Friday, December 30, 2011

Nik Aziz Sendiri Perlu Minta Maaf Bukannya Memuji Orang Yang Meminta Maaf


Berikut adalah kenyataan Nik Aziz selepas pertemuan dengan Hasan Ali dan beberapa kepimpinan Pas yang lain di Kota Bharu beberapa hari lepas.
Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.
Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.
harakahdaily
Nik Aziz dan Haji Hadi pula bila nak tarik balik dan minta maaf diatas kenyataan, fatwa serta amanat mengarut dan songsang mereka sepanjang mereka memimpin Pas. Sebenarnya kekarutan serta kesongsangan yang dilakukan oleh mereka berdua lebih teruk kesannya, kerana ianya memecahbelahkan umat islam di Malaysia berbanding dengan kenyataan Hasan Ali yang hanya menolak negara kebajikan Pas.


Kesan dari amanat karut Haji Hadi selain menyebabkan belasan nyawa terkorban di Memali pada 1985, ada juga kesan yang masih berlarutan sehingga ke hari ini, iaitu sembahyang jumaat berasingan dalam satu kariah yang masih berlaku di Trengganu.

Dulu Pas juga keluar fatwa, menjalin hubungan dengan orang bukan islam kita akan menjadi kafir. Hari ini apa yang terjadi ? Siapa penjilat tegar kafir harbi DAP ? Pernahkah Pas tarik balik fatwa tersebut dan minta maaf kepada rakyat Malaysia diatas kekarutan yang mereka lakukan itu ?

Tahun 1999 Nik Aziz pernah berkata, "terdapat unsur kafir dalam Umno kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, Umno juga ada ciri kafir." Hari ini parti mana yang buang islam dalam perjuangan mereka dan tukar kepada kebajikan ? 

Nik Aziz pernah berkata dia akan mendoakan agar Datuk Seri Najib pecah perut. Sedangkan islam tidak membenarkan kita mendoakan perkara yang tidak baik ke atas umat islam. Pernahkan anda dengar Nik Aziz tarik balik kenyataan itu dan minta maaf kepada Datuk Najib ? 

Begitu juga dalam soal undi Pas dan syurga neraka. Dah terang-terang perkara tersebut tidak betul sama sekali, tetapi sehingga ke hari ini tidak pernah pun Nik Aziz tarik balik perkara tersebut, perbetulkan keadaan dan minta maaf kepada rakyat diatas kekeliruan yang dia lakukan.

Itu baru sebahagian, banyak lagi kekarutan-kekarutan dan fatwa-fatwa songsang yang difatwakan oleh Pas serta Nik Aziz dan Haji Hadi.

Satu lagi contoh, ' Shahibuh Samahah Ustaz' manakah yang memperkenalkan gelaran Anwar Ibrahim Al-Juburi  kepada suami Wan Azizah ?

'Shahibuh Samahah Ustaz' berkenaan masih hidup lagi hari ini walaupun dia mendakwa dirempuh land rover polis beberapa bulan lepas.

Pernahkah anda dengar 'ustaz' yang pernah ditangkap khalwat itu menarik balik gelaran tersebut dan meminta maaf ?

Apa yang dilakukan oleh Hasan Ali itu dosa politik antara dia dengan kepimpinan Pas. Dosa Nik Aziz dan Haji Hadi kepada rakyat Malaysia lebih besar. Kita mahu lihat Nik Aziz yang meminta maaf , bukannya kita nak lihat Nik Aziz memuji orang lain yang meminta maaf.

Setakat hari ini saya berpendapat Nik Aziz dan Haji Hadi tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana bagi mereka politik dan undi sentiasa berada di depan atau diatas. Manakala agama, umat, bangsa, negara, moral dan yang lain-lain akan berada dibelakang atau dibawah dari politik dan undi.

Thursday, December 22, 2011

DAP Penyumbang Kepada Kenaikan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia

Baru-baru ini apabila Transparency International (TI) mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia semakin naik , maka menjerit-jeritlah pemimpin DAP menghentam PM. Anda boleh lihat di sini.

Dibawah ini adalah CPI Malaysia sejak 10 tahun lepas yang disiarkan oleh malaysiakini.

Saya nak ajak anda semua lihat jadual di bawah secara terperinci.


Harus diingat, kajian yang dilakukan oleh TI adalah untuk seluruh negara (Malaysia) . Bukannya hanya di negeri-negeri tertentu sahaja.

