Wednesday, August 31, 2011

Takbir Raya Dari Somalia



Selama 27 hari berpuasa di Malaysia, tiba-tiba malam raya bertakbir di Somalia.

Pengorbanan yang cukup besar...

Saturday, August 27, 2011

Somalia ! Kami Datang....

Dirinya sering dicaci, dihina dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan tuduhan jahat , namun ianya tidak pernah melunturkan semangatnya untuk meneruskan kerja-kerja amal.

Dalam orang kecoh-kecoh memfitnah kononnya dia beli cincin yang berharga sehingga 24 juta, apa dia nak peduli dengan tuduhan itu kalau dia tak bersalah.

Selamba sahaja dia muncul di khalayak ramai dan terus dengan kerja-kerja amalnya. Terbaru Datin Seri Rosmah melalui BAKTI dengan kerjasama Kelab Putera 1Malaysia menggerakkan misi kemanusiaan ke Somalia.

Awal ramadhan perasaan kita semua sungguh tersentuh dan terharu apa melihat laporan-laporan media tentang kebuluran yang melanda Somalia. Kita puasa 14 jam sehari. Mereka puasa sampai berpuluh-puluh jam.

Sewaktu melihat gambar-gambar tersiar tempohari, hati saya bertanya, tiadakah orang yang hendak tolong Somalia ?

Tup....tup...seminggu dua selepas ini orang dari negara kita sendiri yang menggerakkan misi bantuan ke Somalia. Alhamdullilah....

Sepertimana yang kita tahu, semakin hari keadaan di Somalia semakin teruk. Setiap enam minit seorang kanak-kanak akan meninggal dunia. Lebih 300 ribu lagi kanak-kanak akan mati sekiranya tiada bantuan dihulurkan dalam masa terdekat. Selanjutnya sila klik di sini.


Lihat video ini bagaimana kanak-kanak mengunggu maut. Makan tiada, air tiada, ubat tiada. Memusing-musing tunggu mati.

Sekiranya semua berjalan lancar dan tiada masalah , Malaysia akan menjadi negara pertama yang menghulurkan bantuan secara terus ke Somalia.

OIC ? EU ? Semuanya hanya pandai berjanji....

PM Turkey datang melawat kem-kem penempatan pelarian Somalia, apa yang beri ? Datang berlenggang sahaja...

Insyaallah jika tiada aral melintang, esok rombongan kemanusiaan Somalia Bakti dan KP1M akan berangkat ke Mogadishu menggunakan pesawat TUDM.

Untuk pengetahuan semua, tidak ada pesawat komersial yang hendak terbang ke Somalia sekarang kerana tiada syarikat insuran yang hendak melindunginya kerana Somalia sekarang berada di kedudukan pertama negara yang paling ganas di dunia.

Seorang rakan blogger juga akan turut serta dalam misi yang penuh mencabar ini dan akan melaporkan dari sana.

Sama-samalah kita doakan agar semua ahli rombongan selamat pergi dan selamat kembali.

Terima kasih kepada BAKTI dan KP1M kerana mengambil tanggungjawab yang begitu berat untuk dipikul.




Lihat minit 1.56, kutip mayat kanak-kanak seperti kutip sampah.

Wednesday, August 24, 2011

Khalid Jual Nama Sultan Lagi

Anjing kalau dah biasa makan tahi, maka tahi juga yang dicarinya...


Sultan S'gor Nafi Titah Bentuk Majlis Penasihat Syura Sebagaimana Yang Diumum MB


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita yang menyatakan penubuhan Majlis Penasihat Syura oleh kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas adalah atas titah perintah baginda.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda,Datuk Mohamad Munir Bani, pada Selasa, Sultan Sharafuddin menafikan bahawa baginda ada mengeluarkan titah perintah tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, apa yang sebenarnya berlaku ialah, Menteri Besar telah memohon pertemuan dengan Sultan Idris untuk memaklumkan kepada tuanku hasrat kerajaan negeri memanggil satu pertemuan dengan pengurusan DUMC berhubung insiden yang berlaku pada 3 Ogos sewaktu Jais membuat pemeriksaan mengejut.

Dalam pertemuan tersebut, kata Munir, Khalid turut membawa bersama Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sultan membenarkannya.

Bagaimanapun menurut Munir, Sultan juga turut menasihati Khalid agar turut membawa timbalan mufti Selangor supaya mereka dapat dinasihati berhubung hal ehwal Syariah.

Isu perbincangan mereka, menurut Munir tidak langsung menyentuh isu Jais dan DUMC.

Oleh yang demikian, jelas Munir, arahan yang mengatakan bahawa Sultan Selangor bertitah atau menasihati supaya kerajaan negeri membentuk sebuah Majlis Penasihat Syura berkaitan isu Jais dan DUMC adalah tidak berbangkit sama sekali.

Beliau menambah, pendirian Sultan Sharafuddin berhubung pembentukan sebuah lagi Majlis Penasihat Syura adalah tidak diperkenankan memandangkan Selangor sudahpun memiliki Majlis Agama Islam (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti.

Pada Isnin, media massa melaporkan, bahawa Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lepas.

M Star Online
Ini bukan kali pertama dia menipu menggunakan nama Sultan. Semasa isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor juga dia menipu guna nama Sultan.

Itu yang secara terbuka dan diketahui kita. Yang kita tak tahu entah berapa banyak sudah nama Sultan yang dijualnya.

Tuesday, August 23, 2011

Anwar Kata Saiful Datang Bawa KY Jelly dan Bersedia Diliwat

Anwar kata Saiful tak selak pintu...

Anwar pertikai kenapa Saiful tak melarikan diri....

Anwar kata Saiful datang bawa KY Jelly dan dalam keadaan bersedia...

Apa maknanya semua itu ?

Maknanya memang benar Anwar telah meliwat Saiful.

Soal paksaan atau suka sama suka perkara kedua.

Yang penting liwat telah berlaku dan air mani Anwar ada dalam dubur Saiful.

Selanjutnya klik di sini

Najib,Rosmah,Musa Hassan Penakut, Anwar Berani Gila


Apabila Najib , Rosmah , Musa Hassan dan Rodhwan hadir depan peguam-peguam Anwar tetapi enggan di temubual, mereka semua dituduh penakut , bacul dan sebagainya.

Tetapi apabila Anwar pula enggan di soal balas oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraannya dan DALAM mahkamah, apa cerita pula ?

Penakut , bacul atau berani ?

Monday, August 22, 2011

Ali Setan Putus Wayar



Bercakap sejam lebih sampai berbuih mulut kata orang melayu bodoh kerana taat kepada orang asing tetapi tidak taat kepada Allah.

Kalau dia kata melayu bodoh, dia pula bodoh nak mampus.

Dia sendiri 'mengajar agama' guna komputer buatan Amerika letak depan mata.

Itu tandanya dia sendiri pun taat kepada orang asing.

Kalau dia taat kepada Allah , dia akan letak Quran depan matanya.

Wednesday, August 17, 2011

Pesanan Kepada Nik Nazmi

Kenyataan Nik Nazmi semalam yang disiarkan oleh malaysiakini
"Saya yakin (penulis blog ini) orang Islam. Mengata ini berdosa, fitnah lagi berdosa. Jadi baik dia jaga puasa dan solat dia sendiri," kata Nik Nazmi lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu hari ini.

Tambahnya, dokumen berkenaan juga mempunyai maklumat yang sama sekali salah, terutama berhubung gereja yang didakwa akan disita itu.
Dokumen berkenaan antara lainnya menyebut gereja DUMC terletak di Damansara Utama, sedangkan gereja itu terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah," katanya lagi.

Lihat tulisan merah...

Apa yang dia kata ?

Katanya, blogger Umno dibayar gaji mahal tapi tak buat kajian yang betul untuk buat fitnah.

