN dan cuba tingkatkan lagi , tetapi dia gagal kerana halangan dari DAP dan PKR.

Dulu tiada penjualan arak di Shah Alam, tiada bar, tiada rumah urut dan pusat hiburan. Sekarang semuanya telah ada. Arak yang dirampas dipulangkan balik. Kilang arak pun ditawarkan tanah baru yang lebih besar oleh Ahli Parlimen Pas yang pro DAP.

Dulu lesen-lesen rumah urut dikeluarkan dengan kawalan ketat dan mengikut keperluan golongan bukan islam sahaja. Mana-mana rumah urut yang tidak berlesen akan diserbu. Sekarang siapa nak buka rumah urut, esok boleh buka tanpa perlu dapatkan lesen atau kebenaran PBT. Mereka tidak perlu bimbang dengan Penguatkuasa PBT kerana semuanya dalam kawalan DAP dan mereka tidak perlu bimbang dengan JAIS kerana Hasan Ali telah dikunci pergerakannya.

Dulu kita semua sentiasa melihat dalam laporan-laporan media bagaimana Khir Toyo dan Rahman Palil turun padang bersama-sama dengan JAIS dan PBT buat operasi ke atas rumah-rumah urut untuk memastikan mereka mematuhi syarat lesen dan tidak menjalankan aktiviti persundalan. Mana-mana rumah urut yang langgar syarat lesen akan diambil tindakan serta-merta termasuklah merobohkan bilik-bilik yang dibina serta memotong bekalan eletrik dan air.

Sekarang saya minta Warga Shah Alam jawab soalan saya yang dibawah....

Semenjak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor dan Hasan Ali exco agama dari Mac 2008 sehingga sekarang berapa kali mereka semua pernah turun lakukan operasi ke rumah-rumah urut ?

Jawapannya , SEKALI PUN TIDAK PERNAH !

Kenapa tidak pernah ? Kerana takutkan DAP !

Wahai Warga Shah Alam, Islam bukan setakat tarik 2-3 ribu orang datang dengar ceramah agama. Ruang lingkup islam lebih besar daripada itu. Jangan hanya kerana 2-3 ribu datang dengar ceramah maka anda boleh istiharkan islam kuat.

Salah satu contoh, orang-orang Pas sering menuduh Tun Dr M tidak islamik kerana tidak pakai serban, tidak berjubah, tidak berjanggut dan ucapan-ucapannya tidak disulami dengan ayat-ayat Quran serta Hadis.

Tetapi sumbangan Tun terhadap islam jauh lebih besar dari apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas sehingga mendapat pengiktirafan negara-negara Islam yang lain.

Daripada merdeka hingga ke tahun 80 an bilangan doktor-doktor islam amat kurang di negara kita, sedangkan orang islam adalah majoriti penduduk negara ini. Masa itu wanita-wanita islam nak bersalin pun susah kerana terpaksa kangkang kepada doktor-doktor lelaki bangsa lain. Selain itu pelbagai lagi masalah lain.

Selepas Tun dilantik sebagai PM misi utamanya menambah bilangan doktor-doktor orang melayu. Hasilnya kita boleh lihat pada hari ini. Hari ini bilangan doktor wanita Islam mendahului doktor-doktor lelaki dan doktor bangsa lain. Sekarang kalau orang islam yang nak mati dan tiada ahli keluarga di sisi pun doktor boleh ajar mengucap. Wanita-wanita islam tiada masalah lagi untuk bersalin atau mendapat rawatan bagi yang menghadapi masalah sakit puan. Dalam masa yang sama misi Tun itu berjaya meningkatkan maruah serta martabat orang melayu serta islam serta menambahkan bilangan profesional melayu.

Banyak lagi kalau saya nak ceritakan sumbangan Tun terhadap islam. Sebab itu saya kata islam bukan setakat dengar ceramah agama, janggut, serban, jubah dan baca ayat-ayat Quran serta hadis. Buka minda dan buang mitos yang tertanam dalam kepala anda sejak lama kononnya islam hanya seperti yang saya nyatakan di atas. Menyediakan negara yang aman, menyediakan ekonomi baik supaya rakyat dapat kerja dan menyediakan tempat menuntut ilmu adalah antara tuntutan islam. Semua itu dilakukan dengan baik di Malaysia oleh kerajaan yang memerintah.

Tentang pesanan Warga Shah Alam yang meminta Umno meneruskan legasi Hasan Ali sekiranya merampas kembali Selangor.

Aik....lain macam bunyi, belum perang lagi dah rasa nak kalah ke ?

Teruskan legasi Hasan Ali maknanya kena teruskan apa yang ada sekarang. Apa yang baik yang dilakukan Hasan Ali sekarang ? Hanya kumpul orang untuk dengar ceramah agama 2-3 ribu orang. Yang lain semua tak boleh buat kerana kekangan dari DAP. Nak meneruskan legasi yang ditinggalkan Umno pun Hasan Ali tak mampu,apatah lagi nak tambah baik apa yang ditinggalkan.

Saya tak kata Hasan Ali tak bagus, dia cuba memberi yang terbaik tetapi dia tak mampu kerana halangan dari DAP dan lebih pedih lagi orang-orang dari partinya sendiri juga terikut-ikut dengan rentak DAP dan merasakan beliau adalah beban besar kepada Pas sehingga jawatannya pun digugurkan dan diberikan kepada orang yang condong kepada DAP. Apa dosa Hasan Ali ? Dosanya kerana lebih-lebih mempertahankan Islam dan melayu.

Cukup setakat ini, saya minta maaf jika ada ayat-ayat yang digunakan yang membuatkan Warga Shah Alam tersinggung. Harapan saya juga semoga Warga Shah Alam dapat buang ego dan penyakit sindrom penafian yang tertanam dalam diri anda. Terimalah kebenaran dengan seada-adanya. Terimalah hakikat bahawa Pas hanya sampah di mata DAP dan PKR. Tak usahlah anda hendak menegakkan benang yang basah.

Dimanakah Penghinaan Yang Terdapat Dalam Gambar Ini ?

Dua gambar di atas ini dirakam pada Ahad, 24 Julai 2011 di Majlis Penerangan dan Pelancaran Logo Selangor (SelangorKU@Selangor Kurang Upaya) oleh KhalidKU (Khalid Kurang Upaya) di Stadium Melawati Shah Alam.

Sekali imbas, dua kali tengok atau tiga kali lihat mungkin anda tidak dapat rasakan ada sesuatu yang pelik dalam gambar itu.

Tetapi apabila tilik kali keempat kita boleh lihat apa yang tersurat dan tersirat dalam gambar tersebut.

Apa yang tersurat dan tersirat dalam gambar di bawah adalah satu penghinaan yang cukup besar.

Benarlah kata pepatah sekeping gambar membawa seribu satu makna yang tersurat dan tersirat.

Saya tidak mahu membuang masa untuk anda meneka apa maksud yang terkandung dalam gambar itu atau pun meninggalkan persoalan kepada anda.

Sekarang mari saya tunjukkan kepada rakan-rakan semua apakah maksud yang tersurat dan tersirat dalam gambar itu.

Lelaki yang kedua dari kiri dalam gambar di atas bernama Hasan Bin Ali.

Adun Pas Gombak Setia

Ahli Exco Kerajaan Selangor

Ajk Pas Pusat

Disingkirkan dari jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor

Tidak disenangi oleh PKR dan DAP kerana kelantangannya mempertahankan orang-orang melayu dan agama Islam di Selangor serta mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

Pernah bertelagah dengan Exco DAP, Ronnie Liu berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

Beliau hadir di majlis seperti yang dinyatakan di atas dan di tempatkan di tempat duduk biasa di bahagian bawah pentas bersebelahan dengan Mustafa Kamil Ayub, orang yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan kalah bertanding dalam p/raya di kedua-dua kerusi yang ditandinginya.


