Thursday, September 29, 2011

Selamatkan Safee Sali Dari PKR

Media hari ini dan beberapa hari lepas melaporkan tentang keterujaan kelab bolasepak England, Cardiff City terhadap pemain kita,Safee Sali.

Sebagai rakyat Malaysia sudah tentulah kita gembira dengan perkhabaran tersebut.

Saya tidak tahu apa pendapat anda semua,tetapi dalam fikiran saya timbul persoalan, betul ke ?

Maaf , apa yang saya katakan di bawah ini dan di atas adalah kesangsian serta pendapat saya. Jangan pula ada yang nak menyerang saya. Anda dengan pendapat anda dan saya dengan pendapat saya.

Safee Sali bersama pengurusnya

Saya merasa sangsi dengan perkhabaran tersebut. Saya tak sangsi dengan Safee Sali, tetapi saya sangsi dengan pengurus beliau , Zakaria Abdul Rahim. Pada saya perkhabaran tersebut lebih kepada propaganda untuk kepentingan politik pengurus beliau dan partinya. Safee Sali hanya dijadikan alat untuk kepentingan mereka.

Mungin ramai yang tak tahu dan tidak mengenali pengurus Safee Sali. Dia adalah seorang penjilat tegar Anwar dan penyokong totok PKR. Pernah dilantik sebagai pengurus pasukan bolasepak Selangor tahun lepas, dan digugurkan pada tahun ini.

Dia pernah menimbulkan kekecohan dengan wartawan semasa kongres PKR yang lepas di Petaling Jaya. Anda boleh lihat gelagatnya dalam video di bawah pada minit 6.02. Lelaki yang berbaju melayu merah.



Saya tidak ada niat tersembunyi atau agenda peribadi dalam hal ini. Cuma saya merasa kasihan kepada Safee Sali yang mungkin digunakan oleh pengurusnya untuk tujuan politik. Jangan sampai satu hari nanti Safee hanya dapat sepah, madu semuanya disebat oleh pengurus.

Kepada pihak-pihak yang hendak menaja Safee Sali, mereka juga harus beringat-ingat apabila menghulurkan tajaan. Jangan sampai pengurus yang makan isi, Safee hanya makan tulang.

Selamatkan Safee Sali dari imej PKR dan selamatkanlah beliau dari penyokong-penyokong kaum nabi luth.

Wednesday, September 28, 2011

Main Belakang: Penjelasan dan Permohonan Maaf

Berhubung tulisan saya sebelum ini yang menggesa Dr Mashitah Ibrahim meletak jawatan atau digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri JPM ekoran penggunaan perkatan 'main belakang' oleh beliau dalam rencananya sepertimana yang di siarkan Utusan Malaysia hari ini.

Setelah mengambil kira pandangan rakan-rakan pembaca, rakan-rakan blogger serta pandangan beberapa pihak lain yang menghubungi saya , maka saya ambil keputusan untuk menarik balik tulisan tersebut. Saya wajib, mesti dan kena mengaku ada kesilapan-kesilapan yang telah saya lakukan dalam tulisan tersebut.

Saya tidak pernah ada masalah dengan Dr Mashitah, dia tak kenal saya dan saya juga tidak mengenali dia secara peribadi. Saya kagum dengan kepetahan dia berhujah, berceramah dan berucap. Saya juga meminati tulisan-tulisan beliau.

Bagaimanapun kekaguman saya terhadap beliau berubah hari ini setelah membaca rencana yang ditulis beliau di Utusan Malaysia. Tiba-tiba saya rasa tersentak dengan penggunaan perkatan 'main belakang' yang digunakan beliau.

Saya tiba-tiba menjadi marah dan tanpa berfikir panjang saya terus mencapai komputer dan menulis dengan penuh perasaan marah. Pada masa itu saya juga terfikir sebelum pembangkang jadikan isu , baik saya yang mulakan dulu.

Apabila menulis dalam keadaan penuh beremosi, faham-fahamlah, semua akan keluar. Itu saya akui kesilapan saya kerana saya tidak berfikir panjang atau tanya pendapat rakan-rakan terlebih dahulu.

Pada masa itu saya rasa tidak boleh terima perkataan itu digunakan oleh seorang yang berimej warak, penceramah agama, timbalan menteri yang menjaga hal ehwal agama islam dan lebih-lebih lagi dia seorang wanita.

Oleh kerana terlalu marah , itulah keluar perkataan yang meminta dia meletak jawatan atau digugurkan dari jawatannya, dan beberapa hal-hal lain.

Saya bersetuju dengan seorang pembaca yang menghantar komen yang meminta supaya saya menilai hujah-hujahnya yang lain dan jangan hanya satu perkataan itu yang digunanya membuatkan saya mendesak supaya dia meletak jawatan.

Sepertimana yang katakan , saya mengaku kesilapan saya dalam hal itu. Tidak perlu untuk saya mendesaknya begitu. Lebih-lebih lagi apabila saya juga turut menyentuh peribadinya. Semuanya kerana saya terlebih emosi.

Oleh yang demikian saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada Dr Mashitah dan keluarga beliau sekiranya beliau terasa hati dengan perkara tersebut . Saya juga memohon maaf kepada rakan-rakan pembaca yang mungkin merasa marah dengan tulisan tersebut. Terima kasih kepada mereka-mereka yang memberi teguran.

Bagaimanapun saya tetap berpandangan Dr Mashitah tidak sesuai atau tidak manis menggunakan perkataan sedemikian kerana kedudukannya.

Bukannya saya bermaksud perkataan tersebut tidak sesuai digunakan terhadap Anwar Ibrahim. Cuma ianya tidak sesuai digunakan oleh Dr Mashitah. Jika untuk Anwar perkataan 'main belakang' itu amat-amat kecil untuknya. Kena guna yang lebih teruk dari itu lagi. Cuma tidak sesuai digunakan oleh Dr Mashitah.

Sebagai mengakhiri tulisan ini , sekali lagi saya memohon maaf kepada Dr Mashitah dan keluarga beliau kerana mungkin saya telah melukakan hati mereka semua atau mengaibkan mereka.

Tarik Balik : Saya Mengaku Saya Silap

Berhubung tulisan saya sebelum ini yang menggesa agar Dr Mashitah meletak jawatan atau diundurkan dari pentadbiran kerajaan.

Sekarang saya tarik balik tulisan tersebut dan saya mengaku ada kesilapan saya dalam tulisan tersebut. Saya pohon maaf.

Saya akan membuat penjelasan dalam masa 1-2 jam dari sekarang.

Tuesday, September 27, 2011

Dr Khir Toyo Memilih Memberi Keterangan Dari Kandang Saksi

Untuk keterangan membela diri dalam perbicaraan yang bersambung semula semalam, Dr Khir Toyo telah diberi tiga pilihan.

1) Memberi keterangan dari kandang saksi (boleh disoal oleh pendakwaraya dan peguambela)

2) Memberi keterangan dari kandang tertuduh (tidak boleh disoal oleh pendakwaraya dan pegumbela & baca keterangan seorang diri )

3) Berdiam diri

Dr Khir telah membuat pilihan yang pertama. Beliau bebas disoal oleh pendakwaraya dan peguambela.

Anwar Ibrahim ?

Pilihan kedua....

Merapu dan meraban seorang diri berjam-jam....

Kalau tak salah kenapa perlu takut ?

Khir Toyo dua hari kena gasak dengan pendakwaraya , tapi dia cool ja kerana dia yakin dirinya dipihak yang benar. Itulah contoh orang yang hendak menuntut keadilan bagi dirinya.

Bukan seperti Anwar, bercakap sampai air liur pun kering kononnya dia difitnah. Tetapi apabila diberi peluang untuk membela diri , tidak digunakan sebaik mungkin. Takut untuk disoal oleh pendakwaraya dan lebih kelakar lagi takut disoal oleh peguamnya sendiri.


Monday, September 26, 2011

Saya Telah Menonton Video Itu...

Sudah empat hari agenda daily dan tiga hari blog papagomo melaporkan tentang pengakuan saya yang menyatakan saya yelah menonton video ke dua yang membabitkan seorang lelaki yang saya yakin ianya Anwar Ibrahim bersama perempuan Thai.

Yang sebenarnya saya tidak berniat untuk menulis apa yang saya lihat atas beberapa faktor yang tidak perlu saya jelaskan di sini. Jika saya nak tulis sudah lama saya tulis kerana telah empat bulan saya menontonnya.

Tetapi oleh kerana sehari dua kebelakangan ini saya menyampah melihat gelagat Nurul Izzah yang meroyan apabila SKMM mengarahkan klip video undilah ditarik balik. Alang-alang dia nak bercakap pasal video , maka saya rasa lebih baik saya bercerita tentang apa yang saya lihat dalam klip video yang memaparkan seorang lelaki yang saya yakin itu papanya.

Nurul Izzah meroyan sebab dalam klip video undilah ada memaparkan gambarnya. Dasar gila glamor punya manusia. Punca sebenar klip video berkenaan ditarik balik untuk siaran tv kerana belum lagi mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem. Tetapi anak Anwar meroyan bagai nak rak dan berkata SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanah air.

Sekarang mari saya cerita pula kisah seorang ahli politik yang menghadapi masalah moral yang teruk sejak zaman-berzaman dan memperkudakan rakyat hanya semata-mata gila hendak jadi PM.

Saya telah menonton video berkenaan di Hadyai pada minggu terakhir bulan Mei 2011 ketika saya ke sana menemani isteri untuk membeli barang-barang perniagaannya. Ianya ditunjukkan oleh seorang rakan warga Thai.

Saya difahamkan video berkenaan di rakam di sebuah hotel yang bukan bertaraf lima bintang di Bangkok.