Pesanan saya kepada Nik Nazmi

Nik Nazmi, awak orang islam, menuduh tanpa bukti apatah lagi memfitnah adalah berdosa. Tolong jaga puasa dan jaga solat anda di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Tuesday, August 16, 2011

Astagfirullah....Nabi Muhammad SAW Dipanggil Babi Muhammad


Dipetik dari blog Zul Nordin
"10th Commandment: EZAM THE FROG....Muslim convert to christian. This shows that the teaching of Islam is not right....islam is a fake religion.Your allah BABI MOHAMAD is a rapist...holly man doesn't married to 4 wives..does not encouraged jihad....islam doesn't practice and teach his followers the 10th commandment like the christian does....read through our holly bible and understand what are the 10th commandment is all about....just wonder how your babi mohamad looks alike....how come until now nobody show the photo of him....Islam are worshipping stone....EZAM..."BURN YOUR HAIRY WIFE PUSSY"

(Alih Bahasa: EZAM SI-KATAK...Muslim murtad kepada kristian. Ini bukti ajaran Islam tidak betul....islam agama palsu. Allah BABI MOHAMAD seorang perogol...insan warak tidak akan kahwin 4...tidak menggalakkan jihad....islam tidak amal dan ajar pengikutnya 10 prinsip macam kristian...bacalah bibel dan fahami 10 prinsip itu...bagaimana agaknya rupa babi mohamad...kenapa sampai hari ini tidak ada gambar dia...Islam sembah batu...EZAM..."BAKAR BULU KEMALUAN ISTERI KAMU").
Ini adalah komen yang disiarkan oleh media-portal pro-pembangkang Free Malaysia Today (FMT) pada hari Jumaat 12 Ogos lepas. Komen ini muncul dari berita yang dibawa oleh FMT mengenai himpunan umat Islam anjuran Gerakan Cegah Murtad di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Jumaat pada 12 Ramadhan/ 12 Ogos lepas dimana selain teman, YB Senator Ezam turut berucap.

Monday, August 15, 2011

Lihat Perbezaan Nur Di Wajah Dua Insan Ini

Update: Komen pembaca - u all tengok mata dia cukup la....dah macam nak tersembul...sekilas tengok like animal....apa animal tu fikir2kan lah....dasyat2 bala allah itu...nauzubillah.

Betul...betul...betul...

64 tahun
86 tahun
Orang yang dikatakan difitnah
Orang yang dituduh membuat fitnah
Wajah siapakah lebih berseri ?

Pemimpin anugerah tuhan untuk isterinya
Pemimpin dianugerahkan tuhan kepada rakyat


Kesemua gambar diatas dirakam pada bulan Ramadhan tahun ini.

Lihatlah perbezaan pancaran nur yang ketara diantara kedua-dua wajah diatas.

Wajah insan yang berusia menghampiri 90 tahun jauh lebih berseri dan tenang dari wajah orang yang berusia 60 an.


Saturday, August 13, 2011

Kepada Orang Awam, Hentikanlah Memaki dan Mencaci MBPJ


Kami difahamkan laporan diatas adalah untuk kegunaaan bahagian dalaman MBPJ sahaja. Entah bagaimana ianya boleh tersebar keluar dari lingkungan MBPJ saya pun tak tahu. Nama dan tandatangan penyedia laporan terbabit di bahagian bawah ms 2 telah pun dipadamkan. Mungkin untuk sebab-sebab keselamatan.

Apa nak dikata lagi, semuanya telah terbentang depan mata bagaimana campur tangan-campur tangan pembela tegar kristian mempertahankan gereja berkenaan daripada disita oleh MBPJ.

Theresa Kok menjadi individu pertama yang menghubungi Penguatkuasa MBPJ menghalang operasi berkenaan. Kemudian di sambung pula oleh Khalid John Samad.

Paling tak boleh tahan adalah apabila Ronnie Liu mengugut kakitangan untuk melakukan pertukaran secara besar-besaran jika operasi diteruskan. Ini memang perangai Ronnie Liu dan segelintir pemimpin DAP serta PKR yang lain, mereka suka hubungi secara terus tanpa melalui pihak atasan.

Lihat contoh dalam kes rampasan arak di Shah Alam. Sebaik sahaja Penguatkuasa MBSA merampas arak-arak berkenaan, Ronnie menghubungi Bahagian Penguatkuasa secara terus, tanpa melalui Datuk Bandar atau Timb Datuk Bandar atau Setiausaha dan mengeluarkan arahan serta ugutan kepada kakitangan penguatkuasa MBSA supaya memulangkan balik arak berkenaan. Dalam hal MBPJ pula dia juga hubungi terus kakitangan penguatkuasa dan ugut hendak tukar kakitangan.

Elizabeth Wong pula mengeluarkan arahan kepada MBPJ supaya menafikan mereka akan sita gereja kepada malaysiakini.

Lihat bagaimana mereka berempat bergabung (Theresa, Khalid , Ronnie, Eli Wong) bersatu tenaga bagi menghlang MBPJ dari meneruskan operasi berkenaan. Paling teruk lagi apabila mereka sebagai pemimpin pula mengarahkan kakitangan MBPJ supaya berbohong kepada media. Apa punya celaka ?

Kita tunggu petang ini atau esok atau hari isnin, pasti MBPJ sekali lagi akan mengeluarkan kenyataan menafikan laporan di atas. Semuanya kerana mengikut arahan bos-bos mereka yang dajal itu.

Maklumat yang saya terima mengatakan kakitangan-kakitangan MBPJ betul-betul berada dalam keadaan tidak bersemangat dan kecewa. Semua itu kerana terlalu banyak sangat tekanan dan campurtangan pihak-pihak PKR, DAP dan Pas yang menghalang mereka dari melakukan tugas. Yang membuatkan mereka benar-benar kecewa adalah apabila pemimpin atasan mengarahkan mereka membuat kenyataan yang berbohong kepada media, dan mengikut kakitangan MBPJ perkara tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah MBPJ.

Kata mereka semasa pemerintahan BN , jika ada sebarang konflik atau masalah yang timbul sehingga menjadi perhatian media, tidak pernah ada arahan supaya mereka mengeluarkan kenyataan bohong. Mereka hanya diminta berdiam diri dan tidak mengulas apa-apa sekiranya ditanya media.

Kata kakitangan MBPJ , zaman pemerintahan PKR banyak 'keistimewaan'. Sudahlah diarahkan berbohong, exco pula yang set pihak media supaya menghubungi kami.

Antara perkara lain yang membuatkan staf MBPJ merasa kecewa apabila menerima arahan supaya membatalkan operasi menyita DUMC sedangkan setiap hari mereka menerima ratusan aduan dari orang awam melalui telefon dan e mel yang mengadu tentang gereja tersebut.

Setiap hari mereka diherdik, dimaki dan dilemparkan dengan perkataan-perkataan kurang enak dari pengadu termasuklah menuduh mereka menerima rasuah dan bersekongkol dengan kristian. MBPJ akui memang benar gereja tersebut melanggar peraturan, mereka cuba bertindak, tetapi mereka dihalang.

Kepada orang awam, hentilah daripada terus menerus mencaci maki atau membuat tuduhan-tuduhan jahat terhadap MBPJ. Mereka cuba laksanakan yang terbaik tetapi kaki dan tangan mereka di rantai. Kalau rasa nak maki juga, sila maki Kerajaan Selangor kerana merekalah yang menjadi punca kepada segala masalah.

Saya Dah Kata Puak-Puak Itu Tak Boleh Dipakai

Baru beberapa hari lepas saya dah kata, puak-puak Pas kalau bercakap bukannya boleh dipakai. Sini.

Cakap sahaja berdegar-degar sampai nak keluar kerongkong, tup...tup...tak berapa hari tukar balik apa yang dicakapkan.

Manusia yang dalam gambar di atas. Dua tiga hari lepas bukan main lagi bercakap pasal darah dan nyawa sampai meremang bulu roma kita membacanya. Esoknya pula pergi jumpa Hasan Ali dan istiharkan secara terbuka menyokong Hasan Ali dan JAIS. Tiba-tiba semalam dia kona baring pula apabila Utusan Malaysia siarkan apa yang dikatanya dan apa ditulisnya di facebook dan di blognya. Sini

Katanya Utusan Malaysia memanipulasi kenyataannya dan hendak melaga-lagakan dia dengan pemimpin dalam Pas dan Pak-khatan Rakyat.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.

Akhbar Umno itu juga cuba membayangkan wujud percanggahan antara pendiriannya dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja.

Menjelaskan dakwaan itu kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata tindakan Utusan itu sengaja untuk melaga-lagakan pemimpim dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya tidak bertanggungjawab dengan ulasan Utusan tersebut. Saya tidak pernah membuat kenyataan kepada Utusan, ini sengaja untuk melaga-lagakan.

harakah...kah...kah...kah...daily

Halo bro, buanglah serban dan ketayap atas kepala kalau pendirian dan iman tidak kuat. Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Dua tahun dulu dia juga yang usung bini orang atas pentas ceramah semasa PRK Permatang Pasir, sehinggakan runtuh rumahtangga orang dibuatnya.