Sekarang saya tunjukkan kepada anda gambar di bawah pula...
Lelaki yang pertama dari sebelah kanan bernama Ronnie Liu

Adun DAP Pandamaran

Ahli Exco Kerajaan Selangor

Tidak memegang sebarang jawatan dalam DAP di peringkat negeri dan pusat

Memperjuangkan penjualan arak di Shah Alam sehingga timbul konflik dengan Exco yang menjaga hal ehwal Agama Islam di Selangor, Hasan Ali.

Menghalang tugas anggota polis menjalankan tugas membanteras pelacuran di Selangor.

Pernah menghina petugas-petugas rumah mayat Hospital Klang dengan menendang pintu rumah mayat hospital tersebut.

Dikatakan juga turut terlibat dengan kegiatan-kegiatan kongsi gelap.

Dia hadir di majlis yang dinyatakan diatas dan ditempatkan di tempat duduk VIP di atas pentas bersebelahan dengan Presiden PKR.


Kedua-dua mereka adalah exco cuma dari parti yang berbeza. Tetapi exco dari parti Pas diletakkan di tempat duduk biasa di bahagian bawah pentas. Manakala exco dari parti DAP diletakkan di tempat duduk VIP di atas pentas.

Itulah menunjukkan DAP lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya berbanding dengan Pas. Itu juga menunjukkan Pas tidak penting kepada PKR dan DAP. Bagi mereka Exco Pas hanya layak duduk di bawah sahaja. Sedangkan Exco dari DAP dan PKR (pertama dari kiri) diletakkan di atas pentas.

Bagaimana Pas mengatakan mereka hendak ganti Umno jika sebelum memerintah negara pun mereka telah dihina sedemikian rupa ?

Semoga orang-orang melayu yang sudah mula terpesona tidak terpukau dengan janji-janji Pas kononnya mereka boleh gantikan Umno.

Baru menguasai negeri pun mereka telah menganjing-anjingkan Pas, bayangkan apabila mereka memerintah negara kelak, sudah pastilah mereka akan membabi-babikan Pas.

Hasan Ali dihina sedemikian rupa kerana kelantangannya mempertahankan perkara-perkara yang saya nyatakan di atas. Dia dibenci dan dihina sehina-hinanya oleh parti sekutu sehingga partinya sendiri pun gugurkan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Jadi bagaimana orang-orang melayu hendak mengharapkan Pas untuk mempertahankan hak-hak mereka dan agama Islam sekiranya gabungan tiga parti tersebut berjaya membentuk Kerajaan Pusat kelak jika di Selangor pun pemimpin yang mempertahankan hak melayu serta Islam dihina sedemikian rupa ?

Di Selangor setakat Ronnie Liu dan Teresa Kok yang kecil itu pun Pas sudah tewas dan dihina sedemikian rupa.

Cuba anda bayangkan sekiranya mereka memerintah negara kelak dan terpaksa berdepan dengan Kit Siang, Karpal Singh , Guan Eng dan beberapa nama besar DAP yang lain, maka sudah pastilah lebih teruk lagi mereka tewas dan penghinaan yang diterima juga lebih hebat lagi.

Sebelum memerintah pun mereka dah tewas dan sanggup tukar prinsip yang dipegang sejak puluhan tahun lalu dari memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Kebajikan.

Jika memerintah kelak, silap-silap Islam sebagai agama rasmi negara pun mereka setuju tukar kepada agama lain dengan memberi alasan dalam Quran tiada dinyatakan Islam harus jadi agama rasmi negara.

Tuesday, July 26, 2011

Video Truth that Cannot Be Covered-Part 2



Biawak dalam video di bawah ini diperlukan oleh polis. Sesiapa yang ada maklumat mengenainya sila hubungi pihak polis. Ada beberapa maklumat mengatakan dia telah disembunyikan di Selatan Thai sekarang oleh tuan yang mengupahnya melakukan lakonan sedemikian.

Lagi Kartun 'Hina' Islam Disiarkan Utusan Malaysia

Pembohongan pertama 9 Julai 2011
Dilanggar KERETA POLIS

Dua hari selepas itu , 11 Julai 2011
Pembohongan di 'upgrade' kan daripada
DILANGGAR KERETA POLIS
kepada
DIREMPUH LAND ROVER POLIS.


Sekarang jom kita masuk kelas belajar mengenali kenderaan bersama Miki.

Klik sini untuk belajar dengan jelas

Apalah Miki, itu hari dah kantoi dengan kartun yang menghina Presiden Pas pasal isu video besi dan empat saksi. Hari ini dia buat pula kartun yang menghina Timbalan Presiden Pas.

Awak kena faham Miki, menghina Pas sama takrifnya dengan menghina Islam. Tunggu Miki, Jumaat ini pasti gerombolan Pemuda Pas akan serang pejabat Utusan Melayu pula untuk serah memorandum kerana Utusan 'menghina' Islam.

Kamu tak nak masuk syurga ke Miki ?

Kalau nak masuk syurga jangan hina pemimpin-pemimpin ulama Parti Islam Semalaysia termasuklah Ustaz Mohd Sabu.

Kamu sepatutnya simpati dengan kecederaan yang dialami oleh Ustaz Mohd Sabu, bukannya pergi sapu garam kunyit atas lukanya itu.

Hi...hi...hi....

Harap-harap selepas ini Miki boleh pula buat kelas untuk orang buta lokasi. Masih ada lagi orang yang tak kenal di mana Masjid Negara dan di mana Bukit Persekutuan.

Monday, July 25, 2011

Lagi Projek Pembohongan Pas Kepada Orang Melayu Terbongkar

Selepas PRU 12 pada tahun 2008 Pas telah bertanding dalam beberapa siri PRK. Antara yang ditandingi Pas seperti berikut.

Kuala Trengganu - Pas menang
Bukit Gantang - Pas menang
Manek Urai - Pas menang
Permatang Pasir - Pas menang
Bagan Pinang - Pas kalah
Galas - Pas kalah
Tenang - Pas kalah
Merlimau - Pas kalah
Kerdau - Pas kalah

Fasa pertama mereka menang berderet-deret, maka mulalah mereka jual ubat atas pentas ceramah kononnya rakyat dah tolak BN dan sebagainya termasuklah dengan ayat-ayat lazim mereka yang lain. Ayat p/raya kotor atau SPR tak adil tak wujud pada waktu mereka menang.

Fasa kedua mereka kalah berderet-deret, termasuklah di Sarawak. Maka mulalah mereka menolak ketentuan Qada dan Qadar dan mula kedengaran suara-suara iblis yang mengatakan pilihanraya tak adil, SPR main ngelat dan sebagainya termasuklah dengan ayat-ayat lazim mereka yang lain yang menyalahkan Umno dan BN.

Selepas kekalahan mereka yang kedua di Galas dan melihat Umno kembali bertaring Pas mula kelam-kabut. Pas mula terasa mereka kehilangan sokongan orang melayu akibat dari kesetiaan serta ketaksuban melampau mereka kepada DAP.

Seminggu selepas PRK Galas Pas telah mengadakan satu program di Shah Alam bagi membincangkan bagaimana kaedah untuk mereka menarik kembali sokongan orang melayu. Lalu mereka pun lancarkan satu slogan yang bernama 'Pas Ganti Umno'.