Ianya bermula dengan lelaki yang berpakaian kemas yang wajahnya sebiji seperti Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik berkenaan dari pintu bilik bersebelahan (connecting room). Terdapat dua perempuan di dalam bilik berkenaan. Saya difahamkan seorang perempuan tukang urut dan seorang lagi pelacur.

Kemudian lelaki yang saya percayai Anwar Ibrahim itu membuka pakaiannya dan memakai 'robe hotel'. Kemudian lelaki tersebut berjalan-jalan sambil memegang telefon tangan. Manakala perempuan pelacur diminta ke bilik sebelah kerana lelaki berkenaan hendak mengurut terlebih dahulu.

Selepas itu lelaki tersebut membuka jubah berkenaan dan tidur meniarap dalam keadaan berbogel, lalu diurut oleh tukang urut wanita berkenaan. Sambil diurut tangan lelaki itu sibuk melayan telefonnya. Mungkin dia sedang menghantar sms atau membalas sms-sms yang dihantar kepadanya atau sedang melayan FB dan mungkin juga sedang tweet.

Boleh jadi juga dia ingin membuktikan kepada isteri atau anak-anaknya dia tidak melakukan sebarang aktiviti tidak bermoral semasa di Bangkok kerana setiap minit atau selang beberapa minit dia sentiasa berada di talian.

Hanya setakat itu yang saya lihat, masa tidak mengizinkan kerana isteri saya sedang menunggu dalam kenderaan dan kami harus pulang segera ke Malaysia. Video tersebut panjang. Ianya memakan masa lebih daripada satu jam. Saya difahamkan selepas aktiviti urut mengurut selesai barulah lelaki berkenaan melakukan hubungan seks dengan pelacur yang sedang menunggu di bilik sebelah.

Saya ada meminta dari rakan berkenaan untuk menyalin video tersebut, tetapi beliau tidak dapat memberinya pada waktu itu dan berjanji akan menghantar kepada saya kemudian. Tetapi sehingga ke hari ini saya tidak menerimanya.

Maknanya video berkenaan tidak ada dalam simpanan saya sepertimana yang diberitahu oleh Papa Gomo. Dari mana beliau ada maklumat yang saya ada video berkenaan saya pun tidak mengetahuinya.

Mungkin beliau cuba serkap jarang atau hendak alihkan perhatian daripada beliau kepada saya. Ini kerana saya difahamkan Papa Gomo yang ada menyimpan video berkenaan , bukannya saya.

Friday, September 23, 2011

Hudud: Beranikah Pas Bawa Usul Ke Parlimen Sekarang ?

Isu hudud yang telah lama disimpan rapi oleh Pas kerana takutkan DAP tiba-tiba terlepas semula minggu lepas, gara-gara kenyataan Nik Aziz berpuncanya dari bilangan pesakit Aids yang paling tinggi di Malaysia di catatkan di negeri Kelantan.

Nik Aziz salahkan Tun Dr M kerana tidak dapat melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya jika ditanya oleh Allah kenapa tidak laksanakan hudud , dia akan jawab kerana Tun Dr M tak benarkan.

Nik Aziz sering menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dalam usaha dia mengembangkan politik Pas. Malah sampai satu tahap untuk menghalalkan dia mencarut satu masa dulu, dia kata Nabi pun mencarut.

Nabi Muhammad SAW menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha menyebarkan syiar islam. Pernahkah anda dengar dari mana-mana ustaz atau mana-mana hadis yang mengatakan Baginda putus asa dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan Abu Lahab atau Abu Jahal sebagai halangan untuk Baginda menyebarkan islam sekiranya ditanya Allah ?

Nabi tidak pernah putus asa, bukan satu, bukan dua dan bukan tiga rintangan yang Baginda hadapi dalam usaha mengembangkan islam. Bermacam-macam rintangan yang Baginda hadapi.

Nik Aziz baru sekali hadapi rintangan dalam usaha untuk menjalankan hukum hudud, terus kecewa dan akan jawab dengan Allah itu salah Tun Dr M.

Nik Aziz oh Nik Aziz, selama ini aku ingatkan engkau pejuang islam tulen , rupa-rupanya engkau lebih takutkan Tun Dr M dari takutkan Allah. Ikuti ulasan Spy Leman di sini.

'Pejuang' hudud
80 tahun (1931 -2011)
Bertongkat
'Penolak' hudud
86 tahun (1925 - 2011)
Tanpa tongkat dan boleh betulkan kain sarung dengan sebelah tangan sahaja

Daripada dulu lagi kita dah kata, Pas tidak pernah serius untuk jalankan hudud. Hudud hanya dieksploitasi oleh mereka untuk keuntungan politik.

Sekiranya Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila bawa usul ke Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah dipinda bagi membolehkan kuasa diturunkan kepada negeri-negeri.

Pada masa sekarang kuasa yang melibatkan undang-undang jenayah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Belum ada mana-mana negeri yang mempunyai kuasa tersebut di negara ini. Negeri-negeri hanya ada kuasa melibatkan syariah. Manakala hudud pula ada melibatkan jenayah seperti mencuri, merompak, bunuh dan jenayah-jenayah lain.

Setakat Dun Kelantan yang meluluskan hudud ianya tidak membawa apa-apa makna selagi Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda untuk memberi kuasa kepada negeri menjalankan sendiri undang-undang jenayah.

Cara yang betul adalah selepas diluluskan oleh Dun Kelantan , Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari Pas perlu mengemukakan usul kepada Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan dipinda. Pernahkah anda dengar atau lihat ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara dari Pas bawa usul berkenaan dalam Parlimen ?

Apa yang Pas Kelantan lakukan dulu adalah mereka serahkan draf yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan kepada Tun Dr M. Sudah tentulah jawabnya tak boleh dan kena tolak. Bukannya Tun Dr M yang ada kuasa mutlak untuk meluluskannya. Ianya kuasa ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara kerana melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Jika ianya tidak melibatkan kuasa ahli-ahli dewan, sudah tentulah hudud yang digubal oleh Pas di peringkat negeri Kelantan tidak perlu diluluskan di Dun Kelantan. Di peringkat negeri pun Nik Aziz tak boleh pakai kuasa dia seorang diri nak luluskan hudud sehingga terpaksa bawa ke dalam Dun, begitulah juga diperingkat persekutuan, bukannya kuasa PM seorang diri.

Sebab itu kita kata Pas tidak serius untuk laksanakan hudud. Cara yang dia buat pun dah tak betul kerana dia mahu perkara itu ditolak dan akhirnya dapatlah dijadikan modal politik mereka.

Sekarang jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila minta ahli-ahli parlimen mereka bawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah supaya kuasa tersebut diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

Pas ada lebih 20 orang ahli mereka dalam Dewan Rakyat termasuklah presiden dan dua orang naib presiden mereka yang boleh bawa usul berkenaan. Jangan asyik memalu tong kosong di luar sini, masuk dalam dewan dan buktikan keseriusan untuk laksanakan hudud.

Bukan Najib, Ezam Yang Patut Disepina Peguam Anwar

Tindakan Datuk Najib memohon mengenepikan sepina dari peguam-peguam Anwar membuatkan Anwar dan barisan peguamnya jadi biol kerana rancangan mereka terbantut.

Dah tahu lubang ada ular kenapa perlu kita pergi sumbat tangan dalam lubang tersebut ?

Datuk Najib dituduh penakut apabila memohon untuk ketepikan sepina tersebut.

Bagaimana pula dengan Anwar yang tidak menyuruh peguam-peguamnya sepina Ezam, Musa Hassan, Rodhwan dan Rahimi ?

Selangordaily.com ada jawapannya...

Klik di sini

Wednesday, September 21, 2011

Kenapa Husam Halang Kita Bercakap Mengenainya ?



Saya tidak mahu bercakap sangat tentang tindakan saman yang diambil Husam terhadap Kickdefella kerana itu memang kehendak Kickdefella. Yang saya nak bercakap lebih pasal injuksi yang dipohon. Sudah lama sebenarnya Kickdefella mahu ke mahkamah kerana banyak perkara yang mahu didedahnya dalam perbicaraan. Ini kerana keterangannya dalam mahkamah akan menjadi kenyataan umum. Tidak ada siapa yang boleh halang dari orang bercakap dan pihak media juga bebas menulis kerana ianya telah menjadi keterangan mahkamah dan ianya juga akan dilihat lebih berkreditbiliti.

Sebelah pihak Kickdefella tidak menjadi masalah kerana beliau telah bersedia. Yang menjadi masalah sekarang sebelah pihak Husam. Dia nak saman Kickdefella tetapi writ saman tidak diserahkan sehingga ke hari ini kepada beliau. Sebaliknya pihak Husam galak menghantar salinan writ saman kepada pihak media. Pelik tak ?

Jika begitu keadaannya bermakna Husam bukan benar-benar serius hendak saman Kickdefella , dia hanya mahu mendapat liputan media kononnya dia berani saman dan dalam masa yang sama dia cuba menjadikan mahkamah sebagai alat politik dia.

Semalam (rabu 20.10.2011) akhbar Sinar Harian edisi Kelantan , Trengganu, Pahang, Melaka/NS dan Perak melaporkan di bahagian muka depan tentang tindakan Husam tersebut, tetapi orang yang disaman sampai ke saat ini pun tidak diserahkan writ saman oleh Husam atau peguam-peguamnya atau mana-mana wakilnya walaupun orang yang di saman telah 24 jam membuat kenyataan rasmi di blognya meminta writ saman diserahkan kepadanya.

Bab saman tidak menjadi masalah kerana Kickdefella telah bersedia dan akan lawan, yang peliknya writ saman tidak diserahkan kepada beliau. Satu perkara lagi yang benar-benar pelik adalah apabila Husam akan memohon satu perintah injuksi bagi menghalang Kickdefella atau ejen-ejennya atau pembantu-pembantunya atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Nak halang kebebasan bersuara pula ke ?