Jika kamu konsisten mempertahankan akidah sepertimana yang kamu katakan beberapa hari lepas, surat khabar mana sekali pun hatta surat khabar israel yang lapor ianya tidak menjadi masalah. Yang penting pendirian kamu kukuh. Bukannya sekejap begitu, sekejap begini. Apa yang nak takut sangat dengan laporan Utusan Malaysia sedangkan dia melaporkan apa yang benar yang kamu katakan dan kamu tulis ? Kenapa pula kamu tidak pertikai apa yang dilaporkan oleh Malaysia Insider ?

Soal kamu buat kenyataan atau tidak kepada Utusan Malaysia tidak timbul. Yang penting mereka lapor apa yang kamu tulis dan kamu kata. Sepatutnya kamu berterima kasih kepada Utusan Malaysia yang menyebarkan pendirian kamu kepada orang ramai. Kalau Utusan Malaysia tak bagi ruang dikatakan pula media tidak adil dan kebebasan media dikawal. Apabila diberi ruang di muka depan dikatakan pula hendak melaga-lagakan kamu, dan media pula dipersalahkan.

Bagaimana kamu nak bercakap soal darah dan nyawa , jika belum terluka lagi pun kamu sudah kluk-klek ?

Kepada rakan-rakan pembaca, lihatlah apa yang terjadi ini. Itulah sikap Pas yang sebenarnya dalam perjuangan politik. Perjuangan mereka bukannya perjuangan islam atau perjuangan kebajikan. Perjuangan mereka adalah perjuangan undi untuk bergelar YB , Exco ,MB dan seterusnya.

Satu-satunya parti dalam Malaysia yang tidak tetap matlamat perjuangan adalah Pas. Sekejap begitu , sekejap begini. Sekejap nak hudud, sekejap tak nak hudud. Sekejap nak tutup kilang arak, sekejap nak besarkan kilang arak dan bermacam-macam lagi. Dan yang paling besar sekali mereka sanggup menukar matlamat asal perjuangan mereka daripada Negara Islam kepada Negara Kebajikan demi kerana undi. Lebih malang lagi dikatakan pula dalam Quran tidak dinyatakan Negara Islam, sedangkan dulu merekalah yang menjaja ayat Quran di atas pentas ceramah untuk menubuhkan negara Islam. Dah tua-tua bangka semuanya baru habis baca Quran dan baru sedar tiada Negara Islam dinyatakan dalam Quran.

Dalam hal konsisten mempertahankan matlamat perjuangan, DAP dan PKR boleh dipuji. Daripada dulu lagi DAP memperjuangkan anti negara Islam. DAP konsisten dengan perjuangan itu dan mereka telah pun berjaya kerana tiada lagi pihak yang berhajat menubuhkan Negara Islam di Malaysia sejak Jun 2011.

Manakala PKR pula sejak ditubuhkan sehingga ke hari ini masih lagi konsisten dengan perjuangan mereka untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai PM. Perjuangan mereka tidak pernah luntur atau pudar walaupun Anwar menghadapi pelbagai masalah sehinggalah air maninya dijumpai dalam lubang dubur Saiful dan alat sulitnya tersebar ke seluruh dunia. Orang-orang PKR tidak pernah patah semangat dan mereka sedaya upaya memulihkan imej Anwar bagi membolehkan dia menjadi PM. Tidak pernah kedengaran orang-orang PKR pergi jumpa pemimpin Umno untuk menawarkan menjadi pemimpin utama mereka bagi menggantikan Anwar.

Manakala Pas pula yang bercakap berdegar-degar dan mereka sahaja yang baik serta maksum dalam negara ini. Yang buruk semuanya Umno dan BN sehingga tiada satu pun yang baik dan dicanangkan di atas pentas ceramah mereka selama 365 hari setahun tentang keburukan dan kejahatan Umno. Tetapi dalam diam-diam mereka pergi jumpa pemimpin Umno dan minta orang itu mengetuai mereka. Ptuiiiii....

Umno juga yang dicarinya. Mereka sendiri pun tak percaya kepada kemampuan mereka atau lebih tepat lagi, tidak percaya kepada diri sendiri.

Jika Ketua Pemuda Pas yang tidak konsisten dalam perjuangannya berhubung isu JAIS-gereja,itu hanya perkara kecil wahai rakan-rakan ku sekalian. Banyak lagi benda-benda lain yang lebih besar yang Pas tidak pernah konsisten selama ini. Dulu kata berkawan dengan kafir haram, sekarang mereka penjilat tegar kafir harbi. Yang paling besar sekali adalah penukaran matlamat perjuangan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan.

Setakat Pas menipu perkara-perkara lain kepada kita termasuklah isu Mismah, dilanggar Land Rover dan sebagainya hanya perkara biasa wahai rakan-rakan ku sekalian. Pas tipu kita apa nak dihairankan ? Tuhan pun Pas sanggup tipu, apa nak hairan dia tipu kita ? Itu perkara kecil sahaja.

Dulu siang malam mereka berdoa memohon kepada Allah minta supaya memberkati dan merestui perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam. Allah bagi sedikit kuasa kepada mereka sebagai ujian. Tiba-tiba sekarang bila ada sedikit kuasa mereka tukar pula permintaan (doa) dengan Allah daripada negara Islam kepada negara kebajikan. Anda nampak tak ? Nampak tak ? Dulu lain yang dia minta dan berjanji dengan Allah, sekarang lain pula yang mereka minta. Teruk beb....Tuhan pun mereka tipu.

Friday, August 12, 2011

Gangguan Politik Halang Tugas MBPJ



Berita berkenaan operasi penyitaan gereja oleh MBPJ semalam adalah bukannya khabar angin yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

Difahamkan MBPJ telah membuat keputusan untuk menyita gereja tersebut pagi semalam selepas menerima beberapa aduan daripada penduduk sekitar dan pihak-pihak lain.

Berita mengenai operasi tersebut mula tersebar selepas taklimat operasi pagi semalam. Ketika kakitangan penguatkuasa sedang menunggu arahan selanjutnya sebelum bergerak ke lokasi, tiba-tiba satu arahan telah diterima supaya operasi tersebut dibatalkan.

Kenapa dibatalkan , arahan siapa dan sebagainya , tungguuuuuu......

Kami akan bawakan kepada anda kemudian.

Kita kasi bongkar cukup-cukup kali ini.

Rayuan Kepada Sophia



Difahamkan semasa diperiksa oleh JAIS Sophia tidak mengaku dirinya Islam sedangkan kad pengenalannya tertera perkataan Islam. Masyallah....

Sophia, sekiranya kamu nak tukar nama sekali pun dari Nadeane kepada Sophia, tukarlah. Kami semua terima dan tiada masalah. Tapi yang penting kembalilah wahai Sophia. Kembalilah...

Percayalah Sophia Allah masih menyayangi mu. Percayalah umat-umat Islam di Malaysia tidak akan marah sekiranya kamu mengaku kesilapan dan sanggup kembali ke pangkal jalan. Tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan dalam dunia ini.

Semulia-mulia dan setokguru-tok guru Nik Aziz di kalangan orang-orang Pas pun beliau masih lagi cuba menerima rasuah tajaan haji. Tetapi oleh kerana Allah sayangkan dia, tiba-tiba muncul kaum quraisy Malaysia yang membuat pendedahan perkara tersebut , maka terselamatlah Nik Aziz dan keluarganya dari dosa rasuah kerana membatalkan penerimaan rasuah haji tersebut. Oleh kerana beliau mengakui kesilapannya , maka hari ini beliau masih lagi kekal sebagai MB Kelantan.

Begitu juga dengan kes kamu wahai Sophia yang semakin hari semakin besar kerana Allah masih menyayangi mu. Engkau adalah antara orang-orang bertuah yang dilindungi Allah daripada terus disesatkan.

Tolonglah Sophia, tolonglah kembali dan ucapkanlah kalimah di bawah ini

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Kembalilah Sophia, kami semua sedia membantu mu. Hubungilah mana-mana pihak berkuasa atau hubungi saya sendiri (rbf_501@yahoo.com) atau pun mana-mana blogger, facebooker atau sesiapa sekali pun yang difikirkan wajar sekiranya kamu telah sedia kembali. Kami menanti mu Sophia.

