Monday, January 9, 2012

Anwar Kena Check Mate


Pandangan dari blogger Din Turtle

Ternyata Hakim membuat satu keputusan diluar dugaan. Ramai termasuk pembangkang yakin Anwar akan didapati bersalah. Malah saya rasa pihak pembangkanglah yang LEBIH yakin Anwar akan disabitkan salah sebab laungan konspirasi dan pelbagai slogan yang disalak akhir-akhir ini.

Saya lihat keputusan hakim tadi jelas memerangkap pihak pembangkang dan membantutkan apa yang dirancang. TIDAK ADA kekecohan ketara dikalangan pendemo haram ...... TIDAK ADA ISU yang dapat di jual hasil penat lelah berkumpul tak tidur malam sesetengah dari mereka.

Malah saya rasa lega pula ! Bukan kerana Anwar bebas tapi kerana satu malapetaka dapat dielakkan. Tuhan saja yang tahu apa yang mungkin berlaku sekiranya berlaku rusuhan tadi...

OK, reaksi pertama saya kesan terhadap pembebasan Anwar tadi dalam senario politik kita - Anwar @ Pembangkang TERPERANGKAP dengan segala tuduhan liar yang dilemparkan terhadap kerajaan selama mana kes ini berlangsung. Mereka menjaja pelbagai cerita buruk konon segalanya sudah dirancang - Anwar AKAN didapati bersalah dan dipenjarakan - dan konon timingnya tepat ketika negara berdepan PRU13 ..... sekarang ?

Bayangkan bagaimana pandangan semua pihak baik luar dan dalam negara terhadap kerajaan sekarang ? Bagaimana agaknya mereka melihat Anwar pula sekarang ? Disebalik ucapan tahniah kepada Anwar yang pastinya menyusul, waktu sama, tidakkah mereka juga akan mengucapkan tahniah diatas KEADILAN sistem perundangan negara kita ?

Saya melihat momentum pembangkang seakan terbantut, macam kereta yang tersekat-sekat dek kekurangan minyak kerana segalanya telah dirancang berandaikan Anwar didapati bersalah ! Betul .... disebalik segala tuntutan mahukan Anwar dibebaskan, mereka sebenarnya bergantung kepada keputusan Anwar akan didapati bersalah. Momentum mereka akan masuk gear kelima dengan segalanya digerakkan seiring dengan rayuan peguambela Anwar, satu dunia akan mereka jelajahi meminta simpati ...

Sekarang ..... ? Anda sendiri rasa bagaimana ? Tidakkah disebalik kekecewaan / kegembiraan ( pilih mana satu ) terdapat satu macam kelegaan ? Seolah satu fasa baru politik, satu muka baru sedang dibuka BUKAN seperti yang diduga ?

Kedua-dua pihak saya lihat akan balik ke drawing board dan terpaksa merancang pelan baru.

Dan jangan lupa, pihak pendakwa pastinya akan merayu .... kali ini tekanan dan persepsi negatif terhadap kerajaan ternyata amat kurang. Sekiranya diadakan Round 2 untuk 901, saya rasa kesannya tak begitu kuat.

Pendek kata, keputusan Hakim tadi buat banyak pihak mati kutu !



RBF: Kepada Saiful Bukhari , banyakkan bersabar. Anda telah melalui pelbagai dugaan dan rintangan selama ini, percayalah kebenaran tetap akan menyebelahi anda.

Yang haq tetap haq dan yang bathil tetap bathil.

Kemenangan hari ini akan menandakan kemusnahan masa depan Anwar.

Sepandai mana pun tupai melompat ianya tetap ke tanah jua.

38 comments:

sabahan said...

setuju pd saudara RBF Walaupun kecewa dengan keputusan hakim pada hari ini namun disebalik itu pasti ada hikmah yang sgt hebat sedang menanti untuk menguburkan karier politik anuwar al juburi

Anonymous said...

.. saya pun rasa lega di terlepas... bukan suka, tapi kita semua terlepas untuk sementara dari onar yang akan di cetuskan oleh puak parasit nie jika dia terpenjara... BTW, jika perkara ini di bawa ke mahkamah rayuan dan didapati ada bukti jelas, maka keputusan mahkamah rayuan lebih kukuh kerana selepas itu tiada lagi ruang..