Anda lihat kedudukan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004. Bermula dari tangga ke 36 hingga ke tangga  39. Naik turunnya tak banyak, hanya 4 tangga sahaja.

Kemudian lihat pula dari tahun 2004 hingga 2007. Bermula dari tangga ke 39 hingga ke tangga 44. Naik turunnya juga tak banyak, hanya 5 tangga sahaja.

Lihat pula dari tahun 2008 hingga 2011. Bermula dari tangga ke 47 hingga ke tangga 60. Kenaikan yang mendadak, sebanyak 13 tangga. Teruk !!!

Sedangkan sebelum itu tidak pernah terjadi keadaan seteruk itu. Ini semua kerana selepas negeri-negeri yang diperintah oleh BN dulu diambil alih oleh pembangkang pada awal 2008. Merekalah yang penjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu. Pelbagai jenis rasuah dan salah guna kuasa , tidak kira kecil atau besar yang dilakukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. Mereka tak pernah memerintah, apabila dapat peluang memerintah semua benda mereka nak sapu.

Saya bukan cakap melawak atau bergurau. Angka-angka dalam jadual diatas itu semua adalah fakta. Anda semua pun boleh berfikir dan menilainya. Itu mereka baru perintah 5 negeri, kemudian jadi 4 negeri , gejala rasuah di Malaysia sudah sampai ke tahap itu. Cuba anda bayangkan apabila mereka memerintah negara kelak, maka sudah tentulah keadaannya akan berkali-kali lebih teruk dari apa yang ada pada hari ini.

Lim Kit Siang kata
Dia sedar atau tak sedar yang DAP menjadi penyumbang kepada ranking terburuk itu ?

Matinya Teoh Beng Hock kerana kegiatan rasuah DAP.

Semua benda DAP nak sapu, dari sekecil-kecilnya hingga ke sebesar-besarnya. Lihat di sini.

Itu belum dikira lagi kegiatan-kegiatan underground di Selangor. Lihat di sini

Itu semua menjadi penyumbang kepada kenaikan CPI Malaysia.

Contoh terbaru adalah apa yang terjadi di Perak sehari dua ini.

Sebelum masuk bab apa yang terjadi di Perak sehari dua ini , saya nak ajak anda lihat ranking dalam jadual diatas sekali lagi.

Lihat pada tahun 2008 dan 2009. Kedudukan rasuah di Malaysia naik mendadak pada tahun berkenaan. Dari tangga 47 naik ke tangga 56. Sembilan tangga. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kita sampai begitu teruk sekali.

Puncanya senang, kerana DAP yang mengusai pemerintahan negeri Perak pada masa itu. Dan merekalah yang menjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu.

Dibawah ini adalah salah satu contoh dari puluhan kes lain yang berlaku di Perak pada masa itu. Puluhan kes lain akan didedahkan secara berperingkat-peringkat. Kuari , balak, lombong, tanah, pembekalan alat pejabat dan yang lain-lain lagi. Dimulakan dengan yang kecil dulu dan diikuti dengan yang besar dan besarrr dan besarrrrr....

Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan sebulan selepas DAP mengusai pentadbiran Perak , yang mana syarikat tersebut milik isteri pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming telah diberi kontrak untuk membekal pakaian kepada Majlis Bandaraya Ipoh.
Tarikh ditubuhkan: 23.04.2008
Sebelum itu jawatankuasa tender MBI telah bermesyuarat untuk memilih syarikat Goodman Tailor bagi membekal pakaian kepada ahli majlis MBI kerana syarikat itu telah menawarkan harga yang paling rendah (RM 450.00/pasang) daripada 5 syarikat yang mengemukakan sebut harga. Manakala syarikat milik isteri Nga Kor Ming menawarkan harga yang paling tinggi iaitu RM 650.00 sepasang.

Selepas itu dua saudara sepupu dari parti DAP, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham telah meminta agar kontrak tersebut di berikan kepada syarikat isteri Nga Kor Ming. Semua kejadian itu dicatatkan dalam minit mesyuarat MBI. Selanjutnya baca di sini.

Kalau DAP benar-benar jujur dan anti rasuah, sepatutnya Nga Kor Ming pada masa itu sebagai exco yang menjaga kerajaan tempatan tidak membenarkan sama sekali syarikat milik isterinya menghantar sebutharga.

