Friday, January 20, 2012

Antara Projek Lembu Fidlot Dengan Projek Kambing Janapari , Mana Yang Gagal ?


Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja. 

Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai. 

Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno. 

Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. 

Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

NFC - National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) - Di bawah Kerajaan Pusat.

NFC - National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini

Sudah berpuluh tahun Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan daging. Untuk mengatasinya maka diimport daging dari India , New Zealand dan Australia. 

Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.

Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui. Waktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Bila wakil kita balik , apa yang mereka buat kita pun tak tahu. 

Beberapa tahun lepas timbul satu isu di India, dimana sebuah NGO antarabangsa membantah tindakan penyembelih lembu disana yang menyembur bahagian mata lembu dengan sejenis spray sebelum disembelih. Tujuan dilakukan begitu adalah untuk memudahkan kerja mereka menyembelih.

Satu lagi masalah adalah, daging-daging yang diimport dari India bukannya daging lembu , sebaliknya itu daging kerbau. Di sana mereka tak sembelih lembu kerana lembu tuhan mereka. 

Untuk mengatasi masalah status halal diragui, masalah pengaliran keluar wang negara serta masalah kekurangan daging lembu tempatan, maka pada tahun 2006 kerajaan telah mengambil insiatif untuk mewujudkan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. 

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan tanah seluas 5000 ekar telah diperuntukkan untuk menjayakan projek berkenaan. 

Kerajaan telah membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan cadangan dan membentangkan kertas kerja projek mereka. Sebanyak 6 buah syarikat menghantar proposal mereka. 

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melantik dua syarikat bagi menjayakan projek berkenaan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan mereka. 

Dua syarikat berkenaan adalah Agroscience Industries yang kemudiannya menubuhkan NFCorp Sdn Bhd. Manakala sebuah syarikat lagi adalah Lambert Agriculture (M) Sdn Bhd, tetapi menarik diri kemudian.

Pada tahun 2007 MOF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 250 juta kepada NFCorp bagi memulakan projek. Disini anda perlu faham , apabila disebut lulus bukannya mereka dapat seketul wang itu RM 250 juta. Mereka dapat berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan projek. Sehingga ke hari ini NFCorp menerima wang sebanyak RM 181 juta. Masih ada berbaki RM 69 juta di tangan kerajaan.

Pembangkang dok gebang, 

Keluarga Shahrizat dapat 250 juta duit rakyat.....

Keluarga Sharizat dapat tanah 5000 ekar.....

Lembu hanya ada seekor....

Tak betul....

Itu semua tak betul.....

RM 250 juta itu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik dalam masa 17 tahun dengan kadar interest sebanyak 2 % setahun.

Tanah 5000 ekar itu adalah tanah milik Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI)  yang diperuntukkan untuk disewa oleh pengusaha-pengusaha fidlot. NFCorp memajak tanah tersebut dengan keluasan 1500 ekar dari MBI. Yang baki 3500 ekar itu masih lagi milik MBI.

Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya. Anda boleh lihat gambar di sini.

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.

Selain projek kambing janapari , apa telah jadi kepada projek Kelantan Koridor Depu ? Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang terbarai hasil kegagalan projek itu ? Kalau boleh kita minta blogger kickdefella tolong jawab. 

Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM 250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka. 

Lainlah sekiranya mereka ambil duit pinjaman dari kerajaan dan pergi beli kondo serta tanah, tapi projek tidak laksanakan. Kalau begitu caranya sebelum dapat kepada PKR dan Pas, awal-awal lagi aku dulu yang 'sembelihkan' mereka. 

Jika mereka tidak serius untuk menjayakan projek, tidak mungkin mereka sudah habiskan berpuluh-puluh juta untuk membangun segala kemudahan dan membawa lembu-lembu dari luar negara masuk. Melakukan kacukan baka-baka lembu dan pelbagai kerja-kerja lain lagi. Jika mereka tidak serius tidak mungkin anak lelaki Datuk Saleh yang juga anak seorang menteri yang hidup selesa di bandaraya KL sanggup pergi tinggal di rumah kakitangan dalam ladang lembu di Gemas untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.

Berbalik kepada kisah hartanah yang mereka beli. Dimanakah lokasi yang mereka beli  ? Kondo di Bangsar dan di Singapura , serta tanah di Putrajaya. Tempat-tempat yang hartanah bernilai tinggi dan mudah untuk dijual. Tidakkah itu satu pelaburan yang bijak ? Tindakan mereka perlu dipuji kerana berusaha cari jalan untuk menambah wang bagi menjayakan perniagaan, dan bukannya dengan cara meminta kerajaan menambah pinjaman kepada mereka. 

Apakah ahli perniagaan Ah Seng dan Ah Hock tidak melakukan perniagaan sedemikian cara ? Sudah tentu ya. Jika Ah Seng dan Ah Hock boleh melakukan begitu, kenapa pula Saleh tak boleh ? 