Selama ini bukankah mereka yang sering melaung-laungkan kebebasan, ketelusan, demokrasi dan sebagainya ? Tetapi apabila kena atas batang hidung dia terus dapatkan injuksi.

Sekiranya Husam kata apa yang ditulis Kickdefella mengenai dia adalah fitnah , kenapa dia saman kerana tiga artikel sahaja ? sedangkan mengikut Kickdefella dia telah menulis lebih 100 artikel mengenai Husam termasuklah pemberian wang RM 350 ribu kepada Kickdefella tanpa pengetahuan Nik Aziz, Ariffahmi, Nik Amalina dan Nik Abduh semasa beliau diberhentikan dari PMBK ?

Kawan-kawan semua, Allah maha kaya dan Allah maha adil. Anda semua lihatlah sendiri bagaimana teruknya musuh-musuh politik Pas dikerjakan mereka dalam dunia cyber sebelum PRU 2008. Sekarang mereka pula merasakan bagaimana perit dan pedihnya dikerjakan oleh musuh-musuh mereka dalam dunia cyber sehingga terpaksa memohon perintah injuksi. Allahuakbar !

Difahamkan semasa bekerja dengan Husam , Kickdefella sendiri pernah diminta oleh Husam untuk menulis perkara-perkara yang tidak benar. Tetapi apabila Kickdefella menjawab dengan mengatakan itu fitnah, lantas Husam terus membaca ayat Quran untuk menghalalkan perbuatan itu. Benarkah atau tidak benar ? Mohon Husam jawab...

Sebelum ini ada pemimpin-pemimpin Pas atau orang-orang mereka yang berkata kehadiran kami blogger-blogger pro kerajaan tidak memberi kesan kepada mereka atau kami hanya sekadar blogger picisan ternyata mereka telah menipu diri mereka sendiri serta penyokong-penyokong mereka.

Jika kami tidak memberi kesan atau sekadar blogger picisan , tak mungkin Husam akan ambil perintah injuksi. Perlu diingat perintah injuksi tersebut tidak terhad kepada Kickdefella sahaja, tetapi turut merangkumi kami semua kerana ianya disebut dengan jelas ejen-ejennya atau pembantu-pembantunya atau sesiapa sahaja. Ini bermakna termasuklah anda semua yang menghantar komen-komen serta seluruh rakyat Malaysia , kerana dia menggunakan perkataan SESIAPA SAHAJA.

Dia hanya nak orang tulis atau sebar berita yang baik-baik sahaja mengenainya, yang buruk baginya semua fitnah.

Jika begitu gayanya, siapa nak cerita pasal kegagalan projek padi organik di Kelantan, kegagalan projek Kelantan Koridor Depu, isu kamping jamnapari, isu Takaful Kifalah dan berbagai-bagai isu lain lagi ?

Itulah perangai orang-orang Pas, dia hanya nak yang baik-baik sahaja untuk mereka. Yang buruk semuanya hak orang lain. Contoh terdekat ialah berhubung isu bilangan pesakit HIV yang ramai di Kelantan. Nik Aziz kata kerana Tun Dr M tak benarkan hudud. Yang sebenarnya dia gagal mendidik rakyat yang di bawah naungannya.

Kalaulah media laporkan bilangan pesakit HIV dalam Malaysia paling rendah adalah di negeri Kelantan, maka pasti gegak gempitalah pentas-pentas ceramah mereka melaung-laungkan kejayaan itu adalah berkat pemerintahan seorang ulama yang bergelar tok guru yang berjaya mendidik rakyat melalui pemerintahan kerajaan islam Pas.

Sahabat-sahabat sekalian, Pas dengan penipuan sudah sebati. Ianya bagai irama dan lagu. Tanpa irama pincanglah lagu. Begitu juga dengan Pas , tanpa fitnah dan bohong pincanglah Pas. Tanpa fitnah dan bohong Pas dah lama longlai. Tanpa pembohongan-pembohongan yang direka cipta siapa lagi yang nak memenuhi ceramah-ceramah Pas ? Tanpa ceramah Pas tak boleh hidup beb.....Mana nak dapat duit ? duit yang diperah dari keringat orang ramai atas nama perjuangan islam.

Sampai bila pula anda semua hendak ditipu oleh Pas atas nama islam ?

Perlu dibuang apa yang ditanamkan oleh pemimpin-pemimpin Pas dalam minda anda iaitu Pas itu islam dan islam itu Pas.

Perlu diingat, agama islam adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah untuk umat-umatnya.

Manakala Pas pula adalah sebuah parti politik yang didaftarkan dengan pendaftar pertubuhan. dan kelulusan pendaftarannya ditandatangan oleh seorang pegawai bukan islam.

Bukankah jauh perbezaannya itu ? Islam adalah wahyu yang diturunkan oleh Allah. Pas pula diluluskan penubuhannya oleh orang bukan islam.

Islam berpandukan Al Quran dan Hadis, Pas pula berpandukan perlembagaan yang dicipta mereka.

Wujudnya Pas kerana kekalahan Hj Ahmad Fuad merebut jawatan Yang Dipertua Umno pada tahun 1951. Kecewa dengan kekalahan, beliau membawa diri ke P.Pinang dan dicucuk oleh orang-orang inggeris pada masa itu untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi memecahkan orang-orang melayu. Akhirnya lahirlah Pas untuk pecah belahkan umat. Sebab itu sampai ke hari ini umat berpecah kerana Pas. Kerana dia memang dilahirkan untuk memecah belahkan umat.

Bukan setakat cara kewujudan islam dan Pas berbeza. Pemimpin juga berbeza. Nabi-nabi dipilih oleh Allah. Pemimpin-pemimpin Pas dipilih oleh ahli-ahli mereka yang kepala otak tiga suku.

Nabi berdakwah menyebarkan islam kepada orang-orang kafir dan mengislamkan mereka. Manakala Pas pula mengkafirkan orang-orang islam .

Kalau nak bercakap bab perbezaan islam dan Pas tiga hari pun tak habis. Itu hanya sebahagian contoh supaya orang-orang yang ditipu Pas sedar akan pembohongan Pas.

Islam adalah agama (Ad Din)

Pas adalah politik (As Siasah)

Pemimpin Pas bukan Nabi, mereka semua adalah binatang-binatang politik termasuklah Husam Musa. Nabi tak bagi wang RM 4 juta untuk jatuhkan umat islam, tetapi Husam ???

Monday, September 19, 2011

Saman 5 Juta:Akhirnya Husam Masuk Perangkap Kickdefella

Dipetik dari harakah...kah...kah...kah....daily
KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT’ pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel ‘SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN’ yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel ‘HUSAM ITU PEMBOHONG’ pada hari Ahad 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suaimanfaat.
Nampaknya Husam semakin panas dengan bekas orang kuatnya satu masa dulu.

Mungkinkah agaknya Husam tahu sekiranya mulut Sheikh Kickdefella tidak ditutup ianya akan membawa malang kepada karier politik dia ?

Tindakan Husam menyaman Kickdefella hari ini berhubung 3 artikel di atas menemukan kita kepada jawapan pemberian wang sebanyak RM 350 ribu kepada Kickdefella semasa beliau diberhentikan dari PMBK.

Sebelum ini Kickdefella pernah mendedahkan dia dibayar sebanyak RM 350 ribu oleh Husam melalui orangnya.

Husam menafikan pendedahan Kickdefella dengan mengatakan dia seorang yang bodoh sekiranya memberi wang sebanyak itu kepada Kickdefella.

Kickdefella berulang-ulang kali meminta Husam menyamannya sekiranya berita tersebut tidak benar. Sini

Setelah puas menunggu surat saman kes RM 350 ribu dari Husam yang tidak kunjung tiba, pada bulan Julai sekali lagi Kickdefella mencabar Husam supaya menyamannya berhubung tapak stesen teksi di Pasir Puteh. Sini

Husam menyahut cabaran Kickdefella yang tersebut dengan meyamannya hari ini berhubung tanah stesen teksi , tetapi Husam tidak menyahut cabaran Kickdefella supaya menyamannya berhubung pemberian wang RM 350 ribu.

Kenapa Husam tak berani saman berhubung RM 350 ribu ?

Jeng....jeng....jeng....

Akhirnya Husam masuk perangkap Kickdefella....

Maka bertemulah kita kepada jawapan berhubung pemberian wang RM 350 ribu kepada Kickdefella. Tidak ada yang tidak benar melainkan ianya memang benar.

Jika Husam ingat tindakan dia menyaman Kickdefella untuk menutup mulut beliau ternyata Husam silap. Tidak boleh guna blog Kickdefella, boleh pula wujud blog Kickdefella A, Kickdefella B atau nama-nama lain. Apa nak hairan ?

Rileks kawan-kawan semua, banyak lagi rahsia Husam ada dengan Kickdefella termasuklah gambar-gambar dan rakaman video serta rakaman suara. Jika Kickdefella dihalang dari mendedahkannya, banyak lagi medium lain yang boleh digunakan.

Yang penting Husam akan bungkus PRU 13....

Cabar Pas Berdemo Untuk Desak Kerajaan Benarkan Hudud Di Kelantan

Mingguan Malaysia 18 September 2011

Semua di antara kita tahu Pas adalah sebuah parti yang tidak pernah tetap pendirian. Sekejap begitu...sekejap begini... Di Trengganu dan Kelantan mereka dipanggil Pas kluk-klek.

Bukan sekadar tidak tetap pendirian, Pas juga terkenal dengan sikap sanggup melakukan apa sahaja demi undi dan kuasa. Menipu , memfitnah, lacur agama, jual bangsa sehinggalah ke tahap menjadikan isteri sebagai taruhan politik.

Semalam Nik Aziz bersuara meminta agar PM membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010. Untuk pengetahuan anda semua bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka. Sini

Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada Umno atau BN.

Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan pada 1993 kerana halangan dari PM ketika itu , Tun Dr M.
Sinar Harian 18 September 2011

Cuba anda bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV dalam Malaysia, apa mereka akan kata ?

Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaaan islam di Kelantan". Tetapi apabila akhbar laporkan Kelantan yang paling tinggi , terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr M. Mereka hanya nak yang baik-baik untuk mereka. Yang buruk semuanya milik orang lain.

Mengikut laporan dari Majlis Aids Malaysia bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang dari mereka menghidap Aids. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang jauh lebih ramai dari penduduk Kelantan, serta negeri mereka tidak dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara islam.

Mungkin akan ada yang berkata Pahang pun mencatatkan bilangan pesakit HIV yang tinggi juga, 24 orang bagi setiap 100,000 ribu orang. Ya benar, saya setuju. Tetapi MB Pahang tidak salahkan orang lain dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Yang lebih mustahaknya, MB Pahang tidak pernah mendabik dada mengatakan dia seorang tok guru yang menjalankan pemerintahan secara islam atau mencipta pelbagai slogan-slogan islamik untuk menggambarkan betapa islamnya dia.

Berbeza dengan Pas yang siang malam melaung-laung hanya mereka sahaja yang islam dan menjalankan pentadbiran secara islam yang berjaya sehingga Nik Aziz berkata jika Umno merampas Kelantan dari mereka melalui pilihanraya ianya tidak akan diberkati Allah kerana Umno menentang Islam (Pas).
Bilangan penduduk Malaysia mengikut negeri.
Kelantan berada di tangga ke 9 dengan bilangan penduduk sebanyak 1.54 juta orang, tetapi mempunyai penghidap HIV yang paling ramai dalam negara kita.
Sumber bilangan penduduk dari Jabatan Perangkaan Malaysia

Negeri Johor yang mempunyai penduduk seramai 3.35 juta orang iaitu yang kedua tertinggi di Malaysia, sekali ganda lebih tinggi dari Kelantan yang mempunyai penduduk 1.54 juta orang dan Johor tidak dipimpin oleh seorang tok guru juga tidak melaksanakan hukum hudud mencatatkan bilangan pesakit HIV 15.5 orang bagi setiap 100,000 ribu rakyatnya.

Wilayah Persekutuan KL yang juga tidak mempunyai MB seorang tok guru dan tidak pernah sama sekali menjalankan hukum hudud, kelab malam sana-sini dan mempunyai bilangan penduduk 1.67 juta orang tetapi mencatatkan bilangan pesakit Aids yang lebih rendah dari Kelantan, iaitu 18 orang bagi setiap 100,000 orang penduduknya.

Jadi dimanakah relevannya apabila Nik Aziz mengaitkan kegagalan melaksanakan hudud punca pesakit Aids tinggi di Kelantan ?

Bukan hudud penyebabnya. Sebabnya kerana kegagalan dia dan barisan pentadbirannya mendidik rakyat sendiri. Begitulah buruknya perangai seorang tok guru, meletakkan kesalahan kepada orang lain untuk menutup kelemahannya.

Di negeri Kelantan selama 365 sehari setahun Pas adakan ceramah. Tak kira bulan puasa atau bulan raya atau bulan lain-lain. Setiap malam bukan satu tempat Pas ceramah, berpuluh-puluh tempat. Pernahkan mana-mana orang yang pergi dengar ceramah Pas mendengar penceramah-penceramah Pas memberi nasihat kepada orang yang mendengar ceramah tentang bahaya HIV atau Aids ?

Tidak ! Mula ceramah baca sepatah dua ayat Quran dan hadis nabi, kemudian kutuk dan fitnah Umno. Selepas itu buat cerita sedih dan diiringi selawat minta petugas bawa kantung untuk kutip derma. Penutup ceramah minta undi Pas. Habis ceramah duit derma yang dikutip masuk poket. Balik rumah peluk bini. Esok ceramah lagi. Dapat duit lagi. Selepas dua tiga bulan tambah bini lagi. Itulah rutin seorang pemimpin Pas. Kutip duit orang ramai sana-sini. Apabila kalah pilihanraya, salahkan parti lawan dan SPR. Apabila pesakit HIV tinggi salahkan Tun Dr M dan hukum hudud.

Tempoh 21 tahun Pas perintah Kelantan bukannya tempoh yang pendek wahai sahabatku sekalian. Tun Dr M mentadbir negara selama 22 tahun. Tahun depan tempoh Nik Aziz jadi MB Kelantan dah sama dengan tempoh Tun Dr M jadi PM.

Apa kejayaan yang boleh dibanggakan dengan 21 tahun pemerintahan Nik Aziz ? Pembangunan rohani gagal, pembangunan jasmani pun gagal. Tun jadi PM tak sampai 10 tahun kita semua dapat lihat bagaimana perubahan hidup rakyat Malaysia. Nik Aziz perintah Kelantan semakin hari semakin ramai rakyat Kelantan yang berhijrah kerana susah nak cari makan di Kelantan.

Sebaik sahaja Tun Dr M dilantik menjadi PM beliau terus mulakan langkahnya untuk menambah bilangan profesional melayu terutamanya doktor. Hasilnya boleh dilihat hari ini apabila ramai doktor-doktor melayu dilahirkan di era Mahahir Bin Mohamad atau di atas usahanya itu . Nik Aziz dan pemerintahan islamnya pula menambah bilangan pesakit Aids.
Cipta slogan Pas cukup hebat

Bercakap pasal hukum hudud pula.

Beberapa pihak pernah memaklumkan hudud yang dibawa oleh Pas pada tahun 1993 bukannya hudud yang sebenar mengikut syariat islam. Ianya hudud politik. Sengaja direkacipta supaya ditolak oleh Kerajaan Pusat pada masa itu. Apabila ditolak bolehlah di jaja cerita Umno tolak islam. Mereka berjaya dan itulah yang mereka jaja sampai ke hari ini. Hudud politik Pas juga terdiam seketika pada tahun 1995 kerana peristiwa penangkapan khalwat Mat Sabu dengan Normah. Sini

Jika Pas kata Tun Dr M tolak hudud, kenapa selepas Tun Dr M berhenti Pas tidak pernah menghantar draf hudud yang baru kepada PM selepas itu ? Kenapa Pas tidak hantar kepada Pak Lah ? Kenapa Pas tidak hantar kepada Datuk Najib ? Itulah bukti mereka tidak serius dan ianya sengaja dicetuskan untuk tujuan politik.

Pas boleh berdemo untuk bersih 1, bersih 2 dan sekarang sedang mengancam akan berdemo untuk bersih 3. Pas boleh berdemo untuk ISA dan macam-macam demo lagi yang diadakan atau disertai Pas , tetapi mengapa Pas tak berdemo untuk mendesak kerajaan agar membenarkan mereka laksanakan hudud di Kelantan ?

Jika Pas benar-benar serius untuk laksanakan hudud, sila hantarkan draf hudud kepada PM yang ada pada hari ini. Belum tentu beliau akan tolak. Belum cuba belum tahu. Sekiranya Datuk Najib tolak hudud yang benar-benar berteraskan Al Quran dan bukannya berteraskan politik Pas, kita minta Pas adakan demontrasi untuk serahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Bukan hudud dan bukan Tun Dr M yang menjadi penyebab tingginya HIV di Kelantan. Puncanya kerana kegagalan Pas mentadbir dan mendidik rakyat. Mereka tiada masa nak fikir pasal rakyat. Masa mereka hanya diperuntukkan untuk mereka-reka fitnah, sebar fitnah, ceramah politik, cari kawasan balak, cari penaja haji dan macam-macam kepentingan peribadi yang lain lagi.

Sekiranya benar-benar rakyat Kelantan telah di didik dan diajar dengan ajaran islam secukupnya sepertimana yang dilaung-laungkan oleh Pas , jangan kata pesakit Aids ramai di Kelantan, lokap-lokap polis pun dah lama kosong.

Kehebatan Pas di Kelantan hanyalah mencipta slogan-slogan sahaja. Selain dari itu semuanya sampah.

PKR Hantar Surat Kepada Akhbar Puji Diri Sendiri

Kerajaan PKR Selangor semakin desperate...

Akibat tiada orang hendak puji kerajaan mereka dan mereka kehausan pujian lalu Setpol MB terpaksa menulis surat dan hantar kepada ruangan surat pembaca akhbar Sinar Harian untuk puji diri sendiri.

Kah...kah...kah...kah...

Kah...kah...kah...kah...

Kah...kah...kah...kah...

Kah...kah...kah...kah...

Kah...kah...kah...kah...

Klik sini

Saturday, September 17, 2011

Video Anwar Keluar Masuk Apartment Yang Menempatkan Pelacur China

Tu dia.....

Mana mau lari Anwar ?

Wan Azizah nak nafikan lagi ?



Anwar kata dia sedang melayan twitter pada waktu berkenaan.

Anda lihat keratan page twitter Anwar di bawah.

Ianya menunjukkan tiada sebarang tweet yang dilakukan oleh Anwar pada waktu itu.
Lihat pula masa yang dirakam cctv dalam video di atas.

Jam 22.09 atau 10.09 malam menunjukkan Anwar bersama rakan karibnya sedang berjalan menuju ke lif di apartment yang menempatkan pelacur cina berkenaan.

Manakala pada jam 22.52 atau 10.52 kelihatan Anwar bersama rakan karibnya keluar dari lif selepas melanggan pelacur.

Tweet terakhir yang dilakukan oleh Anwar sebelum melanggan pelacur adalah pada jam 9.20 malam dan selepas itu pada jam 11.39 malam.


Lihat pada minit 1.15, Anwar kata dia sedang tweet pada ketika aksi seks sedang berlangsung.

Sudah terang-terang terbukti Anwar menipu, tapi masih ada lagi orang yang nak percaya kepada pembohongannya. Jadi , anda bayangkan sendirilah kualiti orang-orang yang berada di sekeliling Anwar.