.. kali ini para parasit dan pencetus onar negara akan terperangkap dalam wayang yang mereka olah sendiri...

Anonymous said...

biar buat rayuan...

bila buat rayuan bukti yg diketengahkan akan diperjelas kan lagi...

new evidence jika perlu dan boleh merubah keadaan...

masa tu baru org sedar...

tp dah anti klimaks sbb keputusan hr ni...

atau...

SEBENARNYA ADA SESUATU YANG LAGI BESAR SELEPAS INI UNTUK ANWAR?

ASHAMSURI said...

Anwar bijak memanipulasi keadaan..lau lah keputusan tk memihak kepada dia, agak2nye akan berlaku lah perkara2 tak d undang..jika ramai permintaan cawat besi, aku ingat nk bukak perniagaan tu..

Anonymous said...

Setiap kejadian ada hikmahnya, cuma kita merancang dan ALLAH menentukan. Buat Saiful, byk2 bersabar...

Anonymous said...

siap la engkau wahai manusia bernama anuar ibrahim... anda tidak akan terlepas seksaan dunia dan akhirat... walaupun manusia seperti engkau ada 9 nyawa...langit tidak sentiasa cerah...

jejakazman said...

amat bersetuju dengan pandangan saudara....satu bala/petaka yg besar dapat di elakkan hasil dari result tadi...tapi...bak kate pepatah....hanya pelanduk yg lupekan jerat....awaslah anuar....anda sudah di talkinkan awal2 oleh BN...

Anonymous said...

Setuju dgn saudara RBF. Jika benarlah, betul le telahaan saya yg Allah Ta'ala meminjamkan sementara keseronokan pada Anwar.Perjuangan Saudara Saiful masih belum tamat, ruang utk rayuan masih ada. Allah Ta'ala Maha Mengetahui apa yg Dia buat jadinya Anwar masih belum terlepas dari kebebasan yg dia dapat sebentar tadi.
AllahuAkbar....Dia yg Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Check Mate kau Anwar. Apa lagi penjilat2 dia nak menyalak lepas ni....hehehehehe.Pasni tiada lagi perbicaraan secara tertutup kot. Kami pun nak tau jugak apa yg berlaku.Kepada penjilat2 terutamanya Azmin ,Hadi Dll ingat Allah Ta'ala lebih Mengetahui dan tunggu kebenaran dariNya ya...

Bingai @ Bangang said...

mungkin ada yang bunuh diri ke kerana tak dapat jadi PM SEMENTARA sekira KONONnya PR menang PRU13? hehehe

Anonymous said...

Anwar Tidak Bersalah

Begitu lah keputusan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Anwar. Ramai yang keciwa. Yang anti Anwar keciwa kerana tidak dapat melihat Anwar dipejarakan sebelum PRU 13. Yang pro Anwar juga keciwa kerana persediaan mereka untuk membuat rusuhan bagi membebaskan Anwar tidak menjadi.

Tetapi mungkin ramai kita yang tidak sedar ada lagi satu pihak yang teramat sangat keciwa dengan keputusan hakim pada hari ini. Siapa kah mereka itu ?

Mereka adalah pihak yang teringin sangat hendak melihat melayu sama melayu bergaduh kerana Anwar. Mereka ini lah yang mengharapkan negara ini huru hara seperti yang berlaku di Mesir, Libya dan Syria. Mereka adalah pihak yang sedang menantikan peluang. Siapa mereka anda teka lah sendiri ? Tip untuk mengenali siapa mereka.

Di saat2 Anwar hendak mengumpul para demonstrator Himpunan 901, beratus bantahan dan laporan polis di buat oleh satu pihak yang tidak mahu keadaan huru hara. Siapa yang tak jemu2 membantah dan membuat laporan polis anda pun tahu. Siapa atau kelompok mana yang langsung tak membantah atau membuat laporan polis .. anda juga tahu.

Dalam kelompok Pakatan Rakyat, kepimpinan PKR menyeru orang2 PKR turun seramai mungkin dalam Himpunan 901. Kepimpinan Pas juga menyeru orang2 Pas turun sebagai tanda sokongan kepada Anwar. Tetapi kepimpinan DAP menyatakan hanya mereka yang akan turun sebagai sokongan moral kepada Anwar, manakala para penyokong DAP terpulanglah kepada pertimbangan mereka sendiri.