Maka bermulalah episod baru mereka dalam usaha mencari sokongan orang-orang melayu. Mereka keliling negara untuk pukul canang slogan terbaru mereka.
Tiap-tiap hari dan dalam pelbagai program mereka pukul canang slogan itu supaya rakyat percaya kepada mereka yang mereka boleh ganti Umno dalam usaha mempertahankan hak-hak istimewa melayu serta islam. Sedangkan mereka sendiri tahu yang mereka tak mampu ganti Umno selagi DAP bersama mereka. Tetapi mereka terpaksa bohong orang melayu kerana DAP telah menugaskan mereka mencari undi dari orang melayu dan dijanjikan upah yang lumayan kepada mereka sekiranya menang dalam PRU 13.

Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan daun pisang, akhirnya pembohongan yang Pas lakukan kononnya mereka boleh ganti Umno terbongkar beberapa hari lepas. Slogan itu dicipta hanya semata-mata ingin mendapat upah yang lumayan dari DAP kelak.

Pembohongan ini bukan dibongkarkan oleh orang lain, sebaliknya dibongkar oleh mereka sendiri. Orang yang benar dia akan bercakap benar sepanjang masa tak kira bila , dimana dan dengan siapa. Orang yang bohong dia akan bercakap sentiasa berubah-ubah setiap kali dia jumpa orang yang berbeza atau di masa yang berlainan. Kerana dia tak ingat apa yang dia bohong sebelum itu. Begitulah juga dengan pemimpin-pemimpin Pas. Bohong telah menjadi amalan dalam hidup mereka. Depan orang melayu dia cakap lain, bila berdepan dengan wartawan dia cakap lain pula dan dia dah tak ingat apa yang dia cakap depan orang melayu.
Beberapa hari lepas, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membuat satu kenyataan mengatakan Pas sasar untuk bertanding di 80 kerusi parlimen dalam PRU 13.
KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.“

Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.

“Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi,” katanya.

Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam” dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula kepada parti yang layak

malaysia insider
Itulah yang saya katakan mereka cuba temberang orang melayu kononnya mereka boleh ganti Umno.

Dalam Malaysia kita ada 222 kerusi parlimen. BN bertanding di kesemua 222 kerusi tersebut dan daripada jumlah itu kerusi yang ditandingi Umno adalah 117, iaitu lebih 50 % dari kerusi yang ada.

Bagaimana Pas kata mereka nak ganti Umno kalau mereka hanya sasar bertanding di 80 kerusi parlimen ? Tak sampai 50 % pun...

Itu pun kalau mereka dapat 80 kerusi tersebut. Buatnya DAP atau Karpal Singh berdehem sikit terus mereka kecut telur, tukar jadi 40 kerusi sahaja. Sejarah telah membuktikan banyak kali Pas terpaksa menyembah kepada DAP termasuklah yang masih segar dalam ingatan kita yang terjadi 2 minggu lepas di Kedah.

Dalam PRU 12 Pas hanya bertanding di 66 kerusi dan menang 23 kerusi sahaja. Adakah DAP akan beri pertambahan 14 kerusi lagi ? Silap-silap kurang lagi dari 66 kerusi yang mereka dapat.

Bagaimana kamu nak ganti Umno wahai Pas kalau kerusi yang kamu bertanding pun kurang dari yang Umno tandingi ?

Kalau kamu nak ganti Umno, kamu kena tunjuk kamu kuat dan berkuasa dalam pak-khatan rakyat. Kamu mesti bertanding lebih dari kerusi yang Umno bertanding barulah orang percaya.

Minta dengan DAP kamu nak 120 kerusi barulah nampak hebat dan orang percaya. Setakat 80 kerusi tak payah nak temberang orang melayulah yang kamu boleh ganti Umno.

Sebab itu saya kata mereka hanya temberang orang melayu hanya semata-mata nak dapat undi. Bila dah dapat kuasa kelak diserahkan kepada DAP. Mereka dapat jawatan menteri seorang dua, kemudian dilimpahi dengan projek dan wang oleh DAP, duduk diam-diam. DAP suruh tandatangan, mereka pun tandatangan. Cakap lebih sikit DAP sekeh kepala. Habis waktu pejabat , malam naik pentas ceramah pergi ceramah tipu melayu lagi dan puja-puji DAP. Akhir sekali hancur negara.

Kalau Pas benar-benar nak ganti Umno mereka mesti umum seperti dibawah ini barulah kata-kata mereka itu boleh dipercayai. Saya sendiri pun berani sokong Pas kalau mereka berani umum seperti di bawah ini tanpa sebarang bantahan dari DAP.

Jawatan Pengerusi Pak-khatan rakyat dipegang oleh Pas.

Jawatan Timbalan Pengerusi juga oleh Pas.

Setiausaha juga dari Pas.

PM dan TPM dari Pas.

Menteri Kewangan dari Pas.

Menteri pendidikan dari Pas.

Jumlah kerusi yang Pas bertanding mesti lebih dari 50 %.

Penggunaan Kalimah Allah hanya untuk orang islam sahaja.

Setakat nak bertanding 80 kerusi, nak minta jawatan PM pun tak berani, kemudian nak temberang orang melayu kononnya mereka boleh ganti Umno. Apa punya tur ?

Sunday, July 24, 2011

Pembangkang Malaysia Juara Pembohongan Peringkat Dunia

Awang geleng kepala apabila menonton video yang dirakamkan oleh pihak polis berhubung situasi sebenar perhimpunan haram 9 Julai.

Jelas berlaku penipuan oleh beberapa pemimpin dan aktivis pembangkang. Ternyata tohmahan mereka kononnya menjadi mangsa kekerasan polis, adalah menjijikkan. Mereka menghina diri sendiri. Dalam Awang mengakui sebahagian pemimpin pembangkang masih ada wibawa, sebahagian lagi sah suka berbohong. Lalu Awang melayari Internet untuk mengetahui tingkah laku pembangkang di luar negara. Ada juga kes pembohongan tetapi tidak seburuk tabiat pemimpin pembangkang tertentu di Malaysia.

Tradisi pembohongan semakin menular dalam gerakan pembangkang di negara ini seolah-olah ia menjadi pakaian hidup. Kalau si ketua sudah kaki berbohong sehingga ke tahap di luar tabii, pemimpin yang lain mudah terikut.

Nampaknya tanah air kita cukup makmur untuk menyemai pembohongan. Di negara lain tidak sebegitu, hanya di Malaysia...

Awang Selamat
Telah ditakdirkan mereka dilahirkan sebagai pembohong. Dari gigi susu sampai gigi palsu mereka hidup dan cari makan atas pembohongan.

Mujurlah ada mereka, dapatlah juga menghiburkan hati kita dan sekali-sekala mengejutkan kita. Seandainya tiada mereka , maka kita pun kuranglah hiburan.

Syabas kepada pembangkang Malaysia, teruskan mengekal kejuaraan yang anda pegang sehingga dunia kiamat.

Semuanya Berpunca Dari Rasuah dan Penyelewengan DAP

Barua inilah dalang utama kepada kematian TBH
Apa pun kandungan dan rumusan laporan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock (TBH) yang diumumkan kelmarin, semua pihak perlu berlapang dada.

Berdasarkan laporan tersebut, TBH tidak dibunuh sebagaimana yang digembar-gemburkan secara luar biasa oleh pembangkang sejak Julai 2009.

Malah ia dimanipulasi menjadi bahan sentimen perkauman yang keterlaluan. Tohmahan yang dilemparkan sudah tidak terkira banyaknya. Persoalan sebenar iaitu gejala rasuah yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tenggelam.

Masyarakat sudah diheret terlalu jauh dalam isu ini sehinggakan kita tergelincir daripada landasan sebenar. Inilah kejayaan DAP selama ini yang muslihat sebenar mahu menutup banyak kepincangan pemimpin tertentu dalam kes tersebut. Jika diamati laporan tersebut, boleh dirumuskan wujud amalan kronisme, penyelewengan dan manipulasi melibatkan kewangan.