Bersambung....

69 comments:

Anonymous said...

terbaik kupasan bro...


PKR tu yg LEMBU di cucuk jubur anuar... bodoh punya PKR..

lan cheras said...

sekarang aku dah faham.
apsal awal2 kau tak ceritakan semua ini ? bila fitnah dah berakar umbi baru kau nak terangkan.

Anonymous said...

.. ini sebab umno .. umno .. UMNO .. asal umno semua tak betul

asal pas ... xde kambing pun buleh kata berjaya .. dan masuk syurga

kah kah kah kah

Anonymous said...

Salam. Steady ar rbf. Wa boleh mail ni pada kawan2. Supaya mereka semua dapat penerangan. Wa pun baru faham sekarang. Dulu pun ada baca tapi kurang faham. Tq rbf.-B_B

Anonymous said...

harap dpt bongkarkan KEGAGALAN projek kambing kelantan.

lan cheras said...

setuju dgn anon 11.06pm
tulisan sempoi rbf buat kita mudah faham.

Anonymous said...

yang cite lembu duduk dalam kondo tu kau simpan dalam seluar dalam kak ijat ke?

Reverse Gear said...

buat projek juta2, tahi kambing pun tak nampak? pelik..pasal projek ternak muhalazah kat sepang tu rancak jer jalan. khinzir lagi afdal dari kambing?

Anonymous said...

Inilah fakta....
Mcm baca kupasan Dr Khir pulak..
kalo' terusan rbf mgupas isu seperti ini, sy percaya PR gentar beb..
Tp percayalh... diorg ttp slhkan UMNO..
Kasi lg padat fakta bro... taruk2 jgk, fakta mau betul n bernas..

ruang bicara faisal said...

anon 11.29

jgn tunjuk bodoh bro.

kalau tak mampu nak jawab atau dah tertelan kahak sendiri, lebih baik diam.

cerita lembu dlm kondo juak2 hang yg wujudkan. nfc atau kak ijat tak pernah kata mereka letak lembu dlm kondo.

mereka hanya kata kondo itu sebagai pelaburan.sampai masa ianya akan dijual dan mereka boleh dpat untung utk besarkan lagi perniagaan.

kambing janapari pas pula kat mana ? dalam serban nik aziz ke ?

Anonymous said...

yeke? jangan marah, takkan semua orang bukan UMNO bodoh macam lu bro

...nanti jadi bodoh macam lembu. investment!!!!..aduh...cakap terjelir lidah sampai pusat ada orang percaya ke? kalau betuil kenapa nak audit le, SPRM le POLIS le. takpelah lu pegi meraban sorang? takde isi le bro lu punye cakap...

Anonymous said...

anon 11.42 byk sgt makan duit haram hasil ceramah pas.sprm siasat sebab kau org buat laporan.kalau tak siasat kata sprm bersekongkol pula.siasatan/audit perlu dilakukan utk pastikan dakwaan pkr bodoh.

lu betul2 bodoh mcm kambing nik aziz! bercakap sampai berbuih mulut macam letak sabun,tapi isi takde.bodoh piang.

Anonymous said...

JANGAN DILAYAN PUAK2 TU TAHI DALAM OTAK DIA AGAKNYA.KERAJAAN NAK BUAT SUPAYA ORG ISLAM DAPAT MAKAN DAGING YG KITA TAHU MANA SUMBERNYA TAKYAH IMPORT LAGI DAGING YG KITA TAK TAHU MCMMANA HALAL KE IDAKNYA.TAMBAH2 BYK BUKAN ISLAM YG ADA PERMIT BEKAL DAGING NIE,SAMPAI ADA JUGA KITA DENGAR2 BERCAMPUR2 DGN YG TAK HALAL.SALAH KE ORG ISLAM JADI PENGUSAHA DAGING SUPPLY UNTUK NEGARA?

House PK said...

Terbaik bro! Checkmate dah depa........yihaaaaa

Salfian Nawawi said...

Salam Perjuangan dari Sarawak Bro..cerite ni yang gua cari selama ini..mintak izin copy cerita yer ya bro :) http://theunreportednews.blogspot.com/

j-maya said...

salam abang faisal...

minta linkkan blog maya

http://jendelamy.blogspot.com/

Anonymous said...

kalau nak tau namanya melayu hati busuk dan mudah lupa tak sedar diri...pkr inilah tempat mereka bernaung..kalau melayu kaya depa dengki...kalau melayu tak sokong depa mereka marah...kalau orang lain kaya tak apa...jangan melayu saja...depa lupa bahawa bapak segala kronisme dan pembohongan di Malaysia ni adalah Ketuat (Ketua la tu) Mereka Sendiri

pemuda cheh said...

nampaknya laporan ketua audit negara mengenai kegagalan projek NFC adalah bohong...sama mcm laporan audit penyelewengan yg berlaku di kementerian yg lain. harga binocular 3k jadi 20-30k....lepas ni boleh lah petani atau penternak buat loan kat bank lepas tu guna untuk beli rumah sebagai pelaburan...