Kejadian yang sama berlaku pada Bersih 2.0.

Terima kasih kepada hakim yang telah membuat satu keputusan yang sangat bijak untuk menyelamatkan negara.

Anonymous said...

Sabau broo jangan cepat sorak mahkamah rayuan kan ada hakim cuma menyerlahkan prkara brkaitan DNA smata ( kalau dari segi alibi dan kredibel anwar tak boleh disoal jawab langsung tak dinyatakan dalam penghakiman....semua ada sebab tu..)kalau hakim jatuhkan hukum salah anwar akan kmukakan rayuan dan menangguhkan ks beribu kali lagi akan tetapi bila kes ini dibawa oleh pendakwa untuk rayuan kes ini smestinya tiada pnangguhan lagi masa tu kalau mahkamah rayuan mminta serahkan sempel DNA baru buku brtemu ruas..

One Mariner's said...

Skrip telah ditulis dengan begitu cantik. Pertuduhan liwat Anwar terlepas tetapi pertuduhan dengan amoi cina Anwar akan disabit bersalah. Check mate untuk Anwar. Kalau kes liwat mahkamah berlaku adil sudah semestinya kes amoi cina juga mahkamah adalah adil. No question can be ask about our judiciary system anymore. Anwar akan tetap ke penjara.

Anonymous said...

Statement nk sdapkn ht biasala....rmai kta dunia lpsla akhirat nnti jwp......wei akhirat lmbt lg sblum tu knala trima pm baru kami dsai. Sepol hang g hj ke @ potoshop

Anonymous said...

"anda tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah' (ni dulu)

"anda tidak bersalah selagi hakim tak kata anda brsalah" (ni skg)

sy cukup keliru dgn keputusan hakim hr ni.sy tak pnh miss utk mengikuti perbicaraan kes ni,dan dpt mengagak keputusan yg sepatutnya.seolah olah ade yg tak kena dgn hakim.ya kita patut gembira kerana tidak jd kekecohan besar yg menggugat keamanan negara,tp pd masa yg sama wajarkah dikorbankan keadilan utk saiful utk tujuan itu?Alasan hakim cukup remeh seolah olah memprtikai kredibiliti dan SOP pasukan yg menganalisa dna yg mendapat pengiktirafan dunia.Percayalah imej umno akan lebih buruk lg slps ni krna anuar/pr akan ckp konspirasi umno/bn tak menjadi,pd masa sama akan menaikkan semula imej anuar.Sy tak kisah jika anuar btul2 tak bersalah,tp perbicaraan mmg menunjukkan ia mmg brlaku.Bg sy ini bkn masalah teknikal,anuar menang sbb hakim sengaja membebaskan dia

Adi Kencana said...

Xpa, lepas kat dunia, kat akhirat confirm x blh lepas...

NURUL, SIAPA AGENT PROVOCATEUR?? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Yang terpenting dan termustahak sekali ialah


Malaysia tak ikut jadi macam
Mesir dan
Libya

Anonymous said...

Sebelum ini Anwar kata dia nak ke India dan Turkey selepas 901. Dia macam tahu akan dilepaskan dan paspotnya tidak akan dirampas. Ada apa-apa ke?

Anonymous said...

Re Anon 2:44 pm. Hakim perlukan 100% certainty. Dalam kes China Doll, orang tu hanya 99.9% macam Anwar. The 0.1% uncertainty, will save him on technicality for the 3rd time.

Anonymous said...

bukan hakim pertikaikan SOP. cuma sistem kehakiman kita bagi kes jenayah ialah "proof beyond reasonable doubt". apabila anwar enggan kemukakan DNA, maka timbul keraguan di situ dan kes pendakwa tidak dapat dibuktikan. anwar mmg bijak ketika itu. sbb tu mahkamah kata hanya dengan keterangan saiful shj tidak cukup utk menyabitkan anwar kerana tiada "corroboration" oleh DNA anwar.