Awang setuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa DAP yang sepatutnya memikul tanggungjawab atas kematian TBH. Mendiang telah menyelamatkan imej DAP daripada tercemar lebih buruk.

Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang sewajarnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kerajaan, SPRM dan keluarga TBH. Awang berharap tiada lagi pihak mempersoalkan punca kematian TBH apatah lagi mahu terus menjadikannya perkakas politik.

Kepada SPRM, usahlah goyah jika ada kandungan laporan suruhanjaya berkenaan yang tidak disenangi dan tidak menggambarkan realiti sebenar. Awang boleh faham, proses soal siasat bukanlah sesuatu yang mudah. Di kebanyakan negara termasuk di Barat, soal siasat suspek atau saksi kes rasuah juga sentiasa terdedah kepada kritikan.

Para pegawai SPRM telah menjalankan ribuan siasatan selama ini. Satu dua insiden bukan cerminan kepada kelemahan atau kegagalan suruhanjaya itu. Awang berharap moral para pegawai dan petugas SPRM tidak akan terjejas. Langkah SPRM menggantung tugas operasi terhadap tiga pegawai yang dikatakan melakukan soal siasat agresif, membuktikan suruhanjaya itu bersikap terbuka.

Namun mereka juga perlu diberi keadilan. Apa pun, peranan mulia yang para pegawai SPRM laksanakan mesti diteruskan dengan penuh yakin, tabah dan profesional.

Tugas memerangi rasuah dan penyelewengan di mana-mana negara berdepan dengan cabaran getir. Halangan utama adalah daripada golongan korup minda yang mempolitikkan kes rasuah sebagaimana dilakukan pemimpin DAP. Pemikiran yang korup itulah yang akhirnya menjadikan SPRM sebagai kambing hitam dan mangsa politik.

Awang Selamat

Awang Selamat, DAP bukan sepatutnya lagi memikul tanggungjawab kematian TBH, tetapi DAP yang perlu dipertanggungjawabkan. Kerana merekalah TBH disoal siasat oleh SPRM.
Selepas ini kalau SPRM nak cari pegawai penyiasat sila cari mereka-mereka yang berpewatakan seperti adik angkat Anwar Ibrahim, iaitu Sukma Darmawan.

Tengah soal siasat, berhenti kejap, tonggeng punggung dulu. Kemudian sambung balik soal siasat , confirm SPRM akan dapat segala maklumat. Lebih-lebih lagi orang yang di soal siasat itu Anwar Ibrahim.

Penjelasan Isu Wacana Sinar Harian dan Pertubuhan Haram

Beberapa hari lepas seorang kakitangan Sinar Harian menghubungi rakan saya dan mengeluh mengenai tindakan saya mempertikaikan program wacana anjuran mereka pada 26 Julai 2011 sepertimana yang saya tuliskan di sini.

Saya nak jelaskan apa yang saya maksudkan.

Saya secara peribadi amat-amat bersetuju dan memuji inisiatif yang diambil oleh Sinar Harian menganjurkan beberapa program siri wacana sebelum ini dan yang akan datang.

Saya juga amat-amat bersetuju dengan siri wacana yang akan diadakan Selasa ini dimana ianya akan menemukan Datuk Wan Ahmad dan Ambiga. Itulah sebaik-baik peluang yang ada yang harus disambar oleh SPR untuk membersihkan nama mereka secara terbuka dari tuduhan-tuduhan jahat Ambiga sebelum ini.

Saya boleh ramal dan saya boleh jangkakan apa yang bakal terjadi pada hari itu. Sebelum wacana berlangsung pun saya berani kata kemenangan akan menyebelahi SPR pada hari berkenaan.

Dengan penggunaan Bahasa Malaysia yang teruk dan beberapa kebodohannya semasa sesi perjumpaan tertutup dengan SPR sebelum ini, Ambiga pasti kena titik habis-habisan depan orang ramai pada hari tersebut.

Lawan Ambiga pun bukannya calang-calang orang. Datuk Wan Ahmad adalah orang lama di SPR dan sudah pastilah beliau penuh dengan pengalaman, ditambah pula dengan kebijaksaan dan kelantangan beliau berhujah seperti yang pernah kita lihat sebelum ini. Sebab itu saya kata Ambiga bakal dititik habis-habisan pada hari berkenaan.

Sekarang masuk pula bab apa yang saya pertikaikan.

Yang saya pertikaikan ialah tindakan Sinar Harian menjemput Ambiga atas platformnya sebagai Pengerusi Bersih sedangkan sepertimana yang kita semua tahu ROS, sebuah agensi di bawah KDN telah mengistiharkan Bersih adalah sebuah pertubuhan haram.

Sebagai sebuah akhbar harian yang berlesen dan lesennya dikeluarkan oleh KDN bagaimana mungkin Sinar Harian boleh menjemput seorang pengerusi sebuah pertubuhan haram untuk program anjuran mereka dan bebas mengiklan nama pertubuhan haram tersebut di akhbar mereka.

Kenapa Sinar Harian tidak jemput Ambiga di atas platform lain ? Contohnya atas nama pertubuhan yang sah. Atas nama apa sekalipun Ambiga dijemput selain atas nama pertubuhan haram tersebut ianya tidak menimbulkan masalah kerana semua orang telah kenal Ambiga sekarang. Ataupun mungkin Sinar Harian boleh letak jawatan Ambiga seperti berikut, Pengerusi Pertubuhan Haram Bersih 2.0.

Jika Sinar Harian sendiri musykil apabila PM memberi kebenaran kepada Ambiga untuk menganjurkan perhimpunannya di stadium, sampai tujuh kemusykilan yang dialami Sinar Harian, apakah salah sekiranya saya musykil satu perkara sahaja ?

Saya harap kakitangan Sinar Harian yang menghubungi rakan saya jelas dengan perkara ini. Saya tidak mempertikai atau membantah penganjuran wacana tersebut, malah menyokongnya seratus sepuluh peratus. Cuma yang saya pertikaikan tentang penggunaan nama sebuah pertubuhan haram.

Saya juga nak cadangkan kepada Sinar Harian, kalau boleh selepas ini anjurkan pula siri wacana yang menemukan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dengan Mazlan Aliman. Kita nak tengok sejauh mana kehebatan Mazlan yang selama ini cuba menjadi hero kepada Felda.

Saturday, July 23, 2011

Pas Semakin Tersepit Dengan Pembohongan Mat Sabu

Sesiapa pun tidak pernah sangka wujudnya CCTV pihak ketiga yang merakam pembohongan Mat Sabu.

Semua orang terkejut dengan pendedahan pihak polis dua hari lepas.

Mat Sabu dan kepimpinan Pas lagilah terkejut.

Oleh kerana telah tersepit dengan pembohongan yang dicipta sendiri pemimpin-pemimpin Pas kini hanya mampu menjawab satu jawapan standard sahaja sekiranya ditanya oleh mana-mana pihak atau wartawan.

Jawapan mereka, tunggu di mahkamah nanti.

Itu sahaja jawapan yang paling selamat dan tergantung yang mereka boleh berikan.

Tanya Hj Hadi, dia jawab, tunggu di mahkamah.

Tanya Mat Sabu pun jawapan yang sama.

Tanya bekas ketua penerangan Pas yang terkenal dengan sifat bebalnya selama ini, dia kata video polis sesuai di zaman TV hitam putih. Bodoh....

Ketua Pemuda Umno Guna Helikopter Genting Highland Datang Rasmi Mesyuarat Pemuda

Rencana dibawah ini ditulis oleh Saudara Roslan Latif,Presiden Alumni Melayu Amerika Utara. Rencana ini disiarkan di Utusan Malaysia hari ini di muka surat 12. Juga boleh dibaca secara online.