Anonymous said...

RBF , artikel ini bagus tapi sayang nya baru kini dan datang dari anda.

Sebelum ini ramai dari kami yang faham isu sebenar minta UMNO atau badan komunikasi kerajaan - RTM - mengadakan badan media untuk tangani isu sebegini yaitu satu badan 'Damage Control ' diadakan segera untuk menghadapai serangan politik sebegini. Serangan ini serangan bijak , kerana mereka sendiri , yaitu pembakang, tau isu sebenar. mereka tau ini boleh jolok buat UMNO tunggang terbalik .

Jadi mereka jolok sikit ramai yang tak berapa cerdik tapi jaid pemimin dalam UMNO dna kerajaan mula panik dan tak tau bertindak.

Masalah ketidakcekapan bertindak sebagai damage control yang bijak- ini masalah core umno dan rtm. Terlalu demut.Menunjukan kelemahan sebenar yang patut di ambil tindakan segera.

Bila dah lambat, dah rabak integrity baru lah bak bersuara, macam artikel saudara ni.Sebab tunggu orang otak bernas selesaikan masalah mereka semua. Ini satu keburukan dan kelemahan RTM -tak guna jadi organ komunikasi kerajaan.

Bagi yang tahu isu sebenar Dr Salleh ini seorang yang inovatif dan bijak dan memang sepatutnya di mempelopori dan memimpin NFC ini.

Memang betul ramai dah cuba ternakan lembu, kambing, unta bla bla bla dan ramai tergolek termasuk syarikat anak raja. Tidak mudah dan ramai yang rugi sebab tak menjadi. Betul kita kekurangan daging lembu home breed, itu isu nya.

Dr. Salleh sebelum ini mempelopori berbagai rancangan ternakan ikan, udang bla bla yang antara pioneer dengan inovasi ternakan besar besaran.Dia bukan nay sembarangan otak. Saya tak puji sebab saya kenal dia. Dolu dolu tak tau pun isteri dia orang politik kuat. Melabur dengan membeli unit kondo atau rumah di 'bahagian emas' perkara biasa, dan semua orang buat sebab geranti pulang modal dan untung. Orang cina dah lama buat. Tak percaya? Tanya Daim.

Apa yang tak kena? Hanya favouritism dan kronism? Ya la macam kamisyarikat kecil , nak dapat pinjaman modal pusingan rm600,000 pun seksa dan sehingga hari ini tak dapat dapat. Dapat pun interest tak secantik NFC dapat soft loan . Sampai hampir bangkrap la kami , jual segala yang ada sebab projek berjalan dan tak mahu buang kerja orang orang yang setia dan dah lama kerja dengan kita.

Jadi orang macam kami ada hak marah dan crucify la sharizat dan dr. salleh. Tapi kami tak salah kan mereka. Bukan salah dr salleh dan semestinya bukan salah shahrizat.

Bagi saya yang patut berkokok dan minta maaf adalah orang yang mengendorse pinjaman itu yang tidak beri pelng sama rata pada saya yang juga berkerja kuat dan dalam masa 3 tahun ini masih gagal dapat pinjaman.

NOGO

ruang bicara faisal said...

kpd pemuda cheh,

anda baca tak laporan audit ?

jika baca, anda faham tak apa yg dikata ?

bagi org yang baca mereka akan faham apa yang diperkatakan dlm laporan tersebut.

saya tak nafikan ada teguran dlm laporan berkenaan.

tapi teguran ketua audit sama sekali lain dengan apa yang DIFITNAH oleh pkr.

laporan audit tak sebut pun kondo.

laporan audit tak sebut pun beli tanah.

laporan audit tak kata pun lembu hanya ada seekor.

Insyaallah minggu depan saya akan tulis mengenai apa yang dinyatakan dalam laporan audit.

Salfian Nawawi said...

Bro, bila nak keluar bahagian seterus? mohon linkkan blog hambe ini bro, tq
http://theunreportednews.blogspot.com/

pemuda cheh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
pemuda cheh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
pemuda cheh said...

Kepada yang tidak mengikuti skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).


Di bawah Rancangan Malaysia ke 9 (9MP) pada 2006, NFC disasarkan sebagai ‘Projek berimpak tinggi’ dengan objektif mencapai 40% keperluan daging lembu negara pada 2010. Kerajaan Tun Abdullah Badawi telah menyediakan dana sebanyak RM4.4 bilion untuk memodenkan sektor pertanian dan penternakan di bawah 9MP.