Mereka semua adalah orang-orang bodoh yang mudah diperdaya.

Adakah orang-orang seperti itu layak diberi peluang untuk mentadbir negara ?

Friday, September 16, 2011

AIDS: Kelantan Cipta Hatrik, Selangor Semakin Meningkat

Apa slogan yang Pas tak cipta di Kelantan untuk menunjukkan mereka memperjuangkan dan membangunkan Islam dengan begitu hebat sekali di negeri tersebut.

Bersama Kepimpinan Ulama

Bersama Kepimpinan Tok Guru

Kelantan Serambi Mekah

Bumi Tadahan Wahyu

Kelantan Negeri Islam

Membangun Bersama Islam

Kelantan Menerajui Perubahan

Orang luar yang tak tahu cerita pasti teruja mendengar slogan-slogan itu.

Semuanya indah khabar dari rupa untuk memancing undi.

Hakikatnya ?

Sila klik di sini

ISA: Jangan Terlalu Beremosi Dengan Pemansuhannya...

Dengan pengumuman yang dilakukan PM malam tadi, maka bersorak-sarai kegembiraanlah Mat Sabu dan Pas serta penyokong-penyokong komunisnya.

Pelbagai usaha yang mereka lakukan sebelum ini untuk menutup cerita komunis yang ditimbulkan beberapa minggu lepas, tetapi ianya gagal. Sudah pastilah bermula hari ini cerita komunis akan bertukar menjadi cerita ISA.

Sejak malam tadi ramai penyokong-penyokong kerajaan yang resah gelisah dengan pengumuman penghapusan ISA. Bermacam-macam reaksi yang diterima. Ada yang sedih, ada yang marah dan bermacam-macam reaksi lagi yang diterima.

Rileks....bawa bertenang. Pepatah ada menyebut, untuk maju 10 langkah ke depan perlu undur selangkah ke belakang. Pegang saja kata pepatah tersebut dan Insyallah emosi anda akan terkawal.

Dengan pengumuman yang dilakukan PM malam tadi, ramai yang beranggapan akta tersebut akan mansuh bermula hari ini.

Tidak ! akta tersebut tidak akan dimansuhkan sehingga dua akta baru digubal dan diluluskan di parlimen kelak.

Ada pula yang kata bagaimana nak diluluskan di parlimen kerana BN tidak ada majoriti 2/3 ?

Boleh ! untuk meminda atau meluluskan sesuatu akta ianya tidak memerlukan sokongan 2/3. Cukup dengan suara majoriti. Untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sahaja ianya memerlukan sokongan 2/3.

BN ada majoriti ahli di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kenapa ISA akan dimansuhkan ?

Ianya terpaksa dimansuhkan setelah kajian yang dilakukan didapati ianya sudah tidak sesuai dengan peredaran zaman. Akta yang sedia ada diwujudkan pada 1960.

Contoh, mana mungkin polis masih boleh guna senjata Brengun lagi di zaman sekarang di saat penjenayah menggunakan pelbagai jenis senjata canggih. Maka sudah tentulah Brengun perlu digantikan dengan Mesingun ,Sniper atau senjata-senjata lain yang lebih canggih.

Masih sesuaikah kereta peronda polis jenis Alfa Romeo pada tahun 70 dan 80 an digunakan di zaman sekarang di saat penjenayah, penjahat atau mereka yang melakukan kesalahan jalan raya menggunakan kereta-kereta yang jauh lebih hebat ?

Sudah tentu ianya sesuai digunakan di zaman itu untuk mengejar kereta Volkswagen (kereta kura-kura) Nissan Sunny atau Datsun 120Y, bukannya di zaman sekarang. Cuba anda bayangkan apa akan jadi sekiranya polis hari ini masih guna kereta Alfa Romeo yang dulu ? Jangan kata nak kejar kereta Evo, Vellfire, Camry, atau pun Waja, nak kejar Iswara pun tak boleh !

Melihat kepada keadaan itu apa yang akan anda kata ?

Sudah pasti anda akan kata "bodoh punya polis, tukarlah kereta baru yang lebih hebat". Itu pasal polis pun dah pakai Evo sekarang.

Begitu juga dengan ISA. Ianya dirangka untuk kegunaan di zaman itu. Sekarang sudah lebih 50 tahun , maka sudah tentulah satu pembaharuan diperlukan. Apa guna ditahan dibawah ISA dengan dengan akta yang sedia ada jika seorang lepas dengan habeas corpus, dua orang lepas dengan habeas corpus, tiga orang lepas dengan herbas corpus. Undang-undang tahun 60an sesuai dengan peguam-peguam dan situasi tahun 60, 70 atau 80an. Tidak sesuai dengan situasi serta peguam-peguam di zaman sekarang yang semuanya hebat-hebat.

Kita tidak boleh terlalu bernostalgia sangat dengan perkara-perkara lama semata-mata kerana kenangan. Zaman sudah jauh berubah. Sekarang zaman orang pakai blender , bukannya zaman batu giling lagi. Jika nak pertahankan kenangan atau nostalgia, maka tak berubahlah kita dan tidak mustahil satu hari nanti kita akan hancur. Baca apa yang ditulis di sini.

Tidak timbul soal DS Najib tunduk kepada pembangkang atau sebagainya. Hari pertama beliau diangkat menjadi PM beliau telah nyatakan akan melakukan pembaharuan terhadap ISA. Dan yang paling penting ISA bukannya dihapuskan terus. Ianya akan digantikan dengan dua undang-undang baru. Ibarat anda menukar kereta Toyota Corolla KE 30 kepada Corolla Altis. Apa salahnya ? Toyota juga kan ?

Tak perlulah kita hendak merasa resah gelisah atau gundah gelana dengan penghapusan akta ISA 1960, kerana kehilangannya pasti akan berganti dengan yang lebih baik dan sesuai dengan peredaran zaman.

Thursday, September 15, 2011

Video: Khalid Ibrahim Karaoke



Kalau bercakap selalu gagap...

Menyanyi tak gagap pula...

Tidak Mustahil Pemuda Pas Yang Rosakkan Kereta Wartawan

Sindrom menyalahkan Umno oleh juak-juak Pas ke atas apa sahaja kejadian buruk yang berlaku semakin hari semakin menjadi-jadi.

Terus teranglah saya katakan, sebenarnya saya seronok dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan mereka. Kerana ianya dapat membuka mata rakyak untuk melihat sikap sebenar mereka. Percayalah cakap saya, makin hari rakyat akan makin meluat dengan cakap-cakap bodoh mereka.

Semalam Ketua Pemuda Pas Kelantan yang sememangnya terkenal dengan kenyataan-kenyataan bodoh sebelum ini mengatakan kejadian merosakkan kenderaan pada program ceramah Pas di Kota Bharu adalah kerja Umno. Sini

Baguslah, kalau boleh tuduh banyak-banyak lagi....

Saya hanya ingin berkongsi perasaan curiga saya bersama rakan-rakan semua.
Mengikut laporan harakah daily, kenderaan yang dirosakkan adalah kenderaan petugas media dan wartawan tempatan.

Kenapa kenderaan mereka yang dijadikan sasaran ?

Pelik tak ?

Supaya perkara itu menjadi bahan berita dalam media-media mereka.

Bertambah pelik lagi, kenderaan wartawan Sinar Harian iaitu sebuah akhbar yang menjadi pujaan orang-orang Pas turut menjadi sasaran.

Tanpa usul periksa, tiba-tiba muncul Ketua Pemuda Pas Kelantan menjadi orang pertama membuat tuduhan mengatakan itu kerja Umno.

Nampak sangat seolah-olah ianya telah dirancang rapi oleh Pemuda Pas.

Adalah tidak mustahil kerja-kerja merosakkan kenderaan itu dilakukan oleh orang-orang Pas sendiri untuk sabotaj Umno.

Wednesday, September 14, 2011

Akhiri Ramadhan dan Awali Syawal Dengan Seks Di Kelantan


Kita sering dimomokkan kononnya Pas menegakkan syiar islam dengan begitu hebat sekali di Kelantan selama 20 tahun dibawah pentadbiran seorang 'ulama'.

Semua itu adalah pembohongan untuk memancing undi di tempat lain.

Mengikut polis Kelantan, seminggu sebelum berakhirnya puasa dan seminggu selepas hari raya jumlah kes rogol meningkat mendadak di Kelantan. Klik sini

Patutlah masa awal-awal puasa harakah daily melaporkan tentang keunikan Ramadhan di Kelantan. Rupa-rupanya rogol bergilir-gilir sebahagian dari 'keunikan' Ramadhan ala Pas.

Mat Indera Sepak Bini dan Anak Anggota Polis

Ringkas


Pertemuan dengan Datuk JJ Raj sekarang.

Bekas OCPD Pagoh semasa peristiwa Bukit Kepong 1950

Pemuda Pas yang kencing pun masih berbuih pernah kata Mat Indera ajar ahli keluarga anggota polis mengucap syahadah sebelum meninggal.

Itu semua tipu...

Sewaktu Datuk JJ Raj tiba di Balai Polis Bukit Kepong pada jam 10 pagi , isteri-isteri anggota polis yang terselamat menyerbu ke arahnya dan menangis sambil mengadu tentang Mat Indera.

Mereka mengadu Mat Indera menyepak mereka dan anak-anak sewaktu mereka merayu kepada Mat Indera supaya mayat-mayat suami mereka yang terbunuh supaya tidak dicampak ke dalam Balai Polis Bukit Kepong yang sedang terbakar.

Sambung kemudian....

Sesi temubual masih berlangsung...