Saya letakkannya di sini adalah untuk tujuan sebaran. Mungkin ada rakan-rakan kita yang terlepas untuk membeli akhbar tersebut hari ini, mereka yang berada di luar negara dan juga kepada mereka yang memboikot UM. Ada beberapa perkara penting dalam tulisan tersebut yang mungkin tidak kita ketahui sebelum ini.

Penulis rencana ini adalah orang yang pernah terlibat beberapa demontrasi bersama Anwar Ibrahim di tahun 70an.
Pada minggu lepas penulis amat tertarik dengan dua artikel tulisan anak muda, satu di The Edge mempersoalkan tentang apa salahnya rakyat hendak berhimpun dan kenapa perlu takut pada komunis. Satu lagi artikel tentang hak rakyat untuk berhimpun, dibenarkan undang-undang negara dan beliau yang kebetulan lahir di negeri yang tidak beraja mempersoalkan tentang peranan Yang di-Pertuan Agong yang dianggap mencampuri urusan politik.

Kedua-dua pemuda ini tak dapat dinafikan memang cerdik, cuma kurang pandai membaca yang tersirat.

Kali pertama penulis ikut berdemonstrasi pada tahun 1973 di hadapan Bangunan AIA , di Kedutaan Amerika Jalan Ampang sempena lawatan Thanom Kittikarchorn. Pertama kali juga penulis dengar pidato Anwar dengan perkataan "imperialis," "Yahudi" disorak oleh pelajar-pelajar berambut panjang termasuk Hishamudin Rais, Kamaruzaman Yaakub, tak ketinggalan Mat Sabu, wakil Persatuan Siswa Utara.

Beberapa bulan selepas itu, kami dikerah lagi untuk demonstrasi kelaparan di Baling. Selang beberapa bulan selepas Demonstrasi Baling, sekali lagi kami dipaksa berarak ke Parlimen menuntut taraf Institut Teknologi Mara (ITM) ke taraf universiti yang disertai majoriti penuntut ITM.

Yang jelas, selepas 38 tahun orang yang sama kembali ke jalan raya, tunjuk perasaan - Anwar Ibrahim, Hishamudin Rais, Mat Sabu, Syed Husin Ali, Malik Husin dan beberapa muka lama yang nampak masih belum berubah dengan hobi lama mereka. Sebahagian besar mereka ini pun tidaklah 'bersih' sangat.

Namun bila matlamat sudah menghalalkan cara dan agama dijadikan barang dagangan, halal dan haram sudah tidak menjadi persoalan. Tambahan pula Pas sekarang dikuasai oleh golongan yang dikatakan profesional.

Anehnya beberapa pemimpin - ulama bukan, profesional pun bukan yang terpilih menerajui parti yang bercita besar menjadi alternatif, lupa bahawa mereka hanya bertanding 65 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Sememangnya berhimpun dan berarak untuk kebaikan tidak ada salah. Malah semasa 16 tahun dalam kerajaan pun Anwar sering berarak semasa Maulidur Rasul, bersalawat, pasti pahala yang melimpah ruah hinggakan dalam masa singkat mampu naik hingga menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Semasa berkuasa, Anwar begitu rapat dengan ramai lagi tauke besar. Penulis masih ingat semasa orang tersebut berkunjung ke Gerik merasmikan Persidangan Pemuda Bahagian tahun 1985, dia datang dengan helikopter Genting Highland, bukti betapa rapatnya hubungan pemimpin Islam itu dengan tauke-tauke besar.
Bersambung di sini

Itu baru helikopter Genting, belum dikira lagi berapa kali dia guna jet Magnum untuk melarikan not-not RM 1000 yang berjumlah berbilion-bilion ringgit ke luar negara.

Hari ini dia nak bercakap pasal rasuah ?

Wa...kah...kah...kah...kah...kah....

Dialah bapa dan tahi segala rasuah....

Friday, July 22, 2011

Kenapa Peguam Dari Perancis Ditahan Oleh Imigresen ?

Kecoh di laman-laman web dan blog penjilat tegar punggung Anwar Ibrahim berhubung penahanan seorang peguam yang di bawa masuk oleh NGO yang mempunyai kaitan dengan pembangkang yang bernama Suaram.

Lebih malang lagi apabila seorang Ahli Parlimen Pas yang juga rakan seperjuangan Khalid Samad yang sama-sama memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh kaum kristian membuat kenyataan bodoh di laman milik Parti Ajaran Setan.

Kalau tak tahu undang-undang tak payah jadi ahli parlimen.

Untuk pengetahuan semua, peguam itu masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial 90 hari. Beliau dibenarkan berada di Malaysia selama 90 hari sebagai seorang pelancong.

Undang-undang Imigresen negara kita telah menetapkan, seseorang warga asing yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa pekerjaan, bersyarah, berceramah, pertunjukan, persembahan dan jauh sama sekali untuk mencampuri urusan politik Malaysia. Juga tidak dibenarkan menjalankan urusan mengutip wang atau menerima upah.

Mana-mana warga asing yang ingin melakukan perkara-perkara yang dicatatkan diatas perlulah mendapat visa khas atau kebenaran Imigresen terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, anda jangan ingat apabila pemain-pemain bolasepak Arsenal , Liverpool dan Chelsea atau mana-mana artis antarabangsa yang masuk ke Malaysia untuk melakukan pertunjukan atau persembahan mereka masuk sebagai pelancong biasa.

Sebelum mereka masuk, penganjur-penganjur yang menjemput mereka terlebih dahulu memohon kebenaran atau kelulusan Imigresen. Kalau melibatkan pasukan bolasepak luar negara pihak FAM yang akan memohon kepada Imigresen.

Dalam kes yang melibatkan peguam dari Perancis ini, beliau masuk sebagai pelancong kemudian pergi beri ceramah bersama dengan pemimpin-pemimpin politik pembangkang di Pulau Pinang malam tadi. Kemudian malam ini nak pergi ceramah dengan Teresa Kok pula di PJ , dan esok nak pergi ceramah di Ipoh pula.

Orang asing dah terang-terang melanggar undang-undang negara kita, adakah pihak berkuasa negara kita nak biarkan sahaja atau nak tengok sahaja dia melanggar undang-undang ? Negara kita negara berdaulat, kita ada undang-undang, kenalah patuh undang-undang kita sepertimana kita mematuhi undang-undang apabila kita melawat negara orang.

Bolehkah sekiranya hari ini peguam-peguam dari negara kita seperti Datuk Shafie Abdullah, atau peguam Pas , Hanifa Maidin pergi ke Perancis kemudian berceramah dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang di sana memburuk-burukkan pemimpin yang memerintah negara berkenaan ?

Tidak cukup lagikah penceramah-penceramah dari parti Pas, PKR dan DAP yang boleh digunakan untuk bercakap isu kapal selam dan Al Tantuya sehingga perlu mengimport perceramah dari Perancis ?

Dah bertahun-tahun mereka ceramah tentang isu kapal selam dan Al Tantuya,pernahkah pihak polis atau imigresen menangkap mereka ?

Dalam hal penahanan ini bukannya salah Jabatan Imigresen atau KDN. Mereka menguatkuasa undang-undang yang ada. Kesalahan perlu diletakkan kepada penganjur yang membawa masuk peguam itu kerana tidak ikut proses undang-undang yang telah ditetapkan.