Pada bulan Mac 2007, Kementerian Pertanian di bawah timbalan perdana menteri kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memilih dua syarikat untuk menguruskan NFC. Mereka adalah Agro Science Industries Sdn Bhd dan Lambert Malaysia Sdn Bhd dengan Agro diberi tanah seluas 2,000 hektar dan Lambert diberi 200 hektar tanah untuk memulakan projek. NFC juga mendapat dana sebanyak RM73.64 juga daripada kerajaan Malaysia (GOM) untuk membangunkan projek tersebut.

Pada Disember 2007, kerajaan telah meluluskan satu pinjaman mudah (soft loan) dengan hanya 2% faedah untuk tempoh 10 tahun berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corp Sdn Bhd, satu syarikat usahasama (JV) antara Agro Science Industries Sdn Bhd and GOM untuk memulakan projek tersebut di Gemas, Negeri Sembilan, sebagai langkah pertama dalam pelan membawa Malaysia untuk mengurangkan penggantungan terhadap import daging lembu dengan sasaran permulaan 60,000 anak lembu setiap tahun. Pada masa tersebut, Malaysia sedang mengimport sebanyak 80% keperluan daging lembu negara.

pemuda cheh said...

Pada Februari 2008, NFC menerima 1,000 anak lembu pertama dari Australia.

Pada Julai 2008, setelah lima bulan beroperasi, NFC telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan sasar 28% tampungan keperluan daging lembu negara pada 2010, kurang daripada 40% yang ditetapkan oleh GOM di bawah 9MP.

Pada Mac 2010, NFC pula menyatakan bahawa mereka boleh mencapai 40% tampungan keperluan negara pada 2015, lima tahun lebih lewat daripada yang jangkaan.

Pada October 2011, Jabatan Audit Negara telah mengemukakan laporan Ketua Audit Negara 2010 (yang terlewat) yang membongkar pembaziran belanja jabatan-jabatan kerajaan serta kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan yang menyebabkan jumlah hutang dan defisit kerajaan persekutuan meningkat.

Salah satu perkara yang ditegur ialah projek NFC di mana audit antara Januari dan Mac 2011 telah mendedahkan bahawa objektif NFC gagal dipenuhi kerana pembangunan untuk 130 usahawan perintis di bawah Program Pembangunan Usahawan tidak dilaksanakan dan kontrator utama telah menarik diri daripada projek tersebut pada tahun 2008.
Selain itu, NFC turut didedahkan hanya mampu menghasilkan 3,289 anak lembu pada 2010 daripada jangkaan 8,000 dan audit menegur keseluruhan operasi NFC dalam keadaan ‘kelam-kabut’.

Pada November 2011, barisan pembangkang mula mendedahkan penyelewengan kewangan di dalam NFC, di mana NFC didakwa telah memberikan pinjaman sebanyak RM84 juta kepada syarikat kepunyaan suami Ketua Wanita Umno dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, dan pengerusi NFC Dr Mohamad Salleh Ismail. Pembangkang turut mendakwa NFC telah menggunakan dana untuk:

1. membeli kondo mewah di Bangsar yang berharga RM9,758,140 (selepas itu, ia didedahkan bahawa NFC telah membeli dua kondo mewah di One Menerung Bangsar pada harga RM6.9 juta setiap satu)

2. dua tanah di Presint 10 Putrajaya berharga RM3,363,507

3. Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622 (melalui National Meat and Livestock Corporation)

4. Memindahkan dana sebanyak RM588,585 kepada Meatworks (Singapore) Pty Ltd.

(National Meat and Livestock Corporation dan Meatworks adalah kepunyaan keluarga Shahrizat Jalil).

5. NFC turut telah mengeluarkan 15 cek daripada akaunnya di CIMB Islamic Bank Berhad di Taman Tun Dr Ismail kepada agensi pelancongan Impian Global Network Services untuk tempoh tujuh bulan (tiap-tiap bulan) sebanyak RM455,423.

Ketika ditanya, Shahrizat memberitahu bahawa beliau tiada apa-apa kaitan dengan skandal NFC.

“Saya tidak akan menjelaskan (isu NFC), tapi saya mempunyai dua mesej utama yang ingin disampaikan ketika perhimpunan Agong Wanita Umno. Sila tunggu. Sebagai pemimpin, kita mesti bersabar dan tenang dan jangan menjadi histeria dengan senang. Jika ada sesiapa yang ingin bertanya pasal NFC, mereka harus bertanya pada orang NFC. Saya hanya akan fokus pada Wanita Umno.”

Pengerusi NFC ialah Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (suami beliau), Pengarah Eksekutif NFC pula ialah Wan Shahinur Izmir (anak beliau, umur 31), Ketua Eksekutif NFC ialah Wan Shahinur Izran (anak beliau juga, 27) dan Pengarah NFC ialah Wan Izzana Fatimah (anak beliau, 25).