Anonymous said...

tapi kaki kencing macam anuar ni sangat bahaya.. kalo penjara pun bahaya (pengikut dajjal merusuh).. kalo lepas lagi lah dia bebas melakukan kerosakan di bumi malaysia ni..

apa kata masjid2 buat solat hajat tunjuk kebenaran, mintak pada tuhan siapa yang buat kejahatan ini lupus terus dari mukabumi.

Anonymous said...

yang pasti Najib nak lawan anwar secara gentleman,so anwar pun kenalah lawan cara yang sama jangan nak cari simpati sekarang gelangan telah dibuka...Lawan PM lwn jangan tak lawan aku bersama kau Najib

Megat Alam Gempita said...

Biarlah Teman kabor pula...

Jangan terlalu awal kata Anwar selamat, ini merupakan ujian dan perangkap yang dipasang untuk menjerat "satu isu yang lebih besar lagi". Impaknya seperti kes 16 September 2008 dan kejatuhan PR di Perak Februari 2009. Kes pemecatan Hassan Ali hanya sebahagian dari impaknya!

By the way biar mereka meraikan kemenangan itu dalam kekeliruan....fuckatan lu mabuk mabuk dulu la yer!

Abang Macho said...

Aku lihat keputusan hakim amat mengejutkan tapi aku percaya hari ini adalah hari utk anwar. ntah esok atau lusa hari untuk pihak yang benar. Kalah dahulu tidak semestinya kalah seterusnya..macam cita hindustan la, kalah dulu menang kemudian.

Anonymous said...

Cerita Saiful dalam perbicaraan pun ada yang boleh kita persoalkan.

1. Di Hospital Pusrawi kata ada benda plastik masuk dalam dubur.

2. Di HKL kata kena liwat.

3. Dah 72 jam (3 hari) baru pi buat laporan polis.

4. Dalam masa 3 hari itu ada pi solat jumaat, tapi tak mandi wajib, mandi pun pakai lap badan dengan tuala basah saja, pungkoq pun tak basuh selama 3 hari. Maknanya 3 hari pungkoq dia duk berlendiaq dengan air mani Anwar. Hee .. geli geleman aku.

Cuba bayangkan kalu hangpa yang jadi hakim. Nak percaya dengan tak percaya sama banyak.

Anonymous said...

anwar bebas untuk melakukan kejahatannya lagi... lain kali bila anwar dah buat kejahatan, panggil orang ramai2 depan mahkamah... guarantee hakim kata tak bersalah...

Anonymous said...

keputusan hakim telah mengelakkan sesuatu yang dahsyat berlaku hari ini ? TIDAK ! itu kata2 kita sekadar untuk menyedapkan hati yang kecewa..

Anwar kena check mate? belum tentu !! apa2 sahaja boleh berlaku , kes China doll sekiranya masuk mahkamah sekalipun akan makan masa bertahun , bukan skadar 5 bulan ! percayalah anwar akan minta tangguh ..tangguh dan tangguh , mahkamah pula akan benarkan apa saja permintaan anwar , lihat kes ini sebagai panduan!

yg nyata pembangkang mendapat kekuatan baru , semanggat baru dan ramai hati dalam kerajaan yang terluka kecewa dgn keputusan hakim , banyak diri dalam UMNO sendiri yg hilang kepercayaan terhadap KDN , terhadap Hishamuddin , terhadap Najib dan khasnya polis ,

dulu , kita bkn main berkata selamat datang anwar ke sungai buluh , hasilnya ??
dan sekarang kita juga masih bercakap bukan main , kes china doll anwar pasti akan kantoi? pasti ke ??

saya melihat kerajaan semakin lemah , bukan kerajaan yang menguasai pembangkang , tetapi PEMBANGKANG YANG MENGUASAI KERAJAAN !

PRU akan datang , percayalah BN akan tumbang !!

Anonymous said...

banyak lagi kes waiting list...jangan seronok sangat..

anon 3.06 : kiranya ko ngaku le ye dsai tu meliwat. tahniah la sebab rela berPMkan peliwat.

Anonymous said...

Tapi..kenapa aku tengok kat TV tadi..peguam2 DAP Al Juburi ni nampak mcm tak happy..yalar..muka tak mcm orang yang dah menang kes...

Anonymous said...