Dalam hal ini penganjur memang sengaja hendak penangkapan berlaku dan tidak pasal-pasal peguam itu menjadi mangsa. Sebagai sebuah NGO yang ada pelbagai latar belakang ahlinya termasuklah peguam, mereka pasti tahu undang-undang. Tetapi mereka sengaja nak cabar dan langgar undang-undang supaya pihak berkuasa bertindak. Apabila tindakan diambil, maka bolehlah mereka politikkan tindakan itu.

Peguam itu juga digunakan sebagai alat oleh Suaram untuk mencari duit. Sesiapa yang hendak datang mendegar ceramah itu perlu bayar makanan yang berharga RM 100 sehingga ke RM 500 seorang.

Kalau kamu dah ambil tindakan undang-undang di Perancis, biarkan proses undang-undang itu berjalan di Perancis. Sehingga ke hari ini pun Kerajaan Malaysia tak pernah halang proses undang-undang itu berjalan. Tak perlulah nak heret orang luar terlibat sama ke dalam kancah politik negara.

Sebab itu saya kata mereka bawa masuk peguam itu ke Malaysia kerana dua perkara, pertama kerana politik. Kedua kerana Suaram nak cari duit. Akhirnya peguam itu yang menjadi mangsa.

Video: Benggali Mabuk Todi Menceritakan Saat-Saat Akhir Hayat Baharuddin



Lihat pada minit 1.06 bagaimana benggali yang mabuk todi diatas mengatakan Arwah Baharuddin rebah depan Avenue K dan diusung oleh 10 orang untuk dibawa masuk ke dalam bangunan tersebut.

Lihat juga pada minit 1.17 apa yang dikatakan oleh benggali mabuk todi itu kononnya pintu masuk ke bangunan itu ditutup dan mereka yang buka.

Lihat video dibawah pula...



Lihat pada minit 2.48 bagaimana Baharuddin berlari-lari masuk ke bangunan tersebut tanpa di usung mana-mana pihak.

Lihat juga pintu Avenue K yang tidak tertutup, bukannya seperti yang didakwa benggali mabuk itu.

Puak-puak ini kalau temberang tak ingat dunia beb...

Kepada rakan-rakan pembaca sekalian , marilah kita ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada jurugambar bebas minaq jinggo yang merakam pembohongan puak-puak munafiq itu dan juga merakam taklimat dari pihak polis semalam untuk tontonan kita semua.

Kalau tidak kerana kerjanya mungkin sukar untuk kita saksikan semua pembohongan ular-ular besar tersebut.

Terima kasih minaq jinggo....

Mat Sabu Kona Baring Daripada Land Rover Kepada Waja

Akibat terdesak kerana pembohongannya telah terbongkar, kini Mat Sabu pusing cerita daripada kena rempuh dengan land rover polis kepada kereta Waja polis.

Dipetik dari keldaiandaily
Polis bohong, saya dirempuh Proton Waja, bukan Pajero- Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Mohamad berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,”

“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu.

” Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.

Polis semalam dilapor tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mat Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman,Datuk Salleh Mat Rashid, berkata dakwaan itu tidak mempunyai kebenaran. Malah polis juga tampil dengan rakaman CCTV menunjukkan Mat Sabu terjatuh dari kenderaan selepas terlanggar ‘fender’ Pajero.

Namun, rakaman CCTV itu juga menunjukkan sebuah proton Waja mengekori rapat di belakang Pajero berkenaan, sebelum dikatakan merempuh motosikal dinaiki Mat Sabu.

Pada masa itu motosikal yang diboncengnya, sudah terbabas ke tengah jalan ketika Pajero itu melepasi mereka.

Namun bahagian rakaman di mana Proton Waja itu dikatakan melanggar Mohamad, tidak ditunjukkan oleh pihak polis.
Itu kata hari ini. Di bawah ini pula katanya pada 11 Julai 2011 dan bukannya dilaporkan oleh Utusan Malaysia atau Berita Harian. Ianya dilaporkan oleh malaysiakini.
Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.
Ha...ha...ha....dah tersepit beb.....

Apa sahaja yang ada yang boleh digunakan untuk menutup pembohongan gunakan sahajalah labu oiiii.....

Kalau tanya budak kecil pun mereka boleh kenal dan bezakan antara land rover dan kereta Waja. Tak kan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas tak kenal. Kalau tertukar Proton Wira dengan Proton Waja bolehlah diterima akal beb...

Hari ini land rover pun dah tukar jadi pajero pula. Kantoi beb.....

Wa...kah...kah...kah...kah...

Jangan ingat kamu boleh tipu semua rakyat Malaysia sebagaimana kamu boleh tipu ahli-ahli Pas.

Mat Sabu Kantoi Seperti Sharifah Aini Kantoi

Tahun 2004 seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan berita seorang penyanyi yang mempunyai nama besar dalam dunia hiburan tanahair iaitu Sharifah Aini diserang serta disuntik sejenis cecair oleh dua lelaki dalam satu kejadian di Bandar Utama berhampiran dengan Stesen TV 3.

Siasatan yang dilakukan oleh pihak polis mendapati dakwaan Sharifah Aini itu palsu. CCTV yang dipasang di kawasan Stesen TV 3 merakam segala kejadian itu dan dalam rakaman itu tidak menunjukkan wujudnya dua lelaki yang menyerang Sharifah Aini.

Tujuan Sharifah Aini melakukan semua adalah kerana hendak kenakan beberapa wartawan hiburan yang bermasalah dengan dia ketika itu serta Siti Nurhaliza.

Selepas kejadian itu nama Sharifah Aini terus busuk sehingga ke hari ini. Dulu kalau orang jumpa Sharifah Aini orang akan berlari menuju ke arahnya untuk bersalam atau bergambar. Sekarang kalau orang jumpa Sharifah Aini orang dah tak peduli dan dalam hati mereka pasti akan berkata, kaki bohong atau kaki fitnah. Nama baik yang dibina berpuluh tahun hancur begitu sahaja kerana pembohongan yang diciptanya sendiri.

Selepas tujuh tahun peristiwa itu berlalu, kini Mat Sabu pula mengulangi drama yang dilakon oleh Sharifah Aini.

Sharifah Aini kantoi dengan CCTV yang dipasang di Stesen TV 3, Mat Sabu kantoi dengan CCTV yang dipasang di sebuah kawasan kediaman di Bukit Persekutuan.

Sharifah Aini nak fitnah musuhnya, Mat Sabu pula nak fitnah polis.

Cara pembohongan yang mereka lakukan hampir sama dan mereka kantoi melalui cara yang sama iaitu melalui rakaman CCTV pihak ketiga.
Sudah hampir dua minggu rakyat Malaysia dibohongi oleh Mat Sabu dan Pas kononnya beliau dirempuh oleh land rover polis.

Allah maha kaya, Allah maha besar, tiada siapa sangka dan tiada siapa duga tiba-tiba sahaja pihak polis menunjukkan kepada rakyat Malaysia rakaman CCTV yang dipasang di sebuah kawasan kediaman dimana tempat Mat Sabu 'dirempuh' oleh land rover polis.

Kita semua tidak pernah jangka yang adanya CCTV pihak ketiga merakam detik-detik kejadian itu. Itu semua adalah gerak-geri dari Allah SWT. Yang benar tetap benar.

Allah gerakkan penunggang motosikal yang dibonceng Mat Sabu ke kawasan itu dan motosikalnya terbalik di depan CCTV. Cuba anda bayangkan, sekiranya Mat Sabu jatuh 20 atau 30 ke depan dari kawasan itu, maka sudah tentulah CCTV tidak dapat merakam kejadian itu dan orang akan percaya dengan kata-kata Mat Sabu yang dia dirempuh oleh land rover polis.