Tuesday, September 13, 2011

Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia

Malaysiakini semalam melaporkan berita dari akhbar cina, China Press yang melaporkan si bangsat anak haram, namewee telah menerima panggilan dari Jabatan Perdana Menteri bagi mengatur pertemuan si anak haram tersebut dengan pemimpin tertinggi dalam negara ini.Sini

Kawan-kawan sekalian, sepertimana yang anda tahu bagaimana saya serta kawan-kawan saya, siang malam, pagi petang kami berusaha mempertahankan kerajaan serta PM. Bukan setakat mempertahankan PM, malah terpaksa mempertahankan juga isteri PM daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan termasuklah isu cincin 24 juta , tapi kami tidak pernah pun dijemput seperti namewee untuk berjumpa PM.

Tapi si bangsat tersebut sudah melakukan bermacam-macam dajal dan sial serta menghina kaum serta agama , tiba-tiba mendapat layanan istimewa untuk berjumpa PM. Mana pergi namewee ketika Rosmah difitnah beli cincin 24 juta. Kenapa dia tak buat lagu yang mengatakan tuduhan itu fitnah ?

Kawan-kawan semua, saya dah lama menyimpan impian untuk berjumpa PM bagi memberitahu beberapa perkara termasuk idea-idea, tapi tak kesampaian. Saya terfikir , siapalah saya ini untuk berjumpa pemimpin tertinggi negara. Kalau ada pertemuan dengan PM pun di majlis-majlis besar yang melibatkan ramai orang. Maka sudah tentulah sukar untuk kita bercakap di majlis-majlis seperti itu.

Tapi anak haram itu senang-senang sahaja dapat jumpa PM. Siapa yang tak berasap beb ?

Nampaknya suasana di Malaysia sudah terbalik sekarang, siapa yang nak jumpa PM harus jadi jahat seperti namewee. Siapa yang baik-baik jangan haraplah dapat jumpa PM.

Jika begitu cara PM maka jawabnya semakin hari semakin ramai yang akan naik toncang. Tak mustahil selepas ini akan lahir ribuan lagi manusia kurang ajar seperti si namewee kerana semuanya sudah tidak takut kepada undang-undang serta tidak hormat kepada budaya dan adat resam rakyat Malaysia.

Malam tadi saya dah korek keluar parang panjang yang telah lama saya simpan dalam stor. Hari ini saya nak asah parang tersebut tajam-tajam. Saya akan guna parang tersebut untuk potong kaki namewee sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pertemuan dengan PM. Kalau tak dapat hari itu , saya akan usahakan pada hari lain. Tapi yang nyata saya akan potong kaki namewee sekiranya berlaku pertemuan dia dengan PM.

Manusia bangsat seperti itu perlu diajar cukup-cukup supaya jadi pengajaran kepada orang lain. Satu sen pun tak perlu di tolong. Kalau sekali dia kurang ajar kita mungkin boleh terima. Tapi kalau berkali-kali itu sengaja dan sudah melampau.

Sekiranya pertemuan yang diadakan itu untuk PM mengambil hati kaum cina, sila lupakan sahaja. Banyak lagi orang-orang cina lain yang baik-baik ada di bumi Malaysia ini yang teringin nak jumpa PM atau layak jumpa PM.

Jangan kerana nak kejar undi kaum cina, undi kaum sendiri habis lari. Hidupnya lagi Umno dan BN hari ini kerana sokongan dari orang-orang melayu yang digelar SAKAI oleh namewee. Itu yang PM harus ingat.

Monday, September 12, 2011

Mampukah BN Tawan Selangor PRU 13 ?

Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon jawapan yang penuh ikhlas dari lubuk hati rakan-rakan pembaca sekalian kepada soalan yang di bawah ini.


Adakah BN akan berjaya menawan kembali Selangor dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan kelak ?


Jika ya , nyatakan alasan di sebalik keyakinan anda itu...

Jika tidak, nyatakan juga alasan di sebalik ketidakyakinan anda itu...






Mohon komen yang dihantar pendek, padat dan relevan dengan topik yang dibincangkan.....

Friday, September 9, 2011

Pada Pendapat Anda Wajarkah Orang Itu Ditolong ?

Anak mangsa (perempuan, tengah)

Berita dari Bernama

Kelab Putera 1Malaysia akan berusaha membawa pulang warganegara Malaysia, Normazawati Wong Abdullah, 49, yang terkandas di Vietnam selepas dibebaskan dari penjara ekoran dipercayai menjadi mangsa sindiket pemalsuan kad kredit.

Rombongan kelab itu, yang diketuai Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, dijangka berlepas ke Vietnam hujung bulan ini dan akan menguruskan segala permasalahan untuk membawa mangsa pulang, termasuk dari segi perbelanjaan dan urusan diplomatik dengan negara terbabit.

Abdul Azeez berkata, pihaknya telah mengumpul dana sebanyak RM20,000 bagi tujuan tersebut.

Menurut anak Normazawati, Siti Ansyakinah Zainal Abidin, 24, ibunya terkandas di negara itu sejak dibebaskan dari penjara pada 27 Januari lalu.

Mangsa mendakwa dianiaya sindiket pemalsuan kad kredit dan dipenjara atas kesalahan itu pada 2004.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan ibu sejak tujuh tahun lalu, biarpun telah dibebaskan dari Penjara Thu Duc wilayah Binh Thuan, Ho Chi Minh, ibu perlu membayar denda berjumlah VND 373,965,810 (RM60,000) kepada pihak berkuasa Vietnam untuk membolehkannya pulang ke tanahair," katanya dalam sidang media di ibunegara hari ini.

Siti Ansyakinah berkata dia telah berjumpa dengan pelbagai pihak bagi meminta bantuan, tetapi telah menemui jalan buntu.

"Akhirnya Kelab Putera 1Malaysia telah sudi membantu membawa pulang ibu serta menyelesaikan denda tersebut," katanya.

Pada 2004, Normazawati Wong Abdullah pergi ke Ho Chin Minh, Vietnam bersama empat orang rakan di mana dia telah dijanjikan pekerjaan untuk membuat tinjauan harga barangan elektrik seperti komputer dan sebagainya.

Apabila sampai di sana, mangsa telah diberikan kad kredit oleh sindiket berkenaan yang memintanya membeli peralatan elektrik dalam jumlah yang besar dengan menggunakan kad kredit palsu itu.

"Ibu telah diugut, sekiranya tidak berbuat demikian, keluarga akan dicederakan oleh sindiket itu. Kini keadaan ibu tidak sihat dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menampung kos rawatan dan kos sara hidup yang berjumlah lebih kurang RM2,500," katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Siti Ansyakinah Zainal Abidin, 164838012669 atau menghubungi pejabat Kelab Putera di talian 1300881113.

Apa macam rakyat Malaysia, perlukah orang itu ditolong ?

Kena tanya rakyat dulu, nanti ada pula yang tuduh macam-macam...

Kerajaan Lagikah BN Selepas PRU 13 ?

Menulis panjang tak mahu....

Bercakap banyak pun tak mahu.....

Cuma ingin minta jawapan ikhlas dari lubuk hati anda semua kepada soalan di bawah.

Apakah BN akan terus menjadi kerajaan yang memerintah negara selepas PRU 13 kelak ?




Faham-faham sendirilah kenapa saya bertanyakan soalan seperti itu kepada anda hari ini.

Thursday, September 8, 2011

Video : Azmin Keluar Darah Berketul-Ketul



Cerita dari kakak sulong Azmin yang mengatakan dia membawa Azmin ke hospital dalam keadaan sakit kerana keluar darah berketul-ketul.

Siapa yang pecahkan dara Azmin ?

Tak Habis-Habis Masalah Air Kelantan

Setiap kali menjelang hari raya adalah perkara biasa kepulangan anak-anak Kelantan akan disambut dengan ratusan banner-banner yang mengucapkan selamat hari raya dan selamat kembali kepada anak Kelantan di perantauan.

Masuk sahaja sempadan negeri Kelantan tidak kira dari Perak, Pahang dan Trengganu maka dapat dilihat berserabut banner yang digantung.

Kebiasaannya banner dari parti Pas yang terpampang gambar Nik Aziz , wakil-wakil rakyat Pas atau pimpinan Pas tidak kira yang hingus sudah kering atau yang masih berhingus lagi mendahului suasana.

Banner tersebut bukan sahaja digantung di kawasan sempadan Kelantan , malah boleh dikatakan di setiap pelusuk negeri Kelantan, termasuklah di bandar Kota Bharu.

Apabila melihat kepada sambutan sedemikian , maka sudah pastilah timbul perasaan bangga di kalangan anak-anak Kelantan yang berada di rantau kerana kepulangan mereka diraikan.

Apa guna gantung ratusan dan ribuan banner untuk ucapkan selamat kembali, jika tiada air untuk basuh kencing. Ibarat kita bertandang ke rumah orang, tuan rumah dan seluruh keluarga tak putus-putus ucapkan selamat datang kepada kita, tetapi air secawan pun tidak dihidangkan.

Setiap kali balik hari raya masalah air adalah masalah besar yang menghantui mereka-mereka yang pulang ke kampung. Makin tahun bukannya makin elok, tapi makin teruk.

Gambar di bawah ini saya rakam di Stesen Shell Kuala Krai pada 28 Ogos yang lepas. Masuk sahaja ke sempadan Kelantan dari Kuala Lipis kami disambut oleh banner yang mengucapkan selamat pulang yang memaparkan wajah Nik Aziz Al-Haji Rasuahi.

Dari sana sehinggalah ke Kuala Krai boleh dikatakan ratusan banner-banner Pas yang digantung dengan ucapan yang sama.

Sampai sahaja Stesen Shell Kuala Krai, kami berhenti seketika untuk mengisi minyak dan untuk ke tandas.

Sampai di tandas, tu dia........

AKSB= AIR KELANTAN SENDIRIAN BERHAD.

Negeri Islam kepala otak apa jika keperluan asas untuk umat islam pun tak dapat disediakan.

Nak kata tidak ada wang, kerajaan pusat dah bagi RM 600 juta.

Mana pergi wang tersebut ?