Di hari jumaat yang mulia ini penghulu kepada segala hari dan ditambah pula dengan bulan Ramadhan , marilah kita sama-sama berdoa agar dibukakan pintu hati Sophia kembali bersama-sama kita.

Thursday, August 11, 2011

Golongan tuduh tidak adil, sebenarnya telah menang pilihan raya

SEBELUM Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan ini.

Selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.

Ini kerana sistem dan proses pilihan raya yang adil yang telah memberi kemenangan besar kepada parti-parti pembangkang di negara ini. Agenda politik ‘kotor’ melalui penyebaran fitnah dan pembohongan telah menunjukkan hasil. Maka agenda yang sama perlu diulangi untuk menghadapi PRU yang akan datang.

PRU Ke-13 akan menjelma. Taktik dan strategi semasa menghadapi PRU Ke-12 dan beberapa PRK selepasnya akan berulang. SPR sekali lagi menjadi sasaran dan ‘punching-bag’ oleh pihak tertentu untuk meraih simpati rakyat dengan menggunakan isu pilihan raya tidak adil.

Seperti yang berlaku sebelum PRU Ke-12 apabila parti politik tertentu menyertai demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat dan hasil perbuatan itu memberi kemenangan besar kepada mereka. Pada 9 Julai 2011 mereka sekali lagi mempergunakan strategi yang sama, iaitu menyertai demonstrasi jalanan menggunakan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan berjaya mendapat liputan media antarabangsa.

Terdapat parti-parti politik di negara ini yang ketandusan isu untuk memikat hati rakyat dalam menghadapi PRU akan datang. Cara lain yang digunakan adalah menyebar fitnah memburukkan kepimpinan SPR supaya rakyat benci dan simpati. SPR dijadikan ‘kambing hitam’ dalam memperjuangkan cita-cita mereka.

Parti-parti politik di mana jua akan melakukan apa sahaja untuk mencari kemenangan dalam pilihan raya. Tetapi yang ketara berlaku di negara ini adalah perbuatan fitnah dan pembohongan yang menjadi perkara wajib dalam usaha mencari sokongan. Tidak cukup dengan kecaman terhadap parti lawan, SPR turut dijadikan sasaran kecaman dan fitnah. Mereka membuat kesimpulan atas sesuatu isu yang berbangkit semata-mata berasaskan andaian dan tuduhan yang tidak terbukti di mahkamah.

Melalui ceramah dan tulisan, tanpa rasa berdosa SPR dikecam semata-mata kerana buruk-sangka terhadap badan ini. Kebencian rakyat terhadap SPR dan pilihan raya diharapkan menjadi undi simpati yang memihak kepada mereka dalam pilihan raya akan datang.

Pilihan raya demokratik

Pilihan raya demokratik memberi hak dan kebebasan kepada rakyat untuk bertanding sebagai calon dan hak mengundi dalam pilihan raya. Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak dan kebebasan tersebut. Sesiapa jua rakyat yang layak di bawah undang-undang boleh mendaftar sebagai pengundi dan bebas membuat pilihan.

Tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan, calon dan parti politik yang bertanding bebas menjalankan aktiviti kempen dan bertemu pengundi. Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia di mana parti-parti politik berkempen sepanjang tahun, sama ada melalui ceramah, media dan sebagainya. Akhbar-akhbar milik parti bebas membuat laporan termasuk fitnah dan pembohongan serta mengedarnya di seluruh negara.

Pada hari pengundian, kenderaan parti-parti politik bebas mengangkut para pengundi dan bebas meraih undi walaupun undang-undang melarang berkempen pada hari mengundi. Di tempat mengundi, rakyat bebas membuat pilihan dan undi adalah rahsia, tiada siapa yang tahu. Selepas tamat pengundian, jam 5 petang, setiap kertas undi sah akan dikira dengan disaksikan oleh wakil calon-calon yang bertanding.

Calon yang mendapat undi terbanyak di isytihar menang dan menjadi wakil rakyat. Apa lagi yang mereka kata pilihan raya tidak bebas dan tidak adil? Adakah apabila menang semua kerusi baru mereka akan menganggap pilihan raya di negara ini bebas dan adil?.

Rakyat perlu sedar bahawa di negara ini golongan yang menuduh pilihan raya tidak adil terdiri daripada mereka yang telah menang dalam pilihan raya. Mungkinkah mereka menang jika pilihan raya dijalankan secara tidak bebas dan tidak adil?, atau jika proses pengundian atau pengiraan undi tidak dilakukan dengan telus dan bersih?

Pemimpin-pemimpin politik yang terlibat dalam demonstrasi jalanan pada 9 Julai 2011 kesemua mereka yang menjadi wakil-wakil rakyat melalui proses pilihan raya yang berlandaskan undang-undang yang adil dan saksama. Mereka telah menang dan menjadi wakil rakyat. Jikalau mereka kalah mungkin ada kebenarannya dakwaan yang pilihan raya tidak adil. Oleh kerana proses pilihan raya yang bebas dan adil, mereka telah berjaya mengisi kerusi-kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang bebas mengamalkan political dynasty di mana ahli keluarga boleh bertanding dan menang dalam pilihan raya jika dipilih rakyat. Ayah dan anak bertanding dan menang kerusi masing-masing. Kelantan telah 22 tahun diperintah oleh Pas berturut-turut tidak berjaya digugat oleh parti BN disebabkan pilihan raya yang adil. Pilihan raya di negara ini berasaskan undang-undang yang ditetapkan. Ada yang menang dan ada kalah, rakyat yang menentukannya. Apa lagi yang kotor dan tidak adil? Bersyukur sahaja kepada Allah SWT atas kejayaan itu.

Parti-parti politik tidak perlu menganggap SPR sebagai musuh dengan menabur fitnah dan kecaman yang tidak dapat dibuktikan. Dalam pilihan raya demokratik yang penting adalah proses pemilihannya bebas, telus dan adil. Siapa yang layak boleh bertanding dan calon yang dipilih rakyat akan menang dalam pertandingan. Parti yang mendapat jumlah kerusi majoriti akan menubuh kerajaan.

Pada 2003, saya menyertai kumpulan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya di sebuah negara di Asia. Saya berpeluang bercakap dengan beberapa pemimpin politik pembangkang yang bertanding. Mereka mengadu amat sukar parti-parti mereka menang walau pun satu kerusi kerana kata mereka proses pilihan raya di negara itu tidak telus dan tidak adil.

Sepanjang pemantauan itu saya berkesempatan melihat sendiri kebenaran perkara-perkara yang diceritakan. Dakwaan mereka terbukti benar apabila semua calon mereka kalah, hanya beberapa kerusi sahaja yang dimenangi parti-parti kecil yang tidak ternama yang dianggap boneka kepada parti pemerintah. Di Malaysia, mereka yang memberitahu kepada media asing bahawa pilihan raya di negara ini tidak adil, kesemua mereka terdiri daripada golongan yang telah menang dan menikmati kehidupan sebagai wakil rakyat.

Permainan politik memerlukan kepintaran ahli-ahli dan parti-parti politik memainkan isu untuk mewujudkan persepsi bagi mempengaruhi pemikiran rakyat. Di negara ini ada pihak-pihak yang pintar dalam bidang berkenaan. Mereka mengaburi mata rakyat dengan menuduh pilihan raya tidak adil, tidak telus dan kotor. Pelbagai alasan diberi apabila mereka kalah.

Mereka tidak dapat menerima kemenangan orang lain. SPR yang menjalankan pilihan raya secara adil dan saksama yang telah memberi kemenangan kepada mereka, turut menjadi sasaran kecaman dan fitnah. Fikir-fikirlah.

DATUK WAN AHMAD WAN OMAR,

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya

Pilihan Raya Malaysia (SPR)



Utusan Online

Gereja Methodist Damansara Utama Akan Disita MBPJ Hari Ini ?

Mengikut maklumat yang baru diterima difahamkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menyita gereja methodist Damansara Utama hari ini.

Penyitaan itu akan dilakukan kerana pihak berkuasa tempatan tersebut tidak pernah meluluskan bangunan tersebut untuk dijadikan gereja. Permohonan asal mereka adalah untuk dijadikan pusat komuniti.