Minggu lepas kita semua dah lihat bagaimana Anwar berbohong berhubung layanan polis terhadap Hj Hadi semasa ditangkap. Minggu ini pula kita boleh lihat bagaimana Mat Sabu berdusta. Beberapa bulan lepas kita semua dah lihat bagaimana pemimpin anugerah tuhan melakukan hubungan seks dengan pelacur.

Semua yang berlaku ini adalah gerak geri dari Allah SWT . Allah nak tunjuk kepada kita wajah-wajah pendusta yang saban hari melakukan pendustaan dan melacurkan agama Allah semata-mata kerana mengejar keuntungan politik.

Sekarang mari kita sama-sama tunggu apakah alasan yang akan diberikan oleh juak-juak mereka dalam usaha untuk mempertahankan pembohongan Mat Sabu.

Antara alasan saya jangkakan,

1) Polis dah edit video itu.

2) Itu bukan Mat Sabu

3) Mat Sabu bukan dilanggar di kawasan itu

4) Bukan land rover yang langgar, tapi kereta Waja polis yang langgar

5) Mat Sabu ketika itu sedang berada di bilik hotel dan sedang membalas tweeter dan fb

6) Perut lelaki dalam video itu buncit

7) Mat Sabu tak pakai helmet waktu itu, dia pakai serban

8) Video itu tidak boleh jadi bukti kerana ianya hanya besi.....

Wa...kah...kah...kah....

Yang lain-lain sila sambung di bahagian komen....

Video Baharuddin Ahmad Meninggal Dunia



Dibawah ini laporan dari media dajal malaysiakini.

Siap cakap lagi polis hurung dan henyak mangsa. Padahal elok-elok ja mangsa lari masuk dalam Avenue K.

Seorang pelajar berkata beliau melihat seorang warga emas terjatuh dan dihenyak oleh polis ketika sepasukan lebih 100 orang anggota berkenaan menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 berhampiran menara KLCC pada Sabtu lalu.

Pelajar berkenaan berkata, warga emas berkenaan mungkin merupakan individu yang meninggal dunia selepas dibawa ke hospital selepas terjatuh semasa perhimpunan itu berlaku.

"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.

"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Ketika ditanya, pelajar itu berkata beliau tidak melihat sekiranya polis telah menendang lelaki terbabit, "tapi saya rasa polis henyak dia. Tak mahu bagi dia bergerak."

Individu berkenaan, Allahyarham Baharudin Ahmad (foto kanan) menjadi perhatian apabila ia dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.

Polis setakat ini menyatakan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun sebab sebenar kematian lelaki berkenaan masih menimbulkan tanda tanya.

Dalam kejadian pada petang itu, saksi mata tersebut berkata, beliau melihat kedua-dua tangan warga emas itu dipegang oleh anggota polis yang turut menghenyak lelaki tua berkenaan ke permukaan jalan.

"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.
Polis perlu panggil wartawan yang menulis berita diatas dan minta dia bawa saksi berkenaan untuk soal siasat. Jangan tunggu-tunggu dan bagi peluang lagi kepada malaysiakini. Kalau berlaku kepada Utusan Malaysia pasti tak cukup tanah mereka kerjakan.

Thursday, July 21, 2011

Video Mat Sabu DIREMPUH Land Lover Sampai Berkecai Otak

Laporan dari malaysiakini 11.07.2011

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

RBF: 1Malaysia kena kencing dengan TIMBALAN PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

I'm Datuk Johari Abdul

Lihat pada minit 0.42


Datang demo bersuit beb....

Lain kali gantung kertas saiz A3 di badan dan tulis nama serta pangkat kamu.

Truth That Cannot Be Covered

PUK*MAK BESAR

Tunggu berita malam ini...

DAP Letak Anjing Sebagai Calon Mereka Pada PRU 13

Sikap besar kepala dan angkuh DAP semakin hari semakin menjadi-jadi. Semuanya kerana mereka telah terlalu yakin yang mereka akan berjaya merampas pemerintahan negara ini dalam PRU 13 kelak.

Akhbar Nanyang Siang Pau 18 Julai 2011 melaporkan kenyataan seorang pemimpin DAP yang mengatakan parti itu akan menang pada PRU 13 walaupun mereka meletakkan seekor anjing menjadi calon mereka.

Kenyataan yang mereka keluarkan itu begitu angkuh sekali dan dalam masa yang sama ianya menghina rakyat Malaysia yang menjadi pengundi. Ianya menggambarkan rakyat Malaysia hanya perlukan anjing sahaja untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Begitulah angkuhnya DAP....

Mereka menyondol bagaikan babi hutan yang gila mengatakan pilihanraya di Malaysia tidak bersih, tetapi dalam masa yang sama mereka kata anjing pun boleh menang.

???



Wednesday, July 20, 2011

Blogger Pro Umno Buta Sejarah, Presiden Pas Buta dan Pekak Sejarah

Selama ini saya ingatkan blogger-blogger pro Umno tidaklah hebat sangat, rupa-rupanya sangkaan saya salah. Kalau Presiden Pas boleh buka mulut dan tuju kepada mereka maknanya mereka hebatlah.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Hj Hadi semalam , beliau berkata pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan HARAM Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

Harakahdaily melaporkan Hj Hadi berkata begitu sebagai mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga. Sini

Hj Hadi kata blogger Umno buta sejarah ya ?

Kalau blogger Umno buta sejarah, Presiden Pas pula buta dan pekak sejarah.

Kalau blogger Umno tak ingat atau buta sejarah masih lagi boleh diterima akal kerana sejarah yang Hj Hadi maksudkan itu telah berlaku berkurun lamanya. Tetapi apabila Presiden Pas buta dan tak ingat sejarah yang dilakarkan oleh partinya sendiri beberapa tahun lepas ianya sesuatu yang amat malang.

Saya bukan nak bercakap bab sejarah yang telah berlaku berkurun-kurun lamanya. Saya nak tunjuk kepada anda sejarah yang masih segar dalam ingatan kita semua yang berlaku tiga tahun lalu.

Sejarah yang saya maksudkan berlaku pada pagi 9.Ogos.2008 di Jalan Lebuh Pasar Besar KL, atau lebih tepat lagi di depan Bangunan Majlis Peguam.

Pada pagi berkenaan Presiden Majlis Peguam pada ketika itu,S Ambiga menganjurkan satu forum awam yang bertajuk MEMELUK ISLAM.

Penganjuran forum itu telah mendapat bantahan umat-umat islam Malaysia termasuklah Pas sendiri. Hj Hadi sendiri pada masa mengeluarkan kenyataan yang membantah forum anjuran S Ambiga tersebut.

Hj Hadi berkata PAS membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam mengadakan forum awam bertajuk "Memeluk Islam" Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini. Sini
Ketua Pemuda Pas ketika itu, Salahuddin Ayub atau lebih dikenali dengan nick namenya Din Puduraya juga membantah forum tersebut. Bukan setakat mereka berdua yang membantahnya, malah ramai lagi ahli-ahli Pas yang turut membantahnya.

Anda lihat gambar di bawah ini, perhatikan orang yang pertama di sebelah kanan dan yang ditengah. Yang pertama di sebelah kanan adalah Exco Pemuda Pas Pusat dan taliban yang ditengah semua orang mengenalinya.
Itu lagak dan gaya mereka semasa menyokong perhimpunan bersih anjuran Ambiga. Lihat pula video dibawah ini. Mereka berdua jugalah yang lantang membantah Ambiga tiga tahun lepas. Salahuddin Ayub juga turut berada dalam di tempat tersebut pada waktu itu untuk membantah forum tersebut.

Dalam masa tiga tahun mereka berubah kerana politik. Iman mereka tak kuat dan tidak istiqamah dalam perjuangan islam. Hanya kerana undi sahaja mereka mengubah pendirian daripada anti Ambiga kepada pro Ambiga. Itukah pejuang islam ? Khaikkkkk ptuihhhhhhh....