Bukannya dia nak halang, dia pula yang suruh MBI pilih syarikat isterinya. Niat untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa mereka telah pasang sebaik sahaja mereka perintah Perak. Sebab itulah mereka cepat-cepat pergi tubuh syarikat. Balun selagi boleh, tidak kira kecil atau besar.Sebab itu indeks rasuah naik mendadak antara 2008-2009. DAP Perak yang menjadi penyumbang utama.

Mana dia Khalifah Lim Guan Eng punya CAT (Competency, Accountability and Transparency) ?

Tak usahlah DAP nak bercakap pasal rasuah dan ketelusan jika diri sendiri penuh dengan tahi rasuah.

Kemudian dia kata isterinya hanya 'sleeping partner'.

Porahhhhhhhhh, kalau tiada apa-apa keuntungan kau ingat orang nak ambil ke isteri kau untuk tidur dalam syarikat ? Nak tipu dungu-dungu DAP, PKR dan PAS bolehlah oiiiii...... Sleeping partner dilantik sebulan selepas DAP perintah Perak . Kalau dilantik sebulan sebelum PRU 2008 logiklah alasan kau tu oiiiii.....

Tarikh dilantik sebagai 'sleeping partner' sama dengan tarikh penubuhan syarikat
Modus operandi kegiatan rasuah DAP adalah kaut yang kecil-kecil, tetapi kuantitinya banyak. Mereka rasuah tak banyak, hanya sekitar ribu hingga puluhan ribu sahaja, tapi banyak tempat. Bila dihimpun jumlahnya akan jadi banyak. Lihat contoh dalam kes Teoh Beng Hock.

Mereka guna cara sedemikian supaya orang tak nampak. Dan jika kantoi mereka kata itu hanya projek kecil-kecil berbanding dengan rasuah yang dilakukan oleh BN. Maka orang ramai pun percayalah kata-kata mereka.

Kecil besar, 10 sen, 1 ribu, 10 ribu, 10 juta, rasuah tetap rasuah dan ianya akan tercatat dalam rekod Transparency International.

Esok Hari Penentuan Buat Dr Khir Toyo


Setelah setahun dituduh dan turun naik mahkamah serta dibela oleh 5 orang peguam , maka esok sampailah ke kemuncaknya. Esok akan menjadi hari penentuan bagi mantan MB Selangor samada beliau akan didapati bersalah atau tidak. 

Untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Apa pula nasib Dr Khir ?

Ikuti kupasan dari seorang sahabat di sini.

Wednesday, December 21, 2011

Siapa Di Belakang Ramasamy dan Siapa Di Belakang Hasan Ali ?


Dalam dua minggu kebelakangan ini kita dihidangkan dengan drama-drama terbaik persembahan pemimpin-pemimpin Pas dan DAP.

Pertamanya, krisis dalam DAP antara Karpal Singh dengan P Ramasamy.

Kedua, krisis dalam Pas antara Hasan Ali dengan kepimpinan Pas Selangor dan Mustafa Ali.

Seperti biasalah, sepertimana yang kita kenali Pas sejak azali, apabila ada masalah sesama mereka Umno dan Utusan Malaysia yang akan menjadi mangsa untuk disalahkan. Begitulah dalam kes Hasan Ali. Haji Hadi menyalahkan Utusan Malaysia dan mengatakan itu semua fitnah Utusan Malaysia. Sini

Sedangkan media yang pertama melaporkannya adalah malaysiakini. Sini

Apa punya ulama main tuduh sembarangan, tak takut dosa ke ?

Nasib baik Utusan Malaysia bukan kaki saman. 

Kalau Husam Musa dah tentu saman tu....kah....kah...kah....kah....kah...

P Ramasamy adalah seorang ahli politik yang masih junior. Baru kali pertama bertanding dan pegang jawatan. Bak kata orang cop jari pun belum kering lagi. Adakah anda fikir dia berani nak berentap dengan Karpal Singh, seorang otai,   jika dia tidak mendapat lampu hijau dari orang-orang yang berkuasa dalam DAP ?

Permainannya mudah, orang-orang tertentu dalam DAP yang bengang atau nak tendang Karpal menjadikan Ramasamy sebagai kambing hitam . Jangan ingat mereka dalam DAP tiada masalah. Mereka pun berserabut macam kita juga. Ramai cina-cina harbi DAP Penang tak sukakan Karpal kerana ketegasannya. Mereka memang nak cari jalan untuk tendang Karpal menjelang PRU 13 nanti. Mereka tahu banyak masalah akan timbul dengan Karpal dalam soal calon-calon pilihanraya. 