Mengikut seorang lelaki yang berada di situ, masalah tersebut bukan sahaja berlaku pada hari itu, ianya sering berlaku. Hingga memaksa pengusaha stesen minyak berkenaan telah mengambil insiatif sendiri dengan menyediakan dua tangki besar di belakang stesen tersebut untuk meyimpan bekalan air. Tapi kalau penyedia bekalan air gagal bekal air, ada 10 tangki besar pun tak guna.

Wednesday, September 7, 2011

Mat Indera: Antara Budak 4 Tahun dan Abdullah CD, Siapa Anda Percaya ?

Hari ini seorang pakcik yang berusia 65 tahun , bernama Baharum Shah , adik kepada 'pejuang kemerdekaan' bagi parti Pas , Mat Indera, muncul bersama dua budak hingusan Pas membuat kenyataan mengatakan abangnya bukan ahli Parti Komunis Malaya.

Dia juga menuntut agar kerajaan membersihkan nama adiknya. Sini

Saya punya pandangan senang sahaja.

Pas sekarang dalam keadaan terdesak untuk memastikan mereka tidak tewas dalam perdebatan yang sedang berlaku.

Jadi mereka harus guna apa sahaja jalan yang ada untuk menunjukkan kepada rakyat mereka di pihak yang benar. Sekiranya tidak menang sekali pun, dapat mengelirukan rakyat pun sudah cukup baik bagi mereka.

Adik kepada Mat Indera yang muncul bersama dengan budak hingusan Pas hari ini sebenarnya telah pun digunakan oleh Pas. Tidak mustahil wang ringgit juga telah digunakan untuk memujuk beliau agar mengadakan sidang media tersebut hari ini. Blog Screw Kuat ada maklumat tersebut. Sini

Kejadian Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950.

Adik Mat Indera yang muncul hari ini berusia 65 tahun. Maknanya dia lahir pada tahun 1946.

Semasa peristiwa Bukit Kepong dia berusia 4 tahun.

Logikkah budak 4 tahun yang masih menghisap botol susu dan bersunat pun belum lagi tahu apa kegiatan abangnya pada masa itu ?

Kalau nak menipu kerana terima upah pun biarlah logik sikit.

Kita tak pelik dan mungkin kita juga boleh percaya cerita daripada adik Mat Indera yang muncul hari ini sekiranya beza usianya dengan Mat Indera pada masa itu tidaklah jauh sangat.

Dia kata abangnya bukan anggota PKM.

Dia pada masa itu umur 4 tahun.

Abdullah CD pula adalah bekas Komanden Rejimen Ke 10 PKM terang-terangan dalam bukunya (Memoir Abdullah CD,bahagian ke 2) mengatakan Mat Indera adalah anggota PKM.

Dalam buku tersebut, Abdullah CD bukan sahaja mengesahkan Mat Indera sebagai anggota PKM, malah beliau juga mengesahkan Mat Indera bersama orang-orang cina dan melayu mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Jika Komanden Rejimen PKM sendiri pada masa itu yang berusia 34 tahun mengesahkan perkara tersebut, adakah kita nak percaya kepada budak yang berusia 4 tahun pada masa itu ?

Petikan dari buku Memoir Abdullah CD (ms 115)
Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor.

Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.
Kenapa Mat Sabu membangkitkan isu ini ?

Jawapannya mudah sahaja, kerana dendam Mat Sabu kepada polis akibat pembohongannya dibongkar oleh polis.

Dia kata kena rempuh dengan Land Rover polis.

Bila muncul video, jangan kata Land Rover, bayang Land Rover pun tidak ada di tempat kejadian.

Buku Kisah Skandal Husam Musa Kini Menemui Kita

Assalamualaikum....

Abe Huse apo kabar ?

Jeng....jeng....jeng.....

Sebuah buku baru yang menceritakan pelbagai kisah skandal Husam Musa kini telah dan bakal berlegar-legar sekeliling kita.

Daripada maklumat yang saya terima, saya difahamkan buku itu ditulis oleh musuh-musuh politik Husam di dalam Pas.

Difahamkan sejak kemenangan Husam sebagai Naib Presiden Pas, ada di kalangan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak senang dengannya.

Usaha sedang dilakukan untuk menghalang dia daripada dilantik sebagai MB Kelantan yang baru dan kalah bertanding sebagai Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan akan datang.

Apa isi kandungan buku tersebut ?

Saya akan kongsikan dengan anda kemudian.

MB Selangor Buat Lawak Raya

Nurul Izzah buat lawak puasa

Khalid Ibrahim pula buat lawak raya

Apa lawak mereka ?

Klik sini

Monday, September 5, 2011

Kisah Sebenar Misi Ke Somalia

Post mortem-post mortem dari pakar-pakar yang tidak bertauliah memang laju di Malaysia jika terjadi sesuatu kemalangan besar dalam negara kita atau kemalangan yang melibatkan rakyat negara kita.

Pelbagai jenis ayat yang bermula dari perkatan 'kalau' akan dibina oleh pakar-pakar yang tidak bertauliah.

Kalau begini, bla....bla....bla.....bla......bla.....

Kalau begitu, bla....bla....bla.....bla......bla.....

Ayat-ayat yang dibina dari perkataan 'kalau' yang terakhir kita dengar sebelum kemalangan yang melibatkan jurukamera Bernama TV adalah semasa kejadian tanah runtuh yang menimpa rumah anak yatim di Hulu Langat beberapa bulan lepas.

Sekarang biar saya pula bina ayat dari perkataan 'kalau'.

Kalau sudah ajalnya, dimana-mana sekali pun kita akan menemui ajal.

Hidup, mati dan jodoh semuanya telah ditentukan oleh maha pencipta.

Sebenarnya nama Noramfaizul tidak disenaraikan oleh majikannya (Bernama) untuk menyertai misi kemanusiaan ke Somalia. Majikannya telah menghantar nama kakitangan lain.

Arwah meminta bantuan ketua misi,Datuk Azeez Rahim agar berbincang dengan majikannya supaya beliau dihantar dengan alasan beliau telah mengikuti beberapa misi sebelum ini dan sudah biasa dengan situasi-situasi di tempat yang tegang.

Saya tahu tentang perkara ini kerana saya turut terlibat dengan kerja-kerja persiapan sebelum misi berlepas. Tiga hari terakhir saya berada di pejabat Kelab Putera 1Malaysia(KP1M) sehingga lewat malam membantu apa yang patut.

Pada peringkat awal saya juga sepatutnya turut serta dalam misi berkenaan, tetapi atas halangan ibu dan isteri , saya membatalkannya kerana ada urusan keluarga di kampung yang perlu diselesaikan semasa Aidilfitri. Lalu saya mengambil keputusan untuk membantu kerja-kerja persiapan misi sehingga misi berlepas. Selepas sahaja misi berlepas , barulah saya pulang ke kampung halaman.

Saya akan berkongsi dengan anda apa yang saya tahu sepanjang persiapan dilakukan.

Awal Ramadhan kita di Malaysia dilaporkan dengan berita tentang umat-umat islam di Somalia yang terpaksa berpuasa selama berpuluh-puluh jam kerana tiada makanan untuk berbuka puasa. Kita di Malaysia puasa hanya 14 jam sehari dan makanan berbuka puasa pula terpaksa diisi ke dalam tong sampah kerana sudah tiada tempat untuk diisi dalam perut.

Bertitik-tolak dari situ setelah melihat kesengsaraan mereka, Datuk Azeez mula memikirkan untuk menggerakkan misi bantuan ke Somalia. Pelbagai kerja-kerja kajian dan risikan yang dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman misi dilakukan.

Bukannya, hari ini terfikir nak pergi, esok terus umum dan kumpul orang kemudian pergi.

Pelbagai fakta-fakta dan bahan -bahan yang dicari dan dikumpulkan terlebih dahulu , termasuklah dari Yayasan Kepimpinan Perdana pimpinan Tun Dr M.

Setelah semua fakta dan laporan yang diterima menunjukkan tanda positif barulah Datuk Azeez mengumumkan misi tersebut.

KP1M menghantar jemputan kepada pihak-pihak media Malaysia yang berminat untuk menyertai misi tersebut. Mereka tidak memaksa atau mengheret media pergi, sekadar menjemput. Mana-mana media yang merasakan hendak ikut mereka boleh pergi. Mana yang tidak mahu ikut tidak dipaksa. Sebagai contoh, The Star dan NST tidak menghantar wakil mereka walaupun mereka juga dijemput.

Selain media, ramai juga sukarelawan-sukarelawan rakyat Malaysia dan juga rakyat Somalia yang tinggal di Malaysia yang mendaftar untuk menyertai misi berkenaan.

Mereka-mereka semua telah dimaklumkan tentang risiko yang berkemungkinan akan dihadapi memandangkan Somalia tergolong dalam golongan negara berbahaya bersama-sama Iraq.

Lebih 100 orang yang mendaftar untuk mengikuti misi berkenaan termasuk pasukan perubatan, media, blogger , sukarelawan dan barisan j/kuasa KP1M.

Mengikut rancangan awal, semua ahli rombongan akan berlepas dengan pesawat khas Air Asia bersama barang-barang makanan, ubat-ubatan dan pakaian untuk sumbangan kepada rakyat Somalia.

Menghampiri saat berbuka puasa pada petang khamis (25.08.2011) Datuk Azeez menerima panggilan dari pihak Air Asia yang memaklumkan mereka tidak boleh membawa ahli rombongan ke sana kerana tiada syarikat insuran yang hendak melindungi pesawat mereka kerana keadaan yang merbahaya di sana. Akhirnya kerajaan memutuskan untuk menggunakan pesawat TUDM bagi melaksanakan misi berkenaan.