Jadi tak perlulah lagi nak melalak atau memekik pasal islam selepas ini. Islam kamu hanya boleh ditukar ganti dengan dengan undi sahaja. Kalau dengan undi pun mereka boleh mengubah pendirian mereka, bayangkan jika mereka diberi wang banyak. Masjid pun mereka sanggup tukar jadi gereja.
Tak usahlah Hj Hadi nak bercakap pasal sejarah, kalau sejarah yang mereka cipta sendiri pun sanggup mereka cabul hanya semata-mata kerana undi. Jangan nak pusing atau nak putar belit hanya kerana semata-mata nak menghalalkan perbuatan kamu menjilat punggung Ambiga.

Seperti yang selalu saya katakan sebelum ini, Pas sanggup lakukan atau lacurkan apa sahaja demi undi. Kalau isteri pun mereka boleh jadikan taruhan politik, apa lagi agama.

Semoga orang-orang islam Malaysia dapat menilai siapa Pas yang sebenarnya. Perjuangan islam mereka semuanya palsu dan hanya untuk mendapatkan undi. Baru tiga tahun mereka terpekik, terlolong membantah Ambiga, tiba-tiba Ambiga itu pula yang dijilat mereka. Murahnya maruah diri Pas. Pelacur pun tak semurah itu.

Tuesday, July 19, 2011

Sandiwara Khalid Gereja dan Khalid Lembu Untuk Pikat Undi Warga Shah Alam

Setelah tiga tahun Khalid Samad meminggir dan melukakan hati orang-orang islam Shah Alam kerana sibuk dengan agenda kristian bersama DAP kini dia cuba kembali untuk merawat luka tersebut.

Semasa dia dipilih menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, i City telah pun wujud.

Tetapi pada masa itu mana pergi suara Khalid Samad ?

Ketika itu dia sibuk memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kristian bersama DAP.

Kenapa tiba-tiba sekarang baru dia nak sibuk dengan i City ?

Jawapannya mudah, kerana pilihanraya sudah makin dekat dan dia nak pikat kembali undi orang-orang melayu yang dia telah lukai hati mereka termasuklah dalam isu pembinaan kuil di Seksyen 23.

Kepada penduduk-penduduk Seksyen 7 Shah Alam serta warga-warga Shah Alam yang lain , termasuklah seorang pembaca setia blog ini yang sering menghantar komen menggunakan nama Warga Shah Alam , tak usahlah anda semua nak percaya kepada Khalid Samad. Perjuangannya berhubung isu i City hanyalah lakonan semata-mata. Lebih syok lagi drama tersebut turut dilakonkan oleh Khalid Ibrahim.
Bagaimana dua Khalid itu berlakon ?

Khalid Samad buat kenyataan yang menggesa Khalid Ibrahim memperjelaskan status i City.

Katanya
“Apakah status i-City ini? Adakah ia sebagai entertainment city? Informatian city? MCS? tourism city? Ataupun international zone yang mana apa sahaja boleh berlaku di situ malah digunakan sebagai tapak untuk mengadakan program hiburan berterusan sepanjang tahun.

“Mengapa ia terus dibenarkan untuk menganjurkan program sebegitu kerana penduduk di Shah Alam, khususnya di Seksyen 7 membuat aduan demi aduan dan bantahan tetapi seolah-olah tidak ada apa-apa tindakan,”
Khalid Ibrahim pun menjawab seperti skrip yang mereka telah rancang bersama.Katanya, kerajaan negeri tiada hak menghalang sebarang penganjuran program berbentuk konsert hiburan di i-City memandangkan adalah kawasan komersial yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu.

BN juga yang jadi mangsa kerana nak melepaskan tengkok mereka.

Menurut mantan MB Selangor, jawapan Khalid Ibrahim dalam satu ayat seperti diatas telah ada dua pembohongan besar. Apa pembohongannya ? Klik sini

Cuba anda bayangkan bila Khalid Ibrahim buka mulut bercakap satu ayat sahaja sudah ada dua pembohongan, bagaimana pula kalau dia bercakap 10 ayat ?

Tidakkah itu telah ada 20 pembohongan yang dia lakukan.

Sekarang sudah tiga tahun lebih dia jadi MB, entah berapa puluh ribu ayat yang dia telah bercakap dan entah berapa banyak pembohongan yang dia lakukan. Tiap-tiap hari kerja mereka bohong, buka mulut sahaja bohong. Yang tak bohong apabila mereka buka seluar depan perempuan. Buka sahaja seluar terus tikam. Yang itu tak bohong.

Kepada Khalid Samad, tak usahlah nak bawa perjuangan palsu mu untuk penduduk Seksyen 7. Orang-orang Shah Alam masih ingat lagi bagaimana sikap kamu semasa isu kuil di Sekyen 23 dulu dan bagaimana kamu lacurkan kalimah Allah.

Bye-bye Khalid Samad dari Shah Alam PRU 13.

Sinar Harian dan SPR Iktiraf Pertubuhan Haram ?

Maaf cakap, soalan seperti tajuk di atas ditanya agar kemusykilan yang saya hadapi dapat dijawab oleh mana-mana pihak. Saya hanya menghadapi satu kemusykilan sahaja, tidaklah sampai tujuh sepertimana sindrom kemusykilan yang dialami oleh Ketua Pengarang Sinar Harian awal bulan ini.

Tindakan yang diambil Sinar Harian menganjurkan sesi-sesi wacana sejak kebelakangan ini adalah satu tindakan yang baik dan wajar dipuji. Sesi-sesi tersebut sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai atau penyokong-penyokong parti politik.

Bagaimanapun untuk sesi wacana yang bakal diadakan pada 26.Julai.2011 terdapat satu kemusykilan.
Sesi wacana itu melibatkan Wan Ahmad Wan Omar, S.Ambiga dan Professor Datuk Dr Shamsul.

Kemusykilan yang timbul di sini adalah berkenaan dengan S.Ambiga. Dia dijemput ke wacana tersebut sepertimana iklan yang disiarkan Sinar Harian atas platformnya sebagai Pengerusi Bersih 2.0 .
Sepertimana yang kita tahu, KDN telah mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram. Jadi, bagaimana mungkin Sinar Harian selaku sebuah akhbar yang diberi permit oleh KDN boleh mengiktiraf seorang pengerusi pertubuhan haram dengan menjemputnya atas platform pertubuhan haram tersebut ?

Semasa kekalutan isu permit perhimpunan haram tempohari, pihak polis sendiri telah menunjukkan ketegasan mereka dalam hal ini apabila menyatakan mereka tidak boleh meluluskan sebarang permit perhimpunan atas nama bersih kerana mereka sebuah pertubuhan haram. Polis minta mereka mohon permit atas nama pertubuhan lain yang diiktiraf oleh kerajaan.

Jemput Ambiga untuk sesi wacana tidak menjadi masalah, tetapi dia tidak boleh dijemput atas kedudukannya sebagai pengerusi pertubuhan haram. Gunakanlah platformnya atas kedudukannya yang lain atau mana-mana pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Dalam hal ini KDN perlu bertegas terhadap Sinar Harian kerana menyokong sebuah pertubuhan haram.

Dalam hal ini pihak SPR tidak perlu untuk pergi berdepan dengan Ambiga selagi dia berada di atas platform pertubuhan haram tersebut. Sekiranya SPR melayan mereka maknanya SPR juga mengiktirafkan sebuah pertubuhan haram. Lainlah sekiranya Ambiga berada di atas platform lain atau pertubuhan yang diiktiraf oleh kerajaan.