Siapa kepala yang nak tendang Karpal ?

Siapa yang naik kapal selam bersama Ramasamy ?

Begitu juga dalam hal kelantangan luar biasa Hasan Ali kebelakangan ini. Adakah anda fikir tidak ada rancangan tersembunyi disebalik keberanian itu ?

Bukannya saya hendak menuduh atau memandang serong terhadap Hasan Ali, cumanya saya pelik keberanian luar biasanya semenjak kebelakangan ini. Sehinggakan malam ini beliau akan menunjukkan keberanian luar biasanya itu di TV 3 jam 11 malam. Kebiasaannya orang-orang Pas tidak mesra media pro kerajaan, tapi kali ini lain macam nampaknya.

Pas sekarang sedang ketandusan undi melayu dan mereka tahu mereka akan kalah teruk di kawasan-kawasan melayu dalam PRU akan datang. Undi cina tidak menjadi masalah bagi mereka kerana dalam apa cara sekali pun cina tetap tidak akan undi BN. Tetapi undi cina tidak banyak mendatangkan hasil kepada Pas kerana ianya lebih menguntungkan DAP dan PKR.

Tidakkah anda terfikir keberanian luar biasa Hasan Ali kebelakangan ini sebahagian daripada strategi Pas untuk menarik undi melayu ? Mereka hendak tunjuk kepada orang-orang melayu bahawa pemimpin mereka masih mempertahankan islam, melayu serta raja-raja melayu.

Ataupun....

Ini sebahagian dari strategi Pas untuk membentuk perpaduan dengan Umno setelah mereka berkali-kali menolaknya sebelum ini. Pas dah sedar sekarang, nasib mereka akan kelam dalam PRU 13 kelak kerana terlalu banyak kerosakan yang telah mereka lakukan selepas PRU 2008. Jadi sebelum mereka hanyut dibawa arus dalam PRU 13 adalah lebih baik mereka menjalinkan kerjasama dengan Umno. Mereka nak hulur tangan perpaduan kepada Umno sudah tentu mereka malu kerana selama ini dengan angkuh mereka menolaknya. Lalu diletakkan bola di kaki Hasan Ali untuk menyepaknya terlebih dahulu. 

Seperti yang saya katakan diatas , saya bukan hendak memandang serong atau curiga terhadap usaha Hasan Ali. Kita kena bersangka baik. Kalau nak bentuk perpaduan pun kita alu-alukan, cuma dalam politik kita kena berhati-hati. Politik penuh taktik, teknik dan strategi. Politik juga penuh dengan kepuraan-puraan, lakonan dan penipuan. Sebab itu orang yang betul-betul alim dan hatinya suci dia tidak akan masuk politik, kerana mereka takut kepada dosa.

Wednesday, December 14, 2011

Posisi Tujah Dan Menonggeng Yang Cuba Dinafikan Oleh Anwar


Satu perkara yang sangat menarik perhatian saya semalam ialah bagaimana peguambela Anwar cuba menggunakan keterangan Dr. Thomas Hoogland bahawa kesakitan tulang belakang Anwar membataskan dia melakukan pergerakan seks sekaligus menyanggah keterangan pengadu iaitu Saiful Bukhari Azlan yang Anwar telah meliwatnya secara 'rakus dan laju'.

Pukul 4:16 petang
Peguambela juga memetik kenyataan Dr. Thomas Hoogland, pakar Orthopedik yang merawat Anwar Ibrahim yang mendakwa individu yang mempunyai simptom tulang belakang dan arthritis, tidak mampu melakukan hubungan seks yang didakwa Saiful sebagai ‘rakus dan laju’. (SINI)


Bagaimanapun, penolakan Dr. Thomas Hoogland itu adalah bersandarkan kepada pemeriksaannya ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 2005 atau lebih tepat lagi, bersandarkan teori 6 tahun yang lepas.


Dalam keterangan awal, Saiful Bukhari Azlan mendedahkan bagaimana dia diliwat dalam posisi melutut dan ditujah dari belakang oleh Anwar dengan 'rakus dan laju'. Biarpun pihak pembela Anwar cuba menggunakan keterangan Dr. Thomas Hoogland, namun bukti-bukti yang tersedia, sama ada ketika Anwar Ibrahim berada di HKL, mahupun rakaman CCTV pada hari Saiful bersama-sama Anwar di dalam lif kondominium terbabit, membuktikan 'kecederaan' tulang belakang bukanlah faktor utama yang boleh dijadikan hujah. 