Berita lanjut ada di sini

Wednesday, August 10, 2011

Dr Asri Sedang Membuat Masyarakat Membencinya

Semenjak dua tiga menjak kebelakangan ini Dr Asri kelihatan banyak mengambil pendirian yang populis terhadap sesuatu isu yang timbul.

Saya tidak berniat hendak berlawan, berhujah atau jauh sama sekali menghentam beliau kerana siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan beliau.

Saya masih ada perasaan hormat kepada beliau kerana ilmu-ilmu yang beliau ada dan yang paling utama sekali kerana dia seorang ulama yang berkecuali dari politik. Kalau dia ulama Pas dah lama saya maki dia.

Apa yang menjadi kebimbangan saya dalam beberapa hari ini ialah berhubung kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung isu Jais-gereja boleh membuatkan orang ramai tidak lagi menghormati beliau.

Kenyataan-kenyataan yang dkeluarkan beliau bertentangan dengan perasaan majoriti orang-orang islam yang rata-ratanya menyokong tindakan JAIS. Yang tak sokong hanya sebahagian islam Pas, sebahagian islam PKR dan sepenuhnya islam DAP.

Ramai orang berkata kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Dr Asri lebih kepada melepaskan geram beliau kepada JAIS kerana dendam peristiwa lama. Wallahualam....

Beberapa hari lepas Dr Asri mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan Pusat Zakat menjadi punca kepada orang islam mendapat bantuan dari gereja.

Secara peribadi saya berpendapat kenyataan Dr Asri itu akan membuatkan lebih ramai orang islam yang akan menjadi malas selepas ini kerana jika tiada wang mereka boleh pergi ke Pusat Zakat. Jika Pusat Zakat tidak beri mereka boleh ugut untuk pergi ke gereja.

Satu perkara yang kita harus ingat, menipu dan memutar belit adalah satu budaya buruk yang paling serius yang ada dalam diri rakyat Malaysia dalam soal meminta bantuan atau kebajikan.

Lihat sahaja contoh semasa skim pinjaman buku teks persekolahan satu masa dulu. Pada masa itu pinjaman buku teks hanya diberikan kepada pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM 2000 ke bawah.

Tetapi pada masa itu ada ibu bapa yang berpendapatan sampai RM 5-6 ribu pun sanggup berbohong pendapatan mereka kepada RM 1500 bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat pinjaman buku teks kerajaan. Lebih malang ada yang mengajar anak membohongi cikgu jika cikgu tanya soalan-soalan mengenai kehidupan mereka.

Anak kecil-kecil telah diajar berbohong oleh ibu bapa sendiri, selepas itu lekat sampai ke besar kerana telah tertanam dalam fikiran mereka ibu bapa kata bohong seperti itu (bohong kerajaan) tak mengapa. Akhir sekali budaya buruk itu jadi warisan dari generasi ke generasi.

Begitu juga dalam hal zakat. Bukan semua orang yang pergi ke Pusat Zakat itu jujur dan ikhlas. Ada juga yang kaki kelentong. Di Malaysia ini sebenarnya tidak ada alasan untuk rakyat hidup susah melainkan kerana malas dan tak pandai menguruskan kewangan. Kecuali orang-orang yang sakit kronik atau sakit berpanjangan yang tidak boleh bekerja atau menjaga ahli keluarga terdekat yang sakit. Orang-orang asing berebut datang cari kekayaan di negara kita dan kena bayar levi setiap tahun kepada kerajaan tetapi mereka masih lagi mendapat pendapatan yang baik.

Saya ulang sekali lagi, sebab utama rakyat Malaysia susah kerana malas dan tak pandai urus wang. Pendapatan sejengkal belanja sedepa. Lagi satu ramai yang sabar dan nak senang atau kaya cepat.

Kenyataan yang Dr Asri keluarkan dua hari lepas boleh menjadi satu masalah baru kepada kepada Pusat Zakat. Mereka akan menggunakan kenyataan itu sebagai ugutan. Kalau tak bagi kami pergi ke gereja atau kami keluar islam. Nauzubillah....

Sebagai seorang yang berpengaruh dan dihormati Dr Asri kena ingat setiap apa yang keluar dari mulutnya akan diambil berat oleh masyarakat. Mereka boleh guna alasan dari apa yang diungkapkan oleh mulut Dr Asri.

Hari ini pula Dr Asri sekali lagi keluarkan kenyataan di malaysiakini yang dilihat boleh memberi nafas baru kepada pihak gereja. Beliau seolah-olah mengejutkan harimau yang sedang tidur.

Petikan dari malaysiakini
“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.
Bagaimanapun kenyataannya itu dipertikaikan oleh seorang pembaca yang bernama Rosdi Ismail melalui komen seperti berikut,
Setakat pemerhatian dibuat .. saya melihat komen-komen yang menekan JAIS adalah kebenyakannya TIDAK ADIL kerana :-

1- Menggunakan istilah "serbu" atau "ceroboh" adalah tidak tepat. Apa yang berlaku adalah pemeriksaan dibuat setelah mendapat kebenaran melalui perbincangan yang memakan masa hampir sejam. Komen Dr. Asri juga adalah keterlaluan dan partisan.

Sila perhatikan petikan ini = “Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,”. Jelas Dr. Asri telah menggunakan perkataan "diceroboh" dan "didakwa". Inilah adalah analogi yang bersifat menghasut. ia buka hujah, hanya lontaran akal.

2- Salahkah JAIS melakukan pemeriksaan di bawah peruntukan undang-undang yang ada. Kata-kata Asri = "sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang" adalah hujah akal yang tidak berpijak dibumi nyata. Undang-undang yang ada sekarang adalah bertujuan untuk mempertahankan akidah umat Islam. Apa yang cuba dipertikai sekarang ialah prosedur pemeriksaan tersebut, bukannya undang-udang. Oleh itu kita harus membezakan antara dua perkara yang berbeza. Jika kuasa Islam yang "sekakang kera" yang ada inipun cuba dipertikaikan oleh orang islam sendiri, apakah orang Kristian atau bukan Islam akan memberi peruntukan tambahan bila kita beriya-iya membela mereka? .. Renunglah sejenak.

3- Dr. Asri sepatutnya tunggu dulu laporan JAIS. Apa tujuan ulasan-ulasan mentah seperti ini. Lagipun beliau tak adapun sewaktu pemeriksaan dibuat. Makna nya gambaran sebenar kejadian tersebut tidak jelas. Beliau tidak berhak sama sekali untuk membuat ulasan awal seperti ini.

4- Dr. Asri seolah-olah beranggapan negara seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah lebih lunak dalam hubungan mereka dengan orang islam berbanding Malaysia. Wahai Dr. Asri apakah kamu lupa bagaiman orang islam di Takbai dibunuh dan ditembak seweang-wenangnya. Bagaimanakah makmum dalam Masji Krisik di tembak sewaktu sedang berjemaah, Bagaimana orang Islam bangsa Hugo di China dipakasa agar tidak berpuasa sekarang, Bagaimana etnik Albania mula ditekan kembali pada hari ini, Bagaimana Purdah atau Niqab tidak dibenarkan diPerancis dan macam-macam lagi. Mana pembelaan anda dalam kes seperti ini? Jangan lupa semua itu. Adakah JAIS telah bertindak sampai ke tahap itu?

5- TAHNIAH Saudara Haji Mohammad bin Jusoh .. saya sudah rasa mual dengan mereka yang tak habis-habis mempertikaikan kuasa Islam yang secarik ada di Malaysia ini hanya kerana bias atau simpati kepada aliran pemikiran kepartian .. Ingat hanya PATI ALLAH sahaja yang menang. Kepada mereka yang terlalu percaya kepada system parti hari ini, cuba kaji ciri parti anda sekarang adakah ia sudah menepati maksud firman Allah surah al-Maidah /51-56 dan seterusnya.
Apabila melihat kepada hujah saudara Rosdi Ismail yang logik itu, bolehkah kita membuat kesimpulan kenyataan yang dikeluarkan Dr Asri tidak lebih kepada dendam beliau terhadap JAIS ?

Jika ulama bebas yang tidak ada kepentingan politik dan penguasa agama islam sudah berdendam dan bertelingkah secara terbuka ianya sesuatu yang amat malang kepada umat islam di Malaysia, tambahan pula di bulan Ramadhan.