Walaupun hakim memutuskan anuwr tak bersalah atas alasan teknikal bahawa bukti dna air mani anuwr dalam punggung saiful mungkin tercemar, saya rasa banyak orang kurang yakin bahawa anuwr tidak meliwat saiful.
Walaupun pun anuwr telah menang dalam mahkamah hari ini, adakah anuwr benar2 telah menang dalam hati dan pandangan masyarakat? Saperti kata saiful :'Tidak didunia, diMasyar PASTI'.
Semoga anuwr boleh tidur nyenyak buat sementara waktu didunia ini kerana penghakiman sebenarnya akan menunggu anda kemudian hari.

Anonymous said...

Dua orang lelaki telah melakukan maksiat luar tabii di atas muka bumi.

Seorang telah mengaku dan bertaubat kerana melakukannya manakala seorang lagi bermati-matian belum mengakui melakukannya.

Hari ini mahkamah telah mendapati pelaku kedua itu tidak bersalah mengikut undang-undang yang ada.

Seperti biasa golongan iblis dan syaitan telah berjaya untuk menghasut dan melaga-lagakan sesama umat manusia.

Bumi ini akan terus berputar sementara umat manusia akan terus terlena dibuai mimpi.

Anonymous said...

TERPULANG KEPADA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH SAMADA MEREKA BOLEH BERSATU ATAU TERUSKAN SAHAJA PERERBUTAN KUASA DIBAHAGIAN TERSEBUT PADA BAHU ANDA SEMUA SAHAJALAH YANG BOLEH MENENTU SAMADA CITA-CITA ANWAR UNTUK MENJADI PM TERCAPAI ATAU TIDAK DARI 99,2004,2008 HAMPA TAK HABIS-HABIS NAK BEREBUT JAWATAN,YANG WANITA PUN SATU TAK HABIS-HABIS NAK SIMPATI PADA WAN AZIZAH.SUDAH LUPAKAN UNTUNG NASIB RAKYAT MALAYSIA TERLETAK DI TANGAN ANDA.

Anonymous said...

gua ingat jika anuar jd PM Najib lama da Bungkus. Bini dia kurus kering. Gua ingat Pakatan jika jadi kerajaan meka akan Tegas..BN tak leh harap lembek..Gua x akan mengundi sebab dua-dua pun sama...keluar mulut rimau masuk mulut singa...

Anonymous said...

ooo senang la. lps ni kalau aku masuk courth aku nak ajak semua org kampung buat demo. mesti boleh lepas. senang..senang..



undang2 kepala lutut...

timun said...

tahniah Anwar kerana bebas dari pertuduhan dan dijatuhi hukuman kerana meliwat...tahniah..tahniah kerana ko dan parti ko akan dibungkus dengan kain kapan di hati orang2 Melayu sendiri...hehehehehehehe.....

Anonymous said...

Tahniah buat anwar lain kali boleh buat lagi......dan buat saifull lain kali jangan bagi lubang jubur tu dijolok oleh anwar k

Anonymous said...

Baguslah...Bro Anwar dapat tiduq lena la malam ni...dakap lah puas=puas... but one thing for sure your mind will linger around for what you have done to the one innocent boy.... bisikan dan suara=suara halus akan menghantui minda semasa anda tidurrr..percaya lah....I can see that from you eye...

Anonymous said...

laa apa yg nak kecoh-kecoh beb !! anwar telah dilepaskan dari petuduhan liwat dari mahkamah yg di sifatkan penuh berintegriti... terima jer lah...
Kata pepatah melayu " anjing kalau dah biasa makan taik ..kalau tak makan dia akan menciumnya" dengan kata lain..kalau dah terbiasa meliwat lepas ni atau lambat laun kita akan ada satu kes yg seumpama dan sepertinya yg bakal dibongkarkan..dah jadi tabiat ... trust me...

Anonymous said...

Pembebasan Anwar merupakan satu beban kepada pr. Anwar merupakan satu liabiliti kepada DAP dan PAS. Tetapi satu lubuk kepada UMNO menjelang PRU-13. PAS berjaya membela anwar dgn hassan ali sebagai galang-gantinya.. Jadi kemenangan sebenarnya milik UMNO..