Sebabnya, Anwar Ibrahim langsung tidak menunjukkan rasa sakit apabila dia yakin, tiada mata yang memerhatikannya. Dia hanya berlagak sakit tulang belakang apabila berada di khalayak awam sepertimana lakonannya terpaksa disorong dengan kerusi roda, padahal sebelum itu, dia kelihatan sangat sihat dan boleh berjalan tanpa sebarang simptom sakit tulang belakang.

Sankara Nair cuba menegaskan keterangan Dr. Hoogland sebagai layak diterima walaupun keterangan itu sebenarnya telah cacat dari awal lagi iaitu tempoh masa rawatan yang tidak dilakukan oleh Dr. Hoogland. Dr. Hoogland sekadar menggunakan rekod lamanya dan rekod lama juga membuktikan, Anwar Ibrahim mengambil masa yang sangat singkat untuk pulih daripada kecederaan yang dikatakan mengancam nyawanya. 

Tidak sampai 48 jam selepas berada di Jerman, dia sudah pulih semula!

Dan sekarang, peguambela Anwar cuba menghilangkan 'fakta 48 jam pulih semula' itu dengan menawarkan hujah, Anwar tidak boleh melakukan posisi melutut dan menujah dari belakang.

Tuesday, December 13, 2011

Anwar Perlu Resah Gelisah Dengan Gelagat Peguambelanya


Sepanjang sesi penggulungan hujah semalam oleh peguambela Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, banyak perkara yang cuba disentuh oleh mereka. Bagaimanapun satu perkara yang sangat jelas ialah barisan peguambela Anwar Ibrahim telah gagal menimbulkan keraguan terhadap tuduhan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Yang mereka pertikaikan adalah tentang tahap kesihatan sperma di dalam dubur Saiful. Karpal, Sankara Nair dan Ram Karpal langsung tidak mempertikaikan pemilik sperma tersebut. Sebaliknya yang dititikberatkan adalah tentang bagaimana DNA Anwar Ibrahim diperolehi. 
Melucukan apabila Sankara cuba menimbulkan teori tentang penanaman dan pengadaan bukti iaitu DNA anak guamnya. 

Seperti yang diketahui, Anwar Ibrahim keberatan untuk menyerahkan DNAnya secara sukarela, sebaliknya memberikan pelbagai alasan, termasuklah pihak berkuasa telah mempunyai DNAnya pada tahun 1998 dahulu, iaitu perbicaraan liwat pertamanya.

Saya tidak melihat kerja-kerja peguambela Anwar Ibrahim itu dapat menyingkirkan persepsi awal bahawa Anwar sememangnya meliwat Saiful Bukhari Azlan berdasarkan kepada gelagat mereka sendiri. Apatah lagi dalam penggulungan pada sebelah petang, Sankara dan Ram Karpal seolah-olah sepakat untuk menyatakan bahawa Anwar memang meliwat tetapi liwat itu dilakukan secara suka sama suka.

Kronologi sesi penggulungan semalam boleh dibaca di sini.

Monday, December 12, 2011

Anwar Ibrahim Labelkan Papagomo Sebagai Ancaman Negara

Saya tertarik dengan beberapa berita tentang kejayaan Menteri Pertahanan membungkamkan mulut Ketua Menteri Pulau Pinang yang banyak bercakap sebelum ini tentang kedua-dua buah kapal selam TLDM. 

Biarpun ia masih tidak mampu menutup mulut Guan Eng sepenuhnya, sebaliknya Guan Eng mula mempertikaikan beberapa perkara lain, termasuklah kos sebenar kapal selam tersebut, ia sebenarnya sudah pun menunjukkan bagaimana Lim Guan Eng telah kena check-mate oleh Zahid Hamidi.

Namun itu bukanlah cerita yang menarik kerana kita semua tahu, Lim Guan Eng dan pasukan pembangkang di negara ini sentiasa melihat sesuatu dari sudut salahnya. Apa-apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan, semuanya salah, semuanya rasuah dan semuanya penyelewengan. 

Saya lebih tertarik apabila buat kali pertama dalam sejarah blogging di negara ini, Anwar Ibrahim yang selama ini begitu gah dan berbangga kerana kejayaannya banyak disumberkan daripada penguasaan alam siber, tiba-tiba menunjukkan kebimbangan yang teramat sangat tentang seorang blogger yang dikenali sebagai Papagomo. 