Semasa NFC membeli kondo mewah pada 2 Disember 2009 untuk RM9.8 million, dilaporkan NFC dalam kerugian RM11 juta dalam akaun tahunannya. Turut dilaporkan pengerusinya menerima gaji sebanyak RM100,00 sebulan, pengarah eksekutif RM45,000 sebulan, ketua eksekutif RM35,000 sebulan dan pengarah satu lagi pun RM35,000 sebulan.

Semasa orang yang dilahirkan di Kuwait dan belajar di Oxford, ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin datang cuba menyelamatkan Shahrizat, beliau menyatakan bahawa ia adalah satu ‘keputusan perniagaan yang bijak’ untuk National Livestock and Meat Corporation untuk ‘melabur’ dalam banglo mewah daripada membiarkan duit rakyat dibiarkan duduk diam dalam akaun bank dan tiada masalah dalam pembelian tersebut.

Anonymous said...

pemuda cheh@cis bawa fakta belit malaysiakini.kalau otak dah tersumbat dah x blh buat apa2

Anonymous said...

btl la bro...pemuda cheh nie mcm bgs je.....pulau batu putih kn ke kes nie bwk ke icj....ape kene lak ngn umno....

Anonymous said...

projek jangka mase panjang mang la amik mase utk berhasil....pemuda cheh nape ko xnk ulas projek kambing jamnapari kt kelantan tu....rbf cp taik kambing pn xde....ko siasat la....

Anonymous said...

Pemuda Cheh,

Tak usahlah nak berhujah dengan orang2 tongong nih!!!!! buang mase aje....

Anonymous said...

ko ambil mkini punya berita apehal?

ko tak tahu ke mkini suka putarbelit?

Anonymous said...

takde sorang pun pencacai paktan kat sini yang boleh berhujah pasal kambing janapari..

semakin jelas sape sebenarnye yang gagal..

Anonymous said...

@pemuda cheh...

cuba terangkan pula projek kambing janapari apa dah jadi??

bukan duit rakyat?

Anonymous said...

tol2 pemuda cheh...buang mase je layan org tongong...bik ko layan china doll mcm pemimpin anugerah tuhan ko tu...

Anonymous said...

bodoh nak mampus penulis blog ni. kalau nfc tu milik Jenab Binti Abu, memang la x ade orang peduli pasal die gune DUIT SENDIRI. kalau shahrizat, memang la orang bising sbb die guna dana kerajaan. DUIT RAKYAT.

Anonymous said...

Yg bodoh bukan penulis blog.yg bebal dan bingai adalah penghantar komen.yg tuan blog maksudkan sekiranya nfc tu milik jenab bin abu tak kan jadi masalah besar.

Anonymous said...

ak xtau la ko nak publish ke x komen ni...ape ek nma ko? faisal ek? yg cari popular murahan cari pasal dgn wardina tu kan? ko ni ckp mmg pandai kan...bela la kroni cik jat tu... apa kejadah kau bela lembu..pastu beli kondo juta2 cakap pelaburan....nak bagi lmbu duduk dlm tu? Cuba ko yg bukak blog politik ni..ttba cerita pasal kereta..ko rasa benda tu normal ka? tak kan? tapi aku rasa ko mmg tk normal..sbb ko asyik jilat bontot kerajaan..ttba ko cri pasal ngn wardina...sama je la ko dgn jijat tu....

Anonymous said...

jangan marah dia, sebagai jantan dayus dan pondan, dia dah mintak maaf. Respek sikit bro...

Anonymous said...

Mereka yang anti NFC tu sebanarnya DENGKI dan yang TERANG BEBAL NAHU & BAHASA...tidak faham dan reti membezakan PINJAMAN dengan pemberian/peruntukan.

Yang penting bagi kerajaan pelaburan(PINJAMAN} yang diberikan kepada NFC tu dibayar kembali kepada kerajaan dalam jangka waktu yang ditetapkan.

DIORANG nak bela lembu ke BABI ke dalam kondo bukan urusan kerajaan.waemah kalau nak bela emak2 korang dijadikan tukang urut dalam kondo tu pun tak jadi masaalah(keh3x) itu urusan diorang.SEBAGAI yang memberi PINJAMAN yang penting HUTANG lu bayar kembali.

SUSAH SANGAT KE NAK FAHAM...dah jadi lembu gaknya orang Pakatan nie..asyik dicucuk HIDUNG .. akai ada pe..kasi GUNA.

Anonymous said...

yaa projek jamnapari oleh husam yang berkelulusan ekonomi pun gagal besar

Anonymous said...

sebenarnya rafizi yang dikatakan genius tu tak lah sepandai mana pun, entah2 dia jadi gundik anwar time kat MCKK tu yang dapat jadi pelajar terbaik, dalam dunia ni apa pun tak mustahil, sama ada ia benar atau tidak sahaja

Anonymous said...