Timbul pula satu masalah baru, iaitu kapasati tempat duduk. Bilangan tempat duduk pesawat Charlie TUDM tidak sama dengan pesawat Airbus milik Air Asia. Ditambah pula dengan barangan bantuan yang dibawa. Difahamkan hanya 40 orang sahaja yang boleh dibawa oleh pesawat Charlie TUDM.

Penganjur tiada pilihan lain selain mengurangkan bilangan ahli rombongan. Lalu berlakulah rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang mendaftar untuk mengikuti misi berkenaan. Ada juga yang menarik diri secara sukarela dan ada yang merayu-rayu agar nama mereka tidak digugurkan serta tidak kurang juga yang marah-marah kerana tidak dapat ikut serta.

Akhir sekali 40 orang yang disenaraikan untuk pergi dengan pesawat TUDM. Jumaat malam sabtu (26.08.2011) semua ahli rombongan diminta berkumpul di pejabat KP1M di Jalan Kampung Atap untuk taklimat dan urusan suntikan vaksin yellow fever, typoid dan cholera.

Pada masa itu Datuk Azeez telah memberitahu ahli rombongan tentang risiko-risiko yang berkemungkinan akan dihadapi kerana tempat yang hendak dituju bukan sebarang tempat. Datuk Azeez meminta mana-mana ahli rombongan yang tidak bersedia menghadapi risiko agar menarik diri secara sukarela kerana beliau tidak mahu dipersalahkan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Seingat saya itu bukan kali pertama Datuk Azeez memaklumkan perkara tersebut. Sebelum itu beliau telah berulang-ulang kali bercakap perkara yang sama melalui telefon atau kepada mana-mana ahli rombongan yang datang berjumpa beliau di pejabatnya.

Perkara sebaliknya yang berlaku, bukan jumlah ahli rombongan semakin berkurangan, malah semakin bertambah. Akhirnya KP1M terpaksa bermesyuarat semula dan berbincang dengan TUDM tentang jumlah penumpang yang bertambah. Sehinggalah pada malam terakhir sebelum rombongan kemanusiaan tersebut berlepas keesokan paginya barulah jumlah senarai penumpang diputuskan.

Jumlah ahli rombongan dari 40 orang meningkat kepada 51 orang. Kiraan terkahir yang dilakukan pesawat hanya mampu membawa 48 orang sahaja. Tiga orang lagi diletakkan dalam senarai menunggu dan mereka diminta bersedia di Pangkalan TUDM Subang. Sekiranya ada yang tarik diri pada saat akhir atau yang tidak melapor diri mereka akan dimasukkan. Tetapi itu tidak berlaku. Semuanya tidak tarik diri dan semuanya melaporkan diri tepat pada waktu yang ditetapkan kerana bimbang tempat mereka akan hilang dan digantikan dengan mereka yang dalam senarai menunggu.

Salah seorang mereka yang dalam senarai menunggu merayu kepada Datuk Azeez sehingga beliau hendak masuk ke balai berlepas agar beliau dapat turut serta. Tetapi tidak lepas kerana keadaan pesawat yang telah padat. Pada masa itu juga timbul soal bagasi yang dibawa ahli rombongan yang berlebihan. Mereka diminta kurangkan beg kepada sebiji seorang sahaja kerana ruang yang terhad. Papa Gomo pun sampai tiga biji beg.

Malam terkahir sebelum berangkat, sekali lagi Datuk Azeez mengingatkan ahli-ahli rombongan tentang risiko yang berkemungkinan dihadapi. Ahli-ahli rombongan juga telah menandatangi borang indemnity (borang kebertanggungjawapan) sekiranya apa-apa yang berlaku tidak boleh disalahkan kepada KP1M.

Itu cerita sebenar sebelum pergi.

Selepas berlaku kemalangan, ada pula sok...sek...sok...sek....yang berlaku yang menyalahkan Azeez.

Ada yang kata tidak dibekalkan jaket kalis peluru.

Ada yang kata tidak dilindungi insuran.

Apakah sekiranya dilindungi insuran, seseorang tidak akan mati atau tidak lut peluru ?

Bercakap bab jaket kalis peluru. Benda itu sepatutnya disediakan oleh pihak media sendiri. Semua wartawan ada peraturan mereka sendiri sewaktu menjalankan tugas. Mereka dan majikan mereka lebih tahu tentang perkara tersebut kerana itu bidang mereka. Azeez bukannya tahu semua peraturan atau prosedur tugas pihak media kerana dia bukan dalam bidang berkenaan.

Saya mengenali dan berkawan dengan arwah Faizul semasa bersama-sama ke Chrsitchurch semasa kejadian gempa bumi awal tahun ini. Selepas itu saya ada bertemunya beberapa kali dan berhubung melalui telefon dan sms. Arwah seorang yang baik, peramah dan cepat mesra. Baru kenal beberapa bulan, seolah-olah dah kenal bertahun-tahun. Itulah sifat arwah...

Beliau seorang yang komited dengan tugas. Kamera tidak renggang dari tangannya. Aksi beliau rakan gambar juga menarik perhatian. Sekejap duduk, sekejap berdiri dan macam-macam aksi lagi.

Arwah menang minat dengan tugas-tugas yang mencabar. Arwah pernah ceritakan tentang keseronokkan cabaran yang dihadapinya semasa mengikuti rombongan Datuk Azeez ke Gaza tahun lepas.

Akhirnya beliau rebah dan pergi buat semasa lakukan kerja yang beliau minati.

Apa yang berlaku kepada arwah Faizul ini mengingatkan kita kepada apa yang terjadi kepada Steve Irvin atau Crocodile Hunter yang meninggal dunia pada tahun 2006 semasa menjalankan tugas yang beliau minati.

Semasa hayatnya kita sering melihat di tv kehebatan Steve Irvin bermain dengan binatang-binatang ganas, tidak pernah ada masalah. Tetapi Steve meninggal akibat disengat ikan pari ketika sedang membuat dokumentari. Itulah yang dinamakan ajal.

Begitu juga dengan Arwah Faizul, beliau telah ke Palestin tempat yang peluru askar israel bersimpang siur seperti belalang terbang tetapi beliau tidak mengalami apa-apa masalah. Tetapi di Somalia, tidak tahu dari mana datangnya peluru, tiba-tiba terus merentap nyawanya.

Itulah yang dinamakan ajal sudah sampai. Nama beliau tidak pun tersenarai, tetapi beliau merayu-rayu untuk nak pergi juga. SMS yang dihantar beliau masih tersimpan di tangan salah seorang AJK KP1M.

Sebelum pergi beliau ada meminta kawannya membelikan kasut untuknya dan berkata mungkin apabila dia ke Somalia dia akan mati ditembak. Akhirnya itu menjadi kenyataan. Itulah yang dinamakan ajal.

Ada orang kata, kalau KP1M sediakan jaket kalis peluru Faizul mungkin akan selamat. Saya pula kata, kalau Faizul tak pergi dia lagi selamat. Sekarang kawan arwah yang sepatutnya pergi tetapi digantikan dengan arwah di saat akhir menarik nafas lega. Kalau dia pergi mungkin dia yang menjadi mangsanya. Akan tetapi kerana ajalnya belum sampai, namanya ditarik balik di saat akhir dan digantikan dengan arwah.

Kita semua termasuk saya tidak tahu bila ajal kita dan penyebab kematian kita. Saya sendiri pun, mungkin kerana minat saya dengan komputer, tidak mustahil satu hari nanti saya menemui ajal kerana komputer. Manalah tahu tiba-tiba satu hari nanti tengah-tengah syok menaip blog tiba-tiba terkena karan di keyboard komputer. Masa itu ada yang kata , patutnya rbf pakai pelapik getah. Kalau dia pakai mungkin dia tak mati. Maka adalah pula pengeluar komputer disalahkan kerana keyboard ada karan.

Cakap-cakap yang mengatakan Arwah Faizul tidak dilindungi insuran tidak benar. KP1M ada sediakan insuran berkelompok kepada semua ahli rombongan. Selain itu arwah turut dilindungi insuran yang disediakan oleh majikannya. Difahamkan pihak insuran akan membayar pampasan sebanyak RM 200 ribu kepada keluarga arwah.

Juga tentang cakap-cakap yang mengatakan penganjur tidak melakukan risikan keselamatan lebih awal juga tidak benar. Risikan telah dilakukan. Sepanjang di sana pasukan sukarelawan kita tidak mengamalami apa-apa masalah dengan rakyat atau pengganas-pengganas yang berada di sana. Pengganas pun bertoleransi dengan pasukan sukarelawan kita kerana kita datang nak tolong mereka. Yang buat hal adalah pasukan tentera Kesatuan Afrika (AU). Sepatutnya sebagai tentera mereka melindungi kita, tetapi sebaliknya telah berlaku.

Satu lagi tentang cakap-cakap yang mengatakan penganjur tidak terangkan SOP sekiranya berlaku kecemasan. Saya difahamkan perkara tersebut tidak benar. Semasa saya mengikuti misi bantuan gempa bumi di New Zealand, semua ahli rombongan diterangkan tentang SOP sekiranya berlaku gempa.

Pada satu petang telah berlaku satu kejadian gempa yang kuat semasa kami berada bilik penginapan masing-masing . Semua SOP yang ditetapkan dipatuhi dan semua ahli rombongan dapat berkumpul di tempat yang ditetapkan dalam sekelip mata termasuk arwah Faizul. Bilangan ahli rombongan dilakukan, dan setelah keadaan disahkan selamat, kami semua dibenarkan kembali ke bilik masing-masing.

Saturday, September 3, 2011

Gambar Allahyarham Jurugambar Bernama Dalam Misi Ke Somalia

Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini
Dalam perjalanan ke Somalia
Allahyarham Faizul (berdiri)
Sebelum berlepas dari TUDM Subang
Faizul, duduk 2 dari kiri
Tiba di Somalia
Faizul berdiri pegang kamera
Berbuka puasa dalam pesawat
Faizul yang pertama (sedang menyuap makanan)