Mufti, ulama dan para cendiakawan islam yang bebas politik perlu bermesyuarat segera untuk mengatasi kemelut ini. Kerajaan pula perlu menerima saranan dan cadangan mereka tanpa mempertikaikannya kerana bimbang boleh menjejaskan sokongan dan sebagainya.

Benar kata Ketua Pemuda Pas harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun DUN (Dewan Undangan Negeri), demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,” katanya.

Soal niat atau apa maksud hati beliau berkata begitu perkara kedua. Yang penting ayat yang keluar dari mulutnya itu betul.

Apabila menyetujui kata-katanya itu bukannya kita perlu berperang atau bertaruh nyawa. Banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan. Selama ini berpuluh tahun BN perintah negara ini pelbagai kaedah yang kita gunakan dan terbukti ianya berkesan kerana tidak pernah timbul isu seperti hari ini. Isu-isu begini mula timbul selepas berlakunya perubahan dalam lanskap politik negara selepas 2008.

Bermula dari situlah musuh-musuh islam sejak azali yang sebelum itu menerima corak kehidupan dan pemerintahan yang ada di Malaysia telah mula berubah kerana mereka telah dibantu oleh iblis-iblis alaf baru yang muncul selepas PRU 13.

Lebih sedih lagi rasanya apabila seorang ulama bebas pula mengeluarkan kenyataan begitu hari ini seolah-olah memberi tenaga tambahan kepada mereka. Lebih malangnya lagi apabila ulama bebas itu membuat kenyataan kepada sebuah portal berita yang memang terkenal dengan sifat anti islam dan melayu.

Buta-Buta Haji Hadi Diperleceh Oleh Pemuda Pas

Haji Hadi kata Pas tidak akan membuat pendirian sehingga mereka berjumpa dengan JAIS dan gereja. Katanya itu untuk keadilan.

Dalam kes Saiful tak mahu pula dia jumpa Saiful. Dengar cerita Anwar Pas terus saja jatuh hukum itu fitnah.

Dalam kes video seks Anwar tak mahu pula dia jumpa Datuk Eskay. Dengar cerita Anwar dia kata video tak boleh jadi bukti kerana ianya besi.

Hasan Ali selaku wakil Pas dalam kerajaan Selangor pun Pas tak percaya sehingga terpaksa aturkan perjumpaan dengan gereja untuk dapatkan penjelasan dan nyatakan pendirian.

Manakala Pemuda Pas pula bersikap berlainan semalam. Mereka tak perlu jumpa JAIS atau jumpa pihak gereja. Selesai jumpa Hassan Ali sahaja mereka terus umumkan pendirian menyokong Hasan Ali dan JAIS. Malah turut menggesa pihak -pihak lain turut sama menyokongnya. Tak perlu mereka nak jumpa paderi atau gereja.

Petikan di bawah dari malaysia insider, bukan Utusan Malaysia ya.

Ulang sekali lagi, dari malaysia insider. Kalau dari Utusan nantikan mereka kata kenyataannya telah diputar belit.
Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat “bukti” adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang tadi.

Jelas beliau, Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya dengan berlandaskan kepada prinsip dan tanggungjawab agensi penguatkuasaan itu untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.

“Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Nasrudin, dalam pertemuan kira-kira sejam itu Hasan juga memberitahu Jais mempunyai bukti kukuh untuk mengambil tindakan ke atas gereja itu.

“Beliau (Hasan) menyebut Jais ada asas yang kukuh untuk memeriksa gereja dan (mempunyai) bukti kukuh untuk (mengambil) tindakan itu,” katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak agar menyokong tindakan itu Jais agar tidak timbul sebarang keraguan.

Apa cerita Hj Hadi ?

Esok lusa dia bagi jawapan...

1) Perselisihan pendapat perkara biasa dan ianya sesuatu yang bagus.

2) Media telah mesensasikan keadaan dan memutar belit kenyataan. Malaysia insider tu beb..... nak kata gitu juga ke ?

3) Ini semua kerja Umno.

Selebihnya sila tambah di ruangan komen.....


Tuesday, August 9, 2011

Peguam Upahan DAP Halang 12 Individu Beri Keterangan Kepada JAIS ?


Wow...sepantas kilat 12 orang yang ditahan JAIS dalam gereja minggu lepas telah memasang peguam.

Kata miskin dan hidup susah sampai terpaksa minta bantuan di gereja , tapi mampu pula bayar peguam.

Maklumat yang diterima mengatakan 12 individu yang ditahan oleh JAIS tempohari tiba-tiba enggan beri kerjasama kepada JAIS sekarang. JAIS panggil untuk ambil keterangan pun mereka tak mahu datang kerana katanya peguam tak bagi datang.

Peringkat awal mereka dikatakan memberi kerjasama yang baik kepada JAIS. Tetapi selepas itu difahamkan apabila ada pihak dari DAP yang masuk daun dan mencucuk serta memberi peguam, tiba-tiba 12 individu tersebut mula buat onar.

Difahamkan JAIS akan memohon waran untuk membolehkan 12 individu tersebut hadir memberi keterangan.

JAIS silap sebenarnya. Setatutnya dalam kes yang berprofail tinggi seperti ini JAIS tidak lepaskan 12 individu tersebut bebas. Kerana itu boleh membuat puak-puak gereja menghampiri mereka semula dan ditawarkan tawaran lumayan untuk pusing balik cerita supaya memihak kepada mereka.

Patutnya tempohari JAIS dapatkan kebenaran Mahkamah dan tahan 12 individu tersebut dimana-mana pusat tahanan atau rumah perlindungan. Kasi siasat habis-habis terlebih dahulu. Sekarang , lihat apa yang jadi? Mereka berjaya menguasai balik orang-orang Islam yang JAIS selamatkan.

Kerana JAIS 12 Orang Terselamat Dari Dimurtadkan

Kisah sebenar di sebalik pemeriksaan JAIS terhadap orang islam di gereja methodist Damansara Utama. Klik di sini.

Soalan-soalan diatas sengaja diberi dan diminta jawapannya untuk menguji tahap keislaman orang-orang islam yang berada dalam majlis tersebut. Sebab itu soalan-soalan yang ditanya cukup mudah. Kalau dia lihat ada orang islam yang tak boleh jawab soalan-soalan mudah itu senang untuk mereka memurtadkan orang islam tersebut kerana orang itu asas islam pun tiada.

Kepada semua orang islam saya nak pesan, JAIS tidak ceroboh, tidak serbu dan tidak pernah rempuh gereja berkenaan.

JAIS ke sana dan minta dengan pihak gereja dengan cara baik untuk melakukan pemeriksaan ke atas orang-orang islam yang berada dalam gereja tersebut.

Saya ulang balik, JAIS hanya nak orang islam sahaja. Orang agama lain dia mereka tak peduli kerana itu bukan berada di bawah tanggungjawab mereka.

Akhirnya dapat 12 orang islam dalam gereja tersebut.

Cuba anda bayangkan sekiranya tiada tindakan oleh JAIS pada malam itu kemungkinan besar 12 orang tersebut telah murtad.

JAIS telah menyelamatkan 12 orang islam dari dimurtadkan , tapi seorang MB yang beragama Islam yang mana JAIS adalah sebuah agensi dibawahnya , boleh perlecehkan kerja yang JAIS lakukan dan pergi minta maaf dengan paderi.

Allahuakbar.....Allahuakbar.....Allahuakbar.....

Marilah kita semua umat islam di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada JAIS diatas sumbangan besar yang mereka lakukan iaitu menyelamatkan 12 orang islam daripada dimurtadkan. Tegak bulu roma saya wahai kawan-kawan sekalian.

Kita semua patut fikir untuk beri hadiah atau penghargaan kepada kakitangan-kakitangan JAIS yang terlibat dalam operasi menyelamatkan umat islam pada malam tersebut. Mereka sanggup korban masa berbuka puasa mereka bersama keluarga semata-mata hendak selamatkan 12 orang umat islam daripada dimurtadkan.

Seteruk mana sekali pun seseorang islam itu selagi dia mempercayai Allah (selagi islam) syurga untuknya telah terjamin. Tapi kenalah lepas ujian-ujiannya dulu ya. Jangan ingat mudah-mudah ja dapat masuk syurga. Soal penyokong parti Pas masuk syurga, penyokong Umno masuk neraka semuanya karut. Itu hanyalah mainan Pas untuk dapat undi.