DUIT SENDIRI? ALANGKAH BINGAI PENCACAI PAKATAN 9:47AM TU. NAK BELI KERETA PUN KO BUAT BANK LOAN JUGAK. INIKAN PULAK NAK BUAT BISNES BESAR2AN..

DUIT RAKYAT? BERAPA BANYAK TAX KO BAYAR SETIAP TAHUN? KALAU TAK LAYAK, TOKSAH BISING PASAL DUIT RAKYAT. KALAU TAK FAHAM BUSINESS MANAGEMENT AND INVESTMENT, TOKSAH KOMEN. NAMPAK SANGAT BANGANG!

HUJAH PASAL JANAPARI TAKDE KE?

pemuda cheh said...

kenapa tak jawab soalan2 tu...apasal delete

pemuda cheh said...

saya tak pernah delete comment pembaca di blog saya

pemuda cheh said...

pasal projek kambing tu...kalau gagal pun tak la sampai masuk sebagai kategori bermasalah didalam laporan audit ketua audit negara...kalau nak disenaraikan penyelewengan(saya dah senarai tapi telah dipadam) dan salah urus yang berlaku sepanjang pemerintahan BN terlalu banyak. semuanya tiada tindakan demi menjaga kroni.tak percaya baca laporan ketua audit negara

Anonymous said...

Setahu aku, YB Bung Mokhtar yang paling lantang suruh Syarizat letak jawatan. Apasal takde blogger pro-BeEnd hentam dia balik?

CIFUT said...

"pasal projek kambing tu...kalau gagal pun tak la sampai masuk sebagai kategori bermasalah didalam laporan audit ketua audit negara"

Bunyi mcm "gagal pun takper sbb tuhan dah ampunkan dosa". Atau bahasa mudahnya, "hancur BN sbb gagal, hidup PAS walaupuan gagal"

Dasar menghalalkan cara.

Anonymous said...

walaupun aku pro kerajaan, aku pun selalu komen suruh dia disiasat dan letak jawatan segera waktu isu ni timbul..ye laa, dah jadi liabiliti. buat apa nak simpan?

tapi bila dah diperjelaskan, aku pun faham. kita bagi chance dia bela diri. biar pihak bertanggungjawab yang siasat dan bertindak. lagipun itu semua business oriented. dapat sumber pun sebab pinjaman.

hah, skrg dah ada saman 100juta. kita tunggu je la apa hasilnya nanti. cukup2lah putarbelit dan buang jauh2 sifat dengki dan busuk hati korang tu.

Anonymous said...

pasal projek kambing tu...kalau gagal pun tak la sampai masuk sebagai kategori bermasalah didalam laporan audit ketua audit negara...

jadi kalau gagal pakatan dihalalkan ke? itu guna duit sape tu? duit rakyat jugak kan? so, mengapa ada gagal berpilih ni? ini betul2 demokrasi terpimpin kepala hotak la ni..

Anonymous said...

JIKA BENAR nfc gagal... si pemimjam TETAP perlu byr balik pinjaman + 2% faedah.
Berbaza dgn projek kambing... gagal bermakna LEBUR duit rakyat. Sipengusaha hanya berlalu pergi sambil tersenyum.

Anonymous said...

Bro,

1. Saya lihat kebaikkan dalam kes ini adalah kesediaan Kak Izat dan kerajaan untuk membenarkan siasatan dijalankan but don't take too long nanti jadi cerita lain pula.

2. Seperti jawapan anda kepada Pemuda Acheh memang betul sebab saya pasti apabila membuat pemeriksaan kewangan ianya akan dihubungkaitkan dengan Business Model dan loan agreement.Oleh itu laporan audit tidak menyentuh tentang pembelian kondo dan gaji executive syarikat .Laporan menegur tentang pencapaian projek tidak sama sepertimana yang dinyatakan dalam Business Model.

3. Apa yang merunsingkan apabila actual transaction jauh ketinggalan dari Business Model berkemungkinan bayaran pinjaman akan terjejas.Sepatutnya NFC dah revise business model supaya pembayaran balik tidak terjejas dan matlamat kerajaan tercapai.

4.Penyiasatan harus pantas supaya pembekuan aset NFC tidak akan menjadi terlalu lama . Sekiranya pembekuan aset berlaku terlalu lama akan menyebabkan pencapaian akan lebih jauh tersasar dan kita perlu ingat kerajaan telah mengeluarkan pinjaman sebanyak 181juta .Pendekatan untuk mendapat semula 181 juta berserta faedah adalah matlamat yang lebih penting dari menghukum Kak Izat.

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

mantap bro ....

Anonymous said...

Macam mana le Audit nak check projek kambing, kertas kerja pun dah hancur.

ingat lembu senang ke nak dapat anak 1 ekor, kalau bela babi dah tentu 8/10 esok sekali.