Sebelum ini, salah seorang konco Anwar, Amin Iskandar atau Amin Black telah membuat laporan polis terhadap Papagomo dengan ditemani oleh salah seorang blogger yang mengaku dirinya sebagai blogger pro-UMNO tetapi ramai yang tahu, Anuar Mohd Noor atau Anuar Reform adalah serigala berbulu biri-biri.

Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu tetapi saya lebih berminat untuk memperkatakan tentang Anwar Ibrahim dan DAP terutama sekali Tony Pua dan Lim Guan Eng yang kelihatan terlalu takut dengan kehadiran seorang blogger pro-UMNO. Walaupun sebenarnya ketika di dalam helikopter, Lim Guan Eng ditemani oleh seorang lagi blogger pro-UMNO yang sebelum ini pernah mencetuskan kekecohan terutama sekali melibatkan DAP dan Pulau Pinang menerusi cerita pemurtadan dan ikrar janji untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Kristian dalam sebuah majlis tidak lama selepas DAP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi di Sarawak, namun kebimbangan Guan Eng lebih terarah kepada blogger yang bernama Papagomo.

Timbul persoalan, apakah sebenarnya Lim Guan Eng gentar sekiranya dia tidak boleh berbohong lagi? Manakala Anwar Ibrahim pula menjadi pembantu untuk memenangkan Guan Eng dengan melabelkan Papagomo atau lebih tepat lagi blogger pro-UMNO sebagai ancaman kepada negara. 

Di mana sebenarnya ancaman kepada negara yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim? Adakah dengan melakukan pendedahan terhadap kepincangan dan penyelewengan hidup peribadi Anwar Ibrahim yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri, dianggap sebagai ancaman terhadap negara? Bilakah pula masanya Anwar Ibrahim tiba-tiba sahaja bertukar menjadi Negara Malaysia?

Secara ringkasnya, saya melihat kebimbangan pasukan Pakatan terutama sekali dari kalangan pimpinan tertinggi Pakatan seperti Guan Eng dan Anwar Ibrahim ialah kewujudan blogger pro-UMNO yang merakamkan segala gerak laku dan kemudian menghebahkannya tanpa pemimpin-pemimpin seperti Guan Eng dan Anwar dapat menjawabnya, melainkan memberi alasan, semua itu hanyalah fitnah. 

Walaupun selama ini, Pakatan seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah juara medan siber dengan pelbagai bantuan dan sokongan diberikan, tetapi nampaknya sekarang keadaan sudah berubah sama sekali. Justeru semakin ramai pemimpin Pakatan yang mencari-cari jalan untuk 'membunuh' setiap blogger atau pejuang siber UMNO dengan apa cara sekalipun.

Cuma, melabelkan blogger sebagai ancaman kepada negara, berbanding ahli-ahli politik seperti Anwar Ibrahim dan Guan Eng yang tidak segan silu membuka rahsia negara di negara asing, dilihat seperti sudah sangat terdesak. Bukan terdesak untuk menang pilihanraya, tetapi terdesak kerana ruang membohong semakin terkatup rapat.

Monday, December 5, 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man Perlu Cermin Muka Sendiri Terlebih Dahulu

Orang-orang Umno sering digambarkan tidak islamik, penipu, perasuah dan sebagainya oleh orang-orang parti islam semalaysia (PIS). Hanya mereka yang jujur, mereka yang amanah, mereka yang islamik, mereka yang alim dan mereka sahaja yang akan ke syurga.

Mereka-mereka ini seolah-olah muka tak tahu malu, walaupun sering terkantoi dengan pembohongan dan fitnah tetapi masih lagi dengan ketayap putih diatas kepala meneruskan siri-siri pembohongan.

Laman Selangor Daily hari ini menjawab pembohongan yang dilakukan oleh anak saudara Nik Aziz. Sila baca  di sini terlebih dahulu.

Sekarang saya pula nak sambung apa yang diperkatakan.

Terang-terangan dia melakukan penipuan. Jika tidak ada orang yang berebut jawatan dalam Pas , maka sudah pastilah setiap kali pemilihan Pas tidak akan berlaku pertandingan. Tetapi itu tidak berlaku kerana orang Pas pun gila jawatan juga. Termasuklah Tuan Ibrahim sendiri yang berebut jawatan Timbalan Presiden hingga berlaku pertandingan 3 penjuru.

Cerminlah muka anda terlebih dahulu wahai Tuan Ibrahim Tuan Man.