Manakala bagi orang islam yang murtad dan menjadi kafir , tiada syurga untuknya. Di akhirat kelak mereka hanya menjadi kayu api.

Pas Kantoi Beb...


Isu JAIS-Gereja

Pas kata mereka mesti adil dan mendengar penjelasan semua pihak berkenaan. Dengar sebelah pihak Jais dan dengar juga dari pihak gereja. Walaupun dah diterangkan panjang lebar oleh wakilnya sendiri yang berada dalam Kerajaan Selangor tetapi Pas kata mereka nak dengar sendiri juga dari JAIS dan gereja untuk KEADILAN.

Keadilan ya ?

Keadilan ya ?

Keadilan ya ?

Pandai pula Pas fikir pasal keadilan apabila timbul sesuatu isu yang boleh menjejaskan undi kepada mereka.

Tapi dalam kes Saiful dan kes Datuk Eskay kenapa pula Pas tak jumpa mereka-mereka untuk mencari KEADILAN

Dengar sahaja cerita sebelah Anwar , maka mereka terus jatuhkan hukum dan mulakan operasi memaki hamun Saiful dan Eskay walaupun kedua-dua mereka berani melakukan sumpah laknat.

Berikut petikan dari blog Zul Nordin
Yang teman pelik tu, kenapa Haji Hadi beriya-iya sangat nak dengar penjelasan daripada gereja? Tidak salah dengar daripada pihak gereja, tetapi sikap ini mestilah konsisten, dan samarata samarasa. Tapi kenapa hanya bila timbul isu membabitkan kafir harbi ini beriya-iya nak dengar dari pihak kristian, walaupun Dr. Hasan Ali, AJK PAS pusat sendiri dah berikan penjelasan. Ini sudah jelas sikap double standard, talam banyak muka! Kerana dalam isu Anwar dituduh meliwat Saiful, Haji Hadi langsung tidak berminat nak dengar penjelasan Saiful. Sedangkan Saiful seorang Muslim, yang sudah membuat sumpah muhabalah lagi. Mengapa Haji Hadi hanya mendengar dari Mat CD sebelah pihak sahaja, sedangkan Saiful dimaki hamun dengan tuduhan qazaf dan lain-lain?

Mengapa pulak Haji Hadi langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripada Datuk Eskay? Kenapa hanya mendengar daripada Mat CD sahaja? Sedangkan Datuk Eskay, rakan baik Mat CD itu bukan sahaja ada bukti dalam bentuk videoklip, malah sudah membuat sumpah mubahalah. Dan Datuk Eskay seorang Muslim, sedangkan gereja Damansara yang cuba mendakyah agama kristian kepada umat Islam itu terang-terang kafir, bukan kafir biasa, tapi kafir harbi. Bukan sahaja penjelasan Datuk Eskay tidak mahu didengar, malah beliau dimaki hamun dan disumpah seranah dengan pelbagai label daripada fasik kepada munafik, malah ada kaum anwarinas dan Koonyet:2 mengkafirkan Datuk Eskay!!! Dan Haji Hadi hanya mampu kata "tak jumpa negara Islam dalam Quran!".

Dengan kafir harbi Haji Hadi beriya-iya nak dapatkan penjelasan, daripada sesama Muslim bukan sahaja beliau tidak mahu mendengar penjelasan, malah Haji Hadi mengeluarkan pelbagai patwa dan ayat untuk mengelak daripada mendengar penjelasan Saiful dan Datuk Eskay, malah siap menjatuhkan pelbagai rupa hukuman keatas mereka. Adakah Haji Hadi juga takut kepada kebenaran sebagaimana Mat CD takut kepada kebenaran, sehingga sumpah mubahalah tidak berani buat, sehingga sampel DNA tidak mahu beri, sehingga jam Omega tetap kononnya dikunci rapi. Dan caci maki, sumpah seranah, dan maki hamun yang dihamput terhadap mereka oleh kaum Anwarinas dan Koonyet:2 langsung tidak diambil peduli oleh Haji Hadi dan yang sewaktu dengannya!!!

Video itu besi dan tak boleh dipercayai....

Paderi dan gereja Pas nak percaya pulak....

Pas oh Pas , semakin hari sakaratul maut semakin menghampiri mu....

Wow ! KP Pas Dah Bercakap Pasal Darah dan Nyawa

Usaha Pas untuk menutup isu Jais dan gereja nampaknya tak berjaya.

Semalam Ketua Pemuda sudah angin satu badan dan dah mula bercakap pasal darah dan nyawa.

Sudah pasti perkembangan terbaru ini akan membuka polemik baru dalam isu ini.

Huh....huh...huh....makin melentinglah DAP nampaknya.

Petikan dari malaysia insider
“Tanggungjawab ini mesti dipikul oleh semua orang Islam dan pemimpinnya justeru ia melibatkan masalah umat Islam. Umat Islam mesti bersatu di bawah payung aqidah ini dan memastikan tiada ruang retak dan bocor sebagai laluan dan peluang musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan umat Islam dari dalam.

“Justeru harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun DUN (Dewan Undangan Negeri), demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,” katanya.
Darah dan nyawa beb....

Adakah Pemuda Pas sudah bersedia melancarkan jihad ?

Tapi berani ke Pemuda Pas nak berjihad ?

Nantikan DAP tak bagi kerusi lebih dalam pilihanraya akan datang.

Macam biasalah....

Puak-puak ini kalau bercakap bukannya boleh pakai.

Hari ini bercakap berdegar-degar sampai nak keluar kerongkong, esok lusa bila DAP bersuara tarik balik dan salahkan Umno atau BN pula.

Alah....skrip macam biasalah. Skrip yang kita semua dah hafal sejak tiga tahun lepas.

Berpuluh tahun BN yang terdiri dari pelbagai parti yang mewakili pelbagai kaum perintah Selangor tak pernah timbul isu orang Islam pergi buka puasa di gereja atau pergi minta bantuan di gereja. Tetapi mereka baru perintah tiga tahun lebih dah jadi caca marba habis. Yang hebatnya di zaman mereka, gereja boleh anjur majlis buka puasa dan berani bawa masuk orang islam ke dalamnya.

Monday, August 8, 2011

Sembang Rakyat : Orang Yang Mahu Kuasa Suka Memfitnah....

Lihat sampai habis....



Orang mahu kuasa suka buat fitnah....

Siapa pula yang akan kepanasan dengan video ini ?

Kit Siang Kepanasan Dengan Video Sembang Rakyat

DAP dakwa klip video Kedai 1 Malaysia rasis, mahu Putrajaya siasat
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — DAP mahu pihak berkuasa menyiasat dalang satu video di YouTube.com yang mendakwa parti itu mahu peniaga-peniaga Cina menaikkan harga barang dan mencetuskan kemarahan ke atas pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Klip video lapan minit dengan tajuk “Sembang Rakyat - Kedai 1 Malaysia” itu dilihat satu usaha untuk mendakwa ia sebahagian daripada konspirasi DAP memancing sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum.

“Ini tindakan penggunaan Internet yang sangat tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa dengan mendalam.

“Sudah pasti ia bermotifkan politik dan sesuatu yang mudah untuk mengesyaki siapa di belakangnya,” kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

malaysia insider




Namewee dan buat berpuluh video yang lebih dari rasis lagi, mana suara Kit Siang ?

Sunday, August 7, 2011

Timbalan Presiden Pas Pengundi Hantu Di Kedah

Dua hari lepas saya sudah tunjukkan kepada anda wajah seorang pengundi hantu yang mengundi di Dun Bukit Lada dan Parlimen Pokok Sena di Kedah.

Hari ini saya nak tunjukkan seorang lagi wajah pengundi hantu kepada anda yang juga menjadi pengundi di negeri Kedah.

Orangnya amat dikenali ramai, maklumlah kena rempuh dengan Land Rover pun hanya cedera di lutut sahaja dan masih panjang umur. Orang lain kalau kena rempuh dengan Land Rover sudah tentu bersepai otaknya.

Orang tersebut berasal dari Pulau Pinang dan sekarang menetap di Seksyen 19 Shah Alam, tetapi mengundi di Dun Kubang Rotan dan Parlimen Kuala Kedah di negeri Kedah. Jarak antara tempat tinggalnya dengan tempat dia mengundi lebih kurang 400 km.