Anonymous said...

KAH KAH KAH..

AKU SETUJU SANGAT DGN ANON 11:33AM. DEPA MEMANG TERBUKTI MENGAMALKAN DEMOKRASI TERPIMPIN KEPALA HOTAK.
DEPA GAGAL TAKPE, ORANG LAIN BELUM GAGAL LAGI DAH KENA FITNAH.

KAH KAH KAH

Anonymous said...

pada yg bangkang2 tu kalau tak paham jugak senang cite aku bagi contoh mudah macam ni la...

KAU dah setuju bagi aku pinjam duit kau 10 ribu...lepas tu aku janji nak bayar balik bulan-bulan...lepas tu kita sain surat perjanjian.

JADI suka hati akulah, aku nak buat apa dgn duit tu....aku nak bakar ke...aku sumbat duit tu dalam lubang buntut ke...aku nak rebus minum air dia ke...

KAU PEDULI APA?...janji cukup bulan aku bayar ansuran...

Adi Kencana said...

Mcm nilah kupasan bijak yg kita tunggu. BN patut cepat bertindak sebarkan info sebenar, jgn tunggu sampai nasi dah jadi bubur.

KHALID KAKI PEREMPUAN? PAS KENA KENCING? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

ag dah buat rayuan!!!

Anonymous said...

Sebab saleh tu laki shahrizat dan shahrizat tu menteri kabinet. Apabila benda dari kerajaan diberikan kepada laki seorang menteri kabinet ia nampak tak molek. Lagi pula benda ni bukan dibangkitkan oleh pembangkang tetapi oleh Ketua Audit Negara. sekarang shahrizat dah jadi liabiliti kepada UMNO

Anonymous said...

Saya setuju dengan laporan cuma tentang bab suami Jenab tu saya tak setuju sebab kalau suami Jenab,dia tak akan dapat pinjaman mudah sebanyak tu.Saya terlibat dalam bidang pertanian yang fungsi sama macam NFC-mengurangkan impot makanan. Bukan saja saya tidak dilayan oleh kementerian bagi mendapat dana, malah nak dapatkan produk pertanian dari FAMA pun tidak dilayan. Akhirnya , saya buat pinjaman bank dan membeli produk pertanian luar negara.Semuanya sebab isteri saya bukan Menteri atau Ketua Wanita.Itulah hakikat yang kita tak boleh nafikan. Harap blogger panjangkan message ini kepada Menteri Pertanian kerana FAMA menindas peniaga bumiputera untuk kayakan kroni2 mereka.

Anonymous said...

sekurang2nya depa dah bentang kertas kerja..ini semua persepsi orang2 dengki dan busuk hati je..kalau layak, go on laaa.

alaaa...itu kes lounge suit DAP tu apecer beb? tender paling mahal dipilih? lagi haru bukan?

Anonymous said...

Salam bro,

Penjelasan panjang lebar yang mudah dan tahniah. Kalau kita sayang umno maka kita mesti mempunyai jiwa yang besar untuk menerima kesilapan walaupun sekecil mana pun dan memperbaiki kesilapan itu supaya umno itu tetap utuh dan di sanjungi. Terutamanya pemimpin kena mempunyai jiwa perjuangan yang besar.

Berbalik cerita NFC ni sememangnya Kak Ijat tidak bersalah bro sebab di lantik jadi menteri oleh PM walaupun kalah bertanding. Itu hak mutlak PM. Tak salah juga bagi syarikat yang di punyai oleh Dato Seri Mohd Salleh masuk tender kerajaan bagi National Feedlot dan berjaya. Ini semuakan namanya rezeki.

Yang salahnya bro adalah, bukan dari segi teknikal (yang ini biarlah sprm yg jalankan siasatan) tetapi dari segi moral nya. Kak Ijat dan juga Dato Seri Mohd Salleh ini suami isteri yang berkongsi segala macam melayari bahtera kehidupan sampai punya zuriat. Tak tahu lah nak cakap macam mana kalau tak rapat dan tak punya kepentingan.

Sepatutnya Kak Ijat menolak jawatan menteri kabinet yang ditawarkan dari awal kerana kalah bertanding walaupun menjadi Ketua Wanita Umno. Kenapa kalau tak ada jawatan kabinet tak boleh berjuang ke? Jadi tiada timbul isu NFC Ini kerana beliau tak ada dalam kabinet.

Ataupun Dato Seri Mohd Salleh berniagalah benda-benda lain yang tidak melibatkan kepentingan ramai bersangkutan dengan kerajaan. Ini bukan sahaja menang tender tapi dapat pinjaman mudah 2% interest. Bagi sesiapa yang pernah berurusan dengan tender kerajaan ni, bab info dalaman termasuk lobi melobi ni memang biasa bro. Baik yang ada cable atau tidak. Kalau nak harapkan hantar tender lepas tu dok diam tak buat apa tanpa berikhtiar, jawabnya lalu depan mata la.( yang ini tak payah la bro nak nafikan tambahan sekarang bro pun orang gomen jugak).

Pendek cerita bro, yang di persoalkan (bg saya) adalah dari segi moralnya. Macam mana Kak Ijat sebagai pemimpin yang berjiwa besar boleh mengatakan dia tak ada kepentingan sedangkan NFC ni bukanya kaum kerabat tapi darah dagingnya yang paling rapat. Kalau terjadi apa-apa pada suami dan anaknya adakah Kak Ijat tidak akan mengalirkan air mata sebab alasan tiada kepentingan?.  Inilah sebabnya kenapa beberapa (banyak) pemimpin UMNO minta Kak Ijat berundur sebqb sayangkan UMNO dan PM. Sudah terang lagi bersuluh bro.

Bagi pemimpin2 lain yang berjiwa besar, renung-renung kan lah. PM ada berkata, pemimpin itu bukan sahaja mesti bersih malahan kena nampak bersih.

Wallahualam dan Hidup UMNO.

Anonymous said...

Bro, tlg komen ckit yang di atas ni. Mungkin bro ada jawapan....

Anonymous said...

Shahrizat should quit. Period.

Anonymous said...

testing

Anonymous said...

mantOppp!!

Anonymous said...

sebagai seorg kontraktor aku nk jwab isu knp kontrak kerajaan harga berlipat kali ganda,.

aku mmg pro kerajaan krn pada pandangan aku kerajaan telah melakukan yg terbaik dlm keadaan mahu memartabatkan bumiputera sambil menjaga keharmonian semua kaum

sbg kontraktor wpun pun pro kerajaan peluang kami semua utk mndpt projek kerajaan adalah sama xkira apa fahaman politik. dakwaan konun kalau pemimpin umno maka senang dpt projek adalah fitnah semata-mata krn terlalu ramai kontraktor pro-pembangkang yg hidup mewah dgn projek kerajaan

jadi mengapa projek kerajaan jauh lebih mahal dari harga sebenar spt yg didedah oleh laporan audit??

soalan ini boleh dijawap dgn mudah oleh semua kontraktor mcm aku. ini adalah krn wang 'pelincir' tlh dimasukan dlm kos,.malah dlm byk kes wang pelincir ni lebih tinggi dri untung ciput kontraktor.

siapa yg mahu pelincir? sudah tentu kakitgn kerajaan yg ada kuasa yg boleh meluluskan sesuatu projek atau peg kerajaan yg membuka peluang projek ini kpd seseorg kontraktor

(kdg2 depa minta tshirt,track-suit utk sport day,.atau tv plasma,petiais baru utk rumah sndiri)

siapa kakitgn/peg kerajaan ni yg parti apa yg deme sokong??

lu pikir la sendiri

Anonymous said...

bro rbf...
tambah sikit lagi bro...
wa rasa ni projek fardhu kifayah ni bro..
sebab pengimpot daging ni kebanyakkanya bukan org islam...

menjadi kewajipan untuk org islam memastikan bekalan/makanan halal dibekalkan kepada org2 islam...

wa dengar citer..
banyak pengimpot ni terdiri dari ahseng dengan ahkaw...

kerajaan buat ni...adalah untuk memecahkan monopoli ahseng dah ahkow dalam business ni..
tapi malangnya...
ada org2 bodoh mcm makpoh..mat sabutoh.. nicky dan seangkatan dengannya memanipulasikan cerita ini...
dah lebih malang lagi...ada melayu2 bodoh dan tak sedar diri menerima aja dan menyokong cerita fitnah ini...

sedih rasanya bila melayu tidak berfikir atas platform melayu ni...


aku amir

Anonymous said...

aku sokong apa ko tulis tu bro amir..

Pengembala said...

Kat sini kita dah nampak betapa double standard nya kerajaan yg kita cintai. NFC dapat pinjaman mudah rm250j dgn interest 2% setahun.
Bagi rakyat biasa yg nak buat pinjaman perniagaan kat Tekun & MARA akan dikenakan interest 4% setahun. Itu pun kalau dapat sebab kedua2 agensi kerajaan ni memang banyak sangat kerenah. Kalau buat personal loan dgn bank, interest lebih kurang 5%-9% setahun.

Darmawi Hamdani said...

Maaf saya lewat baca kupasan sdr,sbg Ketua UMNO Cawangsn & penceramah UMNO,saya kurg dpt menggunakan kupasan sdr.takut kena baling telor busu,hanya jelaskan fakta tanpa kupasan isu,fakta semua yg dikupas hampir semua org faham,penceramah perlukan kupadan su dari pihak kita utk dipertahankan,anyway teruskan usaha sdr.