Itulah namanya pengundi hantu sepertimana yang dikatakan oleh parti-parti pembangkang. Mereka mengundi bukan di kawasan tempat tinggal mereka atau di negeri yang mereka tinggal.

Parti pembangkang minta SPR bersihkan daftar pemilih dari pengundi-pengundi hantu. Oleh yang demikian adalah baiknya SPR membuang nama Mat Sabu terlebih dahulu dari daftar pemilih kerana dia adalah salah seorang pengundi hantu yang wujud dalam negara kita hari ini.

Wajah pengundi hantu

Sekiranya terjumpa hantu di atas merayau-rayau semasa hari pengundian di Kedah sila tangkap dan serahkan ke Balai Polis yang berdekatan.

Tujuan diadakan pilihanraya adalah untuk memilih pemimpin di kawasan kita. Bukannya untuk memilih pemimpin di kawasan orang lain.

Apa gunanya kita pergi pilih wakil kita (wakil rakyat) di tempat lain sedangkan kita tinggal di tempat lain ?

Orang yang pilih wakil rakyat di tempat lain tetapi dia tinggal di tempat lain ibarat orang yang pilih calon isteri, tetapi lepas nikah isterinya dia tinggal di tempat pernikahannya untuk orang lain pakai. Dia sendiri pula cari perempuan untuk dipakainya. Tak ke gila namanya itu ?

Isu JAIS-Gereja: Adakah Umno dan Media Akan Menjadi Mangsa Pas Lagi ?

Setiap kali timbul isu yang membuatkan Pas tersepit antara kepentingan agama dan bangsa dengan kepentingan undi untuk mereka , maka pendirian yang paling selamat sekali mereka lakukan adalah menyalahkan Umno dan media masa.

Isu kandang babi mega di Morib, isu rampasan arak di Shah Alam, isu kuil juga di Shah Alam, Isu Kalimah Allah, isu pemimpin DAP masuk Masjid dan Surau, isu pemimpin DAP mempermainkan ayat Quran, isu negara kristian di P.Pinang, isu pemimpin DAP tak pakai songkok dan macam-macam lagi. Semuanya disalahkan Umno sedangkan yang mencipta masalah adalah mereka dan rakan-rakan mereka.

Isu yang terbaru yang masih segar dalam ingatan kita ialah isu penutupan kelab malam di Kedah sepanjang bulan Ramadhan. Yang buat keputusan untuk menutupnya adalah Kerajaan Pas Kedah dan yang buat keputusan untuk membatalkannya adalah Pas Pusat. Tapi tak semena-mena Umno dan media masa pula yang menjadi mangsa dalam isu berkenaan. Umno pula yang dipersalahkan semata-mata nak tutup 'kemaluan' mereka.

Hari ini Pas sekali lagi tersepit antara kepentingan agama dengan kepentingan mendapatkan undi dalam isu JAIS-gereja yang sedang hangat di Selangor.

Pas dijangka akan mengadakan mesyuarat pagi ini dan akan umumkan pendirian mereka selepas mesyuarat berkenaan.

Pada jangkaan anda adakah Umno dan BN atau pihak media masa sekali lagi akan menjadi mangsa Pas ?

Saya berpandangan , ya.

Jika tidak banyak , sikit pun mereka akan cuba sedaya upaya untuk memalitkan Umno dan BN atau media masa dalam konflik berkenaan sepertimana konflik-konflik yang lain sebelum ini.

Saturday, August 6, 2011

SelangorKu: Paderi Didahulukan JAIS Dibelakangkan

Petikan dari malaysiakini
Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.
Itulah sikap seorang ketua kerajaan yang beragama Islam di negeri Selangor.

Sepatutnya dia perlu terlebih dahulu mendapatkan laporan dari JAIS yang juga agensi di bawah pentadbirannya, kemudian barulah dia hubungi paderi berkenaan.Kalau JAIS salah barulah dia nyatakan kekesalan atau minta maaf.

Tapi dalam hal ini suasana sudah menjadi terbalik hanya semata-mata hendak jaga dan hendak kejar undi dari kristian dan juga kerana takutkan DAP.

Saya tak mau mengulas panjang-panjang. Sekarang semuanya telah terbukti depan mata kita. Fikirkan sendiri apa akan jadi kepada kita sekiranya mereka-mereka memerintah negara ini kelak.

Politik mereka sudah melebihi had dan batasan....

Friday, August 5, 2011

Kenali Pengundi Hantu...

Nama: Saifuddin Nasution Bin Ismail
NO KP : 631207 71 5005

Individu tersebut berasal dari keturunan suku kaum Batak Mandailing di Sumatera Indonesia. Lihat juga di sini.

Akibat kemiskinan yang melampau di tanah kelahirannya dan mahu mengubah kehidupannya dia berhijrah ke Malaysia dan diberi taraf penduduk tetap (PR).

Setelah cukup tempoh memegang taraf penduduk tetap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dia diberi pula taraf kewarganegaraan oleh Kerajaan Malaysia.

Setelah bergelar warganegara dia kemudiannya masuk politik , selaras dengan undang-undang Malaysia yang menetapkan hanya warganegara yang dibenarkan terlibat dalam politik dan menjadi pengundi.

Bertanding di Machang Kelantan dan menang. Menetap juga di Machang. Menjadi pengundi di Kedah. Tempat yang langsung tidak ada kena mengena dengan Kelantan.


Ahli Parlimen Machang, Kelantan

Alamat:
No 22 Kg Air Hijau Batu 30 ,18500 Machang Kelantan

Pengundi di Dun Bukit Lada dalam Parlimen Pokok Sena, Kedah.


Mengundi dalam pilihanraya bukan di tempat yang dia menetap. Dia hanya akan muncul di kawasan pengundian sewaktu hendak mengundi. Itulah namanya pengundi hantu.

Wajah pengundi hantu

Kepada rakyat di Dun Bukit Lada,jika terjumpa individu seperti gambar diatas pada hari pengundian, sila tangkap dan serahkan dia ke Balai Polis berdekatan.




Lagi senarai pengundi-pengundi hantu bakal menyusul di blog ini

Presiden PKR Juga Pendatang Asing Yang Diberi Warganegara

Ketua Wanita IC kod 71 - Pendatang asing yang diberi taraf warganegara.

Setiausaha Agung IC kod 71 - Pendatang asing yang diberi taraf warganegara.

Timbalan Presiden IC kod 71 - Pendatang asing yang diberi taraf warganegara.

Presiden juga IC kod 71 - Pendatang asing yang diberi taraf warganegara.

NO KP: 521203 71 5190


Wan Azizah Wan Ismail
Presiden PKR yang diimport dari Korea

Dalam satu sidang media Umi Hafilda yang diadakan di USJ beberapa bulan lepas beliau pernah mendedahkan asal-usul Wan Azizah.

Katanya beliau mendapat tahu perkara berkenaan setelah diceritakan oleh Azmin Ali kepada keluarga mereka sewaktu Anwar masih lagi TPM.

Azmin memberitahu keluarga mereka bahawa Wan Azizah adalah anak orang Korea. Beliau telah dipelihara oleh bapa angkatnya, Datuk Wan Ismail.

Ada lagi beberapa perkara lain berkenaan asal-usul Presiden PKR tersebut, tetapi saya rasakan agak tidak sesuai untuk saya tuliskan di sini di bulan Ramadhan kerana ianya mengaibkan.

Kod 71 cuba digunakan oleh pembangkang untuk menembak BN dan kerajaan, tapi kini ianya telah menjadi senjata yang memakan tuan.

Thursday, August 4, 2011

Seorang Lagi Pendatang Diberi IC Biru dan Didaftarkan Sebagai Pengundi

NO KP: 560929 71 5060


Maria Chin Abdullah
AJK Pemandu Bersih 2.0



Apa Cerita Ni ?
Tuduh orang lain pencuri, tapi dia sendiri perompak...

Lagi Pendatang Asing Dapat IC Biru dan Didaftarkan Sebagai Pengundi

Seorang lagi pendatang asing dari Indonesia (sama seperti Mismah) yang dikesan telah diberi taraf kewarganegaraan dan didaftarkan sebagai pengundi.

Harap Din Puduraya dapat adakan sidang media dan minta PM panggil sidang parlimen tergempar

NO KP : 611204 71 5327


BADRULAMIN BIN BAHRON
Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor